Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Tuesday, March 10, 2020
Koleksi Tazkirah Pilihan 120
Teruskan berusaha, setiap usaha pasti Allah lihat walaupun kecil.
Mungkin hasilnya tidak seperti yang kita mahu, tapi ia pasti apa yang kita perlu.
Walaupun hatimu patah, kakimu teruskanlah melangkah.
Carilah pertolongan Allah, pasti dan sungguh pasti, kamu takkan rebah.
Terima kasih Ustazah Asma Harun
Marilah kita saling membantu membendung penularan wabak COVID-19.
Tolong jangan sinis kepada mereka yang ambil langkah pencegahan, itulah cara Islam.
Mintalah selalu dengan Allah samada di awal atau di hujung pekerjaan / amalan 3 perkara, moga Allah terima dan redha apa kita buat, moga Allah jauhkan daripada panyakit hati yang boleh menggugurkan pahala, moga Allah lindungi kita daripada kejahatan Makhluk dan Nafsu sendiri.
Kita akan rasa dipandu oleh Allah, akan rasa tenang dan lapang walaupun dalam sukar. Namun jangan lupa setiap hari mulakan dengan alQURAN dan ZIKIR walaupun sedikit. InsyaAllah urusan kita mudah dan lancar.
#UAHSahabatDuniaAkhira
Di depan manusia, kuatkan diri untuk tabah.
Di depan Allah, itulah masanya untuk kita rebah.
Cuba buat beberapa perkara dibawah hari ini, dan lihat apa yang berlaku selepasnya ;
1. Jumpa, telefon atau msg kepada Ibu, ayah, atau pasangan (jika ada), kemudian minta 3 perkara, minta maaf, minta redha dan minta doa. InsyaAllah hati akan tenang dan lapang.
2. Berikan 3 perkara kepada sesiapa sahaja (ikut syariat) ucapan salam, senyuman manis dan terima kasih. InsyaAllah hidup rasa ringan dan ceria.
3. Nak hidup dimudahkan Allah, mudahkan urusan siapa sahaja dan cuba abaikan perkara yang kecil, jangan dibesarkan. Biasakan guna perkataan, it's ok, saya ok, takde masalah, lupakan ya, boleh², silakan, jangan risau, saya boleh, dll 😊. Lagi cantik biasakan diselangi dengan kalimah Alhamdulillah, SubhanAllah, MasyaAllah, AllahuAkbar..😀
Ujian memang silih berganti, tolong uruskan dengan hati yang kuat, tiada orang lain yang boleh ubah diri dan hidup kita melainkan kita sendiri. Buatlah rutin kecil tapi positif dan barakah, insyaAllah perubahan besar akan berlaku. Saya doakan sahabat semua 🤲
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Teruskan berusaha, setiap usaha pasti Allah lihat walaupun kecil.
Mungkin hasilnya tidak seperti yang kita mahu, tapi ia pasti apa yang kita perlu.
Jika sakit, itu penghapusan dosa. Jika manis, itu peningkatan derjat. Itulah derjat diri bila diuji!
Jika kau lihat diri mu terlalu sempurna, percayalah, itu kerana kau belum benar-benar mengenali diri!
Benarlah seperti yang dikatakan, seorang nampak tenang bukan kerana tidak mempunyai masalah yang berat tetapi kerana dia pandai menyembunyikan kesusahannya. Dipendam kepahitan dengan senyuman. Dipadam kerunsingan dengan gurauan.
Minggu lepas, minggu yang penuh peristiwa. Aku bertemu pelbagai ragam manusia. Daripada sahabat rapat, saudara terdekat dan kenalan dikalangan pembaca tulisan-tulisan ku. Mereka meluahkan masalah, kesusahan dan derita yang mereka sedang hadapi, tanpa mereka sedari bahawa aku juga sedang dan pernah melalui kesukaran yang sama.
Ada di antara mereka, yang sejak dulu ku kagumi ketenangannya. Namun, bila didekati mereka juga rupa-rupanya sedang menghadapi ujian yang tidak kurang getirnya. Ujian sakit, karenah isteri, sikap negatif anak-anak, dipulau rakan sekerja, tanggapan negatif ssnsk-saudara serta macam-macam ujian lagi.
Aku tersenyum pahit. Pelangi selalu kelihatan di atas kepala orang lain. Maksudnya, kesenangan dan keindahan kita rasakan hanya dimiliki oleh orang lain. Tanpa kita sedari mereka juga hakikatnya punya 'perang' tersendiri. Seperti kita, mereka juga sebenarnya sedang berhempas pulas mendepaninya.
Akhirnya, aku mendapat satu kesimpulan bahawa: Bukan soal masalah itu ada atau tidak, masalah itu berat atau ringan, tetapi sejauh mana iman di dalam diri untuk menanggungnya. Semua orang ada masalah, dan itu bukan masalahnya, tetapi yang penting ialah bagaimana pergantungan hati seseorang kepada Allah.
Ya, Allah lebih besar daripada masalah kita. Jika Allah besar di hati, segala masalah menjadi kecil dan mudah dihadapi. Tetapi jika Allah kecil di hati, masalah yang kecil pun menjadi besar untuk ditangani.
Justeru, jika kau melihat insan lain tersenyum, jangan kau cemburui senyumannya, tetapi cemburuilah iman yang ada di hatinya. Sehingga dengan itu mereka masih mampu tersenyum walaupun ada perang di dalam hatinya.
Ya, mungkin sahaja perang yang mereka hadapi lebih besar daripada perang yang kau hadapinya... tetapi iman mereka lebih besar daripada iman mu ketika menanggung dan menghadapinya!
tak lama kita hidup di sini..jadi harap sabar
dan jangan mudah benci
jangan mudah marah
betapa fikiran dan hati manusia boleh berubah ubah
sebab itu kita perlu berdoa meminta ketetapan iman.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut: “Tugas wanita juga adalah menguruskan rumah tangga dengan membahagiakan suami. Selain itu, membentuk sebuah keluarga bahagia yang berasaskan ketenangan, kemesraan dan kasih sayang. Dicatatkan, wanita yang menjadi pendamping yang baik kepada suaminya dikira satu jihad pada jalan Allah SWT.” (Lihat Fatawa Mu’asirah (terjemahan), 2/204)
Jika anda seorang yang sukakan alam, pasti anda dapat melihat bagaimana hidup dan berkembangnya sebatang pohon dengan baik sehingga daunnya ada yang menjalar atau tumbuh dengan lebat.
Ada pohon yang membesar dengan gah dan besarnya, ada juga yang hanya renek namun mampu menghasilkan buah yang banyak dan cukup untuk dijadikan rezeki manusia malah ada juga yang daunnya kering-kontang tetapi masih mampu berdiri teguh kerana akarnya yang kuat.
Namun, apa yang dapat kita lihat melalui pokok ialah, ia mempunyai tiga rumpun utama, iaitu dahan, akar dan juga buah.
Kita ambil sebatang pokok yang mungkin sedang bermain di minda anda sekarang yang sedang membaca entri kali ini.
#1 – Dahan
Ia mempunyai dahan yang cukup kuat dan banyak sehingga padanya terhasil daun-daun yang cukup sesuai untuk dijadikan tempat berteduh jika anda sedang berkelah. Dahan tersebut pada awalnya tumbuh sedikit demi sedikit, tidak terlalu tergesa-gesa dan apabila sampai masanya, ia tumbuh menjadi banyak sehingga membentuk dedaun.
Sama juga dengan kehidupan kita sebagai manusia. Kita akan melalui proses bermula dari bawah sehingga akhirnya kita akan mencapai satu tahap yang penting dalam hidup. Sebelum mencapai kepada tahap tersebut, kita akan melalui pelbagai proses kecil lain untuk membentuk siapa diri kita pada hari ini atau masa depan anda.
Segalanya tidak terjadi dalam sekelip mata, namun berperingkat. Oleh itu, dalam hidup ini, kita perlu bersabar untuk melalui proses pembesaran. Jika umur kita masih muda, maka gunakanlah masa muda tersebut dengan baik seperti untuk belajar dan mencari erti hidup. Apabila sudah sampai masanya, jika sudah bersedia untuk melaksanakan perkahwinan, maka lakukanlah ia.
Hal ini kerana, Allah meletakkan setiap sesuatu ke atas diri kita berdasarkan tahap kemampuan dan kesediaan yang ada dalam diri kita sendiri.
#2 – Akar
Seterusnya kita melihat akar sebagai salah satu tunjang utama dalam pertumbuhan pohon. Jika baik dan sihat akar tersebut, maka ia akan tumbuh dengan elok dan memberikan hasil dan manfaat kepada semua.
Tanpa akar yang sihat, maka pohon tersebut akan terbantut pertumbuhannya atau ia akan menjadi mati.
Begitu juga dengan manusia. Akar dan asas dalam diri kita ialah akidah dan kepercayaan yang datangnya dari hati. Jika elok akidah yang ditanam, maka ia menunjukkan hati yang baik dengan perbuatan dan adab yang elok.
Jika kepercayaannya kepada Allah itu kuat dan yakin, maka tiada apa yang dapat menggugat keimanannya malah ia akan mampu menjadi seperti salah satu pohon yang membantu mengekalkan keseimbangan bumi.
#3 – Buah
Tidak semua pohon mempunyai buah. Namun, kita tahu bahawa bagi pohon yang berbuah, ia akan jatuh dari pohon apabila bergoyang ditiup angin atau apabila ada yang mengacaunya seperti melemparkan batu dan sebagainya.
Walaupun ia dilemparkan dengan batu atau dijolok dengan galah, namun yang akan dijatuhkan ialah buah.
Begitulah perumpamaan yang perlu dijadikan iktibar oleh manusia. Walau menerima pelbagai tohmahan atau sikap negatif, namun kita harus bersabar dan cuba untuk melemparkan buah keimananan dalam diri kita, sama ada dengan senyuman atau perbuatan baik yang lain.
Seperti kata-kata yang sering kita dengar – Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat pun dibalas baik.
Hal ini kerana, yang layak membalas setiap perbuatan dalam dunia ini hanyalah Allah, tuhan Sekalian Alam sebagaimana pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang berbunyi:
“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat akan kebaikan orang dan lupakan kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang lain.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment