*DOA BUAT ANDA*⭕
di saat Allah janji makbul doa dlm bulan Ramadhan yg kareem ini.
*Bismillahirrahmaanirrahiiiiim ...*
Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu. Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya. Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak-anaknya Soleh & solehah. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang. Mudahkanlah segala urusannya. Kabulkanlah cita-cita dan harapannya. Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan
jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.
*Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu*
*آمين يا الله*
Jangan bina benci.
Jangan simpan benci.
Bina kasih sayang.
Kerana Allah
Siapa yg ingin mencari teman yg sempurna (tanpa aib), maka hidupnya akan bersendirian (kerana tiada org yg sempurna)
Siapa yg ingin mencari isteri yg sempurna (tanpa kekurangan) maka hidupnya akan membujang (kerana tiada isteri yg tanpa kekurangan)
Siapa yg ingin mencari kekasih tanpa rintangan, maka hidupnya akan sentiasa hal dlm keadaan mencari shj (tidak akn pernah berjumpa)
Ketika kita mencela dan mencaci seseorang kerana kekurangan atau aibnya, maka kita tidak akan jumpa seorang pun yang tidak akan kita cela kerana setiap orang punya kekurangannya yg sendiri.
Tiada insan yang sempurna melainkan kita berusaha menerima dan membaiki kelemahan itu ......
#dakwahislamiah
Jangan tutup pintu kebahagian dengan kesedihan.
Siramilah hatimu.
Dengan.
Kesabaran dan kasih sayang
Apabila kita mencari keindahan, maka itulah yang kita jumpa. In Shaa ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH Maha Indah. Subhanallah..
Semoga ALLAH sucikan hati kita dan istiqomah mencari keredhaanNya. Aamiin
Bidadari sayang, kenapa tangan sayang sejuk? Sejukkan pagi Ramadhan ini. Allah jadikan memegang tanganmu sesejuk Ramadhan ini. Sejuk sehingga ke hati abang. Terasa di hati abang betapa sayang padamu bidadariku. Indahnya dunia ini buat diri abang ialah memiliki dirimu bidadariku.
Tahu tak abang teringat mula-mula kita nikah dulu. Abang sujud syukur menangis. I love u sayang. Setiap hari abang jatuh cinta dengan bidadari abang. Yang baik dan menawan anugerah Allah. Melihat jatuh cinta. Berbual jatuh cinta. Bergambar bersama jatuh cinta. Berjauhan jatuh cinta. Solat bersama jatuh cinta. Buat Ta'lim bersama jatuh cinta. Masak atau dapat bantu sikit-sikit jatuh cinta. Memegang tangan jatuh cinta. Tunggu anak tidur dan dapat berbual-bual rasa jatuh cinta. Kacau bidadari abang dekat dapur jatuh cinta. Berdakwah bersama jatuh cinta. Teman sayang sakit jatuh cinta.
Terima kaseh Allah pemilik cinta ini. Teruslah berilah rasa cinta ini sampai syurga sepanjang Ramadhan ini, dan sehingga melangkah menuju Redha dan keampunanMu ya Allah-ebitlew
Ustaz nak bawa kami kemana. Bestnya nak beli baju raya ke? Dekat mana ustaz? Sebak bila bawa anak ini jalan-jalan dekat sogo. Hari-hari bidadari saya tanya abang bila nak bawa anak-anak jalanan,yang diuji Allah, kurang kemampuan dan ada anak yatim g beli baju raya
Penuh kereta saya melebihi muatan. Duduk ramai-ramai. Ada lagi 2 kereta. Masuk jer sogo meriah terus. Layan anak ini buat saya rasa bahagia teramat sangat. Saya gembira sangat dapat belikan yang terbaik buat bidadari dan anak-anak. Hari ini dapat bawa anak-anak ini buat saya rasa bahagia. Rasanya macam best sangat. Syukur pada Allah atas nikmat melihat senyuman anak-anak ini. Try kan baju. Carikan saiz. Layan anak lelaki dan layan anak perempuan semua ini. Ada yang menangis nak baju tapi takde saiz. Hehe. Meriah rasa
Ustaz nak ini. Ustaz nak makan. Jom kita semua pergi makan. Semua minum milo ais. Hehe. Sepanjang jalan berebut nak pegang tangan saya. Berebut nak duduk dengan saya dalam kereta. Berebut nak cium tangan. Cakap terima kaseh. Ada yang nak peluk saya. Sedih,sebak,bahagia rasa. Allahuakbar. terima kaseh Allah-ebitlew
Sebak sangat dan bertuah saya dapat ziarah anak nama iman 14 tahun ini yang sangat baik. Sebaik dapat mesej dari keluarganya yang iman ingin berjumpa saya. Sedih sangat, menangis dalam kereta sepanjang kl ke seremban. Depan iman tadi tahan jer air mata. Pohon doa sahabat semua yer buat adik iman ni yer. Syukur perjalanan dari kl lancar dan muda ke seremban tadi. Anak ini sedang menahan sakit
"Saya dgn penuh pengharapan ingin minta jasa baik ustaz utk memenuhi hajat anak sulung saya iman yg kini menghitung hari kerana sudah tidak ada rawatan di hospital lagi utk iman. anak saya menghidap burkitt’s lymphoma stage 4 dan lumpuh dari kaki hingga ke dada dari julai 2018, iman bed ridden dan tdk boleh bergerak bnyk kerana bengkak dan sakit2 diseluruh badan"
Tadi iman tanya kenapa dia terpilih dan sakit. Iman semuanya cuma hanya ada 1 jawapan sebab Allah sayang iman. Iman sedang diberikan kedudukan macam Nabi-nabi dan sahabat rhum yang berjuang dijalan Allah. Iman doakan ustaz yer. Iman hensem, baik,Allah sayang. Semoga diberi kejaiban dan kekuatan buat iman dan buat makayah dan seluruh seisi keluarga. Pohon doa sahabat semua yer buat iman. Iman solat lagi walau sakit. Dan tadi saya dengar anak ini baca fatihah buat saya sedih. Iman cakap terima kaseh. Iman pohon doakannya.
Mak ayah iman ustaz ustazah. Ini anak sulung mereka. Kuat yer ustaz dan ustazah. Allahuakbar. Allah sayang..Terima kaseh-ebitlew
Ya Allah sebak pusing dijalanan petang ni di kl. Tiba-tiba jer terjumpa pakcik ni. Berbual-bual ajak kenal Islam. Siapa sangka uncle bangsa cina umur 60an dapat ucap syahadah. Ya Allah. Syukur menjadi saudara baru kita. 16Ramadhan. 21/5/2019. 3petang. InsyaAllah doakan nanti bantu daftarkan dan ajar Islam serta bantu apa yang patut. Sebak rasa. Syahadah kunci syurga. Syahadah kunci keampunan dan Redha Allah-ebitlew
Bidadariku sayang... Ingat lagi tak, dulu dekat sinilah honeymoon kita masa lepas nikah. Susah-susah datang. Nak check inn dan nak makan buka dompet. Oh dekat sini tak boleh mahal. Oh sini mahal. Tak cukup duit. Takut kereta mati tengah jalan. Minyak habis. Keluar masuk sini sana.
Terima kaseh bidadariku sudi nikah dengan abang yang miskin dan takde apa-apa ini. Ya Allah..Cian sayang masa tu.terima kaseh ya Allah. Ya Allah diriku terlalu cinta sayang padanya. Cintailah dan sayangilah padanya. Jagakanlah bidadariku ini sentiasa bila-bila dan dimana sahaja. Ya Allah yang Maha Penyayang tidak terhitung segala nikmatmu.
Hari ini kita datang lagi ke sini setelah Allah kurniakan 4 orang anak. I love u sayang. Bestnya dapat berbuka dekat berdua sayang
Terima kaseh ibubapaku. Terimakaseh kedua mertuaku
Tak tahu nak cakap apa. Tapi sebak menjejaki saat manis kita berdua dulu. Perjalanan rasa syukur atas pernikahan dan diberi bidadari secantik dan sebaik ini. Terlalu besar pengorbananmu bidadariku. Sorry yer selalu busy sangat. I love u sayangku bidadariku. Betul-betul rasa rindu,sayang,cinta padaMu kerana Allah dan ingin bersama selamanya dalam syurga-ebitlew
#keluargasunnah www.keluargasunnah.com oktober2019
Sebak tadi jumpa dengan seorang student ipta cantik orangnya ingin tahu tentang Islam dan ada keinginan memeluk Islam. Saya segera ajak jumpa di Paramount Coffee house Putrajaya. Dengan kerelaan hati sendiri beliau mengucap syahadah. Katanya tak sangka dapat mengucap. Dengan bantuan beberapa orang yang baik dikelilingnya bawa berjumpa dengan saya. Syukur Allah kurniakannya Islam dan mengenal Allah
Lepas mengucap beliau menangis sebak. Semua yang melihat menangis. Beri pelukan padanya ucap tahniah. Saya tanya padanya apa rasa selepas ucap syahadah. Katanya tak sabar nak belajar dan nak tahu semuanya tentang Islam. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Tahniah adik Allah sayang. Syukur ya ALLAH. Menangis terharu gembira ya Allah. Syahadah Khamis 11malam 23Mei2019 / 18Ramadhan -ebitlew
Menangis masa bila pergi ke rumah orang tua di kl. Berbual, memeluk mereka terasa dah lama kenal. Rasa keluarga. Allahuakbar. Dunia hari ini semua sibukkan. Ya Allah. Tempat ini terhad dan lebih kepada yang tak boleh nak gerak, lumpuh dan perlukan rawatan dan fisio. Abang ni terbaring dari dulu tak tahu sapa mak ayah. Tapi ada saudara atau keluarga angkat hantar ke sini. Allahuakbar. Ujian abang ni.
.
Ada yang ramai anak tapi yerlah suasana kl nak kena urus anak lagi. Ya Allah sedih sangat sebenarnya. Paling sedih pernah saya jumpa di rumah orang tua lain ada yang dah kemas beg nak tunggu anak ambil tapi tak datang-datang dah berbulan sampai raya pun. Sedihnya ya Allah. .
Takperlah ustaz saya maafkan anak saya. Saya tak nak susahkan mereka.tak larat mereka nak jaga saya. Saya berat susah nak pergi tandas. Masing-masing puji dan coverkan anak masing-masing. Begitulah ibubapakan. Mereka sentiasa berkorban untuk anak-anak
.
Ada satu tempat tu saya pergi semua kata baru duduk tapi bila cek sebenarnya dah lama disana. Ya Allah semoga Allah jagakan pakcik makcik disini dan semua rumah orang tua diluar sana. Allah beri hidayah pada diri saya dan semua anak diluar sana dapat menjaga orang tua disaat tua mereka nanti. Ya Allah maafkanlah diriku ini
.
Dulu masa kecil kita anak kata. Ibu ayah nanti saya dah besar saya jaga ibuayah. Saya takkan tinggal ibuayah. Saya akan buat itu ini. Saya sayang ibuayah. Satu hari, ibubapa sakit. Anak mula gaduh satu sama lain. Semua busy. Semua dah lain. Cakap atau pandang ibubapa dah lain. Ya Allah
.
Ada seorang tu saya jumpa. Anak 7 orang. Tanah bagi pada anak-anak. Habis harta bapak dia hantar ayah rumah orang tua. Raya jer ambil tengok sekejap. Biasa lepas mak atau ayah meninggal
.
Ada follower saya di fb dan insta. Mereka peluk saya. Saya sayang mereka.kerana Allah. Dapat peluk kami masing-masing sebak. Kuat sangat semangat dan hati jaga solat dan khatam Al-Quran sentiasa. Tahniah buat semua yang menguruskan rumah orang tua-tua dan memberi khidmat pada mereka. Semuanya kerana Allah sayang. Kerana Allah sayang. Ya Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #pertubuhankasihumat
Semalam sempat bawa bidadari dan anak-anak berjalan. Nikmat best dan suka menunggu bidadari gi shopping. Wanita sibuk membeli belah pakaian suami, pakaian anak-anak. Mereka membuat hari dalam hidup ini bermakna. Tanpa mereka semuanya tak sama lagi. I love u bidadariku
Jangan marah bila isteri nak beli baju raya. Sibuk nak itu ini sebelum raya ini. Isteri biasanya sedar dan akan ikut kemampuan diri dan suami mereka. Isteri tanya suami nak baju raya macam mana?kita jawab lebih kurang dan buat tak tahu jer kadang-kadang. Ikutlah baju mana-mana pun takper. Seorang isteri setiap hari memikir pakaian setiap ahli keluarga. Sanggup berjalan seorang diri demi suami dan anak-anak. Kadang-kadang mereka bawa semua anak kecil seorang diri untuk melengkapkan hari raya suami dan anak-anak.
Suami dan anak kata. Takperlah sayang. Takperlah mak. Cukuplah. Ala kadar sudahlah. Pakai dulu punya pun boleh lagi.
Seorang wanita takde rehat dalam hidupnya. Lama bila beli baju. Mereka cari paling cantik. Paling sesuai dan harga yang bersesuaian.
Saya bila tengok isteri shoping dan saya tolong jaga anak-anak semuanya. Saya gembira kerana teringat ibu saya. Merekalah pelengkap hidup kita orang lelaki.. Buat yang masih ada isteri dan ibu hargailah mereka. Kenangan menunggu mereka bersiap itu indah. Saat tunggu mereka shopping itu indah. Saat melayan cerita isteri dan soalan mereka mengenai pakaian, makanan, langsir, dan pelbagai perkara lagi amatlah nikmat.
Ramai orang ini diuji kehilangan orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup. Ayuh kita bantu sikit-sikit mereka yang susah di hari raya ini. Ya Allah buat saudaraku yang sedih di luar sana bahagiakan hati mereka. Buat mereka yang sedang diuji berilah kelapangan dan ketenteraman dalam hati mereka. Berilah syurga paling tinggi buat keluarga kami semua yang telah sampai sana dulu-ebit lew
Mengapa diciptakan syaitan? Supaya kuat pergantungan kita kepada Allah!
Jangan hanya minta apa yang diingini tetapi mintalah hati yang dapat menerima apa sahaja yang diberi!
PENDOSA TIDAK LAYAK MENGHAKIMI PENDOSA. PADA SESAMA KITA HANYALAH MENGINGATKAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN.
"Jika kamu melihat seseorang sedang melakukan dosa di malam hari. Di esok hari, jangan lagi kamu lihat orang itu seperti pandanganmu semalam. Boleh jadi, dia telah bertaubat di waktu subuh, sedang kamu tidak mengetahuinya."
- Sayyidina Ali Bin Abi Thalib -
Bersederhana itu selalu menyelamatkan. Jangan keterlaluan, itu sering menimbulkan penyelesalan.
Doa seorang ibu boleh mempengaruhi kehidupanmu.
In Shaa ALLAH.
Manusia itu berasal dari tanah..
Makan hasil tanah..
Berdiri di atas tanah..
Akan kembali ke tanah..
Kenapa masih bersifat langit..?
-Hamka-
Hidup itu indah jika kita selalu bersyukur atas semua yang ada.
Say ALHAMDULILLAH
Jangan pandang kejahatan orang macam dia pasti ke neraka..
Jangan pandang kebaikan sendiri macam kita pasti ke syurga.
Rezeki sempit jer..kenapa saya? Kenapa nasib begini? Bertimpa-timpa?Nak tahu tak sebabnya..
Sebabnya kita tak mendoakan dan terima kasih pada pasangan atau orang yang masak untuk kita. Tidak terima kasih pada ibubapa. Dalam kata lain tak bersyukur. Baca doa ini insyaAllah rezeki mencurah-curah.. Baca doa minta Allah tambahkan rezeki orang yang kita sayangi.
Allah bagi rezeki Allah. Siapa bagi nikmat semua. Allah. Terima kaseh Allah. Selalulah doakan isteri yang memasak dan suami yang mencari nafkah. Syukur dan doa rezeki melimpah ruah. Bila kita suka marah dan complain rezeki hilang-ebitlew Paramount Coffee House #sedapsangat#waffle #nasigoreng #nasilemak # #jomjemputdatang #paramountcoffeehouse #triplechocwaffle
Melatih Hati Agar Tenang
Wahai Saudaraku,
Ketika hatimu merasa sunyi, maka BERZIKIRLAH kerana ALLAH itu Maha Mendengar.
Manakala ketika hatimu merasa gembira, maka BERSYUKURLAH kerana ALLAH itu Maha Memberi.
Wahai Saudaraku,
Ketika hatimu di dalam keadaan sedang marah, maka BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH itu sangat Maha Pemaaf.
Dan ketika mana hatimu merasa sangat sedih, maka BERSUJUDLAH kepada ALLAH. Kerana ALLAH itu Maha Pengasih.
Wahai Saudaraku,
Ketahuilah terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.
Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya yang baik buat kita.
Wahai Saudaraku,
Latihlah hatimu untuk BERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH.
Bahkan latihlah hatimu untuk sentiasa BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia.
Wahai Saudaraku,
Latih hatimu untuk BERSYUKUR sentiasa, kerana Insha ALLAH kita akan merasakan bahagia.
Dan latihlah hatimu untuk sentiasa menjadi orang yang sering MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan di hatimu itu akan sirna.
Semoga kita semua dapat mengamalkannya. Insha ALLAH dan semoga hidup kita akan sentiasa di dalam ketenangan.
Bahkan yang lebih utama adalah semoga kita sentiasa di dalam payungan rahmat dan redha ALLAH. Insha ALLAH.
Wahai Saudaraku,
Maka aku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.
Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. Insha ALLAH.
????????? ???????? ????????????
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Al Faqirah Qoba Qausain Au Adna.
Malu nak mengaku cinta alQuran, jika di bulan Ramadhan pun tak mampu nak khatam.
Apabila Ingin Allah berbicara dengan kita, baca & fahamilah alQuran.
Ketika kita Ingin berbicara dengan Allah, dirikanlah Solat.
Ya Allah.. maqbulkan segala hajat hambaMu,
Lepaskan daripada belenggu kesedihan dan dukacita,
Gantikanlah kehilangan dengan yang lebih baik,
Kurniakanlah kepada mereka yang sedang menantikan zuriat dalam rahimnya,
Temukanlah mereka yang sedang mengharapkan jodoh pasangan yang soleh dan solehah,
Lapangkan rezeki yang barakah buat kami,
Jauhkan kami daripada sifat cintakan dunia dan kebakhilan,
Berilah kami kesabaran, kekuatan dan ketenangan saat diduga dengan UjianMu,
Ya Allah, bantulah kami menjadi hambaMu yang taat, Ummat nabi Muhammad SAW yang meneruskan perjuangan Baginda, Anak yang soleh, suami isteri yang sabar dan redha, ibu bapa yang Mithali buat anak-anak, saudara yang baik sesama Islam dan manusia.
Ameen ya Rabbal Aalamin..
Meriahnya hidup kita sekarang, ramai orang sekeliling.
Alam Kubur nanti, sunyi sepi dan keseorangan.
ALQURAN lah peneman.
Usah mengeji, mengata, mengumpat, menghina, memperli, itu ciri takabbur.
Ibadah kita tidak seberapa, jangan pula ditambah dosa.
Harta dunia yang boleh dibawa mati ialah SEDEQAH,
Lagi banyak diberi lagi banyak harta disana. Skim cepat kaya Dunia Akhirat.
Benar, kita tidak boleh memilih bila dan dimana akan mati, namun kita boleh memilih cara bagaimana untuk mati. Rancanglah kematian sebagaimana kita merancang kehidupan.
"Seseorang itu akan mati berdasarkan apa yang dia cintai" (mafhum Hadis), saban hari di bulan Ramadhan ini pelbagai kematian sangat indah Allah perlihatkan, ada yang ketika mengalunkan azan, saat baca Quran, sedang solat, menuju jalan sedeqah, perjalanan kpd binatang terbiar utk diberi makan, menuju Masjid & majlis ilmu, dll. SubhanAllah, mereka semua pergi dlm keadaan mereka mencintai apa yg dicintai Allah. Kita pula.. Apakah amal soleh yg membawa HUSNUL KHATIMAH ?
Kita akan mati & hidup kembali dengan apa & siapa yang kita cintai,
Suburkanlah dalam hati cinta ❤️ alQuran dan Rasulullah SAW
Walaupun tidak layak, namun tetap berharap,
Ya Allah, kurniakanlah buat kami SYURGAMU tanpa dihisab tanpa diazab
Kita harap dan rasa Allah terima amal baik kita,
Tapi ingatlah, Allah hanya terima yang IKHLAS walau sikit tapi tak ungkit.
No comments:
Post a Comment