"Bila ada org biadab atau berkata kurang enak pada kita,jgn balas tetapi sebaiknya DIAM.Kerana dia (pemarah) sedang menyerlahkan dirinya yg sebenar.Kalau kita membalasnya kita dan dia tiada bezanya"
_Ustaz Don Daniyal_
Banyakkan selawat. Supaya nama kita di panggil oleh Rasulullah di padang mahsyar. Kalau nama kita di sebut dalam radio atau facebook pun kita seronok. Apatah lagi bila nama kita di sebut oleh Allah di "sana" nanti.
- UstazAhmadDusuki -
Jika seseorang tu telah berubah... jangan di ungkit lagi kisah silam nya.. kerana kita tidak pernah tahu susah nya dia nk bangkit.. masyallah..
☆ASAR
AMALAN DI ANGKAT KE LANGIT
Yang pertama, Allah SWT mengutuskan malaikat siang & malam untuk mencatit amal manusia kemudian malaikat siang & malam ini akan saling bergantian pada waktu subuh & asar serta mereka menyaksikan orang2 yg mengerjakan solat. Tatkala para malaikat naik menghadap Allah SWT untuk menyimpan rekod amalan manusia , mereka di tanya oleh Allah SWT iaitu;, Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat." Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Bukhori di dalam kitab Sohehnya di dalam bab Fadhilat Solat Asar.
Yang Kedua, amalan manusia ini akan di bentangkan pada setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu. Allah mengampunkan dosa setiap hamba2Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, "Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai." Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sohehnya iaitu di dalam bab Larangan Saling Bermusuhan.
Berbahagialah bagi mereka2 yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, di awal waktu.
Bayangkan kita umpama banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati... mampukah kita untuk berpura-pura dan bertangguh lagi?
Maafkan dirimu dengan terus memberi peluang untuk berubah. Bukan sekali, tetapi berkali-kali...sampai mati.
Dengan terus berusaha untuk mengubah diri menjadi baik, tidak menjanjikan kita pasti menjadi baik tetapi sekurang-kurang kita tidak menjadi buruk dan lebih buruk.
Allah sesungguhnya lebih menyayangi dirimu berbanding dirimu sendiri. Justeru, Allah terus memberi peluang untukmu berubah sedangkan ramai manusia yang sudah putus asa untuk berbuat demikian.
Allah tidak pernah membenci... DIA hanya menguji. Dalam ujianNya sentiasa ada cinta. Justeru, bila hati terlalu pedih ketika diuji...katakan pada hati inilah 'bahasa cinta' Allah terhadap hambaNya.
Bila diuji...kita sebenar terpilih. Bukan tersisih!
"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud). Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah' dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah"
Ya Allah. Rahmat-Mu sentiasa mengatasi kemurkaan-Mu. Rahmatilah kami.. amin.
Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat ?
Rasulullah ﷺ bersabda :
" Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat , dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya . Kemudian dosa-dosa itu diletakkan diatas kepala dan kedua bahunya . Maka , ketika ia rukuk atau sujud , berguguranlah dosa-dosa tersebut "(HR. Ibnu Hibban) .
"Bila solat.. perhatikan ketika kita sujud.. Hakikat daripada sujud ialah sujudnya hati juga.. Berapa ramai orang yang kepalanya sujud.. tapi hatinya bongkak.. riak.. takabbur.. Ketika sujud.. hati juga mesti sujud.. Jangan anggap diri hebat berbanding orang lain.. Sujudlah dengan dahi dan juga hati supaya kita mengetahui rahsia yang ada pada sujud" - Habib Ali Zaenal Abidin -
"Walau teruk dan tersasar mana pun kita, jaga solat 5 waktu... insya-Allah, Allah akan bukakan hati insan yang terleka untuk berubah jadi lebih baik."
Ada orang rumah besar.
Sayang sekali tidak ada satu ruang pun yang dia gunakan untuk sujud.
Ada orang ada kereta banyak.
Sayang sekali tidak ada satu pun yang jejak parking masjid untuk solat berjemaah di masjid.
Ada orang ada duit beribu dalam bank.
Sayang sekali tidak ada satu sen pun yang masuk ke dalam tabung derma.
Tetapi orang ini hidup senang.
Tak pernah sakit.
Duit tak pernah sikit.
Enjoy setiap hari.
Kenapa?
Itulah namanya istidraj.
Dia semakin bertambah nikmat tetapi hakikatnya itu adalah hukuman. Semakin jauh...dan jauh daripada Allah.
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj daripada Allah"
-Hadis Riwayat Ahmad-
Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam maksiat.
Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal amalan untuk hari pertemuanku dengan ALLAH
Orang solat subuh kau mengantuk. zuhur pula kau sibuk. waktu asar kau letih. maghrib kau layan tengok tv. isyak kau makan sampai mengantuk .
Kau boleh lewatkan solat, tapi kau tak boleh lewatkan KEMATIAN
Teruskan berzikir jangan berhenti.
Semoga hatimu hidup dan tenang dalam apa jua situasi.
Aamiin.
Berusahalah dirimu untuk menjadi orang yang baik & orang yang taat kepadaNya.
Dengan dosa itu, kamu kembali padaNya. Bersyukurlah.
Apabila adanya penyesalan dirimu akan bertaubat.
Alhamdulilah.
ALLAH timpakan dirimu kesedihan demi kesedihan agar dirimu tidak bersedih lagi.
In Shaa ALLAH.
#Proses membersihkan hatimu.
Bangkitkan kami dalam keimanan dan ketaatan kepadaMu. Aamiin
Kesejukkan hati hadir apabila lakukan ikhlas kerana ALLAH.
KERUGIAN ORANG YANG BERAMAL TAPI TIDAK MENJAGA LIDAHNYA
Berkata Sayyidina Umar bin Abd Aziz :- "Kami sempat hidup bersama para salaf, dan tidaklah mereka melihat bahawa ibadat itu adalah pada puasa dan tidak juga pada solat. Namun ibadat itu adalah menahan diri dari menikam kehormatan manusia. Kerana orang yg bersolat di waktu malam dan berpuasa di waktu siang, andai ia tidak menjaga lidahnya maka ia pasti akan muflis di hari kiamat".
Berkata al Imam Ghazali :- "Perbuatan mengumpat itu adalah petir yg memusnahkan perbuatan2 taat. Orang yg mengumpat itu tak ubah seperti orang yg memasang 'manjanik' (alat pelontar ketika perang), lalu dilontarnya kebaikan2 yg ia buat ke timur dan barat, ke kiri dan ke kanan".
Berkata as Syirazi :- "Aku telah berjaga malam bersama ayahku, dan orang2 sekeliling kami semuanya tidur. Lalu aku berkata: "Tidaklah dari mereka ini yg bangun walau utk solat 2 rakaat!". Lalu ayahku berkata : "Kalau kamu tidur adalah lebih baik dari terjerumusnya kamu di dalam menghina manusia".
Ketahuilah boleh jadi kamu dikalangan orang2 yg solat bahkan amat khusyuk didalam solatmu, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak punya apa2 !.
Boleh jadi kamu pernah menginfaq separuh dari harta yg kamu miliki, bahkan kamu sorok infaqmu itu dari pengetahuan orang, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak memiliki apa2 !.
Boleh jadi kamu adalah orang2 yg sentiasa berpuasa di siang hari, menghidupkan malam hari, dan berjuang menegak agama disepanjang hayat seikhlas mana sekalipun, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong seakan2 tidak pernah berbuat apa2 kebaikan !.
Sebenarnya perkara ini, ramai dari kita sudah mengetahuinya. Namun sebahagian dari kita, tak kira orang biasa atau pemimpin atau ahli politik, atau lebih2 lagi para ustaz2 yg lebih tahu hukum hakam, masih ramai lagi yg gemar mengotorkan bibir2 mereka dgn kata2 buruk & penghinaan walau atas tujuan nak memberi teguran & nasihat. Yakni seakan2 tidak pernah takut & terkesan dengan kesudahan buruk yg bakal menanti orang2 yg gemar berkata2 dgn kalam buruk utk memperendahkan orang lain, menghina orang lain, membunuh karektor orang lain, menikam kehormatan orang lain, dan seumpamanya.. Sampai bila nak buat begitu? Takkan sampai mati!?. Kerana itu kita mesti tetap sentiasa mengungkapkan soal ini agar kita tidak selalu lupa..
Wahai umat Islam:-
Ketikamana kamu melihat insan-insan pendosa, janganlah sesekali kamu merasa kamu adalah lebih mulia dari mereka.
Ketahuilah olehmu bahawa diri mereka itu sebenarnya adalah sedang diuji, dan kamu pula telah terselamat kerana kasih & rahmat Allah padamu.
Maka janganlah kamu lupa mendoakan ke atas mereka supaya diberikan hidayah, dan ke atas dirimu juga supaya kekal diberikan keteguhan.
Janganlah pula kamu mendoakan mereka dengan keburukan. Mungkin kamu menyangka tidak pernah berbuat demikian. Namun kalimah-kalimah keji yg sering dilontarkan kpd mereka yg senantiasa meniti di bibirmu itu, sebenarnya adalah satu doa jua yg secara tidak sedar bukan sahaja semakin menghitamkan hati mereka, bahkan semakin menghitamkan hatimu juga.
Bencilah sikap & kejahatannya. Dan janganlah dibenci diri & zatnya. Kerana seburuk-buruk seorang muslim itu sekalipun, di dalam dirinya masih ada sesuatu yg sgt bernilai & amat berharga, iaitu kalimah 'Lailahaillah Muhammadurrasulullah'..
Oleh: Ibn Shihab al Dimashqy al Hanafi
No comments:
Post a Comment