Kesenangan. Semua orang nak senang. Ada yang kata kesenangan itu sihat anggota badan. Bagi ulama maka dia senang dengan ilmunya. Tukang masak senang dengan masakannya.Manakala orang bijak rasa senang dengan kearifannya.. Ada yang dapat rasa senang banyak dan ada juga yang dapat rasa senang sikit. Ada kesenangan tahap rendah dan ada pula tahap tinggi.
Namun, ada yang menahan diri daripada kesenangan, atau tak utamakan kesenangan. Kerana baginya kesenangan dunia itu hanya sementara saja. Setiap cita-cita yang membelenggu diri akan berakhir duka. Tujuan entah ke mana atau dia menyerah awal. Kecualilah cita-citanya itu mencari keredhaan Allah. Keredhaan Allah akan membahagiakan hidup kita. Kebhagiaan itu akan terus dating kerana kebimbangan telah terhenti. Hasilnya kita akan hebat serta wibawa di kalangan kawan dan lawan. Manakala kebahagian abadi untuknya ialah kebahagian syurga.
Dalam hal ini maka kita perlu bebaskan diri daripada rasa cemas dan takut. Kedua-dua perasaan ini berpunca daripada pelbagai pelbagai hasrat, cita-cita dan keinginan. Nasihat untuk kita ialah carilah jalan yang lebih mulia, dan jalan yang mulia itu ialah jalan Allah. Dan sebaiknya jadikan diri kita, sebagai penyampai kebenaran, menjahkan diri daripadalarangan Allah, dan membantu kaum yang lemah. Janganlah berjuang untuk dunia yang penuh kehampaan, kerana ia ibarat menukar permata dengan batu.
No comments:
Post a Comment