Ketika sudah lelah mencari pintu kebaikan tetapi tidak bersua jua...sudahlah, tidak ada rezeki lagi di situ. Yakinlah bahawa Allah sedang membuka pintu yang lebih baik untuk mu.
Kita nak wajah yg cantik
Beli la produk yg mahal2
Akhirnya mmg putih berseri seri
Cuma nak pesan Muka2 ini lah
Yg akan disoal di akhirat nanti
Bersedialah kita
Teruslah buat kebaikan
Demi Allah yg telah
Memberi kpd kita dengan segala kebaikan
Seorang telah bg nasihat
Kita ini sebenarnya
Menumpang di bumi Allah
Maka
Buat lah cara menumpang (spt org menumpang)
Jangan nak kurang ajar
Maka saya pun rasa sedih
dgn nasihat ini
sbb dosa saya banyak...
Jangan berlama lama lama
Dengan sesuatu yg melalaikan
Kerana ia akan merugikan usia kita
usia adalah bekalan kita ke akhirat.
. ° Akhlak dan Ilmu °
Adalah kedua hal yang tidak dapat di pisahkan!
Ilmu tanpa akhlak bagaikan tubuh yang tak berpakaian dan Akhlak tanpa ilmu bagaikan cahaya rembulan tertutup kabut hitam.
Namun...
Orang yang tinggi adab (akhlak) budi - pekertinya itu lebih baik, walau sedikit ilmu yang di miliki.
Daripada tinggi ilmu agamanya tetapi kekurangan adab (akhlak) budi - pekerti, itu musibah..
*100 PERINTAH ALLAH DALAM QURAN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA SEHARI-HARI (Ulang kaji)*
*1. Jangan berkata kasar* (QS 3 – Ali Imran : 159)
*2. Tahanlah marah*(QS 3 – Ali Imran : 134)
*3. Berbaiklah kepada orang lain* (QS 4 – An Nisaa’ : 36)
*4. Jangan sombong dan bongkak*(QS 7 – Al A’raaf : 13)
*5. Maafkanlah kesalahan orang lain* (QS 7 – Al A’raaf : 199)
*6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan* (QS 20 – Thaahaa : 44)
*7. Rendahkanlah suaramu* (QS 31 - Luqman : 19)
*8. Jangan mengejek orang lain* (QS 49 – Al Hujuraat : 11)
*9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa)* (QS 17 – Al Israa’ : 23)
*10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa)* (QS 17 – Al Israa’ : 23)
*11. Jangan memasuki bilik peribadi ibu bapa tanpa izin* (QS 24 – An Nuur : 58)
*12. Catatlah hutang-hutangmu* (QS 2 – Al Baqarah : 282)
*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta* (QS 2 – Al Baqarah : 170)
*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan* (QS 2 – Al Baqarah : 280)
*15. Jangan makan riba’/membungakan wang* (QS 2 – Al Baqarah : l
*16. Jangan melakukan rasuah)* (QS 2 – Al Baqarah : 188)
*17. Jangan ingkar atau melanggar janji* (QS 2 – Al Baqarah : 177)
*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu* (QS 2 – Al Baqarah : 283)
*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan* (QS 2 – Al Baqarah : 42)
*20. Berlakulah adil terhadap semua orang* (QS 4 – An Nisaa’ : 58)
*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas* (QS 4 – An Nisaa’ : 135)
*22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga* (QS 4 – An Nisaa’ : 7)
*23. Wanita memiliki hak waris* (QS 4 – An Nisaa’ : 7)
*24. Jangan memakan harta anak yatim* (QS 4 – An Nisaa’ : 10)
*25. Lindungi anak yatim* (QS 2 – Al Baqarah : 220)
*26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya* (QS 4 – An Nisaa’ : 29)
*27. Damaikanlah orang yang berselisih* (QS 49 – Al Hujuraat : 9)
*28. Hindari perasangka buruk* (QS 49 – Al Hujuraat : 12)
*29. Jangan memfitnah orang* (QS 2 – Al Baqarah : 283)
*30. Jangan memfitnah orang* (QS 49 – Al Hujuraat : 12)
*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial* (QS 57 – Al Hadid : 7)
*32. Biasakan memberi makan orang miskin* (QS 107 – Al Maa’uun : 3)
*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah* (QS 2 – Al Baqarah : 273)
*34. Jangan menghabiskan wang untuk bermegah-megah* (QS 17 – Al Israa’ : 29)
*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu* (QS 2 – Al Baqarah : 264)
*36. Hormatilah tetamu anda* (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)
*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri* (QS 2 – Al Baqarah : 44)
*38. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi* (QS 2 – Al Baqarah : 60)
*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid* (QS 2 – Al Baqarah : 114)
*40. Perangilah mereka yang memerangi mu* (QS 2 – Al Baqarah : 190)
*41. Jagalah etika perang* (QS 2 – Al Baqarah : 191)
*42. Jangan lari dari peperangan* (QS 8 – Al Anfaal : 15)
*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)* (QS 2 – Al Baqarah : 256)
*44. Berimanlah kepada para Nabi* (QS 2 – Al Baqarah : 285)
*45. Jangan melakukan hubungan jenis di saat haid* (QS 2 – Al Baqarah : 222)
*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh* (QS 2 – Al Baqarah : 233)
*47. Jauhilah hubungan jenis di luar nikah* (QS 17 – Al Israa’ : 32)
*48. Pilihlah pemimpin dari meritnya. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya* (QS 2 – Al Baqarah : 247)
*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya* (QS 2 – Al Baqarah : 286)
*50. Jangan mahu dipecah belah* (QS 3 – Ali Imran : 103)
*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini* (QS 3 – Ali Imran 3 :191)
*52. Lelaki mahupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya* (QS 3 – Ali Imran : 195)
*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu* (QS 4 – An Nisaa’ : 23)
*54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki* (QS 4 – An Nisaa’ : 34)
*55. Jangan kedekut* (QS 4 – An Nisaa’ : 37)
*56. Jangan iri hati* (QS 4 – An Nisaa’ : 54)
*57. Jangan saling membunuh* (QS 4 – An Nisaa’ : 92)
*58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohonga
n* (QS 4 – An Nisaa’ : 105)
*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan* (QS 5 – Al Maa-idah : 2)
*60. Bekerja samalah dalam kebenaran* (QS 5 – Al Maa-idah : 2)
*61. Majoriti bukanlah merupakan kriteria kebenaran* (QS 6 – Al An’aam : 116)
*62. Berlaku adil* (QS 5 – Al Maa-idah:8)
*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan* (QS 5 – Al Maa-idah : 38)
*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum* (QS 5 – Al Maa-idah : 63)
*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi* (QS 5 – Al Maa-idah : 3)
*66. Hindari minum racun dan alkohol* (QS 5 – Al Maa-idah : 90)
*67. Jangan berjudi* (QS 5 – Al Maa-idah : 90)
*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain* (QS 6 – Al An’aam : 108)
*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu* (QS 6 – Al An’aam : 152)
*70. Makan dan minumlah secukupnya* (QS 7 – Al A’raaf : 31)
*71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat solat* (QS 7 – Al A’raaf : 31)
*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan* (QS 9 – At Taubah:6)
*73. Jagalah kemurnian* (QS 9 – At Taubah : 108)
*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah* (QS 12 – Yusuf : 87)
*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kezahilan* (QS 16 – An Nahl : 119)
*76. Berserulah/ajaklah kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana* (QS 16 – An Nahl : 125)
*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain* (QS 17 – Al Israa’ : 15)
*78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan* (QS 17 – Al Israa’ : 31)
*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya* (QS 17 – Al Israa’ : 36)
*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat* (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)
*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah* (QS 24 – An Nuur : 27)
*82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah* (QS 24 – An Nuur : 55)
*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati* (QS 25 – Al Furqaan : 63)
*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan* (QS 28 – Al Qashash : 77)
*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah* (QS 28 – Al Qashash:88)
*86. Jangan terlibat dalam homosexual* (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)
*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar* (QS 31 - Luqman : 17)
*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong* (QS 31 - Luqman : 18)
*89. Wanita dilarang mempamerkan diri* (QS 33 – Al Ahzab : 33)
*90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita* (QS 39 – Az Zumar : 53)
*91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah* (QS 39 – Az Zumar : 53)
*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan* (QS 41 – Fushshilat : 34)
*93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah* (QS 42 – Asy Syuura : 38)
*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa* (QS 49 – Al Hujuraat : 13)
*95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)* (QS 57 – Al Hadid : 27)
*96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu* (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)
*97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil* (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)
*98. Hindari diri dari sifat kikir* (QS 64 – At Taghaabun : 16)
*99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang* (QS 73 – Al Muzzammil : 20)
*100. Jangan mengherdik orang yang meminta-minta* (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)
*Shadaqallahul adzim, Maha Benar ALLAH SWT dengan segala FirmanNya...*
*ALLAHU AKBAR. wabiALLAH Attaufiiq*
Pernah satu ketika Imam as Syafie dicaci di hadapan pelajarnya. Lalu pelajar itu bertanya kepadanya, "Mengapa kamu tidak membalas kejian mereka itu?"
Imam as Syafie menjawab, "Aku tidak akan layan orang jahil yang bercakap buruk perihalku. Aku juga tidak akan ambil peduli, apatah lagi membalas ucapannya dengan ucapan buruk seperti apa yang di lontar kepadaku. Dia akan bertambah jahil dengan perbuatannya itu, dan aku akan bertambah mulia dengan perlakuanku ini".
Jadi, bersabarlah ketika diri di keji dan dicaci hasil kedangkalan orang lain. Seseorang yang dimuliakan oleh ilmunya pasti akan memiliki sifat dan perilaku yang baik. Ini kerana, ilmu sifatnya mendidik dan mentarbiah seseorang menjadi lebih baik. Jadi sekiranya ingin tahu ilmu yang dimiliki seseorang itu diberkati oleh Allah SWT ataupun tidak, lihat saja akhlaknya.
- Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid -
*Orang yang paling rapat dengan Allah ialah orang yang paling banyak berdoa.*
Tapi kenapa kita malas nak berdoa?
Sedangkan Allah dah bagi jaminan yang Dia confirm makbulkan doa kita! Kalau tak sekarang, mungkin di syurga!
Saya nak share tips supaya rajin doa!
1) Ambil sehelai kertas, listkan apa yang kita nak dalam hidup ni. Contohnya nak bahagia dunia akhirat, kelapangan masa, murah rezeki, diampunkan dosa, ketenangan hati, kebahagiaan keluarga, rumah besar, kereta besar, bijak, isteri solehah, suami hensem dan sebagainya. Ambil masa untuk duduk, renungkan hidup, tanya pada diri, apa aku nak dalam hidup ni. Senaraikan wishing list kat sehelai kertas. Mungkin berpuluh, mungkin beratus.
2) Bawa kertas tersebut setiap kali solat
3) Tiap kali habis solat, doa dan minta pada Allah apa yang ada dalam senarai tersebut, cakap Melayu pun tak pe, jangan risau Allah faham apa yang kita ucapkan. Jangan pula doa pelik-pelik seperti doa minta tumbuh sayap, doa boleh terbang, doa ada superpower!
4) Jangan lupa adab dalam berdoa seperti mengadap kiblat, tadah tangan, merendah diri, memulai doa dengan memuji Allah dan selawat pd Rasulullah dan sebagainya
5) Sentiasa bersangka baik dengan Allah
Kadang-kadang kita malas berdoa sebab kita tak faham apa yang kita doakan, tapi kalau kita faham hakikat berdoa. Confirm kita berdoa sungguh-sungguh. Sebab doa itu senjata orang Mukmin!
Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah, pernah berpesan:
“Perbanyaklah Istighfar di rumah kalian, di depan hidangan kalian, di jalan, di pasar dan dalam majlis-majlis kalian dan dimana saja kalian berada! Kerana kalian tidak tahu bilakah turunnya Ampunan Allah S.W.T".
Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman; “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
Tiap kali kaki melangkah, tiap kali itulah nikmat Tuhan tidak pernah berhenti.
Hari ini, untuk belasan tahun ataupun mungkin sudah mencapai puluhan tahun, maka bersyukurlah di tiap² nafas yang dihembus.
Bimbang, Allah beri nikmat sedang kita makin lalai.
*pandang cermin*
Kalaulah dosa dapat dilihat dan tumbuh ?
Perkongsian menarik. Jum santai..
"Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa;
Jika hendak mengenal orang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia;
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta;
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang ;
Apabila perkataan lemah lembut,
lekaslah segala orang yang mengikut;
Apabila perkataan amat kasar,
lekaslah orang menjadi gusar ;
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban sendiri hendaklah sangka."
~Semoga Bermanfaat
Mati itu ketentuan Allah
Tidak semestinya tua baru mati
Entah esok entah lusa
Maka perbanyakan bekalan
setiap amalan kita
akan jadi seperti burung yg terikat dengan kita
sehingga tidak terlepas
semua amalan itu akan tercatat
dan catatan ini akan dibaca oleh kita sendiri diakhirat nanti
duit banyak pun tak ada guna kalau sembahyang pun tidak..
kaya yg tak ada guna
apabila
ibadat entah ke mana
Selalu Mengingat Allah
“ (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”. (QS Ar-Ra’d : 28)
Di dalam ayat tersebut dijelaskan bahwa mengingat Allah akan membuat tenang. Ketenangan hati akan timbul jika manusia dapat mengingat kebesaran Allah, mengingat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan juga betapa banyak nikmat Allah yang diberikan. Manusia yang beriman, akan senantiasa mengingat Allah dan menjadikan Allah sebagai sandaran hidupnya.
Untuk itulah, manusia yang beriman akan yakin dan benar-benar menyandarkan hidup, karena tahu bahwa Allah dapat melakukan apapun, dan menolong hamba-Nya dalam kondisi apapun. Berpegang pada Rukun Islam, Dasar Hukum Islam, Fungsi Iman Kepada Allah SWT, Sumber Syariat Islam, dan Rukun Iman adalah menjadi kunci-nya agar hidup selalu dalam ketenangan.
Di dalam kehidupan, sering kali manusia mendapatkan masalah-masalah yang menerpa. Saat masalah tersebut muncul terkadang sering kali manusia malah mendapatkan keresahan, stress, dan berbagai penyakit datang kerana fikiran yang tidak tenang atau terkendali. Saat seperti itu, perlu sebuah ketenangan baik hati dan pikiran kita.
kepada sesiapa yg selalu menggunakan komputer dan hp
sekiranya mata anda sakit/senak
semasa mengunakkannya
anda mungkin sudah lama guna atau cahaya screen terang sangat
rehat lah dulu..atau sambung esok saja
jika tidak anda berisiko kerosakan mata
atau buta
Apabila rasa diri lemah maka minta kekuatan dari Allah
Yang maha berkuasa
PETUA JAGA DIRI AGAR KITA SELAMAT DARI BERMASALAH DENGAN ORANG DISEKELILING DAN ORANG2 YG RAPAT....
Yang pertama, jangan share permasalahan peribadi kalian terutama hal yang dalam2, kerana jika kalian problem dengannya maka cerita itu dia akan jadikan senjatanya.
Yang kedua, jangan cerita keburukan orang pada sapa2 pun, kerana sekali dia dapat tahu peluang untuk berbaik akan tipis.
Yang ketiga, jika anda dikata atau disindir atau diumpat, maka pedulikan, dan jangan melayani provokasi yang menyemakkan pemikiran.
Yang keempat, jangan jadikan hutang itu sebagai satu kebiasaan kerana janji pada mulut itu umpama kamu manusia yang paling jujur di dalam dunia, tetapi melaksanakan utk mengembalikannya amatlah berat.
Yang kelima, jangan berjanji kalau kalian tak mampu untuk laksanakan kerana kalian akan dibenci pada tahap gaban.
Yang keenam, jangan berkawan disebabkan kelebihan duniawi yang dia ada dan jangan cari dia hanya ketika kalian bermasalah atau nak minta tolong kerana keikhlasan di dalam berkawan itu akan dirasai oleh orang lain.
~Semoga Bermanfaat
Setakat yg mampu bersabar lah
Kalau boleh pujuk
Pujuklah hati tu supaya bersabar
Apa yg terjadi ada hikmahnya
Ada sesetengah orang yang dia tidak perasan bahawa dia telah dipermainkan oleh Syaitan, asalnya dia ingin berubah menjadi baik, lalu setelah mendapat sedikit ilmu lalu dia merasakan dirinya yang TERBAIK, justeru dengan keadaan itu terangkatlah sikap kesombongannya, keangkuhannya serta keegoannya.
Mudah2an kita terpelihara dari keadaan yang tidak sihat ini dengan kita meletakkan usaha amal kita, kita cari ilmu untuk TAQWA kepada Allah bukan untuk menunjukkan bahawa kita ni berilmu.
~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI SERTA BERSELAWATLAH...
*" Ketahuilah barangsiapa yang mendekatkan diri dengan orang yang baik, pasti dirinya akan menjadi baik "*
*- Habib Ali Zaenal Abidin Alwy AlKaff -*
Kita akan merasai nikmatnya ibadah apabila kita menyakini bahawa kita adalah pilihan Allah SWT atas hidayahNya. Justeru qualitikanlah ibadah kita dengan melakukannya dengan ikhlas, khusyuk serta tenang. Tidak ada tukaran yang lebih hebat didunia ini dari hidayah Allah SWT. Tidak sesekali bermakna hidup ini sekiranya kita memiliki segala-galanya namun kita tak tersentuh hati untuk melakukan ibadah.
Bersyukurlah dan bergembiralah apabila kita ada ruang utk solat berjamaah, mampu utk membuka serta membaca lembaran Al Quran, indahnya bertahjud serta melaksanakan solat2 rawatib.
Muhasabahlah, akal kita, mata kita, lidah kita dan telinga kita yang dijadikan sempurna oleh Sang Pencipta, apakah kita memenuhi kehendakNya?
Kita akan merasai nikmatnya ibadah apabila kita menyakini bahawa kita adalah pilihan Allah SWT atas hidayahNya. Justeru qualitikanlah ibadah kita dengan melakukannya dengan ikhlas, khusyuk serta tenang. Tidak ada tukaran yang lebih hebat didunia ini dari hidayah Allah SWT. Tidak sesekali bermakna hidup ini sekiranya kita memiliki segala-galanya namun kita tak tersentuh hati untuk melakukan ibadah.
Bersyukurlah dan bergembiralah apabila kita ada ruang utk solat berjamaah, mampu utk membuka serta membaca lembaran Al Quran, indahnya bertahjud serta melaksanakan solat2 rawatib.
Muhasabahlah, akal kita, mata kita, lidah kita dan telinga kita yang dijadikan sempurna oleh Sang Pencipta, apakah kita memenuhi kehendakNya?
Ketahuilah setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Kesemua kita akan bertemu dengan pencipta kita yang Maha Agung.
Jadi, apa yang kita ingin persembahkan pada Allah, saat perhitungan dijalankan?
Apa yang kita ingin jawab pada Allah saat amalan kita hanya biasa-biasa?
Mungkin sewaktu kita di dunia kita nampak baik dan soleh di pandangan mata manusia, tetapi sebaliknya kitalah pelaku maksiat tegar.
Takutlah kepada Allah saat kita bersendiri.
Takutlah kepada Allah saat tiada sesiapa di sisi melihat kita.
Tiada gunanya kita pertontonkan kesolehan kita di hadapan manusia, sedangkan di hadapan Allah kita pertontonkan keingkaran kepada Dia.
Ketahuilah bahawa sabar itu tiada batasan. Jika kita sudah tidak boleh bersabar? Itu maknanya kita belum menjadi orang yang betul-betul sabar.
Allah menyukai orang-orang yang sabar. Para malaikat mendoakan mereka yang sabar. Namun tatkala kamu hilang kesabaran kamu, maka syaitan akan datang untuk meracuni kamu supaya kamu marah dan memaki hamun.
Sesetengah orang bersifat pemaaf, mudah memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya. Malah ada yang senang melupakan dan memaafkan walaupun dikhianati dengan sebesar-besar pengkhianatan.
Sesetengah yang lainnya pula begitu sukar atau mengambil masa yang lama untuk memaafkan walau mungkin kesilapan pelakunya tidak disengajakan atau tidaklah sebesar mana.
Malah, ada juga yang lebih ego, langsung tidak memberi kemaafan walaupun setelah dirayu.
Tak kurang juga yang membalas dendam, pastinya dengan campur tangan nafsu amarah, bukan dengan pertimbangan akal yang waras.
Tak semua orang sanggup menebalkan muka, merendahkan ego untuk meminta maaf selepas membuat kesilapan, sama ada sengaja atau tidak.
Sebagaimana tak semua orang berjiwa berani untuk mengakui kesilapannya sendiri. Tak ramai juga yang mampu berkata, “Aku sudah memaafkanmu, sebelum kau meminta maaf lagi.”
persiapkanlah bekal sebanyaknya untuk sebuah perjalanan yang lebih panjang.
Pasangan yang baik itu adalah apabila kita bersamanya, diri kita menjadi lebih baik di sisi Allah.
Iman meningkat.
Ibadah terjaga.
Aurat dipelihara.
Dasar pasangan yang baik iaitu iman dan taqwa.
Justeru, walau siapa sahaja yang menjadi pasangan kita, itu bukan masalah sekiranya kita yakin bahawa Allah memberikan dia kerana dia yang “terbaik” untuk kita.
Mungkin untuk kita ubah dia.
Mungkin untuk dia ubah kita.
Mungkin untuk kita sama-sama berubah
Ujian dalam berumahtangga
Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita sebagai hambaNya bila mana ketika diuji dengan manusia yang tidak sekufu dengan kita. Diuji dengan manusia yang mungkin jauh daripada Allah.
BETULKAN MATLAMAT BEKELUARGA
Keluarga hebat bukan sekadar untuk dunia, tapi hingga ke akhirat Allah..Berkeluargalah kita kerana Allah s.w.t...
Soaljawab suami isteri.. Saling mengalahlah dalam rumahtangga..Makin kita layan perasaan hati, ianya makin merosakkan...suami isteri berkelahi dalam rumahtangga, yang untung adalah syaitan...
Wahai isteri jagalah peribadi dan taatilah suamimu selagi mana suami tidak mengarahkan melakukan maksiat terhadapNya...Wahai suami hargailah isterimu...
#UADmin
No comments:
Post a Comment