Saturday, October 08, 2011

Memaknai Sebuah Taubat ( Bhg. pertama)


Kita mempunyai waktu yang banyak. 24 jam semuanya. Namun ke mana pergi semua itu, kira lah sendiri. Hanya soalan yang ingin diajukan dalam masa yang kita habiskan itu, ada tak masa kita bertaubat kepada Allah. Hendaknya jangan lah kita lupa untuk bertaubat kepada Allah. Ini berdasar dua factor utama. Pertama, kita pasti dan kerap buat dosa, termasuklah sikap tak reti bersyukur. Kedua, kita perlu bertaubat kerana itulah perintan Allah kepada kita. “ Bertaubatlah kalian semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kalian beruntung.” (al-Nur 31).

Keindahan taubat itu ialah menjadi syarat kita, yang berstatus hamba untuk menjadi kekasih Allah. Hal ini berdasarkan maksud ayat : “ sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri “( Al-Baqarah ; 222)

Dalam diri kita ada perasaan, bagi orang yang dekat dengan Allah, jika timbul dalam perasaan pun ia akan beristigfar, mohon ampun kepada Alllah. Seperti maksud sebuah hadis Rasulullah saw : ‘ Kadang-kadang timbul persaan dalam hatiku. Maka aku beristigfar kepada Allah sehari seratus kali “. (HR muslim). Maka kita tanyalah diri sendiri sebagai satu muhasabah, berapa kalikah kita beristigfar, bila kita buat dosa. Cubalah jadikan diri kita seorang yang selalu bertaubat dan mudah untuk bertaubat. Payahpun cubalah. Ingatlah , Rasulullah SAW memohon taubat lebih 70 kali sehari.

Sebagai permulaan untuk bertaubat, duduk sejenak dan bertafakur sepanjang hidup kita. Renungkan apa yang telah kita buat hari ini. Pagi buat apa, siang buat apa, dan malam buat apa. Jika waktu siang kita dalam ketaatan maka kita boleh bersyukur. Tapi sebaliknya, jika kita buat maksiat, maka sesalilah dan terus beristigfar dan bertaubat kepada Allah. Tambah-tambah zaman serba canggih ini, maka maksiatpun turut canggih. Tekan saja maksiat maka maksiat akan muncul terus. Kadang-kadang tak tekanpun dia mucul juga melalui iklan. Maka lebih-lebih lagi kita perlu taubat zaman sekarang ini.

Menyesali diri ada sangat besar manafaatnya, agar kita terus ingati Allah. Ada juga orang yang menyesal tapi sambil ketawa, atau buat main-main. Tidak boleh sama sekali. Yang bolehnya menyesal dengan jujur, wajah muram, kalbu yang sedih, kecewa dan rasa hina diri. Kenapa begitu sekali, kerana Allah akan ganti sedih dengan ceria, hina Allah akan ganti dengan mulia, gelap diganti dengan cahaya, hijab diganti dengan kasyf. Suatu penggantian yang lebih daripada padan.

Sebenarnya, kerja instropeksi atau menghitung diri bukanlah kerja yang mudah. Buktinya berapa ramai daripada kita yang melakukannya. Nampak mudah tapi payah. Alangkah untungnya kalau kita ada seorang pekerja yang kerjanya melakukan introspeksi untuk kita secara jujur. Pasti kerja kita jadi mudah. Tapi adakah pekerja seperti itu dan jujurkah dia dalam bekerja. Jika kita tak temui maka kenalah kita buat sendiri, secara jujur dan terperinci. Dan jika kita dapat membuatnya sendiri maka wajar lah Allah memudahkan perhintungan-Nya kepada kita.


Friday, October 07, 2011

Cinta Rasul satu keindahan


Cinta Rasul

( Tulisan ini hanya satu catatan bebas bersumberkan pemikiran Ibn Athaillah al-Sakandari)

Kemulian adalah didambakan oleh setiap insan. Pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk mendapatkan kemulian. Cara baik diguna, malah cara yang tak baik juga tidak kurang banyaknya. Dalam jangka pendek manusia ingin mulia di sisi manusia. Kerana difikir sudah cukup gembira jika mulia disisi manusia.

Sebenarnya kemulian hakiki ialah kemuliaan di sisi Allah. Satu daripada cara untuk mendapat mulia di sisi Allah ialah mengikuti sunah Nabi SAW. Jika kita tak ikut Nabi SAW maka kita akan kehilangan kemuliaan itu, makin jauh daripada Allah malah kita akan dipandang hina jua. Apakah bentuk kemulian apa yang kita akan dapat jika kita ikut Nabi SAW. Kemuliaan itu ialah Allah akan mencintai kita dan dosa-dosa diampun. “ Katakanlah Wahai Muhammad Jika kalian (benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, niscaya Allah mencintai dan mengampunkan dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Penyayang ( Maksud Al-Quran: Ali Imran :31)

Mengikut Nabi boleh dilihat dalam dua aspek, iaitu lahiriah yang kelihatan dan batiniah yang tidak kelihatan. Yang kelihatan itu ialah amalan yang dapat dilihat seperti solat, puasa, haji zakat, jihad dan sebagainya. Manakalayang tak kelihatan pula ialah keyakinan akan adanya pertemuan dengan Allah sewaktu kita solat, kekhusyukan, perenungan pada apa yang dibaca. Seandainya kita solat namun tidak dapat rasa kehadiran Allah, dan tiada rasa takut pada Allah maka itulah penyakit batin telah meresap masuk dalam diri kita. Penyakit itu mungkin virus sombong atau ujub.

Sebaiknya kita semua renungi maksud ayat al-Quran ini : Aku akan memalingkan orang-orang yang men yombongkan dirinya di mukabumi tanpa alas an .( al-A’raf: 146)

Orang yang sombong itu sebenarnya berpenyakit. Atau mungkin kena demam, kerana semua makanan di mulutnya terasa pahit. Makan tiada nikmat langsung. Orang panggil pahit mulut. Manusia yang sombong ini tidak akan dapat merasa nikmat taat kepada Allah.

Sendainya kita dah faham kedudukan yang sebenarnya maka marilah kita semua menjadi menjadi pengikut nabi, kerana siapa yang ikut nabi maka dia akan termasuk dalam golongannya. Kita semua senarnya tak kenalpun nabi, belum pernah lihat. Namun dengan sikap mengikut akan menyebabkan kita menjadi sebahagian yang diikut walaupun kita orang asing atau tiada hubungan kerabat dengannya . contohnya Salman al-Farsi, bukan orang Arab, namun Rasulullah SAW tetap mengatakan bahawa Salman termasuk kelurga kami. Keadaan seperti ini mendorong kita untuk mengatakan bahawa amal soleh akan mengangkat ke darjat yang tinggi lagi mulia.

Keadaan sebaliknya, jika ia membangkang dan enggan ikut, maka terputuslah hubungan ia dengan Nabi walaupun ia anak kepada Nabi seperti yang belaku kepada anak Nabi Nuh dan isteri Nabi Nuh as Serta Isteri Nabi Luth as. Kepada mereka diberi ucapan Masuklah kalian ke dalam neraka bersama yang lain. ( Rujuk Quran Al-Tahrim : 10)

Setiap orang dari kita inginkan kebaikan, dan kebaikan yang paling utama ialah mengikut Nabi saw. Sewaktu ikut Nabi saw. Kita perlu memiliki sikap seperti Pertama cukup dengan kurniaan Allah, zuhud terhadap milik orang, jangan diambil hak orang, tak terliur pun pada hak orang. Kedua tidak rakus pada dunia, sebab ada orang siang malam fikir hal nak cari harta. Tidurpun tidak nyenyak kerna fikir hal duit, takut orang ambil. Ketiga, meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak berguna, bercakap jangan ikut sedap mulut. Berdoalah agar Allah mebuka pintu untuk kita ikut Nabi saw. Kerana itulah tandanya kita dicintai-Nya. Doa itu berbunyi “ Ya Allah, aku memohon kepada kepada-Mu agar dapat mengikuti Rasu-Mu saw. dalam ucapan mahupun tindakan”.

Jika kita nak ikut Nabi saw, maka ada juga syaratnya, iatu jangan buat zalim pada hamba Allah yang lain, pada kehormatan dan keturunannya. Jika syarat itu dapat dipenuhi maka boleh kita bergegas menuju Allah. Hijab itu ialah buat zalim pada orang lain. Kenapa. Jawapnya, orang yang zalim ibarat orang yang berhutang, ia akan tertahan sebab ada orang yang sedang menuntut hutang daripadanya.

Perumpamaan diteruskan lagi, bayangkan jika kita sudah hamper dengan raja, dan raja nak bagi Tan Sri kepada kita, tiba-tiba datang seorang menagih hutang. Kalau setakat tangih hutang, bolehlah berkira-kira, namun pada masa yang sama dia mencaci, dan merendahkan martabat kita, di hadapan raja. Tentu lah kita sangat malu.

Begitulah juga di sana. Di akhirat. Kita datang kepada Allah, namun ada beratus orang sedang menunggu meminta berbagai-bagai hutang. Wangnya pernah diambil, kehormatannya pernah dicabuli, dipukul, dicaci dan dimaki. Bagaimana kiranya kita boleh berdiri di hadapan Allah, di hadapan Nabi Saw, dan disaksikan oleh semua makhluk.

Suasana seperti ini mengingatkan kita kepada apa yang pernah digambarkan oleh Rasulullah Saw tentang orang muflis di akhirat nanti. Iaitu orang yang bangkit di akhirat dengan solat, puasa dan zakat. Namun pahalanya semua habis diberikan kepada orang yang pernah dicacinya, dirosak kehormatannya dan sebagainya. Lebih malang lagi semua pahalanya habis, sedangkan banyak hutang belum terbayar, maka dosa-dosa orang yang terainaya diberi padanya, dan didilempar ke dalam neraka. Seumpama derita yang bertimpa-timpa.

Seterusnya, apabila seseorang rasa bahawa ajalnya telah dekat. Rasa macam dah nak mati . Lalu dia ingin sekali menebus kembali hak-haknya dengan Allah. Yang dulu diabaikannya. Dia ingin melakukan amal soleh. Masa dia sihat, tak teringatpun itu semua, masa sakit baru teringat. Namun jangan bimbang.Masih ada peluang , wajarlah baginya membaca zikir secara secara bersungguh-sungguh, keseluruhan dan komprehensif. Ini kerana amalan seperti itu akan membuatkan umur yang pendek menjadi panjang. Contohnya membaca :

Subahanallah hi azim wabihamdih adadaqalqih, warida a nafsihi, wazinata arsihih, wamidakalimatih.

(sila rujuk dalam bahasa arab)

Manakala bagi yang tidak berkuasa memperbanyakan puasa dan solat malam maka hendaklah dia sibukkan diri dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita solat sepanjang malam , lalu Allah beri satu selawat saja pada kita maka satu selawat lebih berat daripada semau amalan ketaan yang kita buat selama hidup. Kenapa begitu sekali. Kita selawat sesuai dengan kemampuan kita, manakala Allah selawat sesuai dengan sifat ketuhananNya. Itu baru satu selawat, bagaimana pula jika Allah selawat sepuluh kali. Sesuai dengan maksud hadis Nabi SAW Riwayat Imam Muslim : sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan bersewat kepadanya sepuluh kali.

Dengan ini maka tahulah kita betapa indahnya hidup bersama Islam. Dan betapa lagi indah jika hidup ini kita isi dengan taat kepada Allah. Yang indah itu ialah berzikir kepada Allah dan sibukkan diri berselawat kepada Rasulullah saw pada setiap waktu dan ketika. Zikir dan selawat itu pula disulami dengan kalbu yang ikhlas dan jiwa yang bening berserta niat yang baik. Di dalam hati ada rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah saw.

Semasa khutbah jumaat kita tentu akan ingat setiap kali khutbah kedua dibaca, Khatib akan membaca ayat yang al_quran yang bermaksud : Sesungguhnya Allah beserta para malaikat-Nya berselawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkan selawat dan salam atasnya ( al-Ahzab : 56)

Oleh itu tunggu apa lagi, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi saw, tak perlulah tunggu sehingga kita sakit. Bimbang kalu sakit tak lama, yang hilang cepat ialah nafas kita.


http://cikgunik.blogspot.com/


Monday, October 03, 2011

Makluman Kemasukan ke Maahad Tahfiz Al-quran Wal Qiraat

معهد تحفيظ القرءان والقراءات

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT

Pulai Chondong 16600 Machang Kelantan

PERMOHONAN MASUK

TINGKATAN 1 TAHUN 2012

DIBUKA SEKARANG

SYARAT –SYARAT PERMOHONAN

Ø Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/SRI atau setaraf denganya.

Ø Lahir pada tahun 1999.

Ø Borang permohonan boleh didapati di :

-MTAQ P.Chondong/Maahad Muhammadi (L) & (P)

-Maahad Tahfiz Sains (L) (P) /Pejabat Yayasan Islam Kelantan

-Download di Laman web YIK .GOV.MY ( sekolah kawalan ).

- Harga satu naskhah borang permohonan :RM 5.00

Ø Keputusan UPSR : minima 4A 1 B

Ø Permohonan hendaklah disertai bersama dengan Slip Asal keputusan UPSR/salinan yang disahkan dan surat kelahiran/beranak.

Ø Tarikh Tutup Permohonan : selepas 2 minggu dari tarikh keputusan rasmi UPSR diumumkan.

UJIAN KEMASUKAN

ü Semua pemohon yang layak wajib menduduki Ujian Khas Kemasukan

ü Tarikh dan Masa Ujian Khas Kemasukan akan ditentukan oleh pihak Maahad

ü Perkara-perkara yang diuji :

UJIAN LISAN ( MEMBACA ):

ü Membaca Al-Quran : 100 markah / Jawi: 40 markah

UJIAN LISAN ( HAFAZAN )

ü Hafalan Al-Quran : 100 markah

UJIAN LISAN ( AKHLAK / PERSONALITI )

ü Latarbelakang individu : 60 markah

UJIAN BERTULIS:

ü Jawi ,Al-Quran dan Asas Pengetahuan Islam

Markah = 100

KEPUTUSAN UJIAN

ü Keputusan Ujian akan diumumkan pada : 20 Disember 2011 Selasa

PENGESAHAN

ü Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan belajar di Maahad berkenaan mulai tarikh diumumkan .

LAPOR DIRI

ü Tarikh lapor diri pada : 31 Disember 2011 (Sabtu)

Untuk keterangan Lanjut Sila Hubungi : MTAQ : 09-7878916 Faks:097871916 / Pejabat YIK : 09-7124359

Kenapa Perlu Anda Memilih MTAQ:

v MTAQ adalah sekolah terbaik SPM peringkat kebangsaan tahun 2003

v MTAQ adalah sekolah terbaik SPM & SMU peringkat YIK tahun 2010

v Sisetem pengajian Di MTAQ memastikan pelajar hafaz 30 juzu’ Al-Quran dalam tempoh 4 tahun

v Pembelajaran Al-Quran sehingga 7 Qiraat &

Ulum Al-Quran yang lain.

@2012 Unit Hal Ehwal Pelajar MTAQ

Makna-makna Kehidupan 004


Kebijaksanaan. Kebijaksaan adalah sangat baik. Hasil daripada pemikiran yang baik. Daripadanya lah terhasilnya kebahagian dan kejayaan. Kebijaksaan itu jangkauannya sangat jauh, itu digelar bijak sehingga sampai di sana. Allah boleh bagi kebijaksaan kepada semua orang. Ini bermakna ada masanya bijaksana tiada gunanya, dan jika disalahgunakan akan menyebabkan penderitaan. Justeru tanpa iman maka bijaksana itu akan disalahguna.

Pengalaman. Kata orang pengalaman itu sangat mahal. Ini kerana kita boleh mencari pengalaman namun kita tidak boleh mencipta pengalaman. Ini kerana pengalaman itu anugerah dari Allah. Itu sebabnya pengalaman antara kita adalah berbeza. Pengalaman itu adalah amat bermakna maka hadapilah ia.

Kuat. Orang yang kuat apabila dia boleh menolak kita, dan kita pun jatuh. Namun itu bukan ukuran sebenarnya kerana esok belum tentu dia boleh menolak kita dan belum tentu kita jatuh. Kekuatan itu adalah kita dapat sabar ketika marah. Dan kekuatan itu ialah semngat yang tak kenal erti kalah. Dan kekuatan itu ialah hati kita yang penuh dengan iman.

Makna-makna Kehidupan 004

Kebijaksanaan. Kebijaksaan adalah sangat baik. Hasil daripada pemikiran yang baik. Daripadanya lah terhasilnya kebahagian dan kejayaan. Kebijaksaan itu jangkauannya sangat jauh, itu digelar bijak sehingga sampai di sana. Allah boleh bagi kebijaksaan kepada semua orang. Ini bermakna ada masanya bijaksana tiada gunanya, dan jika disalahgunakan akan menyebabkan penderitaan. Justeru tanpa iman maka bijaksana itu akan disalahguna.

Pengalaman. Kata orang pengalaman itu sangat mahal. Ini kerana kita boleh mencari pengalaman namun kita tidak boleh mencipta pengalaman. Ini kerana pengalaman itu anugerah dari Allah. Itu sebabnya pengalaman antara kita adalah berbeza. Pengalaman itu adalah amat bermakna maka hadapilah ia.

Kuat. Orang yang kuat apabila dia boleh menolak kita, dan kita pun jatuh. Namun itu bukan ukuran sebenarnya kerana esok belum tentu dia boleh menolak kita dan belum tentu kita jatuh. Kekuatan itu adalah kita dapat sabar ketika marah. Dan kekuatan itu ialah semngat yang tak kenal erti kalah. Dan kekuatan itu ialah hati kita yang penuh dengan iman.

Makna Kehidupan 003


Berani. Berani lawannya penakut. Kenapa orang kata berani kerana benar dan takut kerana salah. Sebabnya berani itu duduknya di hati. Oleh itu letaklah berani kita baik-baik dalam hati. Dan berani yang paling baik ialah apabila kita hanya takut pada Allah.

Akal. Akal boleh menghasilkan kebijaksanaan. Oleh itu asahlah akal dengan hikmah. Menutut ilmu, membaca, melihat dan berfikir adalah jalan kebijaksaan. Orang kita panggil Otak Cair.Akal pun boleh juga jadi sejuk dan beku, dan terus tak bernilai jatuh pada satu tahap iaitu bodoh. Sebaik-baik akal itu ialah bijaksana.

Kesempatan. Kesempatan tidak selalunya ada. Kadang-kadang datang kadang-kadang tidak. Kesempatan yang berbuat baik sangat mahal harganya. Janganlah kita lepaskan ia begitu saja. Kerana kesempatan itu adalah anugerah dari Allah, yang sewajarnya disyukuri. Bersyukur itu ialah ambillah kesempatan itu. Kadangkala kesempatan yang kecil itu adalah permulaan usaha yang besar. Orang yang tak sempat mengambil kesempatan yang baik kerap kali menyesal, kerana kesempatan yang pernah muncul dalam hidupnya tak muncul-muncul. Huraian terbaik untuk kesempatan ialah Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara.

The meanings of life 002


The meanings of life 002


Tree. The shade of a tree, we can do to shelter, from the heat. We feel good and comfortable in it. In fact it is we should have the tree. Provide benefit to people below, who feel comfortable with us, and very grateful to us. We do not mind any person wishes to thank or not thank you speech, we stick around to help people with our assistance. Only one goal, to be the best people God has created.



Among the time. Future and past, are different, some distance separated them. If our past is full of heart failure and the wounds will never forget it is. We are not burdened by the past to the future. Yet our past to God pleased with, patient and aware. Allah willing, we can build a brighter future, not least our hearts light.


Speaking. Speaking is a means of communication. It's easy to say, the conditions do not dumb. But so difficult conversations difficult when people want to understand. Thus the simple talk, hopefully people will want easy to understand. Now such a successful communication.

Makna-makna kehidupan 002


Pohon. Pohon yang rendang itu, bolehlah kita buat untuk berteduh, daripada panas. Kita rasa seronok dan nyaman di bawahnya. Sebenarnya kitalah sepatutnya pohon itu. Memberi manafaat pada orang yang dibawah, orang rasa selesa dengan kita, dan amat berterima kasih pada kita. Kita pun tak kisah mana orang ucap terima kasih atau tak ucap terima kasih, kita tak ke mana-mana terus membantu orang yang mengharapkan bantuan kita. Matlamat hanya satu, menjadi sebaik-baik manusia yang Allah ciptakan.

Antara Masa. Masa depan dan masa lalu, adalah berbeza, ada jarak yang memisahkannya. Jika masa lalu kita penuh dengan kegagalan dan hati yang luka maka lupakan lah. Kita janganlah dibebankan oleh masa lalu untuk menghadapi masa depan. Serahkanlah masa lalu kita kepada Allah dengan penuh redha, sabar dan insaf. Insya Allah kita dapat bina masa depan yang lebih cerah, paling tidak hati kita cerah.

Bercakap. Bercakap adalah satu cara komunikasi. Mudah saja untuk bercakap, syarat jangan bisu. Namun percakapan jadi susah bila orang susah nak faham. Oleh itu bercakaplah yang mudah-mudah, mudah-mudahan orang akan mudah nak faham. Maka itulah komunikasi yang berjaya.

Makna-makna kehidupan 0310



Keikhlasan. Buatlah sesuatu dengan ikhlas. Ikhlas itu maksudnya tidak mengharap apa-apa balasan kecuali balasan Allah. Betapa tingginya nilai ikhlas bila kita sandarkan perbuatan kita kepada Allah. Memang sukar untuk kita ikhlas kerana ia sukar dilihat, dan balasannya terasa masih jauh. Hanya yang ada mata hati saja dapat melihatnya.

Putus asa. Jangan putus asa, kerana ini adalah alamat kematian yang pertama sebelum kita mati. Bayangkan betapa sulitnya kematian semasa masih hidup. Nafas jadi sempit, kosong dan hampa. Sebelum putus asa datang dalam hidup kita beri ruang untuk kita syukuri atas nikmat yang kita terima ini.

Kesusahan. Hidup ini ada kesusahannya, namaun tak semua kesusahan itu pahit. Kadang-kadang kesusahan itu diperlukan dalam kehidupan ini, sebagai penambah rasa, atau warnai kehidupan kita. Kesenangan yang berterusan pun tak boleh juga, kerana kesusahan dan kesenangan itu adalah kehidupan dan kita ini hidup

Sunday, October 02, 2011

Dua Jiwa satu Zaman



Dalam diri kita ada hati. Macam-macam boleh diisi dalam hati. Yang baik pun boleh yang tak baik pun boleh. Hati juga tempat menyimpan iman kita. Namun tak ramai yang ingin menjadikan hati `sebagai tempat menyimpan iman. Kenapa, mungkin jawapan ada pada diri masing-masing atau tak ada. Manusia cenderung isi nafsu dalam diri mereka.

Sebahagia daripada manusia telah dengan bangganya menyimpan cinta duania dalam hati mereka. Pada waktu itu jawatan menjadi sangat-sangat penting. Mereka akan bangga dengan kuasa yang mereka miliki. Dan kuasa itu digunakan sepenuhnya, hak oranag lain mereka tak Nampak dah atau buat-buat tak Nampak. Derita orang lain bertambah, kerana nafsu mereka. Sehinggalah sampai satu saat mereka tahu bahawa Allah yang Maha berkuasa mengatasi segala-galanya.

Dan satu pihak yang lain ada juga orang yang menjauhkan diri daripada cinta dunia itu, dengan fikiran dan kekuatan diri. Walaupun hidup ditengah-tengah manusia yang kalut itu, dia tetap mengahadapi mereka dengan member nasihat, dakwah dan bimbingan untuk membaiki jiwa-jiwa yang rosak, serta membersihnya. Memberi nasihat tentang akidah yang benar terhadap hari akhirat dan menjauhi tipudaya dunia.

Monday, September 26, 2011

Nilai Waktu



Apabila kita berbicara tentang dunia dan akhirat maka pada masayang sama kita telah berbicara tentang waktu. Kita sebenarnya ibarat seperti hari. Satu hari yang berlalu maka sebahagian dari diri kita telahpun pergi.

Namun apakan daya, banyak orang yang lupa dan lalai akan hal ini. Sesalan bukan di sini tapi disana. Iaitu setelah manusia mati maka dia menaruh harapn tinggi agar dapat kembali ke dunia walaupun hanya satu jam. Tujuannya agar dalam masa satu jam itu dia dapat solat, bertasbih, atau bertahmid.

Begitual nilai waktu yang kebanyakan orang mensia-siakannya. Oleh itu marilah kita sama-sama untuk menghargai waktu itu, kerana waktu itu adalah kita.

Ya Allah Pilihlah untuk ku (05)



Ya Allah pilihlah untukku (05)

Sekiranya kita dapat redha pada ketentuan Allah, maka kita kan jadi seorang pasrah dan kita akan dapat mematuhi segala perintah-Nya. Jika ini lah yang berlaku maka kita akan merasa tenteram dengan hukum-Nya, dan meyerah seluruh pada ketentuan Nya.

Sebenar tak semua sikap suka mengantur adalah buruk atau tercela. Ada juga yang terpuji seperti mendekatkan diri kita kepada Allah. Pilihan seperti ini akan menghantar kita kepada redha Allah. Yng tercela itu ialah, mengatur dan pilihan kita untuk mencari dunia untuk diri sendiri, bukan untuk Allah dan bukan untuk Akhirat.

Kenapa kita menjadi seorang yang telalu sibuk mengatur urusan diri. Jawabnya, kita risau urusan rezeki kita. Takut tak kaya. Takut tak leh makan. Takut hidup susah. Dan macam-macam lagi yang takutnya. Ketakutan ini telah membuatkan kita lupa pada zat yang telah mengatur urusan kita sewaktu di alam rahim. Adakah kita yang keluarkan kita dari perut ibu kita, jawbnya tentu tidak.

Justeru sebagai hamba marilah kita pilih Allah, Jangan pilih selain Allah. Kerana jika itulah pilihan kita tentu Allah akan memperlihatkan kebaikan dan kelembutan-Nya kepada kita. Percayala apabila Alah mencipta manusia maka Dia tak akan serahkan kita kepada yang selain Dia.

Itu sebabnya para Nabi dan Para Arif (bijak sana) menyerahkan pengaturan dan pilihan hidup kepada Allah. Inilah ciri utama mereka.

Kesenangan dan kebahagiaan...


Kesenangan. Semua orang nak senang. Ada yang kata kesenangan itu sihat anggota badan. Bagi ulama maka dia senang dengan ilmunya. Tukang masak senang dengan masakannya.Manakala orang bijak rasa senang dengan kearifannya.. Ada yang dapat rasa senang banyak dan ada juga yang dapat rasa senang sikit. Ada kesenangan tahap rendah dan ada pula tahap tinggi.

Namun, ada yang menahan diri daripada kesenangan, atau tak utamakan kesenangan. Kerana baginya kesenangan dunia itu hanya sementara saja. Setiap cita-cita yang membelenggu diri akan berakhir duka. Tujuan entah ke mana atau dia menyerah awal. Kecualilah cita-citanya itu mencari keredhaan Allah. Keredhaan Allah akan membahagiakan hidup kita. Kebhagiaan itu akan terus dating kerana kebimbangan telah terhenti. Hasilnya kita akan hebat serta wibawa di kalangan kawan dan lawan. Manakala kebahagian abadi untuknya ialah kebahagian syurga.

Dalam hal ini maka kita perlu bebaskan diri daripada rasa cemas dan takut. Kedua-dua perasaan ini berpunca daripada pelbagai pelbagai hasrat, cita-cita dan keinginan. Nasihat untuk kita ialah carilah jalan yang lebih mulia, dan jalan yang mulia itu ialah jalan Allah. Dan sebaiknya jadikan diri kita, sebagai penyampai kebenaran, menjahkan diri daripadalarangan Allah, dan membantu kaum yang lemah. Janganlah berjuang untuk dunia yang penuh kehampaan, kerana ia ibarat menukar permata dengan batu.

Sunday, September 25, 2011

Ilmu dekatkan kita dengan Allah.



Setiap orang berhak mendapat bahagia, sama ada dia kaya atau miskin –Ibnu Hazim

Sebelum kalam diteruskan 2 persoalan, harus dijawab. Pertama, bagaimanakah kita berinteraksi dengan insan lain ? kedua, apa kita perlu buat supaya hidup kita harmoni, iaitu hubungan dengan Allah jadi baik dan hubungan dengan manusiapun jadi baik ?

Sementara menunggu anda menjawab maka kalam tetap diteruskan. Mari kita memulai kalam ini dengan Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka kita ikutilah dengan doa, tidak wajar sangat kalau kita sombong untuk berdoa, sehebat Nabi SAW masih ada masa untuk berdoa, inikan kita. Pertama minta Allah beri pertolongan kepada kita, kalau Allah tak tolong maka tiada siapa lagi yang boleh menolong kita. Minta juga Allah beri rahmatnya kepada kita, amat berbeza hidup dalam rahmat dengan hidup tanpa rahmat, rahmat itu dalah kasih sayang Allah pada kita, dan alangkah indahnya kalau Allah menyayangi kita. Dan sterusnya kita juga saying pada Nabi kita, Muhammad SAW. Jadi mari kita selawat pada Baginda dan kelurganya.

Dengan sedar atau tanpa sedar, hidup ini banyak malapetak dan penyakit. Itu juga kita mohon daripada Allah jauhkanlah kedua-duanya daripada kita. Selanjautnya nanti ada kengerian dan penderitaan di Akhirat nanti, itu juga kitamohon Allah selamatkan.

Sewaktu menulis ini, maka sejumlah fikiran telah saya gunakan, yang mana saya akui bahawa Allah lah Zat yang telah menciptakan akal, membuatkan saya mampu ambil manafaat daripadanya, hari demi hari. Bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Bertahun-tahu lamanya kita hidup atas muka bumi ini berbagai-bagai takdir telah kita lalui, dengan pasang surutnya. Saat gembira dan saat sedih disulam menjadi gubahan yang sangat indah. Sejenak kita berfikir, terasa ingin terus mengabdikan diri kepada Allah.

Pengabdian, ini membuatkan kita ingin terus belajar dan merenung. Dan lupakan atau tinggalkan lah jika ada kesenangan atau kemewahan yang cuba pikat jiwa kita, jika ia menghalang kita daripada belajar dan merenung untuk mendekat kepada Allah. Bukan apa, bimbang kalau-kalau keikhlasan kita tergugat dan membuatkan kita makin jauh dari Allah.

Sesungguhnya ilmu itu sangat bermanfaat, melebihi manfaatnya harta. Manfaatnya lebih besar jika kita buat renungan, apalagi kalu dapat diamalkan ilmu itu. Dengan niat, dengan ilmu dan amal itu maka kita mengharapkan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala. Kerana sesungguhnya Allah lah tempat kita berharap.


cikgunik

Maahad Tahfiz Pulai Chondong.

26 sept 2011



Thursday, September 22, 2011

Ya Allah Pilihlah untuk ku (04)



Ya Allah Pilihlah untuk ku (04)

Sebelum ini kita telah bincang bahawa kesibukan mengatur urusan diri adalah sia-sia. Sheikh Ibn Athaillah telah menyebut sikap sibuk mengatur urusan diri sebagai satu daripada syirik rububiyah. Syrik ada dua, ada syirik uluhiyah dan syirik rububiyah.Syrik uluhiyah bermaksud ada sembahan lain selain Allah, atau menentang ketuhanan Allah. Manakala syrik Rububiyah bererti meyakini ada pengatur lainyang turut mengurus kehidupan selain Allah. Manusia macam ini yakin bahawa dia boleh menjadi pengatur selain Allah . Kalau begitulah keadaannya, maka kita wajar berhati-hati dengan keadaan yang sangat bahaya ini. Bahaya bukan untuk kesihatan, tapi dalam konteks penghambaan kita kepada Allah.

Bayangkan seorang yang kita jumpa dengan seorang yang sopan satun, tentu hati kita akan senang. Bertapa beretinya sopan satu pada manusia. Sapatutnya kita harus lebih bersopan satun kepada Allah, jangan jauhkan diri kita dari Allah. Kalau beginilah kita, maka kita akan terdorong untuk menggugurkan urusan diri sendiri , yang dengannya membuatkan kita terhijab dari Allah. Bila hijab itu dibuka maka kita akan keluar daripada gelap kepada cahaya. Cahaya itu ialah serahkan urusan atau pilihan hidup kepada Allah, sesuai dengan tajuk Ya Allah pilihlah untukku. Ringkas ayat sufi itu, kita diatur dan tidak mengatur, kita ditentu dan tidak menentu, kita digerak dan tidak bergerak sendiri. Itulah sebenar-benar hamba. Redha lah dengan ketentuan Allah. Berbaik sangka lah dengan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Ingat juga janji Allah kepada kita sesiapa yang bertawakal kepada-Nya, Dia akan mencukupi. Manakala kesudahan sikap yang mulia ini ialah kitaakan rasa senang dan cinta pada segala kehendak dan keputusan-Nya. Seterusnya menerbitkan rasa cinta pada Allah. Cinta yang paling agong.

Sekilas pandang janganlah kita salah faham dengan kepasrahan ala sufi ini, dan jangan anggap sebagai pasif atau malas dalam hidup.Ia tidak sama dengan berhenti kerja,berhenti berusaha, berhenti berdoa, sebab kita sudah serah semuanya kepada Allah. Jangan fikir seperti itu. Sebenarnya kedua-dua isu itu tak bertentangan, kalau hati kita penuh dengan iman dan cahaya dari Allah maka kedua-duanya adalah selari dan sama. Kalau ada yang masih terkeliru, maka tanda iman belum sempurna dan hati masih malap dari cahaya. Penjelasan hal ini akan menyusul lepas ini. InsyaAllah. Lapangkan fikiran. Dengar dulu apa yang sheikh nak bagi tahu pada kita.

Positifnya berserah diri mengikut sheikh Ibn Athaillah, ialah :

Pertama ; tidak risau dengan masalah-masalah kehidupan. Sifat-sifat cemas, bimbang, gundah dan gelisah akan berkurang sedikit demi sedikit, dan muncullah ketenangan dan kejayaan dalam hidup.

Kedua ; Kurangnya bergantung kita pada amal dan usaha. Kita mungkin tak syok sorang. Sikap bergantung pada amalan dan usaha sendiri akan menghasilkan kekecewaan atau putus asa. Kerana berapa banyak usaha kita yang telah menempuh jalan kegagalan. Berserah pada Allah lah ialah jalan yang selamat yang hakiki.

Ketiga ; Redha pada kenyataan. Kerana kekecewaan hanya akan mengurangkan tenaga dan semangat kita.

Keempat ; menyebabkan harapan kita jadi tinggi sebab kita sudah bersandar pada Allah, bukan pada yang lain-lain. Kepercayaan kita Allah telah member yang terbaik untuk kita kalau tak di sini maka di sana. Ini semua akan menjadikan kita pemenang yang sebenar.

Bersambung…

Wednesday, September 21, 2011

Ya Allah Pilihlah untukku (03)


Ya Allah Pilihlah untukku (03)

Allah lah yang mencipta kita dan Dia tidak pernah berhenti daripada mengurus kita, walaupun kita sudah ada akal. Akal itu sepatutnya faham lagi tahu tugasnya yang sebenar iaitu melaksanakan dengan baik perintah Allah dan bukan pandai mandai melanggarnya. Buat secara baik ketentuan Allah dan bukan menolaknya. Dalam hal ini Sheikh Ibn Athaillah telah memberi mutiara nasihatnya yang amat baik dalam kitab Hikam : Kesungguhanmu mengejar apa yang dijamin untukmu dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dituntut daripadamu, adalah bukti rabunnya mata batinmu. Ini membawa maksud kita perlu istirehat diri kita yang suka buat-buat sibuk ini, daripada mengatur urusan kita. Kerana segala urusan kita telahpun diurus oleh selain dari kita iaitu Allah, tak perlulah kita turut mengurusnya.

Ini mungkin tawakkal tahap tinggi. Mungkin kita tak sampai lagi peringkat itu. Namun, Tak salah untuk kita hayati kerana ia adalah mutiara sufi. Maka mari kita lanjutkan lagi kalam sufi itu, semangat yang berkobar-kobar tidak akan dapat menembusi benteng takdir. Semangat ini merujuk kepada tenaga yang kita miliki dan dikumpul sebanyaknya, untuk mencapai suatu hasrat, namun hasrat itu hampa dan gagal, jika tidak selaras dengan ketentuan Allah. Contoh yang dramatic, seseorang cuba dengan sedaya upaya untuk memiliki si dia, kekasih buah hati. Namun hasilnya kekasih itu menjadi milik orang lain, yang tak tahu suku sakatnya. Kesudahanya dia akan kecewa yang teramat. Mungkin kerana dia tidak dapat memahami dan menghayati apa yang dikatakan oleh Sheikh kita tadi. Kita taka da dapat menangkan kehendak kita atas kehendak Allah. Kerap kali kita temui apa yang kita nak maka yang itu kita tak dapat. Takdir itu berbeza sakan dengan apa yang kita nak. Kehendak kita itu ibarat rumah pasir ditepi laut, mudah runtuh apabila ombak berlabuh.

Dalam hidup yang singkat ini, ada orang kerap kali bertemu keadaan dimana apa yang dia rasa baik, namun tak baik bagi dia. Sebaliknya apa yang dia rasa tak baik, namun baik untuk dia. Ringkas kata ada tak baik disebalik baik, ada baik disebalik tak baik. Akhirnya dia jadi kelu, fikiran jadi buntu, tak tahu mana satu, semua jadi luar pengetahuan. Kalau keadaan ini berlaku pada kita, maka cepat-cepatlah cari jalan keluar, terimalah nasihat berguna daripada Sheikh kita, Ibn Athaillah, Sibuk mengatur nasih sendiri boleh membawa kepada sia-sia, lebih-lebih lagi kalau kita terlupa akan tugas kita sebagai hamba Allah. Terlupa juga bahawa Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk-Nya, dan Allah sentiasa dekat dengannya. Janganlah pula kita tambah kelemahan iman kita dengan melupai semua perkara itu. Tambahlah sedikit cahaya makrifat di hati kita. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Berbekalkan iman maka kita perlu akui bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dalam hal ini psikologi dan motivasi dari Barat tidak semuanya betul. Makin dicuba makin keliru lagi celaru. Kerana mereka berfikir tanpa iman.Tanpa iman orang kafir Seumpama berjalan dalam gelap, meraba-raba, kalau yang dipengannya betul maka betullah, kalau salah, merekapun tahu hanya kerana berjalan dalam gelap. Oleh itu neraca iman hendaklah diguna sebagai kayu ukur kita.

Bersambung…

Sunday, September 18, 2011

Ya Allah Pilihlah untukku (02)




Ya Allah Pilihlah untukku (Kehidupan dari persepktif sufi) (02)

Bagaimana kita memandang kehidupan ini? Apa neraca atau kayu ukur yang kita akan guna. Dari persepktif mana kita melihat , negetif atau positif, itu semua akan mempengaruhi kehidupan kita. Kemudian dengan apa yang kita melihat. Dengan mata atau dengan mata hati. Dan adakah penglihatan kita sempurna ? Kalau sempurna maka bahagialah kita, kerana kehidupan kita nanti akan menjadi lebih jelas. Apabila kehidupan jadi jelas maka jalan kita juga akan turut jadi lurus dan lancar. Jalan yang sebaik ini akan terus membawa kita terus ke destinasi.

Satu cara untuk kita melancarkan perjalanan hidup kita ini ialah dengan menghayati kedudukan kita sebagai hamba Allah. Hakikatnya kita hamba Allah. Allah Pencipta kita. Sebagai hamba Allah maka kita mesti, tidak dapat tidak, mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Adalah tidak sopan bahkan kurang ajar jika kita hidup untuk kepentingan diri sendiri.Itu sebabnya kita perlu berehatdaripada mengatur itu dan ini dalam kehidupan kita.

Pada kebiasaanya keabadian atau ibadat kita pada Allah ialah menunaikan segala kewajipan seperti, solat, puasa, haji, dan zakat. Kuat atau tidak bergantung pada keimanan yang kita miliki. Namun kita boleh juga upgrade iman kita. Iaitu kita melaksanakan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. Jika nilai tambah ini diaplikasikan maka kita akan dapat merasai kematangan iman.Dalam bahasa yang lebih tinggi dua perkara itu akan menghasilkan dua hokum yang mesti kita patuhi serbagai orang yang beriman. Pertama, hukum taklif, yang kita sedia maklum iaitu buat apa yang Allah suru dan tinggal apa yang Allah larang. Kedua, hukum takdir yang menliputi ketentuan dan keputusan dari Allah yang mesti dilalui dalam hidup kita ini.

Mengikut Ibnu Athaillah al-Sakandari Apa yang kita perlu atas dunia ini sudahpun dijamin oleh Allah. Dengan Ilmu-Nya, Allah sudah mengaturnya untuk kita, bahkan sebelum kita ada lagi. Setelah kita lahirpun Allah terus mengatur hidup kita, dan berterusan. Cumanya, bila manusia lahir setelah diberi akal, mulalah dia buat perangai, menjadi lupa bahawa urusan kehidupannya ada dalam aturan Allah. Dengan akal yang tak seberapa manusia seakan ingin mengambil hak pengaturan itu. Mereka ingin buat sendiri, mereka ingin mengatur sendiri segenap urusan hidup mereka. Hal ini tidak betul dan boleh tergolong dalam ketidak bersyukuran atas nikmat akal.

Monday, September 12, 2011

Ya Allah, pilihkan untukku

Ya Allah, pilihkan untukku

Hidup penuh dengan pilihan. Sebagai hamba Allah kita telah beri peluang untuk memilih. Memilih itu sendiri adalah rahmat dan nikmat yang Allah beri kepada kita. Ini kerana bukan kita yang mencipta pilihan itu. Contoh paling mudah jika kita ingin makan nasi atau roti. Kita harus pilih salah satu daripadanya. Jika kita hendak makan kedua-duapun tak ada masalah. Cuma dalam kes ini kita diberi pilihan, iaitu pilih salah satu saja. Persoalannya kenapa kita harus memilih, jawapannya sebab ada dua benda. Katakanlah ada satu benda, tentu kita tidak perlu pilih. Jadi siapakah yang mengadakan satu benda itu. Orang yang beriman akan menjawab Allah. Manakala orang yang tak beriman atau kurang iman akan menjawab, dengan sombongnya akau cari sendiri. Ringkasnya Allah lah yang telah membuat pilihan untuk kita.

Persoalan yang kedua ialah, kita telah ditentukan oleh Allah, atau dalam bahasa lain ditentukan pilihan oleh Allah. Contoh yang dramatik ialah Allah telah tentukan isteri atau suami itu memang telah ditentukan oleh Allah. Atau nasib kita telah ditentukan demikian. Kita telah ditakdirkan untuk berkaadaan begini. Maka apa yang akan kita rasai. Ya lah kita manusia, jika apa yang berlaku sesuai dengan kehendak kita maka kita akan gembira atau bersyukur, namun kalau sebaliknya, kita tak suka, kita sakit hati, kita susah hati, kita sedih, kita marah, dan pelbagai kita lagi , adakah kita redha. Kita tentu ingin sesuatu yang lain, kita akan cuba mengubahnya, kita akan cuba menentangnya, kita akan cuba mengkritik sekeras-kerasnya. Salahkan perbuatan kita itu, maka saya tiada jawapan untuk soalan itu, anda jawablah sendiri kerana anda yang rasa, bukan saya yang rasa. Kalau saya jawab, nanti anda akan kata pula, berat mata melihat berat lagi bahu memikul.

Bersambung...

cikgunik.blogspot.com


Wednesday, July 07, 2010

bahagian 3



Akhir


khutbah 9 julai 2010 Bahagian 2

sepuluh
sembilan
lapan
tujuh
enam
Sambungan..

khutbah 9 julai 2010

Lima
Empat
Tiga
Dua

Satu

akan dicetak dan diedar kpda orang ramai mohon maaf sbb scaner ada masalah jadi ambil gambar guna hp saja..