Saturday, November 01, 2008

Terkenang semasa dulu..Tulisan cikgunik pada tahun 2000

> Date: Thursday, February 10, 2000 12:56 AM> > From: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>> > Bismillahir Rahmaanir Rahiim> Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh> > sahabat semua,> Dalam siri yang lepas kita telah belajar kenapa psikologi perlu. dalamsiri> kali ini pula kita akan belajar tentang definisi psikologi> > DEFINISI PSIKOLOGI> > Yang sebenarnya perkataan psikologi bukan berasal daripada perkataanIndia> atau Eskimo. Perkataan ini asalnya daripada dua gabungan perkataan greek> iaitu psyche(psik) yang membawa maksud jiwa, rohani, mental. Manakala> logos(logi) membawa maksud kajian. Kalau disatukan kedua-dua perkataanini> jadilah maksudnya kajian terhadap jiwa, mental dan rohani manusia.> > Ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi terhadap psikologi> (kalau anda nak bagi definisi sendiri pun boleh apa salahnya, cuma tiada> siapa yang peduli )> > Antaranya,> 1. William James,1890> * Psikologi adalah ilmu mengenai kehidupan mental, Termusklah> keadaan-keadaanya, iaitu perasaan, keinginan,berfikiran> logik,keputusan-keputusan dan sebagainya> > (perasaan- anda hari ini bagaimana.............. tentulah gembira atau> serabut perut)> (keinginan- adakah anda ingin makan satay kajang)> (Berfikiran logik- PM mengunakan fikiran logiknya bila mengatakan orang> melayu tak makan babi sebab jijik ........tapi dari sudut agama takbetul)> > > 2. Wihhen Wuldt, 1892> * Psikologi berperanan menyelidik pengalaman dalam sensasi dan perasaan> kita sendiri, fikiran dan kehendak kita yang dikaitkan dengan objek> pengalaman luar.> > (saya faham kata Wuldt, tapi payah nak jelaskan.......gini sajalah kalau> ada masa datang ke rumah saja)> > 3. John B. Watson,1919> *Psikologi merupakan bahagian ilmu yang menekakan aspek perilakumanusia...> > (Ini definisi mazhab tingkah laku (behaviourisme)..saya tak gemar sangat,> sebab ia boleh menyempitkan skop manusia. Seperti satu lesen untuk> mengenepikan unsur rohani dari diri manusia. Tapi nak belajar punya pasal> tak apalah...)> > Daripada definisi-definisi yang pelbagai ini, ijma' ahli psikologi> mendefinisikan psikologi kepada tiga bahagian :> > 1. Psikologi sebagai satu kajian saintifik> --- Maknanya dalam psikogi dilakukan kajiselidik, kajian kes,permerhatian,> ujian bermakmal dan sebagainya.> > (Itu sebabnya kita tidak boleh kata tok bomoh, sebagai ahli psikologi,> walaupun dia mengkaji atau menjelaskan sikap dan tingkah laku manusia> bertahun-tahun lamanya..... tak tahulah pula kalau tok bomoh yang "kerat> orang' boleh dianggap sebagai satu kajian atau eksperimen)> > > 2. Psikologi mengkaji tingkah laku manusia> -- Tingkah laku ialah perbuatan yang boleh dilihat, seperti> mengundi,demostrasi,lari,garu kepala (tapi rambut tiada), dan sebagainya.> > (cuma saya tak pasti sama ada terjatuh dari kuda boleh dikatogerikan> sebagai tingka laku manusia... atau tingkah laku kuda> ................(oopss tiada kaitan dengan sesiapa)> > 3. Kajian ke atas proses mental> -- proses ini lebih dikenali sebagai tingkah laku terselindung, yangtidak> dapat dilihat seperti> bayangan, mimpi, perasaan, fantasi dll.Contohnya mimpi mempunyai pengaruh> yang besar terhadap psikologi aliran psikoanalisis.> > (PM sangat cedik, kerana dia telah membuat kajian terhadap proses mental> orang Melayu, orang Melayu bersemangat hangat-hangat tahi ayam. Sekarang> ramai yang sudah tidak berminat dengan perbicaraan DSAI, yang> berbelit-belit.....akhirnya tak menang juga. Semangat ini akan hangat> semula kalau ada orang nak pukul DSAI atau isu lain......seperti TPM> dipecat lagi)> > > *****Kalau anda ingin hanya huraian ilmiah, jangan baca ayat dalam> kurungan. Ayat-ayat itu hanya untuk orang yang membaca sambil rehat> saja*******> > > Akan Datang : Matlamat Psikologi> > wassalam>
Kata dan Makna ; syukur dan sabar

Bila kita sebut kebaikan maka tak adalah keburukan, baik dan buruk memang lawan. Kita ni kadang..kadang buruk, manusialah katakana…tapi tahukan anda apa yang baik tapi tak ada buruk…Jawapannya: Bersyukur ketika sihat dan sabar ketika diuji. Ada orang sihat tapi tak bersyukur itu maknanya kurang asam…(tak cukup masam kot) Ya lah nak marah sangat pun tak leh juga pasal dia ingat sihat tu di buat sendiri maklumlah makan ubat sihat..macam-macam ada sekarang ni..Encik cuba tengok kanan dan kiri berapa ramai kawan kita yang tadi sehat esok dah sakit…yang tu nak kata macam mana…

Fikir lah sendiri

Sabar adalah kata-kata yang mudah diucap sebelum kita diuji, bila sudah kena uji. Haa…itulah yang payah nak cakap. Macam tak nak cakap pula. Tak mereka akan selalu cakap ‘ sabar aku ada hadnya’ atau pun dia kata ‘ kau cakap senang lah’. Ok lah untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sabar itu adalah indah…sebab senang sebut tapi payah nak buat.dan nilainya berganda-ganda. Cuba tengok ni kalau tak percaya….

"Fashabrun jamil, wallaahul musta'an."Maka sabar itu indah dan Allah-lah yang Maha Menolong. (QS Yusuf [12]: 18)
Catatan Heru...Pemuisi dari Indonesia
>>> trans >>>

Ternyata heru masih belum bisa memahami bahasa orang Malaysia ya? Entah. Kemarin sempat mencoba membaca beberapa blog teman-teman dari Malaysia. Meski kalau diambil secara keseluruhan Heru anggap bisa menangkap isinya, tapi jika harus membaca satu per satu dan mengartikannya, repot juga. Dulu ketika kali pertama menjejalkan beribu-ribu kata dari milis gedongpuisi, dan penyair ke mata otak ini, selain juga ingin ikutan corat-coret di sana, Heru pernah berkenalan dengan seorang guru dari Malaysia, namanya Cikgu Nik. Katanya sih Cikgu itu adalah sebutan bagi orang yang mengajar di sekolahan (seperti Pak/Bu Guru kan? Iya kan?). Heru sudah lupa apa nama sekolahannya. Tapi ntar dicarikan deh alamat situsnya, sebab akan dimasukkan dalam daftar orang-orang paling Heru cari.

Cikgunik, beberapa kali mengirimkan komentar pada Heru tentang puisi-puisi Heru. Dengan gaya tulisan seorang Malaysia juga. Beberapa dipahami, tapi beberapa, bahkan banyak sekali, tidak dipahami. Sebenarnya jika dilihat dari kesan, serasa orang yang memarahi dan mengejek. Tapi Cikgu selalu berpesan, jika membaca jangan dilihat sebagai atau dengan nada marah. Akhirnya Heru juga mencoba selalu berbaik sangka atas apa yang disampaikan Cikgunik itu. Beberapa kali menafsirkan puisi Heru. Dan beberapa kali juga membuat Heru kagum. Entah dengan apanya. Tafsiran puisi yang mungkin dianggap begitu melenceng jika dilihat oleh orang yang menganut bahasa Indonesia murni, tapi menurut Heru, itu adalah sisi lain dari puisi yang memang sebenarnya ingin dan bisa Heru ungkapkan di dalam puisi-puisi itu. Dari situlah awal mengapa Heru pernah berpendapat bahwa "apakah metafora itu metafora? dan apakah puisi yang tampak terang itu benar-benar terang seperti anggapan orang lain?" Yah begitulah. Hubungan dengan cerita sebelumnya? Tidak ada. Itu kesimpulannya.
Diposkan oleh cahy0 di 2:33 PM