Monday, January 22, 2018

KTP 060

Apabila kita penat buat kerja maka kita kena ingat.. Kita buat kerja bukan sbb rajin atau rasa diri hebat
Tapi sbb bersyukur atas
Segala pemberian Allah

Ubat malas ialah bersyukur.

*JANGAN MERASA DIRI*
      *KITA LEBIH BAIK*
*DARIPADA ORANG LAIN* 💔

*kerana kita tidak akan pernah tahu*
*di manakah saat HATI kita IKHLAS* ❣
*melakukan amalan-amalan soleh*
*menasihati orang serta beramal*
*ibadah lain yang bakal diterima*
*oleh Allah SWT* ❣

*Kita tak tahu,*
*amal manakah yang Allah terima,*
*selalu letak diri kita dalam keadaan,*

*"Aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik"* ❣

*Allah SWT hanya memandang tepat*
*pada hati hambaNya*
*wujud keikhlasan atau sekadar*
*penuh riak / hasad*
*maka laksanakanlah sesuatu*
*kebaikan hanya kerana mengharapkan*
*REDHA ALLAH* ❣

*Hanya Allah yang terus*
*beri kita PETUNJUK*
*serta JALAN KEBENARAN* ❣

*In shaa Allah* ❣

*7 Golongan wanita yg dirindui syurga*
1) Wanita yang Menjaga Solat 5 Waktu
2) Wanita yang berpuasa di bulan Ramadhan.
-Berpuasa dari makan dan minum. Berpuasa lisan dari bercakap perkara yang tidak berfaedah
3) Wanita para  isteri yang menjaga maruah diri.
-Sedar kita adalah seorang isteri. Menjaga nama baik suami.
4) Para wanita yang taat pada suami.
5) Golongan wanita yang penuh kasih sayang.
6) Wanita yang melahirkan keturunan.
7) Wanita yang berusaha mengharapkan  keredhaan, keampunan, dan kelapangan seorang suami.

Jalan ke syurga terbentang luas bukan hanya satu pintu.

*Ayuh kita menjadi wanita dan para isteri yang dirindui syurga*

Jadilah hamba Allah yg sentiasa bersyukur, berzikir, berdoa dan perbanyakkan istighfar kerana mungkin kita ini akan mati beberapa saat sahaja lagi. Allahu Allah!

[ Keadaan Ahli Kubur Yang Harus Kita Ketahui ]

Keadaan Penghuni Kubur  Keadaan penghuni kubur terbagi dalam empat macam:

1) Golongan pertama, duduk di atas tumitnya, kemudian membusuk dan kembali menjadi tanah. Mereka kemudian terus menerus berputar di alam malakut, bukan di langit dunia.

2) Golongan kedua, dikirimi rasa mengantuk oleh Allah sehingga tertidur dan tidak mengetahui apa pun sampai mendengar tiupan yang pertama. Setelah itu, mereka pun mati.

3) Golongan ketiga, tinggal di kuburnya selama dua atau tiga bulan. Nyawanya terbang menaiki burung ke surga. (mukmin, para syuhada).

4) Golongan keempat, naik ke istana Allah SWT sampai ditiupkan sangkakala.

Adapun golongan keempat khusus bagi para Nabi dan wali. Merekalah yang terbaik. Di antara mereka, ada yang bertawaf di bumi sampai terjadi Kiamat dan banyak yang ia lihat pada waktu malam.

ﻭَٱللّٰهُ أَﻋْﻠَﻢُ بِٱﻟﺼَّﻮَٱﺏِ
.
[ Ad-Durrah Al-Fakhirah Fi Kasyf Ulum Al-Akhirah, karya Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ]

Jadikan hidup kita setiap saat mengingati Allah sentiasa, moga Allah mengingati kita di saat semua orang memerlukan pertolongan di akhirat kelak.

Jika bertembung diantara peluang untuk memarahi dan mendoakan.Pilihlah berdoa lebih utama berbanding kita memarahi,marah melukai hati yg tenang.Manakala doa..melapangkan hati yg terluka.Cubalah .. .

~Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

#Alhamdulillah😊
MahaSuciAllah
SegalaPujiBagiAllah
AllahMahaBesar

Bicara tentang zikir

Istiqomahlah zikir pagi, lakukan dengan ikhlas, tenang, hayati, Insyaa Allah ia sangat memberi kesan pada diri.  Di dalam 10~15 minit zikir pagi itu ia terkandung :-

~Istighfar yg menyelamatkan dari Neraka

~Pelindung dari makhluk halus dan musibah

~Keteguhan hati

~Keberkatan rezeki dan membuka pintu rezeki

~Perlindungan dari penyakit berat

~Pemberat timbangan mizan dan tingginya darjat di Syurga

~Penghapusan dosa2 yg banyak

~Meraih cinta dan rahmat Allah SWT

~Perlindungan dari azab kubur

~Perlindungan dari kefakiran dan kekufuran

~Mengecapi nikmat Syukur

Rugi sangat kalau kita tak amal.......
~JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

🦋 *Renungan* 🦋

        *Apabila Allah melapangkan waktu untuk kita melakukan kebaikan seperti solat berjemaah atau menuntut ilmu, maka ketahuilah bahawa Allah sebenarnya ingin memudahkan kita menuju jalan ke syurga*

(Dipetik daripada Bahagian Dakwah, Jakim)

✍🏼📚📖❤❤

Hari ini aku masih terbangun karena Allah masih memberiku waktu di dunia, memberiku waktu untuk hidup agar aku dapat menghapuskan dosa-dosaku dengan melakukan kebaikan.

*CUTI ADALAH MASA TERBAIK UNTUK KITA DUDUK DI MAJLIS2 ILMU..*

Imam Abu Daud meriwayatkan hadis dari Nabi s.a.w, "Barang siapa yang duduk di dalam majlis ilmu(mempelajari Al-Quran/Hadis atau mendengar peringatan akan hari akhirat) ia mendapat melebihi pahala solat sunat 1000 rakaat"..

Kalau kita tidak mempunyai ilmu, maka berusahalah untuk mendengar peringatan, kalau tak mampu mendengar berusahalah untuk membaca, Tapi akak, abang , adik ku sekalian TAKUT sangat2 kalau telinga dan mata yang Allah anugerahkan ini tidak mahu mendengar peringatan dan ayat2 Allah...  Kesemua anggota badan kita ini kepunyaan Allah dan Allah berhak tarik pada bila2 masa?

ISTIQOMAHLAH untuk menjaga diri dan seringlah mendengar peringatan agar ia dapat menyedarkan kita dari terlalai.

Hari ini aku masih terbangun karena Allah masih memberiku waktu di dunia, memberiku waktu untuk hidup agar aku dapat menghapuskan dosa-dosaku dengan melakukan kebaikan.
.

Rezeki.

Allah boleh beri tanpa disangka-sangka, dan Allah boleh tarik tanpa disangka-sangka.

✍🏻🌹 "Jangan lah risau akan doa2 mu yg tidak di makbulkan oleh Allah swt , tetapi risau la akan dirimu yang tidak pernah berdoa."..🌹✍🏻

Tazkirah pagi d msjid jamek chaah

-Ustaz Huslizan bin Ja'amat...✍🏻🌹

Apa yang mengganggu hatimu dalam solat itulah juga yang akan mengganggu kamu ketika Sakaratul Maut...
kerana bagaimana keadaanmu ketika bertemu Allah didalam solat  itulah bayangan dirimu ketika bertemu Allah ketika kembali kepadaNya.

Wallahu a'lam..

--Ust Pahrol Mohamad juoi

PENJELASAN TENTANG MAKSUD SOLAT TAHJUD & SOLAT QIAMULAIL.

Kedua2 solat di atas merujuk kepada pengertian dan perkara sama yakni apa yang di namakan sebagai solat malam. Jadi gelaran itu adalah dari segi istilah sahaja. Qiamulail ertinya berjaga malam samada sebelum tidur atau selepas tidur untuk melakukan solat malam.

Bila seseorang itu tidur awal kemudian dia bangun di penghujung malam (1/3malam) untuk melakukan solat malam maka istilah itu dinamakan sebagai TAHJUD. Orang ramai salah anggap dan menyangkakan nak buat solat malam mesti kena tidur dulu. Tidak demikian, tahjud adalah merujuk kepada maksud istilah sahaja iaitu orang yg melakukan solat malam selepas tidur dan ia juga dipanggil sebagai Qiamulail iaitu berjaga malam. Namun bagi seseorang yang hendak melakukan solat malam sebelum tidur maka ia juga boleh dilakukan dan ia tetap dipanggil sebagai Qiamulail (berjaga malam)

Jadi atas pilihan kita samada nak buat sebelum tidur atau selepas tidur , bergantung kepada kemampuan masing2. Kedua2nya tetap dipanggil sebagai Qiamulail.

CUMANYA SEBAGAI BONUS YG AMAT BERHARGA, bagi orang yang berjaga malam pada penghujung malam 1/3 malam anggaran waktu 4.30 pagi waktu semenanjung 3.30 (sabah/serawak), mereka mendapat kelebihan DOA YG SANGAT MUSTAJAB. Kerana Imam Bukhori & Muslim meriwayatkan hadis bahawa , kata Nabi s.a.w "Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia setiap sepertiga malam akhir. Ia lalu berkata: "Barangsiapa yang berdoa, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku akan Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni. Hingga terbit fajar (masuk waktu subuh)” (HR. Bukhari/Muslim)

WITIR SANGAT MUDAH,
maksud witir adalah solat ganjil. Buat 1 rakaat yg ganjil samada selepas isyak(sebelum tidur) atau selepas tahjud ketika bangun malam. CUMANYA, kalau dah buat selepas isyak dan terbangun malam untuk tahjud maka tidak perlu lagi mengulangi witir. Witir cuma sekali sahaja pada satu malam. Jadi ramai yg keliru dan beranggapan witir adalah solat penutup malam. Bukan demikian ya, sebenarnya Nabi s.a.w kebiasaaannya melakukan witir selepas tahjud dan jarang buat selepas isyak. Namun Nabi s.a.w mengkhabarkan bahawa samada nak buat selepas isyak atau ketika bangun tahjud terpulang kepada diri masing2. Mana2 cara pun boleh dilakukan kerana kedua2nya ada contoh dari sahabat radhiallahu anhum yg penting buat cuma sekali sahaja. Tak boleh buat 2 kali witir pada satu malam.

~Mudah2an mendapat kefahaman ilmu.

Sebelum kita angkat
tangan nak berdoa,
Allah dah tahu apa yang kita nak  Tapi Allah nak bagi kita rasa nikmat bercakap dalam Doa.Nikmat Doa seorang hamba.

sama samalah kita panjatkan doa agar Allah azzawajjala permudakan segalanuya ...insyallah

BismilLahhirrahmaanirrahiim.
Ya Allah ya Rahman Ya Rahim kau tabahkan hati *Suhaimi bin Siti Haminah* dan ahli keluarga kami, kekallah ia dalam keimanan kepada mu, kekallah ia dalam keislaman, ampunilah dosa2 kami, permudahkan kesembuhan kepadanya. Ya Allah ya Rab tunaikanlah permohonan kami. Aaamiiin ya rabb .

Semoga Allah perkenankannya  aamiin ya Allah ..
.jazakalmullahu khairan khatira

Saling mengingatkan bukannya saling menyalahkan.

Hati yang paling bahagia adalah hati yang suka melihat kebahagiaan orang dan  ingin memberi kebaikan untuk orang.

Hati yang suka mengeji, mengumpat dan bersangka buruk pada orang lain adalah hati yang sengsara.
#Jagalah hati

Bersihkan hati.
Teruskanlah beristighfar.
#Ingat Mati

JIKA KAMU MAHU KEBAHAGIAAN HIDUP

Telah berkata Imam Abu Hamid Al Ghazali:

Jika kamu mahu kebahagiaan di dunia dan di akhirat :

Jadikan dirimu berada di dalam hati seorang wali dari kalangan wali² Allah.

Lalu dikatakan kepadanya, bagaimana yang demikian itu?

Kata Imam Al Ghazali :

Cintailah mereka nescaya mereka akan mencintaimu kerana sesungguhnya hati² mereka adalah tempat pandangan Allah. Mudah-mudahan Allah mendapati kamu di dalam hatinya, lalu ia (Allah) merahmati kamu. Maka jika kamu telah mencintainya dan beristiqamah menjaga adab terhadapnya, dan kamu sentiasa menjaga adab tersebut, jadilah yg demikian itu sebab kerinduannya (wali) terhadapmu. Maka jika ia rindu terhadapmu akan datang kepadamu himmah (dorongan utk berbuat taat) dan limpahan kurnia batin menurut kadar rindunya terhadap mu. Dan apabila kamu melihatnya dan kamu mengasihinya maka  bergeraklah daripada hatinya kepada hatimu oleh ahwal (pengalaman rohani) yang kamu tidak mampu usahakannya secara bersendirian. Kerana sesungguhnya manusia dalam urusan mahabbah dan dan kedekatan terhadap Allah ada beberapa darjat yg tertentu.

Semoga Allah Taala menjadikan kami dan kamu dari kalangan mereka dan bersama mereka.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

PUNCA SAKIT

Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani

1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman ALLAH
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.

C&P

#Bekam Hamaz
(Unlock Your Health)

SILA SHARE DAN SEBARKAN

KEBANYAKAN MANUSIA LEBIH MENGUTAMAKAN HAL DUNIA DARIPADA AKHIRATNYA

Dua perkara yang menyedihkan:

1: Seorang lelaki yang tidak pernah masuk masjid kecuali jenazahnya.

2: Seorang wanita yang tidak pernah menutupi auratnya kecuali ketika dikafani.

Firman Allah SWT:

بل تؤثرون الحياة الدنيا

“Sedangkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia...”
(QS Al-A'la: 16)

Demikianlah sikap kebanyakan manusia:

1: Mereka boleh masuk ke tempat kerja sebelum waktunya.

2: Mereka boleh tiba di lapangan terbang sebelum waktunya.

3: Mereka boleh datang (menunggu giliran) di hospital sebelum waktunya.

4: Mereka boleh berada di dalam stadium, 2 atau 3 jam sebelum perlawanan bermula...

Akan tetapi tatkala mereka mendengar Azan mereka berlengah-lengah tanpa berasa apa-apa.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

BAYANGAN FIKIRAN BOLEH BERTUKAR MENJADI REALITI

Ini adalah konsep "Law of Attraction" yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW..

Apa yang kita fikirkan, ia boleh benar-benar terjadi.

Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.

Beliau bersabda,
" Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab,
" Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, boleh menyeretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda :
‘ Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya ’.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullaah SAW.

Perhatikan pesan-pesan Rasulullaah SAW berikut ini.

" Barangsiapa yang ridha, maka keridhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya "
(HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad)

🔹 Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.

🔹 Jika kita berfikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

🔹 Jika kita berfikiran gagal, kita menjadi gagal.

🔹 Jika kita berfikiran sukses, maka kita nescaya sukses.

🔹 Jika kita berfikiran sakit, kita juga menjadi sakit.

🔹 Jika kita berfikiran sihat, maka kita pun akan sihat.

Inilah "The Law of Attraction"
Hukum Tarik Menarik, merupakan Sunnatullaah yang berlaku di alam semesta

*You are what you think

Selalulah berfikir yang positif dan jangan pernah biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita.

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, yaitu : Berusaha optimal dan berdoa.

Sedangkan selanjutnya itu Kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata, Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah,  maka ALLAH berfirman, " Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad).

Fikirkan yang baik-baik, berkata yg baik, Bertindaklah yang Baik Baik, dan Insyaa Allah yg datang juga yang Baik Baik!

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), Aamiin...

SILA SHARE DAN SEBARKAN




Ebit lew

Sebak melihat seorang anak muda..

Syukur pada Allah selepas berurut semalam dengan anak muda ini. Allah bagi sembuh hilang sakit-sakit kaki dah 2 minggu..Doa ya Allah, berilah sihat pada kaki ini supaya dapat laju berjalan dan buat dakwah...

Saya mesej beliau terus dia datang walau sangat sibuk ada kenduri kahwin keluarga..anak muda ini dulu belajar madrasah hafiz Al-Quran. Anak 2 orang comel-comel. Sangat menghargai isterinya. Beliau supply barang mentah untuk kedai-kedai makan. Pukul 3 pagi setiap hari dah bangun. Dan juga buat beri khidmat urut.

Saya cerita padanya bagaimana ayahnya dulu yang setiap hari membantu orang siang malam. Sangat pemurah. Suka belanja orang makan. Sponsor orang berdakwah ke satu dunia.. Satu malam saya di luar negara belajar usaha dakwah pada musim sejuk. Beliau beri saya kain dan alas tidur. Saya ingin sambung belajar universiti tempatan di Malaysia. Saya tanya padanya. Universiti apa yang terbaik saya nak buat dakwah dan untuk kerjaya saya ingin kerja membangunkan manusia.

Beliau kata hari ini seluruh rakyat Malaysia akan buat teambuilding training motivasi. Tapi selalunya dengan orang putih atau bukan Islam. Sedangkan bab komunikasi,kepimpinan,pengurusan stress,pembangunan keluarga, kaunseling telah ditunjuk oleh Nabi saw. Banyak modul barat telah menguasai semua sistem kita. Sebenarnya Islam dah tunjuk semua tu..oleh manusia paling mulia dan dikasihi Allah yakni Rasulullah saw..

Beliau cadangkan saya ambil kos human resource development. Kata beliau nanti boleh kerja macam saya. Motivator. Beliau Prof Allahyarham Mohd HanimMohd Tahir. Beliau bertiga dengan Dato Fadzilah Kamsah dan Prof Yusuf yang bersama membuka excel training.Sebuah syarikat training yang terkenal di Malaysia semenjak puluhan tahun . Begitulah saya cuba melakukan dengan syarikat Transform Training.

Saya lihat anaknya semuanya mempunyai sifat yang mulia. Benarlah sabda Nabi saw, sebaik-baik peninggalan atau didikan seorang ayah pada anaknya ialah akhlak yang mulia. Anak beliau semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Seorang lagi sebaya dengan saya, berjaya dalam bidang hertanah. Subhanallah. Saya fikir bagaimana ayahnya didik semuanya memiliki sifat yang jujur dan mulia. Paling penting akhlak mereka memang 1st class. Tawaduk rendah diri lembut. Walau keluarganya jutawan. Jawapannya bagaimana  ibu ayah mereka bgitulah Allah jadikan anak-anak mereka..subhanallah..

Hari pertama di UPM ayahnya setiap hari datang bersama pensyarah upm yang lain dan bekas pelajar upm datang bantu usaha dakwah anak muda di UPM. Tak terkira masa, tenaga,wang ringgit yang mereka telah beri. Hanya Allah pasti memberi ganjaran atas semua itu. Saya menjadi saksi pengorbanannya dan sifat dalam diri mereka..biasa membaca tentang korban. Kini lihat depan mata..terima kaseh Allah..

Syukur kaki dah sihat. Syukur Allah mudahkan. Terima kaseh anak muda Urut Barakah....-ebitlew

Urut barakah wasap.my/60146288834

1)JelajahSekolah
2) KeluargaSunnah 3 Mac 2018
3) Prokids3hari2malam Mac2018
Semuanya boleh Whatsapp di wasap.my/60173666848
#www.keluargasunnah.com

Duhai bidadariku yang amat kucintai dan rindui..terima kaseh Allah atas anugerah ini..isterikuBidadari...

Duhai suami syukurilah dan hargailah isterimu..

Berilah masa cium dan peluk isteri dari hati setiap kali masuk dan keluar rumah. Kerana syukur,kerana sunnah,kerana ucapan terima kaseh menjaga rumahtangga dan setia menanti kita di rumah..

Makan share pinggan. Suapkan makanan. Suapkan sekali sekala dari tangan. Sekali sekala dari mulut ke mulut..minum dari bekas yang sama. Suapkan makanan dan minum sama-sama..ada kuah sup dalam pinggan hirup.. Wujud rasa sayang. Sunnah suapkan makanan dalam mulut isteri...

Sekali sekala bergurau. Main kejar-kejar. Selalu kejar anak-anak. Mak anak lagi rindu nak kejar-kejar. Seharian penat. Mainlah kejar-kejar. Lumba lari dengan isteri. Dukung dan lagakan pipi.kerana rindu dan sayang...

Walau sibuk macam mana pun kerja. Wasap isteri. Hantar love banyak-banyak dekat fb. Kata abang rindu sayang jer...tengok buku. Tengok semua. Dah tak nampak asyik nampak sayang bidadari abang. Tunggu abang yer sayang..nanti masuk pintu lepas beri salam terus nak lompat dan peluk sayang. Nak cium banyak. Qada' ganti semula sebab selalu terlupa nak kiss. Nabi saw setiap kali keluar rumah kiss isteri..

Sekali sekala ajak isteri mandi sekali. Sunnah Nabi saw sambil bergurau berebut-rebut air. Mandi dalam satu bekas yang sama. Berdua-duaan. Nabi saw melakukannya..

Bila call,wassap atau komen di fb terutama waktu berdepan dengan isteri. Panggillah panggilan paling best yang buat dia bahagia. Puji isteri. Hargai isteri. Wahai bidadariku yang tercinta. Yang cantik menawan indah sempurna. Terima kaseh Allah atas anugerah ini...

Selalulah beri hadiah walau sekeping kad. Walau sekuntum bunga. Tulis kad sayang, sayang,dunia ini menjadi nikmat kerana memilikimu isteri solehah. Sejuk mata abang. Dari kali pertama,Redha abang milikmu sayang..

Sekali sekala berdua-duaan berbual tentang cinta kita sampai mana?luv till jannah. Dengar Fatihah abang. Salah tolong betulkan. Lepas tu sayang pula baca..kita sama-sama melangkah masuk syurga..

Waktu malam tengok isteri penat. Berilah isteri rehat. Beri masa untuk isteri pergi spa, pergi urut, pergi shoping,beri masa isteri tidur rehat. Tolong urut kaki isteri. Urut badan. Isteri pening suami belajar teknik urut kalau pening kepala. Urut belakang. Tapak kaki. Urut dekat mata...sambil cakap terima kaseh sayang. Cian sayang susah payah urus macam-macam. Abang busy jer. Maafkan abang sayang..

Di rumah bantulah isteri setakat yang mampu. Walau penat balik kerja tolong buang sampah. Atau isteri masak tolong basuh-basuh. Isteri rela buat semua. Tetapi kita bantulah sikit-sikit..tolong angkat pinggan. Jangan pernah tinggalkan pinggan begitu sahaja. Lazimkan baju letak dalam bakul. Jangan campak merata..kalau boleh sekali sekala masak untuk isteri dan anak-anak. Masak yang mudah-mudah nasi beriyani dengan ayam merah ker. Buat jemput-jemput. Buat lempeng. Buat roti bakar...maggi goreng pun okeyyy...

Wahai suami,doakannlah nama ibubapa mu lepas setiap solat. Doakan ibubapa mertua. Doakan isteri,anak-anak dan semua adik beradik. Terima kaseh Allah atas nikmat ini..

Bagi hdiah buat mak ayah mertua juga. Cium mak ayah mertua. Peluk mereka erat-erat. Bawa mereka berjalan makan-makan. Minta doa mereka. Minta maaf pada mereka. Puji anak mereka depan mereka...bawa pergi hospital kalau sakit. Jangan sampai mak ayah mertua takde orang peduli..mereka telah beri anak mereka kepadaMu. Sekali sekala beri isteri bercuti berjalan dengan mak ayah mereka..

Solat tahajud sama-sama waktu malam. Solat subuh awal di masjid. Hidupkan rumah dengan amalan Ta'lim. Dengar Hadis Nabi saw bersama isteri yang dicintai..

Wahai suami kita semua ketua keluarga. Jika tak sempurna keluarga kerana tak sempurnanya diri kita. Ada tak kita bw isteri berjuang di jalan Allah belajar agama? Ada tak kita beri duit untuk mengurus diri mereka. Duit nak beli pakaian,kadang-kadang pakaian dalam mereka pun entah bila-bila. Apa yang kita suka untuk kita. Itu kita ingin isteri kita peroleh..sayangilah dan doakanlah isteriMu sentiasa..

Bawalah isteri program kekeluargaan dan ceramah agama. Supaya sama-sama kita tingkat ilmu dan amalan dalam keluarga. Bertambah bahagia..

Jemput sama-sama keluargasunnah. 3Mac2018 Matrade Kl. Semua dijemput hadir. Yang bujang atau baru kahwin dan yang dah lama kahwin. Sama-sama semai niat dan cinta dalam rumahtangga. Dapat didik anak dengan sunnah Nabi saw....insyaAllah..-ebit lew

#www.keluargasunnah.com #3mac2018 #matradekL #8am5pm #semuaDijemputHadir #wasap0173666848

#isterikuBidadari #isterikuBidadari #isterikuBidadari #keluargasunnah #loVeTillJannah #bacaAlQuranSamaSam #dakwahSamaSama #rinduSamaRindu

Sebak, balik sekolah bawa anak-anak nak beli air dalam petronas. Dekat-dekat Maghrib dah..Pergi dekat kaunter. Tengok seorang kakak dengan 2 anaknya. Anaknya beli air milo dengan jajan. Bila nak bayar dia kira duit syiling dan kertas. Tak cukup. Aduh, mana lak duit. Muka dia macam panik dan segan sikit kot. Lama gak kaunter tu kira. Akak tu ambil air dan jajan anaknya letak semula..anaknya yang kecil lagi menangis nangis.

Ish, saya kata. Takpe kak saya belanja. Saya ambil semula jajan tu bagi kat adik tu..muka akak tu terpinga-pinga. Anak akak comel apa nama dia...dua-dua comel. Bakal jadi daie hafiz Al-Quran..terima kaseh yer..malu saya,katanya..

Takperlah kak sikit jer..saya pun selalu tertinggal duit dan tercicir..

Bila nak keluar tengok akak tu masuk kereta. Saya tanya akak dah isi minyak belum. Arrr...belum yer..saya pergi dekat pam tu guna kad saya. Akak isilah penuh..hadiah anak akak. Ni anak soleh nie..

Akak tu menangis. Cakap terima kaseh. Sebenarnya saya ada sekeping rm50 tadi. Tercicir mana entah..suami bagi..macam mana saya nak bayar semula..takper kak..ok jer..sikit jer..

Saya happy sangat rasa. Selalu niat dari rumah jika dapat tolong walau sedikit pada orang memerlukan..

Begitulah nikmatnya hidup. Anak saya tanya. Ayah, cian makcik tu kan ayah. Ayah dulu selalu macam tu nak. Masa anak seorang, selalu susu anak takde duit nak beli. Jalan kaki pergi surau atau ke mana-man sebab takde duit nak isi minyak. Tak jadi pergi raya atau balik kampung sebab takde duit isi minyak. Isi minyak kereta rm5 pun biasa..masuk kedai makan selalu keluar semula sambil gelak-gelak sebab tak cukup duit..

Tak buka aircond. Buka tingkap kononnya nak jimat minyak.

Bagi yang lapang hidupnya. Makan dah kurang nikmat. Semua dah takde nikmat. Tapi bagi sesetengah orang itu semua terlalu besar nilainya..masih ramai hidup begitu..

Saya ingat Syeikh Saad Al Khandahlawi ajar anaknya semenjak kecil bawa bekas duit bagi pada orang miskin sekitar Nizamuddin. Saya lihat anaknya masa kecil ke sana sini bawa duit bagi pada orang miskin..begitu juga masa di Masjid Nabawi saya lihat anak remaja bagi duit kepada orang susah. Ayah mereka di belakang bekalkan duit...

Saya setiap kali pergi pasar malam atau berjalan, bagi rm5 pada anak suruh dia sedekah pada orang yang susah. Mereka berebut-rebut bagi. Selalu bila tengok orang berniaga susah. Saja beli dekat mereka bagi dekat guard rumah atau pada orang susah. Anak-anak bila bagi makan pada orang di jalanan mereka menangis. Ayah, susahnya orang tu. Kenapa ada orang susah ayah?

Supaya orang kaya dan senang jangan lupa diri. Supaya anak orang susah ini belajar iman dan belajar erti kesusahan supaya menjadi manusia yang berguna..dengan susah manusia sedar diri dan mulia..

Nabi saw dah pesan selalulah bercampur dengan orang miskin dan takde nama. Tapi ada nama disisi Allah. Siapa tahukan? Tapi kita suka nak berdamping cuma dengan menteri orang kaya. Tak salah. Tapi jika tak diimbangi campur orang miskin. Hati kita jadi rosak. Mula lupa diri. Mula nada suara dah lain. Lupa kita cuma hamba dijadikan Allah..kuat merajuk..hidup jadi sakit kerana lemah dengan pujian dan penghargaan manusia..lupa Redha Allah..

Abdullah ibnu Jaafar ra, tengok seorang peniaga gula sedih sebab gulanya tak laku. Ibnu jaafar ra beli semua gulanya dan bagi kepada orang miskin. Orang miskin gembira. Peniaga tadi gembira..

Balik ceramah johor baru ini. Orang johor suka bagi bekal makanan sedap-sedap sempena Maulid. Saya dalam perjalanan balik beri pada guard atau orang dekat bus stand. Ada antara mereka kata. Ya Allah memang tengah lapar. Tengah kira duit nak beli makanan. Saya senyum happy sangat. Terima kaseh Allah atas nikmat rasa bahagia ini..

Patutlah seorang ibu senyum bila masak untuk keluarga. Kadang-kadang tak makan pun. Mereka bahagia tengok suami dan anak-anak makan..

Ramai saya jumpa kawan-kawan kedai mereka tutup. Ramai juga. Kerana tak mampu nak bayar sewa kedai. Tak balik modal. Saya doakan Allah mudahkan rezeki mereka semua. Ya Allah, sebab tu bila jumpa remaja atau anak-anak kecil lapar atau takde duit bayar yuran sekolah saya menangis. Sebab rasa dekat dengan semua itu. Solat hajat saya nak bayar yuran asrama dulu-dulu. Takut taklh ambil result. Tengok-tengok dah ada orang bayarkan..

Buat kawan-kawan usahakanlah solat awal waktu berjemaah. Solat dhuha 4 rakaat atau lebih. Hargai keluarga. Rajin dekat diri pada Allah dan rajin baca Al-Quran..Semoga Allah mudahkan buat kawan-kawan semua yer..

Saya ada tulis dalam buku Isteriku Bidadari keberkatan rezeki dalam menghargai keluarga dan hidupkan keluarga dengan amal sunnah. Jemput datang keluargasunnah nanti yer 3 Mac 2018 di MatradeKl. Sama-sama kita ingat memperingati dalam membina sunnah Nabi saw dalam keluarga -ebit lew

Sebak bila ramai bertanya soalan seperti ini. Siapa ketua keluarga sebenarnya?

Suami ke isteri? Pastinya suami..ArRijal.

Ketua ini sifatnya berkorban. Jika nikmat dia dahulukan pasangan dan anak-anaknya berbanding dirinya. Jika kerja berat atau bahaya dia dulu meletakkan dirinya di depan..

Tapi cuba tengok hari ini bagaimana? Ada lelaki hilang sifat Amir atau ketua seperti orang dulu..kerana itu keberkatan hilang dari rumah orang Islam. Keberkatan dalam sunnah Nabi saw...

Cuba lihat dari bangun pagi. Ramai isteri yang bangun dulu siapkan setiap ahli keluarga. Siapkan mandikan anak-anak. Siapkan buku dan pakaian sekolah anak-anak. Ada lelaki yang Subuh pun tak bangun bila dikejut isteri. Ya Allah..

Isteri siapkan semua barang anak-anak. Segala bekalan. Beg yang berat-berat. Dalam beg mak semuanya ada. Dari pampers, pen, kunci, tisu basah,cungkil gigi pun ada..beg mainan, telekung. Baju spare. Ic pasport anak-anak. Macam poket doraemon. Beg suami kecil comel jer. Lepas tu tunggu dekat kereta. Bagi masa 2 minit semua kena ada dalam kereta. Ada yang langsung tak bantu..

Bila makan di kedai. Ayah lepas order sibuk tengok hp sambil makan. Isteri suap semua anak-anak. Layan anak sana sini. Sambil makan sikit-sikit. Mak tak sempt nak menikmat makanan pun. Sampai hilang selera makan. Penat layan anak. Cuba kita baru makan , kena kacau mesti ras dah tak berapa layan makan tu..

Ya Allah tuhanku..buat pula zaman hari ini ramai wanita bekerja ada segelintir lelaki yang tak beri nafkah buat keluarga. Hanya harapkan duit isteri..

Ya Allah ampunkanlah dosa semua ketua keluarga...dosa kami ketua keluarga..

Hari-hari ibu ambil hantar anak sekolah sana sini. Penatnya seorang ibu..

Ibu terjerit-jerit, setiap masa di rumah. Ayah sibuk tengok tv dan main telefon. Isteri terkejar-kejar kesana sini tanpa henti. Buang air besar tak sempat betul-betul. Mandi pun tak sempurna. Anak ketuk pintu bilik air. Mereka macam dalam medan perang.

Malam-malam tak cakap terima kaseh. Lupa tanya keadaan setiap ahli keluarga. Ibu pula yang pastikan keselamatan setiap ahli keluarga.

Tahniah buat lelaki dan suami yang berusaha memperbaiki diri dalam menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh dan idola..

Nabi Muhammad saw ialah manusia paling rajin di rumah. Paling penyayang. Ambil tahu keadaan setiap ahli keluarganya. Memberi pujian galakan. Memberi semangat. Memberi khidmat. Mendengar setiap ahli keluarga. Rumah Nabi saw hidup suasana ilmu. Suasana dakwah. Suasana solat,AlQuran dan zikir,doa-doa harian. Wujud cinta dan kasih sayang setiap saat. Lemah lembut penyayang. Rumah paling bahagia ialah rumah Rasulullah sw.

Malangnya sifat belas, cinta...yang selalu kita sebut,sakinah,mawaddah,warahmah dah hilang. Tiada lagi perasaan itu. Bahkan telah mati hati-hati ketua keluarga. Hilang sifat keimanan. Sifat akhlak.

Keluarga maksudnya sakinah mawaddah warahmah..

Kerana itu penting bawa keluarga belajar sunnah Nabi saw. Kita tahu tapi lupa. Kerana lupa atau lalai telah membuat isteri dan anak-anak merasai derita dalam hidup mereka.Ingatlah seperti mana kita,isteri kita cuma manusia..apa yang kita perlu, mereka juga perlu...Ya Allah pilihlah setiap kami dapat perbaiki diri dan tambah ilmu dalam keluarga. Jemput sama-sama keluargasunnah 3 mac 2018 di Matradekl. Itu jugalah penekanan saya dalam buku saya isterikuBidadari. Semoga Allah terima jadi asbab hidayah buat kita semua- ebitlew

#keluargasunnah.com
#wassap0173666848

Terkejut saya bila berbual dengan anak remaja.. Dia peluk saya baru 13 tahun. Boleh saya nak jumpa ustaz sekejap lagi. Boleh adik..masa tu ramai orang beratur nak salam lepas ceramah.

Dia tunggu sampai orang dah kurang. Ustaz, terus peluk saya menangis. Dia bisik pada saya. Maaf tak jawab soalan ustaz tadi masa kat depan. Mak saya meninggal masa saya umur 10 tahun. Mak mati kena bunuh dengan ayah. Ayah saya dalam penjara..

Dia peluk saya. Saya nak jadi daie macam ustaz. Nak buat dakwah seluruh dunia. Saya sayang ustaz kerana Allah. Sekarang duduk dengan atuk kerja bawa lori. Nenek banyak ajar saya..

Saya peluk dia lama-lama. Adik orang mulia. Selalu doakan mak ayah yer adik..yer ustaz..

Saya hadiahkan dia buku Tangisan umat. Katanya,saya suka baca buku ustaz. Adik baca buku ini yer. Bagaimana jiwa dan tangisan seorang mukmin. Apa keinginan Nabi saw. Apa cita-cita Nabi saw..

Dalam minggu ini saya jumpa 3 remaja murtad di tempat berbeza-beza. Saya ziarah dan pujuk mereka. Satu jawapan saya. Mereka dahagakan kasih sayang. Berilah masa peluk dan cium anak-anak. Bila saya pujuk dia. Seorang tu saya masa dia marah-marah Islam. Saya peluk dia lama-lama. Sampai dia menangis. Maafkan saya ustaz..terima kaseh ustaz..

Saya sayang awak kerana Allah. Betul-betul sayang awak. Allah yang takdirkan pertemuan kita. Allah tengah tengok kita. Saya ajak dia solat. Dia nak solat. Syukur. Saya sujud syukur berkali-kali. Terima kaseh Allah.

Seorang lagi dia memang baik. Cuma suasana dan pengaruh suasana tak baik di kelilingnya.Bila bawa kepada suasana baik. Dia baik jer..insyaAllah.

Semua orang dahagakan pelukan dan kasih sayang. Suami selalulah peluk isteri. Isteri selalulah peluk suami. Selalulah peluk dan beri penghargaan pada anak-anak. Mereka dahagakan itu.selalu doakan orang yang kita sayang..-ebit lew

1) JelajahSekolah
2) KeluargaSunnah 3 Mac 2018
3) Prokids3hari2malam Mac2018
Semuanya boleh Whatsapp di wasap.my/60173666848
#keluargasunnah.com

Merajuk pada yang kasih. Minta pada yang ada... Allah itulah yang Maha Pengasih dan DIA jualah yang Maha Memiliki.

Kepada Allah jualah kita membawa diri!

Bagaimana kita boleh berbangga sedangkan apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata. Semuanya milik Allah.

Semua rezeki yang kita dapat, datang dari Allah. Kita berusaha dengan kudrat yang dipinjamkan Allah.  Jadi, orang yang berbangga sebenarnya alpa bahawa dia hanyalah hamba Allah.

Hidup ini dicipta Allah, begitulah segala yang ada di dalamnya. Tidak ada satupun milik kita.

Malu lah sekiranya kita berani mendabik dada, bahawa semua kelebihan yang ada pada diri kita, datang daripada dari kita sendiri.

Sungguh, tidak malunya kita kepada Allah. Mengaku memilik sesuatu yang bukan pun milik kita. Jika ada yang memuji, pujian itu sebenar bukan untuk kita tetapi untuk Allah.

Awaslah,  kalau kita disanjung dan dipuja, jika kita merasakan kita layak menerima semua itu, kita sebenarnya sedang layak menerima kehinaan.

Sungguh, jika kita rasa layak menerima pujian, kita sebenarnya sedang mengakui kita layak menerima penghinaan.

p/s Jazakallahu khairan atas sambutan yang baik sekali untuk buku KILAS DALAM KIAS

Penyakit orang sombong ialah sukar mendengar. Sedangkan mendengar itu tugas cinta yang pertama.  Justeru, orang sombong akan gagal dalam bercinta...samada bercinta dengan Allah mahupun dengan manusia!

JUDI YANG KERAP BERLAKU TANPA SEDAR

Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang KALAH perlu belanja makan. ?

Saya jawab hukumnya adalah JUDI kerana wujud elemen 'zero sum game'. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan KOS makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membayar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Rujuk kitab Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )  
Wallahu 'alam.

#DrZaharuddinAbdRahman
Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd

SUBUH LEWAT & TAHAJJUD
Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:02 ketika status ini ditulis - waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur - tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)

Waktu solat TAHAJJUD bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.

Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis :-
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Justeru, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. JANGAN niat solat Tahajjud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhanNya. Insha Allah.

JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.

Tahajjud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.

#DrZaharuddinAbdRahman
Managing Director
elzarshariah.com
elzar.my

MUSIBAH ITU PENGHAPUS DOSA

Tatkala kita mengetahui besarnya jumlah hutang kita dan kita mengetahui pula bahawa jumlah harta kita tidak cukup untuk melunasinya

Bahkan kalau kita dan seluruh keluarga kita bekerja untuk menebus hutang masih belum cukup, maka kita tergolong orang yang muflis

Sekarang cuba bayangkan, dalam setiap hari, berapa banyak dosa yang kita lakukan?

Kita tidak pernah menghitungnya...kan?

Sebahagian tidak merasa berbuat dosa kerana memang ia tidak mengetahui mana yang dosa dan mana yang bukan…

Allah Yang Maha Mengetahui telah membuat suatu sistem pelunasan dosa yang sangat indah…

Iaitu, dengan menurunkan berbagai macam musibah

“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa letih kekhuatiran (pada fikiran), sedih , kesusahan hati atau sesuatu yang menyakiti sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.”

(Hadith Riwayat Bukhari no.5641 dan Muslim no. 2573)

Jadi yang lagi sakit, pada hakikatnya dia sedang melunasi hutang-hutangnya....

Maka tiada kata yang lebih sesuai diucapkan pada waktu itu kecuali bersyukur kepada Allah....

Telah berkata salah seorang ulama’ salaf :

“Andai kata bukan kerana musibah-musibah dunia, nescaya kita akan datang pada hari kiamat dalam keadaan muflis”

MENCARI JALAN PULANG

Kita bukan penduduk bumi...
Kita adalah penduduk syurga...
Kita tidak berasal dari bumi...
Tapi kita berasal dari syurga...

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah...
Kembali ke kampung halaman...

Dunia bukan rumah kita...
Maka jangan cari kesenangan dunia...

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali ke rumah-NYA.

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang, selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah?
.
Lantas...?

Apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, Rabb yang mulia?

DIA hanya meminta amal soleh dan keimanan, serta rasa rindu padaNYA,  yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi harapan-NYA?

Kita tidak berasal dari bumi...
Kita adalah penduduk syurga...

Rumah kita jauh lebih indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan...

Dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita...
Serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
.
Mereka rindu kehadiran kita...
Setiap saat menatap menanti kedatangan kita...

Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail...
Bila keluarga mereka akan pulang ... ?

Ikutilah peta (Al-Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan...

Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya Iblis Laknatullah iaitu jalan ke Neraka Jahannam.

Kita bukan penduduk bumi...
Kita penduduk syurga..
Bumi hanyalah dalam perjalanan...

Kembalilah kerumah...
Selamat berikhtiar saudaraku semua...untuk kembali kerumah kita di Syurga.

Sekiranya dirimu jatuh dalam maksiat maka bersegeralah kembali kepada Allah, ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan,agar kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatanmu, sekiranya pada malam kamu bermaksiat maka bersungguh2lah di siang hari melakukan taat dan berdoa agar malam nanti dapat meninggalkan maksiat dan jika di siang hari kamu bermaksiat maka pada malam hari banyakkan taubat dan munajat agar Allah mengampunkan dosa2mu.Kalau syaitan tidak pernah berputus asa menyesatkan kita maka kita juga tidak boleh berputus asa untuk kembali kepada Allah.

Tazkirah diri sendiri untuk perkongsian bersama.

- Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah -

Tuesday, January 16, 2018

KTP 059

Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita kerana Allah faham akan isi hati kita.
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita kerana tiada hakim sebaik Allah ta'ala.

Antara sifat ahli Syurga itu adalah, mereka adalah dikalangan insan2 yang tidak menyakiti hati insan lain, bersangka baik, menjaga aib dirinya serta orang lain, menjauhi fitnah serta sangat berhati2 menjaga ucapan.

Mudah2an kita dikalangan kelompok ini, Insyaa Allah.

~ STANDBY

Jangan mudah berfikiran negatif kerana ia boleh menjadi blok yg menyekat kebaikan

Jangan bercakap pada orang yg boleh menimbulkan kemarahan kerana itu adalah provokasi yg ingin mencalar kesabaran kita.  Tunggu hingga ketenangan datang

*MAKAN BUAH-BUAHAN SEMASA PERUT KOSONG*
Ini akan membuka mata anda! Baca hingga akhir; dan kemudian, hantar kepada orang lain dalam senarai anda seperti yang saya lakukan!

Dr Stephen Mak merawat pesakit  kanser terminal dengan cara yang "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih.

Sebelum dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit kepada pesakitnya, dia percaya pada penyembuhan semula jadi dalam tubuh daripada sebarang penyakit. Lihat artikel beliau di bawah.

Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga kini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%.

Pesakit  kanser tidak akan mati. Penawar untuk kanser sudah dijumpai - dalam cara kita makan buah-buahan.

Ia adalah sama ada anda percaya atau tidak.

Saya minta maaf untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional.

MAKAN BUAH

Kita semua berfikir makan buah-buahan bermakna hanya membeli buah-buahan, memotong dan memasukkannya ke dalam mulut kita.

Ia tidak semudah yang anda fikirkan. Ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan bila untuk makan buah-buahan.

Apakah cara yang betul untuk makan buah-buahan?

IA BERMAKNA TIDAK MAKAN BUAH SELEPAS ANDA MAKAN!

BUAH PERLU DIMAKAN KETIKA PERUT KOSONG

Jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan lain.

BUAH-BUAHAN ADALAH MAKANAN PALING PENTING.

Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah.

Buah-buahan tersebut sedia untuk masuk terus melalui perut ke dalam usus, tetapi ia terhalang daripada berbuat demikian kerana roti yang diambil sebelum buah.

Dalam pada itu makan keseluruhan roti dan buah-buahan ynag dimakan akan membusuk dan menapai dan bertukar kepada asid.

Apabila buah bercampur dengan makanan di dalam perut dan pencernaan jus, jisim keseluruhan makanan mula menjadi rosak.

Oleh itu, sila makan buah-buahan anda semasa perut kosong atau sebelum anda makan!

Anda pernah mendengar orang mengadu:

Setiap kali saya makan tembikai saya sendawa, apabila saya makan durian perut saya kembung apabila saya makan pisang saya rasa seperti ingin ke tandas, dan lain-lain .. 

Sebenarnya semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong.

Buah bercampur dengan makanan lain yang membusuk dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan merasa kembung!

Rambut beruban, botak, cetusan saraf dan lingkaran hitam di bawah mata semua ini TIDAK akan berlaku jika anda mengambil buah-buahan semasa perut kosong.

Tidak ada perkara seperti beberapa buah-buahan seperti oren dan lemon adalah berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini.

Jika anda telah menguasai cara yang betul untuk makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal.

Apabila anda perlu minum jus buah-buahan - minum hanya jus buah-buahan segar, BUKAN dari tin, pek atau botol.

Jangan juga minum jus yang telah dipanaskan.

Jangan makan buah-buahan masak kerana anda tidak mendapat zat makanan langsung.

Anda hanya mendapatkan rasanya.
Memasak memusnahkan semua vitamin.

Tetapi makan keseluruhan buah-buahan adalah lebih baik daripada minum jus.

Jika anda perlu minum jus buah-buahan segar, minum perlahan-lahan, kerana anda mesti biarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya.

Anda boleh mengamalkan 3 hari diet buah-buahan  untuk membersihkan atau menyahtoksik badan anda.

Hanya makan buah-buahan dan minum jus buah-buahan segar sepanjang 3 hari.

Dan anda akan terkejut apabila rakan-rakan anda memberitahu anda bagaimana berseri anda kelihatan!

BUAH KIWI:
Kecil tetapi kuat.
Ini adalah sumber yang baik kalium, magnesium, vitamin E & serat. kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren.

EPAL:
Sebiji Epal seharimenjauhkan doktor?
Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan & flavonoid yang meningkatkan aktiviti vitamin C dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser usus besar, serangan jantung dan strok.

STRAWBERRY:
Buah Perlindungan.
Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi tubuh daripada penyebab kanser, salur darah tersumbat dan radikal bebas.

ORANGE:
Ubat paling manis.
Mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjauhkan selsema, mengurangkan kolesterol, mencegah & membubarkan batu karang serta mengurangkan risiko kanser kolon.

TEMBIKAI:
Penghilang dahaga paling sejuk. Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos gergasi glutathione, yang membantu meningkatkan sistem imun kita.

Mereka juga adalah sumber utama lycopene iaitu oksida melawan kanser.
Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C & Potassium.

JAMBU BATU & BETIK:
Anugerah tertinggi untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan vitamin C yang tinggi.

Jambu batu juga kaya dengan serat, yang membantu mencegah sembelit.

Betik kaya dengan karotena; ini adalah baik untuk mata anda.

Minum air SEJUK atau minuman selepas makan = KANSER

Bolehkah anda percaya ini?

Bagi mereka yang suka minum air sejuk atau minuman sejuk, fakta ini sangat bermakna kepada anda.

Ia adalah nikmat untuk minum secawan air sejuk atau minuman sejuk selepas makan.

Walau bagaimanapun, air  atau minuman sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.

Ia akan memperlahankan proses penghadaman kita.

Apabila 'enapcemar' ini bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.

Ia akan kekal di dalam usus.

Tidak berapa lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada KANSER!

Ia adalah lebih terbaik untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Mari kita lebih berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu, lebih baik peluang kita boleh hidup.

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata:
jika semua orang yang mendapat meseg ini menghantar kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kita akan menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa.

Oleh itu mari kita lakukannya.

sikap manusia suka dipuji.. Maka puji lah dengan kebaikan.  Ia boleh menjadi penghubung kasih sayang

Hidup ini satu ujian.  Maka kita kena tambah kesabaran kita... Sedikit demi sedikit.. Lama hati jadi tenang

Sebab itulah kita kena bina dan kekal hubungan kita dgn Allah.  Supaya suatu hari nanti.. Kita tua kita tetus kekal ibadat dan hubungan dengan Allah.. Tak kisah lah org ke tak ada org ke.. Hidup terus tenang dgn rahmat Ilahi.

Ada seorang.  Anaknya 11 orang tapi kini dia tinggal seorang saja.. Setelah isterinya pergi..maknanya.. Apa.. Fikir sendiri lah..

Hati kita akan tenang apabila kita dipandang oleh Allah. Hati yang tenang itu dapat dilihat dengan solat yang penuh khusyuk dan kecintaan kepada Allah.

Hijrahkan solat kita. Moga Allah beri kita ketenangan...

🐝السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه🐝
              
               
💖بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ💖
💖🌾Ya Allah di pagi yg mulia ini ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara-saudara kami,  sahabat-sahabat kami dan seluruh umat islam. Panjangkan umur kami. Kurniakan kami keselamatan & kesihatan yg baik. Tunjukilah kami jalan yg benar. Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkanlah kami ke dalam syurga mu aamiin.. Ya Allah...🌾💖َ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.  
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

ْْ

*السلام عليكم..*

My sahabat said : 

"Nak masuk syurga jangan masuk sorang-sorang, ajak kawan sekali. Begitu juga bila nak buat baik, jangan buat sorang-sorang ajaklah kawan sekali." Doa supaya hati kita tetap dalam iman :

يا مقلّب القلوب ثبّت قلبي على دينك

Wahai yang membolak balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu...

Biar tak sentap, asal meresap...🌹

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

 🔴Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat

💕:
Nikmat yang sangat perlu kita syukuri bila mereka di luar sana begitu sibuk dengan dunia tapi Allah pilih kita sibuk dengan mengajak hamba Allah yang lain kembali pada Allah 

Berzikir. Baca Al -Quran. Solat. 
Hanya mereka terpilih sahaja dapat merasai tenangnya jiwa bila Allah dah sentuh jiwa mereka.

Terkadang,
SENYUM itu SAKIT 
MENANGIS itu BAHAGIA 
TAWA itu LUKA 
DERITA itu BAHAGIA 
Dalam HATI ,
ALLAH lebih TAHU...

Syukurlah hari ini kita diuji dengan KESUKARAN dan KESAKITAN.
Kerana UJIAN itu SENTIASA buat MANUSIA INGAT pada TUHAN.
Kerana kadang2 manusia sukar sekali MENGINGATI TUHAN dikala DIUJI dengan KESENANGAN .......

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING

Dalam hidup, orang paling dihormati adalah diri sendiri. Tiada sebab untuk marah jika diri tidak dihormati oleh orang lain, andai dirinya sendiri tidak menghormati diri sendiri. Cara untuk menghormati diri sendiri adalah dengan menepati janji yang telah dimeterai oleh diri kepada diri sendiri. Janji-janji ini dikategorikan sebagai self talk. Menurut kajian; orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang punya harga diri yang tinggi. Salah satu tanda seseorang miliki harga diri yang tinggi adalah dengan menghormati dirinya sendiri.

mata kita terlalu terbatas utk lihat yg kecil..makanya kita harus sedar akan kekurangan diri kita..

tapi dgn kasih sayang Allah disebalik kekurangan diberi kelebihan yg sgt byk

Biarkan kesilapan itu.. 
Baiki mana yg patut

biar dia di situ..kita kena redha pada .dan sabar

Ingat jgn sedihkan diri sendiri.. Sedangkan rahmat Allah itu luas

Jangan marah tak tentu pasal kerana itu
Adalah pintu syaitan

Susah senangnya hidup kita tetah ditentukan
Sebelum kita lahir lagi

Dan Allah tidak tanya jika kita tak berjaya.. 
Melaksanakan amanah
Yg kita ditanya.. Adakah kita ikut perintahNya.

Bersihkan hati.
Teruskanlah beristighfar.
#Ingat Mati

'Sebaik-baik waktu adalah menyedari dan mengakui kelemahan diri'
Duhai kelemahan diri...Engkau hadir untuk memberiku peluang berubah,mensyukuri hari ini,lalu peduli untuk banyak memberi,kerana mungkin esok sudah tiada lagi...

'Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka kejalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya'.
(Al-Ankabut: 29/69)

(Sekadar pesanan buat diri dan teman-teman)

'Janganlah mudah tersinggung dengan postingan dari sahabatmu yang berunsur teguran dan nasihat.Sebab terkadang,seperti itulah cara mereka menasihati dan menegur diri mereka sendiri....
Dan sesungguhnya ketahuilah...Hati yang   Mati itu tidak mungkin akan dapat menerima nasihat dan teguran'....

Wabillahi-TaufiQ Wal-Hidayah...

'Sabda Rasulullah s.a.w:- ada 6 perkara yang menyebabkan amal jadi sia-sia (tidak mendapat pahala kebaikkan) iaitu sibuk mencari keaibban orang lain,keras hati,terlalu cintakan dunia,kurang rasa malu,panjang angan-angan,dan suka melakukan kezaliman'....
(H.R Ad-Dailami)

Justeru itu Rasulullah s.a.w pernah menegaskan,suatu masa nanti umat islam akan ditindas dan dizalimi oleh umat lain seperti mereka menghadapi makanan diatas meja,padahal jumlah nya ramai,tetapi kekuatannya ibarat buih diatas lautan,mudah hancur. Saat itu umat dihinggapi penyakit bernama al-wahn iaitu penyakit yg disebabkan mereka itu terlalu (cintakan dunia dan takut akan kematian)
Panjang angan-angan juga menunjukkan kekerdilan manusia,kemahuan lebih tinggi,tidak sesuai dengan kemampuan sebenar,malah mereka itu suka berkhayal...ini dikerana juga penyakit (terlalu cintakan dunia lah) yg menyebabkan mereka itu terhijab dari dari memandang akn (mati) yg mana kematian tersebut akn menjengah mereka pada bila-bila masa sahaja'...

Pesanan buat diriku:-

Bersihkanlah jiwa dengan Al-Qu'ran,perbanyakkanlah (bermuhasabah diri) mengingati akn 'Mati'....kerana tak seorangpun diantara kita ini yg dpt menjamin adakah ia masih lagi bernafas pada esok hari'....

"Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras,yang tidak mampan ketika diingatkan dan diberi petuah"...

Maka apakah orang-orang yang dibukakan oleh Allah hatinya untuk (menerima) agama islam lalu ia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang hatinya keras)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka  yang hati keras untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata...
(Az-Zumar: 22)

Tidak perlu bagitahu kepada umum apa yang dirimu buat tapi bagitahu kepada mereka apa yang Baginda Nabi SAW buat. 
#Follow sunnah

Dihadapi dan dirasai akan menjadi indah apabila kita hanya berkehendak pada ALLAH Yang Maha Indah.
Subhanallah.

Jangan sekali-kali menjual akhiratmu demi duniamu kerana dirimu akan kerugian untuk dua-duanya.
Wallahualam.

Setiap saat adalah anugerah yang bernilai, jangan memurahkannya dengan kelalaian.
ALLAHU ALLAH.
#Ingat Mati

Kehidupan selepas kematian itu lebih utama dibuat persediaan.