Tuesday, August 22, 2017

Tazkirah Pilihan 23 ogos

JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN CAHAYA YANG DIBAWA OLEH BAGINDA RASULULLAH ﷺ
Disebutkan di dalam sebuah hadis sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik Radhiyallahu'Anhu. Beliau mengatakan bahawa "Tiada hari yang lebih terang yang kami alami di Madinah ini kecuali hari di mana Nabi ﷺ tiba kepada kami yakni pada peristiwa Hijrah.
Dan tidaklah ada hari yang lebih gelap yang kami alami di Madinah ini selain hari wafatnya Baginda Nabi ﷺ." Disebutkan pada hari wafatnya Nabi ﷺ maka gelaplah seluruh alam pada ketika itu.
Disebutkan di dalam hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Imam Thabrani dan Abu Nuim. Berkata Utsman Bin Abil Ash Radhiyallahu'Anhu. "Sesungguhnya ibu aku telah menyaksikan Aminah Radhiyallahu'Anha melahirkan Nabi Muhammad ﷺ.
Maka berkatalah ibuku menceritakan apa yang berlaku ketika menyaksikan kelahiran Nabi ﷺ ketika beliau bersama Sayyidah Aminah.
Ketika malam itu aku (Ibu Utsman) melihat bilik Sayyidah Aminah berada dalam keadaan yang diselubungi dengan cahaya dan aku melihat ke langit seolah-olah bintang-bintang menghampiri kepada rumah ini. Maknanya untuk menunjukkan bukan sahaja cahaya berada di dalam rumah. Akan tetapi juga berhampiran kepada langit.
Maka ketika Sayyidah Aminah melahirkan Nabi ﷺ seolah-olah keluar daripada rahim Aminah itu cahaya. Dan cahaya itu telah menerangi bilik itu sehingga aku tidak dapat melihat apa-apa pun kecualilah cahaya.
Diriwayatkan ketika ibu Nabi Muhammad ﷺ yakni Sayyidah Aminah Binti Wahab mengatakan "Ketika aku melahirkannya (Nabi Muhammad ﷺ) yang aku lihat keluar adalah cahaya.
Cahaya itu amat terang menerangi sehingga ia dapat menerangi dan dapat melihat istana-istana Syam dan bayi yang keluar itu dalam keadaan bersih. Tiada kekotoran padanya.
Tidak sepertimana yang biasa yang ada pada bayi-bayi yang baru lahir yakni darah, tali pusat dan sebagainya. Nabi ﷺ dilahirkan dalam keadaan bersih sebersih-bersihnya dan Nabi ﷺ menggenggam jari-jari tangannya sambil jari telunjuk menunjukkan isyarat tauhid dan apabila Baginda ﷺ duduk seolah-olah dalam keadaan bersujud."
Disebutkan di dalam riwayat yang lainnya ketika Nabi ﷺ dilahirkan. Baginda ﷺ dalam keadaan sudah berkhatan.
Guru kita Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi Hafidzohullah mengatakan "Kalau kita melihat kembali kepada kisah-kisah yang disebutkan mengenai Nabi Muhammad ﷺ.
Disebutkan dalam kisah-kisah itu kebanyakan semuanya adalah mengenai nur yakni cahaya.
Keluar cahaya, datangnya cahaya, sebagai cahaya dan sebagainya. Jadi kenapa? Ini adalah kerana syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ
sebenarnya adalah nur (cahaya) bagi kita semua ini yang membawa cahaya kepada kita.
Dan barangsiapa yang meninggalkan salah satu daripada kewajipan, kefardhuan yang ada di dalam syariat ini ataupun dia meninggalkan sesuatu perkara sunnah dalam syariat ini ataupun dia meninggalkan sesuatu perkara kebaikan yang terdapat dalam syariat ini.
Maka sebenarnya dia telah meninggalkan cahaya yang dibawa oleh Nabi Muhamad ﷺ. Oleh kerana Itu, janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi yang mana tidak mahu mengambil cahaya yang dibawa oleh Baginda Rasulullah ﷺ dengan tidak menjaga daripada perkara-perkara yang fardhu dan tidak ingin melaksanakan daripada perkara-perkara yang sunnah ataupun kita tidak ingin berbuat baik ataupun menyebarkan kebaikan, memberikan manfaat kepada orang lain.
Mutiara Kata SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH



AKIBAT MENGUJI KEILMUAN GURU : TERTIMPA PADAH, HILANGNYA BARAKAH
Al-Imam Abu Muhammad ar-Ramahurmuzi dalam kitabnya al-Muhaddith al-Fasil meriwayatkan kisah Yahya bin Sa’id al-Qattan dan rakan-rakannya menemui Muhammad bin ‘Ajlan, seorang tokoh besar hadith yang berasal dari Madinah.
Yahya al-Qattan datang ke Kufah bersama-sama Hafs bin Ghiyath, Malih bin Waki’ dan Yusuf as-Samati. Pada masa yang sama Ibn ‘Ajlan juga berada di bandar tersebut. Yahya mencadangkan agar mereka mengunjungi Ibn ‘Ajlan dan cadangannya diterima. Namun Yusuf as-Samati mencadangkan agar mereka mencipta suatu ‘perangkap’ untuk melihat sejauh mana kehandalan dan ketepatan hafalan Ibn ‘Ajlan dalam hadith.
Yusuf mencadangkan agar apabila membaca sanad : [Sa’id al-Maqburi dari Abu Hurairah] mereka mengubahnya menjadi [Sa’id al-Maqburi dari Ayahnya dari Abu Hurairah]
Manakala sanad : [Sa’id al-Maqburi dari Ayahnya dari Abu Hurairah] mereka mengubahnya menjadi [Sa’id al-Maqburi dari Abu Hurairah]
*Nota : Sa’id al-Maqburi memang meriwayatkan dari Ayahnya (Kaisan) dari Abu Hurairah, namun beliau sempat juga meriwayatkan secara terus dari Abu Hurairah tanpa perantaraan ayahnya. Di sinilah mereka ingin menguji keilmuan Ibn ‘Ajlan sama ada beliau dapat membezakan hadith-hadith yang Sa’id al-Maqburi riwayatkan secara terus daripada Abu Hurairah dan yang melalui perantaraan ayahnya.*
Mendengar perancangan ini, Yahya menzahirkan ketidaksetujuannya namun rakan-rakannya berdegil dengan ‘perangkap’ tersebut.
Mereka berempat pun datang menemui Ibn ‘Ajlan dan membaca sejumlah hadith dari sebuah kitab. Apabila kitab tersebut selesai dibacakan kepada Ibn ‘Ajlan, beliau berkata, “Setiap hadith Sa’id dari Abu Hurairah, ditukar menjadi Sa’id dari Ayahnya dari Abu Hurairah. Manakala setiap hadith Sa’id dari Ayahnya dari Abu Hurairah, ditukar menjadi Sa’id dari Abu Hurairah.”
Ibn ‘Ajlan memandang Yusuf dan berkata, “Jika tujuan engkau ialah untuk menghina dan mengaibkan aku, semoga Allah sia-siakan Islam engkau.”
Ibn ‘Ajlan berkata kepada Hafs, “Semoga Allah menimpakan bala ke atas agama dan dunia engkau.”
Kepada Malih, beliau berkata, “Semoga Allah mensia-siakan ilmu engkau.”
Yahya al-Qattan merekodkan bahawa Malih meninggal dunia sebelum ilmunya sempat dimanfaatkan (oleh dirinya dan manusia) manakala Hafs menderita sakit lumpuh badan, dan Yusuf meninggal dunia dalam keadaan dituduh sebagai seorang zindiq.
Pengajaran:
1. Penuntut ilmu seharusnya memanfaatkan keberadaan ulama di mana-mana saja, dengan mengunjungi mereka seterusnya mengadakan majlis ilmu dengan mereka, seperti yang dilakukan Yahya al-Qattan dan rakan-rakannya apabila mengetahui Ibn ‘Ajlan berada di Kufah.
2. Perbuatan murid mencipta ‘perangkap’ dan helah dengan tujuan menguji keilmuan guru walhal guru tersebut merupakan tokoh yang diperakui dalam bidangnya, merupakan suatu tindakan biadap dan tidak berfaedah, seperti yang dilakukan oleh Yusuf as-Samati, Malik bin Waki’ dan Hafs bin Ghiyath. Perbuatan sebegini menghilangkan keikhlasan dan menjauhkan keberkatan daripada hidup penuntut ilmu.
3. Penuntut ilmu seharusnya bersifat tawadhu’ di hadapan gurunya, bukannya perasan bijak hingga menganggap dirinya sudah layak menguji keilmuan gurunya sendiri.
4. Seorang murid yang ikhlas hendaklah menjauhi sebarang perilaku ‘memerangkap ‘ gurunya sendiri, sebagaimana Yahya al-Qattan yang tidak menyetujui dan tidak menguji Ibn ‘Ajlan sebagaimana tiga orang rakannya.
5. Doa para alim ulama dan para salihin secara umumnya sangat mustajab, justeru para penuntut ilmu seharusnya mengelakkan diri daripada terkena doa keburukan dari mereka, sebagaimana yang menimpa 3 rakan Yahya al-Qattan di akhir hayat.
6. Ibn ‘Ajlan selaku tokoh hadith yang terbilang dan diiktiraf memang menyedari bahawa 3 orang tersebut sedang mengujinya, dan beliau juga sedar yang Yahya al-Qattan tidak memasang ‘perangkap’ yang sama, justeru beliau mendoakan keburukan hanya untuk 3 orang tersebut dan tidak kepada Yahya.
7. Para ulama tidak memerlukan peingktirafan daripada murid-muridnya, seseorang itu diangkat sebagai ulama dengan pengiktirafan oleh para ulama lain. Tugas para murid ialah mengakui kepakaran para ulama, seterusnya memanfaatkan keilmuan mereka dalam usaha mendalami agama Allah.

Dari FB ebit Lew 223Hb8

Seorang abang tegur saya di highway masa dalam petrol pam. Ustaz kan, tolong beri saya buat kebaikan saya nak bayar untuk ustaz....dia mendesak juga. Saya syukur pada Allah...
Ish..hehe..percuma lak orang belanja. Terima kaseh tuan...
Ustaz, boleh saya bertanya soalan pada ustaz..
Begini isteri saya tak solat. Tak tutup aurat. Suka pakai sexy sexy. Keluar rumah pakai sexy dan agak sosial hidupnya. Saya stress lah ustaz. Dia langsung tak boleh kena tegur. Kami asyik bergaduh. Dia kuat melawan. Lama-lama dah makin dingin. Saya nak ceraikan isteri saya..
Abang, ada seorang kawan saya kisah sama macam ini. Tapi hari ini mereka begitu bahagia dengan iman dan kasih sayang kerana Allah. Semuanya kerana Allah sayang. InsyaAllah lepas ini abang pula. Allah dah takdirkan dan nak tak nak itulah jodoh abang sekarang. Abang ada buat Ta'lim rumah tak? Abang ada bawa isteri belajar iman? Majlis ilmu? Berjuang di jalan Allah tak?
Tak boleh ustaz. Dia memang tak mahu dengar.
Abang cintakan dia tak? Sayangkan dia tak?
Sayang sangat. Saya cintakan isteri saya..
Dia cintakan abang tak? Sayangkan abang..?
Saya rasa yer ustaz..cinta. sayang..
Inilah masanya abang kena mengorat isteri. Sebut namamya dalam doa. Menangis doakannya waktu malam. Sebelum subuh. Belikan dia bunga. Bawa dia bercuti. Berdua-duaan. Bila dia ok cepat-cepat pujuk bawa ke majlis ilmu, majlis Ta'lim, berjuang di jalan Allah. Perlahan-lahan kasih sayang tapi jangan lambat. Nanti dah lama lagi susah..
Ada orang pernah jumpa saya soalan macam abang. Ramai juga. Tetapi bila isteri mereka datang belajar iman. Dia datang keluargasunnah. Buat Ta'lim. Semuanya berubah. Ada yang isteri buat. Suami kongsi gelap besar pun berubah. Suami tak solat mula solat.
Hari ini ramai orang solat, zikir dan baik. Tetapi kita kurang fikir agama dan tidak buat dakwah. Kita putus asa bila Allah amanahkan pasangan yang jauh dari kebaikan. Nabi saw tak pernah putus asa dengan kita. Seluruh manusia seluruh alam sampai kiamat.. Kenapa nak putus asa dengan cuma seorang anugerah Allah kepada kita. Abang tu mula sebak dan menangis. Terima kaseh ustaz..
Takper abang. Allah sayang abang-ebit lew



Tengah malam dapat bersama berkongsi hati ke hati dengan anak-anak muda yang ada fikir untuk bangunkan anak muda di bukit bintang, chow kit, klcc, dan highway duke. Saya menangis lihat anak muda yang sangat baik. Hati mereka sangat baik. Saya belajar banyak dari mereka semua. Penuh kl ini dengan manusia dari 12 malam sampai dekat subuh.
Sedang bercerita berkongsi rasa syukur masing-masing dengan nikmat iman. Puji Allah. Cerita kebesaran Allah. Semua lembut dan sangat baik. Sedang bercerita pada anak muda yang digelar punk. Beberapa anak muda yang awalnya duduk jauh sikit. Datang dekat dan kata, ustaz. Saya dari jauh berdebar. Hati saya, jantung saya laju. Meremang tengkuk saya. Saya rasa inilah yang saya cari selama ini. Macam-macam soalan ditanya dan terlihat kesungguhannya dan hatinya yang lembut.
Saya ingin berubah jadi lebih baik. Jawab saya, adik Allah sayang. Dia beri Islam. ALLAH tak salah pilih. Dia Allah yang maha baik. Maha kaya. Dialah Raja segalanya. Apa yang dilangit dan dibumi. Adik-adik semua baik Allah sayang.
Dia menangis. Ceritakan keadaan ibunya ada kanser.. Dan kisah silamnya. Alhamdulillah rakan mereka yang dulunya membesar di jalanan itu kini menjadi Daie Allah. Syukur beberapa anak muda telah mula berjuang di jalan Allah.
Subhanallah. Subhanallah. Begitu sebak rasa. Sebab semuanya baik-baik. Cuma kadang-kadang kita tersalah pilih jalan untuk beri masa dan tenaga. Alangkah indahnya tenaga dan jiwa anak muda ini jika digunakan untuk bawa Islam ke seluruh dunia.
Ya Allah sedih rasa. Tak sangka penuh kuala lumpur ini ditengah malam dengan manusia. Ya Allah berjuta rahmat yang sedang kau curahkan dengan kebaikan anak muda ini berilah sedikit pada saya. Semuanya dengar dengan baik. Buat hati ini meronta sedih. Kerana kurang beri masa buat mereka. Ya Allah tak sangka seramai ini manusia di waktu pagi.
Ada kelab dekat sini penuh orang Islam masuk. Semuanya muda lagi. Ada kelab gay, lesbian, dan lain-lain. Jalan raya penuh dengan anak remaja lelaki perempuan. Semuanya baik dan mendengar nasihat. Ya Allah terimalah setiap anak muda ini yang sangat baik dan hormat nasihat yang baik. Pilih mereka jadi matahari hidayah. Asbab seluruh dunia kenal Islam.
Halal itu jelas. Haram itu jelas. Tapi tugas kita ialah mengajak dengan rasa sayang. Semua orang baik. Saya yang tak baik. Saya salah tak buat dakwah sungguh-sungguh. Walau seorang anak muda. Mereka teramat bernilai. Mereka lebih mahal dari segala-galanya. Disebalik mereka tersimpab berjuta hidayah.
Janganlah keji atau hina mana-mana orang. Kita semua sama belum tahu nasib akhir hidup kita. Jangan pernah pandang rendah pada sesiapapun. Sayangilah semua orang. Nabi saw sayang semua manusia. Hanya ingin semua orang bahagia dan masuk syurga. Walau apa orang kata atau keji. Kita hidup untuk Allah sayang. Sambung kerja dakwah Nabi saw.-ebit lew


Sedih, sayu, sebak.....
Beginilah keadaan di mahkamah dunia...takperlah Allah maha kaya dan maha adil. Saya doakan semua yang menuduh dan menganiaya keluarga rapat saya ada mengucapkan perkataan yang dituduh racist semasa di Hong Leong bank. Saya kenal keluarga saya. Saya kenal beliau teramat dekat dan dalam. Dia berbangsa cina dan dia bukan Islam tetapi saya jadi saksi yang dialah saudara rapat dengan saya. Dia suka dan sayangkan Islam. Dia orang paling hormat orang tua..dan tahu erti hormat orang lain. Setiap kali jumpa atau mesej kami bercakap pasal kasih sayang dan kehidupan akhirat..dia sentiasa berlari sana sini layan orang tua-tua Islam. Dia banyak tolong orang tanpa kita bangsa..
Bayangkan sehingga dia stress dan berhenti kerja. Terpaksa ulang alik mahkmah. Habiskan duit simpanan semuanya untuk fitnah manusia. Dan hendak di masukkan dalam penjara cuma kerana beberapa patah perkataan yang dia tak ucapkan. Seorang wanita yang dah nak pencen. Seorang yang baik dan ramah. Semua saksi sebelah kepadanya. Kepada yang fitnahnya, saya sumpah jadi Daie dan seluruh keturunan jadi hafiz hafizah Al-Quran. Menjadi orang baik hendaknya.supaya dapat bantu ramai orang. Bukan aniaya orang saja-saja..ya Allah yang maha baik dan maha penyayang..
Dia orang dekat yang saya selalu cerita mati, syurga dan neraka. Tapi bila jadi macam ni. Cukuplah Allah tempat saya mengadu.
Kami berbual panjang tadi...cuma cerita akhirat..
Pohon doa kawan-kawan dekat dengan saya doakan buat saudara rapat saya yang sekarang sedang peringkat merayu di mahkamah rayuan Putrajaya. Mudah-mudahan beliau dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam. Nabi saw sayang semua orang dalam dunia. Inginkan semua orang bahagia dan masuk syurga..
Saya sayangkan semua orang melayu, cina, India, dan semua orang dalam dunia kerana Allah. Tanpa syak. Tanpa ragu. Kerana Allah..hanya ingin setiap orang bahagia dan masuk syurga..kita semua akan mati. Tiada yang kekal. Dialah Allah yang maha adil..
Ya Allah yang Maha Baik, saya adukan kesedihan dan kesusahanku hanya padaMu. Seluruh kerajaan dunia ini tak boleh buat apa-apa. Hanya perkara yang ditentukanMu terjadi. Saya cuma lalui hidup ini dengan peraturan tetapi saya percaya tiada siapa yang boleh buat apa-apa. Lahaulawala Quwata illa billa. Ya Allah lihatlah hambaMu ini yang teraniaya. Kami miskin, kami takde apa-apa. Cukuplah kepadaMu kami berserah. Pasti semuanya baik. Tak tersalah. Maafkan kami atas semua dosa kesalahan dalam hidup kami..ammai yujibul mudtorro iza daA hu wa yak syifus su'..(amalkan surah an-namlu ayat 62..yakin sebenarnya tiada yang boleh menyelamatkan kita dari penganiayaan dan kezaliman melainkan Allah)
Teringat kisah Saidina Ali ra dan yahudi yang curi baju besi saidina Ali ra. Tetapi keikhlasan saidina Ali ra dan keikhlasan hakim menyebabkan yahudi itu kenal Islam.. Semoga satu masa nanti, kegemilangan akhlak Islam ini hidup kembali. Tahniah kepada yang jujur dan amanah dalam tugasnya. Tahniah kepada yang ada iman ketika diberi kuasa. Allah sebaik-baik yang membalas. Ya Allah saya bukan sesiapa, takde apa-apa, saya cuma pendosa tetapi saya bahagia kenal kau ya Allah. Bahagia dapat Islam dan kenal Rasulullah saw. Dan demi itu saya berdoa kepadaMu-ebit lew

KTP 037

Muslimin, muslimat, usahalah untuk JAGA SOLAT SUNGGUH2, pastikan ketika kita sedang solat hati kita berhubungan dengan Tuhan, ada rasa kehambahan, ada rasa rendah diri, ada rasa berdosa dan ada rasa keinsafan.
Jadikan solat 1st Priority di dalam kehidupan seharian kita dan lakukanlah dengan ikhlas dan seronok , kerana dari jutaan orang yang terleka tidak solat, kita dipilih oleh Allah SWT untuk sujud pada-Nya. Ingatlah dan hadamlah bahawa jika solat kita BAIK, maka jiwa kita, akhlak kita serta kehidupan kita juga akan terikut menjadi baik secara automatik,
Insyaa Allah.
برسيهكن جنتوغ هاتي..
💌~BERZIKIRLAH & JANGAN TINGGAL BACA SAYYIDUL ISTIGHFAR,
MAGHRIB/ BACA QURAN.
Terima kasih diatas ingatan perkongsian ilmu dari sahabat2 fillah , semoga Allah Azza Wajalla memberi kekuatan Iman dan Islam .


JANGAN BERMATI-MATIAN MENGEJAR SESUATU YANG TIDAK DIBAWA MATI, TETAPI BERMATI-MATIANLAH MENGEJAR SESUATU YANG BOLEH DI BAWA KE MATI...


*Bergunung manapun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa.*_
_*Segagah manapun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan.*_
_*Secantik manapun rupa nan ayu, bukanlah ratu jika buruk tingkah laku.*_
_*Setinggi manapun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman didada.*_
_*Melangit manapun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal dan diguna.*_
_*Sealim manapun warak, bukanlah ulama', jika takbur dan riak.*_


KUNCI BAGI HATI*
Zikir merupakan perisai kamu dari Dunia, pernahkah kamu tinggalkan rumah kamu tidak berkunci? Tentu tidak. Tetapi kamu tinggalkan Hati kamu terbuka untuk musuh memasuki dengan meninggalkan Zikir.
( Syeikh Yusuf Mahyudin Riq Al-Bakhour Al-Hasani )


Menahan diri dari berbuat dosa jauh lebih besar pahalanya daripada melakukan solat tahajjud, solat dhuha, berzikir, puasa sunat dan bersedekah.
Kenapa?
Kerana menahan diri dari berbuat dosa hukumnya wajib sedangkan solat tahajjud, solat dhuha, berzikir, puasa sunat atau bersedekah hukumnya sunat. Mana mungkin pahala yang sunat boleh mengalahkan pahala yang wajib.
Cuma sekarang ini ramai yang tertipu,
puasa sunatnya rajin, tahajjudnya setiap malam, zikirnya banyak, sedekahnya banyak, tapi lidahnya berbuat dosa mengumpat, matanya melihat yang haram dan dosa yang seumpamanya.
Na'udzubillahi min Zalik.



HIDUP ini tidak lepas dari HARAPAN
Dan juga tidak bebas dari UJIAN
Dan BERSABARLAH menunggu KETETAPAN
Kerana kita semua dalam PENGAWASAN TUHAN


Pujuklah hatimu.. Kerana kau lebih mengenalinya.. Berdamailah dengannya.. bicara antara iman dan kasih sayang.


Mahasuci Allah yg menjadikan senyuman seseorang itu manis..
Padahal tiada gula pun..


Simpan sedikit.. Jgn bagi semua
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu,olehnya jangan berikan cintamu sekaligus.


Sentiasalah buat baik dan terbaik..kerana mungkin itu yg terakhir dalam hidup kita.


Kita nak marah
Namun kita tahan kemarahan
Padahal kita berhak utk marah
Maka ketenangan akan datang kpd kita..
Namun tidak ramai yg mampu menahannya..


Syukur dan taubat
Ada salah satu jalan untuk kita menuju Allah.


Carilah kebahagian dalam dirimu.. Di satu sudut di dalam hati...


Cabut pelahan lahan kebencian yg ada dalam hati.. Kerana kita ini menjemput kasih sayang datang bersama kedamaian..


Putus asa itu adalah hidup yg pendek.. Panjangkan harapan dengan iman.



Rezeki yg berkat itu sedikit cukup banyak diagih2kan.
Ini lah payah hidup zaman org berlumba2 kejar harta semata2..kita pun turut sama.. Ikut arus..


Belajar untuk tidak mudah menyalahkan orang lain.
Bukan mudah.
Namun cubalah..



Pertahankan lah sebuah cinta.. Dan mohon pada Allah agar cinta itu dipertahankan.. Sebab kita Belum pasti kuat utk menempuh badai..


Apabila kita meminta jgn memaksa.. Ramai yg tak suka.. Mintalah dgn kasih sayang. Yg penting sabar..


Pastikan tidak ada hinaan dalam teguran dan nasihat kita.. Gunakan kata2 baik2..yg penting sabar.


Berbuat lah baik.. Jgn mengharap pujian.. Serahkan pada Allah. Kerana Dia sebaik2 pembalas..


Sakit itu satu nikmat
Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit. Allah ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala manusia tidak perasan, Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah. Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.
Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita inginkan adalah sihat.
Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit mengundang peringatan.
Ada pepatah berkata:
"Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan"
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
"Sesungguhnya Aku boleh menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja"
وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
(Al-Baqarah: 155)
Allah SWT berfirman lagi:
اَوَلَا يَرَوْنَ اَنَّهُمْ يُفْتَـنُوْنَ فِيْ كُلِّ عَامٍ مَّرَّةً اَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لَا يَتُوْبُوْنَ وَلَا هُمْ يَذَّكَّرُوْنَ
"Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?"
(At-Taubah: 126)
Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia. Manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa pada hakikatnya, kita langsung tidak patut mendongak (menengok ke atas) bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.
Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah pada hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan? Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
وَمَاۤ اَصَابَكُمْ مِّنْ مُّصِيْبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ اَيْدِيْكُمْ وَيَعْفُوْا عَنْ كَثِيْرٍ
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."
(Asy-Syura: 30)
Allah SWT berfirman lagi:
وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ.
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ.
اُولٰٓئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوٰتٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۙ وَاُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُوْنَ.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.""
"Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
(Al-Baqarah: 155-157)
Justeru, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, redha dan bertawakal kepada-Nya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yang dihadapi akan lebih baik daripada sebelum ini...

Jangan banyak berbicara tentang masalah, kerana kita ada dahi dan tempat bersujud.
Antara faktor lain yang merupakan asbab seseorang itu dipermudahkan untuk dia mudah masuk ke Syurga tatkala Allah SWT mengasihinya , DIA ADALAH ORANG2 YG SUNGGUH2 MENJAGA SOLAT SUBUH DAN ASAR.
2 solat yang dijanjikan oleh Allah melalui khabaran dari Nabi s.a.w, barang siapa yang bersungguh menjaganya dalam erti kata yg lain, ia tidak melewatkannya (solat on time) maka dia akan pasti di masukkan ke dalam Syurga.


NERAKA ITU ADA
Kita hidup mengharapkan nikmat dan bahagia didunia.
Kita hidup selalu berharap untuk selalu sihat dan bahagia.
Kita hidup harus mampu sabar dan sadar .
Kerna hidup tidak selamanya.
Kita hidup hanya nyawa titipan.
Kita kaya harta juga titipan dari Allah yang maha kuasa.
Kita tak selamanya akan sihat.
Kita tak selamanya akan hidup.
Kita akan menerima ajal mendapat giliran mati.
Kita berharap mati masuk surga.
Kita tak pernah berharap neraka adalah tepat kita.
Namun NERAKA itu ada buat kita .
Kerana kita dimasa hidup ada banyak hal yang dilarang oleh Allah untuk tidak dilakukan.
Namun itulah nafsu manusia yang lemah iman mudah tergoda syaitan .
Yang dilarang mudah dilakukan.
Yang susah senang untuk kita pelajari.
Mari kita sedari kerana
NERAKA itu ada.


Renungan..
Kadang-kadang kita merasakan keberuntungan hidup tidak menyebelahi kita. Pintu kebahagian telah tertutup.
Sebenarnya inilah masa untuk kita bergerak ke hadapan. Masa untuk kita meneruskan hidup. Dan percayalah bahawa keberuntungan hidup dan kebahagiaan itu berada di hujung jalan yang baru kita pilih.
Musibah hidup memaksa kita bergerak kerana selalunya kita tidak akan bergerak atau berubah jika kita tidak dipaksa.
Apabila kita dilanda ujian dan musibah serta menghadapi masa yang sukar, selalu beritahu diri bahawa semua yang diberikan oleh ALLAH mempunyai tujuan dan hikmah. Cuma kita belum melihatnya lagi atas keterbatasan fikiran kita.
Kesakitan dan kesusahan yang dialami adalah mainan fikiran. Katakan bahawa kita redha dengan ujian ALLAH ini dan berdoalah agar ALLAH menunjukkan kebaikan dan hikmah atas apa yang telah berlaku.
Nescaya segala ujian yang diberikan tidak lagi akan menjadi SUSAH dan PAYAH, malah mendatangkan sabar, redha dan syukur.
Justeru, untuk menjadikan emas sebagai sebentuk cincin yang cantik, ia perlu dibakar untuk dicairkan, diketuk dan dicanai dengan jarak masa yang panjang dan sukar.
Ingatkan diri kita sentiasa bahawa tiada kesakitan yang didatangkan tanpa tujuan.
~Berdoalah..ia pembuka jalanmu.
Allahu musta'an.


Muhasabah
🍂🍃Perbaikilah amalanmu tatkala sunyi sendiri, maka ALLAH akan memperbaiki amalanmu di hadapan khalayak..
🍂🍃Peliharalah hubunganmu dengan ALLAH, maka ALLAH akan memelihara hubunganmu dengan sesama manusia..
🍂🍃Berusahalah untuk memperbaiki kehidupan akhiratmu, maka ALLAH akan mencukupi keperluan duniamu..
(Sufyan Ath Thauri -rahimahullah-)
Semoga bermanfaat..
Khususnya buat diri sdiri..


Hati yang tenang akan*
*bersyukur apabila menerima*
*nikmat, sabar apabila ditimpa*
*musibah, rela memberi maaf*
*apabila dipinta, mudah meminta*
*maaf apabila bersalah,*
*qanaah dengan rezeki yang*
*ada, tawakal apabila berusaha*
*dan sentiasa bersangka baik*
*dengan Allah dan manusia* 🌷


Wanita termahal di dunia,
Adalah wanita yang menjaga imannya
Disaat yang lain merebut anugerah dunia
Dia sibuk mengejar anugerah di syurga
.
Dunia tidak lengkap tanpa wanita
Senyum indah mereka membangkitkan cinta
Tiap bait kata mereka bak mutiara berharga.
.
Tetapi siapakah wanita termahal di dunia?
.
Wanita termahal di dunia adalah yang akrab dengan Dia
Sinarnya umpama sang suria
Dunia bahagian dengan adanya mereka
Dunia gelap tanpa mereka
.
Jangan buang masa depan akhiratmu dengan dosa dan maksiat, isilah masa sekarang dengan iman untuk masa depan yang penuh kebahagian..
@sumberilmu


"Kita berdakwah bukan untuk manusia tertarik pada kita tapi kita berdakwah supaya manusia semakin tertarik kepada Allah...."
"Kita nak Redha Allah, bukan Redha manusia..."
"Dan Redha Ibubapa sebelum dapat Redha Allah..."


Imam ghazali sewaktu dekat wafatnya diminta wasiat oleh sahabat2nya..maka dia menjawab hendaklah engkau ikhlas.. Diulang sehinggalah beliau meninggal.


Nasihat diri
Harta yg dicari.. Apabila kita mati akan ditinggalkan ..yg dibawa ialah pahala dari harta itu

Monday, August 14, 2017

KPT 036

Istiqamahlah, apabila kita beragama pasti sahaja ujian itu akan mendatangi sepanjang perjalanan kehidupan ini. Saat goncangan ujian datang itu, hanya istiqamah mampu bertahan dari cabutan akar kehidupan.. maka kita kuatkanlah akar istiqamah dgn ilmu yang bermanfaat, kefahaman agama yang jelas mampu menahan diri dari tergelincir dari landasan agama ini.. inilah tapisan Allah, maka istiqamahlah!!


Tutuplah ruang rasa dengki itu bila menyelinap rasa untuk kedengkian mendatangi, kerana saat dengki bertakhta dihati kita, sebenarnya kita sudah tidak meredhai setiap pemberian yang telah diagih oleh Allah yang paling terbaik untuk hamba.. kita sudah tidak redha setiap pemberian dan kurniaan Allah itu!!.. itu kan sifat keji??


Kumpulan Nasihat as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, yang dikumpul dari berbagai sumber..
1.Senjata / Bekal Seorang pelajar Adalah Buku dan qalam [Pen]
2.Tasbih Tidak Pernah Lepas Dari Saku Baju Atau beg
3.Orang Yang Melakukan Bid'ah Dikhuatirkan Mati Dalam Keadaan Su'ul Khotimah [Tidak Terpuji]
4.Seharusnya Seorang penuntut ilmu Mempunyai Bacaan Wirid Untuk Menjaga Dirinya Dari Kesesatan
5.Sedikit Tapi Mantap Itu Lebih Baik Daripada Banyak Tapi Tidak serius
6.Seseorang Yang Memiliki Cakrawala Keilmuan Yang Luas, dia Tidak Akan susah untuk Protes Terhadap Orang Lain
7.Ilmu Tidak Akan Berkumpul Dengan Sifat Sombong Di Dalam Satu Dada
8.Barang Siapa Yang Merasa Sudah Sampai, Bererti Ia Telah Merusak Permulaannya
9.Bersungguh-sungguhlah Dalam Berkhidmah Kepada tokoh2 Agama
10.Sebaik-baik Perbuatan Adalah yang Memenuhi Keperluan Orang Lain
11.Tidak Layak Seorang Yang Berakal Bertanya "Mengapa Kalian Memperingati Maulid?", Kerana Seolah-olah Ia Bertanya, "Mengapa Kalian Bergembira dengan Adanya Nabi?"
12.Kebanyakan Urusanku Telah Tersusun dan Terencana Dengan Rapi, Tetapi Aku Tidak Mahu Diatur Oleh Program Itu
13.Masyarakat Melayu Adalah Masyarakat Yang Berakhlak Baik dan Pemurah
14.Sifat Zuhud Bukan Terletak Pada Pakaian Dan Penampilan, Tetapi Terletak Di Sini [Yakni Hati]
15.Keistimewaan Tidak Memberikan erti Keutamaan
16.Waspada Terhadap Pemikiran Jumud [Kaku] Dari aliran pemikiran perosak
17.Aku Marah Terhadap Murid Yang Tidak Sopan Ketika Membaca Wirid, Lebih-lebih Ketika Membaca Al-Quran
18.Menjadi Seorang Guru Bukan Dengan Warisan, Akan Tetapi Dengan Belajar Dan Menuntut Ilmu
19.Kunci Segala Rahsia Bersumber Pada banyaknya Bacaan Selawat Kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
20.Seharusnya Seorang penuntut ilmu Banyak Beribadah Untuk Menjaganya Dari Maksiat Dan Menguatkan Hafalannya
21.Jadikanlah Selawat Kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Sentiasa Berada Di Antara Kamu dan Munajatmu
22.Kerana Satu Orang Maka Seribu Orang Dimuliakan
23.Dalam Perjalananku, Aku Selalu Membawa Kitab, Demi Mengikuti Jejak Ayahanda
24.Jangan Ikut Campur Dalam Urusan Politik, Engkau Lebih Mengerti Situasi Daerahmu
25.Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Harus Dilakukan Dengan Sikap Bijak, Lembut Dan Bertahap
26.Kehidupan Yang Indah Adalah Jika dapat Membantu Seseorang Dalam Beribadah Dan Melakukan Ketaatan
27.Aku Tidak Pernah Bosan Untuk Menyebarkan Ilmu, Walaupun Kepada Satu Orang
28.Orang Yang Tidak dapat Memanfaatkan Kemuliaan Waktu Dan Tempat, SungguhIah Amat Merugi
29.Akhlak Lebih Didahulukan Daripada Ilmu
30.Kalian Harus Membiasakan Bacaan Wirid, Sebab Wirid Dapat Menjadi senjata dan Perisai Diri
31.Kebiasaan Orang Mulia, Adalah Semulia-mulianya Kebiasaan
32.Siapa Saja Yang Memiliki Kitab Wiridku, Bererti Ia Telah Mendapatkan Ijazah. Ijazah Ini Bukan Dariku, tetapi Langsung Dari Para Pengarang Wirid-wirid tersebut
33.Syurga Itu Tidak percuma, Belilah Surga Itu Dengan Hartamu, Amalmu, Dan Dengan Tenagamu
34.Sesuatu Yang Tidak Kamu Ketahui, Maka Jangan Sekali-kali Kamu Menyentuhnya [mengerjakannya]
35.Ilmu Mudah Didapatkan, Tetapi Melayani [Khidmah] Kepada Ulama Susah Didapatkan.



MEMUPUK SIFAT ITSAR DALAM DIRI PERIBADI KITA
Sifat opposite daripada sifat "ananiah"(selfish) ini adalah sifat "itsar" iaitu sifat mengutamakan, mendahulukan kepada orang lain berbanding dirinya sendiri. Inilah sifat yang dimiliki oleh Nabi Muhammad ﷺ dan juga diwarisi oleh Para Sahabat Baginda ﷺ.
Diriwayatkan di dalam suatu peperangan Yarmuk mengenai kisah tiga Sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang mati syahid yang mereka bertiga mengutamakan kepada sahabatnya yang lain. Mereka itu adalah Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu, Saidina Al-Harith Bin Hisyam Radhiyallahu'Anhu dan Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu.
Ini adalah suatu kisah yang sangat menakjubkan yang mana mereka ini mengutamakan sahabatnya lebih daripada diri mereka sendiri. Setelah berakhirnya peperangan di medan Yarmuk maka ada sebahagian Para Sahabat yang pergi kepada Para Sahabat yang lain yang mana mereka ini dalam keadaan cedera parah.
Lalu ada tiga orang Sahabat Nabi ﷺ yang dalam keletihan, cedera parah dan kehausan serta dalam keadaan kritikal maka datanglah seseorang yang ingin memberikan air kepada salah seorang di antara mereka bertiga ini. Ketika air hendak diberikan kepada Saidina Al-Harith Bin Hasyim Radhiyallahu'Anhu maka beliau melihat kepada Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu yang sedang kehausan dan sangat memerlukan maka dia mengatakan "Berikan air ini kepadanya."
Lalu orang itu pun beralih kepada Saidina Ikrimah Radhiyallahu'Anhu untuk diberikan air kepadanya. Ketika Saidina Ikrimah ingin meminumnya maka beliau melihat pula kepada Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu yang kelihatan lebih memerlukan air tersebut berbanding beliau maka dia mengatakan "Berikan air ini kepadanya."
Dalam riwayat yang lain disebutkan apabila air ingin diberikan kepada orang yang ketiga maka orang yang ketiga itu mendengar pula ada orang yang keempat yang lagi memerlukan air daripada dirinya. Maka pergilah orang yang membawa air kepada orang yang keempat itu. Akan tetapi setelah tiba kepada orang yang keempat itu untuk diberikan minum air maka orang itu pun meninggal dunia.
Maka orang yang membawa air pun cepat-cepat kembali kepada orang yang ketiga itu untuk diberikan minuman tetapi Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu juga didapati telah meninggal dunia. Begitu jugalah yang terjadi kepada Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu dan juga Saidina Al-Harith Bin Hasyim Radhiyallahu'Anhu yang mana mereka ini telah didapati meninggal dunia gugur syahid kembali kepada Allah سبحانه وتعالى sebelum sempat untuk diberikan air minuman.
Akhirnya orang yang membawa air itu kembali ke khemah tanpa air yang dibawanya itu berkurangan diberikan kepada sesiapa pun dikeranakan tiga orang Sahabat Nabi Muhammad ﷺ telah didapati gugur syahid kerana mereka mengutamakan kepada sahabatnya yang lain. Inilah sifat "itsar" yang diamalkan oleh Para Sahabat Radhiyallahu'Anhum Ajmain yang mana mereka mengutamakan kepada orang lain walaupun dalam keadaan mereka sangat memerlukan.
Inilah sifat kaum mukminin yang sebenarnya iaitu sentiasa mengutamakan kepada orang lain berbanding keperluan dirinya sendiri. Dan sebenarnya kita yang berada di akhir zaman ini lebih berhajat kepada sifat "itsar" ini dikeranakan syaitan pada hari ini telah menjadikan manusia itu bersifat sebaliknya iaitu lebih mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding orang lain.
Oleh kerana itu, seorang muslim yang kamil itu adalah mereka yang sentiasa mengambil berat akan kebersihan hatinya. Mereka akan sentiasa merasa risau dan gusar "Bagaimanakah keadaan hatinya? Mereka ini adalah orang-orang yang akan sentiasa takut dan akan selalu membersihkan hatinya daripada sifat-sifat yang tercela daripada penyakit-penyakit hati dengan mereka melakukan amal ketaatan, mereka membaca Al-Quran, mereka sentiasa berzikir, mereka berselawat dan sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu untuk membersihkan kepada hatinya.
MutiaraKata HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]


KISAH NABI MUSA DAN PENJUAL DAGING
Dikisahkan bahawa Nabi Musa A. S telah berkata: " Ya ALLAH Ya tuhanku,tunjukkanlah kepadaku orang yang akan menemaniku di dalam syurga".
Kemudian ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai Musa, pergilah kamu ke negeri ini dan pasar ini, di situ kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki penjual daging yang wajahnya seperti demikian, maka dia itulh temanmu di syurga kelak".
Setelah itu Nabi Musa A.S pun pergilah ke sebuah gerai yang ditunjukkan kepadanya,maka berdirilah Nabi Musa A.S di situ sehingga matahari terbenam. Nabi Musa memerhatikan penjual daging tersebut, dilihatnya penjual daging itu memasukkan sepotong daging ke dalam bakul dan apabila penjual daging hendak pulang maka Nabi Musa A.S bertanya: "Wahai saudara, apakah saudara ada tetamu? Lalu jawab penjual daging tersebut: "Ya, saya ada tetamu".
Nabi Musa A.S pun mengikuti penjual daging itu sehingga sampai ke rumahnya, Nabi Musa A.S memerhatikan penjual daging yang sedang sibuk memasak kari daging. Masakan penjual daging tersebut sungguh enak.
Setelah selesai memasak maka penjual daging itu pun mengeluarkan sebuah bakul yang mana di dalam bakul tersebut terdapat seorang perempuan tua, yang sudah tua benar dan sangat lemah seperti anak burung yang baru lahir. Penjual daging itu pun mengeluarkan perempuan tua itu sambil menjunjungnya dan memasukkan makanan ke dalam mulut perempuan tua tersebut sehingga dia merasa kenyang.
Kemudian penjual daging itu mencuci kain baju perempuan itu lalu dijemurnya dan dipakaikan perempuan itu pakaian yang lain. Setelah itu penjual daging itu pun memasukkan kembali perempuan tua itu ke dalam bakul tadi. Perempuan tua itu menggerakkan bibirnya dan Nabi Musa A.S dapat memahami kata2 wanita itu.
Nabi Musa A.S berkata: "Sesungguhnya aku mengetahui bahawa wanita itu berkata: "Allahummaj 'al ibnii jaliisa Musa fil jannah". Yang bermaksud: " Ya Allah jadikanlah anakku ini teman bagi Musa A.S di dalam syurga".
Setelah memasukkan perempuan itu ke dalam bakul,maka penjual daging itu mengangkat perempuan tua itu dan meletakkannya pada sebatang kayu.Melihat akan hal demikian maka Nabi Musa A.S pun berkata: "Wahai saudaraku,apakah yang telah kamu lakukan itu?".
Kemudian penjual daging itu berkata:" Perempuan tua ini adalah ibuku, dia terlalu lemah dan tidak boleh duduk".
Berkata Musa A.S: " Engkau berbahagia, aku ini adalah Nabi Musa dan engkau adalah orang yang akan menjadi temanku d syurga,semoga Allah Taala mempermudahkan pertemuan kita di syurga dengan sebab kemuliaan Asma'NYA yang indah dan sebab kemulianNYA manusia yang paling mulia ( Muhammad S.A.W)
pendambacibtailahi.blogspot


MENGUBATI PENYAKIT SANGKA BURUK
Prasangka memang hanya lintasan hati. Kerananya, berprasangka sebenarnya manusiawi. Tak ada orang yang mampu meredam atau menahan yang namanya lintasan hati. Tak ada orang yang tak pernah memiliki prasangka buruk terhadap orang lain. Tak seorang pun boleh menghilangkan lintasan hatinya. Itu sebabnya , para sahabat mengajukan keberatannya kepada Rasulullah saat turun ayat, “Dan bila engkau menampakkan apa yang ada dalam hatimu, atau engkau menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu.” (QS. Al-Baqarah: 284)
Para sahabat yakin tak mampu melawan lintasan hatinya, jika itu termasuk hitungan amal mereka. Akhirnya Allah menurunkan ayat selanjutnya, “Allah tidak akan memberikan beban kepada seseorang kecuali sebatas kemampuannya.”
Imam Al-Ghazali mengurai penjelasan buruk sangka dalam satu sub tema tentang ghibah(mengumpat), membicarakn keburukan orang lain. Menurutnya buruk sangka tak lain adalah ghibah bathiniyah (membicarakan keburukan orang lain dengan hati). “Sebagaimana Anda diharamkan untuk menyebut keburukan orang lain, maka demikian juga anda diharamkan untuk berburuk sangka pada saudara anda.” Demikian kata Imam Al-Ghazali. Apa yang harus dilakukan agar da menghindari bahya buruk sangka?
Pertama,
Tumbuhkan rasa kasihan dan simpati kepada orang yang menjadi objek buruk sangka. Rasakanlah bila objek buruk sangka itu diri anda sendiri yang sangat mungkin mengalami banyak kekurangan. Tips ini sama dengan apa yang dianjurkan Imam Al-Ghazali, ketika ia membahas masalah ghibah.
Untuk menghindari ghiban, menurut Imam Al-Ghazali, salah satunya dengan merasakan bagaimana bila yang menjadi objek pembicaraan itu adalah diri sendiri. Bila kita senang mendengarkannya, maka teruskanlah bicara. Tapi bila tidak, maka jauhilah pembicaraan negatif itu. Sama dengan ghibah dalam hati, cara menghindarinya dengan membandingkan keadaan kita dengan keadaan orang yang menjadi objek prasangka.
Kedua,
Teliti dari mana sumber perasaan negatif, atau buruk sangka itu muncul. Bila ia datang dari informasi seseorang, langkah yang paling baik adalah melakukan pertanyaan lebih detail tentang asal-usul berita itu. Apakah sumber berita itu benar-benar mengetahui secara autentik tentang perkara yang memunculkan prasangka itu? Atau mungkin juga ditanyakan langsung kepada yang bersangkutan tentang benar tidaknya berita negatif tersebut. Bila anda merasakan bahwa informasi itu belum tentu benar, berupayalah menghapuskan memori informasi itu dari pikiran anda.
Ada riwayat hadits menari yang disampaikan oleh Imam Ahmad dengan sanad shahih. Suatu ketika ada seorang lelaki melalui suatu kaum yang sedang berada dalam sebuah majlis. Orang laki-laki itu mengucapkan salam, mereka pun menjawab ucapan salam tersebut. Tapi tak berapa jauh orang itu pergi, salah seorang dari majlis itu berkata, “Sesungguhnya aku membenci orang itu kerana Allah.” Orang yang mendengar perkataan itu terkejut dan mengatakan, “Buruk sekali apa yang engkau ucapkan. Demi Allah aku akan ajukan perkataan ini pada Rasulullah.”
Orang yang telah lalu itu kemudian dipertemukan oleh Rasulullah dengan orang yang memiliki prasangka buruk itu. “Mengapa kamu membencinya?” tanya Rasul. “Aku tetangganya, dan mengenalnya. Demi Allah aku tidak pernah melihatnya melakukan solat kecuali yang diwajibkan,” katanya. Orang itu berkata, “Tanyalah wahai Rasulullah, apakah ia pernah melihatku mengakhirkan solat di luar waktunya atau aku pernah salah berwudhu, ruku’ atau sujud?”
Orang yang berprasangka buruk itu mengatakan, “Tidak.” Kemudian ia mengatakan, “Demi Allah, aku tidak pernah melihatnya berpuasa sebulan kecuali pada bulan yang dipuasai oleh orang baik dan durhaka.” Orang yang dituduh itu mengatakan,“ Tanyakan wahai Rasulullah, “Apakah dia pernah melihatku tidak pusa pada bulan Ramadhan, atau aku mengurangi haknya?” Orang itu pun menjawab, “Tidak.”
Tapi ia masih menambahkan lagi alasan kebenciannya. “Demi Allah aku belum pernah melihatnya memberi orang yang meminta-minta atau orang miskin sama sekali, aku juga tidak pernah melihatnya menginfakkan sesuatu dijalan Allah kecuali zakat yang juga dilakukan oleh orang yang baik dan durhaka,” katanya.
Orang yang dituduh itu mengatakan, “Tanyakan padanya ya Rasulullah, apakah aku pernah mengurangi zakat ataukah aku pernah menzalimi pemungut zakat yang memintanya?” Orang itu menjawab, “Tidak” Akhirnya Rasulullah berkata pada orang yang melontarkan kebencian tanpa alasan yang jelas itu. “Pergilah, barangkali dia lebih baik daripada dirimu,” Ujar Rasulullah.
Ketiga,
Bila sumber informasi itu muncul dari dalam hati sendiri tanpa sebab-sebab yang jelas, kecuali sekedar penampilan lahir atau kecurigaan belaka. Beristighfar dan mohon ampunlah kepada Allah SWT. , atas kekeliruan lintasan hati negatif itu. “Seseorang tidak boleh meyakini keburukan orang lain kecuali bila telah nyata dan tidak dapat diartikan dengan hal lain kecuali hanya dengan keburukan,” nasihat Imam Al-Ghazali.
Beliau mencontohkan bila seseorang mencium bau minuman arak dari mulut seseorang, ia masih belum boleh memastikan bahwa ia telah meminum arak, karena masih ada kemungkinan untuk dikatakan bahwa ia telah minum khamr, karena masih ada kemungkinan untuk dikatakan bahwa dia berkumur-kumur saja dan tidak meminumnya, atau mungkin dia dipaksa meminumnya.
Menurut Imam Al-Ghazali, sesuatu yang tidak disaksikan dengan mata kepala dan tidak didengar dengan telinga sendiri, tapi muncul didalam hati, maka itu tidak lain merupakan bisikan setan yang harus ditolak, kerana syaitan adalah makhluk yang fasik. Allah SWT berfirman, “Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakkan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya.” (QS. Al-Hujaimah: 6)
Keempat,
Sedarilah bahwa lahiriah seseorang tidak selalu identik dengan batinnya. Islam sama sekali tidak mengajarkan penilaian seseorang dari aspek lahirnya. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kalian, tapi melihat pada hati kalian.”
Dalam hadits yang sahih yang lain disebutkan pula bagaimana Rasulullah menggambarkan bahwa keadaan orang yang secara lahiriyah kurang baik, berdebu, rambutnya kumal, dan banyak dipandang hina oleh seseorang, tapi orang tersebut adalah yang paling didengar doanya oleh Allah SWT. Sebaliknya, orang yang bersih, dan menarik penampilan lahiriyahnya, ternyata orang itulah yang memiliki penilaian tidak baik dimata Allah SWT.
Naif sekali, merasa curiga dan buruk sangka karena alasan lahir. Allah SWT bahkan menjelaskan bahwa diantara orang munafik biasanya memiliki penampilan yang memukau. “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum.” (QS. Al-Munafikun: 4)
Kelima,
terimalah fakta bahwa setiap orang pasti telah lepas pandang melakukan kesilapan sesekali. Tidak perlu mengembangkan perasaan dan dugaan terlalu besar dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan seseorang. Kesalahan itu adalah sesuatu hal yang lumrah bagi manusia. Kerananya cuba arahkan perhatian itu pada diri sendiri, bukan pada orang lain. Terlalu besar memperhatikan kesalahan orang lain, merupakan menjadi sebab seseorang menjadi mudah mencurigai dan berburuk sangka. Ingatlah prinsip yang diajarkan Rasulullah Saw. Berbahagialah orang yang disibukkan oleh aib dan kesalahan dirinya, ketimbang sibuk oleh aib dan kesalahan orang lain.
Keenam,
salah satu penyebab buruk sangka, prasangka adalah rasa was-was atau bayangan ketakutan yang akan kita terima akibat pihak tertentu. Untuk mengatasinya, tumbuhkan keyakinan kuat bahwa Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Kuasa atas seluruh gerak-geri hamba-Nya. Apa saja yang terjadi merupakan kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Keyakinan ini akan memunculkan kepasrahan dan ketenangan, serta tidak mudah membayangkan risiko pahit yang belum tentu benarnya. Keyakinan ini juga yang akan mengusir perasaan was-was dan bayangan menakutkan yang tak jelas hujung pangkalnya.
Ketujuh,
untuk mematahkan gangguan syaitan, terapi yang paling penting adalah dengan zikir kepada Allah SWT dan berusaha memperbanyak amal-amal ketaatan. Keduanya akan sangat menciptakan suasana hati yang hidup, bersih dan jernih. Hal ini lebih jauh akan menumbuhkan kualiti iman yang semakin tidak mudah bagi syaitan untuk bersemayam didalam hati. Disinilah, seseorang akan mendapat cahaya Allah SWT sehingga pandangannya akan mengarah pada firasat yang benar, takutlah dari firasat seorang mukmin kerana ia melihat dengan Nur Allah (HR. Turmudzi)
Kelapan,
mintakan ampun kepada orang yang menjadi objek prasangka tanpa alasan yang jelas. itu adalah salah satu kafarat(tebus dosa) ghibah yang disebutkan Imam Al-Ghazali ra. Menurutnya, doa tersebut dapat menjauhkan syaitan sehingga syaitan tidak dapat memasukan lintasan negatif atas seseorang . Prasangka, menurutnya sama dengan ghibah dalam hati. Maka, tebusannya antara lain dengan memohon ampunan kepada Allah atas saudara yang dicurigai itu.



BAGAIMANA CARA BERHENTI DARI TERUS BERMAKSIAT
Suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seseorang yang sudah sekian lama hidup dalam kemaksiatan, sering mencuri, selalu menipu, dan tak pernah bosan berzina. Orang ini mengadu kepada Ibrahim bin Adham,
“Wahai tuan guru, aku seorang pembuat dosa yang rasanya tak mungkin boleh lari dari perlakuan maksiat. Tolong tunjukkan aku seandainya ada cara untuk menghentikan semua perbuatan tercela ini?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu boleh berpegang pada lima hal ini, nescaya kamu akan dijauhkan dari segala perbuatan dosa dan maksiat.
Pertama, jika kamu ingin berbuat dosa dan maksiat, maka usahakanlah agar Allah jangan sampai melihat perbuatanmu itu.”
Orang itu terperanjat,
“Bagaimana mungkin, Tuan guru, bukankah Allah sentiasa melihat apa saja yang diperbuat oleh siapapun? Allah pasti tahu walaupun perbuatan itu dilakukan dalam bilik persendirian, di bilik yang gelap, bahkan di lubang semut pun.”
Wahai anak muda, kalau yang melihat perbuatan dosa dan maksiatmu itu adalah jiran kamu, kawan dekatmu, atau orang yang kamu hormati, apakah kamu akan meneruskan perbuatanmu? Tetapi mengapa dengan Allah kamu tidak malu, sedang Dia melihat apa yang kamu buat?”
Orang itu lalu tertunduk dan berkata,
“katakanlah yang kedua, Tuan guru!”
Kedua, jika kamu ingin melakukan dosa dan maksiat, hendaklah kamu makan rezeki yang datang bukan datang dari Allah.”
Pendosa itu kembali terperanjat,
“Mana boleh, Tuan guru, bukankah semua rezeki yang ada di sekeliling manusia adalah dari Allah semata? Bahkan, air liur yang ada di mulut dan tenggorokanku adalah dari Allah jua.”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Wahai anak muda, masih mahukah kita makan rezeki Allah sementara setiap saat kita melanggar perintahNya dan melakukan laranganNya? Kalau kamu menumpang makan kepada seseorang, sementara setiap saat kamu selalu mengecewakannya dan dia melihat perbuatanmu, masihkah mampu dan tidak malu untuk terus makan darinya?”
“Sekali-kali tidak! Katakanlah yang ketiga, Tuan guru.”
Ketiga, kalau kamu ingin membuat dosa dan maksiat, carilah bumi lain , janganlah kamu tinggal lagi di bumi Allah.”
Orang itu tersentak,
“Bukankah semua tempat ini adalah milik Allah, Tuan guru? Bahkan, segenap planet, bintang dan langit adalah milikNya juga?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu pergi ke rumah seseorang, menumpang makan dari semua miliknya, adakah kamu tidak merasa malu untuk memperlekeh aturan-aturan tuan rumah itu sementara dia selalu tahu dan melihat apa yang kamu lakukan?”
Orang itu kembali terdiam, air mata menitis perlahan dari kelopak matanya lalu berkata,
“Katakanlah yang keempat, Tuan guru.”
Keempat, jika kamu masih ingin berbuat dosa dan maksiat, dan pada saat malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu sebelum kamu bertaubat, tolaklah dia dan janganlah biarkan nyawamu dicabut olehnya.”
Bagaimana mungkin, Tuan guru? Bukankah tak seorang pun mampu menolak datangnya malaikat maut?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu tahu begitu, mengapa masih mahu berbuat dosa dan maksiat? Tidakkah terpikir olehmu, jika suatu saat malaikat maut itu datang justru ketika kamu sedang mencuri, menipu, berzina dan melakukan dosa lainnya?”
Air mata menitis semakin deras dari kelopak mata orang tersebut, kemudian ia berkata,
“Wahai tuan guru, katakanlah hal yang kelima.”
Kelima, di akhirat nanti jika malaikat neraka ingin mengheretme ke dalam neraka. Janganlah kamu mengikutinya, cubalah lari darinya.”
Pemuda itupun berkata,
“Bagaimana mungkin seseorang boleh lari dari malaikat neraka yang luarbiasa kekuatannya Tuan Guru ?
Ibrahim bin Adham pun lalu berkata,
“Oleh kerana hidup hanya sekali anak muda, dan kita tak pernah tahu bila maut akan menjemput kita, sementara semua yang telah diperbuat pasti akan kita pertanggung jawabkan di akhirat kelak, apakah kita masih akan mensia-siakan hidup ini hanya untuk menambah dosa dan maksiat?”
Pemuda itu pucat menahan ledakan tangis dia menghiba,
“Cukup, Tuan guru, aku tak sanggup lagi mendengarnya.”
Lalu ia pun bangun dan pergi meninggalkan Ibrahim bin Adham. Dan sejak saat itu, orang-orang mengenalnya sebagai seorang ahli ibadah yang jauh dari perbuatan-perbuatan tercela.


KTP 034

Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat.
Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia.
Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNya.
Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi Tuhan pemilik semua yang baik.
(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)


Tak laku tak apa, asalkan tak murahan.
Tak ada duit tak apa, asalkan jangan takde maruah.
Tak popular tak apa, asalkan tak gila glamour.
Tak kaya tak apa, asalkan tak miskin akhlak.
Tak mewah tak apa, asalkan sederhana tanpa duit haram.
Tak cantik menawan tak apa, asalkan teguh menutup aurat.
Tak dipandang mulia tak apa, asalkan Allah beri rahmat dan redha


Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang berikanlah kesehatan dan keselamatan dunia dan akhirat bagi kami ..keluarga kami..saudara saudaraku.. sahabat sahabatku dimnapun berada jauhkan dari marah bahaya dan mudahkanlah segala urusannya dan berikanlah Rizky yg cukup dan berkah kepada keluarganya..sembuhkan penyakitnya dan keluarganya yg lagi sakit..ya Allah yg maha esa dan kuasa hanya doa yg dapat hamba lakukan buat saudara saudaraku...sahabat sahabatku ya Allah terimalah doa hambaMu ini aamiin


Ada orang....
Ada orang bangun pagi, dia terus mandi ready nak pergi solat Subuh.
Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.
Ada orang dah bangun tapi tidur balik.
Ada orang subuh memang tak bangun2.
Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.
Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.
Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.
Ada orang, subuh gajah pun x bangun lagi
Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.
Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar jee, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.
Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member2.
Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.
Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.
Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.
Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..
Bila ajal menjemput secara mengejut...
Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang y akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang y akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.
Dan ada orang y mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.
Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad ending kah, atau happy ending ?
Ternyata, semua nya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.
Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2 kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.
Ingat tuan2, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up ! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan dah untuk kita ke syurga.
MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN.


ERTI SEBENAR TUJUAN HIDUP*
Matlamat dan tujuan manusia dalam hidup telah pun tertera di dalam mukjizat yang diturunkan untuk Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-quran. Manusia tidak dijadikan sia-sia. Ada tanggungjawab dan tugasan yang perlu dipikulnya. Ia dijadikan untuk tujuan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya atau menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini. Ia juga tidak dijadikan untuk bersuka ria dan berseronok sepertimana haiwan-haiwan berseronok. Bukan juga dijadikan untuk menikmati hidup pendek atau panjang sehingga beratus tahun yang akhirnya akan dimamah tanah juga.
Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal penciptanya, Yang Maha Esa. Manusia dijadikan untuk menyembah Tuhan yang satu, Allah s.w.t. dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Setiap dari kita akan diuji dan ditapis dengan pelbagai dugaan dan penyakit ujian sepanjang jalan meniti denai kehidupan ini. Dengan tapisan dan ujian itu, kita akan bertambah matang dan positif serta boleh berfikir dengan rasional. Itulah persediaan untuk menghadapi hidup-hidup seterusnya
Jadikan Syahid itu cita-cita tertinggi kita..
Jadikan Allah tujuan utama kita..
Jadikan Syurga matlamat hidup kita..
Semoga kita bertemu dengan erti hidup yang sebenarnya.



*SELEPAS KESUSAHAN PASTI AKAN ADA KESENANGAN*
ALLAH tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan.
Tapi ALLAH janjikan kesenangan bersama kesusahan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.
Bukankah indahnya pelangi itu, baru kita rasakan setelah turunnya hujan?
Muhasabah Diri


Paling takut,
Bila Allah tarik nikmat ibadah.
Solat rasa malas, tak khusyuk.
Nak pegang Al-Quran jauh sekali.
Allahu. Moga dijauhkan


Imam Malik berkata :
"Kerana ALLAH tutup aibku, aku nampak baik. Sekiranya ALLAH tidak menutup aibku, sudah tentu aku lebih teruk daripada kalian."
Bimbang kita ni nampak soleh dan solehah di mata manusia.
Tapi hakikat sebenarnya kita ni yang paling berdosa dan hina di pandangan ALLAH...
Allahu akbar.


Menjaga dan membina silaturahim dengan orang yg suka kepada kita memang mudah.
Namun, jika menyambung silaturahim dengan orang yang membenci kita, diperlukan kebesaran jiwa untuk melakukan nya.


Orang sombong tidak boleh pergi jauh dalam apa-apa kedudukan. Samaada di dalam jemaah atau masyarakat. Tidak ada manusia yang waras boleh menerima seorang yang sombong dan angkuh. Sikap ini meliarkan manusia untuk menghampirinya.


Jangan ajar diri kita penting diri, kerana diantara sesama muslim yang lain itu ada hak masing2.
Apabila kita parking kereta, samada di masjid atau di pasar raya , maka parkinglah elok2 kerana orang lain juga nak parking.
Kalau di trafik light jangan cross line, orang lain pun beratur juga.
Kalau mengambil makan free lepas kuliah, ingat2 orang belakang, sebab mereka juga hendak makan.
Kalau kita bercakap dengan seseorang , berhati2 dengan kata2 kita kerana sebelom kita berkata, kata2 itu kita punya, tetapi selepas kata2 itu diucap, maka kata itu orang lain punya. Ada perkara yang kita rasa kecil tetapi orang yang menerimanya berat. Berkatalah mengikut apa yang orang lain senangi mendahului apa yang kita senangi.
Kenapa saya pertekankan soal AKHLAK? kerana kata Nabi s.a.w “Sesungguhnya sesuatu yang PALING BERAT yang akan diletakkan di dalam timbangan amalan seorang hamba pada hari kiamat adalah akhlak ...." ~(HR. Abu Dawud dan Ahmad)
Apabila akhlak kita hancur, amal kita juga akan turut hancur.
💌~ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR.
MASYAA ALLAH.........


Ciri ciri ahli syurga
(1) aku sangat cuba tidak menyakitkan hati orang lain. Samada kaum keluarga-ku sendiri, jiran2-ku, sesahabat-ku mahu pun orang yang tidak aku kenal."
(2) Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan memaafkan semua orang yang membuat salah kepada-ku."
(3) Aku cuba menjaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.


Allah.. Tuhanku.. Sayangnya.. Engkau padaku.. Namun apalah yg dapat ku ucap selain Alhamdulillah..


Pakat2 berhati2
Pakat2 jaga hati
Pakat2 jaga budi
Hiduplh dgn bermuafakat
Muafakat itu berkat
Adik beradik saling melengkapi
Yg kurang pakat tambah
Yg lebih pakat kongsi
Yg lemah pakat tutup
Yang lebih pakat syukuri
Semuanya bertitik tolak
Silaturahim kerana Allah..Pakat2 jagalah..juga kerana Allah


hendaknya kita benar-benar memanfaatkan kesempatan yang ada dengan
sebaik-baiknya, untuk bertaqarrub kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Semoga kita
dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya sehingga mampu untuk menjalankan segala perintah
Allah Subhanahu Wata'ala dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga gerhana
ini akan menjadikan kita lebih bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala serta
terhindar berlakunya berbagai perkara yang tidak diingini. Amin


Menginsafi bahawa dunia ini semakin berusia dan ajal kita tidak akan diketahui bila
akan tiba, marilah kita segera bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan
melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Di samping
menyesali dosa-dosa yang telah lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada
masa akan datang.


Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan
kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa
tentram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan
padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa
kantuk dari-Mu yang menentramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak
ini kedamaian. Dan, ganjarilah dengan kemenangan yang nyata


Di saat kita letih dan lelah..serulah nama Tuhan ..Ya Allah, Dialah yang memberi arah dan petunjuk



dalam hidup ini jangan terlalu melawan arus kehidupan..dan tak usah menentang takdir..biarlah ketenangan sentiasa mengiringi sepanjang perjalanan..

KTP 034

Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat.
Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia.
Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNya.
Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi Tuhan pemilik semua yang baik.
(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)


Tak laku tak apa, asalkan tak murahan.
Tak ada duit tak apa, asalkan jangan takde maruah.
Tak popular tak apa, asalkan tak gila glamour.
Tak kaya tak apa, asalkan tak miskin akhlak.
Tak mewah tak apa, asalkan sederhana tanpa duit haram.
Tak cantik menawan tak apa, asalkan teguh menutup aurat.
Tak dipandang mulia tak apa, asalkan Allah beri rahmat dan redha


Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang berikanlah kesehatan dan keselamatan dunia dan akhirat bagi kami ..keluarga kami..saudara saudaraku.. sahabat sahabatku dimnapun berada jauhkan dari marah bahaya dan mudahkanlah segala urusannya dan berikanlah Rizky yg cukup dan berkah kepada keluarganya..sembuhkan penyakitnya dan keluarganya yg lagi sakit..ya Allah yg maha esa dan kuasa hanya doa yg dapat hamba lakukan buat saudara saudaraku...sahabat sahabatku ya Allah terimalah doa hambaMu ini aamiin


Ada orang....
Ada orang bangun pagi, dia terus mandi ready nak pergi solat Subuh.
Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.
Ada orang dah bangun tapi tidur balik.
Ada orang subuh memang tak bangun2.
Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.
Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.
Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.
Ada orang, subuh gajah pun x bangun lagi
Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.
Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar jee, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.
Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member2.
Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.
Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.
Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.
Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..
Bila ajal menjemput secara mengejut...
Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang y akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang y akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.
Dan ada orang y mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.
Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad ending kah, atau happy ending ?
Ternyata, semua nya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.
Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2 kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.
Ingat tuan2, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up ! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan dah untuk kita ke syurga.
MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN.


ERTI SEBENAR TUJUAN HIDUP*
Matlamat dan tujuan manusia dalam hidup telah pun tertera di dalam mukjizat yang diturunkan untuk Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-quran. Manusia tidak dijadikan sia-sia. Ada tanggungjawab dan tugasan yang perlu dipikulnya. Ia dijadikan untuk tujuan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya atau menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini. Ia juga tidak dijadikan untuk bersuka ria dan berseronok sepertimana haiwan-haiwan berseronok. Bukan juga dijadikan untuk menikmati hidup pendek atau panjang sehingga beratus tahun yang akhirnya akan dimamah tanah juga.
Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal penciptanya, Yang Maha Esa. Manusia dijadikan untuk menyembah Tuhan yang satu, Allah s.w.t. dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Setiap dari kita akan diuji dan ditapis dengan pelbagai dugaan dan penyakit ujian sepanjang jalan meniti denai kehidupan ini. Dengan tapisan dan ujian itu, kita akan bertambah matang dan positif serta boleh berfikir dengan rasional. Itulah persediaan untuk menghadapi hidup-hidup seterusnya
Jadikan Syahid itu cita-cita tertinggi kita..
Jadikan Allah tujuan utama kita..
Jadikan Syurga matlamat hidup kita..
Semoga kita bertemu dengan erti hidup yang sebenarnya.



*SELEPAS KESUSAHAN PASTI AKAN ADA KESENANGAN*
ALLAH tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan.
Tapi ALLAH janjikan kesenangan bersama kesusahan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.
Bukankah indahnya pelangi itu, baru kita rasakan setelah turunnya hujan?
Muhasabah Diri


Paling takut,
Bila Allah tarik nikmat ibadah.
Solat rasa malas, tak khusyuk.
Nak pegang Al-Quran jauh sekali.
Allahu. Moga dijauhkan


Imam Malik berkata :
"Kerana ALLAH tutup aibku, aku nampak baik. Sekiranya ALLAH tidak menutup aibku, sudah tentu aku lebih teruk daripada kalian."
Bimbang kita ni nampak soleh dan solehah di mata manusia.
Tapi hakikat sebenarnya kita ni yang paling berdosa dan hina di pandangan ALLAH...
Allahu akbar.


Menjaga dan membina silaturahim dengan orang yg suka kepada kita memang mudah.
Namun, jika menyambung silaturahim dengan orang yang membenci kita, diperlukan kebesaran jiwa untuk melakukan nya.


Orang sombong tidak boleh pergi jauh dalam apa-apa kedudukan. Samaada di dalam jemaah atau masyarakat. Tidak ada manusia yang waras boleh menerima seorang yang sombong dan angkuh. Sikap ini meliarkan manusia untuk menghampirinya.


Jangan ajar diri kita penting diri, kerana diantara sesama muslim yang lain itu ada hak masing2.
Apabila kita parking kereta, samada di masjid atau di pasar raya , maka parkinglah elok2 kerana orang lain juga nak parking.
Kalau di trafik light jangan cross line, orang lain pun beratur juga.
Kalau mengambil makan free lepas kuliah, ingat2 orang belakang, sebab mereka juga hendak makan.
Kalau kita bercakap dengan seseorang , berhati2 dengan kata2 kita kerana sebelom kita berkata, kata2 itu kita punya, tetapi selepas kata2 itu diucap, maka kata itu orang lain punya. Ada perkara yang kita rasa kecil tetapi orang yang menerimanya berat. Berkatalah mengikut apa yang orang lain senangi mendahului apa yang kita senangi.
Kenapa saya pertekankan soal AKHLAK? kerana kata Nabi s.a.w “Sesungguhnya sesuatu yang PALING BERAT yang akan diletakkan di dalam timbangan amalan seorang hamba pada hari kiamat adalah akhlak ...." ~(HR. Abu Dawud dan Ahmad)
Apabila akhlak kita hancur, amal kita juga akan turut hancur.
💌~ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR.
MASYAA ALLAH.........


Ciri ciri ahli syurga
(1) aku sangat cuba tidak menyakitkan hati orang lain. Samada kaum keluarga-ku sendiri, jiran2-ku, sesahabat-ku mahu pun orang yang tidak aku kenal."
(2) Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan memaafkan semua orang yang membuat salah kepada-ku."
(3) Aku cuba menjaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.


Allah.. Tuhanku.. Sayangnya.. Engkau padaku.. Namun apalah yg dapat ku ucap selain Alhamdulillah..


Pakat2 berhati2
Pakat2 jaga hati
Pakat2 jaga budi
Hiduplh dgn bermuafakat
Muafakat itu berkat
Adik beradik saling melengkapi
Yg kurang pakat tambah
Yg lebih pakat kongsi
Yg lemah pakat tutup
Yang lebih pakat syukuri
Semuanya bertitik tolak
Silaturahim kerana Allah..Pakat2 jagalah..juga kerana Allah


hendaknya kita benar-benar memanfaatkan kesempatan yang ada dengan
sebaik-baiknya, untuk bertaqarrub kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Semoga kita
dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya sehingga mampu untuk menjalankan segala perintah
Allah Subhanahu Wata'ala dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga gerhana
ini akan menjadikan kita lebih bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala serta
terhindar berlakunya berbagai perkara yang tidak diingini. Amin


Menginsafi bahawa dunia ini semakin berusia dan ajal kita tidak akan diketahui bila
akan tiba, marilah kita segera bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan
melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Di samping
menyesali dosa-dosa yang telah lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada
masa akan datang.


Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan
kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa
tentram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan
padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa
kantuk dari-Mu yang menentramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak
ini kedamaian. Dan, ganjarilah dengan kemenangan yang nyata


Di saat kita letih dan lelah..serulah nama Tuhan ..Ya Allah, Dialah yang memberi arah dan petunjuk



dalam hidup ini jangan terlalu melawan arus kehidupan..dan tak usah menentang takdir..biarlah ketenangan sentiasa mengiringi sepanjang perjalanan..

Tuesday, August 08, 2017

KTP 033

Apabila kita perhatikan segala yang terjadi baik di langit mahu pun di bumi,
kesemuanya itu menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala.
Untuk itu menjadikan orang-orang yang beriman agar sentiasa mengingati betapa
kejadian langit dan bumi yang diciptakan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala bukanlah
perkara yang sia-sia, tetapi sebaliknya penciptaan Allah Subhanahu Wata'ala tersebut
adalah penuh hikmah


Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan
kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa
tentram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan
padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa
kantuk dari-Mu yang menentramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak
ini kedamaian. Dan, ganjarilah dengan kemenangan yang nyata
Dr Aid

Jangan kita lupa atau buat buat tak tahu..Allah memiliki segala kekayaan, keampunan, hikmah..segala-galanya.
{Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.}(QS. Ghafir: 16)


Di saat kita letih dan lelah..serulah nama Tuhan ..Ya Allah, Dialah yang memberi arah dan petunjuk


dalam hidup ini jangan terlalu melawan arus kehidupan..dan tak usah menentang takdir..biarlah ketenangan sentiasa mengiringi sepanjang perjalanan..


melihat keindahan ciptaan Allah SWT dan menghargai setiap perkara yang kecil seperti interaksi antara burung-burung di langit dan pemandangan di daratan, mampu menghindarkan diri dari mengalami masalah kemurungan.


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, nasibku ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu ke atas ku, adil ketetapan-Mu ke atas ku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajar seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Quran sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh-kesahku.”
(Hisnul Muslim)


Sahabat sekalian yg dirahmati Allah SWT, Allah SWT telah memberi hint pada manusia iaitu dengan sentiasa diberikan ujian ke atas setiap insan samada ia berbentuk kedukaan, kesedihan, kerisauan atau apa sahaja keadaan yg menyebabkan terhasilnya perasaan2 yg tidak memberi keseronokkan. Hikmah disebalik keadaan2 ini ia akan memberi satu pesanan minda bahawa dunia ini bukanlah satu keindahan yg perlu dicari. Sekiranya manusia itu sentiasa diberi rasa seronok, bahagia dan aman nescaya mereka tidak berhajat utk mengejar akhirat. Dengan hadirnya keadaan2 yg tidak menyeronokkan itulah akan menyebabkan insan mendekati Tuhannya untuk mencari ketenangan.
Justeru , apa jua bentuk ujian yg menimpa kita, bukan manusia tempat pertama untuk kita rujuk tetapi kepada Allah SWT, kerana terkadangan sengaja Allah hadirkan permasalahan2 yg manusia tidak mampu memberi sebarang pertolongan agar insan itu kembali kepada Tuhannya.


Hidayah milik Allah.. Bersyukurlah..

Bila kita selalu merungut apabila banyak masalah datang bertubi-tubi, hati dan jiwa kita resah dan gelisah.
Muhasabahlah SATU perkara.
Apakah kita sudah menjaga SOLAT :
1) dengan penuh
2) di awal waktu
3) dengan khusyuk
4) secara berjemaah
Kalau masih belum jaga solat. Sila berhenti merungut.
Ambil wudhu cepat-cepat.
Dan teruslah solat.
Semoga kita ikhlaskan diri berubah kepada kebaikan itu dengan taqwa yang benar.


Orang-orang mukmin itu ibarat batu-bata, kota Tauhid
Pembaharui-lah imanmu dengan banyak menyebut Laa illaha illaallah, dalam hati Allah! Allah!
Jalan menuju Tuhan sekalian alam
Bagaimana mungkin dapat engkau mengenal siapa yg tidak pernah diingati namaNya
Sebutlah namaNya sehingga Dia menyahut sebutanmu dengan sebutanNya
Carilah guru pemandu perjalanan, kerana perjalananmu amat jauh
Jalannya itu amat curam dan berliku-liku
Ramai yg telah hilang dan sesat didalam perjalanan tanpa guru pemandu yg benar
Nabi Muhammad S.A.W adalah Guru pemandu manusia yg paling agung
Para pewaris Kenabian, para Wali dan para ulamak yg muttaqqin
Makrifatullah yg sebenar adalah makrifatullah yg disampaikan oleh Allah secara langsung tanpa orang tengah iaitu Khitab Allah kepada para Nabi dan Wali-Wali
Kenderaan Syariat Nabi Muhammad S.A.W jangan sekali-kali ditinggalkan walaupun engkau telah tiba disidratul-muntaha
Barangsiapa yg turun ia daripada kenderaan Syariat Nabi Muhammad S.A.W, maka ia akan sesat daripada jalan Allah
Ya Allah ! Perelokkanlah zahirku dengan hamba-hambaMu dan batinku dengan DzatMu....


Berkaitan dgn HATI ini ada beberapa perkara menurut pandangan sunnah, cara yang dapat beri hati kita cantik, tenang & berpaut dengan agama
1) Keresahan hati akan hilang dengan banyak beristighfar
2) Allah SWT sebut di dalam Al-Quran "hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (QS ar-Ra’du:28). Perbanyakkanlah zikir
3) Duduklah di dalam majlis ilmu, kerana malaikat akan mengelilingi orang2 yg duduk di dalam majlis ilmu, Allah SWT turunkan rahmat dan ketenangan,
4) Jadikan DOA ini sebagai amalan, hafalkan
Pembetulan adalah seperti yang berikut :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Bacaanya:
Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wa a’udzubika minal ‘ajzi wal kasal, wa a’udzubika minal jubni wal buhkl, wa a’udzubika min ghalabatid-daini wa qahrir-rijaal
Artinya:
"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung pada-Mu dari belenggu hutang dan tekanan manusia"
TIP KHUSYUK DI DALAM SOLAT, NAK DAPAT KHUSYUK MAKA KITA KENA SUNGGUH2:-
1) Hafalkan terjemahan di dalam setiap bacaan di dalam solat. Sambil baca , hati menterjemahkannya
2) Pastikan pandangan ke tempat sujud
3) Seorang sahabat Nabi s.a.w, yaitu Utsman bin Abil ‘Ash radhiallahu ‘anhu. Beliau datang kepada Nabi s.a.w mengadukan gangguan yang dia alami ketika solat. Kemudian,kata Nabi s.a.w “Itu adalah setan. Namanya Khinzib. Jika kamu merasa diganggu, mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya dan meludahlah ke kiri tiga kali.” Kata Utsman, “Aku pun melakukannya, kemudian Allah menghilangkan gangguan itu dariku.” (H.r. Muslim, no. 2203)
Pelajaran hadis:
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w ajarkan 2 cara untuk menghilangkan gangguan syaitan dalam shalat:
Memohon perlindungan kepada Allah, dengan membaca ta’awudz (a’udzu billahi minas syaithanir rajim). Bacaan ini dilafazkan, bukan di batin. Ini hukumnya diperbolehkan dan tidak membatalkan shalat.
Meludah ringan ke kiri, dengan cara meniupkan udara yang mengandung sedikit air ludah. Ini diperbolehkan, dengan syarat tidak mengganggu orang yang berada di sebelah kirinya dan tidak mengotori masjid.


MARI AMBIL PENGAJARAN DARI TAZKIRAH SAYA YG RINGKAS.
Sebenarnya ilmu agama ini kita terus kena belajar hingga kita mati. Dengan ilmu agama inilah kita akan dapat mengubah akhlak kita kpd yg lebih baik. Kata Nabi s.a.w "aku di utus adalah utk menyempurnakan akhlak yg baik." HR Imam Muslim. Di dalam hadis yg lain Nabi s.a.w terangkan lagi " sesungguhnya yg PALING BANYAK MENYELAMATKAN MANUSIA DARI AZAB NERAKA ADALAH AKHLAK & TAQWA. Bukan hanya kerana dengan amal sahaja yg membolehkan seseorang itu dapat masuk ke Syurga. AKHLAK itu adalah hubungan langsung di antara manusia dgn manusia yg lainnya manakala TAQWA itu adalah ketaatan di dalam melaksanakan perintah wajib dan meninggalkan segala perkara yg dilarang. AMAL itu pula ialah DARJAT SYURGA iaitu tingkatan syurga yg mana ia akan diperolehi. JADI jika akhlak rosak maka amal tidak akan terkesan. Selagi akhlak kita problem, amal kita TIDAK BERMANFAAT. Dengan akhlak lah kita akan ada sifat malu dan sifat malu ini yg protek kita dari maksiat. Bayangkan jika kita banyak beramal tapi akhlak kita tak cantik maka kita akan selamber melakukan perkara2 yg tak sepatutnya seperti berbalah, derhaka ibu/bapa/suami, mengumpat, berdusta, berkata keji , memutuskan silaturahim, tidak bertegur sapa, rasa benci kat orang lain dan macam2 lagi. Kerana itu ada yg mengatakan beramal itu mudah dan mengawal maksiat itu susah.
KESIMPULANNYA..... KITA USAHALAH BELAJAR AKHLAK NABI S.A.W, KERANA BILA SETTLE MASALAH AKHLAK, ILMU AKAN MUDAH MASUK, AMAL MENJADI NIKMAT DAN KITA AKAN MENDAPAT KETENANGAN YG HAKIKI.


.
Menangislah di atas sejadah kerana selama ini kita banyak bergantung kepada manusia dalam urusan kita. Kita terlepas pandang tentang rahmat Tuhan. Kehilangan sesuatu yg kita sayang, sakit, musibah atau kematian menyedarkan kita untuk kembali menadah tangan kepada Tuhan.



Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh.
Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang2 yang tidak pernah melangkah.
Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.
🍃 Buya Hamka 🍃


*30 TANDA-TANDA HATI KOTOR*
1. _Gelisah walaupun tiada masalah._
2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri._
3. _Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain._
4. _Tidak amanah dan mungkir janji._
5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya._
6. _Suka mengumpat dan membuka aib orang lain._
7. _Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya._
8. _Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang._
9. _Suka menyakiti hati orang dengan sindiran._
10. _Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang._
11. _Menyampaikan ilmu dengan riak._
12. _Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain._
13. _Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk._
14. _Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa._
15. _Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)._
16. _Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada._
17. _Solat yang tidak khusyuk._
18. _Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik._
19. _Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir._
20. _Cinta kepada duniawi dan materialistik._
21. _Mudah bersangka buruk terhadap orang._
22. _Membesar besarkan hal yang remeh temeh._
23. _Suka bergosip dan menabur fitnah._
24. _Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi._
25. _Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia._
26. _Pendendam._
27. _Penting diri dalam semua hal._
28. _Berpura-pura dan suka membodek._
29. _Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain._
30. _Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung._
*Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.*




Tuesday, August 01, 2017

KTP 032

Tulisan seorg sahabat.. Sama lah dgn saya...
aku menulis adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri pertama-tamanya.
Berkali-kali aku mengatakan, aku hanyalah manusia yang penuh cacat cela, malah lebih banyak dosanya dari yang membaca.
Penulis bukan malaikat.
Aku menulis bukan kerana aku ada sesuatu yang lebih untuk diberi,
Namun aku cuma hanya ada cebis-cebis kekurangan yang mampu dikongsi,
Yg dengannya aku berharap manusia akan melihat kebesaran, keagungan dan kasih sayang Allah buat penduduk bumi.
Ini hanyalah kisah pendosa dan kisah rendah dan kerdilnya seorang hamba
Yg memiliki Tuhan yg sempurna dan tinggi dari segala-galanya
Maka janganlah menganggap yg menulis itu sempurna,
Barangkali merekalah yang paling tidak memiliki apa-apa.
Kerana jujur aku telah serik 'dibuang' oleh manusia yg selama ini mendekati aku hanya kerana aku adalah 'anonymous' yg menulis di sini,
Namun berlalu pergi kerana barangkali tidak ada satu pun yang dimahu yang aku miliki.
Ketahuilah jika aku disanjung kerana sesuatu yg bukan milik aku,
Aku pasti akan ditinggalkan kerana hakikatnya aku langsung tak punya sesuatu..
Aku fakir, segala-galanya.
Maka jika mahu, cintailah aku kerana parut yang aku miliki,
Jangan disanjungi aku kerana berlian yg tak pernah aku dapati.


Tarbiah bermaksud BERUBAH.
Jika kita ikut tarbiah, tapi tak berusaha untuk berubah, bermakna, kita masih belum ikut tarbiah.
Nak tinggalkan jahiliah memang bukan sesuatu yang mudah. Siapa yang pernah terjebak, dia akan tahu betapa perit dan pedihnya nak tinggalkan dosa dan maksiat.
Namun..
Harga syurga adalah pengorbanan.
Harga syurga adalah kesusahan.
Harga syurga adalah ketabahan.
Harga syurga adalah kesabaran.
Harga syurga adalah keperitan.
Harga syurga adalah tangisan.
Harga syurga adalah rintihan.
Syurga bukan untuk orang yang bersenang-lenang di dunia, hanyut tenggelam "bergembira" dengan nafsu dosa noda.
Kerana, harta dagangan Allah itu mahal. Dan ketahuilah, harta dagangan Allah itu adalah syurga, dan harganya adalah pengorbanan.
Ya Allah.
Berilah kami semua kekuatan untuk tinggalkan maksiat. Kami tak tahan ya Allah. Kami terseksa dengan dosa. Ampunkan kami.
Bebaskan kami..pertemukanlah kami dalam syurga-Mu.
~Motivasi Dakwah



● Dipanjangkan umur
● Diluaskan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan fikiran baik
● Kesihatan yang sihat
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya
📖
Semoga semangat silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya.
. *Aamiin Aamiin Ya Rabb Al Aamiin*
📚🇲🇾🌹🕌👌👍
*_NILAI SILATULRAHIM DAN PERSAHABATAN_*
*Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:*
📖
_"Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan Nabi dan bukan pula Syuhada. Tetapi para Nabi dan syuhada cemburu pada mereka di hari kiamat nanti, disebabkan kedudukan yang diberikan Allah kepada mereka"_
*Seorang Sahabat bertanya:*
📖
_"Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapa mereka yang dimaksudkan itu? Agar kami dapat turut mencintai mereka"... ujar para sahabat._
*Lalu Rasulullah SAW menjawab:*
📖
_“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi kerana Allah SWT_ *_Tanpa adanya hubungan darah, keluarga dan Nasab diantara mereka..._*
📖
*Demi Allah, wajah-wajah mereka pada hari itu BERSINAR bagaikan CAHAYA di atas mimbar-mimbar dari cahaya.*
📖
*Mereka tidak takut di saat manusia takut, dan mereka tidak sedih di saat manusia sedih*
(HR. Abu Dawud)
📖
_Semoga Silatulrahim, Persahabatan dan Persaudaraan kita ini, termasuk ke dalam golongan yg_ *_DIREDHAI_* _serta_ *_DIBERKAHII_* _oleh_ *ALLAH SWT.*


JANGAN MERASA DIRI BAIK...*
📚🕌🇲🇾
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
📖
JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.
📖
Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.
📖
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
📖
Selalu letak diri kita dalam keadaan " aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain " untuk menjadi lebih baik.
📖
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
📖
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.
📖
Hanya Allah yang akan terus beri kita 🌹 *PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN*
*dari adna...* 👌👍🌹🇲🇾🕌💪📚


Hidup ini terlalu singkat untuk di habiskan dengan di selubungi rasa marah dan benci.ketenangan hanya mampu di kecapi apabila hidup sentiasa di warnai dengan rasa ceria dan sayang menyayangi.formulanya muda sentiasa bersedia memaafkan dan serahkan segalanya pada Allah Yang Maha Adil dalam membuat segala perhitungan maupun penghukuman.
Wallahu a'lam


2 perkara yang Allah turunkan paling kurang iaitu iman dan akhlak.
Ada orang ada iman – tapi tiada akhlak
Ada orang ada akhlak – tapi tiada iman
Kalau ada kedua-duanya – jadi raja di dunia dan raja di akhirat
Bukan Allah tangguhkan hidayah – tapi sebab tingkahlaku/akhlak kita – hidayah tertangguh
Dengan iman dan akhlak – Allah sebarkan hidayah dalam masa yang singkat
Hanya dengan akhlak – hidayah akan tersebar di kalangan orang bukan Islam
Orang bukan Islam tak nampak iman kita, tak nampak solat kita, tak nampak puasa kita, tak nampak zakat kita, tak nampak haji kita.
Kena ada rasa cinta dan sedih untuk seluruh umat dalam hati kita.
Semua itu akan datang dengan pengorbanan harta dan diri – belanja untuk agama
Dengan pengorbanan dapat hidayah
Bila dapat hidayah – datang amal
Dengan amal – akhlak terbentuk
Dengan akhlak – jadi asbab hidayah
★INGATAN KERANA SAYANG


Kehidupan di dunia terlalu singkat...sekadar satu lintasan cahaya...
Jangan terlalu bersedih bila di timpa musibah...
Jangan angkuh & sombong bila mendapat kesenangan...
Semuanya sekadar gurauan sementara.....
Hidup ibarat pelangi..nampak cantik...tapi hanya sementara...hilang macam tu saja...
Justeru, manfaatkanlah masa yang ada, cari amalan untuk mengaktifkan account dana akhirat.


Perjalanan hidup...penuh berliku-liku..
Namun destinasinya tetap pasti..
Semoga Allah SWT memberikan kita KESABARAN dan KEKUATAN untuk meneruskan perjalanan......

Kita mungkin nampak dia kuat,..
Sebab dia senyum
Kita mungkin nampak dia tabah,
Sebab dia tak menangis.
Kita mungkin nampak dia bahagia,
Sebab dia ketawa.
Tapi di sebalik apa yang kita nampak itu,😞
Hanya Allah yang mengerti dan mengetahui.


Muhasabah Hati ...
_Berulang kali kau mengurai senyum_
_Berulang kali pula kau mengisak tangis_
_Wajah mu dihiasi dengan rona ketegaran_
_Sedangkan hatimu menangis dengan seribu kebisuan..._
_Kau mencuba mengharungi samudera hati lain,_
_Demi untuk melupakan hati yang dilukai._
_Namun akhirnya kau terumbang-ambing dalam lautan keputusasaan..._
_Akhirnya kau kembali pada samudera awalmu_
_Beribu pertanyaan hati menyesakkan dadamu,_
_Hingga kau menangis kerananya..._
_Dan tidak ada logika yang boleh memecah rasa itu,_
_Hingga kurniya Tuhan bagaikan hilang dengan sendirinya..._
*Begitulah , rapuhnya sekeping hati...*
Barangkali kita lupa , pada DIA yang selalu ada disisi.
DIA yang mengukirkan senyuman di bibir saat kita merasa gembira dan bahagia.
DIA yang menitipkan airmata di ketika terasa sedih dan berduka.
DIA tetap setia mendampingi kita.
Cuma kita yang selalu menyombongkan diri. Untuk kembali pada Rabbul Izzati dan membersihkan hati.
_Ingatlah duhai Hati ❤ ,_
_Telah Allah menyebut sebanyak 11 makhluk dalam permulaan surah Asy-Syams ..._
_Tidak lain kerana ingin memberitahu dalam ayat seterusnya (9-10) adalah pentingnya membersihkan sekeping hati ❤_
*Kerana Hati umpama raja , Allahumma thohir qulubana*
# Warkah Waraqah .


Bila kita berusaha membahagiakan orang lain, Allah juga berusaha membahagiakan kita dalam apa jua keadaan yang takkan pernah kita sangka-sangka.
Sebab itu, Teruslah berbuat baik! Kerana hidup mu akan sentiasa terasa mudah dan bahagia.
Dan ramai orang juga akan suka berkawan dengan mu.
Dan orang yang paling bijak adalah orang yang dapat membahagiakan orang.
Bukan orang yang selalu mengecewakan.


Antara tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah itu ialah:
Orang itu "DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH" untuk dia buat ibadah walaupun dia tiada niat untuk membuat benda baik.
Dia jadi mudah nak buat kebaikan, jadi mudah untuk solat malam, jadi mudah untuk membaca Quran, jadi mudah untuk ke masjid, jadi mudah untuk taat pada ibu bapa walaupun dia tak ada niat.


Punca kebanyakan masalah manusia ialah sifat takbur dan hasad. Takbur kerana merasa dirinya lebih baik dan menghina orang lain. Hasad kerana tidak suka melihat orang lain mendapat nikmat dan ingin nikmat itu hilang daripada orang itu.
Iblis jadi takbur, apabila mempersoalkan mengapa Adam yang terpilih untuk dihormatinya sedangkan dia merasakan dirinya lebih baik kerana diciptakan dari api.
Dan Iblis hasad terhadap Adam yang dilantik menjadi khalifah sehingga dia derhaka kepada Allah yang ditaatinya sekian lama.
Iblis bukan tidak kenal Allah, bahkan dia begitu lama dan banyak beribadah, tetapi kerana takbur dan hasad akhirnya dia derhaka jua kepada Allah.
Ada 'keredhaanNya' yang diletakkan Allah pada Adam untuk diraih oleh Iblis. Iblis hanya perlu sujud hormat tetapi dia tetap enggan kerana lebih rela sujud kepada takbur dan hasadnya.
Sekiranya Iblis rela sujud kepada Allah kerana cintanya kepada Allah tentu dia diredhai. Malang...takbur mengatasi cintanya. Takburnya kepada Adam lebih besar daripada cintanya kepada Allah.
Begitulah...ibrahnya. Jika ada cinta walau sebesar mana, tetapi jika takbur dan hasad di jiwa lebih besar daripadanya, maka cinta itu akan lebur dan terkubur jua!


" kadang kadang ujian itu dtg pada kita untuk menghapuskan dosa dosa kita yang lalu...tempuhi ia dgn ketabahan...1001 hikmah di sebalik ujian itu utk kita nikmati"... renungan bersama ✍


Bukan mudah untuk kita bersabar dgn kerenah ayah dan ibu kita
Namun di situ ada keindahan iman dan ganjaran pahala
(macam lah kita tidak menjadi tua dan tidak ada kerenah ... Kot kot lebih teruk)


Sihat tubuh badan belum tentu sihat hati
Ada ulama yg sakit mengatakan
Sakitnya itu menyebabkan dia ingat pada Allah.


Ubat bagi hati yg sakit ialah
Istighfar.


Apabila kita rasa seronok maka bersyukurlah.. Itu termasuk anugerah Allah


Ada org boleh buat amal yg banyak.. Tapi datang perasaan bangga diri.. Jadilah spt iblis yg bangga diri.


Hati jadi kotor
Bila kita sibuk cari keaiban
Orang lain


Datanglah kpd Allah
Dgn hati yg sejahtera.


Yang payah
Dirikan solat dgn ingat pada Allah.


Sibukkan hatimu dgn ingat kpd Allah.


Kepahitan dalam hidup
Begitu juga kehidupan nyata, terima kenyataan sepahit apapun, dan kelola kenyataan yg pahit itu menjadi hal yang manis dimasa depan,
...Bukan bahagia yang membuatmu bersyukur, tapi bersyukurlah yang membuat bahagia...


Hari ini buatlah keputusan untuk melihat kebaikan semua Orang. Jangan asyik lihat keburukan orang lain je. Sayangi semua Orang dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan biarkan sifat dengki ada dalam diri kita. Berhenti daripada melihat berita , drama atau surat khabar yang berunsur negatif. Jadikanlah kasih sayang sebagai fokus kehidupan kita. Lihat bagaimana kehidupan kita akan berubah dari segi kesihatan,ketenangan dan kebahagiaan. In shaa Allah.


*Apabila engkau berbuat baik, orang lain mungkin akan berprasangka bahawa ada maksud disebalik perbuatan baik yg kau lakukan itu…*_
_*Tetapi tetaplah berbuat baik.*_
_*Kebaikan yg kau lakukan hari ini mungkin besok akan dilupakan orang…*_
_*Tetapi teruslah berbuat baik.*_
_*Apabila engkau menemukan kedamaian dan kebahagiaan di dalam hati, orang lain mungkin akan iri hati kepadamu…*_
_*Tetapi tetaplah berbahagia.*_
_*Berikan yg terbaik dari apa yg kau miliki dan itu mungkin tidak akan pernah cukup…*_
_*Tetapi tetaplah berikan yg terbaik…*_
_*Apa yg telah engkau bangun selama bertahun-tahun dapat dihancurkan oleh orang lain dalam satu malam saja…*_
_*Tetapi janganlah berhenti dan tetaplah membangun!!!*_
_*Berikan yg terbaik dari apa yg engkau miliki dan itu mungkin tidak akan pernah cukup. Tetapi tetaplah berikan yg terbaik. Jangan pedulikan apa yg orang lain fikirkan atas perbuatan baik yg engkau lakukan. Percayalah bahwa pandangan ALLAH tertuju pada orang2 yg jujur dan DIA melihat ketulusan hatimu.*_
_*Jika tak boleh terbang, "lari"*_
_*Jika tak boleh berlari, ''jalan"*_
_*Jika tak boleh berjalan, "merangkak"*_
_*Apapun dugaan, teruskan ke hadapan..*_
_*MARILAH TERUS BERBUAT BAIK!*_🍃


*Tiada langsung pembantu2 bagi kita di alam barzakh kelak melainkan hanyalah amalan2 kita sahaja..
*Dihisab itu adalah merupakan satu azab di akhirat kelak bagi manusia..
Manakala manusia yang terlepas dari dihisab adalah merupakan satu nikmat yang amat besar..
*Boleh jadi amalan yang amat kecil yang pernah kita lakukan di dunia itulah yang mampu menyelamatkan kita dari azab neraka..
Umpamanya ialah bersedeqah walau dengan separuh buah kurma..
*Perkara & amalan yang kita anggap kecil & sedikit itu kadangkala amat bermanfaat bagi manusia lain.. maka janganlah pandang rendah setiap amalan kebaikan..
Boleh jadi amalan yang kita anggap kecil itu adalah amat besar di sisi Allah SWT..


Kita bersyukur kerana Allah beri peluang utk kita membaiki diri.. Dari kesalahan2.
Dan kita mohon agar Allah jauhkan kita daripada mengulangi kesalahan itu.. Dan menhadikan kita hamba yg baik..


antara cara untuk mengatasi masalah stress ketika berhadapan dengan karenah orang lain ialah melakukan perkara-perkara berikut:
(a) Menghiasi diri dengan sifat pemaaf Di dalam al-Quran Allah SWT memuji orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan orang lain: Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 134 bermaksud: ... Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Sirah Rasulullah SAW, para rasul dan para nabi penuh dengan kisah-kisah kemaafan kepada umat mereka. Walaupun mereka ditentang habis-habisan, dimaki hamun, dicerca dan diancam akan dibunuh, namun mereka tetap memaafkan umat dan berharap umat mereka akan sedar dan menerima hidayah. Sebagai contohnya ialah ketika Rasulullah SAW mengalami luka di muka dan patah giginya di dalam peperangan Uhud, namun baginda menolak cadangan supaya memohon diturunkan bala kepada kaum musyrikin. Sebaliknya baginda berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah hidayah kepada kaum ku. Sesungguhnya mereka tidak memahami”. Kesabaran dan sifat pemaaf itulah menjadi sumber ketenangan para rasul dan para nabi dalam menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi dalam usaha dakwah mereka.
(b) Mengelakkan Diri Dari Faktor-faktor Yang Menimbulkan Stress Kita hendaklah mengenali diri kita terlebih dahulu. Apakah yang kita suka dan apakah yang kita benci. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan stress. Sebagai contohnya jika kita tidak suka kepada tabiat merokok rakan kita, kita hendaklah menyatakan kepadanya dengan penuh hikmah. Apabila rakan kita memahaminya, dia akan cuba menghindari tabiat buruknya apabila bersama kita.
(c) Berdoa Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa stress. Oleh yang demikian, nabi SAW telah menjelaskan bahawa ’doa itu senjata bagi orang yang beriman’. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah: Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya. Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a. Di samping itu terdapat banyak lagi doa-doa lain yang boleh diamalkan yang boleh diambil daripada buku-buku doa yang dijual di pasaran.



Tak cantik tak apa yg penting senyuman menjadikan cantik
Tak cantik pd manusia tak apa asalkan cantik pd pandangan Allah
Hati nak kena jaga.. Hati itu pandangan Allah.


Sentiasa bersangka baik dengan aturan ALLAH. Pasti ada sebab mengapa kita sentiasa diuji. Tabahkan hati._


RENUNGAN
kita nampak bulan,padahal bulan tersangat laa jauh dengan kita.
Kita tak nampak allah tapi allah tersangatla dekat dengan kita.
🌷Jadi, janganla kita pulak yang jauh darinya..
🌷Utuk dri sendiri dan sahabat..


manusia tidak lari dari membuat kesilapan.
Apa yg penting iklas membuat perubahan.
Perubahan membawah segala perjalanan yg sebenar.
Perjalanan mesti diteruskan.
Ramai lagi dibelakang manusia akan mengikut jejak kita.
Rasulullah s.a.w meninggalkan sunat dan quraan sebagai peringatan aklak awal dan akhir kehidupan kita dunia sampai akhirat.


Jangan mudah mengata orang sombong
Sebelum kita kenal siapa dia
Dan kenapa dia tak senyum2 kpd kita.


Banyak sangat kita mengadu kpd manusia.. Manusia akan jadi serabut dan boring dgn kita
Namun semakin banyak kita mengadu kepada Allah.. Maka semakin dapat ketenangan dan kasih sayangNya