Sunday, October 04, 2009

Jangan lah kita jadi orang yang bodoh


Tiada siapapun antara kita yang nak jadi orang yang bodoh, sebab tu lah kita belajar. Kita minta sangat-sangat kepada Allah agar kita tak jadi orang yang bodoh. Kenapa. Kerana kalau bodoh maka kita akan terlindung dari segala kebenaran dan hikmah.


Kisahnya ada seorang pelajar yang tak datang ke sekolah lalu ada cikgu jemput/suruh dia datang ke sekolah sebab ada ujian. Lalu kerana terpaksa maka dia datang ke sekolah tapi dalam keadaan yang tak puas hati. Dihentaknya meja kuat-kuat, tanda tak puas hati.


Atas dunia ni ada manusia yan suka diajar dan ada yang tak suka diajar. Lebih malang ada yang rasa dia sudah pandai tapi sebenarnya bodoh. Dan alangkah mulianya ada yang sudah pandai tapi masih sedia terima teguran dan ilmu. Kenapa. Sebab dia sedar ilmu itu sangat luas, tak habis sampai bila, tambahan pula hatinya telah mekar dengan sifat rendah diri (Tawadduk).


Kalu berkawan pun kita harus pilih yang pandai jangan pilih yang bodoh, kecuali kita ada hasrat nak bantu ajar dia, sampaikan ilmu. Pada masa yang sama kita juga harus berhati-hati takut takut tak perasaan yang kita telah tertipu dengan keangkuhan sendiri yang mengatakan kita ni sudah serba pandai, tak perlu diajar-ajar lagi. Kerana itulah saatnya pintu hikmah dan ilmu akan tertutup buat kita.


Semoga Allah tidak menutup hati dan fikiran kita untuk menerima ilmu dan kebenaran .

No comments: