Bagi org yg jujur itu ada 3 tanda
Tanda2nya:
1 .merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yg menimpanya
DAKWAHMINDA
Payah nak buat tapi cubalah.
Nak hidup bahagia kena banyak MEMAAFKAN Orang..
Jika ada yang menyakiti kita ..anggap saja mereka TAK SENGAJA..
Amalan yang hebat namun sukar dikendalikan oleh hati:
1) Seorang kaya merendah diri pada seorang fakir.
2) Ibu bapa meminta maaf pada anak-anak apabila melakukan kesilapan.
3) Sang muazzin tetap istiqamah melaungkan azan walau pun tiada seorang datang menyahutnya.
4) Tetap bersedekah walau dalam kesusahan.
5) Memaafkan orang sebelum orang meminta mahu pun tidak dipinta.
6) Bersyukur saat susah mahu pun senang.
BILA HATI MATI, HILANGLAH ERTI SEBUAH KEBAHGIAAN.
1) Wahai temanku, jika kita melakukan maksiat, ketika itu, hati kita akan rosak. Dan, andai kita bertangguh dalam taubat serta terus-menerus melakukan dosa, HATI kita akan mula MATI.
2) Bila hati kita mati, ketika itu, musnahlah kebahgiaan. Kerana, bahagia itu terletak di hati. Ya, mungkin duit kita banyak, rumah besar, isteri cantik, cemerlang pelajaran, dihormati, disanjungi, dikenali ramai. Namun, belum tentu bahgia.
3) Kerana itu, Allah swt telah berfirman dalam surah Taha ayat 124:
(وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِی فَإِنَّ لَهُۥ مَعِیشَةࣰ ضَنكࣰا وَنَحۡشُرُهُۥ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ أَعۡمَىٰ)
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya KEHIDUPAN YANG SEMPIT, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Inilah janji Allah untuk orang yang bermaksiat. Hidup yang tidak tenang, sengsara, resah gelisah, rasa seolah ada bend yang tak selesai, murung, tertekan, diulit masalah demi masalah seolah tiada jalan keluar. Itulah hakikat orang yang berpaling dari Allah.
4) Namun, usah putus-asa. Setiap penyakit, pasti ada ubat. Kematian hati juga ada ubatnya. Jika kita ambil, hati kita akan mula hidup, benih-benih iman akan mula subur, dan bahgia akan hadir wahai temanku. Apakah dia? Jawapannya, kembali pada Allah!
5) Allah berfirman dalam surah Arra'du ayat 28:
(ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ)
"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
6) Dalam ayaًt ang lain, surah An-Nahl ayat 97, Allah swt berfirman:
(مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَة
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.."
7) Masih belum terlambat wahai sahabat. Peluang untuk kembali itu sentiasa ada. Tinggal kita mahu atau tidak sahaja.
Moga Allah swt beri kita hati yang salim, hati yang tenang tenteram, hati yang hidup, dan hati yang terang.
JANGAN PERNAH RASA SELESA
Hidup ini, selagi belum tiba ajal, selagi itu masih belum tamat perjalanan dan kisah hidup kita menuju Allah.
Jangan rasa selesa, jangan pernah.
Ya, hari ni mungkin kita dapat baca Alquran, solat, puasa dan akhlak kita baik, serta terselamat dari dosa besar, diberi taufiq untuk bertaubat dan rasa nikmat serta ringan untuk beribadah.
Tapi, selagi belum mati, selagi itu GODAAN IBLIS datang bertubi-tubi, dari segenap penjuru, depan belakang, kiri dan kanan, untuk merosakkan kita, menghancurkan kita, membinasakan kita, dan mengheret kita ke lembah maksiat.
Kerana itu...
1) Jangan pernah berbenti berdoa agar Allah tetapkan hidayah yang Dia telah beri.
Allah swt ajar pada kita satu doa yang cukup indah:
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
"Ya tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami, setelah kau beri hidayah pada kami, dan kurniakanlah rahmatMu pada kami, sesungguhnya, Engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya..."
Juga, antara doa yang perlu kita amalkan setiap hari ialah:
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
"Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, TETAPKAN HATI kami dalam agamaMu dan dalam mentaatiMu..."
2) Juga, sentiasalah meminta ampun pada Allah, jangan pernah rasa diri hebat, sombong dan lalai dari taubat.
Lazimilah istighfar 100 kali setiap hari, dan jangan pernah tinggal berdoa agar Allah ampunkan dosa kita.
3) Apapun keadaan, jangan pernah tinggalkan jalan dakwah dan tarbiah. Kerana dakwah adalah jalan lurus yang di bawa oleh para nabi dan rasul, para sahabat, tabiin dan tabi' tabiin. Putus-asa macamanapun, ikatlah diri dengan dakwah tarbiah. Sakit hati dan kecewa dengan sesetengah sikap para pendakwah sekalipun, usah tinggalkan dakwah tarbiah.
Allah swt berfirman:
(قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِیلِیۤ أَدۡعُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِیرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِیۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَاۤ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِینَ)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, menyeru manusia kepada Allah(Dakwah) berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
Akhir sekali...
Jangan pernah putus-asa berdoa ada Allah agar matikan kita dalam keadaan husnul khatimah, kematian yang diredhaiNya, kematian yang menghidupkan hati-hati ummah, dan kematian yang mulia.
Doakan juga hidayah dan maghfirah untuk seluruh umat, seluruh alam sampai hari kiamat.
- Adnin Roslan -
3 perkara setiap kita akan diuji oleh Allah setiap hari, mungkin satu pun kita tidak mempedulikannya :
1. Umurnya pasti berkurang setiap hari tapi kita buat tak kisah. Kita hanya tersentak jika duit tidak cukup. Duit boleh diganti sedangkan umur tidak dapat diganti.
2. Kita mendapat rezeki Allah setiap hari. Jika dari sumber halal, kita akan ditanya oleh Allah bagaimana rezeki itu digunakan. Jika dari sumber yang haram, kita akan dihukum oleh Allah. Kita sendiri tidak tahu apa keputusan hisabnya di akhirat nanti.
3. Akhirat makin menghampiri kita sedangkan dunia semakin menjauh daripada kita. Tapi kita mengambil berat kepada dunia lebih daripada akhirat. Kita sendiri pun tidak mengetahui sama ada akan masuk syurga atau neraka.
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dunia sebesar-besar keinginan kami, janganlah jadikan neraka tempat kesudahan kami, jadikanlah syurga tempat tinggal kami yang sebenar."
-Al Fadhil Ustaz Ustaz Rusdi Alias -
Antara tanda Allah nak makbulkan doa kita adalah, Allah beri taufiq (kekuatan) pada kita untuk kita doa perkara yang sama (perkara yang Allah nak kabulkan) berulang kali, dan banyak kali.
Imam al Bannani pernah menyebut, bahawa tanda Allah nak makbulkan doa seseorang, adalah Allah memberikan kita kekuatan untuk berdoa sesuatu perkara tu.
Sebab itu, jangan putus asa untuk doa berulang-ulang kali. Dan lagi satu, doa tu adalah doa yang kita faham (sebaiknya b.melayu kalau tak faham arab) bukan sekadar main hafal tapi tak faham apa-apa.
Sebab doa ni bukan semua orang rajin buat, dan nak buat. Apatah pula doa yang sama di ulang-ulang dan banyak kali.
Dan terakhir, BE SPECIFIC dalam berdoa. Bukan semata-mata doa umum, tapi bersifat spesifik atau khusus. Moga kita banyakkan doa dalam Ramadhan ni dan moga Allah kabulkan.
Kita tengok baik dan solehnya seseorang, belum tentu kita tahu betapa susah dan ‘struggle’nya dia meninggalkan maksiat yang masih melekat dalam jiwanya.
Kita tengok seseorang buat maksiat, belum tentu kita tahu betapa berusahanya dia menjadi soleh dan mengimpikan hidup bebas maksiat.
Marilah kita doakan semua orang khususnya diri dan keluarga kita moga diberi petunjuk dan kekuatan untuk taat perintah Allah sungguh2, jauhi larangan Allah sungguh2 dan dikurniakan untuk masuk Syurga firdaus tanpa hisab.
No comments:
Post a Comment