Wednesday, May 29, 2019

KoleksiTazkirah Pilihan 103

*DOA BUAT ANDA*⭕
di saat Allah janji makbul doa dlm bulan Ramadhan yg kareem ini.
*Bismillahirrahmaanirrahiiiiim ...*
Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu. Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya. Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak-anaknya Soleh & solehah. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang. Mudahkanlah segala urusannya. Kabulkanlah cita-cita dan harapannya. Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan
jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.
*Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu*
‎ *آمين يا الله*

Jangan bina benci.
Jangan simpan benci.
Bina kasih sayang.
Kerana Allah

Siapa yg ingin mencari teman yg sempurna (tanpa aib), maka hidupnya akan bersendirian (kerana tiada org yg sempurna)
Siapa yg ingin mencari isteri yg sempurna (tanpa kekurangan) maka hidupnya akan membujang (kerana tiada isteri yg tanpa kekurangan)
Siapa yg ingin mencari kekasih tanpa rintangan, maka hidupnya akan sentiasa hal dlm keadaan mencari shj (tidak akn pernah berjumpa)
Ketika kita mencela dan mencaci seseorang kerana kekurangan atau aibnya, maka kita tidak akan jumpa seorang pun yang tidak akan kita cela kerana setiap orang punya kekurangannya yg sendiri.
Tiada insan yang sempurna melainkan kita berusaha menerima dan membaiki kelemahan itu ......
#dakwahislamiah

Jangan tutup pintu kebahagian dengan kesedihan.
Siramilah hatimu.
Dengan.
Kesabaran dan kasih sayang





Apabila kita mencari keindahan, maka itulah yang kita jumpa. In Shaa ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH Maha Indah. Subhanallah..
Semoga ALLAH sucikan hati kita dan istiqomah mencari keredhaanNya. Aamiin








Bidadari sayang, kenapa tangan sayang sejuk? Sejukkan pagi Ramadhan ini. Allah jadikan memegang tanganmu sesejuk Ramadhan ini. Sejuk sehingga ke hati abang. Terasa di hati abang betapa sayang padamu bidadariku. Indahnya dunia ini buat diri abang ialah memiliki dirimu bidadariku.
Tahu tak abang teringat mula-mula kita nikah dulu. Abang sujud syukur menangis. I love u sayang. Setiap hari abang jatuh cinta dengan bidadari abang. Yang baik dan menawan anugerah Allah. Melihat jatuh cinta. Berbual jatuh cinta. Bergambar bersama jatuh cinta. Berjauhan jatuh cinta. Solat bersama jatuh cinta. Buat Ta'lim bersama jatuh cinta. Masak atau dapat bantu sikit-sikit jatuh cinta. Memegang tangan jatuh cinta. Tunggu anak tidur dan dapat berbual-bual rasa jatuh cinta. Kacau bidadari abang dekat dapur jatuh cinta. Berdakwah bersama jatuh cinta. Teman sayang sakit jatuh cinta.
Terima kaseh Allah pemilik cinta ini. Teruslah berilah rasa cinta ini sampai syurga sepanjang Ramadhan ini, dan sehingga melangkah menuju Redha dan keampunanMu ya Allah-ebitlew


Ustaz nak bawa kami kemana. Bestnya nak beli baju raya ke? Dekat mana ustaz? Sebak bila bawa anak ini jalan-jalan dekat sogo. Hari-hari bidadari saya tanya abang bila nak bawa anak-anak jalanan,yang diuji Allah, kurang kemampuan dan ada anak yatim g beli baju raya
Penuh kereta saya melebihi muatan. Duduk ramai-ramai. Ada lagi 2 kereta. Masuk jer sogo meriah terus. Layan anak ini buat saya rasa bahagia teramat sangat. Saya gembira sangat dapat belikan yang terbaik buat bidadari dan anak-anak. Hari ini dapat bawa anak-anak ini buat saya rasa bahagia. Rasanya macam best sangat. Syukur pada Allah atas nikmat melihat senyuman anak-anak ini. Try kan baju. Carikan saiz. Layan anak lelaki dan layan anak perempuan semua ini. Ada yang menangis nak baju tapi takde saiz. Hehe. Meriah rasa
Ustaz nak ini. Ustaz nak makan. Jom kita semua pergi makan. Semua minum milo ais. Hehe. Sepanjang jalan berebut nak pegang tangan saya. Berebut nak duduk dengan saya dalam kereta. Berebut nak cium tangan. Cakap terima kaseh. Ada yang nak peluk saya. Sedih,sebak,bahagia rasa. Allahuakbar. terima kaseh Allah-ebitlew

Sebak sangat dan bertuah saya dapat ziarah anak nama iman 14 tahun ini yang sangat baik. Sebaik dapat mesej dari keluarganya yang iman ingin berjumpa saya. Sedih sangat, menangis dalam kereta sepanjang kl ke seremban. Depan iman tadi tahan jer air mata. Pohon doa sahabat semua yer buat adik iman ni yer. Syukur perjalanan dari kl lancar dan muda ke seremban tadi. Anak ini sedang menahan sakit
"Saya dgn penuh pengharapan ingin minta jasa baik ustaz utk memenuhi hajat anak sulung saya iman yg kini menghitung hari kerana sudah tidak ada rawatan di hospital lagi utk iman. anak saya menghidap burkitt’s lymphoma stage 4 dan lumpuh dari kaki hingga ke dada dari julai 2018, iman bed ridden dan tdk boleh bergerak bnyk kerana bengkak dan sakit2 diseluruh badan"
Tadi iman tanya kenapa dia terpilih dan sakit. Iman semuanya cuma hanya ada 1 jawapan sebab Allah sayang iman. Iman sedang diberikan kedudukan macam Nabi-nabi dan sahabat rhum yang berjuang dijalan Allah. Iman doakan ustaz yer. Iman hensem, baik,Allah sayang. Semoga diberi kejaiban dan kekuatan buat iman dan buat makayah dan seluruh seisi keluarga. Pohon doa sahabat semua yer buat iman. Iman solat lagi walau sakit. Dan tadi saya dengar anak ini baca fatihah buat saya sedih. Iman cakap terima kaseh. Iman pohon doakannya.
Mak ayah iman ustaz ustazah. Ini anak sulung mereka. Kuat yer ustaz dan ustazah. Allahuakbar. Allah sayang..Terima kaseh-ebitlew

Ya Allah sebak pusing dijalanan petang ni di kl. Tiba-tiba jer terjumpa pakcik ni. Berbual-bual ajak kenal Islam. Siapa sangka uncle bangsa cina umur 60an dapat ucap syahadah. Ya Allah. Syukur menjadi saudara baru kita. 16Ramadhan. 21/5/2019. 3petang. InsyaAllah doakan nanti bantu daftarkan dan ajar Islam serta bantu apa yang patut. Sebak rasa. Syahadah kunci syurga. Syahadah kunci keampunan dan Redha Allah-ebitlew

Bidadariku sayang... Ingat lagi tak, dulu dekat sinilah honeymoon kita masa lepas nikah. Susah-susah datang. Nak check inn dan nak makan buka dompet. Oh dekat sini tak boleh mahal. Oh sini mahal. Tak cukup duit. Takut kereta mati tengah jalan. Minyak habis. Keluar masuk sini sana.
Terima kaseh bidadariku sudi nikah dengan abang yang miskin dan takde apa-apa ini. Ya Allah..Cian sayang masa tu.terima kaseh ya Allah. Ya Allah diriku terlalu cinta sayang padanya. Cintailah dan sayangilah padanya. Jagakanlah bidadariku ini sentiasa bila-bila dan dimana sahaja. Ya Allah yang Maha Penyayang tidak terhitung segala nikmatmu.
Hari ini kita datang lagi ke sini setelah Allah kurniakan 4 orang anak. I love u sayang. Bestnya dapat berbuka dekat berdua sayang
Terima kaseh ibubapaku. Terimakaseh kedua mertuaku
Tak tahu nak cakap apa. Tapi sebak menjejaki saat manis kita berdua dulu. Perjalanan rasa syukur atas pernikahan dan diberi bidadari secantik dan sebaik ini. Terlalu besar pengorbananmu bidadariku. Sorry yer selalu busy sangat. I love u sayangku bidadariku. Betul-betul rasa rindu,sayang,cinta padaMu kerana Allah dan ingin bersama selamanya dalam syurga-ebitlew
#keluargasunnah www.keluargasunnah.com oktober2019

Sebak tadi jumpa dengan seorang student ipta cantik orangnya ingin tahu tentang Islam dan ada keinginan memeluk Islam. Saya segera ajak jumpa di Paramount Coffee house Putrajaya. Dengan kerelaan hati sendiri beliau mengucap syahadah. Katanya tak sangka dapat mengucap. Dengan bantuan beberapa orang yang baik dikelilingnya bawa berjumpa dengan saya. Syukur Allah kurniakannya Islam dan mengenal Allah
Lepas mengucap beliau menangis sebak. Semua yang melihat menangis. Beri pelukan padanya ucap tahniah. Saya tanya padanya apa rasa selepas ucap syahadah. Katanya tak sabar nak belajar dan nak tahu semuanya tentang Islam. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Tahniah adik Allah sayang. Syukur ya ALLAH. Menangis terharu gembira ya Allah. Syahadah Khamis 11malam 23Mei2019 / 18Ramadhan -ebitlew

Menangis masa bila pergi ke rumah orang tua di kl. Berbual, memeluk mereka terasa dah lama kenal. Rasa keluarga. Allahuakbar. Dunia hari ini semua sibukkan. Ya Allah. Tempat ini terhad dan lebih kepada yang tak boleh nak gerak, lumpuh dan perlukan rawatan dan fisio. Abang ni terbaring dari dulu tak tahu sapa mak ayah. Tapi ada saudara atau keluarga angkat hantar ke sini. Allahuakbar. Ujian abang ni.
.
Ada yang ramai anak tapi yerlah suasana kl nak kena urus anak lagi. Ya Allah sedih sangat sebenarnya. Paling sedih pernah saya jumpa di rumah orang tua lain ada yang dah kemas beg nak tunggu anak ambil tapi tak datang-datang dah berbulan sampai raya pun. Sedihnya ya Allah. .
Takperlah ustaz saya maafkan anak saya. Saya tak nak susahkan mereka.tak larat mereka nak jaga saya. Saya berat susah nak pergi tandas. Masing-masing puji dan coverkan anak masing-masing. Begitulah ibubapakan. Mereka sentiasa berkorban untuk anak-anak
.
Ada satu tempat tu saya pergi semua kata baru duduk tapi bila cek sebenarnya dah lama disana. Ya Allah semoga Allah jagakan pakcik makcik disini dan semua rumah orang tua diluar sana. Allah beri hidayah pada diri saya dan semua anak diluar sana dapat menjaga orang tua disaat tua mereka nanti. Ya Allah maafkanlah diriku ini
.
Dulu masa kecil kita anak kata. Ibu ayah nanti saya dah besar saya jaga ibuayah. Saya takkan tinggal ibuayah. Saya akan buat itu ini. Saya sayang ibuayah. Satu hari, ibubapa sakit. Anak mula gaduh satu sama lain. Semua busy. Semua dah lain. Cakap atau pandang ibubapa dah lain. Ya Allah
.
Ada seorang tu saya jumpa. Anak 7 orang. Tanah bagi pada anak-anak. Habis harta bapak dia hantar ayah rumah orang tua. Raya jer ambil tengok sekejap. Biasa lepas mak atau ayah meninggal
.
Ada follower saya di fb dan insta. Mereka peluk saya. Saya sayang mereka.kerana Allah. Dapat peluk kami masing-masing sebak. Kuat sangat semangat dan hati jaga solat dan khatam Al-Quran sentiasa. Tahniah buat semua yang menguruskan rumah orang tua-tua dan memberi khidmat pada mereka. Semuanya kerana Allah sayang. Kerana Allah sayang. Ya Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #pertubuhankasihumat


Semalam sempat bawa bidadari dan anak-anak berjalan. Nikmat best dan suka menunggu bidadari gi shopping. Wanita sibuk membeli belah pakaian suami, pakaian anak-anak. Mereka membuat hari dalam hidup ini bermakna. Tanpa mereka semuanya tak sama lagi. I love u bidadariku
Jangan marah bila isteri nak beli baju raya. Sibuk nak itu ini sebelum raya ini. Isteri biasanya sedar dan akan ikut kemampuan diri dan suami mereka. Isteri tanya suami nak baju raya macam mana?kita jawab lebih kurang dan buat tak tahu jer kadang-kadang. Ikutlah baju mana-mana pun takper. Seorang isteri setiap hari memikir pakaian setiap ahli keluarga. Sanggup berjalan seorang diri demi suami dan anak-anak. Kadang-kadang mereka bawa semua anak kecil seorang diri untuk melengkapkan hari raya suami dan anak-anak.
Suami dan anak kata. Takperlah sayang. Takperlah mak. Cukuplah. Ala kadar sudahlah. Pakai dulu punya pun boleh lagi.
Seorang wanita takde rehat dalam hidupnya. Lama bila beli baju. Mereka cari paling cantik. Paling sesuai dan harga yang bersesuaian.
Saya bila tengok isteri shoping dan saya tolong jaga anak-anak semuanya. Saya gembira kerana teringat ibu saya. Merekalah pelengkap hidup kita orang lelaki.. Buat yang masih ada isteri dan ibu hargailah mereka. Kenangan menunggu mereka bersiap itu indah. Saat tunggu mereka shopping itu indah. Saat melayan cerita isteri dan soalan mereka mengenai pakaian, makanan, langsir, dan pelbagai perkara lagi amatlah nikmat.
Ramai orang ini diuji kehilangan orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup. Ayuh kita bantu sikit-sikit mereka yang susah di hari raya ini. Ya Allah buat saudaraku yang sedih di luar sana bahagiakan hati mereka. Buat mereka yang sedang diuji berilah kelapangan dan ketenteraman dalam hati mereka. Berilah syurga paling tinggi buat keluarga kami semua yang telah sampai sana dulu-ebit lew











Mengapa diciptakan syaitan? Supaya kuat pergantungan kita kepada Allah!

Jangan hanya minta apa yang diingini tetapi mintalah hati yang dapat menerima apa sahaja yang diberi!

PENDOSA TIDAK LAYAK MENGHAKIMI PENDOSA. PADA SESAMA KITA HANYALAH MENGINGATKAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN.
"Jika kamu melihat seseorang sedang melakukan dosa di malam hari. Di esok hari, jangan lagi kamu lihat orang itu seperti pandanganmu semalam. Boleh jadi, dia telah bertaubat di waktu subuh, sedang kamu tidak mengetahuinya."
- Sayyidina Ali Bin Abi Thalib -

Bersederhana itu selalu menyelamatkan. Jangan keterlaluan, itu sering menimbulkan penyelesalan.


Doa seorang ibu boleh mempengaruhi kehidupanmu.
In Shaa ALLAH.

Manusia itu berasal dari tanah..
Makan hasil tanah..
Berdiri di atas tanah..
Akan kembali ke tanah..
Kenapa masih bersifat langit..?
-Hamka-

Hidup itu indah jika kita selalu bersyukur atas semua yang ada.
Say ALHAMDULILLAH

Jangan pandang kejahatan orang macam dia pasti ke neraka..
Jangan pandang kebaikan sendiri macam kita pasti ke syurga.



Rezeki sempit jer..kenapa saya? Kenapa nasib begini? Bertimpa-timpa?Nak tahu tak sebabnya..
Sebabnya kita tak mendoakan dan terima kasih pada pasangan atau orang yang masak untuk kita. Tidak terima kasih pada ibubapa. Dalam kata lain tak bersyukur. Baca doa ini insyaAllah rezeki mencurah-curah.. Baca doa minta Allah tambahkan rezeki orang yang kita sayangi.
Allah bagi rezeki Allah. Siapa bagi nikmat semua. Allah. Terima kaseh Allah. Selalulah doakan isteri yang memasak dan suami yang mencari nafkah. Syukur dan doa rezeki melimpah ruah. Bila kita suka marah dan complain rezeki hilang-ebitlew Paramount Coffee House #sedapsangat#waffle #nasigoreng #nasilemak # #jomjemputdatang #paramountcoffeehouse #triplechocwaffle


Melatih Hati Agar Tenang


Wahai Saudaraku,

Ketika hatimu merasa sunyi, maka BERZIKIRLAH kerana ALLAH itu Maha Mendengar.

Manakala ketika hatimu merasa gembira, maka BERSYUKURLAH kerana ALLAH itu Maha Memberi.

Wahai Saudaraku,

Ketika hatimu di dalam keadaan sedang marah, maka BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH itu sangat Maha Pemaaf.

Dan ketika mana hatimu merasa sangat sedih, maka BERSUJUDLAH kepada ALLAH. Kerana ALLAH itu Maha Pengasih.

Wahai Saudaraku,

Ketahuilah terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.

Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya yang baik buat kita.

Wahai Saudaraku,

Latihlah hatimu untuk BERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH.

Bahkan latihlah hatimu untuk sentiasa BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia.







Wahai Saudaraku,

Latih hatimu untuk BERSYUKUR sentiasa, kerana Insha ALLAH kita akan merasakan bahagia.

Dan latihlah hatimu untuk sentiasa menjadi orang yang sering MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan di hatimu itu akan sirna.



Semoga kita semua dapat mengamalkannya. Insha ALLAH dan semoga hidup kita akan sentiasa di dalam ketenangan.

Bahkan yang lebih utama adalah semoga kita sentiasa di dalam payungan rahmat dan redha ALLAH. Insha ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Maka aku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.

Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. Insha ALLAH.

????????? ???????? ????????????



Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Al Faqirah Qoba Qausain Au Adna.








Malu nak mengaku cinta alQuran, jika di bulan Ramadhan pun tak mampu nak khatam.

Apabila Ingin Allah berbicara dengan kita, baca & fahamilah alQuran.

Ketika kita Ingin berbicara dengan Allah, dirikanlah Solat.

Ya Allah.. maqbulkan segala hajat hambaMu,
Lepaskan daripada belenggu kesedihan dan dukacita,
Gantikanlah kehilangan dengan yang lebih baik,
Kurniakanlah kepada mereka yang sedang menantikan zuriat dalam rahimnya,
Temukanlah mereka yang sedang mengharapkan jodoh pasangan yang soleh dan solehah,
Lapangkan rezeki yang barakah buat kami,
Jauhkan kami daripada sifat cintakan dunia dan kebakhilan,
Berilah kami kesabaran, kekuatan dan ketenangan saat diduga dengan UjianMu,
Ya Allah, bantulah kami menjadi hambaMu yang taat, Ummat nabi Muhammad SAW yang meneruskan perjuangan Baginda, Anak yang soleh, suami isteri yang sabar dan redha, ibu bapa yang Mithali buat anak-anak, saudara yang baik sesama Islam dan manusia.
Ameen ya Rabbal Aalamin..


Meriahnya hidup kita sekarang, ramai orang sekeliling.

Alam Kubur nanti, sunyi sepi dan keseorangan.
ALQURAN lah peneman.

Usah mengeji, mengata, mengumpat, menghina, memperli, itu ciri takabbur.

Ibadah kita tidak seberapa, jangan pula ditambah dosa.

Harta dunia yang boleh dibawa mati ialah SEDEQAH,

Lagi banyak diberi lagi banyak harta disana. Skim cepat kaya Dunia Akhirat.


Benar, kita tidak boleh memilih bila dan dimana akan mati, namun kita boleh memilih cara bagaimana untuk mati. Rancanglah kematian sebagaimana kita merancang kehidupan.
"Seseorang itu akan mati berdasarkan apa yang dia cintai" (mafhum Hadis), saban hari di bulan Ramadhan ini pelbagai kematian sangat indah Allah perlihatkan, ada yang ketika mengalunkan azan, saat baca Quran, sedang solat, menuju jalan sedeqah, perjalanan kpd binatang terbiar utk diberi makan, menuju Masjid & majlis ilmu, dll. SubhanAllah, mereka semua pergi dlm keadaan mereka mencintai apa yg dicintai Allah. Kita pula.. Apakah amal soleh yg membawa HUSNUL KHATIMAH ?

Kita akan mati & hidup kembali dengan apa & siapa yang kita cintai,

Suburkanlah dalam hati cinta ❤️ alQuran dan Rasulullah SAW

Walaupun tidak layak, namun tetap berharap,

Ya Allah, kurniakanlah buat kami SYURGAMU tanpa dihisab tanpa diazab


Kita harap dan rasa Allah terima amal baik kita,

Tapi ingatlah, Allah hanya terima yang IKHLAS walau sikit tapi tak ungkit.

Wednesday, May 22, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 102

Antara dosa² yang mendatangkan azab dalam kubur:
1- Mengumpat.
2- Mengadu domba.
3- Tidak bersihkan diri dari najis air kencing.
4- Tidak Solat.
5- Mendakwa sesuatu yang tidak benar terhadap Allah swt.
Antara Amalan yang menyelamatkan diri kita dari Azab kubur:
1- Jaga kebersihan.
2- Ambil wuduk yang lengkap.
3- Jaga solat mengikut waktu.
4- Bersihkan lidah kita dari mengumpat.
5- Taubat sebelum tidur.
6- Baca Surah Al Mulk (Tabarak).
Laila sa'edah


Bila org membantu kita ..ingat itulah bantuan Allah ..melalui org itu..bersyukur pada Allah dan berterima kasih pd orang


Allah..sayang pd hambaNya..bila kita ada masalah dihadirkan insan utk membantu kita

Pengingat untukku 💦
Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapak (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pertengkaran) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Karena hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berhemat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mau berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap terlena dan langsung tak membuka hati terhadap panggilan Allah malah tetap terlena dengan kemewahan dunia, berkumpul dengan rekan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²
Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang di saat mengandungnya berserta dengan menyusuinya dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang telah sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhoi dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan mobil mewahnya, tanaman Duriannya, ternak kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibada di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayani nafsu yang marak menyala padahal kerut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang mwrasa masih sehat, walaupun sahabat2, saudara banyak yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak disangkaaa...muda, sehat lg, tp meninggal di usia muda.."
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih lalai dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kodrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih peka untuk menyahut panggilan pulang.
Sehingga tiba saat roh kita diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkanny.?!
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]


Nota Ramadhan 1
kenapa Allah beri ramadhan kepada kita. kerana amalan kita tak cukup. amalan kita sedikit. Allah bagi ramadhan untuk mencukupkan saki baki pahala kita yang tak cukup. Ramadhan ini akan meperbanyakkan ibadat kita. meperbanyakkan pahala kita. sebab bulan ini pahala kita akan berganda-ganda. dalam tempoh satu bulan sahaja.
Ditambah pula dengan laitaul qadar. atau malam alqadar. 80 tahun pahala. umur kita belum tentu dapat mencapai 80 tahun. bayangkan kalau sepanjang hidup kita dapat jumpa 10 kali laitul qadar. dan kita beribadat di dalamnya. sudah tentu kita telah dapat paha;a ibadat 800 tahun. banyak tu tuan-tuan. MasyaAllah bersyukurnya kita Allah bagi ramadhan kepada kita

Nota Ramdhan 2
Maksud ramadhan ialah panas. Jadi ada orang kata panas apa, saya jual air batu. panas apa..baru-baru ni hujan. mengikut ulama panas di sini juga bermaksud panas yang ada dalam dada kita. bulan ini ada makan depan kita tapi kita tak boleh makan. maka panaslah hati kita. Jadi ramadhan itu sebenarnya menguji kepanasan hati kita. kita lapar kita dahaga. itu yang bila kita pergi ke bazar ramadhan semua kita nak beli. berjenis jenis makan..berjenis jenis air..sebab hati kita kepanasan..sudah-sudahnya tak habis juga makanan itu ..tak habis juga air air itu.

Nota Ramadhan 3
satu lagi keistimewaan bulan ramadhan ini kita dapat duduk bersama untuk makan..sama ada waktu berbuka atau bersahur..kalau dalam bulan bulan yang lain mungkin tak jumpa..kadang-kadang ayah tiada..kadang-kadang ibu yang tiada..sibuk semacam..sibuk memanjang..masa ini kita boleh tengok pelbagai ragam anak-anak kita.

Nota Ramdhan 4
Istimewa ramdhan juga kita boleh buat ibadat dengan lebih baik berbanding bulan-bulan lain. solat sunat yang banyak. baca quran boleh habis 30 juz..yang mana bulan kita mungkin tak mampu melaksanakannya..malam pula bangkit solat tahajud.





Soal Jawab
1. Kalau ayam berkokok dikubur dia bolih tahu ke mayat didlm keadaan mcmana?
- Bolih jadi betul boleh jd dok,krn ade hadis berbunyi mayat org soleh akan kata cepat sikit bawa aku ke kuburan krn dia nmpk kesenangan dan bila mayat org jahat dia akan bkata celakalah aku maka saat itu nabi kata semua dengar kecuali manusia.
2. Bolehkah tuka jantina?pakai pakaian perempuan dok saloh dr sisi undang2?boleh ke?
- Manusia ni ade 3 jenis iaitu laki laki pure,perempuan pure dan ketika org yg ade dua alat jantina yg berbeza iaitu khunsa,tp khunsa ni tak ramai,kalau khunsa ni lebih cderung kpd guna alat sulit wanita maka dia wajib jd wanita,jd khunsa musykil plok dia boleh guna belaka alat sulitnya,maka stgh pdangan kata dia bolih jd belaka samada laki atau puan,jd kalu dia lelaki tp dia nk pakai perempuan dok bulih,jgn buat buat pondan,kalu jenis mmg dia lelaki lembut itu tak salah dsisi syarok krn itulah keuzuran padanya.
3. Kalu smyg ade dakwat pen ni guana?Sah dok smyg?
- Leni ni kalu dakwat pen kebiasaanya dia tertanggal dah jirim yg mhalang air,yg ade cuma warna sahaja,warna xhalang air ssmpai ke kulit jd xdok mslh solat masih sah.
4. Nazar ni lagumana?
- Kalu nazar mende lagho dok jd nazor,nazor nk bjalan kaki jauh krn menang bola tu bukan nazor krn nazor ni mestilah kene perkara yg mberi faedah akan dirinya,kalu sia sia pbuatan itu maka tidak dikira nazar sbb tu lah kene mari belajor dengor,leni ramai yg jahil agama bernazar mende pelik pelik,yg jadi gtu krn jauh dgn ulamak dan majlis ilmu sbb tu jd ikutdang skali leni.

Thursday, May 16, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 101

Bagi org yg jujur itu ada 3 tanda
Tanda2nya:
1 .merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yg menimpanya
DAKWAHMINDA

Payah nak buat tapi cubalah.
Nak hidup bahagia kena banyak MEMAAFKAN Orang..
Jika ada yang menyakiti kita ..anggap saja mereka TAK SENGAJA..

Amalan yang hebat namun sukar dikendalikan oleh hati:
1) Seorang kaya merendah diri pada seorang fakir.
2) Ibu bapa meminta maaf pada anak-anak apabila melakukan kesilapan.
3) Sang muazzin tetap istiqamah melaungkan azan walau pun tiada seorang datang menyahutnya.
4) Tetap bersedekah walau dalam kesusahan.
5) Memaafkan orang sebelum orang meminta mahu pun tidak dipinta.
6) Bersyukur saat susah mahu pun senang.

BILA HATI MATI, HILANGLAH ERTI SEBUAH KEBAHGIAAN.
1) Wahai temanku, jika kita melakukan maksiat, ketika itu, hati kita akan rosak. Dan, andai kita bertangguh dalam taubat serta terus-menerus melakukan dosa, HATI kita akan mula MATI.
2) Bila hati kita mati, ketika itu, musnahlah kebahgiaan. Kerana, bahagia itu terletak di hati. Ya, mungkin duit kita banyak, rumah besar, isteri cantik, cemerlang pelajaran, dihormati, disanjungi, dikenali ramai. Namun, belum tentu bahgia.
3) Kerana itu, Allah swt telah berfirman dalam surah Taha ayat 124:
(وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِی فَإِنَّ لَهُۥ مَعِیشَةࣰ ضَنكࣰا وَنَحۡشُرُهُۥ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ أَعۡمَىٰ)
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya KEHIDUPAN YANG SEMPIT, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Inilah janji Allah untuk orang yang bermaksiat. Hidup yang tidak tenang, sengsara, resah gelisah, rasa seolah ada bend yang tak selesai, murung, tertekan, diulit masalah demi masalah seolah tiada jalan keluar. Itulah hakikat orang yang berpaling dari Allah.
4) Namun, usah putus-asa. Setiap penyakit, pasti ada ubat. Kematian hati juga ada ubatnya. Jika kita ambil, hati kita akan mula hidup, benih-benih iman akan mula subur, dan bahgia akan hadir wahai temanku. Apakah dia? Jawapannya, kembali pada Allah!
5) Allah berfirman dalam surah Arra'du ayat 28:
(ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ)
"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
6) Dalam ayaًt ang lain, surah An-Nahl ayat 97, Allah swt berfirman:
(مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَة
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.."
7) Masih belum terlambat wahai sahabat. Peluang untuk kembali itu sentiasa ada. Tinggal kita mahu atau tidak sahaja.
Moga Allah swt beri kita hati yang salim, hati yang tenang tenteram, hati yang hidup, dan hati yang terang.


JANGAN PERNAH RASA SELESA

Hidup ini, selagi belum tiba ajal, selagi itu masih belum tamat perjalanan dan kisah hidup kita menuju Allah.

Jangan rasa selesa, jangan pernah.
Ya, hari ni mungkin kita dapat baca Alquran, solat, puasa dan akhlak kita baik, serta terselamat dari dosa besar, diberi taufiq untuk bertaubat dan rasa nikmat serta ringan untuk beribadah.

Tapi, selagi belum mati, selagi itu GODAAN IBLIS datang bertubi-tubi, dari segenap penjuru, depan belakang, kiri dan kanan, untuk merosakkan kita, menghancurkan kita, membinasakan kita, dan mengheret kita ke lembah maksiat.

Kerana itu...

1) Jangan pernah berbenti berdoa agar Allah tetapkan hidayah yang Dia telah beri.

Allah swt ajar pada kita satu doa yang cukup indah:

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

"Ya tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami, setelah kau beri hidayah pada kami, dan kurniakanlah rahmatMu pada kami, sesungguhnya, Engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya..."

Juga, antara doa yang perlu kita amalkan setiap hari ialah:

يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

"Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, TETAPKAN HATI kami dalam agamaMu dan dalam mentaatiMu..."

2) Juga, sentiasalah meminta ampun pada Allah, jangan pernah rasa diri hebat, sombong dan lalai dari taubat.

Lazimilah istighfar 100 kali setiap hari, dan jangan pernah tinggal berdoa agar Allah ampunkan dosa kita.

3) Apapun keadaan, jangan pernah tinggalkan jalan dakwah dan tarbiah. Kerana dakwah adalah jalan lurus yang di bawa oleh para nabi dan rasul, para sahabat, tabiin dan tabi' tabiin. Putus-asa macamanapun, ikatlah diri dengan dakwah tarbiah. Sakit hati dan kecewa dengan sesetengah sikap para pendakwah sekalipun, usah tinggalkan dakwah tarbiah.

Allah swt berfirman:

(قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِیلِیۤ أَدۡعُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِیرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِیۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَاۤ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِینَ)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, menyeru manusia kepada Allah(Dakwah) berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

Akhir sekali...

Jangan pernah putus-asa berdoa ada Allah agar matikan kita dalam keadaan husnul khatimah, kematian yang diredhaiNya, kematian yang menghidupkan hati-hati ummah, dan kematian yang mulia.

Doakan juga hidayah dan maghfirah untuk seluruh umat, seluruh alam sampai hari kiamat.

- Adnin Roslan -



3 perkara setiap kita akan diuji oleh Allah setiap hari, mungkin satu pun kita tidak mempedulikannya :
1. Umurnya pasti berkurang setiap hari tapi kita buat tak kisah. Kita hanya tersentak jika duit tidak cukup. Duit boleh diganti sedangkan umur tidak dapat diganti.
2. Kita mendapat rezeki Allah setiap hari. Jika dari sumber halal, kita akan ditanya oleh Allah bagaimana rezeki itu digunakan. Jika dari sumber yang haram, kita akan dihukum oleh Allah. Kita sendiri tidak tahu apa keputusan hisabnya di akhirat nanti.
3. Akhirat makin menghampiri kita sedangkan dunia semakin menjauh daripada kita. Tapi kita mengambil berat kepada dunia lebih daripada akhirat. Kita sendiri pun tidak mengetahui sama ada akan masuk syurga atau neraka.
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dunia sebesar-besar keinginan kami, janganlah jadikan neraka tempat kesudahan kami, jadikanlah syurga tempat tinggal kami yang sebenar."
-Al Fadhil Ustaz Ustaz Rusdi Alias -


Antara tanda Allah nak makbulkan doa kita adalah, Allah beri taufiq (kekuatan) pada kita untuk kita doa perkara yang sama (perkara yang Allah nak kabulkan) berulang kali, dan banyak kali.
Imam al Bannani pernah menyebut, bahawa tanda Allah nak makbulkan doa seseorang, adalah Allah memberikan kita kekuatan untuk berdoa sesuatu perkara tu.
Sebab itu, jangan putus asa untuk doa berulang-ulang kali. Dan lagi satu, doa tu adalah doa yang kita faham (sebaiknya b.melayu kalau tak faham arab) bukan sekadar main hafal tapi tak faham apa-apa.
Sebab doa ni bukan semua orang rajin buat, dan nak buat. Apatah pula doa yang sama di ulang-ulang dan banyak kali.
Dan terakhir, BE SPECIFIC dalam berdoa. Bukan semata-mata doa umum, tapi bersifat spesifik atau khusus. Moga kita banyakkan doa dalam Ramadhan ni dan moga Allah kabulkan.


Kita tengok baik dan solehnya seseorang, belum tentu kita tahu betapa susah dan ‘struggle’nya dia meninggalkan maksiat yang masih melekat dalam jiwanya.
Kita tengok seseorang buat maksiat, belum tentu kita tahu betapa berusahanya dia menjadi soleh dan mengimpikan hidup bebas maksiat.
Marilah kita doakan semua orang khususnya diri dan keluarga kita moga diberi petunjuk dan kekuatan untuk taat perintah Allah sungguh2, jauhi larangan Allah sungguh2 dan dikurniakan untuk masuk Syurga firdaus tanpa hisab.

Thursday, May 09, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 100

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

rezeki itu penting.
Tapi jangan menghalang.
Untuk ibadat


Malas beribadat.
Berpunca nafsu.
Paksalah diri.
Utk ibadat.
Lawan nafsu

Nafsu tak boleh dibuang.
Cuma
Jangan ikut nafsu.
Biar nafsu ikut kita

Usia bukan syarat utk kembali kpd Allah..
Pulang kpd Allah sekarang.
Sebelum dipaksa pulang

Jika kita kehilangan.
Jangan sedih.
Akan ada gantinya.
Yang penting.
Hati sentiasa bersama Allah


Ujian kesenangan dan kemewahan paling besar.
Ialah.
Lupa Allah

Ajak lah org berbuat baik.
Agar pahalanya.
Mengalir kpd kita juga

Ujian itu menjadi ringan.
Apabila kita redha.
Dengan ketentuan Tuhan

Jangan mencari bahagia tetapi bawalah bahagia ke dalam rumah tangga kita. Bawalah lilin yang menyala bila bernikah. Jika lilin pasangan mu padam, kaulah yang akan menyalakannya. Sekiranya lilin pasangan mu menyala, beruntunglah kerana dapat menikmati lebih banyak cahaya.
Kebahagiaan itu dibina dari dalam diri...bukan dicari daripada diri orang lain. Ingat firman Allah: "Selamatkan DIRI mu dan ahli keluargamu dari neraka." Justeru, jika kau tidak bahagia, itu bukan salah pasangan mu tetapi salah diri mu sendiri.
Cintailah diri mu sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain. Jika dirimu sendiri tidak kau cintai, bagaimana kau mampu mencintai diri orang lain? Hanya orang yang ada cinta dapat memberi cinta...Percayalah orang yang tidak mencintai dirinya tidak akan mampu mencintai pasangannya!
Dan... untuk mencintai diri sendiri, terlebih dahulu cintailah Allah. Hanya dengan mencintai Allah, kita akan mampu mencintai diri sendiri. Justeru, sifir cinta dalam rumah tangga ialah: Pertama, cintai Allah, kemudian cintai diri dan ketiga...cintailah pasangan kita!

Berdepan dengan manusia, sama seperti berdepan dengan makanan yang tidak disukai. Jika tidak suka, berlalulah tanpa perlu mencaci.

BENAR WALAUPUN PAHIT
Teguran orang yang paling hampir dengan kita selalunya kebenaran, tetapi ia juga selalunya menyakitkan. Apabila pasangan kita memberi teguran, terimalah, walaupun pahit. Jika terlalu pedih, diamkan diri. Jangan melenting, apa lagi berdendam.
Selagi pintu hati kita tidak terbuka menerima teguran, selagi itulah kita tidak akan mampu membuat perubahan. Pedulikan niat orang yang menegur, samada dia ikhlas atau sebaliknya. Yang penting hati kita... cubalah ikhlas menerimanya.
Jika orang yang paling rapat dan paling menyayangi itupun enggan kita terima tegurannya, bayangkan siapa lagi yang boleh kita harap untuk menegur kita. Tegur menegur ialah tradisi sebuah rumah tangga yang baik.
Berikut ialah tips untuk memberi dan menerima teguran dalam rumah tangga:
1. Yang menegur cubalah ikhlaskan hati. Hati yang ikhlas akan menggamit datangnya bantuan Allah untuk memudahkan orang yang ditegur menerimanya.
2. Gunakanlah bahasa dan ayat yang lembut untuk menegur. Nabi Musa AS pun dididik oleh Allah untuk menggunakan kata-kata yang lembut untuk menegur Firaun.
3. Yang ditegur, dengarlah dengan mata, telinga dan hati. Anggaplah teguran itu sebagai suluh yang menerangi titik buta kita.
4. Jika menyakitkan, jangan membalas sebaliknya diam... ambillah tempoh bertenang untuk memikirkannya.
5.Yang menegur dan ditegur, jangan sekali-kali mempersoalkan keikhlasan pihak lain. Katakan dia ikhlas...cuma mungkin cara memberi atau menerimanya sahaja yang kurang tepat.


Kita ingin bahagia atau ingin kelihatan bahagia? Dua perkara ini sangat berbeza. Bahagia itu dirasai dari dalam, tetapi ingin kelihatan bahagia itu suatu yang ditagih dari luar. Bahagia itu tenang di hati. 'Kelihatan bahagia' itu hanya di mata.
Ramai orang berpura-pura bahagia hanya kerana ingin dilihat bahagia. Di hadapan orang, berpegang-pegang tangan dan bermanja-manja... acapkali segalanya dipaparkan melalui media sosial. Biar satu dunia melihat mereka bahagia!
Padahal, jika benar-benar bahagia itu dirasakan, selalunya ia tetap kelihatan walaupun tidak dipamerkan.
Namun ketika terlindung daripada pandangan orang, mereka sendiri mengakui malah merasai, betapa jauhnya jarak hati dan rasa. Cinta plastik dan 'kosmetik' ini hanya diburu oleh pasangan yang sakit jiwa. Mereka mendaki lebih tinggi hanya untuk meninggikan tempat jatuh.
Tidak salah romantik di hadapan orang tetapi biarlah berpada-pada dan sederhana. Jangan sekali sampai ke tahap mengada-ngada dan berpura-pura. Berlagak kaya akan menyebabkan kita papa, berlagak bahagia akan menyebabkan kita bertambah derita.
Orang tua-tua kita dahulu ada yang tidak kelihatan romantis, namun simpati dan empati terhadap hati dan perasaan pasangan mereka sangat tinggi.
Merekalah yang telah mengamalkan konsep 'love is a verb' dan 'unconditional love' tanpa mereka tahu pun istilah dan falsafahnya.
Justeru, tidak hairan, cinta mereka kekal sampai ke mati...Insya-Allah sampai syurga. Begitulah cinta para solehin, mereka jadikan cinta Allah sebagai tujuan dan cinta pasangan sebagai jalan. Mereka bahagia, tanpa bimbang apakah mereka kelihatan bahagia di mata manusia.
Justeru, jangan cuba menipu diri sendiri dengan cuba menipu orang lain. Bahagia yang 'dipublisitikan' hanya akan mengundang dengki manusia dan kita sendiri pun tidak dapat merasainya!
Ingatlah, bahagia itu dirasai dari dalam, bukan dilihat dari luar. Kadangkala yang melihat merasa kita dalam derita, tetapi kita yang merasainya...kita tahu itu bahagia. Ya, lebih baik, bahagia dalam derita berbanding derita dalam bahagia!
Wallahhua'lam.





Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Pahalanya berganda-ganda.

Pada bulan ini, umat Islam berebut-rebut meningkatkan amal ibadat.

Pesan Guru, “Jadikan tarbiyah madrasah Ramadhan ini sebagi persiapan menghadapi 11 bulan yang mendatang”.

Ini adalah sebahagian daripada amalan dan ibadat-ibadat yang dianjurkan di bulan Ramadhan.

1. Segera berbuka puasa (iftar) ketika sudah masuk waktu berbuka.

2. Sahur dan melewat-lewatkannya.

3. Meninggalkan perkataan yang keji/buruk.

4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa yang mana pahalanya sama dengan pahala puasa.

5. Menjaga diri daripada perbuatan dosa sepanjang hari seperti menjaga lidah daripada caci maki, bohong, ghibah (mengumpat), namimah (mengadu domba), sombong, menipu, menyindir, ingin tahu urusan orang lain, fudhul (banyak bercakap), buruk sangka, bangga diri dan perbuatan keji yang lain.

6. Solat Tarawih dan Witir.

7. Memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, bertadarus, berbuat baik dan ihsan terhadap keluarga dan jiran.

8. Banyak bersedekah terutamanya pada hari-hari terakhir bulan puasa.

9. Mandi junub sebelum masuk fajar supaya masuk ke dalam waktu puasa dalam keadaan suci.

10. Tidak memakai wangi-wangian dan segala sesuatu yang menyegarkan tubuh setelah masuk waktu zuhur.

11. Tidak berbekam dan seumpamanya kerana ia boleh melemahkan badan.

12. Menahan diri daripada hawa nafsu pada siang Ramadan kerana ini merupakan rahsia dan tujuan puasa.

13. Memperbanyakkan doa, istighfar, selawat dan zikir-zikir lain.

14. Berdoa ketika berbuka puasa.

15. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir.

16. Melakukan qiamullail pada setiap malam.


Sebaik habis ceramah tadi terus luluh hati saya mendengar perginya seorang alim yang saya amat saya hormati dan teramat saya kasihi yang mulia Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz. Seorang anak muda bisik pada saya. Ya Allah betapa sayunya hati ini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Telah perginya lagi orang alim yang banyak berjuang dan berkorban. Saya amat menyayangi beliau kerana Allah. Beliau memiliki seluruh ahli keluarga yang berada atas jalan dakwah. Allahuakbar.
Tinggallah orang berdosa terutama saya ini. Kamatian orang alim musibah yang sangat besar. Beliau selalu menangis demi agama ini. Menghargai setiap orang yang berdakwah.
Saya banyak kali hadir dalam kuliahnya kerana rumahnya dekat dengan rumah mertua saya. Selalunya kuliah Subuh. Dari muda pergi dengar kuliah dan pernah bersama dalam program yang sama memberi ceramah. Sehingga saat akhir masih berceramah dan memberi nasihat. Ada satu hajat dan nasihat almarhum Ustaz Hassan Din Al Hafiz dan begitu juga Almarhum Tuan Guru Harun Din inginkan penyatuan orang Islam menyayangi Islam dan membangunkan Islam bersama-sama. Bila kita kuat, bersatu dan berakhlak mulia akan menjadi asbab hidayah buat semua manusia. Terlalu baik orangnya. Ya Allah..
Ya Allah ampunkanlah dosa dan tinggikan darjatnya Murabbi kami Ustaz Hassan Din di sisimu.. Ya Allah berilah kerehatan kepadanya setelah beliau berpenat lelah dalam perjuangannya atas agama ini. Berilah kekuatan, kesabaran,dan jagakanlah seluruh anak dan ahli keluarga beliau dalam keberkatan dan meneruskan perjuangan ayahnya. Ya Allah maafkanlah kami semua. Satukan hati kami semua orang Islam di Malaysia dan dunia ini dengan kasih sayang dan berjuang untuk agama ini sehingga kami mati. Sehingga kalimah ini sampai kepada semua manusia di seluruh dunia sampai kiamat. Ya Allah bangunkanlah Daie Daie di kalangan anak muda Islam-ebit lew

Dah sampai rumah tengah malam dari Kuala Terengganu. Tengok bidadari dah tidur. Anak sulung jer tengah hafal Al-Quran. Bidadari dah pengsan urus anak-anak. Kasihankan. Tengok bidadari rehat tidur kebahagiaan buat saya. Ya Allah. Andai diberi pilihan mahu rasanya sentiasa bantu bidadari di rumah.
Perlahan-lahan masuk rumah. Sapu rumah, buang sampah, lipat kain sikit-sikit. Penat tau kerja ni semua. Sebenarnya kerja saya seorang suami. Bidadari saya buat semuanya. Ya Allah. Tak pernah merungut. Jika bidadari saya terjaga, dia tak bagi buat semua ini. Ya Allah sakit pinggang masa angkat baju dan lipat. Nak susun ikut almari masing-masing. Itupun ada seninya. Lepas tu start kereta pergi isikan minyak kereta bidadari saya. Sebab susah bawa anak 4 orang nak isi minyak. Cek angin tayar. Terima kaseh Allah.
.
Anak saya suka rakam saya untuk motivasi dirinya. Nanti supaya mereka ingat betapa pengorbanan uminya. Dan betapa ayahnya sayang pada uminya. Jadi kenang-kenangan yang baik. Terimalah ya Allah asbab kebaikan dan hidayah. Terima kaseh @aslconstruction malaysia renovate rumah 0162118472 rumah jadi kemas jer dan cantik


Sebak sangat bila jumpa dengan Raja Shamri abe raja. Kami berpelukan dan sebak menangis. Saya hormat padanya walau sebelah kaki palsu tapi menjadi inspirasi kepada ramai orang. Paling sebak bila dia letak kaki palsunya disebelah. Allahuakbar. Mengumpul duit bina rumah orang susah dan miskin. Motivator dan inspirasi kebaikan kepada ramai orang. Saya belajar dari kisah hidupnya. Terima kaseh abe raja. Saya tengok masa sarapan tadi mesranya dan kasih sayangnya pada isteri dan anak-anaknya. Subhanallah. Benarlah orang berjaya menghargai keluarganya.
Sangat baik dan rendah diri orangnya. Terharu bila beliau beliau hadir prokids menghantar anak-anaknya ke program saya. Jauh dari kelatan hadir ke prokids terengganu. Kami sarapan bersama tadi di TH Hotel kuala Terengganu. Baik sangat orang Terengganu. Seribu lebih pelajar yang hadir. Dua ribu lebih ibubapa bersama tadi. Syukur pada Allah. Terima kaseh orang Terengganu. Allah sayang semua. Nantikan oktober nanti keluargasunnah Tour untuk 18tahun ke 65 tahun+. -ebitlew

Sebak bila melangkah masuk dalam penjara. Ramai juga saya jumpa masa dalam penjara dengan kerelaan sendiri memeluk Islam. Puluh orang baru memeluk Islam. Allahuakbar. Begitu juga diluar negara. Saat di penjara. Rupanya disebalik semua ini dia menemui tuhan. Dalam sel mereka yang sangat kecil. 5 ke 7 orang satu sel kecil. Ya Allah panas takde kipas. 2 baldi kecil tempat berak dan kencing kongsi.Gilir-gilir berak kencing dalam baldi kecil tu. Takde tandas. Panas ya Allah. Berdoa nak angin. Bila dapat tiupan angin rasa sangat bahagia. 6petang sampai 7pagi duduk dalam sel kecil tu. Bersilang-silang tidur. Ngam-ngam jer. Ada yang bertahun, belas tahun, puluh tahun. Saya sekejap disana terasa bahangnya dan sakitnya. Dapat satu bekas air untuk wuduk. Air mata ya Allah bagaimanalah Neraka nanti yer. Selamatkan kami semua
.
Semua menangis masa dengar ceramah saya. Saya peluk mereka semua. Terkejut saya kerana sepanjang ceramah mereka menangis. Khusuk sangat dengar ceramah saya. Saya peluk seorang demi seorang. Mereka kerumun dikeliling saya. Ramai minta nasihat. Minta doa. Kami solat berjemaah sama-sama. Ramai bercerita kesalahan mereka. Waktu siang mereka ada yang ambil kelas agama sepanjang hari. Ada yang ambil kursus bengkel, menjahit dan bertukang. Ramai juga banduan yang kenal saya peluk saya. Maafkan saya disini takdir kita
.
Semua cerita bagaimana mereka ingin memeluk Islam kenal Allah dan solat. Saya tanya apa paling sakit dalam penjara ini. Jawab mereka paling sakit rindu pada keluarga. Rindu kehidupan dekat luar sana. Kedua paling sakit hitung masa. semua ingat hari dan tarikh. Tak sabar nak hirup udara luar sana. Bila masuk sana terasa beza betul rasanya ya Allah. Bila melangkah keluar terus rasa lapang udara. Ya Allah
.
Bila cerita mak ayah. Cerita anak-anak semua menangis. Rindu anak-anak. Saya cakap Allah sayang mereka. Jadikanlah sepanjang disini kekuatan supaya satu hari nanti bila keluar jadi manusia yang dekat dengan Allah dan sayang pada keluarga. Terima kaseh sangat pada boss di sana yang sangat baik benarkan saya masuk sel penjara dan berkongsi dengan mereka. Tak sangka. Allahuakbar-ebitlew #doortodoorebitlew


Hari ini hari sedih dan hati jadi macam tak bermaya sebak sangat bila turun jambatan ini. Dibawah ini pun ada orang tinggal. Paling menyangat hati jumpa 4 orang pemuda lagi. 2 orang sebelah sini. 2 lagi sebelah lain. Mereka duduk dekat bawah jambatan ini. Macam biasa sebelum turun walau berdebar saya doa ya Allah jadikanlah langkah ini menjadi asbab hidayah dan RedhaMu. Demi RedhaMu keberanian terus datang seperti biasa. Terima kaseh Allah.
Nampak jer saya terus diaorang cakap ustaz selamat puasa Ramadhan ustaz. Bangun dan terus salam dan cium tangan saya. Adik kenapa tinggal dekat bawah ini. Beginilah ustaz. Ustaz meh duk dekat alas kotak saya. Situ kotor dan sakit nanti. Atas ni bersih sikit dan lembut sikit. Bahaya bawah sini ustaz. Beraninya ustaz cari kami dekat sini Dulu ustaz pernah dakwah saya dekat atas sana.
Yeker adik. Itulah saya takut juga. Tapi lagi takut kalau Allah murka. Kerana Allah saya nak jumpa adik ini kerana sayang adik. Begini yer..Allah sayang adik semua. Allah beri iman. Jaga solat dan sentiasa ingat dia yer. Allah Maha Baik Maha Penyayang. Jangan pernah lupa dia. Jika nak kerja yang baik. Ustaz ada beberapa kawan yang nak bantu. Meh kita dekat diri pada Allah dan cari rezeki yang halal. Cian korang dekat sini baju 2helai jer tu. Mandi kena naik atas juga. Nanti malu saya, apa nak jawab pada Allah nanti. Dosa saya ni tau
Nanti Ramadhan takkan dekat bawah ini adik. Ya Allah janganlah macam ni. Nanti balik tengok keluarga yer. Seorang jawab. Baik ustaz. Tapi Hari Raya kat sini pun ok ustaz. Tak susahkan orang. Ya Allah
Meh peluk ustaz. Saya busuk ustaz. Saya kotor dosa dan maksiat. Najis ustaz. Ustaz nak solat nanti. Takper adik meh peluk ustaz. Tadi kawan adik yang bawah jambatan sana dah dapat kerja baik. Adik nak perbaiki hidup tak. Nak ustaz. Nak ikut ustaz. Jom adik-adik terus ikut ustaz tidur hotel dan kita solat. Esok lusa ustaz fikirkan untuk ko orang semua yer. Sebenarnya malam ini pun dah tak boleh tidur.
Pohon doa yer semua. Doa itu ajaib. Doa pada Allah yang Maha Kaya. Itu lebih penting. Doakan Pertubuhan kasih Umat Malaysia. Sesiapa ingin menyumbang atas nama
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Cimb Bank 8603546376

I love u sayang. Bidadariku,sedih ke abang busy sangat. Sorry yer selalu busy tak sempat tolong sayang dekat rumah..semua ini tugas abang. Terima kaseh sayang bidadariku.
Taklah abang. Sebab setiap kali abang ada dekat rumah kita mesti sempat dating berdua. Berdua-duaan. Mengadap berdua. I love u abang..jom selfie abang..jom sayangku bidadariku..
Abang setiap kali lepas solat tak pernah tak sebut nama bidadari sayang dalam doa. Ya Allah diriku sangat cinta sayang padanya. Cintai dan sayangilah dirinya..
Patutlah selalu rasa abang dekat hati sayang. Allah letak kita sentiasa bersama walau dimana-mana. Tiada yang dekatkan kita melainkan Allah..terima kaseh Allah atas nikmat ini-ebitlew