Ya Allah, pilihkan untukku
Hidup penuh dengan pilihan. Sebagai hamba Allah kita telah beri peluang untuk memilih. Memilih itu sendiri adalah rahmat dan nikmat yang Allah beri kepada kita. Ini kerana bukan kita yang mencipta pilihan itu. Contoh paling mudah jika kita ingin makan nasi atau roti. Kita harus pilih salah satu daripadanya. Jika kita hendak makan kedua-duapun tak ada masalah. Cuma dalam kes ini kita diberi pilihan, iaitu pilih salah satu saja. Persoalannya kenapa kita harus memilih, jawapannya sebab ada dua benda. Katakanlah ada satu benda, tentu kita tidak perlu pilih. Jadi siapakah yang mengadakan satu benda itu. Orang yang beriman akan menjawab Allah. Manakala orang yang tak beriman atau kurang iman akan menjawab, dengan sombongnya akau cari sendiri. Ringkasnya Allah lah yang telah membuat pilihan untuk kita.
Persoalan yang kedua ialah, kita telah ditentukan oleh Allah, atau dalam bahasa lain ditentukan pilihan oleh Allah. Contoh yang dramatik ialah Allah telah tentukan isteri atau suami itu memang telah ditentukan oleh Allah. Atau nasib kita telah ditentukan demikian. Kita telah ditakdirkan untuk berkaadaan begini. Maka apa yang akan kita rasai. Ya lah kita manusia, jika apa yang berlaku sesuai dengan kehendak kita maka kita akan gembira atau bersyukur, namun kalau sebaliknya, kita tak suka, kita sakit hati, kita susah hati, kita sedih, kita marah, dan pelbagai kita lagi , adakah kita redha. Kita tentu ingin sesuatu yang lain, kita akan cuba mengubahnya, kita akan cuba menentangnya, kita akan cuba mengkritik sekeras-kerasnya. Salahkan perbuatan kita itu, maka saya tiada jawapan untuk soalan itu, anda jawablah sendiri kerana anda yang rasa, bukan saya yang rasa. Kalau saya jawab, nanti anda akan kata pula, berat mata melihat berat lagi bahu memikul.
Bersambung...
cikgunik.blogspot.com
No comments:
Post a Comment