Tuesday, July 17, 2018

Koleksi Tazkirah Ingat Mati

Ingat Mati Tingkatkan Produktiviti
 July 12, 2017 Nik Hasnah Ismail Berita Harian, BH, Islam Itu Indah, nik hasnah ismail
DALAM sebuah hadis riwayat Anas bin Malik RA menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “tanda-tanda kiamat adalah berlakunya banyak kematian yang mendadak”. Jika diperhatikan keadaan kematian yang berlaku pada hari ini memang amat tepat apa yang ditelah oleh Rasulullah.

Menerusi rancangan Islam Itu Indah, Ustaz Pahrol Muhamad Juoi berkata, dalam situasi kehidupan kita pada hari ini,  kita akan dapat melihat kematian yang tidak disangka-sangka seperti kemalangan, sakit yang secara mendadak atau orang-orang yang meninggal dunia tanpa disangka-sangka asbabnya. Kejadian-kejadian ini membenarkan apa yang diucap oleh Nabi Muhammad SAW.

Apabila berbicara tentang kematian dan hal-hal berkaitannya, sebenarnya kematian itu adalah peringatan kepada mereka yang masih hidup. Kematian itu seolah-olah satu ‘butang’ untuk mengajak kita mengingati sejenak bahawa kematian adalah saat yang akan ditempuhi oleh sesiapa sahaja tanpa berkecuali. Manakala setiap yang akan menempuh kematian harus melakukan persediaan sebelum melaluinya.

Setiap manusia atau makhluk pasti akan merasai mati. Kematian itu mendekati sesiapa sahaja yang hidup. Sebagaimana kata para hukamak “perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan, ianya suatu kebenaran yang berlaku dan pastinya menghampiri sesiapa sahaja”.

Dalam melengkapkan kehidupan, manusia akan menyiapkan diri mereka dengan pelbagai persiapan. Contohnya apabila tiba musim bulan puasa, kita akan mempersiapkan diri dengan pelbagai perkara untuk menghadapi bulan puasa, begitu juga apabila menyambut hari raya kita akan membuat persiapan menyambut hari raya. Begitu juga dengan hari kematian yang begitu pasti untuk kita laluinya. Ini kerana orang yang mahu berjaya dalam apa juga yang dilaluinya perlu membuat persiapan atau persediaan kerana dengan membuat persiapan kita akan mendapat hasil yang terbaik.

Hatikatnya apabila berbicara tentang mati, bukan bererti kita harus terlalu serius hingga kita tidak melakukan urusan lain melainkan ibadat untuk akhirat semata-mata sahaja. Sesungguhnya apabila berbicara persiapan tentang mati, kita boleh berfikir di luar kotak dengan menjadikan persediaan tentang mati itu akan menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih produktif. Dengan kata lain, dengan mengingati tentang kematian menjadikan kita lebih meningkatkan produktiviti kerja.

Hakikatnya dengan mengingati mati menjadikan kita untuk lebih dekat dengan Allah SWT. Bahkan orang yang ingat mati akan membersihkan dirinya dengan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Manakala orang yang selalu bertaubat adalah orang yang akan mendapat kasih sayang Allah SWT. Bayangkan orang yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah pastinya menjadi orang yang mendapat rahmat Allah SWT dunia dan akhirat.

Seseorang yang bersih dari noda dan dosa dengan selalu bertaubat akan selalu mendapat bantuan Allah SWT. Allah akan memberikan bantuan dalam apa juga bentuk. Umpamanya bagi seorang peniaga Allah akan bantu dalam urusan perniagaannya. Orang yang bekerja sebagai pengurus umpamanya Allah akan membantunya mengurus pekerjaannya dengan memudahkan urusan dirinya dengan kakitangannnya.

Setiap kemudahan yang kita lalui dengan bantuan Allah itulah yang disebut sebagai rezeki atau keuntungan. Begitu juga dalam urusan-urusan harian dengan kurniaan rezeki seperti kebahagiaan, kesihatan, ketenangan dan kelapangan jiwa juga adalah sebahagian daripada keuntungan hasil dari bantuan Allah kepada orang-orang yang selalu mengetuk pintu taubat.

Justeru, jika kita faham akan hidup ini tidak panjang, kerana pada suatu saat yang ditentukanNya, kita semua akan kembali kepada Allah Maha Pencipta. Mengingati akan perkara ini pastinya akan menjadikan kita untuk terus meningkatkan produktivi dalam pelbagai urusan seperti kerja dan ibadah, kerana dunia ini adalah jambatan untuk menuju akhirat.

Kematian adalah waktu untuk kita menemui Allah SWT. Oleh itu, persiaplah diri kita dengan bekalan yang secukupnya agar kita mendapat tempat ketaqwaan yang tertinggi di sisiNya. Sekiranya kita merasa penat dengan dunia di atas segala kerja keras kita untuk menyiapkan bekalan di kampung akhirat kelak, ianya adalah wajar kerana tempat rehat yang sebenar-benar adalah di syurga Allah SWT. Justeru, mati itu bukan perkara yang boleh melemahkan harapan dan impian kita, tetapi dengan mengingati mati kita akan terus bersemangat menjalani kehidupan dengan penuh makna dan kerahmatan.

KENAPA PERLU INGAT MATI ???.


PERINGATAN DIHENING MALAM………

SETIAP MUKMIN sepatutnya ingatkan mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa MALAIKAT MAUT akan menjengok manusia itu sebanyak 5 kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu… Oleh kerana rahmat Allah s.w.t., maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu…. Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya ialah:

* Dengan mengingati kematian, hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhaan dan keikhlasan…

* Dengan mengingati kematian, membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini, kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti…

* Dengan mengingati kematian, manusia akan meninggalkan segala maksiat, kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia, ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti….

* Dengan mengingati kematian, akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan…. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya, dan di tempat manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut…

* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal, sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi…. tapi bukan dengan cara yang haram, seperti mengamalkan riba, rasuah, mencuri, merompak, menipu dan berbagai-bagai lagi….

* Dengan mengingati kematian juga, menyebabkan manusia akan RAJIN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH di dalam menjalankan tugas hariannya…. Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan bersungguh-sungguh adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala…..

APABILA ROH kita dicabut, tiada guna segala harta dunia , kereta mewah , rumah besar , isteri yang cantik, pangkat yang tinggi, harta bertimbun-timbun tidak lagi memberi manfaat, kecuali AMALAN YANG SOLEH soleh sahaja, yang akan BERSAMA-SAMA kita di dalam kubur yang sempit, sunyi dan gelap… TIDAK ADA RAKAN2 KARIB, TINGGALLAH ISTERI YANG CANTIK, TINGGALLAH ANAK-ANAK,TINGGALLAH FB..SIAPAKAH YANG AKAN MENEMANI KITA…. Fikir-fikirkan lah………AMALAN ???…



Ingat Mati: Siapkah Anda Mati Sekarang?

Ingat Mati
Ingat mati, karena kematian itu jalan utama bertemu Sang Kekasih.
Sebagai makhluk hidup tentu kita menyakini bahwa suatu saatu nanti kita pasti akan mati Cepat atau lambat kematian itu pasti akan datang dengan sendirinya. Tidak ada satupun makhluk yang hidup didunia ini yang bersifat abadi. Semuanya akan rusak dan mengalami kematian. Oleh karenanya marilah kita sama-sama merenungkan kembali dan berintrospeksi diri tentang keberadaan kita dimuka bumi ini sebagai hamba Allah dalam kehidupan yang fana ini.


Sudahkan tujuan hidup kita sesuai dengan penciptaan manusia? Yaitu untuk beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT, Dzat Yang Maha Esa. Lalu sudahkan kita mempersiapkan bekal-bekal jika kematian itu datang dengan tiba-tiba? Atau justru malah sebaliknya, kita menjalani hidup ini dengan kesenangan duniawi semata, tanpa memikirkan kehidupan akhirat? Na’udzubillah
Buka artikel sebelumnya: Karena kita hidup dua kali

Allah berfirman dalam surat Al Imran 185
”Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamatlah pahalamu akan disempurnakan. Maka barang saipa dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan kedalam surga, sungguh ia telahberutung dan tiadalah kehidupan didunia itu melainkan kesenangan yang menipu (memperdaya)”

Dengan mengingat kematian maka kitapun akan ingat bahwa ada kehidupan setelahnya yaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi. Dan disana kita tidak mengetahui apakah kita akan hidup dalam kesenangan atau kesengsaraan yang kekal, itu tergantung seberapa jauh kita mempersiapkannya, yaitu dengan memperbanyak ibadah dan amal sholeh kepada Allah semata.

"Kita juga tidak tahu sampai kapankah Allah SWT memberikan kita kesempatan untuk hidup didunia ini, bisa jadi setahun lagi, sebulan lagi, atau mungkin esok hari bahkan mungkin setelah membaca tulisan ini…..

Kita juga tidak tahu sampai kapankah Allah SWT memberikan kita kesempatan untuk hidup didunia ini, bisa jadi setahun lagi, sebulan lagi, atau mungkin esok hari bahkan mungkin setelah membaca tulisan ini….. tak satupun yang mengetahuinya. Hanya Allah semata yang mengatur dan mengetahuinya. Tugas kita hanya mempersiapkan kembali apa-apa yang perlu kita bawa dan yang bisa menyelamatkan kita dihari esok, dihari pembalasan segala amal yang telah kita perbuat selama didunia ini. Jikalah amal kebaikan kita lebih berat dari keburukan, niscaya surge tempat kita kembali. Dan begitu juga sebaliknya jika amal keburukan lebih berat timbangannya, Jahannam telah disediakan bagi mereka yang kufur atas segala nikmat-nikmatNYA. Naudzubillah…

Allah juga berfirman dalam surat Al A’raf 34:

ولكل أمة أجل فإذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون


Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

Dalam An Nisa' ayat 78 Allah berfirman:
"Dimanapun kalian berada, kematian akan mendapati kalian, sekalipun kalian berada di dalam benteng yang kokoh"

Akhirnya dengan selalu mengingat kematian kita akan sadar kemana sesungguhnya akhir perjalanan hidup ini yang dengan sendirinya akan membawa kita untuk lebih giat lagi dalam beramal sholeh guna mencari bekal untuk kehidupan kelak di akirat yang hakiki. Semoga Allah senantiasa memberikan hidayah dan ‘InayahNYa kepada kita semua. Amin

Inikah Mati yang Indah?
20 Mei
Saya membaca kitab Malak al-Mawt wa al-Anbiya’, yang ditulis oleh Syaikh Musthafa Murad. Di dalamnya berisi tentang bagaimana malak al-mawt (malaikat pencabut nyawa) mencabut nyawa manusia, disertai contoh-contoh nyata dari para Nabi dan orang-orang shalih. Bahkan di dalamnya diceritakan orang-orang yang meninggal dunia secara husnul khatimah atau su’ul khatimah.
Saya akan ceritakan salah satunya.
Di Mesir, ada seorang pemuda yang tugas sehari-hari mengumandangkan azan dan menjadi imam shalat di masjid. Dari wajahnya terlihat kewibawaan dan cahaya ketaatan. Suatu hari, sebagaimana biasanya, ia naik ke atas menara untuk mengumandangkan azan. Persis di bawah menara, ada rumah keluarga Nashrani. Ketika ia sampai di atas menara, ia melihat anak perempuan keluarga Nashrani. Pemuda tersebut tergoda. Ia tidak jadi mengumandangkan azan. Ia turun dari menara dan masuk ke rumah tersebut.
Ketika pemuda itu masuk, sang perempuan bertanya, ‘Ada apa gerangan denganmu? Mau apa kamu?’
Pemuda tersebut menjawab, ‘Aku menginginkanmu’.
Perempuan itu bertanya, ‘Mengapa bisa begitu?’.
Pemuda itu menjawab, ‘Kamu sudah merobek-robek hatiku dan mengambil seluruh isi hatiku’.
Perempuan itu berkata, ‘Aku tidak mau menimpali sesuatu yang belum jelas’.
Pemuda itu terus merayu, ‘Aku akan mengawinimu’.
Perempuan itu berkata, ‘Kamu seorang Muslim, sedangkan aku Nashrani. Ayahku tidak akan mengawinkan aku denganmu’.
Pemuda itu berkata, ‘Aku akan masuk Nashrani’.
Perempuan itu berkata, ‘Kalau memang begitu, baru aku mau kawin denganmu’.
Maka pemuda itu masuk Nashrani, kemudian ia tinggal bersama dalam rumah itu. Suatu hari, ia naik ke atas rumah tersebut, tiba-tiba ia terjatuh. Ia meninggal seketika. Ia meninggal dalam keadaan tidak beragama.
Begitulah ceritanya. Mudah-mudahan itu tidak terjadi dengan kita dan anak-keturunan kita.
Allahumma inna na’udzu bika min su’il khatimah. Amin…
Sudahkah Selalu Ingat Kematian?
Rabu 16 Muharram 1435 / 20 November 2013 20:23
mati Sudahkah Selalu Ingat Kematian?
SETIAP jiwa suatu saat nanti pasti akan mengalami kematian. Namun, kesibukan sehari-hari seringkali membuat orang terlena dan lupa bahwa besok atau lusa akan dipanggil oleh Allah SWT.
Sampai tiba suatu saat, malaikat datang menjemput, dan pupuslah semua kelezatan dunia beralih menuju kehidupan yang abadi di sisi-Nya.
Orang beriman sejatinya tak usah takut menghadapi mati, karena mati adalah sebuah keniscayaan. Yang harus ditakuti adalah apakah amal kita sudah cukup untuk menghantarkan pada kebahagiaan di akhirat? Abu Bakar ra. saat ditanya oleh seorang sahabat, berapa kali anda ingat kematian dalam sehari? Abu bakar menjawab, “Saya mengingat mati manakala mata saya terjaga”. Itulah,  sikap seorang teladan dalam mengingat kematian yang dengannya dapat menghantarkan pada puncak iman yang luar biasa.
Hidup di dunia hanyalah sementara, nikmat dunia yang diberikan Allah SWT masih amat sedikit. Dari 100 rahmat-Nya hanya satu rahmat yang diberikan ke dunia untuk dinikmati seluruh penghuni. Sehingga orang yang cerdas, adalah mereka yang mengarahkan hawa nafsu dan beramal untuk mempersiapkan kematian. Sementara orang yang bodoh, adalah mereka yang diperbudak hawa nafsu, berangan-angan mendapatkan pahala, serta mati-matian mengejar dunia siang dan malam dengan melupakan kehidupan akhirat.
Dalam sebuah riwayat disebutkan Abdullah bin Umar ra. mengabarkan, “Aku sedang duduk bersama Rasulullah SAW tatkala datang seorang lelaki dari kalangan Anshar. Ia mengucapkan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu berkata, ‘Ya Rasulullah, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’
‘Lalu Mukmin manakah yang paling cerdas?’ tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:
“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas. ” (HR. Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384)
Salah seorang ulama mengatakan, siapa orang masuk liang kubur tanpa membawa amal banyak, maka seolah-olah ia mengarungi lautan tanpa perahu. Ia akan tenggelam diterpa badai.
Jadi, mengingat kematian haruslah menjadi bagian tak terpisahkan dari rangkaian waktu kehidupan yang dijalani. Mengingat kematian tidak hanya sekadar mengingat, namun harus diikuti dengan amalan yang kontinyu dan sungguh-sungguh. Amalan untuk mempersiapkan kehidupan abadi di akhirat, yang hanya memiliki dua tempat yakni kebahagiaan (surga) dan penderiaan (neraka).
Nabi bersabda “Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelezatan (yakni kematian).”
Dalam hadits lain Rasulullah bersabda, “Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, [3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, [4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu. (HR. al-Hakim)
Lalu, apa saja amalan yang bisa diperbuat agar senantiasa ingat kematian? Berikut di antaranya:
1. Sering mengunjungi orang sakit
Saat mengunjungi orang sakit, selain memberikan doa agar diberikan ketabahan dalam menghadapi cobaan Alloh, juga harus mendapatkan pelajaran bahwa sakit atau kematian bisa saja datang kepada siapa saja yang Alloh kehendaki tanpa memandang orang, tempat dan waktu.
2. Mengunjungi orang mati
Saat mengunjungi orang yang meninggal, selain mendoakan kepada jenazah dan keluarga yang ditinggalkan, juga harus menjadikan pelajaran atau nasehat bahwa kematian merupakan rahasian Alloh yang tidak ada seorangpun yang mengetahui kapan datangnya kematian.
3. Ziarah kubur
Disunahkan menziarahi kubur, sebagai momentum untuk Mendoakan dan mengingat kematian.
4. Memantapkan iman kepada hari akhir
5. Mentadabburi ayat-ayat Allah terkait azab Neraka dan nikmat Surga.
[Muhammad Adam/islampos/nasehatislam]
Sudahkah Selalu Ingat Kematian?
Rabu 16 Muharram 1435 / 20 November 2013 20:23
mati Sudahkah Selalu Ingat Kematian?
SETIAP jiwa suatu saat nanti pasti akan mengalami kematian. Namun, kesibukan sehari-hari seringkali membuat orang terlena dan lupa bahwa besok atau lusa akan dipanggil oleh Allah SWT.
Sampai tiba suatu saat, malaikat datang menjemput, dan pupuslah semua kelezatan dunia beralih menuju kehidupan yang abadi di sisi-Nya.
Orang beriman sejatinya tak usah takut menghadapi mati, karena mati adalah sebuah keniscayaan. Yang harus ditakuti adalah apakah amal kita sudah cukup untuk menghantarkan pada kebahagiaan di akhirat? Abu Bakar ra. saat ditanya oleh seorang sahabat, berapa kali anda ingat kematian dalam sehari? Abu bakar menjawab, “Saya mengingat mati manakala mata saya terjaga”. Itulah,  sikap seorang teladan dalam mengingat kematian yang dengannya dapat menghantarkan pada puncak iman yang luar biasa.
Hidup di dunia hanyalah sementara, nikmat dunia yang diberikan Allah SWT masih amat sedikit. Dari 100 rahmat-Nya hanya satu rahmat yang diberikan ke dunia untuk dinikmati seluruh penghuni. Sehingga orang yang cerdas, adalah mereka yang mengarahkan hawa nafsu dan beramal untuk mempersiapkan kematian. Sementara orang yang bodoh, adalah mereka yang diperbudak hawa nafsu, berangan-angan mendapatkan pahala, serta mati-matian mengejar dunia siang dan malam dengan melupakan kehidupan akhirat.
Dalam sebuah riwayat disebutkan Abdullah bin Umar ra. mengabarkan, “Aku sedang duduk bersama Rasulullah SAW tatkala datang seorang lelaki dari kalangan Anshar. Ia mengucapkan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu berkata, ‘Ya Rasulullah, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’
‘Lalu Mukmin manakah yang paling cerdas?’ tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:
“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas. ” (HR. Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384)
Salah seorang ulama mengatakan, siapa orang masuk liang kubur tanpa membawa amal banyak, maka seolah-olah ia mengarungi lautan tanpa perahu. Ia akan tenggelam diterpa badai.
Jadi, mengingat kematian haruslah menjadi bagian tak terpisahkan dari rangkaian waktu kehidupan yang dijalani. Mengingat kematian tidak hanya sekadar mengingat, namun harus diikuti dengan amalan yang kontinyu dan sungguh-sungguh. Amalan untuk mempersiapkan kehidupan abadi di akhirat, yang hanya memiliki dua tempat yakni kebahagiaan (surga) dan penderiaan (neraka).
Nabi bersabda “Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelezatan (yakni kematian).”
Dalam hadits lain Rasulullah bersabda, “Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, [3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, [4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu. (HR. al-Hakim)
Lalu, apa saja amalan yang bisa diperbuat agar senantiasa ingat kematian? Berikut di antaranya:
1. Sering mengunjungi orang sakit
Saat mengunjungi orang sakit, selain memberikan doa agar diberikan ketabahan dalam menghadapi cobaan Alloh, juga harus mendapatkan pelajaran bahwa sakit atau kematian bisa saja datang kepada siapa saja yang Alloh kehendaki tanpa memandang orang, tempat dan waktu.
2. Mengunjungi orang mati
Saat mengunjungi orang yang meninggal, selain mendoakan kepada jenazah dan keluarga yang ditinggalkan, juga harus menjadikan pelajaran atau nasehat bahwa kematian merupakan rahasian Alloh yang tidak ada seorangpun yang mengetahui kapan datangnya kematian.
3. Ziarah kubur
Disunahkan menziarahi kubur, sebagai momentum untuk Mendoakan dan mengingat kematian.
4. Memantapkan iman kepada hari akhir
5. Mentadabburi ayat-ayat Allah terkait azab Neraka dan nikmat Surga.
[Muhammad Adam/islampos/nasehatislam]
Ketahuilah wahai pembaca bahwa manusia begitu sungguh-sungguh dan sangat sibuk dengan dunia dan segala hiruk-pikuk serta urusannya. Manusia banyak sekali yang terperdaya oleh tipuan dan rayuan dunia yang begitu mempesona, sehingga mereka lalai dan alpa dari mengingat mati. Karena itu, manusia pun menjadi lupa kepada mati. Tatkala mereka diingatkan tentang mati, mereka tidak suka dan mencoba lari dari membicarakan-nya. Meskipun demikian, mati, manusia yang mencoba melarikan din i darinya, pasti akan menemuinya, cepat atau lambat. Mereka itulah orang-orang yang dibicarakan Allah Azza wa Jalla dalam firman-Nya, “Katakanlah, `Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kernudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.’.” (Qs al-Jumu`ah [62] : 8).
Selanjutnya, terhadap dunia ini, manusia dapat dibagi menjadi tiga kelompok: (1) yang begitu cinta hingga mabuk dengan dunia; (2) yang bertobat darinya; dan (3) yang tunduk-patuh kepada Allah Ta’ala. Orang-orang yang sangat mencinta bahkan mabuk dunia tentu tidak berkesempatan untuk mengingat mati. Mereka tidak suka bahkan membenci mati dan mereka menjalani hidup yang jauh dari ingat kepada Allah Swt dan ingat kepada mati. Adapun orang-orang yang bertobat maka ia akan banyak ingat mati dan takut pada-Nya. Kadang-kadang mereka tidak menyukai kematian karena takut kematian datang sebelum bertobat dengan sempurna—sebelum membersihkan dan menyucikan jiwa-nya dari dosa dan sebelum mempersiap bekal untuk men-jelang kematian. Mereka tidak membenci mail dan menemui Allah Ta’ala, namun mereka takut karena belum sepenuhnya siap menghadapinya. Mereka sibuk dengan upaya mempersiapkan diri untuk terus menambah bekal dalam rangka mcnyambut kedatangan maut.
Sedangkan kaum `arifin, yaitu orang-orang yang ber-ma`rifattillah (orang yang mabuk atau asyik dengan Allah) senantiasa ingat kepada mati karena dengan datangnya kematian ia akan segera berjumpa dengan Yang Dicintai. Seorang pencinta tentu tidak akan lupa pada janji pertemuannya dengan kekasihnya. Mereka menyukai mati yang membebaskan diri dari negeri tempat berbuat dosa, negeri kaum pemaksiat. Dan mereka senang jika hidup dekat Allah, di sisi-Nya, Tuhan semesta alam. Tatkala Hudzaifah Ra mendekati waktu kematiannya, ia berkata, “Seorang kawan telah datang saat dibutuhkan. Tidak ada gunanya penyesalan. Ya Allah Tuhanku, seandainya Engkau mengetahui bahwa ke-miskinan lebih kusukai daripada kekayaan, sakit lebih kusukai daripada sehat, mati lebih kusukai daripada hidup, maka mudahkanlah kematian bagiku hingga aku bertemu dengan-Mu.”
Rasulullah Saw bersabda dalam sebuah hadis, “Perbanyaklah kalian mengingat mati yang menghancurkan segala kelezatan [mengenyam hal-hal duniawiah—penerj. .” Suatu kali Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, bilakah seseorang akan dibangkitkan bersama para syuhada?” Beliau menjawab, “Orang yang akan dibangkitkan bersama para syuhada adalah orang yang mengingat mati dua puluh kali sehari.” Alasan mengapa mengingat mati punya keutamaan dan kelebihan seperti ini adalah bahwa ingat mati menjadikan hati seorang hamba renggang (mengambil jarak) dari negeri yang penuh tipudaya (dunia) dan mendorong seorang hamba mempersiapkan diri bagi kehidupan akhirat yang baik. Nabi Saw bersabda dalam sebuah hadis, “Barang yang berharga bagi seorang mukmin ialah mati” Adapun alasan mengapa beliau mengucapkan perkataan itu adalah bahwa dunia diibaratkan layaknya penjara bagi seorang mukmin karena ia hidup di dunia dengan berbagai kesulitan, kepayahan dan penderitaan, berlatih mengendalikan hawa nafsunya dan menolak tipudaya setan secara terus-menerus. Maka dari itu, mati akan membebaskan dan melepaskan mereka dari segala derita dan bencana ini.
Rasulullah Saw juga bersabda dalam sebuah hadis lainnya, “Mati adalah kafarat (penutup) dosa bagi setiap Muslim.” Menurut beliau, seorang mukmin yang benar adalah orang yang tidak mengganggu mukmin lainnya dengan lidah atau tangannya, orang yang menerapkan sifat dan karakter perilaku seorang mukrnin dan orang yang hatinya tidak terkotori oleh dosa besar, kecuali dosa kecil yang ringan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw bersabda, “Perbanyaklah mengingati mati karena mengingati mati dapat menghalangi dosa dan mendatangkan zuhud terhadap dunia.” Pada suatu hari, Rasulullah Saw keluar menuju ke masjid. Dalam perjalanan, beliau menjumpai beberapa orang yang terlibat dalam senda-gurau dan obrolan lepas kendali. Melihat hal seperti itu, beliau bersabda, “Ingatlah mati. Hati-hatilah, demi Dia yang hidupku berada di tangan-Nya, seandainya kalian mengetahui apa yang kuketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
Hazrat Ibn `Umar berkata, “Aku bersama dengan sepuluh orang sahabat lainnya duduk dalam sebuah majelis bersama Nabi Saw. Lain seorang laki-laki dari kaum Anshar bertanya kepada beliau, Rasulullah, siapakah orang yang paling bijak dan paling mulia?’ Jawab beliau, `(Yaitu) Orang yang paling banyak mengingati mati dan mempersiapkan bekal untuk menghadapinya. Mereka adalah orang yang paling bijak karena pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.’.”
ATSAR SAHABAT DAN TABI’IN. Khalifah `Umar bin ‘Abdul Aziz mengumpulkan para ulama setiap malam dan mendengarkan uraian mereka tentang mati, hari kebangkitan, dan akhirat. Ulama-sufi dari kalangan salaf, Ibrahim at-Taimi, berkata, “Dua perkara yang merampasku dari kesenangan dunia ini adalah ingat kepada mati dan takut berdiri di hadapan Allah [berdiri dalam sidang pengadilan Allah—penerj.].”
Ulama-Sufi dari kalangan salaf lainnya, Asy’ats, berkata, “Ketika kami berkunjung kepada sufi termasyhur Hasan al-Bashri, ia biasa bercerita kepada kami tentang mati, neraka dan akhirat.”
Suatu kali, seseorang mengeluhkan kekerasan hatinya kepada Sayidah Aisyah. Ibunda kaum mukminin itu berkata, “Banyak-banyaklah mengingat mati, maka hatimu akan menjadi lembut.” Orang itu menjalankan nasihat Aisyah tersebut dan hatinya pun menjadi lebih lunak dan berperilaku lebih tawadhu serta santun.
Adalah Nabi `Isa As, jika diceritakan kepada beliau tentang mati, maka darah pun menetes dari pori-pori kulit beliau. Dalam kisah serupa lainnya, jika cerita tentang mati dibicarakan di depan Nabi Daud As, maka beliau pun menangis hebat, sehingga rambut-rambutnya tercabut dari badannya. Selanjutnya, ketika rahmat Allah disebut-sebut di hadapannya, maka beliau pun kembali pada keadaan semula.
Suatu hari, Khalifah `Umar bin ‘Abdul Aziz berkata kepada seorang ulama salih, “Berilah aku nasihat.” Ulama itu berkata, “Tak seorang pun sejak Adam hingga ayahmu yang terhindar dari mati. Sekarang giliranmu sudah datang.” Mendengar nasihat tersebut, Khalifah Umar bin ‘Abdul Aziz menangis keras.
Dalam sebuah riwayat yang lain, pada suatu hari sufi besar, Ar-Rabi’ bin Khaitsam, menggali kubur di dalam rumahnya. Lalu ia tidur di situ beberapa kali setiap hari. Kata Rabi’, perbuatan ini dapat mengingatkan dirinya akan mati. Ia berkata, “Jika ingat kepada mati pergi dari hatiku barang sesaat saja, maka hatiku pun jadi tercemar karenanya.”
CARA MENGINGATI MATI. Ketahuilah, wahai para pembaca, bahwa mati adalah sesuatu yang menakutkan, mengerikan. Dahsyat kejadiannya dan besar bencananya. Kebanyakan manusia lalai dan lengah terhadap mati karena mereka tidak menafakurinya. Andaikata mengingati mati pun, mereka tidak melakukannya dengan sepenuh hati. Karena itu, ingat mati tidak memberikan pengaruh dan akibat yang berarti atas mereka. Cara mengingati mati yang benar yaitu membebaskan hati dari semua pikiran lainnya dan hanya ingat mati saja yang mendominasi pikiran dan hati. Hendaklah kita menjadi seperti orang yang tengah berada dalam per-jalanan laut atau padang sahara yang keras dan penuh bahaya, yaitu ketika pikiran tentang mati menyelimuti hati. Hasrat, kesenangan dan kesukaan pada dunia men-jadi turun dan hati pun menjadi luluh.
Cara yang terbaik dan bermanfaat dalam bertafakur tentang mati yaitu mengingat kawan-kawan dan tetangga-tetangga yang telah meninggal dunia, bahwa mereka berada di dalam kuburnya di bawah tanah, dan membayangkan keadaan serta wajah mereka di dalam kubur. Bagaimana wajah cantik dan tampan mereka telah menjadi santapan cacing dan serangga, istri dan anak mereka menjadi yatim dan terpuruk dalam kemis-kinan, hari-hari mereka berlalu dengan penderitaan, kekayaan mereka telah lenyap. Kenanglah masing- masing orang demi orang. Tafakurilah bagaimana kematian menyerang mereka secara tiba-tiba tanpa peringatan sedikit pun dan bagaimana ketidaksiapan mereka menghadapi kematian dan akhirat.
Sahabat Abu Darda’ Ra berkata, “Ketika diceritakan tentang orang yang mati, bayangkan engkau adalah salah seorang dari mereka.”
Sahabat lainnya, Ibn Mas’ud Ra, berkata, “Orang yang beruntung adalah orang yang mengambil pelajaran dari keadaan [maksudnya: kematian] orang lain.”
Khalifah `Umar bin ‘Abdul Aziz berkata, “Apakah tidak kaulihat bahwa dirimu mempersiapkan perbekalan untuk orang yang pergi kepada Allah setiap pagi atau petang dan kaukubur ia di bawah tanah, sementara ia meninggalkan sahabat-sahabat dan karib-kerabatnya ser-ta meninggalkan harta dan miliknya selama-lamanya?”
Pada suatu hari, seorang waliyullah terkemuka, Ibnu Muthi’, memandang rumahnya dan merasa takjub dan puas karena kebagusannya. Namun setelah itu ia menangis dan berkata, “Demi Allah, seandainya tidak ada kematian, maka akan puaslah hatiku memandangmu. Seandainya tempat yang akan kutinggali setelah mati tidak sempit, maka mataku akan sejuk melihat dunia mi.” Setelah itu, ia mulai menangis seperti anak kecil.


Mari kita memaksa diri untuk ingat mati !      
Oleh : Wibowo
Maaf...baru terfikir untuk menceritakan cerita ini pada rekan-rekan pengunjung Dudung.net, mungkin ceritanya sudah basi, tapi insya Allah menarik, ada sisi baik di balik dari cerita ini untuk kita renungkan, berikut ini ceritanya.
Sama seperti pada minggu-minggu sebelumnya, walau tidak rutin tapi sering...Pagi-pagi sekali kami bertiga, aku, istri dan anak dalam satu sepeda motor berangkat menuju pengobatan alternatif untuk terapi kesehatan. Ketika itu istiku sedang hamil 8 bulan, agar ia dan janin yang dikandungnya sehat, untuk itu kami berinisiatif rutin terapi. Di samping biayanya sangat terjangkau, sekalian aku dan anak pertamaku juga diterapi disana, sekedar untuk menjaga kesehatan.
Berhubung pengobatan alternatif buka praktek jam 1/2 6 pagi, jadi jam 4 pagi kami harus sudah siap-siap berangkat, sholat subuhnya berjamaah di masjid yang berada tidak jauh dari tempat praktek itu. Pagi itu, sekian menit lagi akan sampai ke mesjid, aku dikejutkan dengan melintasnya Bajaj di perempatan lampu merah di kawasan Tebet Dalam ! biasalah perempatan lampu merah yang letaknya agak jauh ke dalam dari jalan besar, orang suka main nyelonong aja. Apalagi di pagi hari, selain sepi...pada perempatan seperti itu jarang ada polisi yang bertugas disana.
Detail kejadiannya begini. Ketika berada di perempatan lampu merah, saat itu jatahku untuk jalan dan dari jauh juga aku lihat lampu memang sudah hijau. Pada waktu aku akan tancap gas untuk belok kanan, selang sekian detik...dari arah berlawan ada Bajaj melaju kencang menerabas lampu merah. Masya Allah, Asli...aku kaget sekali, puji syukur Alhamdulillah terucap di hati dan dalam sholat aku sujud syukur, Allah masih memberi kesempatan pada kami bertiga untuk hidup, ups...bukan bertiga...tapi berempat ! ada satu lagi, yaitu janin yang sudah berumur 8 bulan di dalam rahim istriku.
Lalu sesampai di tempat tujuan dan dalam situasi antri, ada salah seorang Bapak-bapak disana menginformasikan bahwa Taufik Savalas meninggal dunia. "Innalillahi wainna ilahi rojiun" ucapku spontan saat itu. Lalu penasaran juga aku pingin tau jelas gimana kejadian wafatnya pelawak kondang itu ?! Langsung saja aku bertanya "meninggalnya kenapa Pak ?" Bapak itu bilang "tabrakan" ! Wah kaget juga aku...karena baruuu saja aku sekeluarga hampir kena musibah yang sama. Dalam beberapa jam ke depan terlintas terus di pikiranku mengenai kejadian di perempatan itu tadi. Tapi aku tidak sanggup untuk terus membayangkannya bila saat itu sampai terjadi tabrakan beneran ! apalagi saat itu istriku dalam keadaan hamil tua.
Seiring dengan meninggalnya Taufik Savalas, di penjuru negeri dan belahan negara sana, banyak juga manusia yang menjumpai ajalnya dan begitu seterusnya sampai hari akhir nanti. Dalam surah Ali-Imran ayat 185, Allah berfirman "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati". Begitulah ketentuan yang berlaku tertulis di dalam Al-qur'an.
Bila ajal sudah tiba ! berarti jatah waktu kita hidup di dunia sudah habis. Tidak ada satu mahluk pun yang bisa menghindar lari dari jemputan malaikat Izroil yang memang secara khusus sudah diperintahkan oleh Allah. Allah berkata dalam QS.Al-Munaafiqun Ayat 11 "Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan."
Dalam ayat lain Allah berfirman "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS.Al-Jumu'ah : 8).
Mendengar kabar orang meninggal dunia, sungguh itu sebuah kabar yang tidak mengenakan untuk di dengar, apalagi yang meninggal dunia itu sodara dekat atau kawan dekat. Seperti Taufik Savalas itu, aku lihat berita di layar kaca, beberapa kawannya sampai ada yang meneteskan air mata. Masyarakat pun ada yang merasa kehilangan sosok pelawak yang sangat lucu itu. Saat mengenangnya mereka berkomentar "dia orangnya ramah lho dan baik, dermawan juga suka bagi-bagi duit pada orang miskin, dan suka berdakwah juga".
Saat kita melihat atau mendengar ada orang meninggal dunia, jangan hanya berexpresi sedih dan berkomentar seperti tadi di atas. Karena buat apa hanya berexpresi sedih, tapi jauh dari ingat mati ! harusnya berbarengan dengan expresi itu, kita paksakan diri untuk ingat mati, bahwasanya kita juga akan mengalami hal yang serupa, yaitu mati ! Jadi merenunglah sejenak, sudah sampai mana kwalitas ibadah kita hingga saat ini dan sudah sejauh mana kita mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian ?! menurut hematku, begitu lah seharusnya sikap diri ketika melihat atau mendengar ada orang yang sudah lebih dulu menghadap keharibaan-Nya.
Baginda Nabi Muhammad S A W bersabda ''Orang yang cerdas adalah orang yang pandai menghisab dirinya di dunia dan beramal untuk kehidupan setelah mati. Sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya suka berharap kepada Allah tanpa melakukan apa-apa.'' (HR Tirmidzi).
Mari kita memaksa diri untuk ingat mati, karena kapan saja dan dimana saja maut bisa datang ! Mati tidak selalu berawal dengan timbulnya penyakit, tapi bisa datang dengan tiba-tiba tanpa diduga. Itu semata-mata karena memang jatah waktu hidup sudah habis, jadi saat itu Allah memerintahkan malaikat Izroil untuk mencabut jawa seseorang dalam keadaan apapun. Wallahu 'alam bish showab.



MATI PERLU DIINGAT
Peringatan Mati.
Di dalam mengingati mati, manusia ingat 2 (dua) perkara:
1. Perkara sebelum mati.
2. Perkara sesudah mati.
Meskipun mati penuh dengan rahsia, tetapi hendaklah orang selalu ingat bahawa mati pasti datang. Itulah sebabnya para Anbiya’ menjadikan ingat kepada kematian itu sebagai salah satu cabang dari pelajarannya. Demikian juga ahli-ahli falsafah, sebahagian besar mengakaji masalah kematian itu panjang lebar. Setengah berkata, kehidupan ini hanya palsu saja, hakikat hidup ialah sesudah mati.
Rasulullah saw bersabda:
“Banyak-banyaklah mengingat barang yang memusnahkan segala kelazatan itu, kerana siapa yang di dalam kesempitan, kalau dia ingat mati, dia insaf bahawa dia akan disambut oleh kesempitan”.
Ahli-ahli falsafah bangsa Cina purbakala menciptakan suatu tradisi yang amat ganjil. Seorang anak yang baru dilahirkan ke dunia, dibuatkan oleh ibu bapanya dua barang yang amat perlu, iaitu buaian dan peti mati, supaya di samping kehidupan dia ingat akan kematian. Bertambah besar anak, bertambah besar peti mati dibuatkan. Setelah tua, meskipun badan sihat sampai sekarang masih kita lihat mereka buat keranda dan kuburan yang tenteram di dekal rumahnya yang indah, supaya kuburan itu jadi peringatan baginya, ke mana dia akan pergi. Mereka berkata bahawa manusia dalam hidupnya, berjalan melalui sebuah jambatan.
Sebelah ke belakang yang telah dilampaui ialah hidup, dan yang akan ditempuh ialah mati. Bertambah lama berjalan, bertambah dekat kepada mati, bertambah dekat pintu mati, bertambah jauhlah hidup.
Orang Mesir zaman purbakala lain lagi caranya. Bila mereka mengadakan suatu perhelatan (pesta) besar bersuka ria, sedang segenap tetamu gembira bersorak bersenda gurau, tuan rumah membawa suatu peti mati berisi mummi ke tengah-tengah majlis itu. Ketika itu segenap tamu lelaki dan perempuan harus diam, dan insaf bahawa di samping segala kesukaan itu berdiri ‘elmaut’.
Sebab itu hendaklah orang yang berakal sentiasa ingat akan kematian, sebagaimana dia ingat akan kehidupan. Ingat bahawa hari ini kita memikul mayat orang lain, dan besok lusa mayat kita sendiri dipikul orang. Hendaklah ingat bahawa kita tidak akan lama menghuni rumah bagus, hendaklah yakin bahawa akan datang masanya naik usungan.
Itulah yang ajaib bagi filosof bangsa Cina zaman dahulu. Iaitu mereka pakai segala warna hitam, tanda berkabung atau kelahiran. Kerana bagi mereka lahir ke dunia itu belum tentu beroleh gembira, barangkali menempuh sengsara, lantaran ‘hayat’ ini sukar jalannya. Tetapi kalau kematian, mereka memakai pakaian putih (sekarang biasanya memakai pakaian putih kasar, belacu atau serupa guni), tanda bersyukur sebab telah datang janji yang ditunggu-tunggu, akan bertemu dengan arwah nenek moyang, pindah dari alam keonaran (huru hara) ke dalam alam bahagia.
Tidaklah kita hairan, bila kita baca riwayat kematian Bilal bin Rabah. Seketika dalam nazak, beliau berkata:
“Wahal gembiranya“.
Laltu isterinya bertanya:
“Wahai suamiku, mengapa di dalam sakaratul maut, tuan berkata gembira, padahal dari tadi saya berkata:
“Aduh dukacitanya hatiku“.
Bilal menjawab:
“Tidakkah gembira hatiku, bila aku ingat bahawa aku akan meninggalkan dunia yang fana, kembali ke alam baqa, menemui Rasulullah yang kucintai”.
Dari keterangan di atas, tahulah orang bahawa ingat mati, ialah ingat akan hal sebelum dan hal sesudah mati. Sebab mati itu sendiri tidak lama!
Bilal gembira akan mati, kerana ingat akan hal yang akan ditemuinya sesudah mati.
1. Keadaan Manusia Mengingati Mati.
Pertama: Orang inilah yang sangat merugi, kerana tidak ingat kematian, tak terbayang-bayang dalam fikirannya, seakan-akan telah tetap dalam otak bahawa mati itu tak ada.
Orang ini tidak akan merasa hakikat mati sebelum menyaksikan sendiri. Orang ini baru dapat mengingat mati lantaran mengingat anak atau harta. Dia payah memikirkan bagaimanakah hartaku kelak, siapakah yang akan menjadi suami isteriku kalau aku wafat. Bagaimanakah jadinya anakku kalau aku telah menutup mata.
Kalau mayat dipikul orang di hadapan rumahnya, dibacanya “Inna Lillahi wa Innailaihi Raji’un” krana sudah teradat demikian. Masusia begini bukan mengingati kematian untuk dirinya, tetapi memikirkan orang lain. Ada juga dia mengaku ingat akan mati, cuma dengan mulutnya, tidak sejak dari hatinya. Dibawanya lengah saja perasaan takut mati yang ada dalam batinnya.
Kedua: Orang yang sentiasa takut saja mengingat mati, takut akan mati, takut kalau-kalau mati datang sehingga gementar tubuhnya dan berkunang-kunang penglihatannya. Dia ingat perkara ini kalau dia telah duduk termenung-menung seorang diri, sehingga lama-lama fikirannya morat-marit, pekerjaannya tak menentu lagi, pencemas, penggigil, putus harap. Bagi orang begini nikmat Tuhan jadi kecelakaan. Sebab tiap-tiap perniagaannya beruntung atau gajinya naik anaknya bertambah, rumahnya indah dan lain-lain, semuanya menambh takutnya menghadapi mati.
Dia takut kena angin, kerana angin itu menurut keterangan doktor membawa baksil penyakit. Takut bergaul dengan orang, kerana barangkali orang itu ada menyimpan bibit t.b.c. (penyakit berjangkit) kelak dibawa angin bertambah kembang biak, dan pindah pula ke dadanya sendiri. Kadang-kadang ada orang takut makan, kalau makanan itu tidak diperiksa doktor terlebih dahulu, barangkali beracun. Sultan Abdul Hamid menggaji seorang tukang cicip (kinyam) makanan yang akan baginda makan, haruslah dimakan oleh tukang cicip itu lebih dahulu. Akhirnya tukang cicip makanan itu kaya raya lantaran gajinya. Ia tidak mati kena racun, melainkan kemudian Sultan Abdul Hamid, mati di tanah buangan.
Penyakit demikian kalau dibiarkan, tidak ditangkis dengan kekuatan jiwa atau kekuatan iman kepada Tuhan, akan membahayakan diri, yang perlu kepada rawatan Doktor mengeluarkan wang beribu-ribu. Kalau doktor itu tidak ingat akan sumpah dan kemanusiaan, orang yang seperti ini boleh dijadikan permainan, penambah kekayaan pula bagi si doktor.
Ketiga: Orang yang ingat kematian dengan akal budi dan hikmat. Tak ubahnya dengan orang yang naik haji ke Makkah. Selama di dalam perjalanannya tidak lupa dia bahawa dia akan naik haji. Di dalam perjalanan selalu dihafalya manasik. Dicukupkannya wang, dilengkapkannya bekal, jangan sampai hajinya tidak sah.
Yang demikian adalah lantaran dia yakin bahawa ingat mati menghapuskan angan-angan yang tak menentu, menghabiskan was-was dan mengenang barang yang akan menghabiskan umur. Dari inat akan kematian, manusia menjadi sabar menerima bahagian yang sedikit, tidak tamak akan harta benda, lebih dari mesti, dan tidak menolak berapapun diberi, tidak tercengang dan gamang jika harta itu habis. Ingat mati menyegerakan taubat, khianat, haloba dan tamak. Ingat mati menghindarkan ujub. Ingat mati menghindarkan takbur. Tiap-tiap sehari melangkah dalam hidup,ingatlah mati sekali, supaya bekal ke sana bertambah banyak disediakan. Jangan sampai kejadian, sedang terlengah-lengah menghadapi yang lain, malaikat maut datang tiba-tiba. Sebab mati itu mungkin datang secara mendadak.
Hendaklah laksana juru tulis pejabat yang berkerja secara rapi. Bersedia memperlihatkan buku, apabila tukang periksa datang.
2. Ikhwal Manusia Seketika Mati.
Keadaan manusia seketika mati, tiga macam:
Pertama: Memikirkan bahawa kematian itu laksana suatu yang membawa bahagia, melepaskan dari, perhambaan, sebab hidup itulah yang memperhambanya. Sesungguhnya kehidupan manussia ini, walaupun sampai beribu tahun, masih sekejap mata saja dari cahaya kilat, setelah itu hilang kembali dan kemudian gelap. Orang ini tidak merasa berat meninggalkan dunia, hanyalah sekadar beberapa kekurangan yang belum terbayarkan olehnya kepada Tuhannya. Dia merasa menyesal lantaran khidmat kepada Tuhan dirasanya belum puas. Orang ini masih tamak juga hendak mendekatkan diri kepada Tuhan sedikit lagi, masih haloba kepada kesucian.
Orang bertanya kepada seorang Waliullah yang hampir mati, mengapa dia kelihatan bersedih hati. Dia menjawab:
“Saya agak sangsi, kerana saya baru akan menempuh suatu perjalanan yang belum pernah saya lihat, sampai sekarang dada saya berdebar, perkataan apakah kelak yang akan saya ucapkan di hadapanNya”.
Orang ini bukan takut mati, tetapi merasa belum cukup ibadatnya, merasa malu akan bertemu dengan Tuhan lantaran ingat akan kebesaran Tuhan. Dia ingin beribadat sedikit lagi, tetapi waktunya sudah habis dan ajal sudah datang.
Seorang Waliullah yang lain berdoa demikian:
“Ilahi! Jika hamba memohon hidup di alam kematian, tandanya hamba benci hendak bertemu dengan Engkau. Sebab RasulMu sendiri pernah berkata: “Siapa yang ingin hendak bertemu dengan Allah, maka Allah pun ingin hendak bertemu dengan dia. Siapa yang enggan bertemu dengan Tuhannya, Tuhan pun enggan hendak menemuinya”.
Buat orang ini Tuhan menyediakan sambutan yang baik. Buat mereka mati dialih namanya jadi “Liqa”, ertinya “Pertemuan”.
Kedua: Orang-orang yang sempit pandangan, yang perjalanan hidupnya penuh dengan maksiat, yang telah karam dalam godaan dunia, hingga tak dapat dibongkar lagi, sehingga kalau dia meninggal, hatinya masih tetap tersangkut. Orang ini merasa bahawa hidup di dunia itulah yang paling beruntung, dan tak memikirkan kehidupan akhirat. Memang orang yang begini lantaran telah kotor dalam kehidupan dunia, tersisih juga darjatnya dalam kehidupan akhirat. Dia telah lebih dahulu buta di dunia, sebab itu dia buta pula di akhirat.
Orang yang pertama tadi adalah seorang hamba yang patuh, yang bilamana dipanggil Tuhannya, dia bersegera datang dengan muka manis, dia datang dengan sukacita dan senyum simpul. Dia datang mengadap Tuhan dengan Qalbin Salin: Hti Baik.
Orang yang kedua, ialah hamba yang keras kepala, pulang kepada Tuhan dengan dada berdebar, sebab kesalahan amat banyak. Barangkali ia mencuba lari, tetapi tak dapat lagi, sebab temphnya sudah cukup. Sebab itu, kedatangannyakepada Tuhan terpaksa diikat, sebagai orang yang bersalah, tak dapat mengangkat muka, kelu lidahnya, tak dapat menjawab segala pertanyaan.
Alangkah jauh bedanya di antara kedua manusia ini.
Himah Rasulullah saw bertemu di dalam perkara menghantarkan mayat ke kubur, sabda baginda:
“Lekas-lekas hantarkan mayat ke kuburnya. Sebab kalau dia orang soleh, supaya lekas dia bertemu dengan pahalanya, dan kalau dia orang jahat, supaya jangan lama dia memberati dunia ini!”.
Ketiga: Orang yang berada di tengah-tengah di antara kedua darjat tadi. Iaitu yang tahu tipu daya dunia, tak terikat oleh alam, tetapi dia suka juga kepada alam itu, sebab tak dapat menahan hatinya. Orang ini, laksana orang yang kepayahan berjalan tengah malam dan mencari tempat berhenti. Tiba-tiba tertumbuk kepada sebuah rumah kosong di tepi jalan, yang di kiri kanannya rimba. Akan masuk ke dalam merasa takut, akan diteruskan perjalanan takut pula. Lantaran terpaksa oleh keadaan dia masuk juga ke rumah kosong itu. Kalau orang ini sabar menunggu hari siang, tentu kelak dia akan menempuh jalannya juga dan rasa takutnya pun hilang. Tetapi kalau takutnya diperturutkannya, itulah yang akan membinasakannya.

Kita tidak hairan bahawa manusia amat berat akan meninggalkan suatu barang yang biasa dipakainya. Berapa banyaknya orang yang enggan meninggalkan rumah lama, pindah ke rumah baru, padahal rumah baru itu lebih besar. Anak-anak menangis meninggalkan perut ibunya, padahal dia pindah dari lapangan sempit kepada alam luas, nanti kalau telah biasa dengan udara alam, dia pun tak menangis lagi, bahkan menangis pula kelak bila akan meninggalkan alam itu.
Moga-moga kita semuanya menjadi umat yang bererti, yang redha pada Allah, dan Allah redha pada kita, sehingga hidup kita selamat di dunia dan di akhirat. Amin!

INGAT MATI DAPAT PAHALA
Posted on September 16, 2014 1 Comment

Mengingati mati ialah galakan Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Matlamat mengingati mati bukan untuk mematikan semangat, sebaliknya membakar semangat untuk menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini. Meraka yang ingat mati dapat pahala daripada Allah s.w.t.

INGAT MATI

5 manfaat ingat mati
Mengingati mati akan melahirkan sifat-sifat terpuji. Antaranya termasuklah:

1) Lebih menghargai kehidupan

Kita akan berasa bersyukur setiap kali bangun pada pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala. Kita juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meminta keampunan atas dosa-dosa dan kesalahan kita; sama ada dosa dengan Allah atau sesama manusia.

Daripada Abu Hurairah, suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berlalu di atas sebuah kubur (mayat) yang baru ditanam. Baginda lalu bersabda: “Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih disukai oleh ahli kubur ini dari dunia dan seisinya.” (Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd).

2) Mendorong merancang kehidupan dengan lebih baik

Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Cara hidup yang kita jalani menjadi lebih efektif kerana berasaskan “Begin with the end in mind”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke kubur ialah hartanya, keluarganya dan amalannya. Harta dan keluarga akan meninggalkannya, dan yang tinggal hanyalah amalan.” (Riwayat al-Bukhari).

4) Memotivasikan diri supaya tekun bekerja untuk dunia dan akhirat

Kita tidak akan lagi membuang masa untuk perkara yang tidak bermanfaat. Kita akan menjauhkan diri daripada hiburan yang melalaikan, apalagi maksiat yang memudaratkan.

Imam al-Mawardi menulis dalam kitabnya al-Hawi: “Digalakkan supaya memperbanyakkan mengingati mati, sebab itu dapat memotivasikan diri untuk melakukan ketaatan dan menghalang daripada melakukan kemaksiatan.”

5) Tiada masa buka aib orang

Mengingati mati menyebabkan kita tiada masa untuk membuka aib orang lain, apalagi bermusuhan dengan mereka. Ia akan selalu menjaga hati dan ucapan daripada perkara-perkara yang boleh merugikannya di dunia dan di akhirat.

Raja bin Haiwah berkata: “Apabila seseorang mengingati mati, ia akan meninggalkan hasad dengki.”

Wallahu a’lam.

Sumber: Gen-Q 36:33 (Ingat Mati).

INGAT, MATI INI BUKAN BERMUSIM!

Dikemaskini pada 12 January, 2014

223Share
Tweet
Share
mati
Mati: Bersediakan amalan-amalan kita untuk disemak? | The Reader. by TinaApple

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Allah ada berfirman dalam Al-Quran: Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan-(Surah Al-Munafiqun 63: ayat 11)

Akhir-akhir ini saya & kita yang mungkin tahu tentangnya atau mengenalinya dikejutkan dengan berita kematian Ahmad Ammar, Adibah Khairy, Mohammad Shahfieq (Pelajar UMS- Kampus Antarabangsa Labuan).

Sungguh, bagi saya. kematiannya menghidupkan banyak hati, kebaikannya dikenang walau tiada lagi.

Al-Fatihah.

MATI YANG BUKAN BERMUSIM

KITA…
Ingat mati ni bukan bermusim..
kalau ada orang mati baru nak ingat mati,
susah juga,
Kematian bukan cerita yang boleh buat main macam main dadu,
sudah habis madu sepah dibuang?

habis ja balik dari kubur, habis ja dengar cerita tentang kematian seseorang, habis ja tersedar dari mimpi tentang kematian..habislah~~, tutup cerita…BEGITU?

krik ..krik..krik..krik..=.=’…

bukankah kita pernah dengar “Allah menjadikan sesuatu berserta hikmahnya, from what we see, we hear, we through, Theres something that He want us to learn or mybe He want us to change..berubah ke arah yg lebih baik…kan..”

Fikir dan bersyukurlah..
This dunya is just temporary,
Kalaulah kita semua tahu kita punya ‘expiry dates’, surely everybody will just spend their days in obedience n hope to enter paradise. Kan?

Allah sedang menanti..sentiasa..
Dia sentiasa ada..cuma kita yang jarang setia..jarang ambil endah..:”(

Ketahuilah kita terlalu berharga, terlalu istimewa, we are choosen,
Jangan memurahkan diri kita.
kalau jatuh, bangunlah lagi, jatuh, bangun lagi, jatuh, bangun lagi.
Allah tak pernah jemu nak dengar luahan kita

manusia? cuba cerita benda yang kita nak mengadu tu bepuluh ribu kali.. confirm dia naik muak.. jemu or dia akan kata ‘cerita/luahan ni dah banyak kali ko bagitau kat aku, ko mengadu benda yg sama je”

KITA..
Jangan pernah putus asa dengan kasih sayang dan pengampunan Allah..
Selagi kita masih hidup, berusahalah, jadi baik. Mulalah dari sekarang, Allah tahu kemampuan kita, mungkin bagi orang lain langkah kita slow sangat, xpa xpa.. yang penting kesungguhan kita nak berubah tu..,

Jangan dihiraukan sangat apa orang kata…kita bukan mesin pemuas hati manusia.. Penilai terbaik itu Allah..
Selamat mengingati mati,
Aku. Kau. Dan Kita.

Mari kita hayati bersama peringatan yang penuh cinta dari Allah s.wt yang terkandung dalam Al-Quran. Semoga saja tergerak hati kita untuk meninsafi diri dan berubah ke arah yang lebih baik hari demi hari.

‘Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat) – (Surah Al-Anbiya 21:ayat 1).

‘Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah’- (Surah Al-fatir 35: Ayat 5).

‘Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan’- (Surah Al-Ankabut 29: ayat 57).

Ingatlah mati!! Kau akan maju dan bahagia.

*****

ingat mati’ tag.

Zikrul Maut Menjana Keinsafan
5 November, 2012 in Islam | Tags: ingat mati, insaf, JAIS, Jumaat, khutbah, zikrul maut | by akarimomar | Leave a comment
dari teks Khutbah yang dikeluarkan JAIS:

“Zikrul Maut Menjana Keinsafan“

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita meningkatkan kualiti iman dan taqwa kita ke hadrat Allah SWT, kerana iman dan taqwa merupakan sebaik-baik bekalan menuju ke hari akhirat kelak.

Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Zikrul Maut Menjana Keinsafan”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kehidupan kita di dunia ini bermula dengan dilahirkan daripada rahim ibu. Kemudian, setelah kita hidup beberapa lama yang ditentukan Allah SWT, kita akan menemui ajal yang tidak boleh dielakkan, di mana kematian akan menjemput setiap yang bernyawa.

Imam Hasan al-Basari berkata:

“Ingatlah bahawa mati itu akan datang dengan serta-merta. Jika mati tidak datang dengan serta-merta, sakit akan datang serta-merta. Jika sakit, anda akan kurang berupaya melakukan amal soleh, sedangkan amal soleh itu adalah bekalan hari akhirat”.

Zikrul maut atau mengingati mati adalah satu perkara yang dipuji oleh syarak. Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Banyakkanlah kamu akan menyebut perkara yang memutuskan segala kesedapan, iaitu mati”. (Riwayat at Tirmizi)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sesungguhnya perjalanan menuju hari akhirat merupakan suatu perjalanan yang panjang, berliku-liku, banyak halangan dan cabaran. Untuk menempuhnya, kita memerlukan suatu perjuangan dan pengorbanan, bagi menentukan, apakah kesudahan kita, sama ada sebagai penghuni syurga atau neraka.

Perjalanan ke akhirat itu dimulai dengan kematian, kemudian bersemadi di alam barzakh (kubur). Seterusnya dibangkitkan di alam akhirat. Oleh kerana keagungan perjalanan ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud;

“Jikalau engkau mengetahui apa yang aku ketahui, menjadikan engkau sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Muttafaqun ‘Alaihi)

Hadis ini menjelaskan kepada kita, agar menghayati hakikat kematian dan keadaan alam akhirat, serta peristiwa di dalamnya, supaya kita akan menginsafi bahawa selepas kehidupan ini, kita akan bertemu pula dengan hari akhirat. Ketika itu, amalan kita akan dinilai. Tiada suatu pun yang dapat disembunyikan. Kemudian, kita dibalas dengan syurga dan neraka.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Meninjau peristiwa ketika nyawa dicabut oleh malaikat maut, nafas kita tersekat-sekat, mulut terkunci dan anggota badan lemah longlai. Hanya kedengaran tangisan dan rintihan isteri-isteri, anak-anak dan sanak-saudara yang bakal ditinggalkan. Pada saat itu, tiada yang boleh menolong kita. Walaupun di sisi kita ada doktor pakar, ulama’ tersohor atau orang kenamaan yang disegani. Namun, mereka tiada daya dan upaya untuk menyelamatkan kita daripada sakaratul maut.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 78;

“Di mana jua kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh…”.

Menurut Tafsir al-Maraghiy, kematian itu sesuatu yang tidak dapat dihindari sama sekali, di mana jua kita berada, sekalipun tinggal dalam benteng-benteng yang kukuh atau dalam markas-markas yang dijaga oleh bala tentera atau dalam istana yang dikawal ketat oleh pengawal, mati tetap berlaku tanpa mengira sesiapa.

Menurut satu peristiwa yang diriwayat daripada Abu Saad dalam tafsir ‘Abrul Athir, “malaikat Izrail iaitu malaikat yang tugasnya mencabut nyawa, telah menghadiri satu majlis di istana Nabi Sulaiman a.s., di mana orang ramai sedang mengadap Baginda. Maka malaikat itu memandang kepada salah seorang yang hadir, dengan pandangan yang menggerunkan. Apabila malaikat itu berdiri, bertanyalah orang itu kepada Nabi Sulaiman, “Siapakah gerangan dia wahai tuanku? Nabi Sulaiman a.s. menjawab, “itu adalah malaikat maut”. Orang itu pun tergesa-gesa meminta Nabi Sulaiman menghantarnya jauh ke alam lain, kerana dia terlalu takut melihat orang itu.Nabi Sulaiman a.s. dengan mukjizatnya, memerintahkan angin menerbangkan orang itu jauh ke alam lain.

Sedang tidak berapa lama kemudian, datang lagi malaikat maut itu menemui Nabi Sulaiman a.s., menceritakan kisahnya, dengan berkata, “saya diperintahkan oleh Allah SWT mencabut nyawa tetamu tuan, di saat saya menghadiri majlis tadi. Tetapi, tempatnya bukan di sini, jauh di alam lain. Apabila saya dapati dia di sini, saya sungguh hairan, mengapa dia masih di sini. Dengan tidak semena-mena, orang itu telah diterbangkan angin ketika itu juga, ke tempat di mana nyawanya telah saya cabut, tepat tidak berselisih walau sesaat pun dari waktu yang ditentukan ajalnya.

Demikianlah tepatnya waktu dan masa seseorang itu menghadapi kematian apabila sampai ajalnya, tanpa boleh melarikan diri atau menangguhkan walau sesaat pun.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Seseorang yang hanya bersenang-senang dengan nikmat kemewahan dunia dan meninggalkan ibadah kepada Allah SWT, akan menjadikan dia lupa akan mati dan menganggap mati itu tidak akan berlaku secara spontan.

Menurut Imam Al Ghazali, cara yang paling baik untuk mengingati mati ialah dengan selalu mengenang dan mengingati rakan-rakan atau teman-teman yang telah meninggalkan dunia. Kita fikirkan bagaimana nasib mereka di dalam kubur, dan bagaimana pula keadaan mereka sesudah mati.Bayangkan betapa bumi telah menghapuskan jasad yang sempurna itu, sehingga semua anggota mereka hancur lumat dimakan tanah.

Kemudian, kita bayangkan pula diri kita akan menjadi seperti mereka. Apa yang telah menimpa ke atas diri mereka, akan turut menimpa ke atas diri kita juga. Kita akan diusung orang ke kubur, ditanam dan dibiarkan tinggal bersendirian dalam liang lahad yang gelap gelita.

Apakah tidak cukup kematian itu sebagai nasihat, tidak cukupkah kematian menjadikan kita insaf, menjadikan air mata berlinangan. Mati tetap berlaku. Terlucut semua pangkat dan gelaran yang dibanggakan, terlupus segala kekayaan yang dikumpulkan, tinggal rumah dan kenderaan yang dimiliki kerana kematian itu penghalang kepada segala kenikmatan. Kematian juga pemutus segala cita-cita. Ketika itu, hanya iman dan amal soleh akan membela dan melindungi kita. Apakah kita telah bersiap sedia?

Oleh itu, kita perlu muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah SWT atas dosa yang kita lakukan. Jangan pula kita melengah-lengahkan untuk bertaubat. Allah SWT memberi peringatan kepada hamba-hamba-Nya yang menangguhkan taubat.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 18;

“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, dia berkata; “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini”. (sedangkan taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab yang pedih”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kesimpulan, zikrul maut atau mengingati mati akan memberi beberapa kesan kebaikan, antaranya:-

1. Memberi keinsafan kepada kita supaya tidak lagi melakukan dosa dan maksiat serta menjadi orang yang bertaqwa.
2. Menyedarkan kita untuk meningkatkan imah dan amal ibadah untuk bekalan di hari akhirat kelak.
3. Mendorong kita bertaubat dan mengqada’ perintah Allah SWT yang ditinggalkan seperti solat, puasa, membayar zakat dan menyelesaikan urusan kita dengan orang lain.
4. Meningkatkan usaha membangunkan diri dan berbakti kepada masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta amanah.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya maut yang kamu cuba larikan diri daripadanya itu, tetap akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”. (Al-Jumu’ah : 8)


Ingat Mati Menghidupkan Hati
Leave a reply
Mati itu pasti, dan sesuatu yang pasti itu adalah hampir. Dalam Islam, detik kematian kita telah ditentukan ketika kita masih dalam rahim lagi. Tetapi kita tak tahu bila ianya akan berlaku, tetapi apa yang nyata adalah dengan setiap detik yang berlalu, kita semakin menghampiri detik kematian yang telah ditentukan. Oleh sebab itu ketika sambutan ulang tahun kelahiran, kita sebenarnya semakin dekat mengampiri detik kematian. Umur kita sebenarnya seumpama jam pasir yang terus-menerus mengalir, semakin lama, semakin berkurangan. Saya teringat satu perumpamaan yang amat mengujakan ketika saya kecil dahulu – ‘Kematian itu pasti dan kita tak dapat menentukan bilakah detiknya?’. Tamsilannya seperti pokok kelapa, bila-bila masa saja mayangnya, bunganya atau buahnya yang muda atau tua boleh gugur. Begitulah juga dengan kita, tak kira umur berapa pun boleh mati. Cuba perhatikan sekeliling, ramai orang tua atau orang muda? Biasanya kita akan nampak orang tua sedikit. Apa maknanya? Ramai orang muda mati dahulu sebelum sempat tua, sebab itulah sedikit sahaja golongan tua yang tinggal. Oleh itu, kita semua perlu mengambil peringatan.

Dalam Islam mengingati mati merupakan sifat mahmudah yang terpuji. Diriwayatkan bahawa para sahabat sering mengingati mati dan ada yang mengingati mati 70 sehingga 100 kali sehari. Nabi SAW bersabda, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah, “Aku bersama Rasul SAW dan kemudian datang seorang lelaki daripada kaum Ansar dan memberi salam kepada Rasul SAW, dan bertanya, “Siapakah mukmin yang terbaik?” Nabi SAW menjawab, “Mereka yang terbagus akhlaknya”. Kemudian lelaki Ansar itu bertanya lagi, “ Siapakah mukmin yang tercerdik?” Nabi SAW menjawab, “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang terbaik adalah mereka yang melakukan persiapan untuk kehidupan selepas itu.” Ada banyak kelebihan mengingati mati, antaranya ialah:

Kita akan menyegerakan kerja.
Kita akan menyegerakan taubat – Kita tidak akan bertangguh-tangguh.
Kelazatan untuk menikmati maksiat akan kendur – Kita akan jadi takut untuk melakukan maksiat kerana akan memikirkan keadaan kita bertemu Allah.
Ada tiga golongan manusia, iaitu:

Yang lupa mati
Yang takut mati
Yang ingat mati
Ada kesan yang berbeza antara orang yang takut mati dan ingat mati. Orang yang takut mati biasanya akan hilang semangat. Keceriaan sudah hilang daripada wajahnya. Dalam satu hadis Nabi SAW yang panjang, Nabi SAW menceritakan bahawa akan tiba suatu masa umat Islam akan dipermainkan musuh-musuh Islam. Sabahat pun bertanya adakah kerana bilangan mereka sedikit? Jawapannya tidak, bahkan bilangan kamu ramai tetapi seumpama buih di lautan sahaja. Kenapa kita ditindas walaupun bilangan kita ramai? Kerana Nabi SAW berkata kita terkena penyakit ‘al-wahhan’ iaitu cinta dunia dan takut mati.

Jadi, bagaimana yang dikatakan mati boleh memberikan kita semangat? Apabila berlaku kematian, kita sebut ,”Innalillahiwainna ilahiroji’un” yang bermaksud, “Daripada Allah kami datang, dan kepada Allah kami akan dikembalikan.” Jadi, jika kita tahu kita akan kembali kepada Allah, adakah kita takkan buat persiapan? Kita perlu buat persiapan dan persediaan. Inilah kesan positifnya. Kita akan memperbanyakkan ibadah – ibadah asas, sunat dan umum. Kita juga akan menjaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Kita juga akan bekerja bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa. Allah SWT yang kita akan jumpa menyukai hanya yang terbaik, oleh itu kita perlu itqaan (memberi yang terbaik) dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, tak kiralah sama ada pekerjaan berkaitan hubungan dengan Allah mahupun hubungan dengan manusia. Kita akan sentiasa memperelokkan perkerjaan jika kita sentiasa ingat mati, kerana kita sedar pekerjaan tersebut akan dipersembahkan kepada Allah SWT nanti. Jadi, ternafilah pendapat yang mengatakan jika ingat mati, orang akan jadi tidak bersemangat, tidak produktif dan tidak memberi kerja berkualiti. Sebaliknya, ingat mati akan membantu meningkatkan produktiviti seseorang. Kenapa? Orang yang ingat mati akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Orang yang ingat mati tidak akan suka bertangguh-tangguh kerana sedar yang mati boleh datang tiba-tiba. Oleh itu, kerana tidak mahu terhutang dengan majikan atau keluarga, seseorang itu akan menyiapkan kerja pada hari yang ditetapkan.

Saya pernah menghadapai cabaran meyakinkan seseorang tentang keperluan mengingati mati. Orang itu berpendapat sekiranya kita ingat mati, kita tidak produktif kerana hanya ingin berada di masjid untuk solat, baca Quran dan berzikir sahaja. Ini merupakan satu kesalahan yang besar dalam pemahaman Islam kita. Ibadah dalam Islam terbahagi kepada 3 iaitu: Ibadah asas dan sunat yang berkaitan habluminallah, contohnya solat, baca Quran, berzikir dan sebagainya. Ibadah umum contohnya seperti pekerjaan seharian kita yang memberi kebaikan kepada diri dan manusia lain. Oleh itu, kerja kita juga merupakan persiapan untuk menghadapi kematian. Jika kita sedar fakta ini, adakah kita akan buat kerja sambil lewa ketika di pejabat? Tidak mungkin. Sebab itu Rasul SAW sering mengingatkan, “Jika kamu nak solat, solatlah seumpama solat kamu yang terakhir.” Begitulah juga dengan setiap pekerjaan lain yang kita dilakukan, contohnya bersama keluarga. Jika kita ingat mati, pastilah kita akan melayan ahli keluarga dengan penuh kasih-sayang dan kemesraan.

Takut Mati vs Ingat Mati
BY SAIDAH MANAN 7:57 AM INGAT MATI, KEMATIAN, TAKUT MATI
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Alhamdulillah thumma alhamdulillah ^____________^

Innalillahi wa innailaihi raajiun.. Recently banyak sangat terima berita kematian kenalan-kenalan jauh dan dekat. Allahu.. Mungkin ini cara Allah nak menjentik hati dan iman saya dan juga anda yang masih alpa dengan nikmat keduniaan. Allahu.. Jadi apa reaksi kita selepas mendapat berita kematian-kematian ini? Terus leka dan alpa atau tersentap?



Takut mati vs. ingat mati. Sekali tengok macam serupa. Tapi bila dua kali tengok sebenarnya tak sama ^^
Takut Mati

Takut mati ialah kita takut bila mendengar kematian dan takut untuk menghadapi kematian. Sedangkan kematian itu pasti, kan? Jika kita takut akan mati, maka matilah kita. Kerana kita akan mundur, kita akan lemah. Ummah akan mundur bila takutkan mati. Yang perlu kita takutkan ialah Allah! Bukan mati! Jom hayati dialog antara Peah dan Senah berkenaan takut mati.

Peah: Nah, jom pergi tuisyen, kita kan nak exam tahun ni
Senah: Tak nak lah. Aku takutlah Peah.
Peah: Kau nak takut apa? Hantu toyol tengah jalan masa pergi tuisyen?
Senah: Bukanlah, aku takut kalau aku keluar rumah, kalau aku kena langgar kereta then  aku mati. Macamana?
Peah: Habis tu kau nak duduk di rumah saja?
Senah: Ye lah. Aku tak nak belajar tinggi-tinggi, nanti aku mati, tak guna pun ijazah aku tu semua.
Peah: Kau ni dah kenapa? Mati tu kan pasti.


Ingat Mati

Ingat mati pula ialah bila kita teringat akan janji Allah yang mati itu pasti. Maka kita akan berbuat amal sebanyak mungkin. Dan bila kita ingat mati, kita akan lebih positive dan bersemangat sebenarnya. Sebab apa? Sebab bila kita ingat yang kita akan mati, kita akan buat sehabis baik semua amalan dan kerja kita. Kita akan sentiasa ingat yang kehidupan ini hanya sementara. Dan kehidupan ini juga ialah tempat untuk kita menanam sebanyak mungkin bekalan untuk menyelamatkan kita di kubur dan akhirat kelak.


Peah: Nah, jom pergi tuisyen, kita kan nak exam tahun ni.
Senah: A'ah. Jom lah Peah.
Peah: Tapi kita kena ingat satu perkara.
Senah: Apa dia Peah? Berhati-hati di jalan raya ke?
Peah: Bukanlah. Kita kena ingat untuk niat yang kita pergi tuisyen ni bukan kerana nak exam. Tapi kerana Allah.
Senah: Ye lah, Peah. Nanti bila kita mati, perbuatan kita pergi tuisyen ni boleh tolong kita sebab kita niat sebagai ibadah.
Peah: A'ah. Betul3.


Nampak tak perbezaannya? Takut mati maka kita akan mati. Ingat mati maka kita akan beringat ^^

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Wallahua'lam.

Bila Kita Ingat Mati......
Posted by CB Blogger
🍂Bila kita ingatkan mati.
Tiada lagi nak DENGKI-DENGKI.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Kita tak PENTING diri sendiri.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Kita boleh buangkan BENCI.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Semua orang kita AMPUNI.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Kita selalu INSAFI diri.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Kita BERUSAHA kuat lagi.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Kita saling MENASIHATI.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Kita telah MENGHIDUPKAN hati.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Tidak ada KESEDIHAN lagi.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Kita seronok hendak BERBAKTI.
🍂Bila kita ingatkan mati.
Hidup menjadi lebih BERERTI
🍂Bila kita ingatkan mati.
Kita ingat ALLAH kepada Nya kita KEMBALI
HIDUP TANPA TUHAN SEUMPAMA HIDUP TIDAK BERGUNA LAGI,
NAMUN ALLAH TIDAK PERNAH PERGI KRN DIA SENTIASA MEMBERI PELUANG UTK KITA BERKOMUKASI DENGANNYA

Hidup ini indah selagi Ada tuhan ,
Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan kegembiraan yang hanya dapat di rasai Oleh akal yang 'Berfikir' Dan mata yang ''melihat' sekali pun Kita merasakan telah kehilangan segala galanya dalam hidup ,
Ingatlah bahawa Allah masih ada bersama Kita

Jika kita kehilangan tuhan , barulah hidup kita tidak berguna lagi. Namun Kita tidak Akan pernah kehilangan tuhan kerana Dia sentiasa memberikan peluang utk Kita ' Berkomunikasi dengannya,
Subhanallah Alhamdulillah walaillahaillallah Allahuakhbar

PPerbanyak Ingat Mati
Bukan Mengingat Hari Lahir
———————————————

Semoga kita yang masih hidup selalu mengingat akan kematian. Bukan mengkonang-konang hari lahir. Kenapa?

● Pertama :
Mengingat mati adalah ibadah yang sangat dianjurkan.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah ﷺ bersabda :

“Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan”, yaitu kematian”.
(HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Tirmidzi).

● Kedua :
Maut kapan saja bisa menghampiri dan tidak akan pernah keliru dalam hitungannya, maka jauhilah perbuatan dosa dari kesyirikan, bid’ah dan maksiat lainnya.

{وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ}

“Tiap-tiap ummat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.”
(QS. Al A’raf : 34).

{وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا} [المنافقون : 11]

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
(QS. Al Munafiqun : 11).

》Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata :
“Renungkanlah wahai manusia, (sebenarnya) kamu akan dapati dirimu dalam bahaya, karena kematian tidak ada batas waktu yang kita ketahui, terkadang seorang manusia keluar dari rumahnya dan tidak kembali kepadanya (karena mati), terkadang manusia duduk di atas kursi kantornya dan tidak bisa bangun lagi (karena mati), terkadang seorang manusia tidur di atas kasurnya, akan tetapi dia malah dibawa dari kasurnya ke tempat pemandian mayatnya (karena mati).

Hal ini merupakan sebuah perkara yang mewajibkan kita untuk menggunakan sebaiknya kesempatan umur, dengan taubat kepada Allah Azza wa Jalla.

Dan sudah sepantasnya manusia selalu merasa dirinya bertaubat, kembali, menghadap kepada Allah, sehingga datang ajalnya dan dia dalam sebaik-baiknya keadaan yang diinginkan.”
(Lihat Majmu’ fatawa wa Rasa-il Ibnu Utsaimin, 8/474).

● Ketiga :
Maut tidak ada yang mengetahui kapan datangnya melainkan Allah Ta’ala semata, tetapi dia pasti mendatangi setiap yang bernyawa, maka jauhilah hal-hal yang tidak bermanfaat selama hidup.

( كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ) [آل عمران : 185]

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(QS. Ali Imran : 185).

● Keempat :
Siapa yang mati, mulai saat itulah kiamatnya, tidak ada lagi waktu untuk beramal.

Ummul mukminin Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata :

“Orang-orang kampung Arab jika datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka bertanya tentang hari kiamat, kapan datangnya, lalu Nabi Muhammad ﷺ melihat kepada seorang yang paling muda dari mereka, kemudian beliau bersabda : “Jika hidup pemuda ini dan tidak mendapati kematian, maka mulai saat itulah kiamat kalian datang.”
(HR. Muslim).

● Kelima :
Dengan mengingat mati melapangkan dada, menambah ketinggian frekuensi ibadah

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda :

“Perbanyaklah mengingat pemutuskan kelezatan, yaitu kematian, karena sesungguhnya tidaklah seseorang mengingatnya ketika dalam keadaan kesempitan hidup, melainkan dia akan melapangkannya, dan tidaklah seseorang mengingatnya ketika dalam keadaan lapang, melainkan dia akan menyempitkannya.”
(HR. Ibnu Hibban dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’).

● Keenam :
Dengan mengingat mati seseorang akan menjadi mukmin yang cerdas berakal.

Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma bercerita :

“Aku pernah bersama Rasulullah ﷺ , lalu datang seorang lelaki dari kaum Anshar mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad ﷺ lalu bertanya : “Wahai Rasulullah, orang beriman manakah yang paling terbaik?”, beliau menjawab : “Yang paling baik akhlaknya”, orang ini bertanya lagi : “Lalu orang beriman manakah yang paling berakal (cerdas)?”, beliau menjawab : “Yang paling banyak mengingat kematian dan paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah yang berakal”.
(HR. Ibnu Majah dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Ibnu Majah).

● Ketujuh :
Hari ini yang ada hanya beramal tidak hitungan, besok sebaliknya.

Ali bin Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Dunia sudah pergi meninggalkan, dan akhirat datang menghampiri, dan setiap dari keduanya ada pengekornya, maka jadilah kalian dari orang-orang yang mendambakan kehidupan akhirat dan jangan kalian menjadi orang-orang yang mendambakan dunia, karena sesungguhnya hari ini (di dunia) yang ada hanya amal perbuatan dan tidak ada hitungan dan besok (di akhirat) yang ada hanya hitungan tidak ada amal.”
(Lihat kitab Shahih Bukhari).

(Oleh Ustadz Ahmad Zainuddin, Lc)


Apa manfaat ingat mati atau mengingat kematian?

Berikut beberapa faedah atau manfaatnya yang sengaja penulis sarikan dari penjelasan ulama sebagai nasehat untuk kita semua.

1- Mengingat kematian adalah termasuk ibadah tersendiri, dengan mengingatnya saja seseorang telah mendapatkan ganjaran karena inilah yang diperintahkan oleh suri tauladan kita, Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

2- Mengingat kematian membantu kita dalam khusyu’ dalam shalat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اذكرِ الموتَ فى صلاتِك فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ فى صلاتِهِ فَحَرِىٌّ أن يحسنَ صلاتَه وصلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظن أنه يصلى صلاةً غيرَها وإياك وكلَّ أمرٍ يعتذرُ منه

“Ingatlah kematian dalam shalatmu karena jika seseorang mengingat mati dalam shalatnya, maka ia akan memperbagus shalatnya. Shalatlah seperti shalat orang yang tidak menyangka bahwa ia masih punya kesempatan melakukan shalat yang lainnya. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak malah engkau meminta udzur (meralatnya) (karena tidak bisa memenuhinya).” (HR. Ad Dailami dalam musnad Al Firdaus. Hadits ini hasan sebagaimana kata Syaikh Al Albani)

3- Mengingat kematian menjadikan seseorang semakin mempersiapkan diri untuk berjumpa dengan Allah. Karena barangsiapa mengetahui bahwa ia akan menjadi mayit kelak, ia pasti akan berjumpa dengan Allah. Jika tahu bahwa ia akan berjumpa Allah kelak padahal ia akan ditanya tentang amalnya didunia, maka ia pasti akan mempersiapkan jawaban.

4- Mengingat kematian akan membuat seseorang memperbaiki hidupnya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أكثروا ذكر هَاذِمِ اللَّذَّاتِ فإنه ما ذكره أحد فى ضيق من العيش إلا وسعه عليه ولا فى سعة إلا ضيقه عليه

“Perbanyaklah banyak mengingat pemutus kelezatan (yaitu kematian) karena jika seseorang mengingatnya saat kehidupannya sempit, maka ia akan merasa lapang dan jika seseorang mengingatnya saat kehiupannya lapang, maka ia tidak akan tertipu dengan dunia (sehingga lalai akan akhirat).” (HR. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi, dinyatakan hasan oleh Syaikh Al Albani).

5- Mengingat kematian membuat kita tidak berlaku zholim. Allah Ta’ala berfirman,

أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ

“Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan.” (QS. Al Muthoffifin: 4). Ayat ini dimaksudkan untuk orang-orang yang berlaku zholim dengan berbuat curang ketika menakar. Seandainya mereka tahu bahwa besok ada hari berbangkit dan akan dihisab satu per satu, tentu mereka tidak akan berbuat zholim seperti itu.

Imam Qurthubi menyebutkan dalam At Tadzkiroh mengenai perkataan Ad Daqoq mengenai keutamaan seseorang yang banyak mengingat mati:

1- menyegerakan taubat

2- hati yang qona’ah (selalu merasa cukup)

3- semangat dalam ibadah

Sedangkan kebalikannya adalah orang yang melupakan kematian, maka ia terkena hukuman:

1- menunda-nunda taubat

2- tidak mau ridho dan merasa cukup terhadap apa yang Allah beri

3-  bermalas-malasan dalam ibadah.

Semoga Allah menghindarkan kita dari penyakit cinta dunia dan takut mati.

 INGAT MATI... 'Manusia lebih berminat membincangkan berkenaan kain lampin berbanding kain kapan'. Perkara-perkara lain dalam kehidupan seperti kelahiran, perniagaan, perkahwinan bukanlah sesuatu yang pasti, tetapi kematian adalah satu kepastian bagi setiap yang bernyawa. Hikmah Mengingati Mati Dalil Mengingati Mati Ayat Al-Quran Hadis Rasulullah S.A.W Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari
Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w Sentiasa Redha & Ikhlas maksiat akan kendur Segera Bertaubat Menyegerakan kerja Tidak Diundang Kehidupan Selepas Kematian Satu Kepastian Sebab-Sebab Mengingati Mati Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
Mati adalah kepastian
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati”
(Ali Imran : 185).
“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh”
(An nisa : 78). Dibalik kematian ada kehidupan dan
kehidupan itu sangat berbeza dengan
kehidupan dunia sekarang ini.
“Dalam satu hari yang kadarnya (lamanya)
adalah seribu tahun menurut perhitunganmu”
(As-Sajdah : 5)
Orang yang ingat mati akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Orang yang ingat mati tidak akan suka bertangguh-tangguh kerana sedar yang mati boleh datang tiba-tiba. Oleh itu, kerana tidak mahu terhutang dengan majikan atau keluarga, seseorang itu akan menyiapkan kerja pada hari yang ditetapkan Kita akan jadi takut untuk melakukan maksiat kerana akan memikirkan keadaan kita bertemu Allah. Dengan mengingati kematian, akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan.Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya, dan di tempat manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut. Dengan mengingati kematian, hati manusia akan
menjadi lembut dan akan menerima segala perintah
Allah s.w.t dengan penuh keredhaan dan keikhlasan
"Katakanlah, jikalau kamu menganggap bahawa kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka ingatkanlah kematian, jika andainya kamu memang benar"

Surah Al-Baqarah:94
"Orang yang sempurna akalnya ialah mereka yang selalu memperbaiki dirinya dan beramal untuk bekalan mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah mereka yang selalu menurutkan hawa nafsunya, tetapi berharap keampunan Allah tanpa amal."


Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”. Kelazatan untuk menikmati Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.



Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”

Ingat Mati
(Bab Yang keSepuluh Pada Menyatakan Ingat Akan Mati)

Ketahui olehmu bahawasanya ingat akan mati itu kelakuan yang dipuji lagi yang dituntut oleh syarak. Dan adalah ia sebab bagi membanyakkan  ibadat dan sebab bagi mensedikitkan dunia dan angan-angan kerana sabda Rasulullah s.a.w.:  (bahasa Arab)  ertinya; Banyakkan oleh kamu menyebut akan yang memutuskan segala kesedapan ( iaitu mati)  kerana  bahawasanya mati itu tiada disebutkan akan dia  pada ketika banyak angan-angan  dan dunia melainkan  mensediktkankan ia akan dia. Dan tiada disebut akan dia pada ketika sedikit amal ibadat melainkan membanyakkan ia akan dia. Dan sabda Nabi s.a.w.:  (bahasa Arab)  ertinya;  Banyakkan oleh kamu  akan menyebut yang memutuskan segala  kesedapan iaitu mati. Ditanya akan Rasulullah s.a.w.:  (bahasa Arab)   Ertinya; yang mana sekelian orang yang  beriman yang lebih pintar? Bersabda ia: Iaitu yang lebih banyak mereka itu menyebut mati.  Dan yang lebih elok mereka itu bersedia bagi barang yang kemudiannya. Mereka itu juga sekelian yang pintar (yang cerdik) dan sabda Nabi s.a.w.: (bahasa Arab)  ertinya; bermula mereka yang berakal mereka  yang menghisab ia akan dirinya dan beramal ia kerana barang yang kemudian  daripada mati. Dan sabda Nabi s.a.w.: (bahasa Arab)  ertinya;  memada dengan mati itu memberi  pengajaran.

Dan ketahui olehmu bahawasanya mati itu huru hara  yang sangat besar. Dan ada pada  menyebutnya manfaat yang maha besar. Kerana bahawasanya  melayarkan ia daripada dunia. Dan merindukan ia kepada akhirat.  Dan bermula sebab bagi  lalai daripada mati  itu panjang angan-angan  dan sebabnya kasih akan dunia dan  jahil. Sabda Rasulullah s.a.w.: Bagi Abdullah bin Umar r.a. : (bahasa Arab) ertinya;  jadi olehmu di dalam dunia  seolah-olah  engkau orang dagang atau  yang lalu di jalan. Dan berkata Ibnu Umar r.a.:  A pabila engkau  masuk pada waktu petang maka jangan engkau nanti akan pagi. Dan apabila engkau masuk pada waktu  pagi maka jangan engkau nanti akan petang. Dan ambil olehmu  daripada masa sihat engkau bagi sakit engkau. Dan daripada masa hidup engkau bagi mati engkau. Menceritakan dia  oleh Al Bukhari.

Dan  bahawasanya setengah daripada  yang menolong atas mengingatkan mati itu ziarah akan kubur, kerana sabda Rasululllah s.a.w.: (bahasa Arab) ertinya; ziarah oleh kamu akan kubur. Kerana bahawasanya memperingat ia akan mati dan sabdanya;  (bahasa Arab)  ertinya;  adalah aku dahulu melarang akan kamu daripada  menziarahi kubur. Maka ziarah oleh kamu  akan dia pada masa yang akan dating. Kerana bahawasanya  menyebabkan ia akan zahid pada dunia dan memperingatkan  ia akan akhirat.

Dan ketahui olehmu bahawasanya pendek angan-angan itu  kelakuan yang dipuji.  Kerana adalah ia  sebab bagi bersedia  bagi barang yang  kemudian daripada mati. Dan bahawasanya  manusia  bersalah-salahan  mereka itu pada pendek angan-angan  dan panjangnya setengah mereka itu  mencita-cita ia  akan panjang umurnya seribu  tahun. Kerana firman Allah Taala (ayat Al Quran)  ertinya  mencita-cita seorang  daripada mereka itu  bahawa dipanjangkan umurnya seribu tahun. Sabda Rasullullah i s.a.w.: (bahasa Arab) ertinya bermula  hati orang tua muda ia atas kasih akan dua perkara. Pertama lama hidup dan kedua harta dikehendaki dengan muda di sini sempurna kasihnya akan keduanya  seperti sempurna  kekuatan orang yang  muda pada masa mudanya. Dan setengah mereka itu mereka yang mencita-cita  akan setahun. Dan setengah mereka itu  mereka yang mencita-cita  enam bulan. Dan setengah mereka itu mereka yang mencita-cita sehari semalam diceritakan daripada Muaz bin Jamal r.a. bahawa berkata ia: Tiada melangkah  satu langkah melainkan menyangka oleh aku akan bahawasanya tiada aku perikutkan dia  akan langkah yang lain.  Dan bahawasanya faedah  bagi pendek angan-angan  itu bersegera pada mengerjakan  amal ibadat.  Dan bahawasanya alamat bagi orang yang  mendapat petunjuk  bahawa tiada lalai   ia daripada mati maka bersedia ia  pada pagi-pagi  mati itu  dengan taubat  dan amal  yang baik.  Maka jika hidup ia  sampai petang maka syukur ia akan ALLah Taala  batas taatnya dan sukacita ia dengan ketiadaan sesia harinya kemudian memulai  ia bersedia pada petang  hingga pagi – pagi  maka syukur ia atas taatnya  pada malam  itu dan sukacita ia dengan tiada kosong malamnya  daripada amal yang salih. Demikianlah tiap-tiap pagi  dan petang. Dan tiada mudah  yang demikian itu melainkan bagi mereka yang  kosong hatinya daripada hidup  sampai besok. Maka mati itu  tuah baginya. Dan hidup itu bertambah kebajikannya Wallahu’alam.

Dengan kepujian ALLah Taala telah selesai hamba daripada menghimpun kitab (Penawar Bagi Hati)   pada tanggal tujuh daripada bulan Rejab tahun seribu tiga ratus tujuh puluh delapan daripada Hijrah penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w.. Alhamdulillah (bahasa Arab)  Wasallallah alai saidina Muhammad Wa ala aalihi wasohbihi wasalam. Subhanarabbika rabbil ‘aizzati amma yasifun wasalamualai mursalin walhamdulillah hi rabbil ‘alamiin.


INGAT MATI, TINGKAT PRODUKTIVITI

17
NOV
“Saya risau kalau semua orang ingat mati, produktiviti syarikat ini akan menurun,” kata pegawai tinggi sebuah organisasi. Dia begitu sinis sekali dengan ceramah-ceramah yang menyentuh soal mati.
“Kenapa tuan beranggapan begitu?” tanya saya.

“Bila ingat mati, masing-masing fikir diri sendiri sahaja. Mereka akan asyik solat dan zikir wirid sahaja. Mereka akan tinggalkan kerja. Saya tak setuju langsung ceramah tentang mati ni dibuat dalam organisasi ini. Sorry, saya tak setuju!” katanya berterus-terang.

“Saya rasa tidak begitu. Bila semua ingat mati, makin meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat ini,” kata saya.
“ Kenapa pula?” Kali ini dia pula yang bertanya.
“Orang yang ingat mati sedar dia akan menemui Allah,” jawab saya pendek.
“Apa kaitan hal itu dengan produktiviti?”

“Kalau kita sedar kita akan bertemu Allah kita akan memperelok dan memperbanyakkan ibadah.”
“Itu yang saya kata tadi… bila asyik beribadah kita akan lupa dan lalai bekerja. Habislah syarikat ini.”

Saya tersenyum. Dalam hati tertanya-tanya apakah dia belum faham konsep ibadah yang sebenar atau ada masalah lain yang “bermain” di mindanya.
“Tuan, ingin saya ingatkan konsep ibadah itu luas. Ibadah bukan sahaja solat, zikir dan wirid. Kerja juga satu ibadah.”
Dia merenung saya. Saya bersikap biasa-biasa sahaja.
“Maksud awak saya tak faham konsep ibadah?” tusuknya tiba-tiba.
“Saya Cuma mengingatkan. Ibadah itu terbahagi tiga – ibadah asas, ibadah sunat dan ibadah khusus. Ibadah asas itu, solat, puasa, zakat dan lain-lain rukun Islam. Ibadah sunat itu banyak antaranya zikir, wirid, baca Quran, solat dan puasa sunat.”

“Itu saya tahu,” getusnya.
“Manakala ibadah umum pula adalah seluruh aktiviti hidup kita selain ibadah asas dan ibadah sunat tadi. Termasuklah kita bekerja, berniaga, berhibur, bermesyuarat dan lain-lain.”
Tanpa mempedulikan reaksinya saya terus memberi penerangan.

“Tu yang saya kata tadi. Nanti semua tumpu pada ibadah asas, ibadah umum terpinggir. Pekerja kita ni bukan faham sangat konsep ibadah yang berbelit-belit ni.”
“Kitalah yang mesti memahamkan mereka. Ceramah tentang mati ini perlu dibuat selepas ceramah tentang visi dan misi hidup, konsep ibadah, habluminallah, habluminannas,” pujuk saya.

“Saya tak yakin mereka boleh difahamkan. Orang Melayu kita ni bila ingat mati gementar, takut, kecut… saya tak mahu menakut-nakutkan mereka. Kita nak kualiti, kita nak produktiviti. Ingat mati ni soal peribadi, bukan soal organisasi. Dalam organisasi kita bercakap soal keuntungan.”
“Tuan, Islam menganjurkan agar kita ingat mati, bukan takut mati. Yang tuan bimbangkan tu takut mati, bukan ingat mati.”

“ Apa bezanya?” tanyanya. Suaranya mula meninggi.
Saya diam sejenak. Berfikir untuk mengolah kata-kata yang baik. Mengadun antara kebenaran dan kelembutan

“Saya teringat maksud sebuah hadis…” kata saya memulakan penjelasan.
“Awak jangan berselindung di sebalik hadis!”
“Bukan berselindung tuan, tetapi pada siapa lagi yang patut kita sandarkan segala hujah dan pandangan melainkan kepada Rasulullah?” jelas saya perlahan.
“Apa maksud hadis tu? Direct to the point!”

“Orang yang ingat mati akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup. Itu maksud hadis. Sama ada ibadah asas, sunat dan umumnya. Tapi orang yang takut mati, akan hilang semangat untuk hidup. Takut mati menyebabkan mereka juga takut hidup. Hilang daya dan tenaga untuk berusaha.”

“Saya masih bimbang mereka akan takut mati bukan ingat mati.”
Perlahan-lahan saya menggeleng-gelengkan kepala. Sekarang saya mula berfikir, ini masalah dia atau masalah pekerjanya.
“Tuan jangan lupa satu golongan lagi. Mereka tu ingat mati pun tidak, takut mati pun tidak…”
“Ada lagi?”
“Ya, satu golongan lagi adalah mereka yang lupa mati. Golongan ini akan menangguhkan taubat, meremehkan ibadah dan jiwanya sentiasa kacau. Mereka ini sangat benci bila diperingatkan tentang mati kerana itu mengganggu keseronokan mereka melakukan maksiat dan dosa,” ujar saya lagi. Kebenaran itu memang pahit, walau betapa indahnya bahasa kita mengucapkannya.

“Saya masih khuatir mereka akan berkurung di surau, asyik solat, solat duha, doa berjam-jam lamanya. Kerja tertangguh.”
Terkedu saya. Satu kebimbangan yang tidak berasas.
“Kita perlu terangkan kepentingan ibadah umum. Ibadah umum yang kebanyakannya dikategorikan dalam fardu kifayah. Fardu kifayah kedudukannya lebih tinggi daripada ibadah sunat.”
“Maaflah, awak masih berfalsafah. Kita mesti realistik. Syarikat ini sedang mengalami masalah. Produktiviti dan kualiti menurun secara drastik.”
“Mengapa? Apa sebabnya?”

“Culas, curi tulang, pembaziran, rasuah…”
“Tuan, itu semua sikap orang yang lupakan mati,” jolok saya pula.
“Lagi-lagi mati. Kita bercakap tentang hidup sekarang!”
“Bercakap tentang mati akan menyebabkan kita jelas tentang hidup. Persediaan menghadapi mati dibuat semasa hidup. Keadaan hidup selepas mati sangat berkait dengan keadaan hidup sebelum mati!”
“Saya tambah tak faham dengan awak.”

“Maksud saya orang yang curi tulang, culas dan rasuah itu tidak takut dengan dosa. Mereka hanya takut dengan undang-undang dunia. Kalau mereka nampak undang-undang dunia ada kelemahan, kurang penguatkuasaan, maka di situlah mereka ambil kesempatan.”

“Apa kaitan itu dengan mati?”
Lucu. Kali ini dia pula yang mengingatkan saya tentang mati.
“Kalau mereka ingat mati, mereka ingat hari pertemuan dengan Allah di hari akhirat. Di sana segala dosa yang disembunyikan dari manusia dan yang terlepas dari undang-undang dunia akan dipaparkan dengan nyata. Bukan dipaparkan sahaja, bahkan akan beri hukuman dengan api neraka.”
Dia mula diam.
“Di sana nanti Allah akan tanyakan segala-galanya. Tentang solat, tentang kerja, tentang keluarga. Jika semua beres, baiklah keadaan hidup kita di sana. Itu yang saya katakan tadi, keadaan hidup selepas mati sangat ditentukan oleh corak kehidupan kita sebelum mati.”
“Maksud awak keadaan hidup di dunia kita sangat menentukan keadaan hidup di akhirat?”
“Ya, begitulah tuan. Orang yang ingat mati, akan melaksanakan amanah dan tanggung jawabnya dengan baik dalam famili, organisasi dan masyarakat.”

“Saya takut orang yang ingat mati asyik solat sahaja!”
“Asyik solat? Apa salahnya dengan solat?”
“Kalau asyik solat sahaja mana sempat buat kerja?”
Saya macam nak tergelak. Macamlah ramai sangat orang yang solat sampai tak sempat buat kerja. Realitinya, ramai yang bekerja sampai tak sempat solat. Dan lebih ramai orang yang tak sempat buat kedua-dua. Solat tidak, kerja pun tidak. Lalai, leka dan terbuai dengan hiburan semata-mata. Ramai yang curi masa di pejabat kerana leka dengan kerja-kerja luar, buat “direct selling”, “game”, “chatting”, “face book” dan segala macam.

“Saya rasa orang yang solatlah yang paling jujur dan amanah dalam kerja.”
“Mana boleh macam tu…”
“Ini Al Quran kata. Solat itu mencegah dari fahsya’ dan mungkar. Termasuklah mungkar dalam pekerjaan seperti culas, membazir, rasuah, curi tulang dan lain-lain.”
“Saya pernah jumpa orang yang banyak solat tapi rasuah, curi tulang…”
“Tentu ada salah di mana-mana dengan solatnya. Kalau solat tak mencegah kemungkaran, solat itu bukan solat. Ini hadis.”
“Maksud awak?”
“Mungkin solat kerana riyak. Mungkin jahil dengan ilmu solat. Atau tidak mujahadah hingga solatnya dikategorikan sebagai solat orang yang lalai. Khusyuk jauh sekali!”
“Jalan penyelesaian?”
“Perlu diberi ilmu, dididik dan dilatih dengan program solat yang sebenar!”
“Ke situ balik… saya bercakap tentang produktiviti dan kualiti kerja, awak bercakap dengan kualiti solat… Pelik!”

Saya tersenyum. Inilah realiti kefahaman majoriti umat Islam. Amalan Islam dilihat secara terpisah-pisah. Padahal semua amalan Islam itu bersepadu. Yang satu mempengaruhi yang lain. Solat ada impaknya kepada pekerjaan. Membetulkan solat boleh membetulkan pekerjaan. Soal ketepatan waktu, pengurusan masa, amanah, fokus, kebersihan, keikhlasan yang menjadi teras dalam solat seharusnya melimpah kesannya bila kita bekerja.
“Kalau begitu kita perlukan program latihan yang menyentuh soal mati ke, solat ke atau produktiviti? Saya makin keliru sekarang…” kata pegawai tinggi tersebut.
“Ketiga-tiganya sekali. Kita perlu program latihan yang bersepadu. Hingga dengan itu pekerja yang ingat mati akan serius dengan solat dan seterus akan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerjaannya!” jawab saya.

Dia tersentak. Saya semakin yakin, sebelum orang bawahannya menjalani program latihan yang dibincangkan itu… dialah orang yang perlu menjalaninya terlebih dahulu. Ketua yang keliru, akan mengelirukan anak buahnya!


KITAB KEMATIAN BAB 1 - INGAT MATI DAN BERSIAP SEDIA MENYAMBUTNYA Imam al Qurthubi Andalusia Bab Tafsir yang dipetik dari kitab beliau yang betajuk "Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat Dari riwayat an
KITAB KEMATIAN BAB 1 - INGAT MATI DAN BERSIAP SEDIA MENYAMBUTNYA


Imam al Qurthubi Andalusia

Bab Tafsir yang dipetik dari kitab beliau yang betajuk "Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat


Dari riwayat an-Nasa'i ra dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Selalulah bagimu mengingati akan sesuatu yang melenyapkan nikmat-nikmat " iaitu Kematian. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan at Tarmidzi. Kemudian dari riwayat al Hafizh Abu Naaim dengan sanat yang jelas Malik bin Anas, dari Yahya bin Sa'id, dari Sa'id ibnu Musayyaib dari Umar ibnu Khathaab, ia mendengar Rasulullah bersabda "Selalu selalulah kamu ingat akan sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat"... kami bertanya "Ya Rasulullah, apa itu sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat ?" Beliau manjawab "Kematian".

Diriwayatkan oleh at Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahawa ia berkata, " Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Ansar, setelah mengucapkan salam ia pun bertanya " Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik ? Rasulullah menjawab, "Yang paling baik akhlaknya". Kemudian ia bertanya lagi, "Siapakah orang mukmin yang paling bijak sekali ? Rasulullah menjawab, " Yang selalu mengingati kematian dan yang mempunyai persiapan terbaik untuk menyambut apa yang akan terjadi sesudahnya". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Malik. Diriwayatkan oleh at Tarmidzi ( Ibnu Majah, Ahmad dan at Thabrani) dari Syahdad bin Aus, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Orang bijak ialah orang yang selalu muhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk Alam Akhirat nanti. Manakala orang yang bodoh itu ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya tetapi mengharap-harap pertolongan (redha) Allah". Diriwayatkan oleh at Tarmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, "Selalulah kamu mengingati kematian. kerana sesungguhnya hal ini dapat membersihkan dosa-dosa dan dapat membentuk dirimu zuhud kepada dunia ". Hadis riwayat Hitsami dan at Thabrani (dhaif) disebut bahawa sesseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah diakhirat nanti ada seseorang yang dikumpulkan bersama-sama para syuhada ?. Rasulullah menjawab, "Ada... iaitu orang yang selalu mengingati kematian sebanyak 20 kali sehari semalam".

Firman Allah swt didalam surah al Mulk ayat 2 yang mafhumnya "Yang menjadikan hidup dan mati, supaya dapat diuji siapa diatara kamu yang yang lebih baik amalannya". Kemudian berkata seorang abadi bernama Abdul Rahman al Suda " yang dimaksudkan dengan orang yang paling banyak mengingat kematian itu ialah orang yang mempunyai persiapan paling baik dan yang paling takut kepada penciptanya". Menurut Ijma' para Ulama ASWJ, maksud hadis Nabi berkenaan "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat" adalah sebuah ungkapan yang ringkas tetapi penuh dengan pesanan dan nasihat. Orang-orang yang selalu mengingat kematian akan sedar akan hakikat nikmat sebenar yang sedang dirasai dikala hidupnya sehinggakan dia tidak banyak berharap nikmat itu kekal bersamanya selama-lamanya kerana ia boleh ditarek semula oleh Maha Pencipta Nikmat itu pada bila-bila masa sahaja. Kemudian ia bersikap zuhud terhadap apa yang diharapkan daripadanya, iaitu ia mengenal benar mengapakah nikmat itu hadir, yang diberi oleh Allah swt kepada dirinya maka ia mempersiapkan diri dengan banyak amalan dan sunat untuk menyambut kedatangan kematiannya pula.

Manakala manusia yang berhati lalai itu pula amat perlukan nasihat yang terperinci dan pengajaran yang panjang. Jika sesorang mukmin itu mendengar Sabda Baginda Rasullah saw "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat", kemudian ia pula menbaca al Quran didalam surah Ali Imran ayat 185, firman Allah yang mafhumnya "Tiap - tiap jiwa itu akan merasakan kematian", sudah tentu bergoncang jiwanya, keluh kesah hati dan perasaannya, tidak lelap matanya kerana takut teramat sangat akan azab Allah pada Sharakatulmaut dan seksaan seterusnya itu tampa henti diAlam Barzah dan Akhirat nanti. Sehingga disuatu ketika Allah "matikan" ia beberapa ketika dan "memperlihatkan" kepadanya semua amal perbuatannya dari ia dilahirkan hingga kehari itu (seperti wayang gambar) kemudian didatangkan Malaikat Maut Izraail dengan wajah mengerunkan dengan segala persoalannya yang sudah tentu tidak dapat dijawabnya. Begitulah Allah datangkan pengajaran kepada mereka yang dikehandakiNya supaya mereka sedar dan insaf akan perbuatan mereka kemudian berubah menjadi mukmin yang taat.

Amirul mukminin Umar ibnu al Khathab selalu membaca bait syair ini,

"Tidak ada suatu pun yang kamu lihat germerlapan itu kekal abadi, kerana yang abadi itu hanya Allah. Harta dan anak-anak mu juga akan lenyap. Hurmuz (Qarun) pada suatu hari juga tidak perlukan lagi harta kekayaannya. Kaum 'Aaad juga pernah ingin kekal abadi... tetapi gagal. Begitu juga Sulaiman as, pengandali angin, manusia, jin dan semua binatang, Raja terkaya dunia... mana dia raja yang dahulu pernah menjadi manusia paling berjaya dimuka bumi ini ???... diakhirat kelak semua akan tunduk dan tidak mampu berbohong...."

Daripada keterangan diatas, maka ketahuilah oleh mu bahawa mengingati kematian itu adalah perbuatan Sunnah yang akan menimbulkan perasaan cemas dan takut untuk meninggalkan kehidupan dunia yang fana ke Alam Akhirat yang kekal abadi. Jika sesorang yang sedang berhadapan penderitaan hidup yang keras, dengan mengingat akan kematian maka dia akan tenang kerana kematian itu jauh lebih keras penderitaannya. Manakala mukmin yang sedang menikmati dunia akan menjadikan ia tidak lupa diri dengan mengingat kematian. Perhatikan bait syair ahli abadi ini,

"Ingatlah kematian yang akan melenyapkan seluruh kenikmatan, bersiap sedialah menghadapi kematian yang pasti akan hadir kepada mu".

"Ingatlah kematian... nascaya kamu akan mendapat nikmat mengingat kematian. Ingat akan kematian akan dapat mematahkan angan-angan kosong".

Semua telah bersetuju bahawa kematian itu tidak mengenal umur, masa atau penyakit tertentu. Ini bermaksud supaya manusia semua bersedia untuk menghadapi kematian. Dahulu ada seorang abadi yang alim dikota Madinah yang saban hari akan menaiki bangunan tinggi disana dan berseru (berteriak) "... Ayoh berangkat.... Ayoh berangkat" pada suatu ketika tiada lagi kedengaran suara seruannya itu maka ditanya oleh Wali Kota Madinah mana perginya seruan itu, setelah diberitahu akan kematiannya beliau pun berkata " Dia yang setiap malam berseru supaya mengingat kematian dimana semua unta-unta juga turut gementar dipintu rumahnya... sekarang telah meninggal dunia !...tiada lagi ketakutan kepada yang tiada ingat akan kematian ". Seorang Waliallah bernama Yazid ar Raqasyi pernah dilihat selalu berkata-kata kepada dirinya serta memukul-mukul badannya "Yazid...Yazid.. celakalah kamu, setelah kamu mati nanti siapa yang mahu solat atas namamu (bagipihak kamu) ?... siapa yang sudi berpuasa atas namamu ?... dan siapa pula yang bersedia meminta keridhaan Allah untuk mu ?".... " Wahai manusia, kenapa tidak kamu menangis meratapi sisa hidup kamu yang tinggal beberapa waktu cuma ??? Kamu akan dijemput Maut dan menantimu kuburan yang beralaskan tanah dan bertemankan cacing -cacing..." Gementar tubuhnya dek cengkaman rasa takut teramat sangat, pucat lesi wajahnya lalu Yazid pun meraung menangis hingga jatuh pengsan.

Khalifah Omar bin Abdul Aziz pernah mengumpulkan para Ulama-ulama dan mereka bercerita tentang mengingati kematian, kiamat dan akhirat. Disaat tertentu mereka akan meraung menangis seolah-olah kematian orang yang mereka cintai. Berkata at Taimi (seorang cendiakawan Islam) "Ada dua hal yang pasti akan melenyapkan kenikmatan dunia dariku, iaitu ingat kematian dan ingat ketika berada dihadapan Allah swt ". Kata Abu Na'im "Jika Sufian at Tsauri mengingat kematian, berhari-hari ia akan kelihatan sangat sedih, wajahnya murung. Setiap kali ia ditanya tentang sesuatu pekara, ia hanya akan menjawab "tidak tahu... tidak tahu " (menjadikan dirinya kebas, alpa dan kosong ). Berkata Asbatah..." suatu hari Nabi mendengar beberapa orang sahabatnya sedang memuji-muji kehebatan seseorang. Nabi lalu bertanya kepada mereka "Adakah ia selalu mengingati kematian ? ", mereka menjawab " Tidak "... Maka Nabi bersabda " Maka ia tidak sehebat yang kalian katakan !".

Berkata pula Ad Daqqaq (ahli fikir dan flasafah Islam) " Barang siapa selalu ingat kematian, ia akan dimuliakan dalam 3 pekara. Iaitu cepat bertaubat, hatinya menjadi Qana'ah (redha akan pemderian Allah) dan bersemangat untuk beribadat... barang siapa yang lupa akan kematian, ia akan diberi seksa dalam 3 pekara, iaitu lambat bertaubat, tidak puas dengan pemberian Allah dan malas beribadah". Oleh itu hendaklah kamu semua memikirkan soal kematian dirimu sendiri, jangan kamu fikir kematian itu hanya akan datang kepada orang lain. Apabila ia telah amat hampir kepada mu baharulah kamu rasa tertipu dengan nikmat dan keindahan dunia yang fana ini. Segala-galanya akan diperlihatkan kepada mu dengan jelas sekali. Kematian pasti akan hadir jua pada mu walau sejauh mana kamu ingin lari darinya. Ia adalah hakim yang adil, ia adalah tangisan, ia juga perpisahan dan pelenyap kepada semua kenikmatan dunia. Kematian adalah pemutus segala harapan dan angan-angan. Pernakkah kamu memikirkan akan kematian dirimu sendiri ??? Ia adalah saat perpisahan dari tempat kamu didunia yang luas kepada liang lahad yang sangat sempit, saat tiada lagi kawan-kawan yg selalu berhibur bersamamu, mereka menghianati mu tampa dapat kamu berbuat apa-apa, saat perpisahaan dari saudara mara, sahabat taulan, malah keluarga kamu yang tercinta. Saat kamu mengantikan pakaian mewah mu dengan kafan, pakaian tanah yang kotor.

Wahai orang yang selalu mengumpulkan kekayaan dan berlawan untuk mendirikan bangunan pencakar langit. Disaat itu kamu sudah tidak punya daya upaya dan harta kekayaan mu itu tidak dapat menolong mu. Kamu hanya berteman kain kafan yang bakal akan rosak sedikit masa nanti. Tubuh mu yang kamu belai saban hari akan hancur dimakan bumi. Dimanakah harta yang kamu kumpulkan itu ??? Ia menjadi pertelagahan, pergaduhan semua waris mu yang tidak tahu berterima kasih kepada mu. Malahan memaki hamun kepada mu sepanjang hari. Lalu kamu ajukan semua dosa-dosa mu kehadrat Allah swt yang sudah tentu tidak akan menerima akan semua alasan-alasan kamu. Sesuai dengan firmanNya didalam surah al Qashash ayat 77 yang mafhumnya " Carilah pada apa yang telah dianugrahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat...". Amat bijak jika seseorang itu memahamkan ayat ini dengan berkata "Carilah olehmu syurga di negeri Akhirat pada apa yang telah Allah kurniakan kepadamu semasa di dunia". Ia bermaksud sesorang manusia harus mengurus pekara dunia untuk akhiratnya bukan sebaleknya. Janganlah kamu lupa bahawa kamu akan meninggalkan keseluruhan hartamu dan akan hanya dibaluti dua lapis kain kafan sahaja. Seorang penyair Islam bermadah...

"Bagaian dari seluruh harta yang telah kamu kumpulkan sepanjang hidupmu, hanyalah dua lapis kain kafan yang membungkus tubuhmu dan sebutir ubat pengawet (kapur barus)."

"Adalah sifat Qa'anah (redha) yang biasa kamu carikan gantinya, disitu ada banyak kenikmatan, disitu ada yang dapat menyenangkan badan... lihat, orang yang paling kaya didunia sekalipun, adakah ia akan diusung kekuburan tampa kain kafan ???".

Yang dimaksudkan dengan sabda Nabi saw dengan sabdanya yang bermaksud "Orang yang bijak adalah orang yang selalu meneliti dirinya sendiri " Ia bermaksud orang yang bijak adalah orang yang suka musahabah dirinya, memandu hawa nafsunya dengan mudah untuk beribadah kepada Allah serta beramal untuk persediaan akhirat nanti. Kemudian ia akan pula meneliti dirinya dan mempergunakan masa dan waktu yang masih ada untuk ibadah dan amal-amal soleh. Itulah bekalan utama rohani bagi setiap manusia untuk menuju kealam akhirat yang kekal abadi. Manakala manusia yang tertipu ialah mereka yang lalai dan asyik dengan nikmat dunia serta berbuat dosa tampa meninggalkan satu amal kebijikan pun, tetapi berkata " aku telah berbaik sangka kepada Tuhanku". Sudah nyata sekali ia berbohong terhadap Allah kerana berbaik sangka itu bermaksud mengerjakan amal kebajikan kehadrat Allah semasa didunia. Maka dibawanya pula beberapa ayat sebagai nas akan perbuatannya itu yang terang-terang tidak memehak kepadanya, malahan ia dianggap penipu dan pembohong.


Berkata Sa'id bin Jubir "Yang dimaksudkan menipu Allah itu ialah jika seseorang yang melakukan maksiat dan dosa-dosa besar tetapi berkeras kepala mengharapkan keampunan Allah". Manakala didalam peristiwa yang lain pula, Baqiyah ibnu Walid mengatakan, "Abu Umairah ash Shuri berkiram surat dengan temannya yang isinya menyebutkan, "Amma ba'du, Selama ini kamu hanya memikirkan dunia, masih saja mengharapkan Allah dengan perbuatanmu yang buruk itu. Ia samalah dengan perbuatan mengetuk besi yang sejuk , sekian wassalam ". Maka diharap kalian semua dapat pengajaran dari riwayat dan sirah ini


Ingat Mati Menenangkan Jiwa...





Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah. Dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala. Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

Menurut al Imamul Ghazali rahimahullah, manusia terbahagi kepada dua golongan di dalam berhadapan dengan mati: Pertama: Golongan yang tenggelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan. Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. Kalau boleh mereka tidak mahu lansung ingatkan mati. Kalau ingatpun mereka akan berusaha mengeluarkan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan boleh hidup lama. Atau terlalu bimbang memikirkan bagaimana hartanya akan digunakan oleh anak-anknya nanti.

Golongan ini merasa tidak penting ke Masjid kecuali hari Jumaat atau hari raya sahaja. Waktu lain dihabiskan dengan hiburan. Kerja dunia dilaksanakan bersungguh-sungguh dan bermatia-matian, tetapi amal ibadah dibuat ala kadar sahaja. Soal menutup aurat dianggap terlalu enteng dan remeh. Amat bencikan alim ulama, para hafiz al-quran dan pendakwah. Golongan ini memang susah untuk dilihat di masjid-masjid dan majlis-majlis ilmu, tetapi begitu senang melihat mereka di pesta-pesta hiburan dan konsert-konsert nyanyian yang melalaikan.

Kedua: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah bersangkutan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat tentang ibadah dan ilmu pengetahuan. Hasilnya mereka memahami Islam yang sebenar yang menyuruh umatnya bekerja untuk dunia dan akhirat, manakala ingat mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan mereka supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Imam Ghazali juga telah mengajar kepada kita bagaimanakah cara mengingati mati, antaranya:

1) Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita, oleh itu bila pula Malaikatul maut akan menjemput kita.

2) Ingat bagaimana cara mereka meninggal. Ada yang disebabkan penyakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis atau lemah jantung. Cuba tanya diri kita, apakah kita betul-betul sihat dan tidak akan menghidapi penyakit seperti ini. Atau ada yang ditimpa kemalangan tiba-tiba. Apakah kita boleh terselamat dari kemalangan seumpama ini.

3) Bayangkan kehidupan mereka sebelum mati. Ada yang meninggal dalam keadaan baik kerana penghujung hayatnya ia menjadi ahli masjid dan dekat dengan Allah Taala. Ada yang kita dapat lihat jenazah dengan wajah yang tenang bertemu dengan Allah Taala. Ada juga sahabat yang meninggal tetapi hayatnya penuh dengan maksiat, minum arak, disko, tinggal solat dan sebagainya. Lihatlah wajahnya yang penuh dengan tanda azab dan kengerian.

4) Ziarahi orang sakit dan nazak. Lihat bagaimana azabnya sakaratul maut dan betapa seksanya berhadapan dengan saat kematian.

Diriwayatkan bahawa seorang alim iaitu Ibnu Mutie, apabila tercetus di dalam hatinya tentang rasa kagum melihat rumah besar dan harta benda, terus sahaja ia menangis dan berkata: “Kalau tiada kematian, aku akan mencintai mu dan gembira sekali dengan rumah besarku. Andai kita tidak memasuki lubang kubur yang sempit, tentu mata kita akan terpesona selalu dengan kemewahan duniawi”.

Berkata pula Kaab r.a: “ Barangsiapa mengerti tentang dahsyatnya kematian, maka ringan baginya semua musibah dan kesulitan hidup di dunia yang fana ini”. Imam Syaddad rahimahullah pernah berkata: “Kematian adalah sesuatu yang paling menakutkan bagi mukmin di dunia, maut lebih sakit dari digunting, digergaji dan dicampak di dalam kawah menggelegak. Andaikata mereka yang telah meninggal dunia dibangkitkan dan menceritakan kepada orang yang hidup, nescaya tiada orang yang mengambil berat tentang dunia dan tiada yang akan dapat tidur lena”.

Para pemimpin terdahulu adalah terdiri dari golongan yangs sangat kuat iman dan ketaqwaan mereka. Mereka amat bimbang akan kuasa yang diamanahkan boleh membawa petaka kepada mereka di dalam kubur sekiranya amanah kepimpinan diabaikan atau digunakan sebagai jalan memburu kekayaan. Mereka amat takut jika ada rakyatnya hidup papa kedana sedangkan mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemegahan duniawi.

Sebagai contoh, Khalifah Umar b Abdul Aziz boleh dikatakan saban minggu menjemput para ulamak berhimpun di istananya untuk memberikan tazkirah kepadanya tentang kematian. Setiap ulama diberikan kebebasan menegur dan menyentuh tentang keperitan mati dan azab di alam barzakh. Biasanya majlis itu akan diakhiri dengan tangisan khalifah kerana beliau bimbang dan takut akan azab yang menunggu sekiranya berlaku sebarang kezaliman di dalam pemerintahannya.

Hasilnya pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz telah berjaya menegakkan kembali kegemilangan pemerintahan Islam di zamannya meskipun hanya berkuasa selama dua setengah tahun. Setiap hari ada sahaja maksiat yang dihapuskan dan syariat yang ditegakkan. Natijahnya maksiat terus berkurangan manakala syariat Islam dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Imam Sufyan at Thauri rahimahullah pula apabila terdengar ada kematian atau terdengar cerita tentang kepedihan mati, sepanjang hari beliau tidak makan dan tidak berseronok.

Seorang ahli sufi pula telah mengungkapkan sajaknya dengan berkata: Lihatlah penguasa-penguasa dunia, Sibuk mengumpul kemewahan segalanya, Apakah dia boleh lepas dari lilitan benang dan lembaran kain kafan? Kematian pastinya akan menjenguk kita. Samada kita pemimpin atau rakyat. Kaya atau Miskin. Tua atau muda. Sihat atau sakit. Oleh itu segeralah bertaubat. Bagi yang sering melakukan maksiat seperti minum arak, meninggalkan solat, berzina , rasuah, berjudi dan sebagainya maka tinggalkanlah segera sebelum terlambat. Agar tidak menyesal apabila dimasukkan ke dalam liang lahad kelak.


5 Sebab Utama Kenapa Perlu Ingat Mati AlMiyaz  December 29, 2016  Agama, Motivasi, Muhasabah diri  No Comments
Facebook0
Twitter0
Google+0
1. Lebih Menghargai Hidup

“Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih disukai oleh ahli kubur ini dari dunia dan seisinya”  (Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd)

2. Merancang Untuk Berubah

“Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke kubur ialah hartanya, keluarganya dan amalannya. Harta dan keluarga akan meninggalkannya. Yang mengikutinya ke alam barzakh hanyalah amalan.” (Riwayat al-Bukhari)

3. Tidak Membuat Maksiat

Di galakkan supaya memperbanyakkan mengingati mati, sebab itu dapat memotivasikan diri untuk melakukan ketaatan dan menghalang daripada melalukan kemaksiatan.

4. Takut Buka Aib Orang

Raja bin Haiwah berkata, ” Apabila seseorang mengingati mati, ia akan meninggalkan hasad dengki”.

5. Melakukan Segalanya Bersungguh-Sungguh

Nabi SAW bersabda “Orang cerdas adalah mereka yang banyak ingat mati dan sebaik-baiknya mempersiapkan diri untuk mati”


ORANG BIJAK INGAT MATI

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah Allah s.w.t. masih memanjangkan usia kita supaya kita boleh terus mengejar redha Allah s.w.t.


Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?


“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)




Menjawab persoalan seorang adik mengenai orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati adakah mengingati mati yang dimaksudkan sehingga mengabaikan setiap perkara di dunia.. ilmu ana terlalu sikit untuk menjawab persoalan ini dan jawapan ini hanya jawapan seorang muslimah yang masih baru dalam mendalami agama oleh itu ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh.


Bagi ana, sentiasa mengingati mati bukanlah mengabaikan setiap perkara di dunia tetapi sentiasa mengingati mati ialah menghindarkan diri dari tertipu dengan kenikmatan dunia yang serba sementara.


"Genggamlah dunia jangan biarkan dunia menggenggam diri mu. Kawallah nafsu mu dan jangan biarkan nafsu mengawalmu."


Sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapi mati bermaksud sentiasa membuat persiapan untuk ke alam kubur dan alam akhirat. Di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan di dunia, bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk memakmurkan bumi Allah s.w.t?


“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)


Dan perlu di ingat memakmurkan bumi Allah s.w.t. bukanlah bermaksud hidup di dunia dengan bersenang-lenang semata-mata. Memakmurkan bumi Allah s.w.t. bermaksud berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan suruhan Allah s.w.t dan RasulNya. Matlamat hidup manusia di dunia yang sebenar adalah mencari dan untuk mendapatkan redha Allah s.w.t. bukan untuk mencari kesenangan dunia yang semetara. Mencari redha Allah s.w.t dengan mengamalkan ajaran agama dan menyebarkannya.


Jika kita mengabaikan setiap perkara di dunia macam mana kita akan berjaya mempelajari,mengamalkan seterusnya menyebarkan ajaran Islam senhingga kemenangan Islam tercapai?


Jika kita mengabaikan dunia memang perlu kerana 'Mengabaikan dunia' dengan 'mengabaikan setiap perkara di dunia' berbeza maksud. Mengabaikan dunia bermaksud mengabaikan keseronokan dunia dan sentiasa berusaha mengejar kesenangan akhirat.


Setakat ini sahaja ya adik ku... Takut terlebih panjang dan membawa kesesatan.Nauzubillah.. ORANG YANG BERCAKAP BUKAN ATAS DASAR ILMU AKAN MEMBAWA KESESATAN.


Wallahualam


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Ingat Mati

 Saya sangat suka hari Jumaat malam Sabtu sebab esok cuti.  Yahoo...tapi kan teringat pulak pada satu pesanan daripada Abdullah bin Umar, “apabila kamu memasuki pagi, janganlah kamu fikirkan tentang petangnya dan apabila kamu memasuki petang, janganlah kamu fikirkan tentang esok paginya.  Ambillah sesuatu dari hidupmu sebelum matimu dan dari sihatmu sebelum sakitmu kerana kamu tidak mengetahui apa namamu esok pagi”.  Nasihat yang baik untuk saya yang sibuk fikir pasal esok, apa nak buat, apa nak masak, apa nak beli dan entah apa-apa lagi.  Sedangkan saya pun tak tahu apakah esok saya masih hidup dan kalau masih hidup, apakah saya masih dikurniakan nikmat sihat.  Kena ikut pesan tadi, ni ala-ala optimization principle la jugak, buatlah yang terbaik sementara boleh.  Jangan tangguh-tangguh ke pagi esok atau petang nanti sebab tak tahu lagi apa cerita esok pagi atau petang nanti….

Kebetulan pembacaan saya melewati tajuk Ingat Mati.  Macam sambungan cantik aja daripada peringatan yang saya peroleh dari status FB Prof Dr Muhaya.

Rasulullah S.A.W. sendiri berpesan supaya umatnya sentiasa ingat mati, iaitu hal yang dapat menghancurkan segala macam kelazatan. Sabda Rasulullah S.A.W., “Perbanyakkanlah mengingati mati kerana ia dapat membersihkan dosa dan mendorong sikap zuhud terhadap dunia.” Dan “cukuplah kematian sebagai nasihat.”  Sebab kalau kita sentiasa sedar yang kita akan mati, akan masuk liang lahad, dan saat tu pulak akan tiba tanpa ada apa-apa notis sebulan sebelum atau sehari sebelum, dah tentu tak siapa pun berani nak buat ingat-ingat lupa pada suruhan dan tegahan Ilahi Rabbi.

Rasulullah S.A.W. juga pernah menerangkan kepentingan mengingati mati sekiranya mendambakan syurga Allah.  Kata Baginda kepada para sahabat, jika inginkan syurga, maka sederhanakanlah angan-angan dan malulah kepada Allah dengan sepenuh rasa malu.  Dan malu kepada Allah adalah mengingati kuburan dan kematian; menjaga perut beserta isinya dan kepala beserta yang difikirkannya.

Selain dari itu, mengingat mati boleh menjadi terapi hati yang berkesan.  Menurut Safiyah R.A., pernah seorang wanita mengadu dengan Aisyah tentang kekerasan hatinya.  Aisyah menasihatkan wanita tersebut untuk memperbanyakkan mengingati kematian untuk melembutkan hatinya.  Tidak lama kemudian wanita tadi menemui Aisyah semula, menyatakan terima kasihnya atas nasihat Aisyah kerana setelah dia memperbanyakkan mengingati mati, hatinya menjadi lembut.  Hmm…saya pun termasuk golongan yang keras hati.  Memang kena sangat kisah ni untuk saya teladani.  Eloklah juga saya mulakan terapi hati ni…banyakkan mengingat mati untuk lembutkan hati.  Semoga Allah kurniakan saya hidayah dan keinsafan yang berterusan terhadap kematian yang pasti akan datang dan semoga Allah kurniakan saya kekuatan dan ketekunan untuk melakukan persediaan menghadapi kematian.

Dalam satu hadis yang lain, Baginda Rasul, (selawat dan salam ke atas Baginda dan keluarga Baginda) menyatakan orang yang paling bijaksana dan mulia di antara manusia adalah yang paling banyak mengingat mati dan paling tekun pula mengadakan persiapan menghadapinya.  Kata Baginda, mereka adalah bijaksana sebab mereka pergi dengan membawa keagungan dunia dan kemuliaan akhirat.  Yang bijak bukan yang dapat berpuluh-puluh A dalam SPM.  Yang bijak bukan yang ada ijazah atas kertas yang berderet-deret.  Kita hari ni tersalah letak pengiktirafan, tersilaplah jugak pilih ikon atau idola untuk dijadikan asas ikutan dan teladan.  Kesannya, kita mencorakkan perlakuan dan matlamat hidup berdasarkan paksi yang hanya berteraskan kejayaan duniawi.  Kerapkali kita abaikan objektif akhirat.  Justifikasi yang kita pegang untuk sedapkan hati, Allah suruh bekerja untuk dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.  Tapi kita selalu lupa ayat yang melengkapi suruhan tu, “bekerjalah untuk akhirat seolah-olah akan mati esok lusa”.

Besarnya ganjaran mereka yang sentiasa mengingat mati seperti mana kata Baginda Rasul, bila Aisyah bertanya, “Ya Rasulullah, apakah ada seseorang yang akan dikumpulkan bersama orang yang mati syahid?”  Sabda Baginda, “Ada, orang yang mengingat mati dua puluh kali sehari semalam”.

Teringat saya tak lama dulu, hubby kirimkan e-mel dengan tajuk “Rumah Kita Nanti”.  Wah, berkobar-kobar saya bukak e-mel tu.  Dalam hati, eh, hubby tengah tengok rumah baru ker?  Dalam masa dua tiga minit nak tunggu e-mel tu dibuka sebab banyak gambar, saya sempat berangan, kat kawasan mana agaknya? Macamanalah rumah tu?  Jeng jeng jeng….gambar-gambar pun keluar.  Ohhh…bermula dengan gambar orang mandikan jenazah, kafankan sampailah ke liang lahad.  Err….betullah nilah rumah kita nanti.  Memang saya ni masih asyik gagal dengan ujian-ujian macam ni.  Asyik terbayang dunia, dunia, dunia.  Betul, dunia tak boleh tinggal tapi hakikatnya akhirat kena lebihkan.  Ini memang dah terang lagi bersuluh, ingat dunia aja.  Akhirat main ambik syarat aja.  Aduh…banyaknya nak kena semak dan baiki.


“Ya Allah, berikanlah kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.  Jauhkanlah kami daripada azab api neraka.

ngat Kematian = Depresi ? Oh Ternyata Tidak…
64
Redaksi – Rabu, 26 Rabiul Awwal 1435 H / 29 Januari 2014 08:56 WIB


BERITA TERKAIT
Beltagy : “Kami Sedang Menghadapi Dendam Politik, Dan Bukan Kasus Pidana”
Abbas Kepada Zionis : “Kita Adalah Tetangga…Hamas Tidak Jadi Masalah…Biarkan Ia Menjadi Urusan kami”
Televisi Mesir Dilarang Menyiarkan Proses Persidangan Presiden Yang Sah Muhammad Mursi
Kelompok Budhis Menculik 18 Muslimah dan Pemerintah Myanmar Tidak Peduli
Dunia Islam Berduka akan Wafatnya Syeikh DR Abdul Karim Zaidan
Sering-sering berpikir tentang kematian tidak selalu berarti sedang depresi. Kecenderungan ini juga bisa menandakan bahwa seseorang punya peluang untuk berumur panjang, seperti yang terungkap dalam beberapa penelitian selama ini. Salah satu penelitian yang mengungkap hal itu pernah dipublikasikan dalam jurnal Personality and Social Psychology Review.
Menurut penelitian ini, seseorang cenderung lebih panjang umur dan terjaga kesehatannya jika sering merenung atau memikirkan kematian. Alasannya cukup sederhana, yakni saat merenungkan kematian maka secara tidak sadar otak akan semakin menghargai hidup. Akibatnya otak secara otomatis akan tergerak untuk menyusun rencana-rencana tertentu yang bertujuan untuk menghindari datangnya kematian.”Proses ini bisa memotivasi kita untuk lebih rajin olahraga, mengurangi makanan tidak sehat, menggunakan tabir surya saat berjemur, memakai sabuk pengaman saat berkendara dan menyetir dengan lebih hati-hati,” kata Prof Kenneth Vail dari University of Missoury yang melakukan penleitian itu seperti dikutip dari MensHealth.com, Kamis (3/5/2012).Tidak hanya membuat gaya hidup seseorang menjadi lebih sehat, sering-sering memikirkan tentang kematian juga membuat orang cenderung lebih banyak melakukan hal-hal positif. Bukan hanya bermanfaat bagi kesehatan mentalnya sendiri, perilaku ini juga menguntungkan orang lain.Hal ini terbukti pada orang-orang yang tinggal di dekat pemakaman. Makin dekat dengan pemakaman, makin sering pula orang-orang tersebut memikirkan kematian meski tanpa disengaja, misalnya saat tiba-tiba memandangi deretan nisan di samping rumahnya.
Sebuah penelitian yang dipublikasikan dalam Personality and Social Psychology Bulletin tahun 2008 membuktikan teori tersebut. Orang-orang yang setiap hari berjalan kaki melewati pemakaman biasanya lebih murah hati serta suka menolong dibandingkan yang tinggal jauh dari pemakaman.

Adapun pandangan Islam soal kematian, berikut penjelasannya :

Kematian merupakan persinggahan pertama manusia di alam akhirat. Al Qurthubiy berkata dalam At Tadzkirah, “Kematian ialah terputusnya hubungan antara ruh dengan badan, berpisahnya kaitan antara keduanya, bergantinya kondisi, dan berpindah dari satu negeri ke negeri lainnya.” Yang dimaksud dengan kematian dalam pembahasan berikut ini adalah al maut al kubra, sedangkan al maut ash shughra sebagaimana dimaksud oleh para ulama, ialah tidur. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.” (QS. Az Zumar : 42)

Orang yang Cerdas

Orang yang cerdas adalah orang yang tahu persis tujuan hidupnya. Kemudian mempersiapkan diri sebaik-baiknya demi tujuan tersebut. Maka, jika akhir kesempatan bagi manusia untuk beramal adalah kematian, mengapa orang-orang yang cerdas tidak mempersiapkannya?

Ibnu Umar radhiyallaahu ‘anhuma berkata, “Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Anshar, kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?’ Rasulullah menjawab, ‘Yang paling baik akhlaqnya’. Kemudian ia bertanya lagi, ‘Siapakah orang mukmin yang paling cerdas?’. Beliau menjawab, ‘Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.’ (HR. Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy. Syaikh Al Albaniy dalam Shahih Ibnu Majah 2/419 berkata : hadits hasan)

Pemutus Segala Kelezatan

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Perbanyaklah mengingat pemutus segala kelezatan’, yaitu kematian. (HR. At Tirmidzi, Syaikh Al Albaniy dalam Shahih An Nasa’iy 2/393 berkata : “hadits hasan shahih”)

Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilaly hafizhahullah menjelaskan perihal hadits di atas, “Dianjurkan bagi setiap muslim, baik yang sehat maupun yang sedang sakit, untuk mengingat kematian dengan hati dan lisannya. Kemudian memperbanyak hal tersebut, karena dzikrul maut (mengingat mati) dapat menghalangi dari berbuat maksiat, dan mendorong untuk berbuat ketaatan. Hal ini dikarenakan kematian merupakan pemutus kelezatan. Mengingat kematian juga akan melapangkan hati di kala sempit, dan mempersempit hati di kala lapang. Oleh karena itu, dianjurkan untuk senantiasa dan terus menerus mengingat kematian.”

Dan Merekapun Ingin Kembali

Sebaliknya orang-orang yang semasa hidupnya sangat sedikit mengingat mati, dari kalangan orang-orang kafir dan mereka yang tidak menaati seruan para Rasul, akan meminta tangguh dan udzur ketika bertemu dengan Rabb mereka kelak di akhirat. Inilah penyesalan yang paling mendalam bagi manusia yang tidak mengingat kematian.

“Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang adzab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang dzalim: “Ya Rabb kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul. (Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?” (QS. Ibrahim : 44)

“Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Wahai Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan termasuk orang-orang yang shaleh? Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Munafiqun : 10-11)

“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: “ Wahai Rabb-ku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal shaleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja.” (QS. Al Mu’minun : 99-100)

Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa’diy berkata mengenai ayat dalam Surat Al Mu’minun, “Allah Ta’ala mengabarkan keadaan orang-orang yang berhadapan dengan kematian, dari kalangan mufrithin (orang-orang yang bersikap meremehkan perintah Allah -pent) dan orang-orang yang zhalim. Mereka menyesal dengan kondisinya ketika melihat harta mereka, buruknya amalan mereka, hingga mereka meminta untuk kembali ke dunia. Bukan untuk bersenang-senang dengan kelezatannya, atau memenuhi syahwat mereka. Akan tetapi mereka berkata, ‘Agar aku berbuat amal shaleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan.” Beliau kembali menjelaskan, “Apa yang mereka perbuat tidaklah bermanfaat sama sekali, melainkan hanya ada kerugian dan penyesalan. Pun perkataan mereka bukanlah perkataan yang jujur, jika seandainya mereka dikembalikan lagi ke dunia, niscaya mereka akan kembali melanggar perintah Allah.”

Pendekkan Angan-Anganmu!

Sikap panjang angan-angan akan membuat seseorang malas beramal, mengira hidup dan umur mereka panjang sehingga menunda-nunda dalam beramal shalih.

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, “Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam membuat segi empat, kemudian membuat garis panjang hingga keluar dari persegi tersebut, dan membuat garis-garis kecil dari samping menuju ke tengah. Kemudian beliau berkata, ‘Inilah manusia, dan garis yang mengelilingi ini adalah ajalnya, dan garis yang keluar ini adalah angan-angannya. Garis-garis kecil ini adalah musibah dalam hidupnya, jika ia lolos dari ini, ia akan ditimpa dengan ini, jika ia lolos dari ini, ia akan ditimpa dengan ini.” (HR. Bukhari, lihat Fathul Bari I/236-235)

Dari Anas beliau berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Setiap anak Adam akan menjadi tua dan hanya tersisa darinya dua hal: ambisi dan angan-angannya”

Oleh karena itu, di antara bentuk dzikrul maut adalah memperpendek angan-angan, dan tidak menunda-nunda dalam beramal shalih.

Dari Ibnu Umar radliyallaahu ‘anhuma ia berkata : Rasulullah shallallaahu ’alaihi wa sallam pernah memegang pundak kedua pundakku seraya bersabda : “Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara “. Ibnu Umar berkata : “Jika kamu berada di sore hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu sore hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu”. (HR. Al-Bukhari, lihat Al Fath I/233)

Faktor-Faktor yang Dapat Mengingatkan Kematian

[1] Ziarah kubur, Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Berziarah kuburlah kalian sesungguhnya itu akan mengingatkan kalian pada akhirat” (HR. Ahmad dan Abu Daud dan dishahihkan oleh Al Albani)
[2] mengunjungi mayit ketika dimandikan dan melihat proses pemandiannya
[3] menyaksikan proses sakaratul maut dan membantu mentalqin
[4] mengantar jenazah, menyolatkan, dan ikut menguburkannya
[5] membaca Al Qur’an, terutama ayat-ayat yang mengingatkan kepada kematian dan sakaratul maut. Seperti firman Allah Ta’ala yang artinya, “Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya” (QS. Qaaf : 19)
[6] merenungkan uban dan penyakit yang diderita, karena keduanya merupakan utusan malaikat maut kepada seorang hamba
[7] merenungkan ayat-ayat kauniyah yang telah disebutkan Allah Ta’ala sebagai pengingat bagi hamba-hambaNya kepada kematian. Seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tanah longsor, badai, dan sebagainya
[8] menelaah kisah-kisah orang maupun kaum terdahulu ketika menghadapi kematian, dan kaum yang didatangkan bala’ atas mereka

Faidah Mengingat Kematian

Di antara faidah mengingat kematian adalah :
[1] memotivasi untuk mempersiapkan diri sebelum terjadinya kematian;
[2] memendekkan angan-angan, karena panjang angan-angan merupakan sebab utama kelalaian;
[3] menjadikan sikap zuhud terhadap dunia, dan ridha dengan bagian dunia yang telah diraih walaupun sedikit;
[4] sebagai motivasi berbuat ketaatan;
[5] sebagai penghibur seorang hamba tatkala memperoleh musibah dunia;
[6] mencegah dari berlebih-lebihan dan melampaui batas dalam menikmati kelezatan dunia;
[7] memotivasi untuk segera bertaubat dan memperbaiki kesalahan yang telah diperbuat;
[8] melembutkan hati dan mengalirkan air mata, mendorong semangat untuk beragama, dan mengekang hawa nafsu;
[9] menjadikan diri tawadhu’ dan menjauhkan dari sikap sombong dan zhalim dan;
[10] memotivasi untuk saling memaafkan dan menerima udzur saudaranya.

Wallahu a’lam bish-showab, semoga bermanfaat.


Kekadang  kita alpa bahawa satu hari kita akan mati.. payah sekali untuk kita masukkan dalam jiwa bahawa ‘satu hari’ itu kita tidak tahu masanya,  kita tidak  boleh tentukan  waktunya… kita tak dapat  nak jangkakan saatnya…

yang pasti , bagi kita ‘satu hari’ itu,         jauhhhhh    lagi…..

kita pasti  sekali ,   akan hidup lagi untuk 10, 20 malah 50 tahun akan datang..

sukar untuk kita rasakan yang mungkin sesaat lagi kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini,, rasa tak mungkin yang kita akan mati dalam sejam atau dua jam lagi, rasa impossible yang kita akan menemui ajal kita dalam sehari dua lagi, atau dalam sebulan dua lagi, rasa tak mampu nak percaya mungkin umur kita hanya tinggal setahun dua  lagi..

pada kita, kita akan hidup sampai tua, sihat sepanjang masa dan bagai..

otak kita yang terlalu duniawi ini bagaikan tidak dapat membuka hijab kezulmatan diri dan terusan hidup dalam tipu daya dunia yang penuh fatamorgana ini..

lalu, bila terlalu sukar untuk kita ingat yang kita akan mati pada bila-bila masa , yang masanya kita tidak tahu, maka, kita terus menerus berbuat maksiat, maksiat hati, maksiat lidah. maksiat mata, maksiat telinga, maksiat kaki dan maksiat tangan,  , maksiat yang bagai….

hati kita terus menerus menyimpan dendam pada suami, pada keluarga, pada orang sekeliling, pada sanak saudara, rakan taulan , .. memandang hina pada orang, merasa yang kita sepatutnya mesti dapat lebih, mesti lebih dikasihi suami dari orang lain, mesti dilayan lebih dan bagai…

lidah kita tak sudah-sudah menyakitkan hati suami, anak-anak, … mengumpat, mengeji, menghina dan bercakap yang hanya menambah dosa., bertanya soalan yang tak sepatutnya kita tanya, memberi komen kosong yang hanya memenuhkan buku maksiat kita,.. menyindir dan bagai..

kita langsung tidak teragak-agak melakukan semua itu kerana kita tidak ingat mati..

adakah orang yang ingat mati, akan ketawa berdekah-dekah?

adakah orang yang ingat mati akan merasa seronok atas malapetaka yang menimpa orang lain?

adakah orang yang ingat  mati akan mengeluarkan komen yang menyakitkan hati suami sendiri?

adakah orang yang ingat mati akan simpan dalam hati perasaan dendam jika suami berkahwin lagi?

adakah orang yang ingat mati akan rasa sakit hati lihat suami bahagia dengan isterinya yang lain?

adakah orang yang ingat mati mahu membuatkan orang lain menderita supaya dia terus bahagia  walaupun bahagia itu sebenarnya hanya pada sangkaannya sahaja. kalau dia begini , dia mesti bahagia, kalau dia tidak begitu, dia mesti bahagia??

tidak..

itu semua adalah ingatan , sangkaan, harapan , tingkah laku, perbuatan orang yang rasa dia akan terus hidup menongkat langit.. yang dia akan terus kekal sampai tua,.. dia pasti dia akan mati, tapi bagi dia mati itu amat jauh lagi.. bukan sekarang, bukan dua jam lagi,..bukan dua minggu lagi.. bukan tahun depan.. bukan..  mati itu jauh lagi.. jauh amat..

kerana andai dia sedar , bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan, andai dia insaf bahawa mati itu boleh berlaku bila-bila masa, hatta ketika dia sedang berbual dengan orang lain,, malah boleh berlaku tatkala dia sedang bertikam lidah dengan suami, sedang menyakitkan hati suami,.. maka dia tidak akan berbuat maksiat,.. tidak akan derhaka pada suami, tidak akan mengabaikan amanah sebagai isteri dan ibu..

dia akan mampu tersenyum walau suaminya berpoligami.. dia akan tetap bahagia walau suaminya ketika itu tidak menggilirkannya,.. dia akan tetap tidak rasa derita walau orang menghina, mengeji.. tidak akan goyah pendiriannya walau apa cobaan yang mendatang…

kerana dia tahu, mati itu bila-bila masa..


KENAPA PERLU INGAT MATI ???.

SETIAP MUKMIN sepatutnya ingatkan mati pada setiap hari, ini karena mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa MALAIKAT MAUT akan menjenguk manusia itu sebanyak 5 kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu… Oleh karena rahmat Allah SWT., maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu…. Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya ialah:

* Dengan mengingati kematian, hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah SWT dengan penuh keredhaan dan keikhlasan…

* Dengan mengingati kematian, membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini, karena mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti…

* Dengan mengingati kematian, manusia akan meninggalkan segala maksiat, karena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia, ini akan mendapat pembalasan dari Allah SWT di akhirat nanti….

* Dengan mengingati kematian, akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan…. Ini karena kita tidak mengetahui bilakah waktunya, dan di tempat manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut…

* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal, sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi…. tapi bukan dengan cara yang haram, seperti mengamalkan riba, korupsi, mencuri, merampok, menipu dan lain lain ….

* Dengan mengingati kematian juga, menyebabkan manusia akan RAJIN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH di dalam menjalankan tugas hariannya…. Ini karena mereka yakin bahwa setiap pekerjaan yang baik dan bersungguh-sungguh adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala…..

APABILA ROH kita dicabut, tiada guna segala harta dunia , mobil mewah , rumah besar , isteri yang cantik, suami yang ganteng, pangkat yang tinggi, harta bertimbun-timbun tidak lagi memberi manfaat, kecuali AMALAN YANG SOLEH saja, yang akan BERSAMA-SAMA kita di dalam kubur yang sempit, sunyi dan gelap… TIDAK ADA TEMAN 2 KARIB, TINGGALLAH ISTERI YANG CANTIK, SUAMI YANG GANTENG, TINGGALLAH ANAK-ANAK,TINGGALLAH FB…. SIAPAKAH YANG AKAN MENEMANI KITA….??? sama-sama kita fikirkan………!!!!
Wassalam


INGAT MATI (ZIKRUL MAUT) 33 KALI SEHARI
June 27, 2013 · by mohamadtoha54 · in Uncategorized. ·
Oleh: Syeikh Muhammad Efendi Sa’ad

Pertama, 2 kali “Ingat Mati” Menjelang dan Setelah Tidur

Doa menjelang tidur,

“BISMIKALLAHUMMA AHYA WABISMIKA AMUUTU”

(Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati)

Doa ini kalau kita hayati dengan baik, maka ini merupakan sebuah dzikrul maut atau ingat mati. Jika menjelang tidur baca doa ini, tapi tidak disertai dengan ingat mati, maka efek do’a ini kurang bisa memperbaiki hidup kita.

Mulailah malam ini “ingat mati” saat membaca doa itu.

Lalu setelah bangun tidur, kita membaca doa,

“ALHANDULILLAHILLADZII AHYAANA BA’DAMA AMATANA WAILAYHIN-NUSYUUR “ (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku setelah mematikan aku dan kepadaNya kami kembali)

Doa ini juga merupakan dzikrul maut, atau ingat mati. Sudahkah kita sadari makna ritual tidur kita dengan “ingat mati”? Kalau belum, saatnya dimulai…

Kedua, 4 kali “Ingat Mati” Saat Berkendara

Doa naik kendaraan,

“SUB_HAANAL LADZII SAKH-KHORO LANAA HAADZAA WAMAA KUNNAA LAHUU MUQRINIIN WA INNAA ILAAA ROBBINAA LAMUNQOLIBUUN”.
(Maha Suci Tuhan yang menundukkan kendaraan ini bagi kami, padahal kami tidak kuasa mengendalikannya, dan kepada Allah kami akan kembali).

Doa harian ini juga lagi-lagi mengandung muatan dzikrul maut, atau ingat mati!

Berapa kali sehari naik kendaraan? Sejumlah itulah harus ingat mati”.
Kita naik kendaraan rutin saat berangkat kerja, pulang kerja dan untuk keperluan lainnya. Diambil rata-rata 4 kali dalam sehari.

Ketiga, 27 kali “Ingat Mati” Saat Shalat

Ingat mati waktu shalat, adalah perintah Allah dalam Al Baqarah 45 :

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu. Yaitu orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.”

Ada 3 bacaan shalat yang mengantar kita pada dzikrul maut:

Ingat mati saat membaca doa iftitah
“INNA SHOLAATI WANUSIKII WAMAHYAAYA WAMA MAATI LILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN” (Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya bagi Allah tuhan semesta alam).

Ingat mati saat membaca Al Fatihah
“MAALIKI YAUMIDDIIN” (Yang menguasai hari pembalasan).

Ingat mati saat membaca doa sebelum salam
“ALLAHUMMA INNII A’UUDZUBIKA MIN ADZAABI JAHANNAM WAMIN ADZAABIL QABRII WAMIN FITNATIL MAHYA WAL MAMAATI WAMIN SYARRI FITNATIL MASYIIHIDZ-DZAL” (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah kejahatan Dajjal).

Dalam shalat Isya ada 6 kali dzikrul maut, dalam shalat Subuh 4 kali, shalat Dhuhur 6 kali, shalat Ashar 6 kali dan dalam shalat Maghrib 5 kali. Totalnya ada 27 kali dzikrul maut (ingat mati) saat kita menjalankan shalat fardhu.

Jadi, ingat mati dalam sehari semalam adalah 33 kali! Apakah sudah kita sadari ini?


4 SEBAB MENGAPA MATI MENJADI BOOSTER AMALAN KITA
By QuranicGen  01/03/2016 0 1444 views
446
SHARES
FacebookTwitter
ingat mati
kredit
Dunia merupakan tempat persinggahan yang penuh dengan ujian dan godaan yang melalaikan jiwa.

Dunia juga nampak indah dengan perhiasannya yang mengaburi mata hati kita kecuali bagi mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah.

Dunia ini merupakan tempat untuk kita bercucuk tanam supaya hasilnya kita dapat nikmati di akhirat kelak. Usaha bercucuk tanam ini memang sangat penat dan melelahkan maka kita perlukan sangat kepada bekal untuk terus bersemangat.

Bilamana kelelahan itu mula menghinggapi jiwa kita terkadang kita mula rasa untuk berputus asa dan berhenti untuk bercucuk tanam. Sedangkan kita tidak sedar bahawa tidak semua tanaman kita itu akan berhasil dan kita juga kadang tidak sedar bahawa masa sangat mencemburui kita di dunia ini.

Semuanya ini terkait dengan iman dalam diri kita. Bila mana iman kita sedang bersemangat maka kita sanggup untuk berkerja bercucuk tanam sehingga ke lewat malam.

Tetapi bilamana saat iman kita jatuh merudum niat nak bercucuk tanam pun tak terlintas di hati.

Kita sebagai manusia sangat memerlukan kepada satu motivasi. Ya motivasi yang bisa menolakkan kita untuk terus beramal sehingga matahari terbit disebelah barat sana.

Motivasi yang kita perlukan untuk kita tetap bersemangat adalah dengan kita mengingati MATI!

Orang yang masih diberikan peluang untuk menghirup udara masih berpeluang untuk menggandakan amal kebaikkan sehinggalah ajal datang menjemputnya.

Sedangkan orang yang sudah sampai ajalnya tiada lagi ruang untuk dia menambah saham akhiratnya maka bersyukurlah dan jadikanlah dengan mengingati mati satu booster atau pendorong untuk kita sentiasa beramal dan beramal sehingga ke akhir hayat walau lelah itu sentiasa mengikuti di sepanjang perjalanan.

Kenapa Kita Perlu Mengingati Mati?

#1 Memaksimakan Amal Soleh Bilamana Iman Kita Sedang Lemah

Sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“SECERDIK-CERDIK MANUSIA ADALAH YANG TERBANYAK INGATNYA KEPADA KEMATIAN SERTA YANG TERBANYAK PERSIAPANNYA UNTUK MENGHADAPI KEMATIAN ITU, MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BENAR-BENAR CERDIK DAN MEREKA PERGI KE ALAM BAQA’ DENGAN MEMBAWA KEMULIAAN DUNIA SERTA KEMULIAAN AKHIRAT.”

#2 Memanfaatkan Waktu Sebaiknya Untuk Kebaikan

Waktu yang digunakan adalah untuk hal-hal yang bermanfaat sahaja kerana kita perlu sedar bertapa berharganya setiap detik yang berlalu dalam kehidupan kita.

“DI ANTARA KEBAIKAN ISLAM SESEORANG ADALAH MENINGGALKAN HAL YANG TIDAK BERMANFAAT” (HR. TIRMIDZI NO. 2317, IBNU MAJAH NO. 3976. SYAIKH AL ALBANI MENGATAKAN BAHWA HADITS INI SHAHIH).

#3 Menjadikan Kematian Sebagai Penasihat Diri Sendiri

“CUKUPLAH KEMATIAN ITU SEBAGAI PENASIHAT.” (HR. THABRANI DAN BAIHAQI)

#4 Meleburkan Dosa

“PERBANYAKLAH MENGINGAT KEMATIAN, SEBAB YANG DEMIKIAN ITU AKAN MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENYEBABKAN KEZUHUDAN DI DUNIA.” (HR IBNU ABIDDUNYA)

Kita sudah maklum betapa pentingnya untuk kita mengingati mati jadi bagaimana caranya pula untuk kita sentiasa mengingati mati?

1- Sebelum tidur ambil masa 10-15 minit untuk kita muhasabah diri kita. Adakah kita rasa puas dengan amal harian kita pada hari itu? Adakah kita rasa berbaloi untuk berehat dengan amalan kita pada hari itu?

2- Rajin-rajinkanlah diri untuk menziarahi orang sakit.

3- Kalau ada mendengar khabar kematian pergilah untuk membantu urusan jenazah tersebut. Yang paling terbaik jika kita dapat mandikan dan iringi jenazah tersebut sehingga ke tanah perkuburan.

Sekian itu sahaja semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan semangat dan inspirasi untuk terus bercucuk tanam sehingga ke akhir hayat.

SIJIL KEMATIAN KITA
By mylittlepencil  06/03/2013 0 472 views
0
SHARES
FacebookTwitter
sijil kematian
ANDA SUDAH BERSEDIA ?
Bila disebut tentang mati, kita tidak dapat menggambarkan bagaimana situasinya yang sebenar. Apabila mula ruh ditarik perlahan-perlahan sampailah ruh itu meninggalkan jasadnya, ia adalah rahsia milik Allah.

Kadangkala, kita merasakan kematian itu dekat dengan kita. Kadangkala kita merasakan kematian itu masih lagi jauh. Pastinya, semua manusia tidak akan diberitahu bila waktu kematiannya. Apabila ajal tiba, tidak akan berkurang atau terlebihpun saat kematian tersebut.

Kematian adalah bukti kita sebagai seorang hamba. Kerana semua makhluk ciptaan-Nya akan mati. Mana mungkin makhluk ciptaan-Nya akan hidup dan kekal seperti-Nya kerana Maha Hidup dan Maha Kekal adalah milik-Nya semata !

Tidak dapat tidak, kematian ini harus kita jadikan sebagai satu persediaan.

Satu persediaan untuk pengembaraan yang seterusnya.

Apa yang mati hanyalah jasad kita.

Terhentinya hubungan kita dengan alam dunia ini.

Tamat sudahlah waktu untuk kita melangsaikan segala tanggungjawab kita di atas muka bumi ini.

Tiada lagi saki baki waktu untuk kita menyempurnakan tujuan kita diciptakan.

Saat itu, barulah kita menyedari betapa singkatnya waktu kita berada di dunia dahulu.

Kita merasakan perjalanan hidup kita panjang sedangkan sebenarnya perjalanan hidup kita ini terlampau singkat jika mahu dibandingkan tanggungjawab yang perlu kita tunaikan.

Andai manusia menyedari betapa singkatnya masa hidup di dunia ini, pasti semua manusia akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan mengejar keampunan dari-Nya.

Dia (Allah ) berfirman, “ Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi ? ”. Mereka menjawab,

“ Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.” Dia (Allah) berfirman, “ Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui.”(23 : 112-114)

Ruh kita masih lagi menanti-nanti keputusan dari-Nya.

Di saat ini, ruh kita pula berhubungan dengan dunia yang seterusnya.

Sungguh, inilah kanvas kehidupan yang sebenar.

Apabila seorang manusia itu menempuh satu demi satu alam yang wajib ditempuhinya, manusia itu akan melengkapkan fitrah penciptaannya iaitu, datang daripada-Nya dan kembali kepada-Nya.

Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? (23 : 115)

Kematian adalah titik tolak kepada pengembaraan yang sebenar.

Pengembaraan selepas alam kematian adalah peringkat awal penghisaban dari Allah S.W.T.

Kerana itu, akan terdapat perbezaan keadaan manusia di hari pengakhiran kelak.

Pengembaraan selepas alam kematian ini adalah pengembaraan yang cukup berbeza.

Pada waktu ini, setiap dari hamba Allah itu akan membawa tanggungjawabnya sendiri.

Di kala waktu yang amat dahsyat ini, manusia tidak akan sempat menoleh pun melihat manusia yang lain.

Pengembaraan selepas kematian ini menjangkaui imaginasi kita.

Segalanya terlampau dahsyat !

Hanya hamba-hamba-Nya yang beriman, mentadabbur penuh khusyuk akan merasai betapa hari akhir dan mampu membayangkannya.

Kerana itulah, percaya pada hari akhirat adalah salah satu daripada rukun iman.

Iman adalah landasan yang terbaik untuk kita membayangkan segala perkara ghaib.

Hanya dengan iman, seorang hamba itu mampu yakin terhadap perkara-perkara yang luar dari kotak pemikirannya.

Dengan iman, kita mampu merasai kedatangannya !

BAGAIMANA KITA MAHU MATI ?

Mati tersenyum bahagia ?

Mati dalam keadaan menyayat hati dan sia-sia ?

Mati yang diingati sampai dibina tugu khas yang tertera nama kita di atasnya ?

Mati bagaimana yang kita inginkan ?

Bagaimana yang terkandung di dalam persoalan di atas bukanlah satu cara untuk mati. Maksud saya yang sebenar dengan perkataan bagaimana adalah persediaan kita dalam menghadapi kematian diri sendiri pada satu hari nanti.

Mati yang kita impikan adalah mati yang meng’hidup’kan !

Mati yang kita impikan adalah mati yang membawa hati yang cukup suci dan bersih.

Mati yang kita impikan adalah mati yang tinggi darjatnya.

Mati yang kita impikan adalah kematian yang menguntungkan !

Lalu, bagaimana mahu mencari keuntungan dengan kematian ?

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah ? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, demikian itulah kemenangan yang agung. (9:111)

Menyambut kematian bukanlah seperti menyambut tetamu-tetamu biasa.

Menyambut kematian adalah menyambut kedatangan Malaikat Maut yang akan menjalankan tugasnya tanpa belas kasihan, tanpa sebarang pertanyaan apatah lagi meminta keizinan daripada orang yang akan dicabut nyawanya.

Dia akan menuruti perintah Allah yang Maha Esa dengan penuh taat.

Tidak mengira apa jua faktor, meskipun orang itu masih lagi muda, tidak punya apa-apa penyakit, malah dia seorang hamba yang baik, jika sudah sampai ajalnya, maka tidak akan ada satu pun kuasa yang mampu melawannya !

Kematian adalah ketentuan yang perlu dihadapi dengan penuh persediaan.

Sungguh, membuat persediaan terhadap sesuatu yang kita tidak ketahui masa dan tempatnya dengan spesifik adalah sangat susah kerana dunia akan terus melekakan manusia daripada mengingati kematian.

Manusia ternyata lebih bersedia dengan perkara yang sudah mempunyai tarikh dan tempat. Dan apabila tarikhnya semakin mendekat, rasa takut dan gementar mula datang.

Inilah reflek seorang manusia biasa.

Lalu, bagaimana pula reflek seorang hamba yang beriman ?

Dia juga berasa takut dan gementar menanti saat kematiaannya. Bagi hamba-hamba yang beriman, menyambut kedatangan satu perkara yang tidak pasti itu lebih penting persediaannya berbanding perkara yang sudah pasti.

Mengapa hamba-hamba yang beriman punya sensitiviti yang begini ?

Kerana hidup seorang hamba yang beriman itu penuh dengan perancangan. Perancangannya meliputi kehidupannya di dunia dan di akhirat kelak. Perancangannya diatur penuh teliti. Perancangannya bermanfaat untuk setiap detik saat yang direzekikan kepadanya.

Kerana itu, seorang hamba yang beriman itu dia perlu cemerlang di kedua-dua lapangan, lapangan dunia dan lapangan akhirat. Dia cemerlang dalam memakmurkan dunia, dan dia juga cemerlang di sisi Allah sebagai seorang hamba yang rabbani.

…….Maka di antara manusia ada orang yang berdoa, “ Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,” dan di akhirat dia tidak memperoleh bahagian apa pun. Dan di antara mereka ada orang berdoa, “ Ya Tuhan kami, berilah kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.” Mereka itulah yang memperoleh bahagian dari apa yang telah mereka kerjakan, dan Allah Maha Cepat perhitungan-Nya. (2 : 200-202)

Kembali kepada persoalan di atas.

Bagaimana kita mahu mati ?

Kita mahu mati yang penuh dengan persediaan kerana itulah kematian yang terbaik seorang hamba.

HIDUP TETAPI MATI

Hakikat kehidupan yang sebenar adalah terletak pada hati kita semua.

Hati yang punya iman itulah hati yang benar-benar hidup.

Hati yang punya iman itulah hati yang benar-benar menggerakkan sebuah kehidupan.

Betapa rugi sekiranya hati itu mati terlebih dahulu. Tinggallah jasad yang bergerak di atas muka bumi ini melakukan amalan-amalan yang sia-sia dan terumbang-ambing arah tujunya.

Matinya sebuah hati adalah apabila seorang hamba itu tidak ada rasa rindu kepada Tuhannya.

Matinya sebuah hati adalah apabila seorang hamba itu tidak lagi merasakan getaran ketakutan akan segala azab Tuhannya.

Matinya sebuah hati adalah satu keadaan yang patut dijauhi.

Kerana apabila matinya sebuah hati, seorang hamba itu akan kembali kepada sebuah kedukaan kehidupan.

Manusia tanpa hati yang menghidupkan adalah manusia yang tidak punya ruh dalam kehidupannya.

Ruh yang menggerakkan jasadnya hanyalah ruh yang kosong.

Manusia tanpa hati ibarat bunga yang layu.

Wahai para dua’t sekalian,

inginkah kau menjadi seorang daie yang layu di tengah-tengah masyarakat ?

Wahai dua’t sekalian,

membawa hati yang mati untuk menyentuh hati-hati yang lain ?

Wahai dua’t sekalian,

bagaimana kita mahu mengisi hati-hati yang lain sedangkan sebenarnya hati kita sendiri yang kosong ?

Sungguh, hati yang kosong akan menghasilkan amal-amal yang kosong.

Amal-amal yang kosong apalah sangat nilainya untuk dibawa menghadap di hadapan Allah S.W.T kelak.

Sedarlah, dengan menjadi seorang daie yang hatinya hidup dan sentiasa segar itulah menjadi antara faktor utama kejayaan kita dalam mengerjakan amal dakwah.

Dengan menjadi seorang daie yang akrab hubungan hatinya dengan Tuhan, dia akan menjadi seorang daie yang mempunyai satu kuasa yang amat kuat.

Akan tetapi, kefuturan dalam jalan dakwah akan tetap melanda kita semua.

Kerja dakwah ini terlampau memenatkan. Apatah lagi, jika kerja-kerja dakwah ini hanya dibebankan atas bahu orang yang sama sahaja !

Kerja dakwah ini memakan masa dan tenaga.

Dan paling menakutkan kerja dakwah ini memakan hati kita sedikit demi sedikit.

Maka, kita perlu bersiap-sedia dengan amalan yang menguatkan hati, yang mampu menjaga hati daripada sifatnya yang akan sentiasa bolak-balik (cepat hilang kestabilannya).

Biarlah masa dan tenaga yang terkorban, tetapi bukan hati-hati kita semua.

Allahu Allah !

Saya sendiri penat melihat corak kehidupan diri sendiri. Kehidupan saya kini amat sibuk dan kerja yang datang seolah mencemburui masa rehat yang saya ada.

Sebelum mengenal dakwah dan tarbiyyah, saya merasakan kehidupan ini cukup selesa dan tidak perlu bersusah payah untuk orang lain.

Tetapi, kini saya mengerti.

Betapa seorang daie itu hidup untuk orang lain.

Dia perlu sabar dan tabah untuk menyelamatkan ummah ini.

Bila kita katakan kita hidup untuk orang lain, sudah tentu kerjanya berkali-kali ganda beratnya. Malah, kadang-kadang urusan diri sendiri pun  terlepas pandang.

Moga Allah meletakkan kita dalam golongan yang seimbang dalam urusan dunia dan akhirat inshaAllah !

Dan apabila sijil kematian itu disahkan,

Biarlah jasad itu dikebumikan penuh mulia,

Dibawanya hati yang salim menghadap Tuhannya,

Matinya dia kerana asbab yang luar biasa,

Dakwah pula menjadi saksi termulia kematiannya.



Apabila ia membaca firman tentang kematian,

Ruh menggeletar ketakutan,

Jasad mencari peluang persediaan,

Ruh dan jasad sama menanti,

Menghitung hari demi hari,

Berdua bergabung tenaga,

Mencari kematian tingkat termulia.

Kematian adalah taujihat ruhiyyah yang terbaik


BILA MATI MENUNTUT HAKNYA
By sakinahzaib1  21/03/2013 0 558 views
0
SHARES
FacebookTwitter
Bila Mati Menuntut HaknyaSebesar manapun perancanganmu, sebanyak manapun kerjamu, sekeras manapun usahamu dalam mentarbiyah diri dan manusia, sesibuk manapun belajarmu, jangan lupa meletakkan sekali perancangan untuk mati. Sesekali jangan lupakan. Kerana ianya lebih konkrit dan stabil.

Mengapa? Kerana bila mati menuntut haknya, ia tidak akan tertangguh lagi. Atau terlambat dari waktu yang asal. Siapa kamu untuk menangguhkannya.

‘KAMI TELAH MENENTUKAN KEMATIAN DI ANTARA KAMU DAN KAMI SEKALI-KALI, TIDAK DAPAT DIKALAHKAN’. (SURAH AL-WAAQI’AH:60)

Menghabiskan belajar perubatan 6 tahun. Tak tentu lagi, kerana mati akan menjemput, bila-bila yang dia ingini. Rancang untuk berkahwin dan berkeluarga. Rancanglah, tetapi bila mati itu datang, sudah tidak dapat dielak lagi. Bekerja keras dan mengumpulkan harta, untuk kesenangan anak-anak dan cucu-cucu. Buatlah, tetapi jangan salahkan mati kerana ia pasti tiba saatnya.

‘ SESUNGGUHNYA KEMATIAN YANG KAMU LARI DARIPADANYA, MAKA SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU AKAN MENEMUI KAMU, KEMUDIAN KAMU AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA ALLAH, YANG MENGETAHUI YANG GHAIB DAN YANG NYATA, LALU DIA BERITAKAN KEPADAMU APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN’. (SURAH AL-JUMUAAH:8)

Kehidupan. Jangan tergolong dalam golongan yang mudah tertipu dengan kehidupan dunia. ‘Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)’. (Surah Al-Ankabut:64)

Sedangkan kehidupan di akhirat adalah abadi daripada dunia. Dan dunia hanya sekadar jambatan kepada akhirat.

‘WAHAI KAUMKU! SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA INI HANYALAH KESENANGAN (UNTUK SEMENTARA WAKTU SAHAJA) DAN SESUNGGUHNYA HARI AKHIRAT ITULAH SAHAJA NEGERI YANG KEKAL’. (SURAH AL-MUKMIN:39)

Maka, jadikanlah dunia, sebagai ladang tanaman, supaya hasil yang dituai di akhirat, adalah yang terbaik dari usaha gigihmu. Menggunakan dunia untuk redha Allah di akhirat.

Sebagai yang mempercayai hakikat kematian, walaupun tidak diketahui bilakah yang sepatutnya mati itu datang, persediaan demi persediaan perlu dibuat.

‘BEKERJALAH UNTUK DUNIAMU SEOLAH-OLAH DIRIMU KAU AKAN HIDUP SELAMANYA. DAN BERAMALLAH UNTUK AKHIRATMU SEOLAH-OLAH KAU AKAN MATI ESOK HARI’. (SYAIR).

Supaya dirimu tidak lagi beralasan, seperti pelajar yang tidak bersedia menghadapi imtihan. Syukur, masih ada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Namun mati ini, berteka-tekilah kita, bilakah ketibaanya. Hanya masih menopang dagu menunggu-nunggu atau terus membuat persiapan?
‘Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata:

“YA TUHANKU, MENGAPA ENGKAU TIDAK MENANGGUHKAN KEMATIANKU SAMPAI WAKTU YANG DEKAT, YANG MENYEBABKAN AKU DAPAT BERSEDEKAH DAN AKU TERMASUK ORANG-ORANG SOLEH”.
(SURAH AL-MUNAAFIQUUN:10)

Sebagai yang mengajak diri dan manusia lain ke arah kebaikan, bersungguhlah untuk dakwah dan tarbiyah. Mengapa? Kerana inilah jalan yang dirimu yakini sejak awal lagi. Inilah usaha sungguh-sungguhmu sebagai persiapan kematianmu. Kerana ianya meluhur, memberkati dan membersihkan hidupmu seperti yang dirasai Syed Qutub. Mengapa? Kerana pengkaderan dan pembentukan manusia membuatkan ladang tanaman kita subur dan berkembang baik. Hatta, bila mati itu menjemput. Masih ada lagi yang disampaikan kepada semua yang mahu berubah hatinya.

Sebagai yang mempercayai toriq ahli jannah yang telah dijanjikan, seramai 10 jumlahnya. Berjanjilah yang luar biasa dengan Allah. Sehingga pada saat ajalmu datang, moga Allah melunaskan janjimu yang mulia itu.

‘DI ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG-ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH MEREKA JANJIKAN KEPADA ALLAH. DAN DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR, DAN DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG MENUNGGU-NUNGGU DAN MEREKA SEDIKIT PUN TIDAK MENGUBAH JANJINYA’. ( SURAH AL-AHZAB:23)

No comments: