Monday, March 26, 2018

Tazkirah Pilihan 067

*_💔"Bawalah hatimu yang patah hati ke dalam tahajjud dan ungkapkan semuanya kepada Dia (Allah) yang boleh menghibur dan memperbaiki kehancuran hati."_*❤💖

*💖✨SALAM CINTA*🌙
*✨💖TAHAJJUD*🌙

Biarlah ujian itu datang
Sebab mmg sesuai dengan kelayakan kita

Sewaktu nikmat datang adakah kita hitung dan syukuri

Macam tidak seimbang

Dalam fb ini ada banyak kisah duka dan derita.. Kita tidak perlu ambil tahu dan ikuti semua.. Satu persatu.  Kecuali kita boleh membantu.  Atau doakan lah mereka.
Jiran atau saudara mara yg susah sudahkan kita bantu.

Sekiranya ambil tahu itu.. Menyesakkan dada kita.. Cukuplah.. Serahlah urusan itu pada Allah.
Dan sekiranya ambil tahu itu mengurangkan ibadat dan zikir kita maka kembalilah tumpuang pada ibadat.

Jika kita mencari kebaikan kita akan mendapat kebaikan.

Tetapi jika yang buruk juga kita temui...itu menunjukkan yang buruk itu lebih baik daripada yang baik.

Buruk mungkin hanya pada pandangan kita tetapi pada pandangan Allah semuanya baik belaka.

~Motivasi Dakwah

Riak ni benda halus.

Kadang-kadang kita suka post benda baik-baik. dengan harapan orang mendapat manfaat. Selain itu juga saham akhirat.

Tetapi riak ni datang tanpa diundang.

Kita tak nampak, tapi dia ada. Di kala kita tak sedar, dia datang menerjah untuk membuatkan kita merasa lebih baik daripada orang lain.
Di waktu itu, semoga dikuatkan hati semua orang untuk kembali semula kepada niat.
Tak kira siapa jua anda. Jaga niat di hati.
Ikhlas itu inti perkataan dan perbuatan kerana apabila perkataan dan perbuatan kosong dari keikhlasan maka perkataan dan perbuatan itu menjadi kulit tanpa isi , sedangkan kulit itu tidak layak kecuali untuk api
❤️Syeikh Abdul Qadir Jailani❤️

#motivasihikmah.....
Kita akan bersihkan rumah untuk sambut tamu  demikian dgn hatimu perlu dibersihkan untuk sambut
 ilmu.

"Orang pertama yang akan dicampakkan ke dalam neraka adalah orang alim yang mengajar ilmu kerana mahu dipuji."

[Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

 AL~KULLIYYAH TV3
APA TUJUAN HIDUP KITA?
Kita diciptakan oleh Allah.
Apabila kita diciptakan mesti kita ada tanggungjawab pada Allah.
Tanggungjawab utama adalah utk beribadah kepada Allah.
MACAMANA NAK BERIBADAH JIKA TAK KENAL ALLAH.
Nak kenal Allah mesti ada ilmu tauhid.
Tujaan kita hidup di dunia ini utk jadi khalifah/hamba Allah.Apa pun yg kita lakukan utk kita mengesakan Allah.Ketika di alam roh kita tak ada apa².Roh mengambil perjanjian dgn Allah.
Ketika itu roh,bersih tak kenal dosa,tak kenal maksiat.Roh kita milik Allah.Dan Allah nak roh kita dikembalikan pada Allah tidak berdosa.Ketika dalam rahim dan dilahirkan,kita sudah kenal dunia.
Lihat dunia,kenal dunia,cinta dunia.Bila berada di dunia sudah kenal harta,tahta dan wanita, dia lupa dgn janji dia dulu pada Allah.
Di dunia dia cintakan wanita lebih dari Tuhan.
Buka aurat kerana sudah lupa janji dgn Allah.
Bila Allah nak panggil dia(meninggal)dia susah nak meninggalkan dunia kerana sudah cinta pada dunia.
Akhirnya dia meninggal dunia tanpa redha Allah.

BAGAIMANA NAK KAWAL JADI HAMBA ALLAH DILAMAN SOSIAL?
Kalau kita tahu kita ada Tuhan,kita akan buat apa yg disuruh oleh Allah
Kalau sesuatu yg baik,silakan buat.
Islam suruh kita berkawan dalam landasan agama.
Kalau kawan salah kita tegur.
Jangan hantar gambar tak menutup aurat .Ramaikan kawan supaya kita banyak dapat ilmu.
Kawan yg baik seperti kata ulamak ialah kawan yg benar,jika benar dia berkata benar dan jika kita buat jahat dia akan menegur.
Jangan berkawan dgn kawan yg menarik kita kepada maksiat.
Boleh berkawan dgn kawan  bukan islam dan kenalkan islam kepadanya.
BAGAIMANA NAK TEGUR KAWAN SUPAYA TAK MENYAKITKAN HATI KAWAN?
Kalau nak tegur kawan,niat ikhlas kerana Allah,gunakan perkataan yg baik²,cari waktu yg baik,jangan terlalu direct sgt.
Boleh ceritakan tentang kelebihan org yg sembahyang.
Ajak santai²..

ADA TIGA PERSOALAN KETIKA KITA JALANI KEHIDUPAN:
DARI MANA KAMU DATANG,KEMANA NAK PERGI DAN KENAPA KITA HADIR DI DUNIA?
Kita datang dari alam roh,alam rahim,alam dunia,alam barzah dan alam akhirat.
Alam roh kita mengaku Allah Tuhan kita.
Kita datang dari Allah.
Dunia sementara dan kita akan kembali pada Allah.
Tidak ada org yg kekal di dalam dunia. انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Kenapa kita hadir dekat dunia?
Kita hadir ke dunia utk jadi hamba Allah,jadi khalifah.
Tak salah jadi kaya di dunia tapi jangan lupakan Allah.
Sebaik~baik harta ialah harta yg berada ditangan org yg soleh kerana tak lupakan Allah.
ORG YG INGAT PERJANJIAN DI ALAM ROH,WALAU SIAPA PUN DIA,DIA AKAN MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH.







Buat sesuatu utk dapat keredhaan Allah.

KITA SEBAGAI ORG ISLAM SETIAP HARI KITA BERSYAHADAH DAN SOLAT.
Ketika kita solat kita ada baca doa iftitah.
Kita baca doa iftitah supaya kita ingat apa yg kita lakukan semuanya kerana Allah.
Bukan bermaksud kita semua kena jadi penceramah,pendakwah tapi apa juga yg kita jadi cth jadi tukang sapu,kita ingat Allah kerana Allah sukakan kebersihan.
Nak ingat Allah bukan semestinya kita kena duduk dalam surau.

ALLAH JADIKAN ALAM TANDA KEKUASAAN ALLAH DAN ADANYA ALLAH SUPAYA KITA INGAT JANJI KITA PADA ALLAH.
KETIKA KITA LIHAT BANGUNAN YG KUAT DAN KITA INGAT BAHAWA SATU KETIKA NANTI
SEKUAT MANA PUN KITA,KITA AKAN LEMAH.
SECANTIK MANA PUN KITA,KITA AKAN TUA.
LIHATLAH APA PUN YG ADA DI DUNIA INI,KITA INGAT PADA ALLAH.

APAPUN YG KITA LAKUKAN KITA MESTI ADA HUBUNGAN DGN ALLAH.

HIDUP DI DUNIA INI KITA MEMEGANG AMANAH ALLAH DAN SENTIASA INGAT APA PUN YG KITA LAKUKAN UTK DAPAT REDHA ALLAH DAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH.

#Aamiin

Apabila kita jauh dari Agama, maka dunia akan control diri kita, jesteru kita akan buat perkara2 yg membuang masa dan sering merasa bosan. Agama akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bahagia walaupun tidak berharta. Agama itu adalah ilmu dari sumber quran & hadis yg mana ia memberikan guide line kpd kita tentang bagaimana cara hidup yg berlandaskan syariat. Maka berusahalah utk mendekati Agama dengan mendatangi majlis2 ilmu serta merapati insan2 yg sentiasa memberikan peringatan2 yg menyuburkan iman serta muhasabah diri.

~ISTIQOMAH DGN SOLAT SUNAT WITIR & FAJAR LEBIH BAIK DARI 2.6B

🎶Orang yang betul-betul sayangkan kita adalah orang yang selalu marah kita bila kita buat sesuatu yang merugikan diri sendiri. Bukanlah orang yang kononnya sentiasa sporting dengan setiap  perbuatan kita.🎶 🌷🌷 🌷🌷

Menguruskan orang yang mati lebih senang daripada menguruskan hati yang mati, Orang yang mati dimandikan, dikafankan, disolatkan lalu dikuburkan.Tapi hati yang mati hendak dimandi akalnya ada, hendak dikafan jasad bernyawa, hendak disolat masih bermaya, hendak dikubur nafasnya ada.

Orang yang mati meninggalkan kenangan, Hati yang mati meninggalkan palitan dosa. Usah takut dengan orang yang mati, Tetapi takutlah bila hati yang mati.Berhati-hatilah dengan hati yang mati. Hidupkan kembali hati yang mati dengan dekatkan diri kepada Allah.

*muhasabahdiri*💓🌸

•••┈••••○❁🍃💜🍃❁○••••┈•••

~ Penawar bagi hati yang duka adalah zikrullah. Lidah yang basah dengan berzikir kepada ALLAH akan menyebabkan seseorang insan itu lembut hatinya untuk menerima segala kebaikan.~

APABILA KITA AMALKAN CARA HIDUP ISLAM, CARI AKHIRAT,  JIWA TENANG, DUNIA PUN DATANG

Amalan zikir pagi petang adalah antara amalan yang sangat power full.

Rasulullah s.a.w  mengajarkan kepada kita untuk senantiasa berdoa selepas selesai Solat Subuh atau di waktu yg seawal pagi dgn DOA ini :-

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa"

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah).

~Doa ini simple tapi effectnya tak simple. ISTIQOMAHKANLAH....

Pahala itu umpama WANG yang akan digunakan untuk kita berbelanja di akhirat. Hakikatnya setiap kebaikan itu pahalanya akan dibalas sekecil 10 kali ganda hingga 700 kecuali pahala orang yang berpuasa dan berjihad yg akan dibalas lebih dari itu.

Sehinggakan SEKECIL kebaikan iaitu hanya dgn membaca SATU HURUF dari Al-Quran pun di balas dengan 10 pahala.

Justeru tamaklah kita untuk merebut pahala agar kita mewah berbelanja di akhirat, Insyaa Allah. Maka amat rugilah bagi orang2 yg meremehkan sekecil2 kebaikan.

SATU penyakit yang melanda masyarakat pada hari ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada masa yang sama teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook/ WhatsApp bagi merealisasikan tujuan buruk ini. Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan ke sana ke mari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, memperbanyakkan dosa maksiat, melampaui batas dan bersikap kasar”. (Surah al-Qalam, ayat 10-13)

Rangkaian sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat. Di samping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta mendiamkan diri dengan kebaikan dilakukan. Jika tiada berita hendak dibawa, maka diciptakan pendustaan yang seburuk-buruk perangai. Ada yang mulut semanis madu ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila berjauhan. Inilah antara sifat sampingan yang dimaksudkan ayat di atas.

Justeru itu, jalan lebih selamat ialah bersikap mendiamkan diri dan jangan mudah menerima berita yang didengar serta menyebarkannya. Marilah kita sama-sama menggunakan segala nikmat yang dianugerahkan ke jalan yang diredhai Allah SWT.

"Janganlah kamu mengeluh dan mengenang siapakah diri kamu yang dahulu kerana Allah SWT akan melihat pengakhiranmu, Justeru jangan putus asa untuk banyak berbuat KEBAIKAN"

💎 *Sedekah Selain Daripada Harta Dan Wang Ringgit.*💎

*Terdapat 17 jenis sedekah bukan bentuk wang ringgit yang akan diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT.*

1. Berdoa

2. Sebarkan Ilmu Yang Bermanfaat

3. Memberi Nasihat Yang Baik

4. Senyum Kepada Saudaramu

5. Memberi Pertolongan Kepada Orang Lain.

6. Memberi Masa Kepada Keluarga Dan Ibu Bapa

7. Memberi Pendidikan Kepada Anak- anak (Tarbiyyah)

8. Bersabar Dengan Dugaan

9. Memberi Peringatan Kepada Rakan

10. Menghalang Perbuatan Jahat

11. Bercakap Dengan Lemah Lembut

12. Memberi Maaf

13. Menghormati Orang Lain

14. Bergembira Dengan Kejayaan Orang Lain

15. Menziarahi Orang Sakit

16. Membuang Halangan Di Jalan

17. Memberi Nafkah Keluarga.

Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tetapi bila ikan sudah mati. Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah juga HATI kita, HATI yang hidup, ianya sukar untuk dinodai. Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi! Semoga Allah sentiasa memelihara HATI kita

Janganlah hanya hargai anak disebabkan kejayaannya. Yang dapat 9E pun, peluk la dia, belanja lah dia. Manalah tahu pada masa akan datang dialah yang akan istiqomah mendoakan kamu, dialah yang akan memapah kamu ketika kamu sakit, dialah yang akan membasuhkan najismu ketika kamu uzur dan dialah yang akan memandikan serta mensolatkan kamu ketika kamu meninggal kelak.

Sesungguhnya rezeki tidak terletak pada result peperiksaan. Justeru sentiasalah mendoakan kebaikan untuk anak kerana kebaikan itu boleh jadi rezeki di dalam hal yang lain. Didiklah mereka dengan akhlak serta pegangan Agama yang baik.

Tiada yang lebih baik daripada jiwa yang dihidupkan dengan iman.

Tiada yang lebih baik daripada hati yang dijinakkan dengan amalan.

Tiada yang lebih baik daripada akal yang disuburkan dengan ilmu pengetahuan.

Tiada yang lebih baik daripada kebaikan yang disertai dengan keikhlasan.

Tiada yang lebih baik daripada kelakuan yang diperindah dengan adab sopan.

Tiadalah yang lebih baik daripada kehidupan yang dipenuhi dengan kemaafan, berkasih sayang dan saling menghormati.

Indahnya Ukhuwah....Selamat pagi semua.... 🙂🙂

Kalau xboleh jadi pensil utk melakar kebahagiaan, jadilah pemadam utk memaafkan.. Assalamualaikum selamat pagi.

jawapan kepada punca *penyakit kanser.*

1). *JANGAN minum*  menggunakan  _*cawan pelastik.*_
2). *JANGAN makan* makanan panas / pedas yg menggunakan _*pembungkus pelastik.*_
3). *JANGAN memanaskan* makanan dalam microwave menggunakan _*bekas pelastik.*_

*AMARAN*
Apabila pelastik bersentuh dgn haba, akan terhasil bahan kimia yg boleh menyebabkan _ kanser.*_

🍓 Buat baik orang mengata
Buat jahat lagilah orang mengata

🍓Jadi buatlah apa yang  Allah suka
Biar buruk di mata manusia

❣ Asal indah di mata Pencipta

PEMILIK HATI YANG BAIK*

*💫💕♥Hati yang baik adalah hati yang takut kepada Allah, takut dan gerun pada siksaNya, bertakwa dan mencintaiNya.*

*💫💔Jika hati itu rosak, yaitu tidak ada rasa takut pada Allah, tidak gerun pada siksaanNya dan tidak mencintaiNya, maka seluruh badan akan ikut rosak.*

*💫🌹Kerana hati lah yang mengurus seluruh jasad. Jika pemegang urusan ini baik, maka baiklah yang diuruskannya. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh yang dikendalikan.*

*💫🌹Oleh itu, seorang muslim hendaklah meminta pada Allah agar dikurniakan hati yang baik.*

*📝Jika baik hatinya, maka baik pula seluruh urusannya.*

*📝 Sebaliknya, jika rusak, maka tidak baik pula urusannya.*

*📝 Baiknya hati merupakan indicator baiknya seluruh tubuh.*

*💫أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ..*

*💫🌹Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati.”*
*HR. Bukhari dan Muslim.*

*💫🌹“Baiknya amalan badan seseorang dan kemampuannya untuk menjauhi keharaman, juga meninggalkan perkara syubhat (yang masih samar hukumnya), itu semua tergantung pada baiknya hati.*

*📝Para Ulama* *mengatakan :*

*💫🌹Walaupun hati itu kecil dibandingkan dengan bagian tubuh yang lain, namun baik dan buruknya seluruh jasad tergantung pada hati.*

*📝Para Ulama* *mengatakan :*

*💫🌹Hati adalah malikul a’dhoo (rajanya anggota badan), sedangkan anggota badan adalah junuduhu (tentaranya).*

*💫🌹 Pemilik hati yang baik adalah seorang mukmin yang sejati, dimana cirinya Allah puji dalam Al-Quran :*

*💫إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ..*

*💫🌹“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (sempurna imannya) ialah MEREKA YANG BILA DISEBUT NAMA ALLAH GEMETARLAH HATI MEREKA, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Allah lah mereka bertawakkal (berserah diri).*
*∽Al-Anfaal : 2∽*

*💫🌹Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman bahwasanya hati yang baik itulah hati yang selamat :*

*💫يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ..*

*💫🌹(Yaitu) hari di mana tidak berguna lagi harta dan anak-anak kecuali mereka yang datang menemui Allah dengan HATI YANG* *SELAMAT.”*
*Asy Syu’ra 88-89.*

  ••✿❁🌸🎋🌸❁✿••
••✿🌼❁🌺❁🌼✿🌺✿•
┗━━━ *TASBIH CINTA*┛

*"Bergeraklah walaupun merangkak, tambahlah amal walaupun sedikit. Allah SWT melihat dan menghitung semuanya"...*

Kadang kala kita lupa bahawa rezeki itu bukanlah hanya terletak pada kekayaan wang ringgit tetapi kehidupan yg baik juga adalah rezeki yang tidak terhingga nilainya.

Tanda2 taubat diterima Allah :  1. Hati lebih tenang & tenteram.   2.Lebih suka berkumpul dengan orang soleh / solehah.   3. Lebih menyibukkan diri dengan kewajipan dan ibadah terhadap Allah.   4. Lebih banyak bersyukur.   5. Akhlaknya lebih baik.   6. Senang bersedekah.   7. Menjaga penampilan / aurat.   8. Menjaga sikap dan ucapannya.   9. Masih merasa penuh dosa dan terus berupaya memperbaiki diri.

Mutiara Kata:-

'Disaat dirimu disibukkan dengan hal-hal duniawi...
Maka diketika itu akn hilangnya sebahagian dri hal-hal Akhirat dari dirimu'...

'Lengkapkanlah tanda (syukur) diatas segala nikmat yg telah dikurniakan dri-Nya'...

Buat Diri.

Perjalanan ini ada tika kita tersesat, ada tikanya kita terbabas dan ada tikanya kita hanyut.
Ya ALLAH tunjukkilah kami jalan yang lurus. Aamiin

Mulailah menangis untuk diri kita sendiri yang masih lalai dengan ALLAH
#Mesti berserah diri sungguh-sungguh padaNya.

Pandanglah manusia dengan penuh rasa hormat dan bersangka baik.
In Shaa ALLAH
#Kita semua pendosa yg memerlukan keampunan ALLAH.

Bersedia atau tidak kita akan berdepan dengan munculnya tanda-tanda akhir kiamat.
Wallahualam.

Bila ibadat tidak sempurna maka akhlak tidak sempurna.


Ya ALLAH
Berikanlah kejayaan anakku dan anak sahabat-sahabatku yang berjuang menuntut ilmu. Aamiin.

Jika semua kebaikan ditunjukkan kepada manusia, apa lagi yang ditinggalkan untuk ALLAH.

Hanya amalan yang ikhlas diterima ALLAH.

Orang mukmin tidak akan meremehkan tentang perkara yang dijanjinya.
Setiap perjanjian tetap akan dipertanggungjawabkan.

Mari menghidupkan hati dengan tahlil, tasbih, tahmid, istighfar dan berselawat
In Shaa ALLAH


Niatkan berzikir dalam setiap keadaan.
In Shaa ALLAH.

Bersungguh-sungguhlah pada usaha menyebarkan ilmu dan saling mendoakan sesama kita.

Semoga ALLAH redha pada kita. Aamiin

Susuri sirah Baginda Nabi SAW kerana disitulah sumber kekuatan kita.
In Shaa ALLAH.
#Suburkan cinta kepada Baginda Nabi SAW.

Ya ALLAH..
Bukakanlah pintu hati kami sentiasa ingat padaMu. Aamiin.

Sahabatku,peluklah dan suapkanlah orang yang kita sayang kerana Allah dan cakap kita sayang padanya-ebitlew

Ulama sebenar ialah yang takutkan Allah dan sangat kasih kepada manusia. Bahasanya mendekatkan.  Bukan menjarakkan.  Sentuhannya menyejukkan. Bukan merimaskan.  Sentiasa membina jembatan untuk menghubungkan bukan membina tembok yang memisahkan.

Setiap hari didiklah diri untuk merasai...
Orang lain lebih baik dari diri kita.
Dunia ini hanya laluan dan kita cuma musafir.
Kesusahan dan kesempitan cuma sementara, akan datang kemudahan dan  kelapangan. 
Mati boleh datang tiba-tiba, istighfar dan taubatlah sentiasa.
Keampunan Allah itulah yang penting, jadi maafkan kesalahan orang lain kepada kita.
Nikmat yang diberikan Allah sudah terlalu banyak, jika masih terasa kurang itu petanda dirilah yang kurang bersyukur.
Kebanyakan kesusahan hati dan derita jiwa hanya disebabkan keinginan yang tinggi dan bujukan hawa nafsu, jadi bersederhanalah, diri akan merasa lebih tenang dan bahagia.

Lepaskan....dengan tawakal. Hadapi... dengan sabar. Genggamlah...dengan qanaah. Terimalah...dengan syukur. Hiduplah dengan... zikrullah.

Kita hamba Tuhan dan Tuhan tidak akan mengecewakan!