Monday, September 26, 2011

Nilai Waktu



Apabila kita berbicara tentang dunia dan akhirat maka pada masayang sama kita telah berbicara tentang waktu. Kita sebenarnya ibarat seperti hari. Satu hari yang berlalu maka sebahagian dari diri kita telahpun pergi.

Namun apakan daya, banyak orang yang lupa dan lalai akan hal ini. Sesalan bukan di sini tapi disana. Iaitu setelah manusia mati maka dia menaruh harapn tinggi agar dapat kembali ke dunia walaupun hanya satu jam. Tujuannya agar dalam masa satu jam itu dia dapat solat, bertasbih, atau bertahmid.

Begitual nilai waktu yang kebanyakan orang mensia-siakannya. Oleh itu marilah kita sama-sama untuk menghargai waktu itu, kerana waktu itu adalah kita.

Ya Allah Pilihlah untuk ku (05)



Ya Allah pilihlah untukku (05)

Sekiranya kita dapat redha pada ketentuan Allah, maka kita kan jadi seorang pasrah dan kita akan dapat mematuhi segala perintah-Nya. Jika ini lah yang berlaku maka kita akan merasa tenteram dengan hukum-Nya, dan meyerah seluruh pada ketentuan Nya.

Sebenar tak semua sikap suka mengantur adalah buruk atau tercela. Ada juga yang terpuji seperti mendekatkan diri kita kepada Allah. Pilihan seperti ini akan menghantar kita kepada redha Allah. Yng tercela itu ialah, mengatur dan pilihan kita untuk mencari dunia untuk diri sendiri, bukan untuk Allah dan bukan untuk Akhirat.

Kenapa kita menjadi seorang yang telalu sibuk mengatur urusan diri. Jawabnya, kita risau urusan rezeki kita. Takut tak kaya. Takut tak leh makan. Takut hidup susah. Dan macam-macam lagi yang takutnya. Ketakutan ini telah membuatkan kita lupa pada zat yang telah mengatur urusan kita sewaktu di alam rahim. Adakah kita yang keluarkan kita dari perut ibu kita, jawbnya tentu tidak.

Justeru sebagai hamba marilah kita pilih Allah, Jangan pilih selain Allah. Kerana jika itulah pilihan kita tentu Allah akan memperlihatkan kebaikan dan kelembutan-Nya kepada kita. Percayala apabila Alah mencipta manusia maka Dia tak akan serahkan kita kepada yang selain Dia.

Itu sebabnya para Nabi dan Para Arif (bijak sana) menyerahkan pengaturan dan pilihan hidup kepada Allah. Inilah ciri utama mereka.

Kesenangan dan kebahagiaan...


Kesenangan. Semua orang nak senang. Ada yang kata kesenangan itu sihat anggota badan. Bagi ulama maka dia senang dengan ilmunya. Tukang masak senang dengan masakannya.Manakala orang bijak rasa senang dengan kearifannya.. Ada yang dapat rasa senang banyak dan ada juga yang dapat rasa senang sikit. Ada kesenangan tahap rendah dan ada pula tahap tinggi.

Namun, ada yang menahan diri daripada kesenangan, atau tak utamakan kesenangan. Kerana baginya kesenangan dunia itu hanya sementara saja. Setiap cita-cita yang membelenggu diri akan berakhir duka. Tujuan entah ke mana atau dia menyerah awal. Kecualilah cita-citanya itu mencari keredhaan Allah. Keredhaan Allah akan membahagiakan hidup kita. Kebhagiaan itu akan terus dating kerana kebimbangan telah terhenti. Hasilnya kita akan hebat serta wibawa di kalangan kawan dan lawan. Manakala kebahagian abadi untuknya ialah kebahagian syurga.

Dalam hal ini maka kita perlu bebaskan diri daripada rasa cemas dan takut. Kedua-dua perasaan ini berpunca daripada pelbagai pelbagai hasrat, cita-cita dan keinginan. Nasihat untuk kita ialah carilah jalan yang lebih mulia, dan jalan yang mulia itu ialah jalan Allah. Dan sebaiknya jadikan diri kita, sebagai penyampai kebenaran, menjahkan diri daripadalarangan Allah, dan membantu kaum yang lemah. Janganlah berjuang untuk dunia yang penuh kehampaan, kerana ia ibarat menukar permata dengan batu.

Sunday, September 25, 2011

Ilmu dekatkan kita dengan Allah.



Setiap orang berhak mendapat bahagia, sama ada dia kaya atau miskin –Ibnu Hazim

Sebelum kalam diteruskan 2 persoalan, harus dijawab. Pertama, bagaimanakah kita berinteraksi dengan insan lain ? kedua, apa kita perlu buat supaya hidup kita harmoni, iaitu hubungan dengan Allah jadi baik dan hubungan dengan manusiapun jadi baik ?

Sementara menunggu anda menjawab maka kalam tetap diteruskan. Mari kita memulai kalam ini dengan Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka kita ikutilah dengan doa, tidak wajar sangat kalau kita sombong untuk berdoa, sehebat Nabi SAW masih ada masa untuk berdoa, inikan kita. Pertama minta Allah beri pertolongan kepada kita, kalau Allah tak tolong maka tiada siapa lagi yang boleh menolong kita. Minta juga Allah beri rahmatnya kepada kita, amat berbeza hidup dalam rahmat dengan hidup tanpa rahmat, rahmat itu dalah kasih sayang Allah pada kita, dan alangkah indahnya kalau Allah menyayangi kita. Dan sterusnya kita juga saying pada Nabi kita, Muhammad SAW. Jadi mari kita selawat pada Baginda dan kelurganya.

Dengan sedar atau tanpa sedar, hidup ini banyak malapetak dan penyakit. Itu juga kita mohon daripada Allah jauhkanlah kedua-duanya daripada kita. Selanjautnya nanti ada kengerian dan penderitaan di Akhirat nanti, itu juga kitamohon Allah selamatkan.

Sewaktu menulis ini, maka sejumlah fikiran telah saya gunakan, yang mana saya akui bahawa Allah lah Zat yang telah menciptakan akal, membuatkan saya mampu ambil manafaat daripadanya, hari demi hari. Bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Bertahun-tahu lamanya kita hidup atas muka bumi ini berbagai-bagai takdir telah kita lalui, dengan pasang surutnya. Saat gembira dan saat sedih disulam menjadi gubahan yang sangat indah. Sejenak kita berfikir, terasa ingin terus mengabdikan diri kepada Allah.

Pengabdian, ini membuatkan kita ingin terus belajar dan merenung. Dan lupakan atau tinggalkan lah jika ada kesenangan atau kemewahan yang cuba pikat jiwa kita, jika ia menghalang kita daripada belajar dan merenung untuk mendekat kepada Allah. Bukan apa, bimbang kalau-kalau keikhlasan kita tergugat dan membuatkan kita makin jauh dari Allah.

Sesungguhnya ilmu itu sangat bermanfaat, melebihi manfaatnya harta. Manfaatnya lebih besar jika kita buat renungan, apalagi kalu dapat diamalkan ilmu itu. Dengan niat, dengan ilmu dan amal itu maka kita mengharapkan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala. Kerana sesungguhnya Allah lah tempat kita berharap.


cikgunik

Maahad Tahfiz Pulai Chondong.

26 sept 2011



Thursday, September 22, 2011

Ya Allah Pilihlah untuk ku (04)



Ya Allah Pilihlah untuk ku (04)

Sebelum ini kita telah bincang bahawa kesibukan mengatur urusan diri adalah sia-sia. Sheikh Ibn Athaillah telah menyebut sikap sibuk mengatur urusan diri sebagai satu daripada syirik rububiyah. Syrik ada dua, ada syirik uluhiyah dan syirik rububiyah.Syrik uluhiyah bermaksud ada sembahan lain selain Allah, atau menentang ketuhanan Allah. Manakala syrik Rububiyah bererti meyakini ada pengatur lainyang turut mengurus kehidupan selain Allah. Manusia macam ini yakin bahawa dia boleh menjadi pengatur selain Allah . Kalau begitulah keadaannya, maka kita wajar berhati-hati dengan keadaan yang sangat bahaya ini. Bahaya bukan untuk kesihatan, tapi dalam konteks penghambaan kita kepada Allah.

Bayangkan seorang yang kita jumpa dengan seorang yang sopan satun, tentu hati kita akan senang. Bertapa beretinya sopan satu pada manusia. Sapatutnya kita harus lebih bersopan satun kepada Allah, jangan jauhkan diri kita dari Allah. Kalau beginilah kita, maka kita akan terdorong untuk menggugurkan urusan diri sendiri , yang dengannya membuatkan kita terhijab dari Allah. Bila hijab itu dibuka maka kita akan keluar daripada gelap kepada cahaya. Cahaya itu ialah serahkan urusan atau pilihan hidup kepada Allah, sesuai dengan tajuk Ya Allah pilihlah untukku. Ringkas ayat sufi itu, kita diatur dan tidak mengatur, kita ditentu dan tidak menentu, kita digerak dan tidak bergerak sendiri. Itulah sebenar-benar hamba. Redha lah dengan ketentuan Allah. Berbaik sangka lah dengan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Ingat juga janji Allah kepada kita sesiapa yang bertawakal kepada-Nya, Dia akan mencukupi. Manakala kesudahan sikap yang mulia ini ialah kitaakan rasa senang dan cinta pada segala kehendak dan keputusan-Nya. Seterusnya menerbitkan rasa cinta pada Allah. Cinta yang paling agong.

Sekilas pandang janganlah kita salah faham dengan kepasrahan ala sufi ini, dan jangan anggap sebagai pasif atau malas dalam hidup.Ia tidak sama dengan berhenti kerja,berhenti berusaha, berhenti berdoa, sebab kita sudah serah semuanya kepada Allah. Jangan fikir seperti itu. Sebenarnya kedua-dua isu itu tak bertentangan, kalau hati kita penuh dengan iman dan cahaya dari Allah maka kedua-duanya adalah selari dan sama. Kalau ada yang masih terkeliru, maka tanda iman belum sempurna dan hati masih malap dari cahaya. Penjelasan hal ini akan menyusul lepas ini. InsyaAllah. Lapangkan fikiran. Dengar dulu apa yang sheikh nak bagi tahu pada kita.

Positifnya berserah diri mengikut sheikh Ibn Athaillah, ialah :

Pertama ; tidak risau dengan masalah-masalah kehidupan. Sifat-sifat cemas, bimbang, gundah dan gelisah akan berkurang sedikit demi sedikit, dan muncullah ketenangan dan kejayaan dalam hidup.

Kedua ; Kurangnya bergantung kita pada amal dan usaha. Kita mungkin tak syok sorang. Sikap bergantung pada amalan dan usaha sendiri akan menghasilkan kekecewaan atau putus asa. Kerana berapa banyak usaha kita yang telah menempuh jalan kegagalan. Berserah pada Allah lah ialah jalan yang selamat yang hakiki.

Ketiga ; Redha pada kenyataan. Kerana kekecewaan hanya akan mengurangkan tenaga dan semangat kita.

Keempat ; menyebabkan harapan kita jadi tinggi sebab kita sudah bersandar pada Allah, bukan pada yang lain-lain. Kepercayaan kita Allah telah member yang terbaik untuk kita kalau tak di sini maka di sana. Ini semua akan menjadikan kita pemenang yang sebenar.

Bersambung…

Wednesday, September 21, 2011

Ya Allah Pilihlah untukku (03)


Ya Allah Pilihlah untukku (03)

Allah lah yang mencipta kita dan Dia tidak pernah berhenti daripada mengurus kita, walaupun kita sudah ada akal. Akal itu sepatutnya faham lagi tahu tugasnya yang sebenar iaitu melaksanakan dengan baik perintah Allah dan bukan pandai mandai melanggarnya. Buat secara baik ketentuan Allah dan bukan menolaknya. Dalam hal ini Sheikh Ibn Athaillah telah memberi mutiara nasihatnya yang amat baik dalam kitab Hikam : Kesungguhanmu mengejar apa yang dijamin untukmu dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dituntut daripadamu, adalah bukti rabunnya mata batinmu. Ini membawa maksud kita perlu istirehat diri kita yang suka buat-buat sibuk ini, daripada mengatur urusan kita. Kerana segala urusan kita telahpun diurus oleh selain dari kita iaitu Allah, tak perlulah kita turut mengurusnya.

Ini mungkin tawakkal tahap tinggi. Mungkin kita tak sampai lagi peringkat itu. Namun, Tak salah untuk kita hayati kerana ia adalah mutiara sufi. Maka mari kita lanjutkan lagi kalam sufi itu, semangat yang berkobar-kobar tidak akan dapat menembusi benteng takdir. Semangat ini merujuk kepada tenaga yang kita miliki dan dikumpul sebanyaknya, untuk mencapai suatu hasrat, namun hasrat itu hampa dan gagal, jika tidak selaras dengan ketentuan Allah. Contoh yang dramatic, seseorang cuba dengan sedaya upaya untuk memiliki si dia, kekasih buah hati. Namun hasilnya kekasih itu menjadi milik orang lain, yang tak tahu suku sakatnya. Kesudahanya dia akan kecewa yang teramat. Mungkin kerana dia tidak dapat memahami dan menghayati apa yang dikatakan oleh Sheikh kita tadi. Kita taka da dapat menangkan kehendak kita atas kehendak Allah. Kerap kali kita temui apa yang kita nak maka yang itu kita tak dapat. Takdir itu berbeza sakan dengan apa yang kita nak. Kehendak kita itu ibarat rumah pasir ditepi laut, mudah runtuh apabila ombak berlabuh.

Dalam hidup yang singkat ini, ada orang kerap kali bertemu keadaan dimana apa yang dia rasa baik, namun tak baik bagi dia. Sebaliknya apa yang dia rasa tak baik, namun baik untuk dia. Ringkas kata ada tak baik disebalik baik, ada baik disebalik tak baik. Akhirnya dia jadi kelu, fikiran jadi buntu, tak tahu mana satu, semua jadi luar pengetahuan. Kalau keadaan ini berlaku pada kita, maka cepat-cepatlah cari jalan keluar, terimalah nasihat berguna daripada Sheikh kita, Ibn Athaillah, Sibuk mengatur nasih sendiri boleh membawa kepada sia-sia, lebih-lebih lagi kalau kita terlupa akan tugas kita sebagai hamba Allah. Terlupa juga bahawa Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk-Nya, dan Allah sentiasa dekat dengannya. Janganlah pula kita tambah kelemahan iman kita dengan melupai semua perkara itu. Tambahlah sedikit cahaya makrifat di hati kita. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Berbekalkan iman maka kita perlu akui bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dalam hal ini psikologi dan motivasi dari Barat tidak semuanya betul. Makin dicuba makin keliru lagi celaru. Kerana mereka berfikir tanpa iman.Tanpa iman orang kafir Seumpama berjalan dalam gelap, meraba-raba, kalau yang dipengannya betul maka betullah, kalau salah, merekapun tahu hanya kerana berjalan dalam gelap. Oleh itu neraca iman hendaklah diguna sebagai kayu ukur kita.

Bersambung…

Sunday, September 18, 2011

Ya Allah Pilihlah untukku (02)




Ya Allah Pilihlah untukku (Kehidupan dari persepktif sufi) (02)

Bagaimana kita memandang kehidupan ini? Apa neraca atau kayu ukur yang kita akan guna. Dari persepktif mana kita melihat , negetif atau positif, itu semua akan mempengaruhi kehidupan kita. Kemudian dengan apa yang kita melihat. Dengan mata atau dengan mata hati. Dan adakah penglihatan kita sempurna ? Kalau sempurna maka bahagialah kita, kerana kehidupan kita nanti akan menjadi lebih jelas. Apabila kehidupan jadi jelas maka jalan kita juga akan turut jadi lurus dan lancar. Jalan yang sebaik ini akan terus membawa kita terus ke destinasi.

Satu cara untuk kita melancarkan perjalanan hidup kita ini ialah dengan menghayati kedudukan kita sebagai hamba Allah. Hakikatnya kita hamba Allah. Allah Pencipta kita. Sebagai hamba Allah maka kita mesti, tidak dapat tidak, mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Adalah tidak sopan bahkan kurang ajar jika kita hidup untuk kepentingan diri sendiri.Itu sebabnya kita perlu berehatdaripada mengatur itu dan ini dalam kehidupan kita.

Pada kebiasaanya keabadian atau ibadat kita pada Allah ialah menunaikan segala kewajipan seperti, solat, puasa, haji, dan zakat. Kuat atau tidak bergantung pada keimanan yang kita miliki. Namun kita boleh juga upgrade iman kita. Iaitu kita melaksanakan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. Jika nilai tambah ini diaplikasikan maka kita akan dapat merasai kematangan iman.Dalam bahasa yang lebih tinggi dua perkara itu akan menghasilkan dua hokum yang mesti kita patuhi serbagai orang yang beriman. Pertama, hukum taklif, yang kita sedia maklum iaitu buat apa yang Allah suru dan tinggal apa yang Allah larang. Kedua, hukum takdir yang menliputi ketentuan dan keputusan dari Allah yang mesti dilalui dalam hidup kita ini.

Mengikut Ibnu Athaillah al-Sakandari Apa yang kita perlu atas dunia ini sudahpun dijamin oleh Allah. Dengan Ilmu-Nya, Allah sudah mengaturnya untuk kita, bahkan sebelum kita ada lagi. Setelah kita lahirpun Allah terus mengatur hidup kita, dan berterusan. Cumanya, bila manusia lahir setelah diberi akal, mulalah dia buat perangai, menjadi lupa bahawa urusan kehidupannya ada dalam aturan Allah. Dengan akal yang tak seberapa manusia seakan ingin mengambil hak pengaturan itu. Mereka ingin buat sendiri, mereka ingin mengatur sendiri segenap urusan hidup mereka. Hal ini tidak betul dan boleh tergolong dalam ketidak bersyukuran atas nikmat akal.

Monday, September 12, 2011

Ya Allah, pilihkan untukku

Ya Allah, pilihkan untukku

Hidup penuh dengan pilihan. Sebagai hamba Allah kita telah beri peluang untuk memilih. Memilih itu sendiri adalah rahmat dan nikmat yang Allah beri kepada kita. Ini kerana bukan kita yang mencipta pilihan itu. Contoh paling mudah jika kita ingin makan nasi atau roti. Kita harus pilih salah satu daripadanya. Jika kita hendak makan kedua-duapun tak ada masalah. Cuma dalam kes ini kita diberi pilihan, iaitu pilih salah satu saja. Persoalannya kenapa kita harus memilih, jawapannya sebab ada dua benda. Katakanlah ada satu benda, tentu kita tidak perlu pilih. Jadi siapakah yang mengadakan satu benda itu. Orang yang beriman akan menjawab Allah. Manakala orang yang tak beriman atau kurang iman akan menjawab, dengan sombongnya akau cari sendiri. Ringkasnya Allah lah yang telah membuat pilihan untuk kita.

Persoalan yang kedua ialah, kita telah ditentukan oleh Allah, atau dalam bahasa lain ditentukan pilihan oleh Allah. Contoh yang dramatik ialah Allah telah tentukan isteri atau suami itu memang telah ditentukan oleh Allah. Atau nasib kita telah ditentukan demikian. Kita telah ditakdirkan untuk berkaadaan begini. Maka apa yang akan kita rasai. Ya lah kita manusia, jika apa yang berlaku sesuai dengan kehendak kita maka kita akan gembira atau bersyukur, namun kalau sebaliknya, kita tak suka, kita sakit hati, kita susah hati, kita sedih, kita marah, dan pelbagai kita lagi , adakah kita redha. Kita tentu ingin sesuatu yang lain, kita akan cuba mengubahnya, kita akan cuba menentangnya, kita akan cuba mengkritik sekeras-kerasnya. Salahkan perbuatan kita itu, maka saya tiada jawapan untuk soalan itu, anda jawablah sendiri kerana anda yang rasa, bukan saya yang rasa. Kalau saya jawab, nanti anda akan kata pula, berat mata melihat berat lagi bahu memikul.

Bersambung...

cikgunik.blogspot.com