Monday, July 09, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 076

"Bila ada org biadab atau berkata kurang enak pada kita,jgn balas tetapi sebaiknya DIAM.Kerana dia (pemarah) sedang menyerlahkan dirinya yg sebenar.Kalau kita membalasnya kita dan dia tiada bezanya"
_Ustaz Don Daniyal_

Banyakkan selawat. Supaya nama kita di panggil oleh Rasulullah di padang mahsyar. Kalau nama kita di sebut dalam radio atau facebook pun kita seronok. Apatah lagi bila nama kita di sebut oleh Allah di "sana" nanti.
- UstazAhmadDusuki -

Jika seseorang tu telah berubah... jangan di ungkit lagi kisah silam nya.. kerana kita tidak pernah tahu susah nya dia nk bangkit.. masyallah..

☆ASAR
AMALAN DI ANGKAT KE LANGIT
Yang pertama, Allah SWT mengutuskan malaikat siang & malam untuk mencatit amal manusia kemudian malaikat siang & malam ini akan saling bergantian pada waktu subuh & asar serta mereka menyaksikan orang2 yg mengerjakan solat. Tatkala para malaikat naik menghadap Allah SWT untuk menyimpan rekod amalan manusia , mereka di tanya oleh Allah SWT iaitu;, Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat." Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Bukhori di dalam kitab Sohehnya di dalam bab Fadhilat Solat Asar.
Yang Kedua, amalan manusia ini akan di bentangkan pada setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu. Allah mengampunkan dosa setiap hamba2Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, "Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai." Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sohehnya iaitu di dalam bab Larangan Saling Bermusuhan.
Berbahagialah bagi mereka2 yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, di awal waktu.

Bayangkan kita umpama banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati... mampukah kita untuk berpura-pura dan bertangguh lagi?


Maafkan dirimu dengan terus memberi peluang untuk berubah. Bukan sekali, tetapi berkali-kali...sampai mati.
Dengan terus berusaha untuk mengubah diri menjadi baik, tidak menjanjikan kita pasti menjadi baik tetapi sekurang-kurang kita tidak menjadi buruk dan lebih buruk.
Allah sesungguhnya lebih menyayangi dirimu berbanding dirimu sendiri. Justeru, Allah terus memberi peluang untukmu berubah sedangkan ramai manusia yang sudah putus asa untuk berbuat demikian.

Allah tidak pernah membenci... DIA hanya menguji. Dalam ujianNya sentiasa ada cinta. Justeru, bila hati terlalu pedih ketika diuji...katakan pada hati inilah 'bahasa cinta' Allah terhadap hambaNya.
Bila diuji...kita sebenar terpilih. Bukan tersisih!


"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud). Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah' dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah"
Ya Allah. Rahmat-Mu sentiasa mengatasi kemurkaan-Mu. Rahmatilah kami.. amin.


Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat ?
Rasulullah ﷺ bersabda :
" Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat , dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya . Kemudian dosa-dosa itu diletakkan diatas kepala dan kedua bahunya . Maka , ketika ia rukuk atau sujud , berguguranlah dosa-dosa tersebut "(HR. Ibnu Hibban) .
"Bila solat.. perhatikan ketika kita sujud.. Hakikat daripada sujud ialah sujudnya hati juga.. Berapa ramai orang yang kepalanya sujud.. tapi hatinya bongkak.. riak.. takabbur.. Ketika sujud.. hati juga mesti sujud.. Jangan anggap diri hebat berbanding orang lain.. Sujudlah dengan dahi dan juga hati supaya kita mengetahui rahsia yang ada pada sujud" - Habib Ali Zaenal Abidin -
"Walau teruk dan tersasar mana pun kita, jaga solat 5 waktu... insya-Allah, Allah akan bukakan hati insan yang terleka untuk berubah jadi lebih baik."

Ada orang rumah besar.
Sayang sekali tidak ada satu ruang pun yang dia gunakan untuk sujud.
Ada orang ada kereta banyak.
Sayang sekali tidak ada satu pun yang jejak parking masjid untuk solat berjemaah di masjid.
Ada orang ada duit beribu dalam bank.
Sayang sekali tidak ada satu sen pun yang masuk ke dalam tabung derma.
Tetapi orang ini hidup senang.
Tak pernah sakit.
Duit tak pernah sikit.
Enjoy setiap hari.
Kenapa?
Itulah namanya istidraj.
Dia semakin bertambah nikmat tetapi hakikatnya itu adalah hukuman. Semakin jauh...dan jauh daripada Allah.
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj daripada Allah"
-Hadis Riwayat Ahmad-

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam maksiat.
Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal amalan untuk hari pertemuanku dengan ALLAH

Orang solat subuh kau mengantuk. zuhur pula kau sibuk. waktu asar kau letih. maghrib kau layan tengok tv. isyak kau makan sampai mengantuk .
Kau boleh lewatkan solat, tapi kau tak boleh lewatkan KEMATIAN


Teruskan berzikir jangan berhenti.
Semoga hatimu hidup dan tenang dalam apa jua situasi.
Aamiin.

Berusahalah dirimu untuk menjadi orang yang baik & orang yang taat kepadaNya.

Dengan dosa itu, kamu kembali padaNya. Bersyukurlah.
Apabila adanya penyesalan dirimu akan bertaubat.
Alhamdulilah.

ALLAH timpakan dirimu kesedihan demi kesedihan agar dirimu tidak bersedih lagi.
In Shaa ALLAH.
#Proses membersihkan hatimu.


Bangkitkan kami dalam keimanan dan ketaatan kepadaMu. Aamiin

Kesejukkan hati hadir apabila lakukan ikhlas kerana ALLAH.

KERUGIAN ORANG YANG BERAMAL TAPI TIDAK MENJAGA LIDAHNYA
Berkata Sayyidina Umar bin Abd Aziz :- "Kami sempat hidup bersama para salaf, dan tidaklah mereka melihat bahawa ibadat itu adalah pada puasa dan tidak juga pada solat. Namun ibadat itu adalah menahan diri dari menikam kehormatan manusia. Kerana orang yg bersolat di waktu malam dan berpuasa di waktu siang, andai ia tidak menjaga lidahnya maka ia pasti akan muflis di hari kiamat".
Berkata al Imam Ghazali :- "Perbuatan mengumpat itu adalah petir yg memusnahkan perbuatan2 taat. Orang yg mengumpat itu tak ubah seperti orang yg memasang 'manjanik' (alat pelontar ketika perang), lalu dilontarnya kebaikan2 yg ia buat ke timur dan barat, ke kiri dan ke kanan".
Berkata as Syirazi :- "Aku telah berjaga malam bersama ayahku, dan orang2 sekeliling kami semuanya tidur. Lalu aku berkata: "Tidaklah dari mereka ini yg bangun walau utk solat 2 rakaat!". Lalu ayahku berkata : "Kalau kamu tidur adalah lebih baik dari terjerumusnya kamu di dalam menghina manusia".
Ketahuilah boleh jadi kamu dikalangan orang2 yg solat bahkan amat khusyuk didalam solatmu, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak punya apa2 !.
Boleh jadi kamu pernah menginfaq separuh dari harta yg kamu miliki, bahkan kamu sorok infaqmu itu dari pengetahuan orang, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak memiliki apa2 !.
Boleh jadi kamu adalah orang2 yg sentiasa berpuasa di siang hari, menghidupkan malam hari, dan berjuang menegak agama disepanjang hayat seikhlas mana sekalipun, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong seakan2 tidak pernah berbuat apa2 kebaikan !.
Sebenarnya perkara ini, ramai dari kita sudah mengetahuinya. Namun sebahagian dari kita, tak kira orang biasa atau pemimpin atau ahli politik, atau lebih2 lagi para ustaz2 yg lebih tahu hukum hakam, masih ramai lagi yg gemar mengotorkan bibir2 mereka dgn kata2 buruk & penghinaan walau atas tujuan nak memberi teguran & nasihat. Yakni seakan2 tidak pernah takut & terkesan dengan kesudahan buruk yg bakal menanti orang2 yg gemar berkata2 dgn kalam buruk utk memperendahkan orang lain, menghina orang lain, membunuh karektor orang lain, menikam kehormatan orang lain, dan seumpamanya.. Sampai bila nak buat begitu? Takkan sampai mati!?. Kerana itu kita mesti tetap sentiasa mengungkapkan soal ini agar kita tidak selalu lupa..
Wahai umat Islam:-
Ketikamana kamu melihat insan-insan pendosa, janganlah sesekali kamu merasa kamu adalah lebih mulia dari mereka.
Ketahuilah olehmu bahawa diri mereka itu sebenarnya adalah sedang diuji, dan kamu pula telah terselamat kerana kasih & rahmat Allah padamu.
Maka janganlah kamu lupa mendoakan ke atas mereka supaya diberikan hidayah, dan ke atas dirimu juga supaya kekal diberikan keteguhan.
Janganlah pula kamu mendoakan mereka dengan keburukan. Mungkin kamu menyangka tidak pernah berbuat demikian. Namun kalimah-kalimah keji yg sering dilontarkan kpd mereka yg senantiasa meniti di bibirmu itu, sebenarnya adalah satu doa jua yg secara tidak sedar bukan sahaja semakin menghitamkan hati mereka, bahkan semakin menghitamkan hatimu juga.
Bencilah sikap & kejahatannya. Dan janganlah dibenci diri & zatnya. Kerana seburuk-buruk seorang muslim itu sekalipun, di dalam dirinya masih ada sesuatu yg sgt bernilai & amat berharga, iaitu kalimah 'Lailahaillah Muhammadurrasulullah'..
Oleh: Ibn Shihab al Dimashqy al Hanafi

Tuesday, July 03, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 075

Selalulah berfikir yang baik-baik, berbicara yang baik-baik, berdoa yang baik-baik, moga-moga yang datang pada kita juga yang terbaik.....🌸
❤ Jadikanlah yang Lembut itu CAHAYA
❤ Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
❤ Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
❤ Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
❤ Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
❤ Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN
🌺 Hamparan kasih sayang Allah yang takkan pernah pudar 🌺
mogaAllahredha

Hargai orang lain jika Anda ingin dihargai, jangan menghina jika tak
mau dihina, dan jangan merendahkan org lain jika tak mau direndahkan.
Yang perlu Anda pahami untuk dapat berhasil itu dengan tidak pernah
merasa gagal untuk terus mencoba.
Bahagiakan dirimu sendiri dengan tak lagi mengingat hal pedih yg
menyiksamu. Masa lalu biarlah menjadi pelajaran,perjuangkan hari ini
& esokmu.

Tanda Ilmu Tidak Berkah
Tanda ilmu itu tidak berkah/tidak barokah ialah:
• Semakin kita menuntut ilmu
semakin kita angkuh dan sombong
dengan Allah SWT maupun sesama
manusia
• Semakin banyak ilmu semakin rasa
diri hebat, tidak langsung merasa
hebatnya Allah SWT
• Penyakit hati semakin tebal
bersarang di dalam dada
• Memandang rendah pada orang lain
ﻭَٱللّٰهُ أَﻋْﻠَﻢُ بٱﻟﺼَّﻮَٱﺏِ
[ Untaian Kalam Hikmah Salafunas Shalihin ]

Kata nasihat agama dan syair:
Tidak akan rugi orang yang bersifat
baik budi, dan tidak akan beruntung orang yang bersifat hasad dengki.
Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan..


*😔Seburuk buruk adik beradik...., dia tetap darah daging kita*,
*😔Sehina hina adik beradik ...., dia tetap keluarga terdekat kita*,
*😔Sejahat jahat adik beradik .... dia tetap dikandungkan dari perut yang sama & benih yang sama.*
*📛Jangan selalu lihat keburukan adik beradik ... sehingga lupa pada kebaikannya.*
*☝🏼Kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan NASIB dalam hidupnya.*
*😰Ada yang susah ada yang senang ...*,
*📛 JANGAN kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain...*
*☝🏼kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.*
*📛 JANGAN kita angkuh & sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik ....*
*☝🏼Kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.*
*📛 JANGAN terlalu berkira akan harta & duit yang kita ada ...*
*☝🏼Kerana harta & duit takkan kekal selamanya.*
*😱Pernahkah kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak ¿*
*😱Pernahkah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ¿*
*😰Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dikapan kelak ¿*
*☝🏼Tidak.*
*😔Adik beradik kita sejahat mana pun dia ...,*
*🤢dia takkan jijik menyentuh mayat kita*
*☝🏼walaupun dia hina buruk & jahat dimata kita.*
*📛 JANGAN terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.*
*🤲🏼Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.*
*💪🏼Semoga kita selalu ingat siapa diri kita...,*
*😔kita hanya hamba yang hina disisi ALLAH.*
*💘Semoga kita dilembutkan hati DARI perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun kepada manusia lain.*
*🤲🏼Aamiin Ya Rabbal Aalamiin*


Di dalam kehidupan ini, carilah sesuatu yang boleh menyampaikan kepada diri mu apabila kamu mati, maka dosa kamu turut akan mati tetapi pahala akan terus hidup.
Bukannya mencari sesuatu yang apabila kamu mati, pahala kamu turut mati tetapi dosa terus hidup....
#dakwahsantai


BILA HATI DAH HITAM.BENDA KECIL NK DI PERBESARKN.SUKA CARI SALAH ORG..SEMOGA KITA DI JAUHI SIFAT DEMIKIAN

*Hikmah*
"Setiap nasihat yang baik itu datangnya dari Allah, maka jika orang menasihati kita, ingatlah bahawa itu adalah hadiah dari Allah untuk kita....
"Kita boleh sahaja berbeza pendapat tetapi jangan sampai melampaui batas perbahasan sehingga membenci antara satu sama lain. Ingatlah bahawa setiap pertuturan yang diluahkan merupakan cerminan keperibadian kita....


RENUNGAN*✨✨✨
*_💞💫Hidup adalah sebuah ujian, jika Allah menjawab doa-doamu, berarti Allah ingin meningkatkan keimananmu. Jika Allah menunda menjawab doamu, berarti Allah ingin meningkatkan kesabaranmu. Jika Allah tidak menjawab doamu, maka yakinlah bahawa Allah memiliki rencana yang lebih baik untukmu_*

Satu keistimewaan bagi insan2 yang sungguh2 menjaga SOLAT SUNAT RAWATIB iaitu 2 rakaat sebelom subuh, 4 rakaat (2 salam) sebelom zohor dan 2 rakaat sesudah zohor, 2 rakaat selepas maghrib & 2 rakaat selepas isyak , Allah SWT akan anugerahkan kpd insan yang komitment menjaga solat ini dengan satu ISTANA YG HEBAT di dalam Syurga.
Mudah2an kita sama2 usaha melaksanakannya dgn Istiqomah, Insyaa Allah.
Hadis2 yang menyatakan tentang keterangan ini boleh dirujuk di dala kitab Imam Muslim No 728. dan Kitab Riyadhus Shalihin no. 195, hal. 1409
Wahai jiwa2 yg cintakan akhirat..selamat beramal!
~ZOHOR

Setiap hari kita sentiasa memastikan perut kita sentiasa diisi, maka begitulah hendaknya agar jangan dilupakan pada jantung hati kita yang JUGA perlu diisi dengan zikrullah, istighfar Al Quran.
Jika kita tak makan maka badan kita lemah begitu juga dengan rohani kita yang apabila tidak ada santapan maka jiwa kita akan lemah.
Justeru, antara santapan rohani yang menjadi keperluan jiwa adalah amalan zikir pagi dan petang.
Berzikirlah dengan ucapan "SUBHANALLAH WABIHAMDIH" secara istiqomah(tidak putus setiap hari) , kerana tidak ada insan yang mampu menandingi neraca beratnya pahala timbangan amal kalian kelak, KECUALI jika yang ada membacanya melebihi dari jumlah yg dan kalian baca.
~ CERIAKAN DIRI KITA DGN AMALAN ZIKIR PAGI, DI DAHULUI DGN MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR


HIKMAH AIR KOPI
Dalam minuman kopi pada dasarnya terdiri dari 4 unsur, iaitu:
1. Kopi
2. Gula
3. Air
4. Rasa
Jika kopi terlalu pahit
Siapa yang salah?
Gulalah yang di salahkan kerana terlalu sedikit hingga "rasa" kopi tu pahit.
Jika kopi terlalu manis
Siapa pula yang disalahkan?
Gula lagi, kerana terlalu banyak gula hingga "Rasa" kopi tu terlalu manis.
Jika kandungan kopi & gula seimbang, kopinya sedap.
Siapa yang dipuji ?
Tentu semua akan berkata,
Kopi TERBAIKK!!!
Kemana gula?
Yang membuat "rasa" kopi menjadi SEDAP?
Kemana AIR menjadi pengadun kepada semuanya?
BEGITULAH HIDUP INI.
Orang jarang pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu.
Orang hanya melihat kelemahanmu.
Walau demikian, tetaplah menjadi baik sampai ke akhir
Kebaikan tidak memerlukan pengakuan.
Seperti juga barangan bermutu tinggi tidak perlukan kata kata indah seperti IKLAN
Orang baik tidak perlu membuktikan apa-apa.
Orang baik itu berpegang pada kejujuran hati nurani sendiri.
Tidak perlu menjelaskan apa dan siapa dirimu.
Sebab orang yang memahami kamu, tidak perlu itu.
Sedangkan orang yang hatinya iri dan dengki, tetap tidak akan percaya itu apa yang telah kamu buat
Tetaplah menjadi baik sampai akhir. Cukup dengan ALLAH Dia yang mencukupkan segalanya.


Asalammualaikum rakan - rakan semua. 'Hidup ini umpama roda berputar'.Umpama pohon kayu asalnya dari benih kemudian tumbuh membesar, mengeluarkan bunga,buah dan sebagainya..kemudian bila sampai masanya daun-daun berguguran kemudian ia akan menjadi tua,lalu mati,tinggallah tungul kayu yang dimakan ulat kayu kemudian menjadi sisa dimamah bumi.Kita dari alam bayi,kanak-kanak,remaja,berumah tangga,kemudian meniti usia tua.Demi masa yang berlalu dengan tanpa kita sedari .kita leka dengan urusan dunia kita lupa bekalan akhirat `mati itu pasti..'
Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.Semua harta kemewahan,kemegahan,isteri,anak-anak dan sebagainya akan tinggal didunia.Hanya amal soleh yang akan menyelamatkan anda dari seksaan api neraka.Dunia hanyalah sementara.Ingat mati,ingat akhirat.Jalan hidup mana yang anda tuju?
` Barang siapa berbuat kebaikan sekecil apa pun perbuatan baik itu,dia akan menyaksikan hasilnya.Begitu pula yang melakukan perbuatan buruk,sekecil apa pun perbuatan buruk itu,dia akan menyaksikan hasilnya ' .
( AL-QURAN : AL- ZAL ZALAH : AYAT 7
DAN 8 ).
Buatlah baik sesama makhluk allah s.w.t
`Sesungguhnya allah tidak menganiya seseorang walaupun sebesar d'zarrah,
dan jika ada kebajikan sebesar d'zarrah,nicaya allah akan melipat gandakan dan memberikan dari sisinya pahala yang besar.
( SURAH AL - NISA : AYAT 40 ).
` Orang - orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi yang baik.Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik,dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertakwah.
(AL-QURAN : SURAH AL - NAHL : AYAT
30 ).
Setiap manusia harus berhati-hati dalam hidup,dunia ini hanya persinggahan sementara akhirat kampung(syurga) tempat tinggal yang abadi.Selalulah berbuat kebaikan untuk bekalan akhirat
Amin..


Tangisan kerana takutkan ALLAH atau tangisan kerana merindui ALLAH adalah tangisan yang lahir dari jiwa yang khusyuk.
.
Suatu perasaan yang begitu indah yang tidak dapat difahami melainkan mereka yang mendapat kurnia ALLAH untuk matanya menangis kerana rindukan Tuhan, ataupun gerun kepadaNya.
.
Suatu perasaan kudus lagi nikmat yang meliputi roh akan dirasai oleh sesiapa yang ALLAH rezekikannya tangisan jenis ini.
.
Matanya menangis, jiwanya tenggelam dalam nikmat rindu, cinta dan gerun kepada kebesaranNya.
.
Tidaklah dapat difahami hal ini melainkan mereka yang telah merasainya.
.
Bak kata sebahagian orang sufi “sesiapa yang tidak merasa, dia tidak akan memahaminya”.
.
Hanya jiwa-jiwa yang hampir dengan ALLAH sahaja yang akan merasai nikmat ini.
.
Lebih hampir seseorang dengan ALLAH, lebih seringlah zahirnya nikmat ini pada diri seseorang.

Pemimpin sebenar berusaha untuk menyelamatkan pengikutnya daripada azab neraka di akhirat, di samping memberi kebaikan hidup di dunia.
Pemimpin sebenar berusaha untuk membina akhlak umat disamping pembangunan fizikal dan material yang sejahtera.
Pemimpin seumpama ini sukar dicari. Namun tidak mustahil akan muncul lagi. InsyaAllah, bagi kita sebagai rakyat berusahalah untuk menjadi rakyat yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan pemimpin yang baik untuk kita.


HARGAI DIRIMU DULU, KEMUDIAN BARU HARGAI ORANG LAIN
Apakah petunuk, seseorang itu mempunyai harga diri yang tinggi?
Pertama, dia mudah menghargai orang lain. Sebab itu kalau kita lihat dalam kehidupan seseorang ini yang mana mereka ini mudah mesra, menghormati orang lain, boleh bergaul dengan baik dengan orang lain, itu petanda bahawa dia mempunyai harga diri yang tinggi.
Sebaliknya kalau kita lihat ada orang suka meremehkan orang lain, mengejek-ngejek orang lain, selalu memandang kecil kepada orang lain, itu petanda bukan orang lain yang diremehkan itu rendah, tetapi dirinya yang rendah.
Analoginya mudah. Hanya orang yang ada wang boleh memberi wang kepada orang lain. Begitu juga hanya orang yang punya harga diri sahaja yang boleh menghargai orang lain. Sebab itu hanya apabila kita menyayangi diri kita sendiri, barulah kita boleh menyayangi orang lain.
Kedua, mempunyai ‘self talk’ yang positif.
Dalam masa 24 jam, sebenarnya kita lebih banyak bercakap dengan diri kita berbanding kita bercakap dengan orang lain. Petanda orang yang mempunyai harga diri yang tinggi ialah percakapan dirinya terhadap dirinya sendiri ialah percakapan-percakapan yang positif.
Bila dia dengar sahaja kuliah atau dengar sahaja tazkirah atau membaca tulisan yang bermotivasi seperti ini, ‘self talk’nya sentiasa positif;
“Input ini adalah yang terbaik untuk aku. Aku boleh amalkan dan insyaallah aku akan sampaikan kepada orang lain. Motivasi atau input-input yang baik ini akan menyinari hidupku dan aku akan buat satu perubahan yang akan memberi inspirasi kepada orang lain.”
Begitulah orang yang mempunyai harga diri yang tinggi. ‘Self talk’nya, percakapan dirinya ialah yang positif.
Tetapi malangnya ramai orang yang punyai ‘self talk’ yang negatif. 90 % yang dicakap terhadap dirinya adalah negatif. Kalau dia membaca buku motivasi suara hatinya akan berkata:
“Ala aku boleh dengar sahajalah, mana boleh aku amalkan.”
Sehinggakan sampai satu tahap dia berkata;
“Entah-entah orang yang menulis ini pun tidak amalkan apa yang dia tulis.”
Akibat self talk yang negatif, ramai manusia yang gagal untuk membuat perubahan ke arah kebaikan. Dia bukan didorong ke hadapan, sebaliknya sentiasa digeser ke belakang.
Oleh itu, penting sekali kita mendapat keyakinan, hasil daripada percakapan-percakapan yang positif daripada dan kepada diri kita sendiri. Sebab itu misalnya, dalam ibadah solat kita juga sebenarnya sedang mengingatkan diri kita sendiri melalui bacaan-bacaan di dalam rukun solat.
Dalam rukun qauli, bacaan surah al fatehah yang kita baca... wajib didengar oleh telinga kita sendiri. Ini satu selftalk yang positif yang mengingatkan bahawa kita hamba Allah, yang meminta pengampuna-Nya, kekuatan-Nya. Dalam duduk antara dua sujud, kita minta sihat dan kita minta hidayah dan sebagainya. Insya-Allah ‘selftalk’ ini positif, dan akan membentuk diri kita yang positif juga.
Sebaliknya, orang yang punya harga diri yang rendah, dia akan sentiasa melakukan sabotaj terhadap dirinya sendiri. Ya, kegagalan itu bermula di dalam diri kita sendiri, sebab itu kita gagal ‘menakluki’ diri kita sendiri. Justeru, sering diperingatkan bahawa kita sebenarnya perlu bertanding dengan diri kita sendiri.
“What happen in you is more important then what happen to you…” Begitu kata-kata ahli-ahli yang bijaksana. Apa yang berlaku di dalam diri kita sebenarnya lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita.
Sebab itu kita kena hapuskan sikap ‘self sabotaging habit’ ini. Kalau dibiarkan berterusan kita akan menjadi “Toxic people”, manusia beracun yang melemahkan diri sendiri dan orang lain.
Mula-mula kita sabotaj diri kita, kemudian akhirnya kita jadi ‘toxic people’ yang mensabotaj orang lain.. Kita boleh menghasut, kita boleh mengumpat dan kita boleh memfitnah orang lain hasil daripada perasaan negatif yang ada di dalam diri kita.
Orang yang memfitnah, mengumpat ialah orang yang penuh dengan racun. Orang yang sebegini tidak akan berjaya di dalam hidupnya. Dia tidak akan menyelamatkan dirinya dan dia tidak akan mampu menyelamatkan orang lain. Dia ‘membunuh’ dirinya sendiri, keyakinannya sendiri, harga dirinya sendiri dan dia tidak akan pernah membina aspirasi kepada orang lain.
Ketiga, mampu menyayangi orang lain hasil dia menyayangi dirinya sendiri.
Bagaimana keadaan itu?
Saya pernah menonton satu filem tentang hari ibu. Yang mana seorang wanita tua telah ditinggalkan oleh anak-anak dan suaminya di rumah orang tua. Pada waktu itu ibu itu mengeluh, lalu berkata, “Yang paling malang dalam hidup ini apabila tidak disayangi.” Dia tidak disayangi oleh suami dan anak-anaknya.. Tetapi kawannya di sebelah menepuk bahunya dan berkata bagi membetulkan persepsi ibu tadi dengan berkata, “yang paling malang dalam hidup ini bukan tidak disayangi tetapi apabila kita tidak menyayangi.“
Punca kita tidak disayangi ialah apabila kita tidak menyayangi diri kita sendiri. Hanya orang yang menyayangi dirinya mampu menyayangi orang lain. Kalau kita tidak mampu untuk menyayangi diri kita yang paling dekat, mana mungkin kita boleh menyayangi orang lain yang ‘jauh’?
Kelihatannya seperti kita terlalu mementingkan diri?
Sebenarnya, tidak! Kita tidak mementingkan diri sendiri sekiranya kita menyayangi diri kita terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.
Tamsilannya begini. Ketika kita menaiki kapal terbang, pramugari selalunya memberi panduan sekiranya oksigen dalam kapal terbang itu berkurangan, maka akan keluar corong yang berwarna kuning. Arahannya ialah kita perlu bernafas dahulu barulah kita membantu anak kita yang masih kecil untuk bernafas. Walaupun kita sayang anak kita, malah sanggup mati untuk mereka, tetapi aturannya ialah kita perlu ambil corong oksigen itu dan bernafas terlebih dahulu baru kita bantu anak kita bernafas.
Apa maksudnya?
Hanya orang yang hidup sahaja boleh memberi kehidupan. Hanya orang selamat sahaja yang mampu menyelamatkan. Dan hanya orang yang menyayangi dirinya dahulu boleh menyayangi orang lain.
Sayangnya, ramai kaum ibu yang kadangkala oleh kerana terlalu sayang anaknya...dia jaga anaknya sampai mengabaikan kesihatan dirinya sendiri. Ini salah. Kita perlu menjaga kesihatan diri kita untuk menjaga kesihatan anak kita. Ini bukan mementingkan diri... tidak! Tetapi untuk menyayangi orang lain perlu terlebih dahulu menyayangi diri kita.
Justeru, pada saya orang yang tidak menjaga kesihatan dirinya ialah orang yang mementingkan diri. Kenapa? Kerana jika dia jatuh sakit, orang lain terpaksa menjaga dirinya. Tetapi bagi orang yang sihat, dia yang mahu menjaga orang yang sakit. Jadi orang yang menjaga dirinya agar tidak sakit ialah orang yang tidak mementingkan diri!
BAGAIMANA HARUS MENYAYANGI DIRI?
Kunci katanya ialah, “Kita tidak boleh menyayangi orang lain tanpa terlebih dahulu menyayangi diri kita sendiri dan kita tidak mampu menyayangi diri kita sendiri kalau tidak terlebih dahulu menyayangi Allah SWT. “
Sebab itu dalam kehidupan ini, kita perlu sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menyedari bahawa diri kita hakikatnya adalah amanah Allah terhadap diri kita sendiri.
Justeru dalam Islam, kita tidak boleh menjatuhkan diri kita kepada kebinasaan. Contohnya, kita tidak boleh membunuh diri. Kalau dipersoalkan, apa salahnya kalau saya membunuh diri saya sendiri, saya bukan membunuh orang lain?
Ingatlah bahawa menurut Islam, diri kita pun bukan kita yang empunya. Diri kita hanyalah amanah daripada Allah SWT. Sebab itu kalau orang itu sayang yang benar-benar kepada Allah, dia akan sayang kepada dirinya sendiri. Dan orang yang menyayangi dirinya sendiri insya-Allah, akan boleh menyayangi orang lain.

Jika lidah terselamat daripada mengumpat. Jika hati terhindar daripada hasad. Jika kaki mudah melangkah untuk solat berjemaah
ke rumah Allah. Jika mata direzekikan mampu menatap ayat-ayat Allah. Itulah nikmat-nikmat terbesar dalam hidup di dunia, yang jika kita telah mendapatnya... syukur dan redhalah. Itulah kekayaan hati yang sejati!


Allah memberi kita ketenangan dengan TIDAK...
tahu ada orang yang telah mengumpat atau memfitnah kita.
membuka peluang untuk kita melakukan kejahatan dan kemaksiatan.
memberi kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan yang menyebabkan kita derhaka.
mendekatkan orang yang dengannya akan menyusahkan diri kita dan dia.



Satu hari Rasulullah s.a.w bersegera keluar selepas solat Asar, sehingga melalui di celah-celah makmum sahabat, baginda pulang ke rumah. Kemudian apabila baginda kembali, dijelaskan " aku teringat ada satu barang sedeqah di rumahku, lalu aku tidak suka ia dibiarkan lalu aku segera ingin menyerahkannya (kepada yang berhak)". (Al-Bukhari).
Antara pengajarannya, JANGAN BERTANGGUH dalam melaksanakan perkara kebaikan, segerakan :-
a. Pembersihan wang haram & syubhah,
b. Zakat yang sudah masuk tempoh,
c. Bayar hutang yang sudah sampai tempoh kena bayar.
d. Sedeqah yang sudah lama diniatkan
e. Semua amal ibadah seperti solat bila masuk waktu, memohon maaf ke atas mangsa dan sebagainya.
Moga Ramadan dan Syawwal kita lebih berkat dan beroleh keampunan Ilahi.
#DrZaharuddinAbdRahman

Para ulama salafussoleh berkata "Nafsu syahawat pendorong kejahatan dalam hati TIDAK akan mampu ditanggalkan KECUALI dengan ketakutan yang merobek rasa (akan hukuman Allah) atau KERINDUAN yang menggelegak jiwa ( untuk bertemu Allah & RasulNya). (Petikan dari kitab Sifat al-Safwah 4/361)
#DrZaharuddinAbdRahman


Jadilah kita orang yang selalu menyambung silaturahim, ibarat jarum dengan benang, walaupun menyucuk tetapi ia mencantumkan dua kain yang terpisah.
Jangan menjadi seperti gunting dalam lipatan, bergerak ke depan untuk memisahkan.
Sesungguhnya orang yang menjaga silaturahim akan mendapat kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat; adanya bermanfaat, ketiadaannya di hati ingatan tersemat.
*😁salam silaturrahim😁

Falsafah Buah-Buahan
1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.
3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.
4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.
6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna
7. Jadilah manggis.
Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam.
Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Kita Ibarat Pinggan... Untuk Renungan Bersama
Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita...
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..
Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..
Semoga bermanfaat...



"Syaitan tidak boleh memasuki hatimu
Kecuali kamu sendiri yang memberi kunci"
"Bukannya syaitan yang kuat,
Tapi Iman kita yang tenat"...
Astaghfirullah.

AKHLAK ISLAM
Hak-hak dan tanggungjawab ukhuwah sesama Islam sangat penting kerana ia merupakan salah satu kekuatan umat Islam. Antara hak dan tanggungjawab tersebut ialah:
✔ Memberi dan menjawab salam
✔ Menutup keaiban orang lain
✔ Menjemput dan menerima jemputan
✔ Tolong menolong dan bekerjasama
✔ Menziarahi orang sakit
✔ Mendoakan kesejahteraan saudara seagama
✔ Nasihat menasihati antara satu sama lain
Faktor yang memusnahkan ukhuwah
❌ Fitnah dan mengumpat
❌ Hasad dan dengki
❌ Bercakap bohong
❌ Berlaku zalim
❌ Kedekut dan bakhil
❌ Memutuskan silaturahim
Ciri-ciri sifat mahmudah
Antara tujuan Rasulullah s.a.w. diutuskan kepada seluruh umat adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Akhlak yang baik akan melahirkan individu yang boleh menyumbang kepada kemashalatan diri, keluarga, agama dan negaranya. Antara sifat-sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap Muslim ialah:
👍 Sabar
👍 Syukur
👍 Tawakal
👍 Bertaubat
👍 Ikhlas
👍 Tenang
👍 Zuhud
👍 Redha
👍 Berbaik sangka

Belajar berpuas hati meskipun tidak cukup.
Belajar memahami walaupun tidak sehati.
Belajar untuk ikhlas meskipun belum rela.
Belajar untuk bersabar walaupun rasa terbeban.
Belajar untuk setia meskipun ada godaan.
Belajar untuk memaafkan walaupun pernah disakiti.
Hidup adalah Belajar.

Allah mengajarkan kita untuk menambahkan pahala, Allah juga mengajar kita untuk menghilangkan dosa. Hebatnya Allah dalam mencintai hambanya. Hanya mengajar amalan baik kerana hendak memberikan perkara yang terbaik untuk hambanya.

Allah tidak menjanjikan orang yang
belajar/kerja 24 jam akan berjaya.
Sebaliknya, Allah menjanjikan
sesiapa yang solat dia akan berjaya.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang
beriman iaitu: Orang yang memelihara
solat-solatnya". [Surah Al-Mukminun :9]

3 TANDA bahawa Allah cintakan kita.
1. Setiap kali nak buat dosa, kita akan rasa serba salah pada awalnya.
2. Setiap kali selepas melakukan sesuatu dosa, paling kurang pun, jauh sudut hati kita akan rasa serba salah.
3. Kita ada rasa nak taubat dan berubah.

Tuesday, June 19, 2018

KTP 074

*Jahat atau Baik kita.*
*Solat jangan ditinggalkan.*
*Solat Bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...*
*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*
*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*
*dakwahsantai*
*hijrahpendosa..*

Muhasabah pagi ..
Usahlah kagum dengan orang yang dapat menjinakkan binatang yang buas, tapi kagum pada orang yang dapat menjinakkan nafsunya yang buas..
Apabila nafsu itu sudah sepakat dan selari dengan kehendak Allah dalam setiap ketaatan maka jadilah nafsu itu tunggangangnya...
itulah karamah sebenar ahli makrifat..
Duduklah berteman keinsafan dan hitunglah dosa yang berselimut dalam diri yang makin menebal sehingga lupa dsn terus lupa segala kemaksiatan & kemungkaran...
hinakanlah diri dengan segala kerendahan hati memohon keampunan Allah


Bersabar dan diam lebih baik. Jika memang jodoh akan terbuka sendiri jalan terbaiknya. Jika tidak, akan diganti dengan orang yang lebih baik.
By
Tere Liye

"Jadilah seorang yang baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik . Bukan kerana mereka . Tetapi kerana Allah suka kepada orang yang baik"
"When your problems give you 100 reasons to cry, your faith in Allah should give you 1000 reasons to smile."

Nasihat buat diri
Tuntutlah ilmu
Kerana dia akan menjadi teman
Dalam kubur nanti

Muka nampak masam
Rupa rupa tiada hubungan dgn Allah

Kita bergantung pada Allah
Maka selamat lah kita

Dear diri sendiri,
Jangan sesekali kamu menunda atau melambat-lambatkan solat kamu. Belajar untuk menjaga dan mempercepatkan waktu solatmu kerana solat menghubungkan hamba dengan penciptaNya.

Apabila Umar r.a memasuki rumah dan bilik Nabi s.a.w dan dilihatnya keadaan uzur tempat yang didiami oleh baginda Nabi, beliau berkata :
“Wahai Rasulullah, berdoalah moga kamu diberikan keluasan dan kesenangan buat umatmu kerana Parsi dan Rom telah disenangkan dunia mereka serta menikmati kemewahan dunia sedangkan mereka tidak beribadah kepada Allah.”
Lalu nabi memberi menjawab
يا ابن الخطاب ، إن أولئك قوم عجلوا طيباتهم في الحياة الدنيا
"Mereka itu adalah orang-orang yang disegerakan kesenangan mereka di dunia ini. " (Riwayat Al-Bukhari)
Lalu bersegera Umar beristighfar..MARILAH kita beristighfar setiap kali 'terkagum' & terpesona dengan kekayaan mereka yang tidak beriman & mendapatkan harta dengan cara salah.
#DrZaharuddinAbdRahman


Berziarah dan berkumpul di musim raya sepatutnya menambah pahala dan
BUKAN mencipta pelbagai dosa melalui mata & lisan kita.
Bukan pula medan menunjuk kemampuan diri, apatah lagi untuk membanding diri dengan orang lain, sama ada pada besarnya kenderaan, hebatnya pakaian, meriahnya hiasan, jumlah duit raya & harta.
Redhalah dengan apa yang sedang kita miliki, jangan sesekali merasa diri ‘lebih' atau ‘kurang'.
Bebaskan diri dari rantaian kebanggaan & kehinaan kerana pemilikan dunia ini.
#DrZaharuddinAbdRahman

Musim cuti ini, antara doa ketika keluar meninggalkan keluarga atau harta. Agar kita tinggalkan mereka sementara waktu dan selamat semuanya dalam penjagaan Allah swt.
#DrZaharuddinAbdRahman

Jika kagum kepada seseorang, jangan terlalu dekat dengannya. Sebab kedekatan mendedah kekurangan.
Dan kekurangan menghakis kekaguman. Rembulan sangat cantik jika dilihat dari kejauhan. Jika didekati, terlihat juga kekurangannya.
- kalam sahabat: Ustaz Dr Umar Mad Noor
Benar kata HAMKA...semakin sempurna gading akan semakin terserlah retaknya.


Cinta itu indah. Antara keindahan cinta ialah membebaskan. Bukan dinamakan cinta jika membelenggu. Justeru, dengan cintaNya Tuhan menganugerahkan pilihan!

Selalunya kita mula mengenal diri kita yang sebenar apabila kita kehilangan.

Sujud...sujudlah dengan penuh penghayatan dan lama. Kita pasti akan merinduinya nanti.

Kurnia Allah itu bukan sahaja dengan memberi tetapi juga dengan menahan. Selalu Allah menahan apa yang kita inginkan untuk menyelamatkan.

Jika terpaksa, tentukan jarak tetapi jangan memutuskan.
Jika tidak membantu, tidak mengapa tetapi jangan membuntu.
Jika tidak senyum, cukup dengan selamba tetapi jangan masam.
Jika tidak dapat menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi langau yang membusukkannya.
"Better bend than break"


Jika ingin melihat ketaatan anak kepada diri mu...lihat ketaatan diri mu kepada suami mu.
Jika ingin melihat ketaatan isteri mu kepada Mu...lihat ketaatan diri mu kepada Allah.
Jika ingin mendapat kemudahan dalam mendidik anakmu, taatilah kedua ibu-bapa mu.
Wahai suami, baiki hubungan mu dengan Allah, nescaya taatlah isteri mu kepada Mu
Wahai isteri, baiki hubungan mu dengan suami, nescaya taatlah anakmu kepada Mu.
Wahai anak, taatilah kedua ibu-bapa mu, maka akan taatlah anak mu kepada Mu kelak dan hidup mu akan diberkati.
Masing-masing mesti melihat pada peranan dan kelemahan diri dan memperbaikinya, insya-Allah kebaikan akan menjelma dalam rumah tangga dan keluarga.


Anugerah paling berharga dalam kehidupan di dunia ini ialah apabila diampunkan segala dosa sebelum kembali ke akhirat.
Itulah permintaan kita ketika bertemu Al Qadar. Kita tidak minta rupa, harta dan kuasa...kerana semua itu boleh dikurniakan Allah kepada sesiapa sahaja. Tetapi keampunan dan kemaafan Allah hanya untuk insan pilihanNya.
Bayangkan betapa cinta Allah kepada hambaNya, Dia masih sudi untuk terus memilih dikalangan yang berdosa untuk dicintaiNya!

Jom berlumba buat baik bukan berlumba mengatakan orang lain tidak baik!
(Peringatan buat diri yang masih insan -pelupa)

Sahabatku,jagalah solat awal waktu dan buat dakwah setiap hari nanti Allah akan bantu saat kita susah dan dizalimi-ebitlew

Hye awak.tolong kirim salam dekat orang tu. Cakap kat dia saya sayang dan cakap saya sangat cintakan dia kerana kerana Allah. Cakap kat satu-satunya bidadari saya tu..sayang bidadariku... Assalamualaikum bidadariku. Selamat hari lahir buat bidadariku ini ...hye bidadariku sayang....i love u...i love u...i love u so much. Abang cinta sayangkanmu bidadariku sampai syurga selamanya insyaAllah..sayang bidadariku sentiasa sweet17...umur syurga sentiasa..
Dulukan sayang,ada beberapa perkara abang nak buat tanpa sokongan dirimu perkara tersebut Allah buat tak jadi. Tapi setiap perkara yang disokong oleh dirimu semua menjadi baik dan berkat. Betulkan doa bidadari ini sangat makbul..walau bab pilih kereta atau kerja..suami isteri yang satu hati,satu cinta,satu matlamat,satu fikir,satu maksud mampu melakukan apa sahaja dengan izin Allah. Hilangnya kesatuan hati 'ijtamiat qulub' diantara suami isteri hilanglah keberkatan buat keluarga dan umat ini..
Sebab inilah wanita yang bersama diriku saat belum ada kerja,belum ada lesen,belum ada apa-apa. Allah jadikan doa isteri ini sangat makbul. Ramai orang rajin,hebat,pandai tapi mereka lupakan doa ibu dan doa isteri mereka. Mereka takkan kemana-mana. Dicabut rasa bahagia dalam hatinya..
Terima kaseh Allah beri padaku anugerah yang teramat dan paling indah ini. Ya Allah berilah bidadariku sentiasa sihat. Sentiasa cantik. Sentiasa bahagia. Bahagiakanlah hatinya yang telah banyak berjuang dan berkorban dalam hidupku ini..berilah kami dapat berpegangan tangan sentiasa dalam dunia dan berpegangan tangan melangkah masuk syurga..dapat suap makan didunia dan suap menyuap dalam syurga. Saling mencintai didunia dan mencintai disyurga..
Benar orang kata berkahwin itu rezeki. Tapi syaratnya jaga perintah Allah dan menghargai pasangan. Hargai isteri. Hargai nikmat Allah bagi..ramai kita berkahwin tapi rezeki jadi sempit dan semakin tak bahagia sebab kurangnya rasa syukur pada Allah dan sifat menghargai. Itulah sifat iman-ebitlew

Dalam sibuk beraya. Semua orang gembira. Menggembirakan ramai orang dapat pahala. Tapi adakah isteri kita gembira? Orang yang 24jam sehari bersama kita. Yang hidupnya untuk Redha Allah. Hidupnya sentiasa berkhidmat untuk suami..janganlah sakitkan atau marah-marah isteri hari raya yang mulia ini..syukurilah ada teman disisi kerana Allah..
Saya sedih bila suami marah isteri di hari raya ini. Kasihankan isteri. Dari nak pergi berjalan. Suami marah jika isteri bersiap lama. Kenapa lama sangat. Takyah pergi rayalah. Duduk rumah jer senang. Sambil cakap kita suami kadang-kadang pegang telefon. Duduk depan tv. Isteri kelam kabut siapkan anak-anak. Siapkan baju suami dan anak-anak. Buat susu anak. Siapkan baju berjalan kalau kotor. Bawa pampers. Bawa susu. Bawa tisu basah. Bawa baju spare dia kalau anak kotorkan baju dia. Bawa air masak. Bawa mainan anak. Bawa duit raya dalam sampul. Lepas tu mandikan anak-anak. Dah siap semua anak nak berak. Kena salin semua semula..sambil siapkan kena marah. Ada suami kuat marah. Marah-marah. Masam muka. Isteri bersiap lawa-lawa marah. If selekeh pun marah. Sedihkan...
Dah siap, takde pun suami nak puji isteri. Patutnya cakap terima kaseh sayang. Lawanya isteri abang. Bercahaya cantik menawan. Siapa bagi, Allah bagi.
Begitu juga di rumah. Ramai orang datang rumah. Kadang-kadang isteri kelam kabut masak dan nak bersiap dan nak layan tetamu. Dalam masa nak jaga anak. Nak kemas semula rumah. Nak buat air. Nak angkat hidangkan. Nak buat susu anak. Nak basuh berak anak. Nak mandikan anak. Nak layan anak. Nak cantikkan diri sambut tetamu...
Mereka kurang tidur,kurang makan,kurang rehat,semuanya tak sempurna untuk sempurnakan hidup suami dan anak-anaknya..semuanya kerana Allah. Mereka tak nak apapun. Begitulah sepatutnya kita bantu dan jangan marah-marah mereka..sayangi mereka juga kerana Allah..
Sahabatku semua senyuman isterimu ialah rahsia keberkatan dalam hidupmu. Itulah akhlak Nabi saw. Kemuncak agama ialah Takwa. Hasil atau bukti takwa ialah akhlak mulia. Bagaimana nak tahu akhlak dah baik ke belum. Cuba lihat bagaimana bertutur dengan isteri. Sahabatku isterimu ialah cermin dirimu suami. Bagaimana iman,kasih sayang yang kamu curahkan begitilah sifat dan akhlak isterimu. Lelaki ArRijal..lelaki. pemimpin ketua..sayangilah dan berilah khidmat buat ibubapamu. Dan isterimu....-ebitlew



Selamat hari raya Aidilfitri pada semua. Taqabballahu minna wa minkum. Semoga Allah tambahi kebaikan, rahmat, kesihatan, cinta sampai syurga buat tuan puan semua yang saya kasihi kerana Allah. Allah sayang semua..
Terima kaseh sayangku bidadariku kerana sentiasa ada disisi abang dalam perjuangan ini. Terima kaseh kejut sahur,terima kaseh siapkan buka,terima kaseh sudi berkorban dalam perjuangan agama ini. I love u sayangku. Hanya Allah membalas dirimu wahai bidadariku.
InsyaAllah berkat kesabaranmu seperti kita puasa sebulan. Hari ini kita seronok nikmat raya. Orang yang jaga agama dengan sebaiknya dalam hidup. Dia akan beraya sebenarnya dalam syurga.
Dalam syurga ada sungai madu...sungai susu...sungai arak...sungai dan air yang sangat jernih. Tidak nampak tepiannya. Semua orang muda. Setiap hari seronok. Takde air mata sedih lagi. Hari raya ziarah semua orang. Begitulah amalan ziarah ini dalam syurga Ada hari boleh ziarah Rasulullah saw. Gembira tiada sedih. Senyum sentiasa tiada masam. Tiada lagi penyesalan melainkan masa hidup di dunia tanpa dakwah dan zikir. Paling nikmat ialah mendapat keampunan dan Redha Allah. Itulah segalanya..
Wahai bidadariku nanti semua kita nak boleh dapat yer dalam syurga. Semuanya dan segalanya. Apa sahaja. Nanti dirimu yang cantik ini akan berjuta kali lagi cantik dari bidadari dalam syurga. Tiada kecantikan dan kehidupan melaiankan kehidupan akhirat. Tiada yang tak cantik dalam syurga..
Tapi dalam dunia kena sabar. Teruskan berdakwah. Teruskan berjuang di jalan Allah. Teruskan solat awal waktu. Buat lelaki berjemaah di Masjid seperti Ramadhan. Teruskan baca Al-Quran. Teruskan tutup aurat. Teruskan makmurkan masjid. Nanti segalanya menanti..
Keluarga kita akan dikumpulkan kembali dalam syurga. Diberi nikmat dan layanan sebenarnya. Makan tanpa sakit lagi. Seronok bahagia 24 jam. Ya Allah terimalah kami semua-ebit lew


Sebak rasa dapat Tarawih,Tazkirah dan Qiamulail bersama KDYMM Sultan Muhammad V. Syukur pada Allah..
Bukan senang nak cari pemimpin yang Tawaduk begini. Selalu kemana-mana pakai jubah lengan pendek jer..jaga solat berjemaah walau dimana pun.
Masa mula-mula lantik YDPA dulu saya ada berdoa supaya Allah ketemukan dengan KDYMM YDPA ini..dari pertama perlantikan YDPA Solat Subuh berjemaah di Masjid. Subhanallah. Allah punya dunia ini..walau seorang raja berusaha menjadi hamba Allah..daulat tuanku ditukar kepada Allahuakbar. Allah Maha Besar..beliau tak bagi orang tunduk sembah..sebak lak rasa..
Semua Khalifah dulu sangat menjaga solat. Aisyah ra kata apabila azan dilaungkan Nabi saw seolah-olah tak kenal kami. Saidina Umar ra berkata, sesiapa sempurnakan solat,dia akan sempurnakan perintah Allah yang lain. Siapa cuaikan solat dia akan cuaikan perintah Allah yang lain.. Bagaimana kita boleh bahagia tanpa dahi sujud pada Allah..
Ramai penuh masjid datang solat bersama. Rupanya begini setiap tahun di kelantan. Rakyat solat dan menanti LailatulQadar bersama sultannya..
Sedih bila baca pasal fitnah dan cacian kepada KDYMM YDPA. Semoga Allah lindungi kita semua. Sebab setiap fitnah kita kepada orang lain dosanya lebih teruk dari membunuh. Inikan pula kepada orang yang hidupnya zuhud begini..setiap cacian kita, kita akan tanggung. Setiap tulisan atau ucapan kita tidak akan terlepas diakhirat nanti..
Cuba lihat terkini surat Istana potong elaun dirinya dan majlis jamuan raya. Kita orang biasa pun ada majlis makan-makan raya..
Semoga Allah lindungi KYDMM YDPA dari segala fitnah dan semoga Allah terus rahmati dan berkati hidup dan umur dalam ketakwaan serta diRedhai Allah
Ya Allah rahmatilah KDYMM YDPA Sultan Muhammad V dan rahmatilah negara kami Malaysia dengan Takwa dan akhlak yang mulia
Syukur dapat hadiahkan beberapa buku tulisan saya. IsterikuBidadari dan TangisanUmat. Pohon doakan saya nak buat program keluargasunnah untuk semua pemimpin Islam. Siapalah kita tanpa Redha Allah. Kita tiada jika Allah tak jadikan kita. Dijadikan Allah itu nikmat dan nikmat itu dirasai jika kita kenal Allah. Pohon doa semua juga supaya saya dapat buat sesuatu untuk anak remaja kita yang tersasar sedangkan mereka anak yang baik -ebitlew

Tuesday, May 08, 2018

Bicara Ramadhan 1

3 Rahsia Keajaiban Ramadan

 June 27, 2016 Ahmad Nazri Yusof Ahmad Nazri Mohd Yusof, Berita Harian, BH, pesona d'zahra
BULAN Rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka datang lagi. Syukur  tidak terhingga kita  kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui,  bulan Ramadan. Adalah lebih baik kita memulakan bulan Ramadan dengan memohon maaf kepada ibubapa, suami kepada isteri, isteri kepada suami, jiran-jiran, kaum keluarga, sahabat dan musuh kita. Ustaz Muhamad Abdullah al Amin dalam rancangan Pesona D’Zahra yang bersiaran di IKIMfm pada Isnin minggu lalu jam 10.15 pagi berkata bulan Ramadan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Imam Muslim).  Bulan Ramadan terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 hari pertama adalah fasa rahmat, 10 hari kedua sebagai fasa keampunan, manakala 10 hari terakhir adalah fasa kemerdekaan (terlepas) dari api neraka.

Allah SWT  berfirman maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah,  ayat 183). Bulan Ramadan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta mempunyai banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah SWT sepanjang Ramadan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni  segala dosanya yang telah lalu. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya (HR Bukhari).

Bulan Ramadan adalah bulan kerahmatan, bulan Allah menunjukkan sifat pengasihnya sehingga dihentikan seksa kubur ke atas umat Islam dan ditutup pintu-pintu neraka dalam bulan ini. Rahmat Allah, yang Allah turunkan ke dunia ini hanyalah satu per seratus sahaja, dengan 1 bahagian yang diturunkan inilah menjadikan makhluknya bersifat kasih mengasihi antara satu sama lain. Rahmat Allah SWT juga diperlukan utk melepaskan kita  daripada  azab-azab  kubur. Ketika berada di padang Mahsyar, kita hanya akan mendapat perlindungan dengan   rahmat daripada  Allah SWT (Arash Allah) malah dengan  rahmat –Nya  juga, urusan timbangan di Mizan akan dipermudahkan . Oleh itu,  dalam bulan Ramadhan,  umat Islam diseru agar memburu kasih    sayang (Rahmat) Allah SWT dengan memohon  supaya diberikan kesudahan (mati) yg baik (zahir dan rohani).

Bulan Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah SWT menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, mendirikan sembahyang solat sunat tarawih,  menghidupkan malam Lailatul Qadar dan bertadarrus. Jangan putus asa dari rahmat Allah, kerana rahmat Allah itu lebih besar dari langit dan bumi. Malah, menerusi perbincangan bertajuk ‘Tiga Rahsia Ramadan’, Ustaz Muhammad turut menyatakan  bahawa bagi meraih pengampunan daripada  Allah SWT,  amalan istighfar amat digalakkan serta  melakukan amalan-amalan lain sepeti berwuduk dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Akhir sekali, rahsia di sebalik bulan  Ramadan  adalah pelepasan daripada api neraka. Bagi mengekalkan rahmat dan pengampunan dari  Illahi , kita perlulah berusaha memastikan segala urusan yang berkaitan rukun Islam dan Iman telah kita laksanakan sebaik mungkin . Misalnya, tidak mensyirikkan Allah SWT, menunaikan zakat, bersolat , berpuasa dan lain-lain. Dalam mengejar  barakah dan pengampunan  Allah SWT, kita  juga dituntut untuk  menjauhi diri daripada perbuatan haram, melunaskan hutang dengan  individu atau pihak-pihak  berkaitan serta menyucikan dosa yang dilakukan dengan  amalan taubat.

Puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu. Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Mudah-mudahan  Ramadan yang disifatkan sebagai bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan daripada  api neraka akan menjadi realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang tidak dapat diketahui bahagiannya untuk kita.Pada masa yang sama,  marilah  kita memanjatkan doa agar  Allah SWT  terus memberi hidayah kepada golongan   yang masih lagi enggan menerima  kedatangan bulan Ramadan dengan hati yang terbuka serta melaksanakan ibadah berpuasa.

Ramadan : Rumah Penuh Rahmah
 June 24, 2016 Norhayati Paradi Berita Harian, BH, Norhayati Paradi, Usrah Nurani
RASULULLAH SAW bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakan kalian pada para malaikat-Nya. Maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari kalian. Karena orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.” (Riwayat At-Thabrani).

Ramadan itu adalah bulan perubahan. Umpama bertemu lombong emas. Maka individu yang bijak akan berhenti, melombong dan seterusnya meneruskan perjalanan mengembangkan hasil emas kepada sesuatu yang lebih bermanfaat dan berpanjangan sifatnya. Berbeza pada individu yang kurang bijak, waimah bertemu tapak perlombongan yang lumayan tidak akan diendahkan dan hanya meneruskan perjalanan dengan bekalan yang hanya cukup-cukup makan. Tetapi ada pula individu yang berhenti tetapi hanya sekadar melihat dan perjalanannya terhenti di situ sekadar pemerhati dan tidak berganjak meneruskan perjalanan.

Usrah Nurani Jumaat lepas bersama naqib Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree menerangkan bahawa saat tibanya Ramadan, suburkan semangat ‘stop and go’. Ada perkara perlu di kurangkan malah ada yang perlu di hentikan. Namun pada masa yang sama ada perkara yang di galak untuk dilakukan malah di perbanyakkan. Usrah lebih bermakna apabila di tambah dengan kehadiran pasangan suami isteri Saudara Redza Shah Azmeer dan Irma Hasmie sebagai rakan usrah dengan meluaskan lagi makna Ramadan buat pendengar IKIMfm untuk memanfaatkan Ramadan dengan memberi makna Ramadan buat keluarga.

Tanpa disedari, Ramadan sudah memasuki fasa kedua. Telah menjadi tanggungjawab sebagai umat Islam untuk meneruskan ibadah dalam bulan mulia ini apatah lagi belum pasti akan bertemu Ramadan pada tahun hadapan. Justeru, peluang dimanfaatkan semua sebaik mungkin bukan secara individu tetapi cuba di raih bersama keluarga.

Sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadith ini sepatutnya dihayati dengan penuh rasa insaf bahawa amalan pada bulan Ramadhan ini haruslah ditunjangi dengan amalan penuh keimanan, kesedaran dan penuh pengharapan dalam usaha meraih reda Allah SWT seterusnya mencapai objektif puasa agar menjadi insan yang bertaqwa.

Namun, amat sayang jika amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini hanya dilakukan berseorangan dan melupakan ahli keluarga . Sepatutnya, keluarga harus dipupuk dengan sifat mencintai masjid, budaya membaca al-Quran, apatah lagi bulan yang penuh dengan “tawaran istimewa” kepada hamba-hambaNya dalam usaha memburu syurga Allah.

Allah juga telah mengingatkan agar hambaNya menjaga dan mengingatkan ahli keluarga supaya membuat apa yang disyariatkan oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarang olehNya sebagaimana firman Allah SWT mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mengingkari (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dengan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (Surah At Tahrim, ayat 6).

Adalah menjadi tanggungjawab ketua keluarga, ataupun sebagai ahli keluarga agar saling mengingatkan antara satu sama lain dari sebarang perkara yang boleh mengjerumuskan diri ke dalam api neraka. Budaya menghidupkan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah harus ditekankan khususnya pada “madrasah” Ramadan ini. Selaku Umat Baginda nabi seharusnya Baginda menjadi suri teladan dalam hal ini yang mendidik ahli keluarganya ketika di bulan Ramadan, sebagaimana hadis yang bermaksud:“Adalah Rasulullah SAW apabila tiba 10 malam terakhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat kainnya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini membuktikan bahawa Rasulullah terlebih dahulu menjadikan ahli keluarga sebagai keutamaan malah berkongsi sesama ahlinya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan. Ini adalah satu contoh tauladan yang baik dari Rasulullah yang mungkin jarang dilakukan oleh masyarakat kita. Mereka menyangka cukup bagi suami dan isteri, ayah dan ibu sahaja untuk melakukan ibadah sedangkan anak-anak mereka dibiarkan membuang masa menonton televisyen, meluang masa yang sia-sia bersama rakan-rakan di kedai kopi, di kota raya, lebih teruk lagi malam-malam mereka diisi dengan keseronokan seolah-olah tiada beza malam-malam yang punya Lailatul Qadr ini dengan malam-malam di bulan yang lain.

Maka, kehadiran Ramadan ini semoga menjadi titik tolak pembentukan keluarga yang benar-benar sakinah, mawardah dan Rahmah.

Ramadan, Syaitan Dirantai, Kenapa Maksiat Masih Ada?
 June 20, 2016 Ahmad Nazri Yusof Ahmad Nazri Mohd Yusof, Berita Harian, BH, pesona d'zahra
APABILA masuk bulan Ramadan, dibuka semua pintu langit, ditutup semua pintu neraka dan dirantaikan segala syaitan. Namun suasana maksiat masih wujud pada  bulan Ramadan. Ustaz Muhamad Abdullah al Amin dalam rancangan Pesona D’Zahra yang bersiaran di IKIMfm pada Isnin minggu lalu jam 10.15 pagi berkata umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan pada  bulan mulia  ini. Nabi Muhammad SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan. Selain itu, terdapat juga ulama yang menyatakan  bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadan’ (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghapuskan dosa. Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan dibelenggu. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan Ramadan. Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat pada bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan.

Jin pertama dicipta ialah “Jaan”, sebagaimana manusia pertama dicipta ialah Adam. Dari keturunan Jaan ini kemudiannya lahir satu Jin bernama “Azazil”. Azazil ini kemudiannya menderhaka kepada Allah lalu dikenali sebagai “Iblis”. Keturunan atau suku sakat Iblis ini dipanggil Syaitan. Sementara jin boleh jadi Islam dan Kafir, namun Syaitan selamanya adalah dari bangsa jin yang kufur dan menderhaka kepada Allah. Mereka akan terus melakukan kerosakan dan hasutan sepanjang hayat mereka. Jadi yang dirantai sepanjang bulan Ramadan ini hanyalah para syaitan, sedangkan para Jin masih bebas menjalankan tugas  seperti biasa. Manusia atau Jin yang mempunyai sifat-sifat buruk tertentu dikenali sebagai syaitan. “Minal jinnati wan naas” dalam Surah An-Naas menyatakan bahawa para penghasut yang timbul tenggelam (yang ditafsirkan oleh para ulama sebagai ‘syaitan’) itu terdiri daripada bangsa Jin dan bangsa manusia. Maka istilah ‘syaitan’ itu bukanlah merujuk kepada Jin, tetapi kepada manusia dan Jin yang mempunyai sifat-sifat tertentu. Mengapa digunakan istilah ‘dirantai atau dibelenggu’? Hal itu  bagi  menyatakan ‘ketidakbebasan’. Sifat-sifat kesyaitanan pada diri manusia dan Jin sepanjang bulan Ramadan ini tidak bebas sepertimana dalam bulan-bulan selain Ramadan. Misalnya,  sifat syaitan pada diri kita sendiri. Antara sifat kesyaitanan yang kita  lalukan  pada bulan-bulan selain Ramadan ialah seperti makan secara berlebihan, mengumpat,  berfikiran jahat dan sebagainya. Tetapi apabila tibanya  bulan Ramadan dan kita sebagai umat Islam berpuasa, sedikit-sebanyak kita berusaha mengekang sifat-sifat ini pada siang hari agar puasa kita menjadi puasa yang berkualiti, dan pada malam hari pula kesempatan kita untuk keluar dari rumah tidak begitu banyak. Hasilnya, sifat-sifat kesyaitanan ini seolah-olah terbelenggu, terantai dan tidak bebas seperti dalam bulan-bulan yang lain. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘syaitan-syaitan dirantai’.

Mengikut hadis, syaitan akan dirantai sepanjang masa.. Tetapi kenapa masih ramai manusia yang melakukan maksiat dalam bulan ini? Suatu persoalan yang sering kedengaran dalam masyarakat. Antara jawapan yang boleh diberikan ialah walaupun syaitan telah dirantai tetapi masih ada satu lagi perkara yang sering mendorong manusia ke arah maksiat iaitu nafsu. Walaupun nafsu ada baik dan buruknya tetapi nafsu manusia umumnya adalah lebih cenderung untuk melakukan maksiat. Nafsu lebih senang atau mesra dengan perkara-perkara yang jelek dan jijik. Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ianya berlaku disebabkan manusia telah biasa dengan maksiat itu sebelum datangnya bulan Ramadan. Ada ulama yang menggambarkan keadaan itu seperti air di dalam gelas dan sudu. Sudu digunakan untuk memusingkan air tersebut. Setelah lama sudu itu memusingkan air, maka air menjadi biasa dengan pusingan itu.

Adakah air itu akan terus berhenti berpusing atau terus berpusing walaupun sudu telah tiada. Tentu sekali air itu akan terus berpusing walaupun sudu telah tiada. Begitu jugalah dengan manusia pada  bulan Ramadan. Mereka akan terus melakukan dosa yang telah biasa dilakukan oleh  mereka walaupun syaitan telah dirantai.

Kesimpulannya, hanya Allah SWT  yang tahu maksud tepat akan pernyataan “syaitan-syaitan dirantai”. Namun begitu, sekurang-kurangnya kita sebagai umat Islam mestilah meyakini bahawa memang benar “para syaitan dirantai”. Dan tidak menjadi kesalahan pula jika umat Islam berusaha untuk mengkaji maksud “para syaitan dirantai” itu, sebagaimana yang sudah dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Hikmah Dibalik Kefardhuan Puasa
 May 27, 2016 Norhayati Paradi Berita Harian, BH, Norhayati Paradi, Usrah Nurani
“Ya Allah berkati hidup kami di bulan Rajab ini, dan juga di bulan Syaaban, serta panjangkan umur kami hingga bulan Ramadan”. Tiada sesuatu yang lebih diinginkan dalam kehidupan selain kebarkatan terutama saat bulan Ramadan yang di rindui mula menggamit.

Memasuki bulan Syaaban, pastinya debarannya kian terasa. Jika di semak di dalam kamus kehidupan bangsa Arab dahulu,  ketika tibanya Bulan Syaaban maka akan berpecah-pecah bertebaran bangsa arab ini dengan membawa timba dan bekas-bekas untuk mencari sumber air. Sinario ini berulang saban tahun tika hadirnya bulan Syaaban ini. Situasi tersebut berlaku atas kesedaran bahawa selepas daripada bulan ini akan dating satu keadaan yang sangat panas. Justeru, bersama kehadiran suhu yang panas terlampau itu akan mengakibatkan mata-mata air mengering dan anak-anak sungai akan kontang yang akan mematikan sumber air mereka. Oleh itu, walau apa juga keadaan diri saat itu, mereka akan sehabis usaha mendapatkan bekalan air yang cukup bagi menampung keperluan merekan kala tibanya saat kering kontang itu. Lantas, mereka menamakan bulan itu sebagai Syaaban yang bermaksud berpecah-pecah atau berserakkan mencari dan menggumul sumber air sebagai persediaan menempuh satu bulan yang bersangatan panasnya.

Dengan semangat itu, Usrah Nurani Jumaat lalu mengetengahan kisah dan di kaitkan isu persediaan tersebut dengan keadaan hidup manusia masakini. Naqib; Ustaz Zul Ramli M. Razali telah mengajak seluruh rakan usra termasuk yang berada di konti IKIMfm iaitu Saudara Nasri Nasir dan artis Farrah Asikin untuk menyemak bersama kebersediaan diri mental dan fizikal dalam usaha menempuh bulan yang panas bukan sekadar yang terasa pada zahir namun penyumbang bahang panas buat nafsu masing-masing. Oleh itu, ia mengundang persediaan rapi dari sudut fizikal , mental dan spiritual untuk memastikan matlamat mengecap redha dan pengampunan Allah SWT di raih selepas Ramadhan di tinggalkan nanti. Maka, amalan persediaan bangsa Arab yang dahulu itu boleh di adaptasi dalam situasi hari ini dengan mencari dan menggumpul sebanyak mungkin sumber keberkatan itu sepanjang syaaban ini sebagai langkah persediaan menyambut Ramadan nanti bagi memastikan matlamat yang di letak tercapai.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW : “Dinamakan Syaaban (berserak-serak) kerana padanya terdapat amat banyak kebajikan yang berserak-serak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa  bulan Syaaban.”

Sebagaimana resam keterujaan orang-orang soleh, mereka sudah mula mempersiap diri sedari masuknya Rabiulawal iaitu 6 bulan sebelum tibanya Ramadan. Persiapan dan persediaan tersebut pastinya membawa kepada menghayatan yang benar-benar khusyuk saat berada di dalam Ramadan nantinya. Sehinggakan, ketika Syawal bertandang mereka masih mengenang-genang Ramadan dengan penuh rasa nostalgik sehingga terus terbawa-bawa doa memburu lailatulqadar walau ia telah berlalu pergi. Ia berlanjutan selama 6 bulan berikutnya. Begitu besar Ramadan bagi mereka yang memahaminya.

Ramadan tidak hanya hadir dalam bentuk teknikal berpuasa semata. Ramadan hadir penuh dengan hikmah bagi manusia yang benar-benar faham tetak duduk tuhan dalam hidup mereka. Sesungguhnya erti pada sesuatu terletak pada pemahaman yang jitu tentang sesuatu itu. Apakah puasa dan apakah hikmah di balik hukum wajib berpuasa?

Allah Taala berfirman mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan kepada kalian puasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian, mudah-mudahan kalian bertakwa” (Surah Al-Baqarah, ayat 183). Hukum berpuasa telah ditetapkan oleh Allah SWT. Justeru, walau puasa itu wajib namun ia bukanlah ibadah yang sewajarnya di laksanakan dengan penuh keterpaksaan. Perlu kepada penghayatan kerana di balik setiap perintah pasti ada sumber kekuatan yang Allah ingin berikan kepada diri individu yang melaksanakannya. Sumber kekuatan ini bukan dari sudut fizikal malah meliputi spiritual, emosi dan rohani.

Dengan berpuasa bukan sekadar menyalur sumber kesihatan tubuh atas kerehatan dan penambahbaikan system tubuh malah jauh daripada itu ia memberikan rasa lazat pada iman dan ketenangan diri. Justeru, selagi masih di dalam bulan Syaaban ini maka carilah ilmu sebanyak mungkin untuk mengenal Ramadan agar tibanya bersambut dengan syukur dan pengakhirannya menatijahkan diri yang lebih akur.

Puasa Menjaga Deria
 June 22, 2015 Hajah Mazlina Ismail Berita Harian, BH, mazlina ismail, pesona d'zahra
ALLAH SWT mencipta manusia dengan sempurna. Allah menyempurnakan kejadian manusia itu lengkap dengan deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah, tangan dan anggota lain sebagai rahmat untuk hambaNya.

Allah yang Maha Pengasih menciptakan anggota badan untuk kemudahan dan kesenangan kita melaksanakan segala urusan di dunia ini. Kita diberikan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk berbicara, tangan untuk memegang, kaki untuk melangkah dan banyak lagi.

Mereka yang dikurniakan kesempurnaan tubuh badan dan anugerah-anugerah deria ini sering terlupa untuk menghargainya sehinggalah adakalanya nikmat itu ditarik dari mereka, barulah dapat kita menilai betapa besarnya nikmat deria yang diberikan oleh Allah SWT. Merenungi kehebatan segala deria yang dikurniakan kepada kita iaitu mata, telinga, lidah, dan hidung akan membuatkan kita menjadi hamba yang bersyukur.

Dalam surah Fussilat (41: 20) Allah SWT berfirman; “sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran, penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”

Dalam ayat di atas, Allah SWT menegaskan bagaimana anggota badan manusia sendiri seperti lidah, tangan, kaki, mata, telinga dan kulit akan menjadi saksi di atas perbuatan tuannya sewaktu hidup di dunia.

Menghadapi bulan Ramadan dimana umat Islam menjalani ibadah puasa, kita perlu sentiasa peka bahawasanya puasa tidak hanya menahan diri dari makan, minum dan hubungan suami-isteri tetapi ibadah puasa sewajarnya menjadikan kita berhati-hati dalam menggunakan deria yang dikurniakan Allah kepada hambaNya.

Dari Abu Hurairah RA, katanya, Rasululluh SAW telah bersabda:

” Allah azzawajjalla berfirman :”Setiap amal anak adam adalah untuknya kecuali puasa, puasa itu adalah untukKu dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan mencela, dan menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah “aku puasa “. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya ” (Sahih Muslim)

Bagi membawakan perkongsian ilmu minggu ini , Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin membuka bicara rancangan Pesona D’ Zahra dengan mengajak para pendengar IKIMfm untuk melihat satu persatu deria-deria tersebut dan seterusnya memahami akan cara yang betul memeliharanya dari mengurangkan atau membatalkan ganjaran ibadah puasa.

Deria Mata. Pada bila-bila masa, dan terutamanya pada bulan ramadhan ini, umat Islam disuruh untuk menjaga pandangan mata. Kita dilarang memandang benda haram atau benda-benda makruh atau najis. Sebaliknya kita disuruh untuk  memandang benda-benda yang luas contohnya: langit, bintang-bintang, lautan, alam yang kehijauan, dan juga selain itu melihat wajah ibu dan memandang wajah pasangan dengan pandangan kasih sayang maka Allah akan pula memandang mereka berdua dengan pandangan rahmat.

Turut menjadi penyejuk mata adalah dengan memandang perkara yang membawa ingatan kepada kekuasaan Allah SWT seperti Kaabah dan Al Quraan,

Deria Telinga. Selain menjaga pandangan, umat Islam juga diarah untuk sentiasa menjaga pendengaran. Kita disuruh untuk mendengar benda-benda yang baik contohnya ilmu yang disampaikan dalam majlis-majlis ilmu atau tazkirah, ini amat bermanfaat dan diberi ganjaran yang besar iaitu sebanyak 70 ribu malaikat mendoakan keampunan untuk mereka yang mendatangi majlis ilmu. Juga mendengar bacaan-bacaan Al Quraan adalah antara perkara yang terbaik untuk selalu kita dengari kerana ia akan menyuburkan jiwa menjadi pemilik jiwa  yang tenang.

Kemudian beliau menjelaskan berlawanan dengan perkara yang baik didengari, perkara yang perlu dielakkan dan dilarang mendengarnya ialah kisah-kisah yang tidak berfaedah, perkataan yang melibatkan umpatan, perkara yang mengaibkan orang lain, fitnah serta benda yang melalaikan kerana ia boleh mengeraskan hati

Deria Hidung. Adalah tidak kurang pentingnya penjagaan yang baik bagi deria ini. Umat Islam disaran untuk menghiaskan diri, rumah, masjid dengan wangi-wangian. Ketika menjalani ibadah berpuasa, Ustaz Muhamad mengingatkan kita adalah Makruh hukumnya untuk memberus membasuh mulut selepas Zohor kerana tidak selesa dengan bau mulut, sedangkan bagi Allah ia adalah wangi di sisi-NYA kerana keikhlasan berpuasa kita.

Deria Rasa (Mulut)

Ada dua perkara yang perlu dipelihara ketika berpuasa mahupun ketika hari-hari biasa seorang Muslim dalam penjagaan deria rasa dan mulut ini. Pertama adalah menahan diri dari kebiasaannya untuk menjamah makanan pada siang hari. Dengan terhentinya makan melalui ibadah berpuasa ini, ia memberikan kegembiraan menikmati makanan ketika berbuka puasa. Inilah yang dikatakan tentang dua kegembiraan atau dua kenikmatan sepertimana hadis diatas  iaitu kegembiraan ketika waktu berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah membawa amalannya nanti.

Turut diingatkan adalah deria merasa sentuhan iaitu apa yang boleh dipegang oleh seseorang. Pastikan kita tidak mengambil atau membuat sesuatu yang dimurkai oleh Allah baik yang jelas haram hukumnya mahupun makruh dan syubhah bagi mendidik diri sentiasa bersikap jujur pada setiap masa.

Memahami salah satu matlamat difardukan puasa Ramadan adalah untuk menjana akhlak yang terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketakwaan yang sebenar kepada Allah Taala.
Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

Dan didalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati”. (Bukhari dan Muslim)

Pentingnya menjaga deria-deria diatas adalah kerana ianya membawa kita kepada matlamat puasa iaitu ketakwaan yang sebenar-benarnya. Melalui ketakwaan kita akan sentiasa mempunyai rasa diperhatikan Allah dalam setiap perbuatan. Maka dengan terpeliharanya anggota badan, yang menjadikan seseorang hamba itu seorang yang tenang hatinya, rasional fikirannya serta berhikmah dalam perlakuannya. Ini adalah pati bagi kejayaan untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Semua ini adalah nikmat Allah yang perlu dipelihara dan dijaga daripada terlibat dengan kemungkaran dan maksiat kepada Allah s.w.t. Seandainya anggota ini disalahgunakan untuk melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., kita sebenarnya telah gagal untuk bersyukur.

Koleksi Tazkirah Pilihan 073

Ya ALLAH..
Bantulah diriku, masyarakat & negaraku berada di bawah kepimpinan yang bertaqwa. Aamiin.

Barangsiapa sombong kepada manusia maka ramailah musuhnya.

Untuk menjadikan dirimu lebih baik, penghijrahan diri perlu dilakukan.

Mendapatkan ilmu perlu kesungguhan dan berpendirian teguh agar tidak mudah goyah disebabkan situasi, keadaan dan masalah.


Berjuang untuk hidup taat kepada ALLAH.

Jom bantu kempen. 😊
MANIFESTO RAMADAN
💚 Pintu SYURGA dibuka, ditutup pula pintu NERAKA
💚 DIJAUHKAN dari api NERAKA
💚 Beroleh 2 KEGEMBIRAAN iaitu sewaktu berbuka dan semasa berjumpa Tuhannya
💚 Doa sangat MUSTAJAB
💚 DIAMPUN segala dosa yang lalu
💚 Segala AMALAN pahalanya berganda-ganda
💚 PERISAI dari api NERAKA
💚 BAU mulut orang berpuasa lebih wangi dari KASTURI
💚 Masuk ke dalam syurga melalui pintu khusus (AR-RAYYAN)
💚 Ada SOLAT TERAWIH pada malamnya
💚 Ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (LAILATUL QADAR)
MANIFESTO RAMADAN ini offer dari Allah setahun sekali je. Semoga kita ada ruang masa baca sebentar dan fikir sejenak sebagai persediaan menuju Ramadan meraih keredhaan Allah s.w.t. 😍

Hasad dengki adalah penyakit hati yang akan membuatkan manusia membenci sesama sendiri, dan syaitan bertepuk bersorak gembira.


Kalau harta itu baik, ia pasti akan mendekatkan kita kepada Allah.
Kalau kerja kita baik, ia pasti akan mendekatkan kita kepada Allah.
Kalau kawan kita baik, dia pasti akan membuatkan kita ingat pada Allah.
Segala kebaikan akan kembali kepada sumber kebaikan yaitu Allah.
Apa benda yang membuatkan kita jauh daripada Allah, maka waspadalah. Lebih baik hilang sesuatu kerana Allah daripada kehilangan Allah kerana sesuatu.

Dunia ini begitu murah sekali. Boleh dimiliki oleh si kaya atau si miskin. Mampu dimiliki si raja mahupun rakyat jelata.
Syurga itu begitu mahal. Syurga tidak mampu dimiliki sesiapa kecuali oleh mereka yang beriman lagi beramal soleh.

Seorang kaya yang sombong secara tak sengaja terlanggar seorang miskin.
Dengan penuh emosi dia berkata, "Dasar pengemis bodoh, buta kayu, tak tengok jalan ke sampai langgar orang. Kamu tahu tak siapa aku?"
"Maaf Tuan, saya benar-benar tidak sengaja, tapi... sebenarnya Tuan ini siapa?" Kata si pengemis ketakutan.
Dengan sombong orang kaya menjawab, "Aku orang paling KAYA di kota ini!"
Dengan polos pengemis itu berkata, "Maaf Tuan, tapi setahu saya orang yang paling KAYA di kota ini adalah si tukang kayu yang tinggal di hujung jalan. Dia sering kali mengundang para pengemis seperti saya ini untuk MAKAN di rumahnya."
Mendengar itu, orang kaya TERTUNDUK MALU.
Dia tahu kerja sebagai tukang kayu pun serba KEKURANGAN. Pun begitu dia masih mampu berkongsi rezeki.
Dunia ini memuja harta.
KAYA MISKIN semata-mata diukur atas dasar harta, padahal banyaknya harta tidaklah membuat seseorang menjadi KAYA.
Kekurangan harta tidak membuatkan seseorang menjadi MISKIN.
KEKAYAAN tidak berbicara tentang berapa banyak yang seseorang MILIKI, melainkan tentang berapa banyak yang dia KONGSIKAN.
Ketika seseorang mahu berkongsi dengan sesamanya sekalipun tidak memiliki harta yang banyak, Ketahuilah dia adalah seorang yang KAYA!
Sebaliknya, seseorang yang tidak pernah berkongsi dengan orang lain sekalipun memiliki nikmat harta yg melimpah, dia adalah seorang yang MISKIN.
"Bukan seberapa BANYAK yang kita DAPATKAN, tapi seberapa BANYAK yang dapat kita kongsikan"


Hebatnya air
Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..
Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.
Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.
Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.
Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..
Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.
Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...
Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...
Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...
Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Hentikanlah menghitung keburukan orang lain dan mula bertanya apa kebaikan mereka.
Hentikanlah menghitung kebaikan diri dan mula bertanya apa yang perlu diperbaiki lagi.
Hentikanlah menyoal manfaat orang lain pada kita tetapi mula memanfaatkan diri buat orang lain.
Hentikanlah ukur kegemukan dosa orang lain tetapi mohonlah keampunan atas kegemukan dosa sendiri.
Hentikanlah mencaci ujian diri tetapi tambahkanlah kesyukuran kepadaNya atas segala nikmatNya yang sentiasa ada buat kita.
Belajarlah menutup aib orang lain sebagaimana kita mahu Allah swt masih mahu menutup aib diri kita.
INGATLAH.. KEMATIAN PASTI DATANG...

Sesuatu yang kita sendiri bencikannya, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, yang tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian. Demikian inti ajaran Baginda yang mudah ditazkirahkan namun tidak mudah diamalkan. Dunia tempat ujian..

Ada orang yang kita TIDAK PERNAH kenal atau bercerita tentangnya, NAMUN dia membenci kita & memutuskan dirinya dari kita; HANYA KERANA mulut-mulut orang yang menabur kisah rekaan & label yang jahat untuk kita.
Ada pula mereka yang sayangi kita, juga HANYA kerana cerita manusia, tanpa menyelidik kesohihan cerita baik itu.
Itulah lumrah ketika hidup ini malah juga dibawa selepas kematian mungkin. JUSTERU, yang lebih UTAMA, waktu hidup, bersabarlah dari dukacita atau gembira kerana kedua hal itu kerana itu semua ujian buat kita. Menguji siapa yang meletakkan benci dan kasih Allah sebagai 'makanan' rohaninya bagi mengharungi jalan di dunia.
#DrZaharuddinAbdRahman

KEBAIKAN AKAN MENDAPAT KEBAIKAN.
.
Berbuat lah baik walau di mana kita berada pada apa-apa dan bila-bila masa saja pun.
.
Islam adalah agama dunia dan akhirat, orang yang berbuat baik balasannya bukan sahaja di akhirat tetapi di dunia lagi Allah akan berikan balasan kebaikan.
.
Cuma kadang-kadang kebaikan yang Allah beri tidak seperti yang kita Hasrat kan.
.
Itu yang membuat kita tak perasan kita sedang dilimpahi kebaikan. Sebab itu banyak ayat al-Quran, Allah suruh kita merenung dan bersyukurlah.
.
Nanti kita akan nampak kebaikan-kebaikan yang di anugerahkan kepada kita.


APABILA SAKSI-SAKSI DI MINTA MEMBUAT PENYAKSIAN DI AKHIRAT...
.
Allah mengadili kita di akhirat dengan seadil-adilnya.
.
Ada lima saksi di akhirat nanti di atas segala perbuatan baik dan buruk kita.
.
Lima saksi ini menjadikan kita tidak akan dapat lari daripada segala perbuatan salah jika kita tidak bertaubat.
.
Lima saksi itu juga yang akan menyaksikan perbuatan baik kita walaupun kadang-kadang tidak diketahui oleh orang lain.

UJIAN ITU MEMBERATKAN HATI.
.
Setiap manusia akan diuji oleh Allah, perbezaannya adalah bentuk dan kesamaannya ia menyempitkan dan memberatkan hati.
.
Bagi meringankan ujian, jangan merasa berat untuk berdoa dan memohon kepada Allah jalan keluar bagi segala permasalahan kita.
.
Sesungguhnya setiap sesuatu mesti mempunyai jalan keluar. Jangan berputus asa dan jangan menyerah kalah.
.

ALAM ADALAH SEBUAH UNIVERSITI
.
Orang yang banyak belajar dari alam akan mengalami proses peng”alam”an.
.
Setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita, suka atau duka semuanya merupakan kursus dan diakhiri dengan ujian.
.
Lulus atau tidak ujian kita akan diketahui di akhirat nanti.
.
Belajarlah dari alam dan lalulah proses peng”alam”an.
.
Sesungguhnya, ia adalah “Universiti Kehidupan”.

BERTIMBANG RASA ADALAH SYARAT BERSIFAT IHSAN.
.
Ketika melihat orang melakukan kesalahan, kita kena memahami ada empat jenis orang yang membuat kesalahan.
.
Memahami kenapa mereka membuat kesalahan menjadikan kita akan lebih adil di dalam bertindak.
.
Keadilan itu lebih hampir dengan ketakwaan.

ILMU ADALAH ANUGERAH ILAHI.
.
Jika kita belajar ilmu kita akan menjadi orang yang pandai.
.
Jika kita melalui pengalaman dengan suluhan ilmu kita akan menjadi orang yang cerdik.
.
Gabungan pandai dan cerdik akan menjadikan kita orang yang bijaksana.
.
Setinggi-tinggi bijaksana apabila ia dibantu dengan ilham dan firasat dari kurniaan Allah.
.
Jangan sombong dengan ilmu, kerana di samping orang yang alim banyak lagi orang yang lebih alim.

Sahabatku,
Pertolongan Allah hanya akan bersama orang yang bertakwa dan memberati sunnah dalam setiap tindakannya-ebitlew

Sahabatku,dunia sekejap ini kita tak sanggup susah.Inikan pula akhirat kehidupan selamanya.Jagalah Iman dan Akhlak kita-ebitlew

Sahabatku,kita disayangi Allah bila kita menyayangi ahli keluarga,sayang orang miskin dan anak yatim-ebitlew


Sahabatku,bangunlah Tahajud 2 rakaat doa ya Allah terima kaseh beri kami nikmat sujud padaMu ya Allah-ebitlew

Tadi tinggal duit sikit atas meja. Sayang ni duit khas belanja sayang untuk pergi spa dan pergi urut. Ini pula duit untuk bayar yuran sekolah anak. I love you bidadari sayang. Jaga diri baik-baik yer. Allah sayang. I love u sayang.
Sebak semalam bila balik rumah anak-anak berlari. Anak datang mengaji cek hafalan sikit-sikit. Ayah dia pun tak hafal surah tu. Ada yang kata ayah. Umi kata ayah dulu susah. Duit nak makan pun takde. Pernah setiap hari cuma makan roti canai jer share 2 orang..ayah kerja kuat nak beri yang terbaik untuk keluarga dan bantu agama Allah. Nak buat dakwah yer...
Yer anak ayah. Tahu tak sebab apa ayah dapat semua ni. Ini semua kasih sayang Allah. Allah beri 'atuk nenek' ayah yang baik. Dan umi. Umi segala-galanya buat ayah. Dia berkorban siang malam dari dulu sampai hari. Ayah terlalu sayang dan cintakan umi kerana Allah. Tahu tak sebab apa. Umi anugerah Allah buat ayah..umi baik sangat. Menenangkan. Penyejuk mata dan hati ayah.
Sebab tu kakak, dan semua anak ayah kena jaga umi baik-baik. Dulu,ayah miskin susah duit takde. Umi tak pernah minta apa-apa. Umi berkorban segala-galanya. Kerana doa umi. Allah beri kita rezeki sedikit supaya kita tolong orang lain. Terima kaseh Allah.
Semoga niat ayah nak bantu semua remaja bermasalah di Malaysia dan semua keluarga yang diuji. Setiap remaja dapat diselamatkan. Yang jauh dari Allah dekat pada Allah..Gelandangan yang tiada tempat tidur dan susah nak makan. Moga ada tempat dihati kita untuk mereka supaya Allah sayang kita. terima kaseh Allah..terima kaseh bidadariku. Terima kaseh bidadariku tercinta sayang. I love u sayang.
Doakan saya 2 hari program di Langkawi. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew


Sahabatku,solat istikharah doa "ya Allah jika pemimpin ini baik untuk agama,dunia dan akhirat kami takdirkanlah buat kami-ebitlew


Wednesday, May 02, 2018

KOleksi Tazkirah Pilihan 072

Jangan buka aib org
Bimbang aib kita akan terbuka
Disaat kita cuba menutupnya

Org yg dalam dirinya selalu mngingati Allah.walaupun dia hilang segala galanya,mak ,ayah,anak ,isteri.
hakikatnya dia tak pernah hilang
segala-galanya.
sebab dalam hatinya ada Allah.
tapi klau dalam dirinya tk da tmpat
untuk Allah maka.
walaupun dia ada segala-galanya.
hakikatnya dia dah hilang segala-galanya.

Ya Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran-Mu..
Kami memohon agar berlindung dari segala fitnah, perselisihan faham antara kami, sikap merendah-rendahkan orang lain, mengaibkan orang lain, berprasangka buruk..dan sifat mazmumah yang lain..
Ya Allah, jadikan kami hamba-Mu yang sentiasa menjaga adab, pertuturan, kelakuan dan jadikan kami diantara barisan hadapan yang sentiasa menjaga kemuliaan Islam..
Amin ya Rabb !

PESAN PADA DIRI*
Jika kau bertahan dan bersabar atas kesedihanmu,Allah akan gantikan semuanya dengan lebih baik.
Allah akan mengampuni dosa-dosa orang-orang yang sabar menerima segala dugaan yang datang.
Allah akan bagi pahala yang besar sebagai pengganti kepada semua yang kau hadapi.
Setiap titis air matamu yang jatuh kerana ditimpa musibah dan kesedihan akan berubah menjadi pahala buatmu.
Bersabarlah tiap waktu dan kuatkanlah imanmu.Allah akan gantikan setiap airmata kesedihanmu menjadi permata.


Jangan ajar diri membenci orang lain..sbb diri kita ini pun tak semua org suka

Untuk menjadikan dirimu lebih baik, penghijrahan diri perlu dilakukan.

Mendapatkan ilmu perlu kesungguhan dan berpendirian teguh agar tidak mudah goyah disebabkan situasi, keadaan dan masalah.

Barangsiapa sombong kepada manusia maka ramailah musuhnya.

Berjuang untuk hidup taat kepada ALLAH.

Apa jua takdirNya. Jadikan ianya pemangkin pada jalan muhajadah menuju redha ALLAH SWT.
In Shaa ALLAH.

Merendah diri dan memohon hajat kepada ALLAH itu lebih baik dari kita menyalahkan takdirNya.

Pandanglah dari pelbagai sudut bahawa yang datang itu bukanlah sesuatu yang sia-sia.
#Perbaharui iman.

Berdoalah..
ALLAH mendengarmu. Bersabarlah, kerana ALLAH akan menjawab doamu pada waktu yang tepat.
In Shaa ALLAH.

Memang sukar untuk bersabar tapi mensia-siakan pahala sabar adalah kerugian yang besar.

Sesungguhnya ALLAH berkehendak kita bersabar dalam menjalani kehidupan ini.
Alhamdulilah.

Tanda ALLAH sayang & cinta pada kita dipilihNya kita dengan menguji iman kita.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman & bertaqwa. Aamiin.

ALLAH tidaklah menjadikanmu sebagai pengawas orang lain dan menghitung hitung aib-aib mereka.
#Perbaharui iman mu yang lemah.

TERSINGKAPNYA TABIR HAKIKAT
Suatu ketika seorang sufi Abu Bashir sedang berdiri dekat Ka’bah seraya menjuruskan pandangannya kepada orang ramai yang sedang bertawaf, dia tertegun karena begitu banyaknya orang yang mengerjakan tawaf sehingga kedengaran suara gemuruh takbir, tahmid, tasbih serta do’a, lalu terlintas dalam benaknya tentulah mereka itu mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.
Sejurus kemudian datanglah Imam Ja’far Shaddiq seorang imam besar keturunan Rasulullah s.a.w dan dia mengetahui apa yang terlintas di dalam benak anak muridnya itu lantas berkata kepada Abu Bashir;
"Pejamkanlah matamu wahai Abu Bashir...!"
Dengan rasa kebingungan yang mendalam akhirnya Abu Bashir menuruti dan patuh keatas apa yang diperintahkan oleh gurunya itu.
Kemudian Imam Ja’far Shaddiq mengusap wajah Abu Bashir dan berkata;
Sekarang bukalah matamu wahai Abu Bashir dan lihat kembali kepada orang ramai yang sedang bertawaf itu...
Setelah Abu Bashir membuka matanya, alangkah terperanjat dia tiada terkira karena sekarang apa yang dilihatnya hanyalah sekumpulan orang-orang yang berkepala binatang sedang melakukan tawaf, diantara mereka ada yang menyalak, mengaum, mengembik dan mengerang.
Sambil diliputi rasa heran, kebingungan dan gerun ketakutan dia kemudian bertanya kepada gurunya;
Apa yang sebenarnya yang terjadi ini wahai guru...?
Maka Imam Ja’far Shaddiq menjelaskan;
Pada kali pertama yang engkau lihat itu adalah sifat wujud jasadniyah luaran mereka sahaja yang sedang bertawaf, dan pada kali kedua yang engkau lihat adalah sifat batin dalaman wujud rohaniyah mereka.
Lalu Abu Bashir bertanya lagi;
Kenapa boleh terjadi hal yang demikian wahai guru? Pada hal mereka sedang berhaji, dan kelihatan mereka itu sedang bertakbir, bertahmid dan bertasbih mengagungkan Allah s.w.t
Dan dijawab oleh Imam Ja’far Shaddiq;
Apa yang mereka ucapkan tidak sungguh-sungguh keluar dari lisan mereka karena tidak bersesuaian dengan apa yang terlintas di dalam hati mereka. Apa yang mereka usahakan tidak pernah ditujukan kepada Allah s.w.t tapi keduniaan yang mereka tuju. Mereka masih lagi mengingati yang lain selain Allah sw.t karena kenyataannya mereka masih lagi mengagungkan jawatan kedudukannya, ilmu-keilmuannya dan harta kekayaannya padahal Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terlintas didalam diri kita baik zahir maupun batin.
Oleh sebab itu luruskan ikhlas niatmu karena Allah dan Rasul-Nya dan pasrah berserah dirimu untuk diaturkan oleh Allah sw.t dengan segala ketentuan-Nya, karena itu adalah awal serta akhir dari segala perjalanan ibadah seseorang hamba.
Dan sesuatu yang dilihat itu belum tentu benarnya jika dilihat hanya pada luaran kezahirannya sahaja.....
Dari: Hamba Allah


PENYAKIT HATI LEBIH BERBAHAYA DARI PADA PENYAKIT TUBUH
- Imam Abdullah Al-Haddad Ra -
Penyakit hati lebih berbahaya dan lebih buruk dari pada penyakit tubuh dari berbagai segi.
Yang lebih buruk lagi penyakit hati dapat merusak agama seorang hamba yang merupakan modal utama untuk kebahagiaannya di dunia dan akhirat.
Merusak akhiratnya, yang merupakan tempat terkekal selama-lamanya.
Adapun penyakit tubuh hanya membahayakan seseorang di dunia yg fana yang akan hancur dalam waktu dekat ini juga membahayakan tubuh seseorang yang rentan terkena cobaan dan hancur dalam waktu dekat.
Meskipun demikian, penyakit tubuh masih bisa memberi manfaat yang banyak bagi keimanan seseorang dan akhiratnya
Karena Allah ta’ala sudah menyediakan pahala yang besar baginya, juga masih banyak manfaatnya untuk saat ini maupun kelak di akhirat.❝
‎‏‎📎 Sumber : Al-Fushul Al-'ilmiyah , Imam Haddad

Tak kira apa jawatan yang kita ada, di sini pengakhiran tempat kita, tak kira dari pemimpin sampai ke rakyat marhaen di sini (kubur)tempat kekal abadi, jawatan yang ada sekadar hiasan di dunia yang tidak kekal abadi buat selama lamanya.


CARA UNTUK BERSANGKA BAIK
Allah s.w.t mengurniakan kita dua mata, satu untuk memandang kebaikkan orang lain,Dan satu lagi untuk melihat kekurangan dan Aib yang ada pada diri sendiri untuk diperbetulkan
Perlunya bersangka baik itu kerana kebaikkan atau keburukkan tersebut akan kembali menurut apa yang disangkakan itu.

Jangan berhenti menjadi orang baik, kerana orang yang baik itu selalu ada tempat di hati setiap orang.

Ya Allah, di antara kami ada yang sakit zahir atau batin maka sembuhkanlah mereka.
Ada yang sedang diuji maka permudahkanlah mereka..
Amin..

Pakaian warna hitam, bila kena kotoran tak nampak sangat.
Macam tu juga hati, bila sudah hitam buat dosa pun tak rasa bersalah.
Astaghfirullah 😔

Siapa yang lebih buruk?
"Yang manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia?"
"Subhanallah, kedua-duanya baik", ujar si alim sambil tersenyum.
"Mengapa boleh begitu?"
"Kerana orang yang tekun beribadah itu nanti mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia disebabkan ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."
"Jadi siapa yang lebih buruk?" desak si pemuda.
"Kita, anakku", ujar beliau.
"Kitalah yang selayak disebut buruk kerana gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."
Sambungnya lagi, "Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada Allah dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain."
Kredit : Aji Yusop
#bahagiandakwahjaki

"Jika seseorang datang membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita selalu kesempitan wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar tentang berjimat-cermat.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap"
- us Pahrol-
P/S: Siapa yang kena marah, tengah kesempitan wang, rasa kecewa, maka jangan bersangka buruk dengan Allah..


Adakala...kita perlu diam...kerana dengan diam itu...boleh meredakan situasi yang tegang...
Adakala...kita perlu bersuara..kerana jika diam...hanya menyebabkan orang lain tidak tahu situasi yang sebenarnya...
Seperti kita difitnah..lebih baik jelaskan keadaan sebenarnya...jika diam.. fitnah itu akan semakin merebak...
Jika sedang marah...lebih baik diam... jika kita berkata-kata...ada ayat-ayat kesat/silap yg keluar adalah dari perasaan marah yang datangnya daripada syaitan.


Kita kena tahu
Manusia bukan selamanya peduli akan kita.
Ada baiknya
Kita menangis pada Allah.
Kita mencari perhatian Dia.
Kita meluah pada Dia.
Kita ingat dosa2 kita.
Allah akan sentiasa pedulikan kita. Selamanya.
Manusia itu sikapnya sementara.
Yang baik didepan kita, yang belakang berkata-kata.
Manusia bukan semuanya sukakan kita.


MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM DAN BOLEH MENYELEWENGKAN AQIDAH
Mesej berantai haram disebarkan kerana menganggap makhluk yang menentukan manfaat dan mudarat yang telah ditetapkan Allah SWT .
Contoh mesej :
"Siapa tak hantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .
"Siapa yang hantar mesej ini, dalam masa dua jam orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".
"Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".
"Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".
"Hantar mesej ini minima 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam".
Senang cerita, ia berkait dengan perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan sendiri.
Manusia tak layak menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab tertentu ...
Teguran untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini dikhuatiri menyelewengkan aqidah !!! WA'IYAZUBILLAHI MIN ZALIK.


Kita buat baik bukan sebab orang, kita buat baik sebab Allah perintah kita buat baik.


Kadang-kadang kita sibuk siang dan malam mengumpul pelbagai keperluan untuk memuaskan hati, dengan rasa kita telah berusaha untuk memperolehi bahagia namun segalanya semakin jauh kerana kita terlalu sibuk mencari bahagia melalui kebendaan hingga terlupa kepada yang Menciptakan benda.
Milikilah walau apa pun jika hati kita tiada sang Pencipta, segala benda yang dimiliki menjadi kosong malah terkadang mendatangkan bencana dalam kehidupan.
Pisau yang berada dalam tangan orang yang hatinya ada Allah SWT akan mendatangkan manfaat namun jika pisau itu berada di tangan orang yang tiada Allah dalam hati pisau itu mungkin akan mendatangkan bencana dalam kehidupan.


Kita asyik fikir apa yang kita nak, sampai kita lupa apa yang Allah nak.