Saturday, January 02, 2010

Zuhud Best nya

Zuhud adalah satu dari sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t.
( memang mantap..tengok lah tokoh-tokoh sufi silam, harga imannya bukan boleh dijual beli)

Perkataan "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya.
( kalau tak ada zuhud..kita mungkin jatuh pada kehinaan)


Perkataan Zuhud ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi is mengelakkan diri dari kegemaran itu dan meninggalkannya.
( contohnya kaya kalau kita kaya tapi lalai pada Allah buat apa..orang yang kaya atau boleh menjadi kaya..tapi tak ambil kisah sangat dgn kekayaannya..kayanya untuk Allah)

Terjemahan: Lalu mereka menjualnya dengan harga yang murah iaitu beberapa dirhani yang dihituuzg kerana mereka adalah orang yang tidak suka kepadanya.3Firman-Nya lagi,
Terjemahan: Telah diperhiaskan manusia cinta kepada perkara perkara yang diingini iaitu perempuan perempuan, anak-anak, emas dan perak yang berpikul pikul, kuda yang balk, binatang-binatang temakan dan sawah ladang, yang demikian itu perhiasan hidup di dunia sedangkan dirinya di sisi Allah tempat kembali yang baik.
RasuluLlah s.a.w. juga pernah bersabda tentang zuhud antaranya ialah;
Tcrjemahan: Zahidlah kamu di dunia nescaya ALlah menciniai kurnu, dun zahidluh kanui apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Terjemahan: Apabila ALlah menghendaki seseorang itu balk maka dizahidkannya hidup di dunia dan mengemarkannya kepada akhirat dan mempcrlihatkan kekurangun dirinya.


Sungguhpun perkara ini dianggap sebagai perkara-perkara keduniaan tetapi keperluannya kepada manusia tidak dapat dinafikan. Justeru itu, manusia mengambil manfaat sekadar keperluannya sahaja, dan itu tidak dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai memenuhi keperluan (hajat), dan keperluan ini adalah sebagai ketentuan yang mesti dipenuhi (darurat).




( Cuba semak zuhud taraf mana kita ni..)
TINGKATAN-TINGKATAN ZUHUD
Dipandang kepada pencapaian manusia didapati zuhud itu ada beberapa peringkat;
1. zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi is berjihad untuk Cuba menjauhkan dirinya dan Cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan itu.
2. zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.
3. zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada ALlah dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Bagiuya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan is merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma'rifatnya, dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.
TANDA-TANDA ZUHUD
Untuk mengetahui zuhud di dalam diri seseorang maka terdapat tiga petanda yang digariskan oleh Imam Ghazali'S iaitu:
1. Tidak merasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak merasa dukacita dengan apa yang hilang, iaitu berdasarkan kepada firman ALlah s.w.t.;
Ini adalah tanda zuhud pada harta.
2. Sikapnya sama sahaja sama ada dipuji atau dicela. Ini adalah tanda zuhud pada pangkat dan kedudukan.
3. Sentiasa mendampingi diri dengan ALlah s.w.t. Hatinya sentiasa dipenuhi oleh kemanisan ketaatannya kepada ALlah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong dari kemanisan dan kecintaan sama ada kepada ALlah atau kepada yang lain.


http://www.mindamadani.my/content/view/57/4/

1 comment:

captbokkhari said...

salam,

Suka betul baca N3 pasal zuhud, nak dpt taraf makam mcm ni kena byk istiqomah dan zikirullah.

Dok tunggu N3 baru kalau ada.