Sunday, January 29, 2012

Ilmu belum tentu bijak

Ilmu yang Bijak

Kita bersyukur hanya kepada Allah, kenapa nak bersyukur..ya lah kerana Allah telah beri kita taufik dan hidayah dan dapatlah kita gunakan jari untuk menaip. kalau tidak jari kita tak akan berguna macam orang kena strok. Lepas tu kita pun teringatlah pada Rasulullah SAW sebagai pembawa risalah dan rahmat kepada seluruh alam. Maka kita titipkan ucapan selawat untuk baginda.

Hari ini tak ada apa yang nak dibicangkan cuma terlintas perkataan ilmu.

Dalam pada itu maka meletuplah satu ledakan, tapi bukan bom atom, ia adalah ledakan ilmu pengetahuan da teknologi maklumat.Ledakan dua-dua bom ini bercambah dan membiak, dan meluaskan bucu-bucu pemikiran manusia. Membawa mereka mengembara ke setiap demensi yang tak betepi, yang tak jatuh-jatuh. Berjuta-juta maklumat tersalur atau disalurkan masuk ke dalam otak kita. Makin kita layan makin kita asyik, sehingga terkadang terlupa siapa kita dan apa tujuan kita. Dalam kabar dan tak kabar kita tak tahu apa kesudahannya.Kita menjadi seperti melihat fatamorgana. Nampak macam air tapi bila sampai dekat, tak ada.

Mengembaralah kita dalam dunia maklumat itu, ingatkan bertambahlah ilmu, tapi lain pula jadinya makin sesat dan lemas. Sehingga tak jumpa pintu keluar.Kita mungkin jadi pandai tapi tak bijak. Maklumat bertambah tapi bijak sana tak bertambah-tambah.

Ilmu yang moden yang kita cedok ini belum tentu adanya hikmah berbanding ilmu klasik orang dulu-dulu. Kerana ilmu yang kita belajar lebih melihat pada kulit saja, isi dah tak kenal.Contohnya kita ambil buah jambu katakan, maka kita buang kulit maka adalah isi, untuk kita makan, tapi kita terlupa bahawa isi dan biji itulah yang menumbuhkan buah yang berikutnya.

kita jadi sombong dengan alasan ilmu lama-lama ni tak up-to-date.Padahal ilmu itu tersimpang hikmah yang segar zaman-berzaman.

Satu perkara yang kita nak tanya adakah kita mendapat manfaat dari pada ilmu yang kita belajar sekarang, adakah boleh diamalkan. Tak nampak lah mana. Yang kita tahu sekarang ii belajar adalah untuk lulus atau dapat sijil, itu agenda utama.


Ok lah ilmu tu apa yang sebenarnya. Ilmu daripada kita arab yang bawa maksud pengetahuan dan kepandaian.. Lawan pada maksud ini ialah jahil. tak tahu.