Thursday, May 09, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 100

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

rezeki itu penting.
Tapi jangan menghalang.
Untuk ibadat


Malas beribadat.
Berpunca nafsu.
Paksalah diri.
Utk ibadat.
Lawan nafsu

Nafsu tak boleh dibuang.
Cuma
Jangan ikut nafsu.
Biar nafsu ikut kita

Usia bukan syarat utk kembali kpd Allah..
Pulang kpd Allah sekarang.
Sebelum dipaksa pulang

Jika kita kehilangan.
Jangan sedih.
Akan ada gantinya.
Yang penting.
Hati sentiasa bersama Allah


Ujian kesenangan dan kemewahan paling besar.
Ialah.
Lupa Allah

Ajak lah org berbuat baik.
Agar pahalanya.
Mengalir kpd kita juga

Ujian itu menjadi ringan.
Apabila kita redha.
Dengan ketentuan Tuhan

Jangan mencari bahagia tetapi bawalah bahagia ke dalam rumah tangga kita. Bawalah lilin yang menyala bila bernikah. Jika lilin pasangan mu padam, kaulah yang akan menyalakannya. Sekiranya lilin pasangan mu menyala, beruntunglah kerana dapat menikmati lebih banyak cahaya.
Kebahagiaan itu dibina dari dalam diri...bukan dicari daripada diri orang lain. Ingat firman Allah: "Selamatkan DIRI mu dan ahli keluargamu dari neraka." Justeru, jika kau tidak bahagia, itu bukan salah pasangan mu tetapi salah diri mu sendiri.
Cintailah diri mu sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain. Jika dirimu sendiri tidak kau cintai, bagaimana kau mampu mencintai diri orang lain? Hanya orang yang ada cinta dapat memberi cinta...Percayalah orang yang tidak mencintai dirinya tidak akan mampu mencintai pasangannya!
Dan... untuk mencintai diri sendiri, terlebih dahulu cintailah Allah. Hanya dengan mencintai Allah, kita akan mampu mencintai diri sendiri. Justeru, sifir cinta dalam rumah tangga ialah: Pertama, cintai Allah, kemudian cintai diri dan ketiga...cintailah pasangan kita!

Berdepan dengan manusia, sama seperti berdepan dengan makanan yang tidak disukai. Jika tidak suka, berlalulah tanpa perlu mencaci.

BENAR WALAUPUN PAHIT
Teguran orang yang paling hampir dengan kita selalunya kebenaran, tetapi ia juga selalunya menyakitkan. Apabila pasangan kita memberi teguran, terimalah, walaupun pahit. Jika terlalu pedih, diamkan diri. Jangan melenting, apa lagi berdendam.
Selagi pintu hati kita tidak terbuka menerima teguran, selagi itulah kita tidak akan mampu membuat perubahan. Pedulikan niat orang yang menegur, samada dia ikhlas atau sebaliknya. Yang penting hati kita... cubalah ikhlas menerimanya.
Jika orang yang paling rapat dan paling menyayangi itupun enggan kita terima tegurannya, bayangkan siapa lagi yang boleh kita harap untuk menegur kita. Tegur menegur ialah tradisi sebuah rumah tangga yang baik.
Berikut ialah tips untuk memberi dan menerima teguran dalam rumah tangga:
1. Yang menegur cubalah ikhlaskan hati. Hati yang ikhlas akan menggamit datangnya bantuan Allah untuk memudahkan orang yang ditegur menerimanya.
2. Gunakanlah bahasa dan ayat yang lembut untuk menegur. Nabi Musa AS pun dididik oleh Allah untuk menggunakan kata-kata yang lembut untuk menegur Firaun.
3. Yang ditegur, dengarlah dengan mata, telinga dan hati. Anggaplah teguran itu sebagai suluh yang menerangi titik buta kita.
4. Jika menyakitkan, jangan membalas sebaliknya diam... ambillah tempoh bertenang untuk memikirkannya.
5.Yang menegur dan ditegur, jangan sekali-kali mempersoalkan keikhlasan pihak lain. Katakan dia ikhlas...cuma mungkin cara memberi atau menerimanya sahaja yang kurang tepat.


Kita ingin bahagia atau ingin kelihatan bahagia? Dua perkara ini sangat berbeza. Bahagia itu dirasai dari dalam, tetapi ingin kelihatan bahagia itu suatu yang ditagih dari luar. Bahagia itu tenang di hati. 'Kelihatan bahagia' itu hanya di mata.
Ramai orang berpura-pura bahagia hanya kerana ingin dilihat bahagia. Di hadapan orang, berpegang-pegang tangan dan bermanja-manja... acapkali segalanya dipaparkan melalui media sosial. Biar satu dunia melihat mereka bahagia!
Padahal, jika benar-benar bahagia itu dirasakan, selalunya ia tetap kelihatan walaupun tidak dipamerkan.
Namun ketika terlindung daripada pandangan orang, mereka sendiri mengakui malah merasai, betapa jauhnya jarak hati dan rasa. Cinta plastik dan 'kosmetik' ini hanya diburu oleh pasangan yang sakit jiwa. Mereka mendaki lebih tinggi hanya untuk meninggikan tempat jatuh.
Tidak salah romantik di hadapan orang tetapi biarlah berpada-pada dan sederhana. Jangan sekali sampai ke tahap mengada-ngada dan berpura-pura. Berlagak kaya akan menyebabkan kita papa, berlagak bahagia akan menyebabkan kita bertambah derita.
Orang tua-tua kita dahulu ada yang tidak kelihatan romantis, namun simpati dan empati terhadap hati dan perasaan pasangan mereka sangat tinggi.
Merekalah yang telah mengamalkan konsep 'love is a verb' dan 'unconditional love' tanpa mereka tahu pun istilah dan falsafahnya.
Justeru, tidak hairan, cinta mereka kekal sampai ke mati...Insya-Allah sampai syurga. Begitulah cinta para solehin, mereka jadikan cinta Allah sebagai tujuan dan cinta pasangan sebagai jalan. Mereka bahagia, tanpa bimbang apakah mereka kelihatan bahagia di mata manusia.
Justeru, jangan cuba menipu diri sendiri dengan cuba menipu orang lain. Bahagia yang 'dipublisitikan' hanya akan mengundang dengki manusia dan kita sendiri pun tidak dapat merasainya!
Ingatlah, bahagia itu dirasai dari dalam, bukan dilihat dari luar. Kadangkala yang melihat merasa kita dalam derita, tetapi kita yang merasainya...kita tahu itu bahagia. Ya, lebih baik, bahagia dalam derita berbanding derita dalam bahagia!
Wallahhua'lam.





Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Pahalanya berganda-ganda.

Pada bulan ini, umat Islam berebut-rebut meningkatkan amal ibadat.

Pesan Guru, “Jadikan tarbiyah madrasah Ramadhan ini sebagi persiapan menghadapi 11 bulan yang mendatang”.

Ini adalah sebahagian daripada amalan dan ibadat-ibadat yang dianjurkan di bulan Ramadhan.

1. Segera berbuka puasa (iftar) ketika sudah masuk waktu berbuka.

2. Sahur dan melewat-lewatkannya.

3. Meninggalkan perkataan yang keji/buruk.

4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa yang mana pahalanya sama dengan pahala puasa.

5. Menjaga diri daripada perbuatan dosa sepanjang hari seperti menjaga lidah daripada caci maki, bohong, ghibah (mengumpat), namimah (mengadu domba), sombong, menipu, menyindir, ingin tahu urusan orang lain, fudhul (banyak bercakap), buruk sangka, bangga diri dan perbuatan keji yang lain.

6. Solat Tarawih dan Witir.

7. Memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, bertadarus, berbuat baik dan ihsan terhadap keluarga dan jiran.

8. Banyak bersedekah terutamanya pada hari-hari terakhir bulan puasa.

9. Mandi junub sebelum masuk fajar supaya masuk ke dalam waktu puasa dalam keadaan suci.

10. Tidak memakai wangi-wangian dan segala sesuatu yang menyegarkan tubuh setelah masuk waktu zuhur.

11. Tidak berbekam dan seumpamanya kerana ia boleh melemahkan badan.

12. Menahan diri daripada hawa nafsu pada siang Ramadan kerana ini merupakan rahsia dan tujuan puasa.

13. Memperbanyakkan doa, istighfar, selawat dan zikir-zikir lain.

14. Berdoa ketika berbuka puasa.

15. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir.

16. Melakukan qiamullail pada setiap malam.


Sebaik habis ceramah tadi terus luluh hati saya mendengar perginya seorang alim yang saya amat saya hormati dan teramat saya kasihi yang mulia Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz. Seorang anak muda bisik pada saya. Ya Allah betapa sayunya hati ini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Telah perginya lagi orang alim yang banyak berjuang dan berkorban. Saya amat menyayangi beliau kerana Allah. Beliau memiliki seluruh ahli keluarga yang berada atas jalan dakwah. Allahuakbar.
Tinggallah orang berdosa terutama saya ini. Kamatian orang alim musibah yang sangat besar. Beliau selalu menangis demi agama ini. Menghargai setiap orang yang berdakwah.
Saya banyak kali hadir dalam kuliahnya kerana rumahnya dekat dengan rumah mertua saya. Selalunya kuliah Subuh. Dari muda pergi dengar kuliah dan pernah bersama dalam program yang sama memberi ceramah. Sehingga saat akhir masih berceramah dan memberi nasihat. Ada satu hajat dan nasihat almarhum Ustaz Hassan Din Al Hafiz dan begitu juga Almarhum Tuan Guru Harun Din inginkan penyatuan orang Islam menyayangi Islam dan membangunkan Islam bersama-sama. Bila kita kuat, bersatu dan berakhlak mulia akan menjadi asbab hidayah buat semua manusia. Terlalu baik orangnya. Ya Allah..
Ya Allah ampunkanlah dosa dan tinggikan darjatnya Murabbi kami Ustaz Hassan Din di sisimu.. Ya Allah berilah kerehatan kepadanya setelah beliau berpenat lelah dalam perjuangannya atas agama ini. Berilah kekuatan, kesabaran,dan jagakanlah seluruh anak dan ahli keluarga beliau dalam keberkatan dan meneruskan perjuangan ayahnya. Ya Allah maafkanlah kami semua. Satukan hati kami semua orang Islam di Malaysia dan dunia ini dengan kasih sayang dan berjuang untuk agama ini sehingga kami mati. Sehingga kalimah ini sampai kepada semua manusia di seluruh dunia sampai kiamat. Ya Allah bangunkanlah Daie Daie di kalangan anak muda Islam-ebit lew

Dah sampai rumah tengah malam dari Kuala Terengganu. Tengok bidadari dah tidur. Anak sulung jer tengah hafal Al-Quran. Bidadari dah pengsan urus anak-anak. Kasihankan. Tengok bidadari rehat tidur kebahagiaan buat saya. Ya Allah. Andai diberi pilihan mahu rasanya sentiasa bantu bidadari di rumah.
Perlahan-lahan masuk rumah. Sapu rumah, buang sampah, lipat kain sikit-sikit. Penat tau kerja ni semua. Sebenarnya kerja saya seorang suami. Bidadari saya buat semuanya. Ya Allah. Tak pernah merungut. Jika bidadari saya terjaga, dia tak bagi buat semua ini. Ya Allah sakit pinggang masa angkat baju dan lipat. Nak susun ikut almari masing-masing. Itupun ada seninya. Lepas tu start kereta pergi isikan minyak kereta bidadari saya. Sebab susah bawa anak 4 orang nak isi minyak. Cek angin tayar. Terima kaseh Allah.
.
Anak saya suka rakam saya untuk motivasi dirinya. Nanti supaya mereka ingat betapa pengorbanan uminya. Dan betapa ayahnya sayang pada uminya. Jadi kenang-kenangan yang baik. Terimalah ya Allah asbab kebaikan dan hidayah. Terima kaseh @aslconstruction malaysia renovate rumah 0162118472 rumah jadi kemas jer dan cantik


Sebak sangat bila jumpa dengan Raja Shamri abe raja. Kami berpelukan dan sebak menangis. Saya hormat padanya walau sebelah kaki palsu tapi menjadi inspirasi kepada ramai orang. Paling sebak bila dia letak kaki palsunya disebelah. Allahuakbar. Mengumpul duit bina rumah orang susah dan miskin. Motivator dan inspirasi kebaikan kepada ramai orang. Saya belajar dari kisah hidupnya. Terima kaseh abe raja. Saya tengok masa sarapan tadi mesranya dan kasih sayangnya pada isteri dan anak-anaknya. Subhanallah. Benarlah orang berjaya menghargai keluarganya.
Sangat baik dan rendah diri orangnya. Terharu bila beliau beliau hadir prokids menghantar anak-anaknya ke program saya. Jauh dari kelatan hadir ke prokids terengganu. Kami sarapan bersama tadi di TH Hotel kuala Terengganu. Baik sangat orang Terengganu. Seribu lebih pelajar yang hadir. Dua ribu lebih ibubapa bersama tadi. Syukur pada Allah. Terima kaseh orang Terengganu. Allah sayang semua. Nantikan oktober nanti keluargasunnah Tour untuk 18tahun ke 65 tahun+. -ebitlew

Sebak bila melangkah masuk dalam penjara. Ramai juga saya jumpa masa dalam penjara dengan kerelaan sendiri memeluk Islam. Puluh orang baru memeluk Islam. Allahuakbar. Begitu juga diluar negara. Saat di penjara. Rupanya disebalik semua ini dia menemui tuhan. Dalam sel mereka yang sangat kecil. 5 ke 7 orang satu sel kecil. Ya Allah panas takde kipas. 2 baldi kecil tempat berak dan kencing kongsi.Gilir-gilir berak kencing dalam baldi kecil tu. Takde tandas. Panas ya Allah. Berdoa nak angin. Bila dapat tiupan angin rasa sangat bahagia. 6petang sampai 7pagi duduk dalam sel kecil tu. Bersilang-silang tidur. Ngam-ngam jer. Ada yang bertahun, belas tahun, puluh tahun. Saya sekejap disana terasa bahangnya dan sakitnya. Dapat satu bekas air untuk wuduk. Air mata ya Allah bagaimanalah Neraka nanti yer. Selamatkan kami semua
.
Semua menangis masa dengar ceramah saya. Saya peluk mereka semua. Terkejut saya kerana sepanjang ceramah mereka menangis. Khusuk sangat dengar ceramah saya. Saya peluk seorang demi seorang. Mereka kerumun dikeliling saya. Ramai minta nasihat. Minta doa. Kami solat berjemaah sama-sama. Ramai bercerita kesalahan mereka. Waktu siang mereka ada yang ambil kelas agama sepanjang hari. Ada yang ambil kursus bengkel, menjahit dan bertukang. Ramai juga banduan yang kenal saya peluk saya. Maafkan saya disini takdir kita
.
Semua cerita bagaimana mereka ingin memeluk Islam kenal Allah dan solat. Saya tanya apa paling sakit dalam penjara ini. Jawab mereka paling sakit rindu pada keluarga. Rindu kehidupan dekat luar sana. Kedua paling sakit hitung masa. semua ingat hari dan tarikh. Tak sabar nak hirup udara luar sana. Bila masuk sana terasa beza betul rasanya ya Allah. Bila melangkah keluar terus rasa lapang udara. Ya Allah
.
Bila cerita mak ayah. Cerita anak-anak semua menangis. Rindu anak-anak. Saya cakap Allah sayang mereka. Jadikanlah sepanjang disini kekuatan supaya satu hari nanti bila keluar jadi manusia yang dekat dengan Allah dan sayang pada keluarga. Terima kaseh sangat pada boss di sana yang sangat baik benarkan saya masuk sel penjara dan berkongsi dengan mereka. Tak sangka. Allahuakbar-ebitlew #doortodoorebitlew


Hari ini hari sedih dan hati jadi macam tak bermaya sebak sangat bila turun jambatan ini. Dibawah ini pun ada orang tinggal. Paling menyangat hati jumpa 4 orang pemuda lagi. 2 orang sebelah sini. 2 lagi sebelah lain. Mereka duduk dekat bawah jambatan ini. Macam biasa sebelum turun walau berdebar saya doa ya Allah jadikanlah langkah ini menjadi asbab hidayah dan RedhaMu. Demi RedhaMu keberanian terus datang seperti biasa. Terima kaseh Allah.
Nampak jer saya terus diaorang cakap ustaz selamat puasa Ramadhan ustaz. Bangun dan terus salam dan cium tangan saya. Adik kenapa tinggal dekat bawah ini. Beginilah ustaz. Ustaz meh duk dekat alas kotak saya. Situ kotor dan sakit nanti. Atas ni bersih sikit dan lembut sikit. Bahaya bawah sini ustaz. Beraninya ustaz cari kami dekat sini Dulu ustaz pernah dakwah saya dekat atas sana.
Yeker adik. Itulah saya takut juga. Tapi lagi takut kalau Allah murka. Kerana Allah saya nak jumpa adik ini kerana sayang adik. Begini yer..Allah sayang adik semua. Allah beri iman. Jaga solat dan sentiasa ingat dia yer. Allah Maha Baik Maha Penyayang. Jangan pernah lupa dia. Jika nak kerja yang baik. Ustaz ada beberapa kawan yang nak bantu. Meh kita dekat diri pada Allah dan cari rezeki yang halal. Cian korang dekat sini baju 2helai jer tu. Mandi kena naik atas juga. Nanti malu saya, apa nak jawab pada Allah nanti. Dosa saya ni tau
Nanti Ramadhan takkan dekat bawah ini adik. Ya Allah janganlah macam ni. Nanti balik tengok keluarga yer. Seorang jawab. Baik ustaz. Tapi Hari Raya kat sini pun ok ustaz. Tak susahkan orang. Ya Allah
Meh peluk ustaz. Saya busuk ustaz. Saya kotor dosa dan maksiat. Najis ustaz. Ustaz nak solat nanti. Takper adik meh peluk ustaz. Tadi kawan adik yang bawah jambatan sana dah dapat kerja baik. Adik nak perbaiki hidup tak. Nak ustaz. Nak ikut ustaz. Jom adik-adik terus ikut ustaz tidur hotel dan kita solat. Esok lusa ustaz fikirkan untuk ko orang semua yer. Sebenarnya malam ini pun dah tak boleh tidur.
Pohon doa yer semua. Doa itu ajaib. Doa pada Allah yang Maha Kaya. Itu lebih penting. Doakan Pertubuhan kasih Umat Malaysia. Sesiapa ingin menyumbang atas nama
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Cimb Bank 8603546376

I love u sayang. Bidadariku,sedih ke abang busy sangat. Sorry yer selalu busy tak sempat tolong sayang dekat rumah..semua ini tugas abang. Terima kaseh sayang bidadariku.
Taklah abang. Sebab setiap kali abang ada dekat rumah kita mesti sempat dating berdua. Berdua-duaan. Mengadap berdua. I love u abang..jom selfie abang..jom sayangku bidadariku..
Abang setiap kali lepas solat tak pernah tak sebut nama bidadari sayang dalam doa. Ya Allah diriku sangat cinta sayang padanya. Cintai dan sayangilah dirinya..
Patutlah selalu rasa abang dekat hati sayang. Allah letak kita sentiasa bersama walau dimana-mana. Tiada yang dekatkan kita melainkan Allah..terima kaseh Allah atas nikmat ini-ebitlew

No comments: