Wednesday, September 11, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 111

Orang yang paling kuat๐Ÿ’ช

Kuat untuk tinggalkan urusan dunia apabila tiba urusan akhirat.
- Solat on time

Ketika berdoa, yakinlah bahawa Allah ya Saami' Maha Mendengar dan Allah ya Wahhab Maha Menjawab setiap aduan dan permohonan kita. Yakin bahawa Allah ya Baari' telah merancang yang lebih baik daripada apa yang kita bayang dan harapkan. Hakikatnya Allah ya Syahid Maha Menyaksikan segala yang menimpa kita, kesedihan, kelukaan, kebimbangan, ketakutan dan betapa kita berusaha untuk sabar dan redha atas setiap ujian dan ketetapanNya.
Satu sahaja, jangan sesekali ragu kepada Allah swt. Yakin sungguh-sungguh bahawa Dia lah yang Maha berkuasa, boleh melakukan dan mengubah sesuatu sekelip mata. Mustahil bagi kita, tidak ada yang mustahil bagiNya.
Satu lagi, jangan sesekali menilai dan menghukum manusia lain tidak sabar dan redha dengan Ujian, sedang Allah tidak begitu dengan hambaNya. Allah Maha Memahami.
Ustazah Asma' binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Hargailah Kasih Sayang Allah,

Dia bersama setiap saat dengan kita, mengadu dan memintalah padaNya, Dia Maha Mendengar & Memahami.

Sedang sibuk update status, tiba² mati.
Sedang sibuk kumpul follower, tiba² mati.
Sedang sibuk scroll fb, tiba² mati.
Sedang sibuk selfie, tiba² mati.
Sedang sibuk besarkan anak, tiba² mati.
Sedang sibuk kerja cari nafkah, tiba² mati.
Sedang sibuk ceramah sana sini, tiba² mati.
Sedang sibuk amal ibadah, tiba² mati.
Sedang sibuk buat maksiat, tiba² mati.
sedang sibuk rancang itu ini, tiba² mati.
Sedang sibuk nikmati hidup, tiba² mati.
Sedang sibuk berjalan sana sini, tiba² mati.
Sedang sibuk intai hidup orang, tiba² mati.
Sedang sibuk mengumpat mengata, mati.
Sedang sibuk layan sedih kecewa, mati.
Sedang sibuk.. (Sila sambung.. )
Surah AlMunafiquun, Ayat 11.
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan".
Bila, dimana dan bagaimana kita akan mati?,
Jawapan dah ada, hanya Allah yang tahu.
Istiqamah jaga solat, akhlak, aurat.
Lazimi alQuran, istighfar, selawat.
Tinggalkan segala bentuk maksiat.
InsyaAllah selamat Dunia Akhirat.
Ya Allah, kurniakan kami Husnul Khatimah ๐Ÿคฒ
Ust Asma' Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

DOA yang belum dimaqbulkan Allah satu UJIAN, DOA yang telah dimaqbulkan Allah juga satu UJIAN.

~Jagalah HATI~


Lembutnya Allah
ya ู„ุทูŠู dengan kita. Walau selalu berdosa dan merungut, nikmatNya tak pernah putus. Bahkan bertambah


Muhasabah Jumaat,
Orang Bukan Islam melakukan ritual agama mereka, menyembah berhala dalam pelbagai bentuk, mensyirikkan Allah secara terangan. Namun ini bukan ancaman besar bagi kita.
BERHALA paling bahaya yang menjadi sembahan manusia, ia bertempat di dalam hati ialah BERHALA DUIT. Manusia menjadi hamba kepadanya, bekerja keras untuknya, bahagia atau derita, mulia atau hina, berjaya atau gagal tergantung dan diukur dengannya.
Siapa yang merasakan DUIT itulah yang akan mencukupkan keperluan hidupnya, nescaya hidupnya tak pernah akan cukup. Inilah hakikat miskin yang sebenar, hatinya sentiasa resah.
Kenali dan Cintailah Allah ya Haasib (ูŠุง ุญุงุณุจ) Yang Maha mencukupkan, Dialah Allah yang mencukupkan kehidupan kita, pasak pada lidah dan hati dengan zikir cukuplah Allah bagiku, ุญุณุจูŠ ุฑุจูŠ ุฌู„ ุงู„ู„ู‡.
Bila ada keyakinan bahawa Allah yang Maha mencukupkan, tidak ada kebimbangan di hati, akan timbul rasa syukur apa yang ada, hingga boleh menitis air mata dengan hanya melihat jari yang masih boleh digerakkan, tiada iri dengan kehidupan orang lain, hati tenang dan lapang walau dalam sempit, boleh menangis ketika solat dan zikir, itulah kekayaan dan bahagia yang sebenar.
Amalkanlah zikir ya Haasib, yang penting istiqamah, menghayati & merasai maksudnya, InsyaAllah hidup kita akan sentiasa cukup dan selamat hingga akhirat.
U.Asma' Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

BERHALA DUIT

Sembahan yang halus bersembunyi di hati, kadang dihalalkan atas nama Allah & Akhirat, hakikatnya yang dituju DUIT ๐Ÿ˜ข

Amalan mereka yang dah terbukti berjaya, bermula daripada kekasih Allah Nabi Muhammad SAW, Ahli Bait, para Sahabat, Salafussoleh. Begitu juga para dermawan, ilmuan, cendiakawan, karyawan, hartawan, rupawan, cergasan, dll,
Adalah bermula daripada PAGI YANG AWAL ! lagi awal bangun daripada tidur, lagi cepat kehidupan berubah, lagi cepat bahagia, lagi kuat kesabaran, lagi luas ketenangan, lagi bertambah kekayaan, lagi fasih pertuturan, lagi tinggi keyakinan. Cubalah untuk seminggu, nanti sangat terkejut dengan hasilnya.
Jam 4 pagi contohnya, Tahajjud, Baca Quran, istighfar, selawat, mungkin dalam satu jam. Kemudian rutin dan tugasan harian dimulakan seawal jam 5pg, InsyaAllah segala urusan dari sekecil hingga sebesar apapun akan tersusun, sentiasa tenang dan dalam pertolongan Allah.
al Bukhori RA meriwayatkan daripada Abu Barzah RA katanya
ูˆَู„َุง ูŠُุญِุจُّ ุงู„ู†َّูˆْู…َ ู‚َุจْู„َู‡َุง ูˆَู„َุง ุงู„ْุญَุฏِูŠุซَ ุจَุนْุฏَู‡َุง
"Baginda SAW tidak suka tidur sebelumnya (sebelum isyak iaitu selepas maghrib ) dan bersembang/berbual selepas isyak."
*Sunnah Nabi ialah untuk tidur awal sebaik selepas isyak, dan bangun seawal pagi dalam jam 1. Marilah kita berazam untuk tidur dan bangun lebih awal, moga hidup kita Dunia dan Akhirat akan berubah lebih indah.
Ustzh Asma' Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

BICARA HATI (DOA) ASMA'ULHUSNA buat anak yang akan menduduki PEPERIKSAAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~
MOGA IBU AYAH & ANAK TENANG.
๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š
Allahumma Ya Alim Ya Hakim ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,
Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan Kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.
Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-was dan resah gelisah.
Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan, Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka dengan Cahaya PetunjukMu ya Nuur ya Haadi ya Haqq
Allahumma Ya Baari' (Yang Maha Mengatur), aturkanlah agendaMu kepada anak kami ini agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan.
Allahumma Ya Aziz ya Qowiy ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.
Allahumma Ya Ba'its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi, bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran di saat akhir ini.
Allahumma ya Quddus ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.
Ya Rahman ya Rahim ya Ro'uf ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.
Ameen ya Mujib (Yang Maha Memaqbulkan)
Selamat berjuang duhai Anak.
๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š
Silakan untuk disebarkan. Moga bermanfaat.
U.Asma' binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Senyumlah..Senyumlah walau dalam pahit.

Satu hari kita akan berbalas senyum dengan Rasulullah di Syurga๐Ÿคฒ,
Indahnya saat itu!

Terus sahaja buat baik walaupun dibalas jahat atau tidak dibalas. Nanti Allah aturkan ada orang baik lain yang akan buat baik pada kita. Yakinlah setiap perbuatan baik akan dibalas baik. Jika tidak didunia di Akhirat itu pasti.
Allah jumpakan kita dengan orang yang kurang baik untuk membentuk sabar, redha dan tenang. Selagi kita tak berubah selagi itu asyik jumpa sahaja golongan ni. Sebab kita tak faham cara Allah nak didik kita dan kita belum lulus ujian tu untuk naik ke darjat lain. Ada orang dia boleh dan mudah sahaja maafkan dan doakan yang baik2 kepada yang menyakiti dia. Dia memilih untuk memaafkan kerana dia tahu hati dia berhak untuk bahagia dan tenang. Dan dia sedar hidup didunia tak lama.
U.Asma' Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

MERDEKA WANITA
Apabila seorang wanita itu membebaskan dirinya daripada pandangan, pujian dan kejian MANUSIA kepada pandangan, pujian dan kejian ALLAH.
Lalu dia memilih untuk memakai pakaian yang Allah suka, dia menanggalkan make up di wajahnya, dia meninggalkan majlis yang melalaikan ke majlis Ilmu. Dia terus melakukan kebaikan walaupun tidak dihargai kerana yakin Allah sangat menghargainya. Dia terus sabar menghadapi ujian walaupun tiada siapa bersamanya, kerana dia yakin Allah tidak pernah meninggalkanya dan itulah jalan Allah nak berinya Syurga.
#UAHSahabatDuniaAkhirat




Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw...
Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana. Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah..
Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana..rumahku syurgaku..baiti jannati..
Memuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai. Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini..
Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah.
Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga.
Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga. Jangan sesekali berkasar..dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu..
Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya...
Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja..
Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat..
Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama..
Bersama dengan manja dan kasih sayang. Bergurau dan menghargai pasangan. Layan mereka seperti permaisuri..
Sedia berkorban buat pasangan. Jangan kedekut dan berkira. Pastikan biar saya lapar takper tapi jangan biar pasangan susah...
Galakkan suami ke masjid Solat Fadhu berjemaah di masjid. Sediakan isteri dan anak-anak perempuan solat awal waktu di rumah..jadikan rumah macam masjid..
Bangun tahajud sama-sama menangis waktu malam..
Buat Ta'lim dengan keluarga. Mencintai Rasulullah saw. Belajar ilmu dan Al-Quran. Mendengar kisah Nabi saw dan sahabah
Berlumba-lumba memberi khidmat dan ringan tulang..berlumba mencari baik pasangan. Berlumba memberi kemaafan kepada pasangan.
Rajin memberi kejutan dan hadiah buat pasangan kerana Allah. Berusaha menawan hatinya setiap hari. Kita bukan orang sempurna tapi kita ingin jadi orang yang Allah sayang dan redhai. Buatlah semua ini kerana Allah..tuhan kita. Seluruh hidup kita dia beri segalanya.
Menjadi pendengar yang baik. Mendengar dengan hati dan perasaan. Mendengar ialah syarat cinta yang pertama. Belajar mendengar dan memahami. Kita akan mencintai dan dicintai.
Makan satu bekas. Minum dari bekas yang sama. Sekali sekala suap menyuap. Sikatkan rambut dan ptongkan kuku. Bersama-sama dalam membuat sesuatu.
Bermesyuarah dalam keluarga dengan suami menjadi amir/ketua. Keberkatan dalam keputusan suami yang hasil mesyuarah setelah dengar cadangan isteri dan anak-anak. Keputusan dengan letak Allah dan Rasul saw di depan. No 1 dalam hidup.
Bawa pasangan berjuang di jalan Allah dan galakkan suami berjuang di jalan Allah. Saling mencintai tapi kadang-kadang sedia berkorban demi Islam tersebar ke seluruh dunia. Khadijah ra habiskan semuanya demi Islam tersebar dan hidup..
Waktu malam atau lepas solat Fardhu sebut nama pasangan yang dicintai di depan Allah. Ya Allah betapa kasih diriku kepadanya, kau ampunkan dan berilah syurga tertinggi buatnya. Berilah bahagia dalam hatinya.
Cinta itu tiada istilah jemu dan letih dalam melaluinya atau mengungkapnya sehingga masuk syurga. Itulah cinta sejati yang tidak semua memahaminya melainkan yang telah mengecapi dan melaluinya...itulah Rasullulah saw dan para sahabah rhum- ebit lew



Ya Allah bantulah semua peniaga Islam yang jujur dan amanah. Berkatkan dan kayakan lah mereka dan jadikan mereka asbab hidayah. Saya sangat gembira melihat suasana hari ini dimana orang membeli dengan niat membantu. Dulu kita cuma cari mana untung untuk kita. Sekarang kita untung. Dan niat membantu saudara kita. Bezakan niat kerana Allah. Sesiapa menunaikan hajat saudaranya. Allah tunaikan hajatnya.
Baru ini saya pergi car wash dekat sri gombak. Pakcik haji tu kata untuk semua pendakwah dan ustaz saya bagi free. Saya kata hari ni jer yer abang haji. Lain kali saya nak bayar juga. Muka dia berubah. Free jerlah ustaz. Saya nak berdakwah juga. Saya kata haji doakan saya yer. Saya suka tengok tengah bandar macam ni ada orang macam abang hj buka car wash. Saya doakan terus maju jaya yer haji. Pekerjanya anaknya dan anak muda remaja kita.
Baru ni tengah malam televisyen saya rosak. Saya call seorang adik ni. Saya tengok dia pakai stokin. Saya nampak besi. Tanya tanya rupanya kaki sebelah takde dari kecil. Kena potong masa lahir sebab masalah saraf begitulah katanya. Allahu. Sebak terus malam dia datang naik motor. Saya beri sikit belanja padanya. Rasa sebak. Kuatnya dia bekerja. Allahu. Dia kenal saya. Ustaz yer. Allahu.
Kontraktor jujur. Seorang anak muda jaga solat dan rajin. Dulu susah jer. Sekarang dah maju asbab rajin, jujur dan amanah. Sayang keluarga. Saya doakan terus maju jaya yer asl contruction Malaysia. Rumah dan semua kedai saya beliau yang renovate. No beliau 0162118472 Semoga terus maju jaya dan berkat. Jom tolong sahabat kita mencari sesuap rezeki. Mereka takde pengiklanan besar-besar macam syarikat gergasi dekat luar sana.
Doakan juga ParamountCoffeeHouse yer. Semoga Allah terus berkatkan yer. Terima kaseh sesiapa yang dah singgah dan doakan
Tiga-tiga orang diatas orang Islam contoh hebat,kuat berusaha,jujur amanah. Orang paling baik dan rajin dalam dunia orang beriman. Itulah contoh kita semua. Nabi Muhammad saw. Semoga Allah bantu kita bila kita mula membantu saudara kita kerana Allah...-ebitlew


Sedih rasa. Masa keluargasunnah beberapa anak muda yang dah nikah. Ustaz, saya kecewa dengan perkahwinan saya. Isteri saya kasar, garang,kuat marah, tak reti melawa, tak layan saya sangat, tak pandai masak,tak rasa macam kahwin. Saya nak berpisah. Sekarang ni saya jumpa seorang ni betul-betul lain. Saya sayang dia. Dan dia baik, lemah lembut,semuanyalah. Saya rasa mungkin saya bahagia dengan dia.
Adik, dulu masa nikah kena paksa ke? Kenapa nikah awal. Mak ayah suruh ke. Ke kenapa? Bercinta tak? Tak ustaz. Saya bercinta, sayang dan nikah. Tak tahu lak tak bahagia.
Adik tahu tak bahagia tu apa? Cinta tu apa? Bahagia tu bila kita dapat bimbing pasangan halal masuk syurga. Cinta tu bila kita kenal Allah. Itu semua nafsu adik. Nafsu tak terurus. Rumahtangga dan nikah ini ialah cinta dan tanggungjawab. Tunai hak pasangan. Hak kita kurang maafkan dan berbincang dan bawa pasangan belajar ilmu kekeluargaan. Terus terang. Bukan bila suka kita kejar. Tak suka campak. Sampai bila nak macam tu.
Bila sayang semua tak kisah. Salah kita kurang semai cinta. Tiba-tiba beri masa dan tumpuan pada orang lain. Kita sayang orang lain. Mula kata pasangan sendiri. Berilah masa istighfar dan dekat diri pada Allah. Bagi mabuk tu hilang. Syukuri apa yang kita miliki. Itulah iman. Itulah cinta
Terima kaseh ustaz. Terima kaseh ustaz. Dia peluk saya menangis. InsyaAllah saya akan jaga dan bimbing isteri saya dengan baik-ebitlew




Memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak.
Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.. Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.
Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.
Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.
Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah... Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.. Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.
Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang isteri & anak-anak-ebitlew #keluargasunnahPerlis

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?
Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih..
Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang menemani hidup kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.
Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin...
Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan...ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita...
Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang...maafkan saya...
Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..
Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer...ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah..
Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah...
Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya...
Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga..
Sebagai suami yang baik. Bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.
Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga.
Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat. Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi..
Selamat Hari Raya Idul Adha. Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah-ebit lew #keluargasunnah #alorsetar



Dah lewat balik semalam. Tak sempat sambut hari lahir anak umur 4 tahun. Tadi lepas Subuh sebelum pergi sekolah potong kek untuk anak. Dari semalam anak bongsu saya nak video call. Tapi line kurang. Dia sedih sikit. Saya lagi sedih. Dah berapa hari sampai rumah 4pagi. Pagi-pagi dah keluar. Sekejap lagi terus ke Utara keluargaSunnah.
Selamat hari lahir anakku sayang. Jika ada bayaran berapalah bayaran buat bidadariku? Pasti tiada harta sebanyak dunia dapat membayar jasanya. Mengandungkan 9bulan. Allahu. Saya ni nak bawa dompet pun tak suka. Pakai jam pun tak suka. Bidadariku 9bulan anak ini dikandungannya. Sehingga kini pergi mana penuh beg bawa. Pampers,susu, makanan anak. Bukan seorang. 4 orang. Mainan anak lagi. Kesana sini bawa 4 anak ini.
Saya beberapa kali nekad nak bagi bibik. Bidadari saya tak nak. Katanya, biarlah pahala ini semua untuk dirinya. Biarlah beliau sendiri besarkan semua anak ini dengan pertolongan Allah dan rahmat Allah. Dan katanya nanti kita nak dating susah ada bibik. Dari dulu cita-citanya nak besarkan anak dan jaga suami kerana Allah. Redha Allah terletak oada dirimu suamiku.
Saya sebak menangis kasihan padanya. Sebab selalu busy sana sini dengan kerja dan dakwah. Ambil hantar anak sekolah. Sekolah macam -macam sekolah pagi sampai malam. Ya Allah tuhanku. Takkan mampu diriku nak berdakwah ke mana pun melainkan pertolongan dan rahmatMu ya Allah anugerahkan bidadari ini.
Kadang-kadang fikir. Bidadariku ini manusia ke bidadari. Ketabahan dan kekuatannya. Sejujurnya saya takkan mampu melakukan apa yang bidadari saya lakukan.
Bila orang puji atau hargai saya. Saya kata padanya semua kebaikan ini dari Allah. Pendakwah dan pejuang sebenar ialah ibu saya. Dan kini disisi saya bidadari saya. Ibu kepada anak saya. Doa wanita inilah dan keikhlasan beliau asbab saya berani dakwah kemana sahaja insyaAllah.
Selamat hari lahir Rayqal Uqashah lew. I love u. Semua anakku Safiyyah lew, Rayyan lew ,Qadeejah Lew. Dan paling ku cintai sayangi bidadariku. Terima kaseh Allah atas segala nikmatmu ini-ebitlew