Hee ..manusia bodoh, kamu tahu tak kamu ni manusia yang bodoh lagi sombong. Hari-hari buat maksiat. Maksiat mata, maksiat kaki.maksiat mulut. Apa kamu ingat kaki kamu tu kamu yang buat ke, banyak cantik kamu punya muka. Mata kamu ,kau yang buat..Esok mata kamu buta baru kamu tahu.
Atau kamu nak mata kamu buta, biar tak dapat lihat lagi, biar semua jadi gelap. Seronok ke..jadi gelap. Apa punya manusia kamu ni. Kenang lah sikit jasa Allah kepada kamu, Dialah yang membuat kamu daripada tiada kepada ada. Kamu ingat proses buat kamu proses yang gitu-gitu ke. Tak lah, Allah telah buat dengan penuh kesempurnaan , jadikan kamu sebagi manusia. Biar jadi orang bersyukur gat sikit.
Sedar sikit lah, kalau kamu mati kamu akan jumpa dengan Allah. Nak jawab apa..nak jawap apa..NAK JAWAP APA.Eleh, mulut dah tak leh cakap nak jawap apa. Muka punya lah berenya.
Kalu kau nak pening, pening sekarang bukan di akhirat, kalau nak menangis menangis sekarang bukan di akhirat. BODOH betul kau ni tak tahu nak fikir apa yang berlaku di akhirat. Kalu manusia benci kamu taka pa, asalkan iman kamu kuat. Tapi kalu Allah dan Rasul benci pada kau, mana lah kau nak letak muka. Muka tak malu. JANGAN BUAT MAKSIAT. Kalau kau nak jaga mukamu depan Allah dan Rasul.
AKU insaf
AKU insaf
AKU insaf
Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Saturday, October 10, 2009
Monday, October 05, 2009
Ketenangan keimanan
Setiap orang daripada kita suka dan ingin mencari ketenangan. Ketenangan adalah satu perkara yang abstak atau tak sama antara satu sama lain. Ada orang rasa tenang kalau dok tepi pantai, ada orang rasa tenang apabila bersendirian, ada orang rasa tenang apabila berada dekat dengan orang yang tersayang. Bagi yang beriman dia rasa tenang apabila dekat dengan Allah. Keimanan itu sendiri sudah pun satu ketenangan, cuma tak semua yang dapat. Ia diistilahkan sebagai kemanisan iman. tak siapa dapat mengambarkannya kecuali dapat merasainya sendiri, macam manai gula, macam mana kita dapat tahu kalau kita tak pernah rasa manisnya gula.
Ketenangan itu adalah anugerah daripada Allah, orang bukan Islam pun ada yang dapat ketenangan, Allah bagi semua manusianya untuk merasainya, Namun ketenangan dan keimanan hanya Allah bagi pada orang Islam yang terpilih sahaja. Alangkah bahagianya kalau kita terpilih.
Cara untuk medapat ketenangan melalui iman ialah kemanisan iman.Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Ini lah benda-benda ( perkara) yang payah untuk kita buat. Mencintai Allah dan Rasul lebih daripada segalanya. Tak terdaya kita untuk menyentuhnya tapi tak mustahil, masalahnya hanya yang Allah pilih saja yang dapat. Oleh itu kita juga harus tanya adakah kita dipilh oleh Allah SWT. Untuk mendapatnnya hatipun harus bersih. Cantik sungguh hati yang bersih. Mengikut ulama hati yang bersih akan dapat jika kita :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan
Ini adalah list yang kita boleh masukkan ke dalam dairy hidup kita. Satu bentuk senarai yang memang kita boleh buatpun tapi adakah kita membuatnya. Ambil satu. Berapa masa kita peruntukan dalam hidup kita untuk baca Al-Quran dan menghayati maksudnya. Tanya diri dan jawab sendiri. Jika soalan yang pertama pun belum tentu kita jawab, tak payahlah rasanya nak tanya soalan yang berikut.
Selamat bermuhasabah

Sunday, October 04, 2009
Jangan lah kita jadi orang yang bodoh
Tiada siapapun antara kita yang nak jadi orang yang bodoh, sebab tu lah kita belajar. Kita minta sangat-sangat kepada Allah agar kita tak jadi orang yang bodoh. Kenapa. Kerana kalau bodoh maka kita akan terlindung dari segala kebenaran dan hikmah.
Kisahnya ada seorang pelajar yang tak datang ke sekolah lalu ada cikgu jemput/suruh dia datang ke sekolah sebab ada ujian. Lalu kerana terpaksa maka dia datang ke sekolah tapi dalam keadaan yang tak puas hati. Dihentaknya meja kuat-kuat, tanda tak puas hati.
Atas dunia ni ada manusia yan suka diajar dan ada yang tak suka diajar. Lebih malang ada yang rasa dia sudah pandai tapi sebenarnya bodoh. Dan alangkah mulianya ada yang sudah pandai tapi masih sedia terima teguran dan ilmu. Kenapa. Sebab dia sedar ilmu itu sangat luas, tak habis sampai bila, tambahan pula hatinya telah mekar dengan sifat rendah diri (Tawadduk).
Kalu berkawan pun kita harus pilih yang pandai jangan pilih yang bodoh, kecuali kita ada hasrat nak bantu ajar dia, sampaikan ilmu. Pada masa yang sama kita juga harus berhati-hati takut takut tak perasaan yang kita telah tertipu dengan keangkuhan sendiri yang mengatakan kita ni sudah serba pandai, tak perlu diajar-ajar lagi. Kerana itulah saatnya pintu hikmah dan ilmu akan tertutup buat kita.
Semoga Allah tidak menutup hati dan fikiran kita untuk menerima ilmu dan kebenaran .
Subscribe to:
Posts (Atom)