Wednesday, October 24, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 085

Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari"
[Ahli Hikmah]
#Dakwah_deep
Senyum itu satu sedekah

Sebuah Kisah
“Saya ada 4 org anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer n lawyer. Tapi yg no 3 tak menyerlah langsung. Dpt gred 2 spm. Sangat mengecewakan sy. Tuisyen beratus ringgit sebulan.. tapi hasil tak de. Tak mcm abg, kakak n adik dia. Dpt straight A.
“Habis sekolah dapat lah kerja kilang. Duduk dengan sy. Tiap kali sebut pasal belajar mesti sy ungkit dia, ‘tengok mcm adik brdk yg lain, semua keja elok2. Kau sorang je keja kilang. Buat malu keluarga aje.’ Ini ungkapan yg selalu sy lepaskan pd dia.
“Masa berlalu pantas. Takdir Allah sy kena strok. Isteri sy pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan sy. Ingat ada ank yg jd doktor mudah la ckit. Tak juga. Harap ank2 lain semua sibuk ngan keja masing2. Hanya dtg lawat sesekali, lepas tu cepat2 nak balik.Masa ni anak ketiga dah kerja jauh dari rumah.
Anak Berhenti Kerja
“Satu hari ank ke3 balik dengan beg besar. Sy tanya kenapa. Dia jwp berhenti keja sebab nak jaga abah.
“Kelu lidah sy. Berhemburan air mata sy pd hari itu. Inilah anak yg paling saya kecewa dulu. Tp dialah yg menjaga sy hinga hari ini. Sy mohon ampun kpd Allah atas kesilapan sy yg dulu.
“Rupanya Allah jd kan dia kurang dlm pelajaran, tp Allah sertakan dia dng rasa tanggungjawab yg tinggi.
“Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kpd manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak sekarang, masa dapan kita tak tau. Bersangka baiklah dengan Allah.
“Bagi ibubapa yg dpt result ank tak cemerlang, Jangan kecewa. Gagal dlm peperiksaan bukan berakhirnya kehidupan.
Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua!


Dalam pergaulan tidak boleh ada rasa benci. Cuma ada masanya, timbul rasa tidak serasi. Tidak serasi bukan ertinya benci. Jika berpisah kerana ada benci - kedua belah pihak akan menemui kehancuran. Justeru, Allah tidak suka pada kebencian.
Namun jika berpisah kerana tidak ada keserasian, InsyaAllah kedua-dua belah pihak akan mendapat lebih banyak kebaikan setelah mengambil keputusan untuk berpisah. Kebencian itu mazmumah, sedangkan ketidakserasian itu fitrah.
Perhatikan baik-baik hakikat ini. Ia boleh terjadi di kalangan suami isteri, rakan sekerja dan apa juga bentuk hubungan sesama manusia. Relakan ketidak serasian...namun jangan sedikit pun ada kebencian.
Inilah dunia. Dunia bukan syurga!

Pahrol Mohamad Juoi


Taksub menutup mata hati daripada melihat kebaikan orang lain dan keburukan diri sendiri.

Carilah guru yang baik dengan berusaha menjadi murid yang baik.
Allah tidak akan mengecewakan mereka yang bersungguh-sungguh di jalanNya.

Kadang-kadang kita sampai terlupa, untuk gembira itu ialah dengan gembira atas kegembiraan orang lain.


ika kita mencegah kemungkaran kerana marah, bukan kerana Allah, kita akan terhukum melakukan kemungkaran yang sama kemudian hari.





Keindahan Pengalaman Hidup

by  iLuvislam
7 days ago
147 Views
33
SHARES
Share
Tweet

Bermula di waktu pagi, kita sudah bangkit dan melakukan aktiviti harian kita. Bersolat, mandi, makan dan bekerja menjadi satu amalan tetap.

Pagi ke petang. Petang ke malam. Malam pula kembali ke waktu pagi. Sistem yang sama dan terus bergerak.

Semua inginkan hidup yang teratur dan tidak mahu terjejas. Kerja mahu bagus. Makan minum terjaga. Segala urusan ingin siap segera.

Senang cakap, tak mahu ada masalah. Hendak mudah sahaja.

Tetapi, itu hanya di fikiran kita. Kesenangan yang dimahu hanya sebentar dan diselang seli dengan secebis kesusahan.

Jika tiada masalah dalam bentuk besar, ada kesusahan dari sudut yang ringan dan kecil.

Tayar pancit, hilang fail penting, ada kecurian dan pelbagai lagi. Memang tidak dijangka. Munculnya tidak dirancang tetapi ia tetap datang.

Kenapa hidup selalu diuji sebegitu?

Ada mengeluh. Ada yang menangis. Kadang berhari-hari mengenangkan nasib yang disebut ‘malang tidak berbau’.

Memang tidak berbau kerana munculnya tanpa petanda kepada kita.

Inilah hakikat sebuah kehidupan di dunia. Kita tahu bukan? Dunia sifatnya sementara. Segala isinya akan hilang dan pergi.

Bila? Hanya Allah swt yang tahu.

Yang sementara jangan diharapkan semuanya berjalan sempurna. Kerana dunia bukannya syurga.

Jika syurga pun, ia tetap disebut ‘syurga dunia’. Tidak hanya satu kata. Ia dua kata.

Ya, memang syurga tetapi berakhir dengan perkataan dunia. Dunia ada awal dan akhirnya. Ada manis ada pahit.

Seperti yang disebut di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.” (Surah Ghafir ayat 39)





Bersabarlah menghadapi ujian Allah di dunia. Ia bersifat sementara sahaja. Paling lama 50, 60, atau 80 sahaja tempoh umur kita.

Jika lebih, anggaplah itu peluang Allah mahu kita perbanyakkan ibadah dan beramal soleh.

Maka, tidak dapat tidak kita harus hidup dalam keadaan diuji. Dan dunia tempat ujian. Kehidupan ini pun ujian.

Jadi, hikmah ujian ada kebahagiaan di sebaliknya. Kita menjadi semakin dekat dengan Allah SWT.

Doa dimohon, sujud di sejadah semakin lama dan khusyuk. Air mata yang dahulu jarang mengalir, kini mudah bercucuran membasahi pipi.

Jadikanlah ujian ini sebagai pengalaman hidup. Pengalaman yang mematangkan diri.

Biar hati kental mengharungi cabaran dunia agar diri tidak cepat rebah dan tersungkur ke tanah.

Pengalamanlah yang membuatkan hidup kita menjadi tidak beku dan sepi. Mustahil hidup tidak pernah dilambung ombak.

Bahkan, filem dan drama tanpa ada konflik pun terasa bosan dan tidak menarik. Pasti ada konflik yang dimasukkan untuk menjadi sesuatu cerita itu lebih gah dan diminati ramai penonton.

Begitulah juga hidup kita. Apa guna mahu hidup di dunia senang, jika syurga tidak jauh bezanya.

Dibanding ujian hidup dengan nikmat syurga, sungguh bandingannya ibarat langit dan bumi.

Semoga kita tidak kalah. Bangkit dan teruskan melangkah.

Wallahua’alam.




Wednesday, October 10, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 084




Menangis seperlunya..
🌹Bersyukur sebanyak banyaknya...
🌹Yang indah itu hanya ada pada mereka yang bersyukur....
🌹Bersabar tanpa ada batasnya..
🌹Hanya kematian penamatnya...


Kecintaan seseorang hamba itu kepada solat adalah lambang kecintaannya kepada SYURGA.


Mereka yang mencintai masjid ..
itu tandanya Allah memberi hidayah di bawah perlindungan Nya di Masyar.
kerana di sana tiada lagi bumbung untuk berteduh di bawah terikan matahari melainkan drngan prlindungan Nya
Waalahualam..

Jangan melukai hati orang lain kerana kata² maaf tak dapat menyembuhkan luka. Ia hanya ibarat pembalut, walaupun ia menutup luka tapi sakitnya masih terasa.
#dakwahsantai


Jangan demand sangat nak hidup bahagia. Dicintai, digilai. Kaya raya. Muka mcm model. Takde orang pun sempurna boleh jadi lengkap seperti yang diharapkan.
Cukuplah kau jadi baik dan buat yang terbaik demi hidup kau sendiri.
Muhasabah diri


*"AIB"*
*Seandainya manusia itu tahu tentang aib-aib dirinya yg telah ditutup oleh Allah Taala, maka ia akan menjerit dan menangis kerana malu atas aib-aibnya sendiri tanpa ia sempat memikirkan aib-aib orang lain*

Maaf baki pahala anda tidak mencukupi utk anda ke “syurga”
Sila tambah nilai “amalan” anda sebelum tarikh “hayat” anda luput
Deep kannn....

Jangan gentar untuk meneruskan, perjalanan yang anda telah rancangkan, Jadi lah lebih bijak, berani, tabah, yakin dan lupakan masa lalu yang menyakit kan itu Jangan lagi benar kan sesuatu yang negatif mengawal hidup anda*_


Jadilah isteri/suami yang terbaik iaitu ada usaha untuk bangun malam dan kejutkan pasangan anda untuk bertahjud. Ketahuilah jika kita berjaya@mampu untuk menundukkan nafsu(tidur) pada malam hari maka ia akan memudahkan untuk kita untuk menundukkan nafsu liar(dari berbuat keji) disiang hari. Tahjud adalah salah satu ibadah yang memberi reflex kepada kejiwaan yang baik.
Bertahjudlah, jika tak mampu hari-hari, mulakan pada waktu cuti, jika kita telah terbiasa melakukannya, maka nikmat iman yg dirasai itu tidak terkata.

Kalau kita ada banyak masalah, maka apa yang perlu kita lakukan adalah perbanyakkan ISTIGHFAR.
Apakah kaitan masalah dengan perbanyakkan istighfar?. Kenapa tak dgn amalan2 lain spt baca quran, selawat, doa, solat, sedekah? Jawabnya, Boleh jadi antara sebab Allah berikan masalah kpd kita adalah kerana kita sering lupakan kepada-Nya, mengabaikan perintah dan larangan-Nya tatkala banyak dosa2 yg kita lakukan tanpa kita sedar.
Maka kerana itu, kata Ibnul Qayyim - rahimahullah "Bila engkau ingin berdo'a, sementara waktu yang kau miliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi oleh begitu banyak keinginan, maka jadikan seluruh isi do'amu istighfar, agar Allah memaafkanmu. Kerana bila Dia memaafkanmu, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.

Kita perlu berwaspada ketika marah, jangan sampai hina orang, jangan perlekeh kelemahan orang lain dan jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain kerana kesannya ia boleh akan berpatah balik kepada kita. Dunia ibarat roda dan yang senang tidak semestinya akan sentiasa merasa senang.

Wednesday, September 19, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 083

Hati seseorang bergantung kepada kandungan maklumat dikepalanya. Apa yang difikirkannya, itulah orientasi hidupnya. Jika di benaknya dunia adalah segala-galanya, maka hidupnya akan diarahkan untuk memperolehnya. Cinta akan dunia sebanding dengan takut mati. Dan kata Allah swt., “Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (Ali Imran)
Semakin menampakkan kehinaan dan kerendahan diri kepada Allah swt, semakin kuat iman kita. Semakin banyak berharap dan meminta kepada Allah, semakin kuat iman kita kepada Allah swt.
Ibnu Qayim berkata, “Di dalam hati terdapat kekerasan yang tidak boleh mencair kecuali dengan zikrullah. Maka seseorang harus mengobati kekerasan hatinya dengan zikrullah. ”
Orang yang tahu tentang apa yang halal dan haram, tentu lebih menjaga diri daripada orang yang tidak tahu. Orang yang tahu bagaimana dahsyatnya siksa neraka, tentu akan lebih khusyuk. Orang yang tidak tahu bagaimana nikmatnya syurga, tentu tidak akan pernah punya rasa rindu untuk meraihnya.
Betapa mulianya al quran. Di mana al quran di hati kita
Sesungguhnya Allah akan mengangkat suatu kaum menuju kemuliaan dengan Al-Qur’an ini dan dengannya pula allah akan menjatuhkan kaum yang lain menuju kehinaan {HR Muslim}
Sahabat, SOLATLAH DI AWAL WAKTU , kerana solat di awal waktu itu adalah sebagai tanda yg kita zahirkan cinta kita kepada Allah & Rasul....
Selagi boleh bersabar, teruslah bersabar.
Selagi boleh diam, ambillah hikmah diam, bersedih sederhana tapi lebih bahagia andai tersenyum .
Usahlah fikir anggapan orang lain, kerana Allah tahu apa yang kita rasakan. ini semua ujian hidup .
Kebahagiaan akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri, memaafkan orang lain, dan hidup dengan penuh rasa syukur
~Motivasi Dakwah
Ya Allah jangan jadikan diri ini angkuh dengan setitik ilmu yg Kau berikan. Tapi rasa mcm hebat.Tiada daya selain kekuatan Mu
Selepas kesusahan ada kemudahan. Setiap yang hilang pasti ada ganti. Setiap yang putus pasti bersambung. Don't worry be happy!
Tak perlu dapat kuasa baru hendak berjasa. Tak perlu banyak harta baru hendak bersedekah...kerana untuk melakukan kebaikan itu hanya perlu hati yang baik!
TANPA IMAN MANA ADA AMANAH?
Apabila dirimu menambah kebaikan maka imanmu bertambah.
Semoga bertambah keimanan kita dan matinya kita dalam beriman kepadaNya. Aamiin
Bahagiakan hidupmu dengan perbanyakkan bersedekah.
Semoga ALLAH melimpahi rezekiNya kepadamu. Aamiin.
Semoga dirimu diberi kelapangan hati utk memperbanyakkan sedekah.
Semoga ALLAH kurniakan kekayaan hati & kekayaan harta.
Aamiin.
Penawarnya adalah taubat kepada ALLAH.
Beristighfarlah..
Menjaga kehadiran ALLAH dalam hati pada waktu ramai dan sendiri.
IMAN mampu membuatkan seseorang teragak-agak, berdebar apabila ingin melakukan sesuatu dosa & lalu ENGGAN perbuatan itu diketahui orang lain. Itulah yang dinyatakan oleh Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis yang sohih. Ia juga mampu menjadikan seseorang itu KURANG TENANG serta MURAM.


Wednesday, September 12, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 082

Muhasabah diri...♡♡♡
Tiada insan di dunia ini yg di dalam hatinya tiada terniat sekelumit pun untuk menjadi seorang yang baik. Semua insan pasti ada niat untuk berubah ke arah kebaikan. Semua insan ingin merasai kebahagiaan. Cuma adakalanya mereka tersalah dalam membuat pilihan.
Jangan mendabik dada jika rasa diri sudah berubah ke arah kebaikan. Jangan mencemuh kepada insan yang masih belum berubah kerana kita tidak tahu mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi seorang insan yang jauh lebih baik dari kita.
Ingatlah..... kita mulia dipandangan manusia kerana Allah menutup keaiban kita, bukan kerana kita tiada keaiban...♡♡♡
"La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin"
Hati kita milik Allah apabila rasa sedih kembalilah kepada Allah apabila merasa keliru kembalilah kepada Allah dan apabila rasa gembira kembali Juga kepada Allah
Keindahan hidup itu ialah apabila kita selalu bersyukur
Jangan letakkan dunia di atas kepala kita kerana kita tidak akan mampu menanggungnya Biarlah yang terjadi terus terjadi Jangan disimpan di dalam fikiran dan hati kita
Oleh itu bandingkanlah penderitaan kita dengan penderitaan orang lain agar kita rasa kehidupan kita lebih baik berbanding yang lain
Sesungguhnya betapa banyaknya penderitaan yang terjadi dan betapa ramai pula orang-orang yang sanggup bersabar menghadapinya
maka anda Bukanlah satu-satunya orang yang ditimpa bencana
bahkan Mungkin penderitaan atau bencana yang menimpa anda tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan bencana orang lain
lihatlah betapa ramai manusia di dunia ini yang terbaring sakit di atas katil selama bertahun-tahun lamanya dan mereka hanya mampu membolak-balikkan badannya sahaja selalu merintih kesakitan dan menjerit menahan penderitaan
Menjaga kehadiran ALLAH dalam hati pada waktu ramai dan sendiri.
Ampuni kami ya ALLAH
Pandanglah kami dengan pandangan rahmat Mu.
Aamiin.
#Jangan lupa baca Surah Al Mulk dengan niat ikut sunnah.
Semoga ALLAH kurniakan kekuatan iman agar dapat ubahkan diri, anak dan ummah mengikuti jalan yang lurus yang diredhaiNya. Aamiin.
Usahakan hati agar terdidik rasa syukur pada ALLAH.
Alhamdulilah sentiasa dilafaz di hati.
In Shaa ALLAH
Manfaatkan masa untuk mencari ilmu dan berusaha untuk sebarkannya.
Semoga dirimu menikmati nikmat iman & Islam. Aamiin.
Orang yang menunjuk-nunjuk kebahagiaan, kekayaan, kecintaan orang kepadanya...adalah orang yang tidak memiliki semua itu.
Pahrol mohd juoi
Bersama mengundang keberkatan. Tetapi bersendirian mengajar erti keikhlasan.
Pahrol mohd juoi
Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.
Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."
Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.
Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.
Menghukum untuk mendidik berbeza dengan menghukum untuk menyakitkan. Ada yang perlu dimalukan di hadapan manusia untuk mendidiknya agar rasa malu di hadapan Allah!
TAHUN BARU HIJRAH - FENOMENA CACI MAKI DAN SINDIR
Tiada gunanya mencerca, menghina dan memfitnah seseorang yang TIDAK kita sukai. Itu hanya menyebabkan kita semakin banyak sebab untuk ke neraka. Yang dihentam pula bakal 'menyedut' amal baik kita di akhirat kelak.
Sebaiknya, nasihati dia secara tertutup terlebih dahulu [dengan bahasa yang baik bukan sindiran dan laknat secara tertutup] dan kemudian jika dia membawa mudarat kepada awam, dibenarkan memaklumkan apa yang benar kepada awam namun mestilah secara ilmiah, tenang tanpa sebarang sindiran, cacian & makian.
Nasihatinya DENGAN bahasa baik lagi elok, sebagaimana kita suka dinasihati dengan bahasa yang baik juga. Nabi s.a.w ingatkan :
فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُزَحْزَحَ عَنْ النَّارِ وَيُدْخَلَ الْجَنَّةَ فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَلْيَأْتِ إِلَى النَّاسِ الَّذِي يُحِبُّ أَنْ يُؤْتَى إِلَيْهِ
Sesiapa yang ingin dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, hendaklah dia mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan RasulNya, dan hendaknya ia memberi kepada orang lain apa yang ia suka untuk diberikan padanya” (HR. Muslim)
SEDARILAH caci maki & sindiran tiada membawa keamanan kecuali menaikkan ammarah manusia lain dan mencipta persekitaran negatif dan negatif.
Nabi saw bersabda : ( إني لم أبعث لعانا و إنما بعثت رحمة) Ertinya "tidaklah aku dibangkitkan sebagai orang yang banyak melaknati (mencaci maki orang lain), sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai rahmat" ( Riwayat Muslim)
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1440 H
#DrZaharuddinAbdRahman
IKHLAS itu seperti apa?
Ia seperti surah Al-Ikhlas yang mana di dalamnya tiada satu pun disebutkan perkataan IKHLAS.
Kenapa dalam surah Al-Ikhlas takda satu pun perkataan ikhlas?
Kerana sifat ikhlas itu bukan untuk dipamerkan, kerana ia datang dari hati. Tidak dilihat oleh sesiapa melainkan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Muhasabah Diri
*" Jadilah di dunia ini seperti pengembara, tinggalkanlah di belakang kamu kesan yang baik..*
*Tinggal lah kita di dunia ini kecuali sebagai tetamu.. Justeru, tetamu tiada pilihan kecuali terpaksa pergi. "*
[ Sayyidina Ali bin Abi Thalib كرم الله وجهه ]
*Pesan Pada Hati❤*
#sobahul khoir#





MUHASABAH DIRI*
" Apabila kamu menangis dihadapan manusia , kamu mungkin akan nampak lemah .
Tetapi , apabila kamu menangis dihadapan Allah ,
Kamu akan semakin tabah .
Ingat,
Tangisan yang keluar,
Bukan tangisan pura-pura,
Tapi ia adalah kekuatan dalaman saat dirimu makin lemah longlai."
🍁Selft reminder

jika terasa tidak kyusyuk dlm berdoa dan berzikir...cuba cara ini..insyAllah.....bayangkan diri anda terkapai2 dilaut keseorangan..maka dgn nada merayu dan penuh sendu..kita merayu..YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH!..pasti akan mengalirkan air mata..penuh keinsafan

Tuesday, September 04, 2018

Koleksi Tarbiah Pilihan 081

Tak payah nak geram
Tak payah nak benci
Cool saja
Utk ketenangan hati

Ada ketikanya kita tak boleh guna logik akal
Kita hanya perlu guna iman saja

Di sebalik kejadian
Ada senyuman
Kerana hikmahnya terlalu indah.

Semoga ALLAH kurniakan  kekuatan iman agar dapat ubahkan diri, anak dan ummah mengikuti jalan yang lurus yang diredhaiNya. Aamiin.

Manfaatkan masa untuk mencari ilmu dan berusaha untuk sebarkannya.
Semoga dirimu menikmati nikmat iman & Islam. Aamiin.

Nafsu itu selalu mendorong untuk melakukan kejahatan.
Dan kita tidak akan dapat MERDEKA selagi menuruti kehendak nafsu.

Kata guruku..
Apabila kita lakukannya tanpa perancangan akan banyak perkara yang sia-sia kita lakukan.
#Rancanglah hala tuju kita.

Dalam hati seorang hamba ALLAH hanya untuk  mentaati ALLAH.
#Ingat tujuan kita dihidupkan.

Kembalilah menjadi hamba ALLAH dengan itu akan menjadikan jiwamu tenang.

Wahai jiwa yang tenang.. Berbahagialah dirimu dengan hati yang mengingatiNya.

Semoga ALLAH melimpahi rahmat  dan dilimpahi rezeki bagi orang yang berada disekelilingku. Aamiin.

Menghukum untuk mendidik berbeza dengan menghukum untuk menyakitkan. Ada yang perlu dimalukan di hadapan manusia untuk mendidiknya agar rasa malu di hadapan Allah!

Orang mengingati mati sahaja  sangat menghargai nyawa. Syukur, masih sempat untuk ku bertaubat...

Hari ini jika kita TIDAK  bahagia ialah kerana:
1. Tidak memaafkan.
2. Berprasangka.
3. Hasad dengki.
4. Memikirkan yang negatif.

Semakin  tua, semakin jelas apa yang  penting dalam hidup ini. Semakin sedikit pilihan akan memudahkan kita memilih yang paling tepat.

Amar makruf dan nahi mungkar sebaiknya dilakukan dengan penuh simpati dan kelembutan, tanpa kekerasan dan kemarahan, bahkan dipenuhi dengan kasih sayang.

Satu 'penyakit' yang perlu disedari dan diwaspadai ialah apabila orang alim merasa mulia dengan ilmunya dan melihat orang lain hina kerana kejahilannya.

Berhati-hatilah agar amar makruf dan nahi mungkar itu bebas daripada keinginan menampakkan kelebihan diri dan merendahkan orang lain.

Jika itulah yang terjadi, maka sesungguhnya kemungkaran tersebut jauh lebih mungkar daripada kemungkaran yang hendak diperangi.

Orang alim seumpama itu adalah ibarat orang yang menyelamatkan orang lain daripada kebakaran dengan membakar dirinya sendiri.

Sesungguhnya, itulah puncak kebodohan!

(Aspirasi daripada kata-kata Imam Ghazali RHM)

Dunia hanya akan selamat bila dipimpin oleh orang yang hatinya mencintai akhirat. Titik.

Mereka yang memilih pekerjaan atau bekerja dengan mensasarkan pendapatan TINGGI sebagai TARGET; stress bertambah, skill & ilmu bergerak perlahan, pendapatan pun PERLAHAN jua.

Letakkan peningkatan kualiti, ilmu, skill, kepakaran dalam bidang yang diceburi itu & redha Allah sebagai TARGET sewaktu kerja. Inshallah pendapatan TINGGI serta TAWARAN BESAR akan bergolek datang. Itulah antara rahsianya...

#DrZaharuddinAbdRahman

Sesiapa yang suka membawa berita orang lain kepada kita khasnya yang buruk dan negatif, besar juga potensinya akan membawa berita kita pula kepada orang lain [bila sampai masanya].

Berpadalah berkongsi cerita dan berkawan dengan golongan sebegini jika tidak mampu mengubahnya..

#DrZaharuddinAbdRahman

Laksanakanlah amalan soleh walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan membawa kita ke Syurga. Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas dek kerana tiada diendah oleh manusia

#DrZaharuddinAbdRahman

CINTA DENGAN MENGENALI AKHLAK RASULULLAH ﷺ

١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu.

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله  swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Selawat pada Nabi.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد


Bila saya ceramah, selalu ramai yang jumpa minta nasihat. Wajah yang benar-benar buat saya sebak dan rasa sayang wajah suami isteri yang belum dikurniakan anak. Ujian Allah ini kerana Allah sayang. Surah maryam ayat 1 sehingga 10 menceritakan betapa Nabi Zakaria as inginkan anak dan tidak pernah berputus asa. Lebih kurang 70 tahun berdoa..Saya doakan semua sahabat yang belum dapat anak Allah kurniakan anak. Allah sayang..dia beri dan dia belum beri kerana Allah sayang..

Sebak hari ini. Sepanjang di pentas Datuk Siti Nurhaliza menangis cerita tentang perjalanan ujian Allah kasih sayang Allah sehingga di anugerahkan anak dalam program 'A Bit With Ebit' di tv alhijrah..ya Allah siapa sangkakan...dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukannya. Tak berhenti tangisan yang membuatkan kita tersedar..serius sangat dalam nasihat Tok Ti.. Terasa dari hatinya yang sangat ikhlas...Allahu..tonton nanti yer..

Dari naik pentas beliau menangis cerita bagaimana impiannya dan proses perjalanan dan tepat masanya Allah anugerahkan Siti Afiah. Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah..Allah baik. Allah bertindak mengikut sangkaan...berulang kali ucapannya..

Bila saya tanya harapannya pada anaknya..beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibuayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran..subhanallah. hafizah Daieah alimah solehah insyaAllah...

Kan..betapa hati seorang ibu...dari mula sampai habis kami cuma menangis di pentas. Semua hadirin menangis bersama-sama..

Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri. Semoga Allah terus beri kesihatan buat dirinya dan keluarga. Semoga Siti Afiah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa.

InsyaAllah malam ini 7.30mlm/10mlm di tv alhijrah. 4September2018......-ebitlew Paramount Coffee House

#tontonMalamIni #4septmber2018 #selasa #730mlmAtau10mlm #aBitWithEbit #bersamaDatoSitiNurhaliza #TqtvAlhijrah #tqAlFatehJunior #tqKeluargaSunnah

Sedihnyaaa...sedang jalan di atas jejantas 11.30malam. Sekali jumpa beberapa anak remaja. Paling sayu sebak dan sayang tengok seorang anak dara kecil 15tahun sedang pegang baby duduk bersila atas simen. Sejuk. Kecil jer orangnya.. Terkejut bila tanya baru dapat baby sebulan. Bersalin dekat bilik dan disambut oleh bidan di rumah..terus air mata laju..

Apalah nasib mu anak..tak tahu nak cakap apa. Hilang patah perkataan. Cuma tinggal rasa sayang padanya. Cuma rasa sayang. Iyerlah tak semua orang nasib sama. Kadang jalan hidup mereka diuji begitu. Sedang anak kita selesa duduk di rumah. Ya Allah tuhanku..

Anak ini dalam pantang lagi sebulan. Pampers dan susu semua takde. Saya kata ya Allah terima kaseh jumpakan dengan anak ini malam ini. Terima kaseh Allah. Terima kaseh Allah.bila berbual terasa seperti anak saya di rumah. Wajahnya yang baik dan malu-malu.

Saya ajak mereka semua makan. Ada remaja lain di sana. Ada sepasang anak muda baru 17 tahun kecil badannya mengandung 5 bulan tidur di jambatan juga..Dalam pantang jauh juga berjalan. Dengan sejuk simen. Dengan lapar. Dengan persekitaran yang tak baik untuk anak..

Saya terus menangis rasa sebak. Dan sewa 2 bilik hotel untuk malam ini. Satu bilik lelaki. Dan satu bilik perempuan. Saya suruh bersihkan diri dan solat berjemaah sama-sama..

Akhirnya dah 2.30 pagi masa solat Isya saya dah tak tahan air mata. Saya menangis kuat-kuat dan peluk mereka semua..awak semua macam anak saya. Maafkan ustaz. Maafkan ustaz..mereka yang lelaki dakap saya. Kami semua menangis bersama-sama...

Doakan hari ini saya minta mereka pulang rumah mak ayah mereka. Tiada tempat terbaik bagi mereka melainkan keluarga mereka. Doakan..jika tidak insyaAllah saya akan sediakan tempat belajar dan tempat tinggal untuk anak ini dan baby nya..

Hari ini hari tangisan buat saya. Semalam tak tidur langsung terus flight ke Sandakan ceramah di OUM. Bidadari saya call menangis nangis dan kata abang bawa balik rumah jer..bidadari saya tak tidur tengok anak remaja ini..Pohon doa semua yer..-ebitlew

Sebak rasa jumpa Datin Marina Mahathir. Saya bercerita dan berkongsi tentang kasih sayang iman dan usaha dakwah yang sedang di jalankan betapa Allah sayang kita semua. Beliau sangat baik mendengar dan sangat merendah diri..seronok dapat saling berkongsi.

Katanya, beliau memang kagum dengan usaha ustaz walau cina tapi bimbing ramai orang ditepi jalan dan juga bantu maknyah untuk dibimbing dan keluar dari tekanan hidup. Beliau kata ramai maknyah nak solat dan mereka perlu dipimpin. Walau suasana agak bising kami dapat berbual dekat 2jam. Jarang orang tengah suasana riuh nak berbual cerita Islam sampai 2jam. Kata saya halal itu jelas. Haram itu jelas. Dan usaha memujuk rayu manusia dengan kasih sayang dekat dengan Allah itulah kerja Nabi saw..itulah usaha kita sebagai insan..beliau pun kata perkara yang sama..subhanallah..

Sempat cerita saya akan bawa maknyah 3hari 2malam 23,24,25 oktober ini untuk motivasi, solat berjemaah,qiamulail. Peranan solat dan usaha dakwah Nabi saw. Islam itu indah.

Katanya betul usaha ustaz beri makan dan mereka tertawan dengan Islam. Bila saya tengok Wah..sebak tengok..Tahniah ustaz. Ustaz menyelamatkan ramai orang tepi jalan dan beri mereka tempat tinggal. Doakan perjalanan dakwah ini dalam menuju Redha Allah..Allah maha baik. Teringat arwah mak saya cakap. Dulu ada orang sayang kita. Sekarang giliran kita untuk sayang orang lain..- ebitlew

#doakan program keluargasunnah 29 september 2018 di MatradeKL #daftar di www.keluargasunnah.com #atau www.wasap.my/60173666848

Ayah, Qadeejah tengok orang ayah peluk semua menangis. Kenapa yer ayah? Sebab Allah sayang kita menangis yer..

Nak peluk ayah lama-lama boleh meh peluk ayah kuat-kuat. Tapi nanti qadeejah menangis juga. Kasihan ayah penat biar Qadeejah tolong ayah yer buat dakwah. Nanti biar seluruh Malaysia dan dunia ini cinta dan sayang pada Allah.

Sayangilah dan kasihilah anak-anak kita. Berilah masa berbual, bergurau dan mendidik mereka.Bersama isteri dan anak-anak dengan perasaan cinta...

Saya berbual dengan seorang anak umur 12 tahun yang tak pedulikan semua orang. Ibunya minta nasihatkannya kerana dia cuma main ipad dan hp...dia suka menipu dan pukul orang kata ibunya dan guru-gurunya..

Selepas satu sesi ceramah mengenai kisah anak-anak sahabat rhum. Dia menangis. Juga masa berdoa bersama dia menangis..

Saya gunakan peluang itu berbual dengannya. Sehinggalah saya tanya cita-citanya? Tanya sayang mak ayah tak?  Katanya ustaz saya sayang mak ayah saya. Tapi mereka langsung tak peduli dengan saya. Mereka berdua sibuk dengan hp. Mereka tak pernah dengar saya bercerita. Mereka tak pernah tengok muka saya. Saya suka pegang muka mereka. Mereka marah dan teruskan dengan telefon atau tv..dah lah Sampai rumah dah malam. Bila sampai rumah mereka buka hp atau tengok tv. Semenjak dulu bila saya bercakap dengan mereka. Saya kena marah. Saya disuruh ketepi jika saya ganggu mereka...apa lagi saya nak buat kalau tak main hp..

Saya main dengan adik-adik, kerana tiada orang nak main dengan adik. Bila adik menangis saya kena marah. Apapun mesti saya salah. Mereka tak sayang saya. Mereka suruh saya tidur. Saya cuma nak berbual dengan mereka sekejap. Saya rindu mak ayah saya. Mereka jerit suruh tidur. Begitulah setiap hari ustaz..

Bangun pagi mereka marah saya. Setiap pagi sebelum pergi sekolah mereka marah saya. Tak pernah saya tak kena marah. Saya disuruh itu. Di suruh ini.  Ustaz saya sayang mak ayah saya..kenapa mak ayah semua macam tu ke? Kawan-kawan saya pun cerita mak ayah mereka begitu. Dah lama macam tu..

Saya rasa sebak dan nak menangis. Begitulah keadaan kita mak bapak hari ini.

Adik tahu mak ayah sayang adik. Sayangilah dan doakan mereka. Mereka siang malam fikir pasal adik. Mereka bekerja siang malam untuk adik. Mereka solat dan sentiasa doakan adik.

InsyaAllah ustaz saya akan jadi anak yang terbaik. Saya sayang mak ayah saya. Saya faham ceramah ustaz tadi..

Ya Allah maafkanlah kami semua.baiknya anak ini. Saya belajar darinya..semoga adik jadi Daie dan orang hebat insyaAllah...Betapa cerdik dan matang anak-anak hari ini.. ya Allah berilah kami dapat hidupkan rumah kami dengan solat, Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw..Berilah kami sifat dan akhlak dalam melayan dan mendidik anak-anak kami. Di akhirat anak yang soleh segala-galanya buat kita. Anak yang diabaikan akan menjadi musuh kita di akhirat. Ya Allah..Islam lah cara dan asbab kejayaan dan kemuliaan mereka dunia dan akhirat. Ya Allah betapa kami sayang anak kami keranaMu  ya Allah jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. Daie, hafiz , alim ,profesional yang takwa...-ebit lew

#jomDaftarKeluargaSunnah www.keluargasunnah.com www.wasap.my/60173666848
#29september2018

#buku11AmalanKekayaan www.wasap.my/60173666848

Mengapa agaknya semasa tawaf walau pun berasak asak dan bercampur lelaki dan wanita tidak ada maksiat dan masing masing menjaga diri dan kesopanan? Kerana semua fokus pada Allah, merasa dilihat Allah dan pada ibadah. Setuju tak? Kalau setiap hari wanita menjaga aurat dan lelaki menjaga pandangan dan fokus pada Allah tentu tenang dan bahagia. Setuju tak?

KURANG BERCAKAP, LEBIHKAN BERTINDAK !

Tindakan lebih berkuasa daripada kata-kata tetapi untuk bertindak perlukan kualiti-kualiti khusus seperti semangat yag kental, minda yang tajam, imaginasi yang kuat, sikap yang positif dan berpegang teguh dengan nilai.

Gabungan kualiti ini menggerakkan kaki, tangan dan seluruh minda ke arah pencapaian matlamat.

Jika banyak bercakap tentulah banyak kerja yang tertangguh. Minda yang fokus, penuh keyakinan dan langkah yang berani menunjukkan visi yang jelas dan terarah.

Daripada visi ini, buatlah sesuatu supaya menjadi tindakan dan lihatlah hasilnya!

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Menangislah selagi mana mata ini masih boleh menangis didunia” - Al Habib Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al Hamid



Tuesday, August 28, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 080

Allah selalu memberikan dan memaafkan tapi terkadang manusia hanya
bisa menerima lalu kemudian melupakan

Semakin banyak ilmu yang anda miliki, maka akan semakin besar
ketakutan anda atas azab Allah

Kebenaran hanya akan bisa terlihat dengan hati yang bersih, maka
bersihkanlah hati anda dengan taubat

Kecintaan Allah tidak akan pernah membiarkanmu berada dalam
kehampaan. Dia akan senantiasa mengganti segala sesuatu yang hilang
dari mu
Satu amalan sunnah yang ditekankan oleh Nabi s.a.w kerana fadhilat tersangatlah besar iaitu ia lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Ia adalah solat sunat fajar atau nama lainnya adalah sunat qabliah subuh atau dipanggil juga sebagai solat sunat subuh. Justeru selepas azan subuh maka buatlah 2 rakaat sunat fajar ini, kemudian baharulah buat solat fardhu subuh. ISTIQOMAHKAN DAN PERJUANGKAN kerana di akhirat kelak tidak ada dana berbentuk wang ringgit tetapi dananya adalah pahala amalan kita.


_*Saudara-saudaraku, kita Berdakwah bukan untuk manusia tertarik pada kita*_
_*Tetapi kita Berdakwah supaya manusia semakin tertarik pada Allah*_
_*kita hara Redha Allah, bukan Redha manusia*

Banyak Orang Yang Lebih Tentang Urusan Dunia Anaknya Dibanding Akhiratnya.

Banyak orang tua yang khawatir anaknya tidak bisa baca dan menulis, tapi sayangnya mereka tidak khawatir anaknya tidak bisa sholat dan mengaji.

Banyak orang tua yang khawatir anaknya makan apa setelah orang tua meninggal, tapi mereka tidak khawatir apa yang akan mereka sembah setelah orang tua mati.

Mereka lebih bangga anaknya bisa menyanyi, menari dan jago main game, tapi mereka tidak sedih ketika akhlak anaknya buruk, ibadahnya lalai dan selalu berbuat maksiat.

Ingat, anak-anakmu adalah tanggung jawabmu...
Biarlah hari ini mereka membencimu karena mengajarkannya dengan kedisiplinan agama dan ibadah, kelak setelah mereka dewasa mereka akan terbiasa istiqomah meskipun jauh dari pantauanmu.

Didiklah anak-anakmu mengenal Allah dan Rasul-Nya, supaya kau tak menyesal dunia dan akhirat.

via Alhabib Quraisy Baharun

HATI AKAN TENANG BILA DEKAT DENGAN ALLAH

Sungguh.. dengan mendekatkan diri kepada Allah, hati kita akan menjadi tenang.

Bawalah hati dan diri kita dekat dengan Allah.
Di situlah akan hadirnya ketenangan.

Jarak antara masalah kita dengan jalan penyelesaiannya sama dengan jarak dahi kita dengan tempat sujud.

Andai ada masalah. Segeralah bersujud.
Serius. Sujudlah.

Subhanallah.. walau dengan hanya kita berbisik ke bumi. Tapi suara hati kita sampai ke langit.

Sujud dan berdoalah kepada Allah.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ»

Maksud : “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

“Keadaan paling dekat seorang hamba dari rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyak doa (di dalamnya).”
(HR. Muslim)

~Motivasi Dakwah

Mutiara Kata
*"Jangan riak,jangan sombong....Ingatlah apa yang kita miliki sekarang bukan milik kita....*
*Bila roh dan jasad berpisah,segalanya kita akan tinggalkan...."*

*(Hamba Allah*)

#dakwahituindah

Ingatlah semakin kita berusaha untuk jadi baik maka syaitan akan hadir untuk halang dan menjadikan kita lebih jahat. Tugas syaitan utk goda orang yg baik, yg dah jahat dia dah tak peduli. Justeru bagaimanakah nak kalahkan syaitan ini? Syaitan akan kalah dengan orang2 yg ikhlas. Justeru ikhlas diri kita utk berubah dan ikhlaskan diri kita di dalam melakukan amal kebaikan.

@hijabrindu

Biar Kita Hilang sesuatu kerana Allah
Jangan Kita Hilang Allah Kerana sesuatu.

Jangan menyerah saat doa kita belum terjawab...Jika kita mampu bersabar, Allah mampu berikan kita lebih dari apa yang kita mintak...

Jika kita tahu apa yang Allah simpan untuk kita, kita pasti berasa sgt bersyukur dgn diberikan ujian yg sebegini....Sesungguhnya apa yang di simpan oleh Allah itu jauh lebih baik dari apa yg sedang terjadi dlm hidup kita sekarang ni dan kita pulak tidak mengetahuinya selagi kita tak bersabar dgn ujian-Nya... ✍

Makin meningkat umur. makin aku kenal itu kehidupan.memang tak mampu berikan yg sempurna tapi aku masih cube yg terbaik.

#dakwahituindah

Putih nampak jelas bila ada hitam. Justeru, putih jangan sombong. Tanpa hitam...putih akan jadi kelam!

Dosa akan terasa lebih pedih apabila dilakukan dengan sedar.

Tiga tonggak kebahagiaan:
Syukur dengan nikmat.
Sabar dengan ujian.
Taubat daripada dosa.

Ada kalanya jalan menuju Allah tidak terbuka melalui pintu ibadah tetapi melalui pintu mehnah. Tidak akan terasa manisnya ketaatan selagi belum merasa kepahitan ujian.

Merungut, mengeluh, marah, dendam, hasad, prasangka dan kecewa bukan daripada syukur. Itu akan menghilangkan bahagia. Tidak syukur menyebabkan hilang bahagia, bukan sebaliknya!

Hukuman yang paling berat ialah dikurniakan hati yang tidak bersyukur.

Bila di atas masih kecewa kerana ada yang lebih atas. Bila di bawah, rasa terhina dan berputus asa.

Bila kaya masih diburu rasa tidak cukup. Bila miskin terseksa oleh hasad dengki kepada sikaya yang tidak pernah reda...

Sedarlah, ketika kita menangis akan kehilangan sesuatu masih tergenggam di tangan kita nikmat yang beribu.

Ketika kita berduka dengan berlakunya satu takdir,  masih ada insan lain yang lebih berat ujiannya tetapi imannya tidak pernah mungkir.


Perbaharui imanmu, perbaiki akhlakmu dan pertingkatkan amalmu..
Semoga dirimu menikmati ketenangan dan kelapangan hati. Aamiin

Semoga ALLAH melimpahi rahmat dan dilimpahi rezeki bagi orang yang berada disekelilingku. Aamiin.

Wahai umat manusia, perbanyakkanlah ISTIGHFAR..
 ▪Allah akan melapangkan apa yang sempit bagi dirimu.
▪Allah akan memberikan kemudahan dan jalan keluar dari setiap kepayahan/kesusahan.
▪Allah akan berikan kamu rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka.

Menikmati rezeki dapat bersabar adalah rezeki yang membahagiakan hati.
#Bersabarlah wahai hati.

Wahai jiwa yang tenang.. Berbahagialah dirimu dengan hati yang mengingatiNya.

Terkesan dengan cerita Rabiatul Adawiyah..
Perjuangan yang sungguh-sungguh, pengorbanan yang banyak dan sentiasa bermunajat, berdoa & berzikir.

Pesan guru..
Berlumbalah menyebarkan dakwah, jangan tinggalkan tanggungjawab kita itu.
#Kita khalifah ALLAH.

Kata Ulama sesiapa yang dalam hidupnya tidak pernah menangis kerana kasih dan cinta pada Rasulullah s.a.w maka hatinya itu sebenarnya telah mati . Tuan puan cuba muhasabah diri balik . Pernah tak apabila kita baca sirah Nabi s.a.w air mata kita mengalir kerana kasih pada baginda ? . Walau 40 tahun pun usia kita jika tak pernah menangis kerana baginda . Sebenarnya selama 40 tahun juga lah hati kita telah mati .. Nauzubillah
- Ustaz Riduan Mohd Nor -

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

SAKIT HATI ITU MENYEKAT REZEKI*..!?
Formula ini sangat bagus untuk dikongsikan agar membuka segala halangan pintu-pintu rezeki yang masih tertutup di kalangan rakan-rakan kita dan diri saya sendiri.
Menyakiti dan disakiti itu Dosa..!
Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah berdosa.
Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga berdosa.
Maka kedua-duanya rezeki tersekat.
Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan..?
Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan.
Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama manusia bebas berterbangan, tiada lagi bersarang..
Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak. Ibu bapa berdosa, anak juga berdosa. Kerana apa..? Kerana Islam tidak ajar kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati.
Terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat. Menyebabkan hidup anak kesusahan.
Anak-anak pula degil, ego, menyakiti ibu bapa makin menggunung dosa. Adakah hidup ibu bapa bahagia dan kesenangan..?
.
Tidak ada kan..?
BAHAGIA ITU REZEKI.
Ingat, dosa antara manusia, ALLAH tak campur. Itu antara kamu. Tak bermaafan, tanggunglah kamu akibatnya perbicaraan akhirat yang panjang kelak. Lautan manusia mahu percepatkan hisab. Tapi kita..? Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang lain.
Yang mana2 terbuku marah di dalam hati
- Ibu bapa
- Anak
- Suami
- Isteri
- Adik beradik
- Jiran
- Kawan
- Guru
- Saudara
Dan seluruh manusia.
Lepaskanlah sekarang..
Bebaskanlah hati.
Jangan ditambah lagi dosa diri.
Selagi ada di dalam dada,
Selagi itu kita sedang mengumpul dosa.
Jangan ambil alih tugas ALLAH mengadili, menghukum kesalahan manusia.
Kita tidak layak buat kerja Allah.
Kerja kita, beribadah dan ikut perintah DIA.
Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan. Betul kan..?
Bebaskanlah jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar.
Dan keajaiban terbesar..
REZEKI MELIMPAH RUAH AKAN TERTARIK KEPADA MANUSIA YANG SUKA MEMAAFKAN..!
Untuk ingatan diri sendiri..🌹
Saya minta maaf pada semua dan tolong maafkan saya.
Saya juga maafkan anda semua💞

Apa kelebihannya sering menasihati......
Dalam satu Hadis Qudsi diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit:
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu.
Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar mimbar dari cahaya.. sangat dicita-citakan tempat tempat mereka itu oleh para Nabi.. Siddiqin dan Syuhada.
(Riwayat Ahmad.. Ibnu Hibban.. Hakim.. Qudha'i)


Sahabatku..!
Kita adalah milik Allah
Apa yang ada dengan kita ini hanyalah pinjaman semata. Ingatlah apa milik Allah semuanya sempurna. Maka kembalilah apa yang dipinjamkan kepada dirimu itu dengan penuh kesempurnaan.
Kita hanyalah bayangan semalam. Sedarlah diri kita didunia ini hanyalah untuk bermusafir sambil meniti titian sirat hatimu dengan penuh cermat. Pandanglah dengan mata basirah agar kita tidak dilalaikan oleh selain Allah.
Carilah nikmat tersembunyi yang Allah hadirkan dalam hatimu. Itulah rahsia hakikat dirimu yang selama ini. Galilah dengan tangan imanmu dan rasailah air mutlak yang terbit dari telaga aljinjan itu.
Bermujahadahlah dengan jiwa yang kental. Janganlah berada dengan makhluk. Turutilah jejak rasul itu dengan langkahan imanmu. Dakilah bukit aqabah dengan berpaut pada tali iman. Janganlah dilepaskan tali silaturahim antara dirimu dengan Allah. Beradab dan bersantunlah dengan Allah semasa hayatmu dikandung badan.

Tuesday, August 14, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 079

Jangan letak kebahagiaan, kegembiraan kita dlm tgn org lain, dan jgn harapkan yg org lain tu akan bls utk setiap apa yg kita buat, yg kita lakukan, sebab semakin tinggi kita berharap, semakin dlm kekecewaan kita jika apa yg kita harapkan tidak menjadi nyata...
Belajar utk kuat, belajar utk sembuhkan diri sendiri bila terluka...dgn kekuatan dan kemampuan yg ada dlm diri kita...
Hanya kita ja yg tahu dan faham akan diri kita...apa yg kita nk, apa yg kita perlukan...org lain tak boleh nk baca diri kita...

BIAR ORANG PANDANG TAK PUNYA APA2...DARIPADA KITA BERPURA2 MEMILIKI SEGALA NYA..
Ustazah Nor bahyah'

Sedih sangat jika seseorang itu dimasukkan ke dalam Neraka bukan disebabkan dia jahat sesama manusia , dia mungkin baik dari segi akhlak dan adab, dia jaga lisan, dia hormat kat orang lain, dia amanah, dia pemurah, tetapi dia TAK SOLAT, DIA TAK TUTUP AURAT, DIA SYIRIK , DIA RIAK, DIA TAK IKHLAS BERIBADAH.
~ISTIQOMAH ZIKIR PAGI , JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Sayangilah orang
Yang meraikan dan bertolak ansur dengan
Kekurangan kita

Kita benar-benar perlu kepadaNya.
Sesungguhnya sedarilah kita hambaNya yang wajib ikut perintahNya & taat kepadaNya.


Al Quran itu memberi kekuatan, jika ditinggalkan hilanglah kekuatan kita di dunia & di akhirat.

Yakinlah ALLAH amat Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Segalanya milikNya dan mohonlah sungguh-sungguh padaNya.

Adanya dirimu terpaut hatiku dengan kasih sayang.
Tenangnya hatimu kerana tidak lupa untuk mengingati ALLAH..
dan adanya dirimu sentiasa mengingatkan daku akan mengingati ALLAH..
Berbicaranyamu tentang ALLAH..
Alhamdulilah..Alhamdulilah..

ALANGKAH INDAH DAN DAMAINYA HIDUP INI JIKA KITA TAKUTKAN NERAKA...
Diberitakan pada suatu hari ada dua orang datang bertemu Rasulullah ﷺ untuk berebut sekeping tanah dan minta Rasulullah untuk menghakimi mereka.
Setelah mendengar hujah kedua belah pihak lalu Rasulullah ﷺ memutuskan berdasarkan hujah yang lebih kuat di antara mereka berdua, dan berkata, “Saya putuskan dari apa yang saya dengar dengan hujjah yang lebih kuat daripada si fulan. Ingatlah si fulan, jika kamu menipu dengan hujah kamu, maka apa yang aku berikan kepada kamu adalah potongan dari api neraka.”
Walaupun Nabi ﷺ berhukum secara zahir dengan bukti yang dikemukakan, tetapi baginda memberi amaran dengan apa yang tersembunyi misalnya pemalsuan bukti atau saksi palsu. Mendengarkan itu, si fulan terus menolak keputusan Nabi ﷺ dan menyerahkan kepada yang seorang lagi.
Yang seorang lagi pun menolaknya juga. Masing-masing warak, takut jika kerana sepetak tanah nanti sepetak juga yang akan ditanggung di neraka nanti.
Begitulah pertikaian itu diselesaikan apabila kedua belah pihak sanggup beralah kerana bimbang dimasukkan ke neraka kerana mengambil sesuatu yang bukan haknya!

Seks bebas? Bukan...itu bukan kebebasan tetapi itu penghambaan, oleh hawa nafsu dan syaitan. Ketika mereka menuntut hak, kita perlu mencegahnya. Kita tidak rela membiarkan...kerana mereka menuntut hak untuk ke neraka!
Nauzubillah.

Berbuat baiklah kepada manusia (ibu, bapa, suami, isteri, sahabat dan sesiapa sahaja) kerana Allah. Dan tanda kau telah berbuat baik kerana Allah ialah hati mu tidak terlalu terguris apabila tidak dihargai oleh mereka.
Sebaliknya, jika hatimu terlalu terluka apabila tidak dihargai...muhasabahlah kembali niat mu - kerana Allah, kerana diri mu atau kerana manusia?

SUNGGUNH-SUNGGUHLAH
.
Benda main- main buat betul- betul pun akan nampak hebat. Macam orang main bola. Buat betul-betul maka nampak hebat.
.
Apatah lagi kalau benda betul-betul kalau buat betul-betul.

KORBAN
.
Jika kita tergolong dari golongan orang yang mampu maka buat lah.
.
Selain dari motivasi pahala, yang lebih besar adalah untuk kita mencari keredaan Allah di dalam kehidupan kita.


KELEBIHAN KORBAN DI AKHIRAT.
.
Ia akan menjadi tunggangan kita ketika di Padang Mahsyar.
.
Ketika bangkit dari kubur, ia akan datang kepada kita sebagai tunggangan yang kita mengenali mereka dan mereka mengenali kita.
.
Selamat mengerjakan ibadah korban.

KESALAHAN TEGURLAH.
.
Ibarat kita melihat orang membuat pembakaran terbuka.
.
Kenapa perlu dicegah walaupun pada kawasan mereka.
.
Kerana kalau alam sekitar tercemar, yang mudharat bukan orang yang membakar itu sahaja, semua orang akan kena kesannya.
.
Begitu juga maksiat, jika berlaku dan tidak ditegur, jika bala Allah turun, ia bukan kena pada pelaku itu semata-mata, tapi semua yang ada akan kena.
.

Semoga mereka yang bangun awal pagi hari ini dan menjalankan ibadah solat sunat tahajud dan berzikir sebelum menunaikan solat fardhu subuh, mudah-mudahan Allah membuka seluas-luasnya pintu rezeki, memakbulkan doa dan memberi dorongan dan kekuatan kepada jiwa hamba-hambaNya.
Amin.

Sahabatku meninggalkan solat sebenarnya kita sedang meninggalkan bahagia dalam hidup.Sempurna solat, sempurna bahagia-ebitlew

Sahabatku jom kita niat bangun Tahajud 2 rakaat dan Solat Subuh berjemaah.Semoga esok ialah hari doa kita dikabulkan Allah-ebitlew

Sahabatku semua, pohon doa sahabat semua yer. Malam-malam jika teringat dalam tahajud doakan saya supaya istiqamah diberi kekuatan dan doakan juga sesiapa yang saya jumpa ziarah kerana Allah. Kerana tiadalah yang lebih mahal nilainya dari hidayah. Tiadalah yang lebih manis dari mengamalkan Islam. Tanpa mengenal Allah semuanya tidak bermakna lagi. Akhirnya segalanya untuk hati saya lebih dekat dengan Allah dan supaya Allah ampunkan dosa-dosa saya. Tiada daya upaya langsung melainkan dengan pertolongan Allah- ebitlew

Tuesday, August 07, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 078

Rata-rata kita masih mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Berikut saya kongsikan tips berbuat baik terutamanya kepada ibu:
1) Sebagai anak, marilah kita bermuhasabah. Adakah kita telah melaksanakan langkah yang betul dalam berbakti kepada ibu atau kita masih mengabaikannya? Dengan bermuhasabah akan mendorong kita untuk menambah kebaikan dan kebaktian kepada ibu kita.
2) Yakinlah bahawa segala kebaikan yang kita curahkan kepada ibu akan kembali kepada kita. Anak-anak kita pula akan berbakti kepada kita pada masa akan datang.
3) Pohon reda dan doa ibu. Dengan itu ibu akan merasai betapa bernilainya reda dan restunya kepada diri anaknya dan betapa tinggi kedudukannya di sisi anaknya.
4) Berdoalah untuk ibu. Intailah waktu-waktu yang mustajab doa dan berdoalah secara berterusan.
5) Mintalah ibu mendoakan kita agar Allah SWT memberikan rezeki kepada kita untuk terus berbakti kepadanya.
6) Apabila ibu menghadapi masalah kesihatan, berusahalah balik menziarahinya dan sentiasa bersamanya dan sentiasa bertanya khabar tentangnya.
7) Berbanggalah dengan ibu pada semua tempat dan keadaan.
8. Utamakan ibu daripada segala kesibukan kita, kerja dan rakan-rakan kita.
Banyak lagi tips untuk berbuat baik kepada ibu tetapi memadailah setakat itu dahulu.
Hargailah setiap peluang selagi masih ada ibu atau bapa. Amat sayang bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa, walaupun takdir Allah, terhalang dari mendapat kebaikan yang banyak iaitu berbakti kepada salah seorang atau kedua-duanya.
Kepada yang masih ada ibu terutamanya, rebutlah peluang ini sementara ibu masih ada. Rugi jika kita mensia-siakan peluang ini.
Ayuh, marilah kita perbaiki dan tingkatkan kebaktian kita kepada ibu kita sebelum terlambat.
Yamin Ismail
Masih ada ibu dan ayah


Baru-baru ini sewaktu saya bersalam dengan bapa bila nak balik ke Bangi, bapa berpesan, "Buatlah kerja elok-elok, tunaikan amanah, nanti tuhan balas dengan sebaik-baiknya."
"Buat kerja demi mencari akhirat, insya Allah, Allah akan cukupkan dunia kita. Walaupun tak mewah, tapi kita akan rasa cukup."
"Ingat, kebenaran mesti dijunjung walau apa orang kata. Tok sah kira apa orang kata. Ikut apa yang kita ngaji. Insya Allah, Allah tolong."
Begitulah nasihat bapa, melekat dan terus masuk dalam hati.
Saya pun cium tangan abah dan memeluknya erat-erat. Giliran ibu pula saya cium tangan dan pipinya kiri kanan.
Sangat berat rasanya nak berpisah dengan ibu bapa walaupun sudah merantau lebih 20 tahun.
Pesanan bapa itu masih terngiang-ngiang hingga kini.
Adakah saya beruntung kerana masih ada ibu dan bapa? Ya, saya sangat beruntung!
Sebab itulah saya telah menetapkan bahawa saya akan balik ziarah mereka sebulan sekali atau lebih awal.
Semoga Allah SWT merahmati Ibubapa saya, mengampun segala dosa mereka dan memasukkan mereka dalam syurgaNya di akhirat nanti.
Semoga apa juga kebaikan yang saya lakukan menjadi saham kebaikan kepada mereka di akhirat kelak.
Amin.
Yamin Ismail


Peringatan untuk kita semua. "Aku takut bahawa kehidupan akan melalaikan aku, sehinggakan aku terlupa kepada liang yang aku akan berada di dalamnya suatu hari nanti" (terjemahan ungkapan Arab).

KATA-KATA HIKMAH IMAM AL-GHAZALI
"Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya."
"Barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya.
"Barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya."
"Barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya."
"Barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya."
"Barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya."


BERZIKIRLAH SAMPAI MATI
Jalan yang dipercayai dan diyakini oleh para Salik yang dibimbing oleh para Sufi adalah terus istiqamah membersih hati dengan asma2 khusus agar cermin hati bersih dari bayangan akhyar (selain Allah).
Dalam Mawaqif al Bishri disebutkan bahawa AlIah swt. berfirman yang bermaksud:
”Jika kamu tidak melihat Aku, tetaplah menyebut nama-Ku. Lalu bila kamu melihat Aku, maka diamlah (hati bermuraqabah). Sesungguhnya Aku memerintahkan kamu menyebut nama-Ku tidak lain sebagai cara untuk engkau hadir bersama-Ku. Sesungguhnya nama-Ku tidak berpisah denganKu.”
-- Dari Kitab Imam Abdul Wahhab as Sya'arani, al Anwar al Qudsiyyah Fil Qawaid As Suffiyah.
Jalan paling pantas untuk menuju kepada Allah adalah berdzikir, kaedah ini diyakini oleh si Sufi (sufi bermaksud manusia yang sudah wushul kepada Allah).
Seperti yang dinukil oleh Sheikh Abdul Wahhab As Sya'arani dalam kitabnya diatas, berkata Sayyid Yusuf al-‘Ajami, seorang guru Silasilah, telah meriwayatkan dalam risalahnya hadis dengan sanadnya yang bersambung dari Ali bin Abu Talib r.a., dia berkata: ”Aku telah berkata: ’Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku jalan yang paling dekat, paling mudah dan paling utama bagi seorang hamba untuk menuju kepada Allah S.W.T.”
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Ali, hendaklah kamu sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. secara Sirri (dihati) mahupun jahri (dilidah).”
Saidina Ali kwj berkata: ”Setiap orang berzikir wahai Rasulullah, hanya yang aku inginkan agar engkau memberiku suatu amalan khusus.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Ali, kalimat yang terutama yang telah diucapkan olehku dan para Nabi sebelumku ialah ”La Ilaaha Illa Allah”. Kalau tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ada di neraca timbangan dan ’La Ilaaha Illa Allah’ di neraca timbangan yang lain, tentu lebih berat ’La Ilaaha illa Allah’.”
Hadith ini juga dikuatkan dengan riwayat Ibn Hibban, al Hakim dan lainnya berupa marfu’, bahawa Nabi Musa a.s. telah berkata;
”Wahai Tuhanku, ajarkanlah padaku sesuatu di mana aku dapat mengingati-Mu dengannya dan aku dapat memohon kepada-Mu dengannya pula.”
Allah berfirman: ”Wahai Musa katakan: ’La Ilaaha Illa Allah’.” Musa berkata: ”Wahai Tuhan, semua sahabatku telah mengucapkan kalimat ini.”
Allah berfirman: ”Ucapkanlah: ’La Ilaaha Illa Allah’.” Musa berkata lagi:
”Wahai Tuhan, sesungguhnya aku ingin Engkau memberi kepadaku sesuatu yang teristimewa.”
Allah berfirman: ”Wahai Musa, jika sesungguhnya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi berada di neraca timbangan dan ’La Ilaaha Illa Allah’ di neraca timbangan yang lain, tentu lebih berat ’La Ilaaha Illa Allah’.”
Berkata Sheikh Ali al-Murshiti r.h. : ”Tidak mungkin murid akan berhasil diberi sesuatu, dimana dalam hatinya dia masih menghadirkan sesuatu darl alam ini (selain Allah masih hadir dihatinya). Sesungguhnya keberhasilan itu hanya bagi orang yang telah menyaksikan Al-Haq Azza wa Jalla dengan hatinya serta ghaib dari sesuatu selain-Nya.
Jadi murid itu tidak boleh memutuskan majlis zikir apabila ia belum berhasil ghaib (fana) dari rasa wujud alam. Barangsiapa memutuskan hal ini sebelum dapat ghaib (fana), seolah-olah sedikit pun dia belum mengingati Allah S.W.T., seperti pohon yang tidak berbuah. Meskipun dengan itu dia tetap mendapatkan hasanat (kebaikan).
Oleh kerana itu al-Syibli r.h. berkata; ”Barangsiapa menyaksikan makhluk, bererti dia masih tidak melihat Al-Haq. Dan barangsiapa menyaksikan Al-Haq, tidak akan melihat makhluk kecuali orang yang sempurna.”


BAGAIMANA MENGATASI PANAS BARAN DAN EMOSI
Hati Memandang Allah; “Apabila seseorang itu telah sempurna syariatnya, maka dengan syariat itu menjadi perantaraan untuk meraih hakikat,apa itu hakikat, iaitu hati yang telah terbuka sehingga mengenali Allahسبحانه وتعالى mengapa ia sujud, apabila berbicara mengenai masjid ia tidak nampak masjid,tetapi apa yang disebalik masjid.”
“Jika ia berinteraksi dengan manusia ia tidak nampak manusia,hakikat siapa yang menggerakkan manusia itu yang ia sedang berinteraksi,hatta seseorang yang melakukan keburukan, tohmahan, celaan, cacian, interaksinya dengan orang yang melakukan tohmahan, yang menyakitinya, ia tidak terus marah atau melenting tetapi pandangannya siapa yang disebaliknya,yang menggerakkan.”
“Maka apabila ia melihat disebaliknya,ia akan menyikapi sesuatu itu dengan penuh adab, dengan akhlak,tanpa dengan emosi ,tanpa dengan kemarahan yang melulu dan tak tentu hala,kadangkala kemarahan dan panas baran tersebut menatijahkan sesuatu yang lebih buruk,sesuatu yang patut ditangani dengan penuh kelembutan, penuh kasih sayang dan penuh sistematik. Tetapi, oleh kerana panas baran,kepalanya tidak dapat bertindak dan berfikir dengan betul,ia menatijahkan sesuatu akhlak,interaksi yang buruk terhadap orang yang mentohmahnya,yang menyakiti kita.”
“Sebab itu,ulama tasawwuf mengatakan orang yang marah,panas baran,marah melulu pada orang lain ini,sebetulnya ia telah lupa pada Allah سبحانه وتعالى ia tidak nampak hakikat yang mengerakkan segala sesuatu adalah Allah سبحانه وتعالى hakikat yang mengerakkan sesuatu,yang mengerakkan lidah orang tersebut berkata mengenai kita, disebaliknya adalah Allah سبحانه وتعالى sebab itu pemaksiat ,pendosa, orang yang bermusuh dengan kita itu, kita tidak membenci orang tersebut.”
“Agama kita mengajar satu makna yang mendalam,dalam perhubungan kita dengan makhluk Allah ,kerna pada mata kasar kita,kita nampak dan sedang bergaul, muamalah, berinteraksi dengan makhluk, tapi pada erti kata yang sebenar hakikatnya kita sedang bermuamalah, berinteraksi dengan Allah سبحانه وتعالى kerna itu orang yang mencapai hakikat itu hatinya lembut,hatinya mudah memaafkan hatinya berakhlak dengan akhlak Allah سبحانه وتعالى dalam satu riwayat mengatakan hendaklah kamu berakhlak dengan akhlak Allah سبحانه وتعالى, sifat Allah سبحانه وتعالى penuh dengan rahmat, penuh dengan kasih sayang dan ianya telah dicurahkan kepada nabi Muhammadﷺ. Lalu dengan kesedaran hati yang mengasihi saudaranya yang lain, seseorang dapat berusaha membetulkan keadaan dgn cara yang berhikmah penuh bersangka baik, samada dgn berdiam diri, senyuman, memberi teguran, nasihat dan dakwah yang bijaksana serta doa yang tiada putus."
“Maka membaca kisah-kisah bagaimana nabiﷺ menzahirkan kerahmatan, kasih sayang, kelembutan, kemaafan kepada manusia ,ianya adalah satu kekuatan perpindahan kepada kita, ianya mampu memunculkan akhlak dalam diri kita ,kerna akhlak yang disebut tadi bukan sesuatu yang berada diluar kita hingga ia perlu ditransferkan, tidak.”
“Tetapi hakikatnya ia berada dalam diri kita,sifat sabar sifat pemaaf, kelembutan semuanya terpendam,ianya akan terkeluar apabila terkena pada tarbiyahnya, pada tazkiyyahnya, kadangkala ia mendapat kekuatan apabila mendengar kisah para sahabat Nabi ﷺ bagaimana akhlak para nabi, akhlak rasulullahﷺ ,maka ulama tasawwuf mengatakan kisah -kisah, akhlak -akhlak para wali ini, ianya adalah seumpama bala tentera daripada Allahسبحانه وتعالى untuk menguatkan hati manusia.”
Demikian adalah sekelumit dari makna al-Ihsan yang perlu dicapai oleh orang beriman, sabda Baginda saw "al-Ihsan itu adalah kamu menjadi hamba Allah seolah-olah kamu melihat Allah, jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu". (Muslim)


HAKIKAT SPM
"Puan, dah pernah ambil SPM?"
Tanya ustaz ketika di dalam kelas Taddabur Quran bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya.
"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"
Jawab saya yakin.
"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali tak?"
Tanya ustaz lagi.
"Taknaklah ustaz"
Jawab saya ringkas. Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni.
Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.
"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki SPM kedua. Bezanya, ujiannya adalah sepanjang kehidupan kita namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.
Itulah dia, Sijil Padang Mahsyar (SPM). Bila tarikhnya tidak diketahui. Buku rujukannya adalah Al Quran. Ujiannya sepanjang kita berada didunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal.
Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.
Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap.
"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.
Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu kemana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan syurga dan neraka yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.
Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia. Hantar anak tuisyen, panggil lagi guru datang kerumah, tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul.
Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk mendapatkan keputusan yang baik didalam SPM akhirat kelak?
Maksud Al Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna, sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi disana nanti"
Allahuakbar, kata-kata ustaz bagai satu pukulan ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam! Saya adalah guru. Yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!
Ustaz kemudiannya bertanya kami semua,
"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM? Masing-masing beratur dengan berdebar. Ahli keluarga ibu bapa semua tunggu di belakang. Menunggu giliran anak-anak, mengambil keputusan, baik atau tidak. Mereka tertanya adakah sama keputusan seperti adik beradik yang lain?
Nak tahu bagaimana keadaannya kita nanti mengambil keputusan SPM di akhirat?"
Al- Inshiqaq : 7
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Al-Inshiqaq : 8
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Al-Inshiqaq : 9
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
Al-Inshiqaq : 10
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Al-Inshiqaq : 11
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Al-Inshiqaq : 12
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Al-Inshiqaq : 13
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
Al-Inshiqaq : 14
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
Al-Inshiqaq : 15
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
*************
Kita marah anak-anak kita tidak baca dan faham isi kandungan buku kerana takutkan mereka gagal dalam peperiksaan. Namun kita tidak pernah marah mereka tidak baca dan faham Al Quran, walhal itulah yang menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.
Analoginya mudah, tak baca / faham buku, mana mungkin dapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. Tak baca / tak faham Al Quran, mana mungkin masuk syurga Allah dengan senang.
Oleh: Prof Ajmain (UTM)


ADAB TEGUR MENEGUR
Teringat saya pada satu kisah.
Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.
Keesokan hari, seorang 'ustaz' datang menziarahinya. "Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."
Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.
Apa yang si 'ustaz' tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah. Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.
Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.
Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si 'ustaz' pulang ke rumah dengan perasaan 'tenang' kerana sudah menjalankan 'tanggungjawabnya untuk berdakwah' dan 'menyampaikan'.
Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.
Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.
"Syukurlah kamu sudah insaf," kata si 'ustaz' kepada si kaya.
"Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku," kata si kaya sambil tersenyum.
"Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk 'berdakwah'," jawab si 'ustaz'.
Malam itu, rumah si 'ustaz' terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.
Si 'ustaz' merintih. "Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?"
Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.
"Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu," kata si kaya. "Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu."
"Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?" kata si 'ustaz', jengkel.
"Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung," kata si kaya.
Si 'ustaz' terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.
Pada masa yang sama, seorang 'alim' yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.
Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si 'alim' berkata, "Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."
Si 'ustaz' yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.
Si 'ustaz' menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si 'ustaz' perlu meminta-minta.
"Ya Allah, aku mohon ampun... Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan 'menghukum'nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga."
Kawan-kawan.
Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.
Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.
Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.
Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan 'memberikan' ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.
Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan 'mengejutkan' hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.
Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.
Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.
Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan 'itu balasan untuk kamu', sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?
Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.
Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.
Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.
Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.
Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.
'Dakwah' itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.
Oleh :Hamba Allah


Setuju tak 1. Fokus kehidupan ialah mencari redha Allah, 2. Konsep kehidupan ialah memberi manfaat, 3. Tujuan kehidupan husnul khatimah. Bila tgk carta hidup kita tentu semua masaalah di dunia jadi kecil. Bila fikir akhirat dan Allah tentu tenang dan fokus kan?

Sunday, July 29, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 077

*#Menjaga Aib:*

_"Seseorang yang memiliki sifat warak tidak akan mempedulikan keaiban orang lain kerana ia sibuk memikirkan keaiban pada dirinya sendiri. Ibarat orang yang sedang sakit tidak mungkin menghiraukan kesakitan orang lain kerana sibuk memikirkan penyakitnya sendiri."_

*(Imam As-Syafi'e)*

#dakwahsantai

Belanja orang makan adalah tips untuk murah rezeki..jangan la kedekut.. tk luak mana pun duit kita tu.. kita bagi kita dapat lebih lagi..  inshallah..amin..

Ustaz Adzar Idrus...

#dakwahsantai

Payah ni

Maafkanlah semua org terutama yg telah menganiaya@ menzalimi kita.."
💎Nescaya Allah akan bersihkan hati kita dr sifat dendam, di kurniakan ketenangan pada kita...Allah juga akan bukakan hati2 semua orang untuk maafkan kesalahan2 kita terhadap mereka,insyaAllah..😊

*Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad..*

Walaupun kita berdosa
Pintu taubat masih terbuka
Memang itulah tugas kita
Bertaubat

Hiduplah dengan jujur
Kerana kejujuran itu
Ada sinar cahaya

Hidup kita berasaskan dosa pahala..sebagai tiket utk ke syurga

“Kegembiraan yang hakiki ialah mendapat keredaan Allah. Biarpun manusia tidak suka, tidak merestui, tidak menghargainya, tetapi kalau sesuatu itu mendapat keredaan Allah, itulah makna kegembiraan bagi saya.” – Prof Ulung Tan Sri Dr Kamal Hassan

Makin menanam kesyukuran makin menuai kenikmatan.
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..

Hati yang sentiasa mencari cinta ALLAH & meraih redhaNya adalah penawar untuk dirimu tenang dengan ujian hidup.

“Jadilah manusia yang selalu bermanfaat bagi orang lain, walaupun hanya membantu hal-hal yang kecil”

Wujud penyakit hati apabila fikirannya hanya kepada dunia.
#Dunia ini penuh dengan tipu daya yang melalaikan.

Istiqomah akan hadir bila ikhlas ada di hati.
#Niatnya hanya kerana ALLAH dan untuk ALLAH.

Tambahkan amal ibadat dan kebaikan.
Janganlah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Aamiin

"Yang penting pelajar itu belajar bersungguh-sungguh, maka kejayaan akan menyertainya".
In Shaa ALLAH.

ALLAH bersama-sama dengan orang yang menyebutNya.
#Kuatkan azam mendekatiNya.

Tenang itu hadiah daripada ALLAH.
Jom kita perbanyakkan berzikir.

Yang berkatnya apabila kamu dapat bersolat awal waktu dan dapat hadiri majlis ilmu.

Kejarlah berkatnya dalam mencari rezeki.
Banyak tak semesti berkat jika bakhil bersedekah.

Sesungguhnya ALLAH sentiasa melihat akan apa jua yg kamu kerjakan.
#Muhasabah diri apa yg memberatkan dirimu melakukan ketaaatan.

Teruskan berzikir jangan berhenti.
Semoga hatimu hidup dan tenang dalam apa jua situasi.
Aamiin.

Berusahalah dirimu untuk menjadi orang yang baik & orang yang taat kepadaNya.

Dengan dosa itu, kamu kembali padaNya. Bersyukurlah.
Apabila adanya penyesalan dirimu akan bertaubat.
Alhamdulilah.

ALLAH timpakan dirimu kesedihan demi kesedihan agar dirimu tidak bersedih lagi.
In Shaa ALLAH.
#Proses membersihkan hatimu.

Bangkitkan kami dalam keimanan dan ketaatan kepadaMu. Aamiin

Kesejukkan hati hadir apabila lakukan ikhlas kerana ALLAH.

Pesan guru..
Jangan putus berhenti baca Al fatihah dalam hidup kita dan baca lah sampai meresap dalam hati bila sampai ayat "tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
In Shaa ALLAH.. ALLAH sendiri akan pimpin kita.. Bangunkan kita.. Kuatkan kita.. Pujuk kita

Hati mengingat mulut menyebut
Alhamdulilah.

Masa merubah segala atau diri sendiri yg perlu berubah.Berubahlah,dari ingkar perintah Allah,makin taat kepada perintahNya.
✍قلم🌹

"Jadilah kita ahli selawat & ahli taubat sentiasa."

Banyakkan SELAWAT & ISTIGHFAR.

Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila mengabaikan tanggunggannya.
HR Imam Muslim.

Pesan guru..
Berzikirullah sentiasa dan berbaktilah kepada masyarakat.

Bila cinta sakit, tanggung jawab menjaganya sehingga cinta pulih kembali. Begitulah apabila siasah terbentur, dakwah mengambil alih sehingga siasah kembali melangkah gagah.

Masyarakat kian sakit, ayuh lipat gandakan dakwah untuk merawatnya.


Jalan itu lurus
Sayang, kita yang berjalan di atasnya...
tidak telus

Jalan itu lurus
Malang, kita yang melaluinya...
tidak tulus

Jalan itu lurus
Tapi hati bengkok
Penuh niat yang busuk

Jalan itu lurus
Hanya mulut berdoa
Tapi jiwa meminggirkannya

Jalan itu lurus
Tapi tidak mampu mengikutnya
Kerana diri masih munafik...
dan berpura-pura!

Ingat mati itu menghidupkan hati, menambah kesegaran dan kesegeraan untuk membuat perubahan
Ada kalanya kebenaran itu menyakitkan.  Justeru ramai yang membisu...dan itu sesungguhnya akan lebih menyakitkan!


"Jangan pernah menjadi pendendam,  seberat apapun ujian menimpa. "

HAMKA

Menjaga Islam ialah dengan mengamalkannya. Dan bila Islam diamalkan, itulah yang  akan menyelamatkan semua manusia.  Justeru, Islam itu sifatnya selamat dan menyelamatkan.

Namun jika  sebaliknya,  yakni bila Islam tidak diamalkan, umat Islam pun tidak akan selamat apalagi hendak menyelamatkan manusia yang lain.

Ancaman sebenar umat Islam ialah kejahatan nafsu dan tipu daya syaitan.  Hanya setelah dikalahkan oleh dua musuh dalamannya itu,  baru umat Islam akan dikalahkan oleh musuh luarannya - orang kafir,  munafik dan Muslim yang hasad. Dua  musuh itulah yang banyak memusnahkan kita samada dalam era kerajaan lama atau baru.

Keberadaan para hafiz dan hafizah adalah salah satu kaedah Allah  menjaga ketulenan Al Quran daripada pengurangan dan penambahan.

InsyaAllah, mereka tidak akan hapus sepertimana Allah berjanji untuk terus memelihara kitabNya.



Ingatlah rumah kita ini. InsyaAllah akan hilanglah segala kelekaan,  kelelahan, kelazatan dan kelalaian oleh godaan dunia dan karenah manusia. Akan padamlah segala hasad, dendam, marah dan prasangka. Mengenangkan kesempitannya...akan lapanglah minda dan tenteramlah jiwa.

Bayangkan kita umpama banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati... mampukah kita untuk berpura-pura dan bertangguh lagi?



Sebak hari ini. Sepanjang di pentas Datuk Siti Nurhaliza menangis cerita tentang perjalanan ujian Allah kasih sayang Allah sehingga di anugerahkan anak dalam program 'A Bit With Ebit' di tv alhijrah..ya Allah siapa sangkakan...dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukannya. Tak berhenti tangisan yang membuatkan kita tersedar..serius sangat dalam nasihat Tok Ti.. Terasa dari hatinya yang sangat ikhlas...Allahu..tonton nanti yer..

Dari naik pentas beliau menangis cerita bagaimana impiannya dan proses perjalanan dan tepat masanya Allah anugerahkan Siti Afiah. Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah..Allah baik. Allah bertindak mengikut sangkaan...berulang kali ucapannya..

Bila saya tanya harapannya pada anaknya..beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibuayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran..subhanallah. hafizah Daieah alimah solehah insyaAllah...

Kan..betapa hati seorang ibu...dari mula sampai habis kami cuma menangis di pentas. Semua hadirin menangis bersama-sama..

Jika arwah mak saya ada mesti happy sebab selalu doakan TokTi..tadi bidadari saya sempat jumpa. Kata Tokti best sangat makan dekat ParamountCoffeeHouse. Beliau beberapa kali singgah dan sampaikan salam pada saya..hari ini baru makbul doa dapat jumpa.. Sempat hadiahkan buku isterikuBidadari dalam live rakaman tadi..teringin orang sepertinya dapat buku 'isteriku Bidadari'

Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri. Semoga Allah terus beri kesihatan buat dirinya dan keluarga. Semoga Siti Afiah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa.

Saya bila tengok 'a bit with ebit'. Menangis lak..cuma teringat mak saya selalu menangis bila saya sedih dan peluk saya bila orang marah atau halau masa berdakwah..tu jer..ya Allah terimalah program ini jadi asbab hidayah. Pohon doa semua yer tayangan ogos 2018 ini di tv alhijrah. Bawa suami isteri dan seisi keluarga yer menonton......-ebitlew Paramount Coffee House

#aBitWithEbit #TqtvAlhijrah #tqAlFatehJunior #tqKeluargaSunnah

Pemuda masuk Islam...

Balik dari tv al hijrah tadi untuk program 'a bit with ebit' terus jumpa seorang anak muda. Sebak bila Stanley 22 tahun nak berbual pasal Islam dan akhirnya ucap syahadah. Sampai jer one utama dia peluk saya menangis. Beliau teringin sangat nak masuk Islam..

Matanya asyik bergenang. Katanya beban yang ditanggung selama ini telah hilang. Ringan kepala rasa..bahagia hati.. Pernah cuba dekati Islam. Tapi hati rasa berat masa tu. Kini saya betul-betul nak rasa dekat dengan Allah..

Saya selalu tengok ustaz jumpa anak muda bukit bintang. Klcc dan beri orang makan. Dia hari-hari tengok video saya. Terima kaseh Allah. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah..

Esok 8pagi saya dan kawan-kawan akan bantu daftarkan dan carikan tempat belajar Islam. Ya Allah sebak dengar keazamannya ingin belajar Islam. -ebitlew

Perghh jauh pergi sebak ni..sedih..Anak mrsm ini berlari dekat saya dan peluk saya.. katanya..saya kasihankan ustaz..saya sayang ustaz. Dah lama nak peluk ustaz..Siapa lagi nak tolong anak remaja kita nak bantu gelandangan orang susah orang miskin. Saya sayang Nabi. Sayang agama. Ustaz tolong doakan saya dapat bahagiakan mak ayah saya. Doakan satu hari nanti saya nak jadi macam ustaz. Doakan saya nak bantu ramai orang.Saya nak tolong ustaz..sedih rasa..

Anak remaja begini hatinya hidup. Risau orang lain. Dekat bandar ini hidup susah dan diuji dengan masalah semua anak-anak kita orang Islam paling banyak. Siapa nak bantu mereka kalau bukan kita

Adik,ustaz sentiasa doakan awak jadi daie. Matahari hidayah. Asbab hidayah dan kasih sayang tersebar dalam hati manusia. Anak yang bahagiakan mak ayah adik..-ebitlew @mrsmKualaLipis @smkMerpatiSandakan

Saya tak pernah buat apa-apa.Langsung tak boleh buat apa-apa.Tiada daya upaya melainkan kasih sayang Allah semuanya-ebitlew

Sebak tapi fikir nikmat Allah bagi mereka Pukul 11malam ramai juga dah tidur walau ditepi jalan atau bawah jambatan. Kita di rumah ada aircond, katil tebal resah belum tidur. Ada isteri dan anak-anak tapi ramai tak mahu balik rumah dan takleh tidur tengok tv atau hl sepanjang malam. Mereka duduk tepi ceruk longkang lena tidur. Nyamuk punya banyak. Tikus lalu di kepala. Alas simen keras sejuk atau tar jalan. Bumbung langit, jambatan, atau ditepi luar kedai bank atau pasaraya..apakan daya bila dah tiada tempat lain mereka kena cuba lena juga..

Paling terasa bila walau pelbagai agama dan bangsa yang duduk sama-sama akan kata baguslah dapat dengar nasihat begini rasa tenang. Cerita nilai mak ayah,akhlak,syukur dan ketuhanan. Pelbagai bangsa dan agama semua ada yang sebak menangis. Semua cakap terima kaseh. Ramai menangis bila kongsi tentang ibubapa. Setiap kali kita bantu dan share kebaikan. Ceramah umum. Saya sayang semua melayu,cina,india,Islam,kristian,buddha,hindu semua sekali. Saya nak semua bahagia dan nak tumpang rahmat Allah dalam ujian hidup mereka.

Tapi mesti last ada yang datang tanya nak masuk Islam. Selalu ada yang datang tanya tentang Islam. Saya sangat gembira untuk bantu mereka...syukur ya Allah semenjak Ramadhan hari tu 8 orang masuk Islam. Terima kaseh Allah. Ramai antara mereka sekarang sedang belajar sepenuh masa amalan Islam. Dengar dan lihat mereka walau ada yang dah tua tekun belajar-ebitlew @metro #20Julai2018

Bawah jambatan cari kakak yang inginkan hidayah..Hari air mata. Misi pagi ini mengambil seorang kakak semalam masuk Islam. Turun bawah jambatan. Terjumpa kakak ni. Siapa sangkakan ada orang begini susah hidup. Sedang kita tidur lena. Ada seorang kakak yang baik diuji begini..syukur jumpa kakak semalam yang telah mengucap syahadah..dia yang nak belajar...menangis semalam ingin belajar nak dekat dengan Allah..

Dia menangis minta maaf sebab ustaz sampai cari di bawah ini. Seram betul. Memang tinggi. Kalau jatuh boleh icu rasanya. Tapi ujian kehidupan disini ada orang tidur.

Dalam minta maaf pada saya.. Kata saya kakak lagi berharga dari seisi dunia sebab Allah sayang kakak. Dia gerakkan saya cari kakak disini..sebab Allah sayang kakak..kakak ni memang orang baik. Dia cuma diuji dengan ujian kehidupan. Syukur akhirnya jumpa dan dan akan bawa ke tempat tinggal selesa dan semuanya disediakan sambil dapat belajar Islam. InsyaAllah dah habis belajar esok kita cuba carikan kerja. Terima kaseh ustazah Maizura dll yang sangat banyak membantu untuk pendaftaran dan tempat tinggal. Tuan Arief dan isteri bantu bersama..Masa menulis ni air mata saya masih mengalir lagi. Tahniah sis Letchemey.. Amy tahniah...Allah sayang..-ebitlew

Motivasi untuk kita terus 'hidup'  adalah mengingat kematian. Betul tak? Bila disambar berita kematian, terus hati berbisik, Ya Allah panjangkan umurku.

Setinggi mana pangkat kita di dunia, kita ini nobody. Bila kita tiada, tempat kita akan diisi oleh orang lain serta-mata. Kawan akan lupa, saudara ke mana. Dunia itu tidak selama-lamanya mengingati kita, tapi itulah yang kita kejar.

Orang hormat kita kerana penampilan kita. Andaikan orang tahu perihal kita sebenar, nescaya ramai yg tidak percaya. Mg Allah lindungi kita.

Waspada dgn kemewahan yg dimiliki. Ia tidak bererti jika tidak tunduk kpd petunjuk Ilahi.

Manusia apabila sudah hilang rasa malunya, tergamak untuk buat apa sahaja. Kita yg melihatnya pula rasa malu.

Fitrah manusia menyayangi anak kecil. Di saat sudah hilang kasih sayang itu, maka berleluasalah kebinasaan. Mg Allah rahmati anak kecil yg kembali menemuiNya.

Seorang ayah mungkin payah mengucapkan kasih sayangnya pd keluarga. Namun, perhatikanlah pada usahanya membina keluarganya.
Jika mahu tahu nilai seorang anak, tanyalah kepada mereka yg tidak putus harap berdoa dan berusaha utk mendapatkan anak.

Ziarahi kampung ingatkan akan asal usul diri. Ziarahi kubur ingatkan kpd negeri akhirat yg abadi.


"Untuk berubah kepada kebaikan, berubahlah kerana Allah, bukan kerana yang lain, kerana kalau bukan kerana Allah, perubahan itu tidak kemana,"

Demikian saranan seorang ustaz yang juga motivator dalam Simposium Motivator dan Trainer Muslim Malaysia 2018 yang berlangsung sekarang di  Kompleks Islam Putrajaya.

Prinsip ini penting kerana manusia hanyalah sebagai motivator dan pencetus sahaja. Oleh sebab itu nak ubah orang, kena dekat dengan Allah dan kena letak Allah di hadapan.

Kita wajar mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di kota Mekah. Sebagai seorang Rasul, baginda adalah agen perubahan dan motivator terhebat sepanjang zaman kerana berjaya menjana perubahan dari dalam diri dan fitrah manusia.

Perubahan yang dijana oleh baginda bermula dengan pembentukan akidah dan akhlak, seterusnya pembinaan negara.

Walaupun tempoh baginda sebagai rasul hanya 22 tahun, tapi paling ramai manusia yang berubah di tangan baginda.

Sebab tu seorang pengarang barat bernama Michael Hart, mengarang buku berjudul "100 Manusia Paling Berpengaruh" yang mengambil masa 28 tahun untuk disiapkan.

Beliau menyenaraikan Nabi Muhammad SAW nombor 1 dalam senarai tersebut.

Ketika beliau sedang memberi kuliah di London, beliau disorak dan diganggu. Orang ramai telah mempertikaikan mengapa beliau meletakkan Nabi Muhammad sebagai nombor 1?

Kata beliau, Nabi Muhammad telah berdiri di tengah kota Mekah pada tahun 611 Masihi dan berkata kepada manusia ketika itu, "Aku adalah Pesuruh Allah."

Empat orang telah beriman kepada baginda, sahabat karib baginda, isteri baginda dan dua  orang kanak-kanak!

Sekarang, walaupun setelah 1400 tahun lebih, bilangan orang-orang Islam telah melebihi 1 billion dan masih terus bertambah.

"Mustahil baginda seorang pembohong, kerana pembohongan tidak akan bertahan sehingga 1400 tahun! Begitu juga tidak mungkin anda boleh membohongi 1 billion orang!"

Demikianlah, saya tulis balik sebagai perkongsian daripada simposium berkenaan. Semoga ianya bermanfaat.

Yamin Ismail
Berubah ke arah menjana haluan baru

"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud). Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah' dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah"

Ya Allah. Rahmat-Mu sentiasa mengatasi kemurkaan-Mu. Rahmatilah kami.. amin.

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat ?

Rasulullah ﷺ bersabda :

" Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat , dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya . Kemudian dosa-dosa itu diletakkan diatas kepala dan kedua bahunya . Maka , ketika ia rukuk atau sujud , berguguranlah dosa-dosa tersebut "(HR. Ibnu Hibban) .

"Bila solat.. perhatikan ketika kita sujud.. Hakikat daripada sujud ialah sujudnya hati juga.. Berapa ramai orang yang kepalanya sujud.. tapi hatinya bongkak.. riak.. takabbur.. Ketika sujud.. hati juga mesti sujud.. Jangan anggap diri hebat berbanding orang lain.. Sujudlah dengan dahi dan juga hati supaya kita mengetahui rahsia yang ada pada sujud" - Habib Ali Zaenal Abidin -

"Walau teruk dan tersasar mana pun kita, jaga solat 5 waktu... insya-Allah, Allah akan bukakan hati insan yang terleka untuk berubah jadi lebih baik."

Ada orang rumah besar.
Sayang sekali tidak ada satu ruang pun yang dia gunakan untuk sujud.

Ada orang ada kereta banyak.
Sayang sekali tidak ada satu pun yang jejak parking masjid untuk solat berjemaah di masjid.

Ada orang ada duit beribu dalam bank.
Sayang sekali tidak ada satu sen pun yang masuk ke dalam tabung derma.

Tetapi orang ini hidup senang.
Tak pernah sakit.
Duit tak pernah sikit.

Enjoy setiap hari.

Kenapa?

Itulah namanya istidraj.
Dia semakin bertambah nikmat tetapi hakikatnya itu adalah hukuman. Semakin jauh...dan jauh daripada Allah.

"Apabila kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj daripada Allah"
-Hadis Riwayat Ahmad-

Orang solat subuh kau mengantuk. zuhur pula kau sibuk. waktu asar kau letih. maghrib kau layan tengok tv. isyak kau makan sampai mengantuk .

Kau boleh lewatkan solat, tapi kau tak boleh lewatkan KEMATIAN . 🔥😏