Saturday, January 25, 2020

Koleksi Tazkirah Pilihan 118




Ujian yang mendekatkanmu dengan Allah sentiasa bawa banyak kebaikan,

Bersabarlah menanti hikmah tersirat disebaliknya.

Hati itu resah kerana jauh daripada pemiliknya.. Allah.

Dimana Allah dalam hatimu di setiap harimu ?

Ya Allah, bantu & pimpinlah kami sekeluarga ke SYURGAMU. Berikan kami Husnul Khatimah.

Jauhilah kami daripada azab Mu.

REZEKI untuk kita ALLAH berikan sedang elok seimbang mengikut kadar keperluan dan kemampuan kita untuk menanggungnya. Sayangnya Allah pada kita, Dia tidak mahu kita leka dengan Dunia untuk berikan kita SYURGANYA.. Terima kasih ya Allah

PUNCA HATI TIDAK TENANG RESAH GELISAH :
1. Melakukan SYIRIK dan maksiat.
2. Tinggalkan atau menangguhkan solat.
3. Tidak membaca alQuran dan zikrullah.
4. Makanan minuman atau harta daripada sumber yang haram atau syubhah.
5. Tidak menutup aurat dengan sempurna.
6. Bersangka buruk pada Allah dan manusia.
7. Sukar memaafkan dan selalu marah².
8. Terlalu mengejar Dunia dan lupa Akhirat.
9. Tidak buat persiapan untuk mati.
10. Takabbur, ujub, riya', Suma'ah.
11. Kedekut dan terlalu berkira-kira.
12. Banyak berbohong.
#UAHSahabatDuniaAkhirat
#MuhasabahJumaat


Siapapun anda, InsyaAllah kita semua ada peluang

membawa diri & keluarga ke SYURGA ALLAH. Jangan putus asa dengan rahmatNya



Berehatlah jadi malaikat...jangan mencari-cari kesalahan orang. Dosa akan terbongkar dan terhukum jua akhirnya!


Hanya mata hati melihat yang hakiki, mata kepala hanya melihat yang sementara. Kecantikan yang sebenar ialah kebaikan. Dan yang kekal hanyalah kebenaran.

Senjata musuh yang paling ampuh ialah wanita yang hilang rasa malunya!

Mana mungkin ada ketenangan dengan meminggirkan
Al Quran?

Falsafah kehidupan ini mudah: Buat baik, jika berjaya syukur. Tinggal kejahatan, jika gagal taubat. Tetapi pelaksanaannya payah, kerana terpaksa berperang dengan syaitan dan hawa nafsu. Perang yang tidak pernah ada 'gencatan senjata'!

ANTARA 4 PERKARA YANG KITA BOLEH BUAT ;
Ramai orang yang baru bersemangat untuk berubah, dia nak berbuat macam-macam Sunnah Nabi. Bagus dan tahniah!
Cuma dalam masa yang sama, kita kena faham limitasi diri masing-masing. Kita jangan buat semua serentak, kalau tak takut buat separuh jalan je.
Lebih baik buat sedikit, tetapi berterusan. Kan?😄 So nak buat apa je? Ok, ini antara 4 perkara yag kita boleh buat dalam nak istiqomah ikut sunnah Nabi.😍
1. SOLAT SUNAT DHUHA
Kalau takut terlupa, pasanglah alarm clock tepat waktu masuk dhuha. Bila masuk waktu dhuha?
Paling mudah nak bajet bila masuknya waktu dhuha adalah, 2 jam lepas subuh, atau setengah jam lepas syuruk. Sampai bila waktu Dhuha ni? Setengah jam atau 15 minit sebelum masuk zohor.
Lama kan? So, uruskan masa betul2.
2. BACA MINIMA 5 MUKA SURAT AL-QURAN
Ini mungkin mencabar sedikit untuk sebahagian orang. Tetapi, why not kalau kita cuba dulu kan? 😉
Kalau nak memudahkan, setiap kali lepas solat fardhu, baca 1 muka surat al-Quran. So, bila kita solat 5 waktu, cukuplah 5 muka surat sehari. Kan?
3. SOLAT SUNAT RAWATIB ATAU WITIR ATAU KEDUA-DUANYA.
Solat sunat rawatib ni apa? Ia adalah solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Atau sebahagian orang sebut solat sunat qabliah dan ba'diyah.
Ok, ada yang bertanya, setiap waktu ke kena buat?
Solat sunat rawatib ni ada 2 jenis,
a) Sunat yang dituntut (muakkad)
b) sunat yang tidak dituntut
So, saya cadangkan, buat solat sunat rawatib yang dituntut sahaja untuk permulaan ni. Apa je solat sunat rawatib yang dituntut?
a) Solat sunat sebelum subuh (2 rakaat)
b) Solat sunat sebelum zohor (2 / 4 rakaat)
c) Solat sunat selepas zohor (2 rakaat)
d) Solat sunat selepas maghrib (2 rakaat)
e) Solat sunat selepas isyak (2 rakaat)
Mudah kan?
Pasal solat sunat witir pula, paling mudah korang buat selepas solat sunat rawatib isyak. Buat 3 rakaat 2 salam. 😍
4. QIAMULLAIL
Saya faham, tak semua orang mampu bangun untuk qiamullail. Ada orang yang balik kerja sampai lewat malam, tetapi kena pergi kerja awal pagi.
Ada juga yang oncall seperti doktor yang kadang2 tak sempat nak tidur seketika. Atau ada juga kerja shift malam. Kesian mereka.
So, apa boleh buat? Untuk kategori sebegini, usahalah untuk buat solat hajat dan solat sunat taubat sebelum tidur.
Sambil tu jangan lupa, sebelum tidur tu, niatkan untuk bangun tahajjud. Walau sekadar niat pun, tetap dapat pahala tau walaupun korang tak bangun. Yang penting niat kena betul.
So, setakat ini yang dapat kami kongsikan. Nampak macam susah ke?
Tak susah pun kalau korang NAK BUAT. Kalau dah memang tak nak buat, solat sunat 2 rakaat pun akan terasa berat dan azab. Huhu.
Moga Allah memberikan kita taufiq (kekuatan) untuk terus beramal dengan amalan yang paling ikhlas.
Ameen.


APA NIFAQ YANG ADA DALAM DIRI KITA?
Biasa kita menyebut petanda munafik ada tiga sepertimana yang disebut dalam hadis sahih yang masyhur. Apabila berkata dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberikan amanah dia khianat.
Benar, itu perkara jelas buruknya dan mungkin kita juga (nauzubillah min zalik) pernah terlanjur melakukan salah satu daripada petanda tersebut.
Namun apabila kita teliti dengan lebih mendalam, isu nifaq adalah isu yang cukup sensitif dan mendalam. Ia adalah isu iman, isu sensitiviti, isu jiwa, isu akidah, dan paling penting ia adalah isu kejernihan hati di hadapan Tuhan.
Nifaq adalah antara kita dengan Tuhan. Hanya Tuhan yang tahu siapa kita sebenarnya. Mungkin kita boleh sembunyikan dan berlakon mengenai siapa diri kita di hadapan manusia, namun Tuhan lebih mengetahui siapa kita sebenarnya.
Oleh sebab itu kita dapati betapa tajamnya pemerhatian para salaf terhadap perihal ini hingga dia mampu menyebut formula seperti yang dikatakan oleh Qatadah RA :
"Dahulunya disebut-sebut (sudah menjadi kaedah umum masyarakat pada zaman awal Islam), bahawa orang yang jarang-jarang berjaga malam (qiamullail) adalah orang munafiq" - Hilyatul Auliya' oleh Abu Nuaim
Subhanallah ! Pemerhatian tajamnya yang menuju tepat ke sasarannya.
Siapa yang layak bergelar mukmin hakiki melainkan orang yang berlari menuju Tuhan ketika manusia tiada pula memerhatikan mereka?
Ingatlah, setiap kemalasan kita dalam ibadah dan ubudiyyah adalah benih-benih sifat nifaq yang kita tanam dalam diri kita sendiri.
Moga Allah selamatkan kita.
Ustaz Syamil Esa.



Kita berjaya tak buat maksiat pun SEMATA-MATA pertolongan dan taufiq Allah.
Jangan pandang rendah atau terlalu sinis dengan pelaku maksiat. Boleh jadi di masa hadapan, kitalah pembela maksiat tersebut.
Moga dijauhkan

Sesiapa yang sengaja menangguhkan solat fardhu tanpa keuzuran,
pasti Allah akan menangguhkan segala urusan hidup dia.
Pasti.




Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya. Bila melihat anak-anak yang cemerlang, kita bukan sekadar mahu tahu rahsianya belajar dan berusaha, tetapi juga cara didikan ibu bapanya yang banyak membentuk peribadi mereka sejak kecil.

Alhamdulillah, kali ini kami berpeluang menyiarkan kisah Puan Dahliana Mohd Dagang, iaitu ibu kepada pelajar terbaik SPM 2016 negeri Terengganu, Husna Mardhiyyah. Mari kita ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.



11 RAHSIA DIDIK ANAK SUKSES DALAM AKADEMIK & HAFAZAN QURAN

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Selepas anakanda Husna Mardhiyyah diumumkan sebagai pelajar SPM 2016 terbaik negeri Terengganu (Alhamdulillah thumma Alhamdulillah) dan videonya tular di media sosial, agak ramai juga para netizen yang request friend dengan saya walaupun saya hanyalah ibu, bukan tuan empunya diri.

Sebahagiannya dengan permintaan agar saya share bagaimana cara atau petua mendidik Husna hingga berjaya akademik dan hafazannya. Menyedari diri al faqir yang penuh dengan pelbagai kelemahan ini, terasa amat segan untuk berkongsi apa-apa. Tapi teringat kata-kata ummi angkat Husna, Ustazah Muzayyanah Abdullah, “kongsikan apa-apa yang baik, kerana ia adalah sumbangan kita untuk ummah”.

Justeru, di sini saya buang rasa segan untuk berkongsi sesuatu yang saya harap akan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat. Sebenarnya tak ada rahsia pun. Saya didik Husna dan anak-anak lain sama saja macam sahabat-sahabat lain. Namun, apa yang saya tulis ini adalah untuk memperingatkan diri / revision untuk kebaikan bersama, in shaa Allah.

1. PASANG NIAT AWAL-AWAL

Sebelum kahwin lagi, penting kita niatkan nak bina baitul muslim, baitul mu’min & baitul da’wah lillahi taala. Nak lahirkn generasi soleh dan solehah yang boleh menyampaikan Islam kepada yang lain. Sebolehnya pilih pasangan yang kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.

2. AMALAN KETIKA HAMIL & SELEPAS MELAHIRKAN

Dari awal kehamilan, sentiasa amalkan membaca 3 surah iaitu Surah Maryam, Luqman & Yusuf.

Sentiasa berzikir dan baca Al Quran kepada anak-anak dari sejak lahir lagi. Kalau tak sempat, pasanglah tape mengaji. Kurangkan lagu-lagu dan hiburan yang lagha.

3. DIDIK ANAK DENGAN CARA HIDUP ISLAM SEJAK KECIL

Kalau nak beli CD atau apa saja hadiah untuk anak-anak, pastikan ada elemen ilmu. Begitu juga dengan permainan, pastikan boleh mmbina/menguji minda. Tanamkan minat membaca dengan membeli bahan-bahan bacaan Islamik.

Dari kecil, didik anak untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ajar doa-doa harian dan segala amalan-amalan wajib dan sunat. Hantar anak-anak ke program pemantapan rohani; contohnya kem hafazan pada masa cuti. Penuhi masa lapang anak-anak dengan program-program ilmu.


Antara pencapaian dan anugerah yang diperolehi oleh Husna Mardhiyyah

4. JAGA PEMAKANAN

Pemakanan juga amat penting. Elakkan dari makanan syubhah.

Periksa betul-betul bahan-bahan dengan teliti sebelum membeli makanan untuk keluarga.

5. CUBA LENGKAPI ANAK DENGAN ILMU AGAMA

Jika ada kemampuan, hantar anak-anak ke sekolah agama. Kami ibu bapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama.

Saya bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala abi Husna bekas pelajar MRSM Kulim & lulusan Professional Accounting dari UK.

Justeru, Husna dan adik-beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan kurikulum MUSLEH, yang menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak dan pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi monthly expenses tapi itulah namanya pengorbanan. Semoga menjadi saham akhirat untuk kami.


Puan Dahliana bersama suami dan anak-anak

6. HADIRI MAJLIS ILMU BERSAMA ANAK-ANAK

Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi. Untuk tidak mengganggu majlis, kita duduk di belakang atau di luar, supaya gelagat atau kerenah anak-anak kita tidak menjadi distraction kepada orang lain.

Walaupun kita tidak dapat 100% ilmu yang disampaikan kerana terpaksa melayan anak-anak, ini adalah usaha untuk mndapat keberkatan orang-orang alim dengan mghadiri majlis ilmu yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga.

7. MENJAGA HUBUNGAN

Kunci kejayaan anakanda Husna ialah menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. Husna selalu mohon maaf dan doa restu ibubapa. Dia amat yakin bahawa doa ibu tiada hijabnya.
Kadang-kadang sampai entah berapa kali minta maaf dan doa dalam sekali call.

Selalu pesan pada anak-anak untuk jadi orang berguna, bukan hanya pada diri dan keluarga tapi juga kepada ummah.

Saya selalu pesan supaya Husna tolong kawan, walaupn dia sendiri kadang-kadang tak sempat study (dia banyak terlibat dengan aktviti luar) Bila kawan datang minta tolong ajarkan, jangan hampakan. Sentiasa tolong orang, in shaa Allah, Allah akan bantu kita.


Kejayaan adik Husna dalam sebuah keratan akhbar tempatan

8. SENTIASA MENGHORMATI GURU

Kita perlu sentiasa mengingatkan anak-anak tentang perlunya menghormati guru kerana di situlah letaknya keberkatan ilmu. Kita mesti beradab dalam menuntut ilmu kerana hanya dengan menjaga adab, ilmu akan mudah melekat di hati dan membawa kepada kebaikan. Ilmu yang berkat akan mudah difahami, dihayati dan diamalkan.

9. MENDOAKAN ANAK-ANAK

Sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat. Saya amalkan doa yang Ustaz Kazim Alias share iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin;

اِنَّمَاۤ اَمۡرُهٗۤ اِذَاۤ اَرَادَ شَیْـئًـا اَنۡ يَّقُوۡلَ لَهٗ كُنۡ فَيَكُوۡنُ

Innamaa amruhuu izaa araa dasyai an, an ya quululahu kun….(masa ni kita doalah apa nak doa dalam hati )…. fayakun. Doa ini juga boleh diamalkan di waktu-waktu lain, bukan hanya dalam sujud terakhir.

10. TUNJUKKAN CONTOH TERBAIK KEPADA ANAK

Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah.

Kita nak anak yang positif dan mengamalkan segala sifat-sifat mahmudah, kita sendiri kena terlebih dulu mengamalkannya.

11. IKHLASKAN SEMUA USAHA SEBAGAI IBADAH

Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah dan kita tidak makan makanan yang haram. Apatah lagi usaha untk mendidik dan membesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada ummah.

Juga, dalam melakukan setiap kebaikan, jangan lupa niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah (saw) yang kita kasihi. Di samping beroleh manfaat dari kebaikan yang kita lakukan, kita juga, in shaa Allah, akan beroleh pahala berganda kerana mngikut sunnah yang sememangnya satu amal soleh yang disukai Allah.


Husna Mardhiyyah yang diundang untuk slot Perkongsian Pengalaman & Motivasi Bersama Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2017 di Program Motivasi & Dialog Kecemerlangan SPM 2017 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

SEMOGA BERMANFAAT, WALLAHU A’LAM

Sesungguhnya saya masih terlalu amat banyak kelemahan. Cuma share sedikit yang saya tahu. Mana yang dirasakan baik boleh diamalkan. Yang kurang saya mohon berbanyak kemaafan.

Semoga kita sentiasa mendapat redha Allah di dunia & akhirat.



*Penulisan asal oleh Puan Dahliana Mohd Dagang ini pertama kalinya dikongsikan oleh beliau melalui Facebook peribadinya. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran.
















Panduan Terbaik Mengajar Anak Supaya Cepat Membaca Al-Qur’an
Pertama : Wujudkan Suasana Belajar Yang Menyeronokkan

Kebiasaannya anak-anak yang berusia 5 tahun kebawah prime time mereka boleh fokus hanya sekitar 5 ke 6 minit sahaja. Lebih daripada itu, mereka akan merasa bosan. Sebagai ibu bapa yang excellent, kretiviti dalam mendidik anak perlu ada.

Wujudkan suasana belajar yang menteronokkan seperti menyebut huruf hijaiyyah sambil menyanyi. Boleh try tengok kat youtube, macam video Alif Ba Ta Bersama Upin Ipin ni.

Banyak buat selingan ketika mengajar. Jangan terlalu straight dan skema. Boleh juga create aktiviti sperti belajar sambil mewarna, belajar sambil meneka dan juga soal menyoal dengan mereka.

Kedua : Belajar Secara unformal

Maksud saya, selain kita menetapkan waktu belajar mereka. Ada kalanya waktu-waktu tertentu kita mengingatkan mereka. Contohnya ketika berada dalam kereta, tanya anak-anak. Lampu isyarat tu macam huruf apa? aliff…

Anytimes, anywheres & anythings boleh belajar … seronokkan. mereka pun tak stress!

Ketiga : Ibu bapa perlu fokus ketika mengajar

Betul, kita banyak kerja yang perlu dibuat. Tapi, bila decide satu masa nak ajar anak mengaji. Fokus, jangan kalut dengan benda-benda lain.

Anak-anak akan berkelakuan macam kita. apa yang dilihat, itulah yang mereka buat. Smart Phone tu offkan dulu. So, bila kita bersungguh ketika mengajar mereka. InsyaAllah, mereka mudah dengar cakap kita. Lebih-lebih lagi bila kita puji.

Pandainya kakak baca… Seronok ummi tengok bila kakak boleh baca banyak.. berikan penghargaan bila mereka capai target.

Janji perlu ditepati..kalau kata nak bagi hadiah…bagi betul-betul.. InsyaAllah berkat ilmu yang kita ajar dan anak-anak pun pandai mengaji..

Keempat : Jangan memaksa

Guide mereka, bukannya push..
Hargai masa kanak-kanak mereka sebaiknya. Mereka perlu bermain, bergurau senda, berseronok dan bergembira. Ajarilah mereka sesuai dengan tahap usia.

Fikirkan, mereka suka benda yang menyeronokkan. So, create pembelajaran yang mampu menyeronokkan mereka disamping mendapat ilmu dengan baik.

Boleh guna flash card, gajet belajar, lagu-lagu dan buku cerita.

Kelima : Jadikan rutin harian

Elakkan mengajar anak ikut mood. Time rajin, kita ajar. Tapi bila time malas, anak-anak terabai. Di awal usia inilah masa yang paling terbaik untuk anak-anak merakam dan mengingati apa jua ilmu.

Jangan hadkan keupayaan yang telah Allah SWT anugerahkan kepada mereka. Jadikan rutin harian mereka dengan membaca al-Quran. Tidak bermakna setiap masa kita ajar mereka membaca al-Qur’an.

Cuba jadikan rumah kita yang rutin hariannya mendengar bacaan al-Quran, mendengar nasyid-nasyid dan bahan-bahan ilmiah. Suasana seperti ini akan mengingatkan mereka tentang apa yang mereka dengar.

Contoh paling mudah.. iklan produk Nurraaysa di televisyen. Apa Sa? Nurraysa.. Ramai anak-anak yang mengingati ungkapan tersebut.

So, begitulah kita create untuk mengajar anak membaca al-Quran. Bila telinga mereka dah menjadi rutin mendengar bacaan ayat al-quran. Tak mustahil bibir-bibir mereka mampu mengalunkan ayat suci al-Quran.

Ok lah, dapat sesuatu tak dalam perkongsian ringkas kali ini?

Tapi, kalau anda sememangnya tiada masa untuk mengajar anak-anak membaca al-Quran. Anda boleh meminta bantuan kepada mereka yang ada masa dan memang mahir dalam mengajar membaca al-Quran kepada anak-anak anda.

Banyak perkhidmatan kelas mengaji, pusat tuisyen dan guru mengaji private yang ditawarkan diluar sana. Mengikut kemampuan dan keselesaan anda.

Jika anda mementingkan kualiti, keselamatan dan penjimatan. Saya mengesyorkan guna khidmat Home Tutor. Bukan setakat mengaji sahaja, bahkan mereka boleh tolong ajar anak-anak anda al-Quran, fardhu ain dan asas agama dengan bayaran yang sama. Jimat dan berbaloi untuk anda dan keluarga..

Semoga bermanfaat kepada anda..

Sharing Is Caring

Al-Zahrawy,
Pulau Pinang



Pertama: Hendaklah kita sentiasa membaca al-Quran dan mempelajarinya. Alhamdulillah di serata masjid dan surau kita lihat pada bulan Ramadan ini, kita mengadakan tadarus al-Quran iaitu mmembaca al-Quran secara berkumpulan. Pada malam terakhir insyaAllah khatamlah 30 juzuk.

Bagusnya tadarus ini kerana kalau salah seorang ahlinya tersilap membaca maka yang lain dapat menegurnya dan membetulkannya.

Ada sesetengah surau dan masjid mengadakan tadabbur iaitu membaca Al-Quran sambil membacakan maknanya.

Paling kurang kita tahu apa yang Allah nak sampaikan kepada kita.



Perbanyakkan membaca al-Quran kerana amalan itu dapat menjadi penyelamat kepada manusia bagi setiap kesulitan.

Pada kesempatan yang lain sepatutnya dengan al-Quran ini kita pelajari tafsirnya iaitu apa yang Allah maksudkan secara tersurat dan tersirat dengan terperinci, baharulah al-Quran akan menjadi petunjuk kepada umat manusia.

Banyak ayat dalam al-Quran Allah menegaskan bahawa kitab itu menjadi petunjuk, tapi kalau kita tidak faham apa yang Allah sampaikan kepada kita bagaimana nak jadi petunjuk?

Kedua: Hendaklah kita mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Dalam satu riwayat diterangkan rahsia yang terkandung di sebalik kitab suci al-Quran dan tujuan membacanya. Ibn Mas’ud pernah mengatakan; “Demi Allah, tidaklah seseorang duduk membaca al-Quran melainkan akan ada yang bertambah dan berkurang. Orang yang membaca al-Quran, keimanan dan keyakinannya akan bertambah.”

Kita memohon kepada Allah agar memberi ampunan kepada orang yang membaca al-Quran namun kurang mengamalkan isi kandungannya.

Contohnya, al-Quran menyuruh supaya berbakti kepada ibu bapa: “Dan Tuhan mu telah perintahkan, supaya engkau menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
RIWAYAT al-TIMRMIZI (2910)
Si pembaca al-Quran dilaknat oleh al-Quran lantaran dia derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Al-Quran selalu memerintahkan untuk berperilaku baik dan menjauhi dusta.

Orang yang enggan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terdapat di dalam al-Quran dianggap telah mendustakan al-Quran. Apatah lagi kalau mulut kita asyik bercakap bohong saja.

Firman Allah; “Ingatlah, kutukan Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang zalim.”

Al-Quran melaknat orang yang berlaku zalim. Dan pada ayat lain al-Quran memerintah kita untuk menyambung tali silaturrahim.

Di dalam al-Quran disebutkan; “Maka apakah sekiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakanNya penglihatan mereka.”

Jika yang membacakan ayat ini ternyata adalah orang yang suka memutuskan hubungan silaturahim maka dia adalah termasuk orang yang dilaknat oleh al-Quran.



Tadarus al-Quran ialah amalan membaca kitab suci secara berkumpulan yang mampu membantu megesan kesilapan dan kelemahan pembacanya.

Jika apa yang dibaca tidak diamalkan dalam kehidupan seharian, maka apa gunanya dia membaca al-Quran? Oleh itulah kaum salaf soleh pernah menyatakan, bahawasanya pada hari kiamat nanti al-Quran akan datang menjadi pembawa syafaat atau sebaliknya menjadi saksi yang dapat menjerumuskan orang yang membacanya ke dalam api neraka. Nauzubillah.

Ketiga: Hendaklah kita menyebarluaskan ajaran al-Quran agar diri kita selamat daripada murka Allah, laknat dan kebencian-Nya. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat–malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkannya”. [Al-Tahrim:6].

Ini menunjukkan bahawa kewajipan kita sebagai seorang suami contohnya atau pemimpin dalam pelbagai peringkat hendaklah mengajarkan ajaran al-Quran, seperti fardu ain dan fardu kifayah kepada ahli keluarga kita.

Kalau setiap ayah bersikap begitu dengan al-Quran maka tiadalah manusia yang jahil dan melakukan kemungkaran kepada Allah. Dek kerana ajaran Al-Quran itu tidak disampaikan maka lahirlah manusia yang hilang petunjuk ke jalan yang benar dan istiqamah di atas jalan yang lurus sebagaimana kita selalu mohon dalam surah al-Fatihah iaitu; “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.” Malangnya kita tak tau maknnaya, maksud dan kehendak Allah melalui kalamnya.

Wednesday, January 01, 2020

Koleksi Tazkirah Pilihan 117




Hargai orang lain, siapapun dia, dan jangan pernah menaruh dendam kepada siapapun. Isi setiap hari anda dengan senyum dan kebaikan.

Ketika berlalu satu ujian, jangan kembali leka sebagaimana sebelumnya,

istiqamah dalam perubahan, moga keperitan yang sama tidak berulang.

Meninggalkan amal krn manusia adalah riya', mengerjakan amal krn manusia ialah syirik. IKHLAS adlh apabila kamu dijaga Allah drpd keduanya. (Fudhail)

Alhamdulillah..hidup ini 1 perjuangan yang penuh teka teki, kita boleh memilih yg baik dan kita juga boleh tersilap langkah memilih sesuatu yg salah, percayalah setiap hari mohon doa pada Allah swt minta di kuatkan iman, jangan di bolak balikkan hati kita, istiqomah jangan fikir apa org nak kata & nilai tentang kita. Jangan hidup atas kata kata serta pandangan manusia, kita buat sesuatu untuk Allah pandang dan suka. Maka hidup kita akan di rahmati.
..
🌹Ustazah @ustazahasmaharun


Musibah berulang, kerana dosa yang berulang. Titik.

Orang yang menipu orang lain akhirnya akan hilang kepercayaan pada dirinya sendiri. Justeru, ketika dia menipu, dia hakikatnya menipu dirinya sendiri!


Orang bijak mudah mengenal orang bodoh kerana mereka pernah bodoh. Tapi orang bodoh sukar mengenal orang bijak kerana mereka tidak pernah bijak.
Orang baik, menyembunyikan keaiban orang kerana mereka cintakan persaudaraan. Tetapi orang jahat menyebarkannya kerana suka pada persengketaan.


Orang bijak mudah mengenal orang bodoh kerana mereka pernah bodoh. Tapi orang bodoh sukar mengenal orang bijak kerana mereka tidak pernah bijak.
Orang baik, menyembunyikan keaiban orang kerana mereka cintakan persaudaraan. Tetapi orang jahat menyebarkannya kerana suka pada persengketaan.


Nak tau bila syaitan dah mula kuasai diri kau?
Bila kau sedar maksiat dibenci Allah dan mendatangkan dosa tapi kau tetap buat.
Sambil bisik dalam hati, 'nanti boleh taubat!'
Astragfirullah!



Saya tak tahu orang lain macam mana, tetapi dulu saya selalu buat amal kerana nak dapatkan DUNIA SEMATA-MATA.
Saya buat solat dhuha kerana nak mudah dapat duit atau harta, saya buat solat tahajud kerana nak cemerlang exam, saya jaga solat fardhu 5 waktu sebab nak semua kerja saya mudah, saya buat sedekah dan korban sebab nak dapat "pulangan duit", dan seumpamanya.
Mula-mula saya rasa TAK SEDAP hati.
Tetapi, akibat talbis Iblis (tipu daya Iblis), saya menjustifikasikan atau "membenarkan" perbuatan saya dengan alasan,
"At least aku buat, daripada tak buat apa-apa."
Dan juga beberapa alasan lain. Saya terus menerus dengan alasan ini hingga saya dapat macam-macam daripada apa yang saya NAK. Bisnes saya kehadapan, daripada takde apa-apa hingga dapat motor dan akhirnya kereta, dan banyak lagi.
Bukan takde orang tegur, ada saja. Tapi saya tak pedulikan pun. Sebab saya ada "alasan kukuh". Perkara ini berterusan hinggalah satu hari saya terfikir,
"Aku buat semua ini, untuk apa actually? Untuk apa?"
Saya diam, dan menangis. Saya tiba-tiba rasa hina sangat. Saya tahu, apa saya buat itu tak dosa. Memang tak berdosa. Tapi.. saya rasa "kosong". Kosong dari roh iman, kosong dari roh perjuangan dan lebih dari itu, kosong dari roh IKHLAS.
Saya faham, ikhlas takkan datang begitu saja. Ia ambil masa, sebab permulaan ikhlas untuk datang adalah PAKSA. Tetapi saya juga faham, ikhlas takkan juga datang jika NIAT AWAL saja tak betul. Kalau nak dunia semata-mata, bila ikhlas tu akan datang?
Saya tarik nafas panjang, dan mulai saat tu, saya berazam dan nekad untuk buat semua perkara ni semata-mata kerana Allah. Saya paksakan diri saya untuk terus buat.
Walau sekarang ni pun masih banyak kali susah nak dapatkan ikhlas tu, walau niat kadang2 asyik nak dunia je, at least NIAT awal-awal saya tak macam dulu lagi. Saya usaha nak perbaiki lagi niat.
Moga amal-amal soleh yang kita buat mendatang, bukanlah semata-mata kerana DUNIA. Dari sisi Allah, Dia akan bagi perkara dunia tu, PASTI akan bagi. Tetapi dari sudut kita sebagai HAMBA, buatlah kerana nak redha Allah semata. Bab perkara dunia tu, jadikanlah ia sebagai perkara secondary saja, bukan primary.
Moga kualiti ibadah kita semakin meningkat dari hari ke hari. Moga Allah ampunkan dosa kita dan terima ibadah kita.
Ameen.


Muhasabah malam ini.
Pernah suatu hari, Imam Hasan Al-Basri berdiri di tepi kubur kawannya kemudian beliau berpaling kepada seorang lelaki sambil berkata:
“Apa pandangan kamu, sekiranya si mati itu dapat kembali semula ke dunia ini, apa yang akan dilakukannya?“
Lalu lelaki itu menjawab:
“Sudah pasti dia akan beristighfar, solat dan membuat kebaikan..“
Hasan Al-Basri berkata lagi:
“Peluang untuknya sudah tiada. Maka janganlah kamu terlepas peluang ini."
****
Teman..
Jangan sia-siakan masa kita di dunia ni dengan perkara yang tak mendatangkan redha Allah serta tiada manfaat untuk iman.
Gunakanlah masa untuk beramal sebaik mungkin.
Kerana, bila kita mati, segalanya sudah terlambat.


Kebanyakan dari kita sering salah faham, kita fikir mengingati Allah itu hanya saat kita dilanda masalah sahaja. Bila kita dalam kelapangan kita lupa Allah. Betapa derhakanya kita.
Bayangkanlah apa perasaan kamu, jika ada seorang sahabat yang sedang susah dan setiap hari akan menghubungi kamu. Bercerita, berkongsi duka. Kamulah satu-satunya teman akrab yang memahami dirinya.

Orang miskin mentafsirkan kekayaan itu sebagai sebuah kekayaan manakala orang kaya mentafsirkan pengaruh itu sebagai kebahagian.
Itulah tafsiran berbeza orang terhadap erti dan makna kebahagiaan. Merasa bahagia sudah pasti menjadi cita-cita semua orang tetapi jika kita bercita-cita untuk bahagia sebenarnya kita tidak akan bahagia.
Seterusnya, kita juga dapat melihat terdapat orang yang memiliki kekayaan tetapi tidak hidup bahagia dan ada orang yang memiliki pengaruh tetapi tidak juga merangkul yang namanya bahagia.



Cukuplah kita tahu yang pada waktu itu kita tak mampu berbuat apa-apa melainkan menyerahkan bulat-bulat aturan hidup kepada yang Maha Merancang segala sesuatu dia atas sana.
Sungguh kerdil kita di hadapanNya saat itu. Pergantungan saat itu hanya padaNya. Siapa kita yang berhak mempersoalkan takdir tersebut.



Anggaplah ia ujian sebagai teguran tanda kasihNya. Cubaan untuk menduga apakah kita tahu apa yang Dia redha dan dimurka?
Hikmah dalam rasa sedih ini tidak lain adalah untuk mendekatkan kembali kita kepada cinta Sang Pencipta sebelum mencintai hambaNya. Bukan suatu yang mudah tetapi begitulah kejadian yang telah diciptakan Yang Esa.