Wednesday, September 21, 2011

Ya Allah Pilihlah untukku (03)


Ya Allah Pilihlah untukku (03)

Allah lah yang mencipta kita dan Dia tidak pernah berhenti daripada mengurus kita, walaupun kita sudah ada akal. Akal itu sepatutnya faham lagi tahu tugasnya yang sebenar iaitu melaksanakan dengan baik perintah Allah dan bukan pandai mandai melanggarnya. Buat secara baik ketentuan Allah dan bukan menolaknya. Dalam hal ini Sheikh Ibn Athaillah telah memberi mutiara nasihatnya yang amat baik dalam kitab Hikam : Kesungguhanmu mengejar apa yang dijamin untukmu dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dituntut daripadamu, adalah bukti rabunnya mata batinmu. Ini membawa maksud kita perlu istirehat diri kita yang suka buat-buat sibuk ini, daripada mengatur urusan kita. Kerana segala urusan kita telahpun diurus oleh selain dari kita iaitu Allah, tak perlulah kita turut mengurusnya.

Ini mungkin tawakkal tahap tinggi. Mungkin kita tak sampai lagi peringkat itu. Namun, Tak salah untuk kita hayati kerana ia adalah mutiara sufi. Maka mari kita lanjutkan lagi kalam sufi itu, semangat yang berkobar-kobar tidak akan dapat menembusi benteng takdir. Semangat ini merujuk kepada tenaga yang kita miliki dan dikumpul sebanyaknya, untuk mencapai suatu hasrat, namun hasrat itu hampa dan gagal, jika tidak selaras dengan ketentuan Allah. Contoh yang dramatic, seseorang cuba dengan sedaya upaya untuk memiliki si dia, kekasih buah hati. Namun hasilnya kekasih itu menjadi milik orang lain, yang tak tahu suku sakatnya. Kesudahanya dia akan kecewa yang teramat. Mungkin kerana dia tidak dapat memahami dan menghayati apa yang dikatakan oleh Sheikh kita tadi. Kita taka da dapat menangkan kehendak kita atas kehendak Allah. Kerap kali kita temui apa yang kita nak maka yang itu kita tak dapat. Takdir itu berbeza sakan dengan apa yang kita nak. Kehendak kita itu ibarat rumah pasir ditepi laut, mudah runtuh apabila ombak berlabuh.

Dalam hidup yang singkat ini, ada orang kerap kali bertemu keadaan dimana apa yang dia rasa baik, namun tak baik bagi dia. Sebaliknya apa yang dia rasa tak baik, namun baik untuk dia. Ringkas kata ada tak baik disebalik baik, ada baik disebalik tak baik. Akhirnya dia jadi kelu, fikiran jadi buntu, tak tahu mana satu, semua jadi luar pengetahuan. Kalau keadaan ini berlaku pada kita, maka cepat-cepatlah cari jalan keluar, terimalah nasihat berguna daripada Sheikh kita, Ibn Athaillah, Sibuk mengatur nasih sendiri boleh membawa kepada sia-sia, lebih-lebih lagi kalau kita terlupa akan tugas kita sebagai hamba Allah. Terlupa juga bahawa Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk-Nya, dan Allah sentiasa dekat dengannya. Janganlah pula kita tambah kelemahan iman kita dengan melupai semua perkara itu. Tambahlah sedikit cahaya makrifat di hati kita. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Berbekalkan iman maka kita perlu akui bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dalam hal ini psikologi dan motivasi dari Barat tidak semuanya betul. Makin dicuba makin keliru lagi celaru. Kerana mereka berfikir tanpa iman.Tanpa iman orang kafir Seumpama berjalan dalam gelap, meraba-raba, kalau yang dipengannya betul maka betullah, kalau salah, merekapun tahu hanya kerana berjalan dalam gelap. Oleh itu neraca iman hendaklah diguna sebagai kayu ukur kita.

Bersambung…

No comments: