Ini lah aktiviti saya pada setiap pagi jumaat setakat ni baru 2-3 kali miss sejak hampir 2 tahun yang lalu. Pagi jumaat saya akan buka gerai Pustaka Tarbiah dan juga gerai Risalah Tarbiah (PERCUMA) untuk diambil oleh orang ramai. Risalah Tarbiah 2 helai 4 m/s tu saya cetak 1000 salinan biasanya habislah 500 salinan, bakinya saya letak di masjid. Biasanya kalu hari jumaat, habis orang ambil.
Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Monday, November 09, 2009
Setakat yang Termampu : Projek Dakwah Melalui penerbitan Pustaka Tarbiah
Ini lah aktiviti saya pada setiap pagi jumaat setakat ni baru 2-3 kali miss sejak hampir 2 tahun yang lalu. Pagi jumaat saya akan buka gerai Pustaka Tarbiah dan juga gerai Risalah Tarbiah (PERCUMA) untuk diambil oleh orang ramai. Risalah Tarbiah 2 helai 4 m/s tu saya cetak 1000 salinan biasanya habislah 500 salinan, bakinya saya letak di masjid. Biasanya kalu hari jumaat, habis orang ambil.
Kata-kata yang baik
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Maknanya hari ini kita boleh bercakap tapi esok belum tentu lagi, berapa ramai orang yang mulutnya tiba-tiba tak boleh bercakap. Hilanglah satu nikmat dalam hidupnya itu. Sebelum maknanya tak buat lagi, kalu dah buat kita panggil selepas. Kerap kali kita menyesal selepas mengeluarkan kata-kata. kadang-kadang tak sengaja, dan kadang-kadang memang sengajapun. Apalah salahnya kalau kita menggunakan kata-kata yang baik yang baik, berapa sen ruginya kita. Kenapa tak guna, mungkin sebab kita dah memang pasang niat awal-awal lagi nak kata-kata yang tidak baik. Supaya orang yang dengar sakit hati. Kalau lah orang lain itu adalah kita adakah kita suka.
[2:83] Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.
Ada orang yang Allah bagi tak boleh bercakap. Dia nak bercakap tapi tak boleh. Tapi kita boleh bercakap..oleh itu fikir-fikirkan. Betapa besarnya nilai erti syukur. Ucapkanlah Alhamdulillah. Tanda terima kasih kita pada Allah. Betapa indahnya kita ucap Alhamdulillah kita dapat pahala.
قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى وَاللّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ
[2:263] Perkataan yang baik dan pemberian ma'af167 lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُوْلُواْ الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينُ فَارْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُواْ لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
[4:8] Dan apabila sewaktu pembagian itu hadir kerabat270, anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu271 (sekedarnya) dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
Saturday, October 10, 2009
Mengata Pada Diri Sendiri
Atau kamu nak mata kamu buta, biar tak dapat lihat lagi, biar semua jadi gelap. Seronok ke..jadi gelap. Apa punya manusia kamu ni. Kenang lah sikit jasa Allah kepada kamu, Dialah yang membuat kamu daripada tiada kepada ada. Kamu ingat proses buat kamu proses yang gitu-gitu ke. Tak lah, Allah telah buat dengan penuh kesempurnaan , jadikan kamu sebagi manusia. Biar jadi orang bersyukur gat sikit.
Sedar sikit lah, kalau kamu mati kamu akan jumpa dengan Allah. Nak jawab apa..nak jawap apa..NAK JAWAP APA.Eleh, mulut dah tak leh cakap nak jawap apa. Muka punya lah berenya.
Kalu kau nak pening, pening sekarang bukan di akhirat, kalau nak menangis menangis sekarang bukan di akhirat. BODOH betul kau ni tak tahu nak fikir apa yang berlaku di akhirat. Kalu manusia benci kamu taka pa, asalkan iman kamu kuat. Tapi kalu Allah dan Rasul benci pada kau, mana lah kau nak letak muka. Muka tak malu. JANGAN BUAT MAKSIAT. Kalau kau nak jaga mukamu depan Allah dan Rasul.
AKU insaf
AKU insaf
AKU insaf
Monday, October 05, 2009
Ketenangan keimanan
Ketenangan itu adalah anugerah daripada Allah, orang bukan Islam pun ada yang dapat ketenangan, Allah bagi semua manusianya untuk merasainya, Namun ketenangan dan keimanan hanya Allah bagi pada orang Islam yang terpilih sahaja. Alangkah bahagianya kalau kita terpilih.
Cara untuk medapat ketenangan melalui iman ialah kemanisan iman.Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Ini lah benda-benda ( perkara) yang payah untuk kita buat. Mencintai Allah dan Rasul lebih daripada segalanya. Tak terdaya kita untuk menyentuhnya tapi tak mustahil, masalahnya hanya yang Allah pilih saja yang dapat. Oleh itu kita juga harus tanya adakah kita dipilh oleh Allah SWT. Untuk mendapatnnya hatipun harus bersih. Cantik sungguh hati yang bersih. Mengikut ulama hati yang bersih akan dapat jika kita :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan
Ini adalah list yang kita boleh masukkan ke dalam dairy hidup kita. Satu bentuk senarai yang memang kita boleh buatpun tapi adakah kita membuatnya. Ambil satu. Berapa masa kita peruntukan dalam hidup kita untuk baca Al-Quran dan menghayati maksudnya. Tanya diri dan jawab sendiri. Jika soalan yang pertama pun belum tentu kita jawab, tak payahlah rasanya nak tanya soalan yang berikut.
Selamat bermuhasabah
Sunday, October 04, 2009
Jangan lah kita jadi orang yang bodoh
Saturday, September 12, 2009
Pedihnya ulu hati
Namun tunggu sekejap, tarik nafas dulu,.nak tanya satu soalan adakah apayng kita hadapi ini lebih berat daripada apa yang dihadapi oleh Rasulullah SAW. Macam-macam kata kata keji dilempar kepada Rasulullah SAW, ahli sihir, orang gila. Pernah tak orang kata kita ni orang gila. mana lebih berat daripada apa yang kita terima. Kalau sudah ada jawapan satu lagi soalan yang nak ditanya, mana lebih mulia antara kita dan Rasulullah SAW. Fikir dan jawab sendiri.
Sejauhmana...
Harapan agar kita menjadi orang yang taat kepada Allah, sebagai mana orang yang dahulu taat pada Allah, bukan setakat orang-orang kini taat pada Allah, dengan macam-macam gaya.
Sunday, August 02, 2009
Allah telah muliakan kita, janganlah pula kita hinakan diri kita.
Semua manusia lahir dalam keadaan hina dan dina termasukalah saya dan anda. Tidak pernah kita dengar orang dicipta daripada emas atau permata. Tidak sekali-kali.Semuanya dicipta daripada air mani yang hina, baunya pun busuk. Bak kata sajak ‘Dahi cecah sejadah’ ayam tak patuk itik tak sudu. Daripada hina itulah kita telah dimuliakan oleh Allah. DiberiNya kita akal fikiran, kemahuan, kedudukan, harta, pangkat, rasa dan cinta.
Dengan keinsafan ini maka jangan lah kita jadikan diri kita hina, hidup penuh dengan maksiat dan dosa. Jangan kita jadikan diri kita hina dan dina.
Sunday, July 19, 2009
Demi Sebuah Kematian
"Mil, Naja dah meninggal. Dia kemalangan", kata Mak.
Saya kelu seketika. Ingatan saya terus menerawang jauh membelah samudera kepiluan. Satu persatu kenangan manggamit tiba. Dialah rakan sepermainan ketika kecil dan membesar bersama-sama menjadi remaja.
Akhirnya, inilah episod akhir sebuah kenangan indah bersamanya. Dan segalanya kini hanya tinggal sejarah.
Kesedihan, kehilangan dan perpisahan ini pasti menyeksa jiwa. Namun, apa guna segala ratapan yang melampau apabila seseorang yang kita sayangi pergi selamanya?
Naja, semoga kamu berbahagia di sana.
InsyaAllah, satu hari nanti pasti akan tiba giliran saya pula...
BERSEDIA UNTUK TIDAK BERSEDIA
Dewasa ini, membelek dada akhbar boleh diibaratkan seperti membaca satu persatu data kematian. Mata anda tidak pernah lekang daripada menikmati sajian kematian.
Namun, dalam limpahan sajian itu, hanya sedikit sahaja coretan berita kematian disebabkan oleh sakit yang lama. Kebanyakannya disebabkan oleh kemalangan, kebakaran dan sebagainya.
Ramai antara kita yang menganggap mati itu hanya tiba apabila kita sakit atau kerana kita sudah tua.
Itu hanyalah mitos semata-mata.
Walhal secara realitinya sebahagian besar kematian berlaku ketika seseorang masih sihat dan muda. Tetapi ramai yang tidak menyedarinya kerana alpa dengan dunia yang serba-serbi indah dan melekakan ini.
Akhirnya mereka lupa untuk menyediakan bekalan untuk hari pengadilan yang Maha Dahsyat itu.
Adakah anda juga termasuk dalam golongan tersebut?
Tepuk dada, tanya hati.
Sumber :http://jundumay.blogdrive.com/
Jundumay
Cikgu nik hadir sebagai tetamu, sempat juga rakam beberapa gambar dan video ( bawah sikit pada amatur). Rakaman ada kaitan dengan kehidupan kita dan kehidupan di sana nanti. Ada yang kita suka, iaitu masa kita tersenyum dan bersedia, dan ada masa kita tak suka, apabila ada yang pukul curi. dah lah kena pukul kena curi pula, siapa yang suka. Begitulah di sana nanti, kita sangat suka bila gambar atau video kita semasa tengah solat atau menderma barang yang paling berharga kita miliki. Tentu kita tak suka pada video kita tengah marah atau menipu atau buat maksiat. Di mana kita nak letak muka. nak sorok kat mana. Kita fikirlah sendiri.
Dalam majlis tu, drama Kisah Bakul Tua amat menarik para penonton.
Manakala Maahad Muhammadi Perempuan menunjukkan kepantasan menulis Mandarin
saksikan, sebelum mata terpejam
PErhatian : Sesiapa yang ingin menyaksikan persembahan yang lain sila ke :http://www.youtube.com/cikgunik
( Kalau tak dapat tengok, sila minta, atas dunia ni tak semua perkara dapat kita lihat,KECUALI di Syurga)
Saturday, June 20, 2009
Monday, May 18, 2009
Kita hidup atas dunia ini bukan setakat matlamat makan minun tapi ada perkara yang lain yang lebih penting iaitu mencari barakah.
Barakah bukan lah perkara boleh dimakan dan dibuat harta. Namun tanpa barakah maka manusia akan hilang segala-galanya, hidup didunia ini.
Ini kerana dunia ini hanyalah tempat menumpang sahaja, hanyalah persingahana sementara.Hidup di akhirat nanti kita perlukan barakah ini sebagai duit di akhirat nanti.
Wednesday, March 25, 2009
Saya rasa teruja dengan kecemerlangan berganda yang telah dihasilkan oleh pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Memang hebatlah. Kejayaan Nik Madihah adalah yang menarik dan terbaik kerana ia berasal dari keluarga yang susah.Atas kehebatan itu maka saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya mengajar di Maahad selama tujuh tahun 1976-2003. Saya mula mengajar sekali lah dengan cikgu Razali( papa li) dia masuk awal tahun dan saya masuk tengah tahun.
Pada tahun itu ( atau tahun sebelum, saya lupa dah) Mahaad telah mengejutkan semua dimana 3 pelajarnya dapat 10A1,peringkat Malaysia.di mana pada masa itu boleh ambil setakat 10 jah. Kemudian selang beberapa tahun Hafilah Musa pula muncul sebagai terbaik Malaysia dengan keputusan 11A1 (kalau tak silaplah).
Saya pernah juga terfikir dan berbincang dengan rakan-rakan guru yang lain. Macam mana pelajar maahad boleh jadi begitu cemerlang. Kalau nak kata gurunya terlatih dan pengalaman, rasanya tak berapa..sebab ramai yang pada masa itu tak ada diploma pendidikan, dan rata-rata cikgu yang mengajar di situ sekajap saja. Dua tiga tahun bertukar atau masuk kementerian. Guru sekolah lain berkursus setiap masa, kita pada masa itu nak jumpa kursus setahun pun payah. Rasa-rasanya mereka lebih hebat ilmu mengajar dan pengalaman kursus daripada kami.
Cuma satu perkara yang istimewa yang ada pada guru mmp pada masa itu dan saya rasa sekarang pun macam tu ialah mereka ikhlas mengajar.Mereka bertugas dan mengajar lebih daripada yang sepatutnya. Dan tak mengarapkan lebih. Kalau ada bonus Alhamdulillah kalau tak ada pun, usaha yang lebih tidak berkurang. Perbincangan tentang gaji dan habuan di bilik guru atau kantin sangat sedikit, kadang-kadang tak bincangpun.
Kalau nak kata pentadbiran cekap dan hebat, boleh lah sikit-sikit nanti apa kata pengetua pula (merujuk pada masa itu saja). Namun kalau nak bandingkan dengan sekolah MARA atau Asrama Penuh atau sekolah Bestari, jauhlah. Ada itu ini, perasarana pula tak usah ceritalah hebatnya mereka.Manakala pengetua MMP bertukar lebih kurang dua atau tiga tahun sekali. Sampai ada yang berkata di kalangan kami marilah pengetua dan guru mana-mana pun maahad akan terus cemerlang. Sebaliknya boleh dikatakan guru menjadi cemerlang sebab duduk mengajar di MMP.
Pernah seorang guru mengajar lebih kurang, tak buat persediaan. Dia diberi mengajar dikelas terkebelakang tingkatan tiga, masuk kelas relex. Akibatnya pelajar Tanya macam-macam tak terjawab dia. Rupa-rupanya kelas tu kelas pandai, Cuma disusun secara terbalik. Esoknya guru itu bertukung lumus buat persediaan mengajar takut kena soal oleh para pelajar. Pada masa itu kawan saya yang paling rapat ialah cikgu razali dan ustaz Adli dan merekalah paling mempuanyai persedian mengajar.
Saya sendiri masih (InsyaAllah) membawa kecermelangan dari MMP sehingga ke hari ini, iaitu penerbitan Buletin Tarbiah. Satu-satunya penerbitan yang berkala seminggu sekali sejak tahun 2000. Sehingga dapat dikembangkan kepada satu lagi penerbitan iaitu Risalah Tarbiah yang terbit setiap hari Jumaat.
Satu lagi alasan yang diberi ialah pelajar yang masuk MMP adalah pelajar yang pintar. Memang lah nak masuk MMP sangat payah, terpaksa bersaing..bayangkan 1000 lebih yang memohon tapi yang nak ambik setakat 300 saja ( pada masa itu), Terak-terak
Akibat nya ada yang lebih daripada 50 satu kelas. Pelajar bijak sama lah seperti sekolah hebat yang lain malah ada sekolah yang ambil semua pelajar 5A UPSR.
Lalu adalah yang berkata di kalangan kami, budaya belajar di MMP adalah budaya belajar yang cemerlang. Tengoklah bagaimana cara Siti Fatimah belajar, petang belajar lagi. Sebenarnya itulah budaya belajar MMP, bukan hanya Sita Fatimah seorang, budaya macam ni sudah wujud lama. Pondok atau wakaf ilmu yang dibina dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar.
Akhirnya ramai dikalangan kami bersetuju bahawa kecermerlangan MMP yang utama ialah KEBERKATAN BUMI MAAHAD. Kita akan rasa lain mengajar disana.Seronok dan puas hati. Begitu juga dengan pelajar seronok dan puas hati.Di situlah lahirnya ulama-ulama yang terkenal dan tempat awal orang mencari ilmu agama dalam bentuk sekolah yang tersusun. Kalau universiti ia boleh disamakan dengan UM. Kalau pelajar yang bermasalah dia tak boleh lama duduk mmp, tak selesa. Kalau pelajar kurang pandai maka dia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh supaya pandai.
Tulisan ini adalah pengalaman saya 7 tahun yang lepas, mungkin tak sesuai situasi MMP loni. Namun itulah yang dikatakan pengalaman.
InysaAllah jika diizinkan Allah saya pun nak hantar anak ke MMP untuk mereka belajar erti kecemerlangan di dunia dan akhirat