Wednesday, April 17, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 099

Jika ada satu masalah berat yang sedang menyusahkan hati mu sekarang, cuba ingat kembali setahun yang lalu, pada saat seperti ini apakah masalah yang sangat mengganggu mu ketika itu. Bukankah ini ia sudah selesai? Atau mungkin engkau tidak dapat mengingatnya sama sekali!
Begitulah hikmah aliran masa, antaranya Allah jadikan ia sebagai penawar dukacita. Dan bukankah Allah telah dua kali berjanji, selepas kesusahan pasti ada kemudahan?

Perkahwinan umpama memegang benang halus yang mudah putus. Suami di satu hujung, isteri di satu hujung yang lain.
Tanyakan pada hati, siapa yang sedang 'menarik' benang itu ketika ini...jika isteri, maka hulurkanlah benang itu wahai suami. Agar benang itu tidak putus. Dan begitulah sebaliknya dan seterusnya...sampai bila-bila.
Dalam perhubungan suami-isteri tidak ada istilah menang-kalah, yang ada hanyalah kalah-kalah atau menang-menang.

Apabila berlaku perselisihan antara suami isteri, ingatlah perkara ini:
1. Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir.
2. Allah menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada pengampunan dosa atau pengurnian pahala.
3. Sedarlah ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita bukan pasangan kita.
4. Ingatlah, kebaikan dan kelebihan pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya.
5. Jadilah orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah.

Satu cara untuk mendapat bahagia dengan mudah ialah bahagia dengan kebahagian orang lain. Itulah yang sering kita lupa!

Suami yang sayang isteri biasanya sering bertanya 4 hal ini .. 😊
1) Sudah solat?
2) Awak penat ke?
3) Dah makan ke belum?
4) Duit belanja masih ada?













Pernahkah kita bertanya, kenapa garis takdir hidup kita tidak sama dengan takdir orang lain? Mungkin kita sebenarnya lupa bahawa itulah takdir Allah SWT sebagai ujian untuk hamba-Nya dalam menempuhi liku-liku kehidupan di bumi persinggahan.

Ada insan yang hidupnya mewah dengan kekayaan yang ada. Tetapi, Allah SWT menguji hidupnya dengan pelbagai ujian yang membuatkan kehidupannya tidak bahagia.

Contohnya, diuji dengan tidak mempunyai zuriat ataupun ujian menghidap penyakit berbahaya.

Ada juga hidupnya susah dengan kemiskinan yang dilalui, tetapi masih bahagia meneruskan kehidupan seharian.

Umumnya, Allah SWT menjadikan kekayaan dan kemiskinan dalam hidup hamba-Nya untuk menguji tahap keimanan kita.

Apabila kita jatuh sakit ataupun jatuh muflis daripada sesuatu perniagaan ataupun kehilangan orang yang disayangi, kita akan rasa teruknya takdir hidup kita.

Begitu juga apabila takdir hidup kita derita dan miskin. Mungkin kita akan mengeluh dengan aturan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya. Mengapa kita perlu mengeluh?





Bagaimana garis takdir kita nanti? Sebagai insan yang beriman, kita perlu yakin dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT itu ada hikmah untuk setiap hamba-Nya.

Sama ada garis takdir hidup kita itu merupakan garisan takdir buruk ataupun baik, kita harus redha dengan ketentuan-Nya serta bersabar dengan setiap ujian hidup yang telah ditetapkan untuk kita.

Ironinya, manusia mudah lupa kepada Dia. Apabila takdir buruk terjadi, manusia baru sedar untuk memohon doa kepada-Nya. Mengapakah kita sentiasa bersikap sebegini?

Mungkin iman kita masih senipis kulit bawang yang bertebaran ditiup angin kencang. Mungkin juga iman kita seperti lalang ditiup angin ke hulu ke hilir. Justeru, jadilah seperti lebah yang sentiasa memberi manfaat kepada semua makhluk-Nya.

Oleh sebab itu, takdir hidup kita dirahsiakan oleh-Nya. Allah sengaja merahsiakan semua ini supaya hamba-Nya sentiasa mengingati-Nya di dalam setiap perbuatan yang ingin dilakukan.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” (Surah Al An’am:59)

Walau apapun garisan takdir kita, sentiasalah yakin dengan ketetapan-Nya dan berdoalah sentiasa kepada-Nya agar hati kita qowiy dengan ujian-Nya. Jom! Jadi hamba yang sentiasa bersyukur dan bersabar!




Seandainya aku menjadi sang pelangi, sudah tentu akulah insan yang paling gembira.

Hal ini adalah kerana setiap manusia pasti tersenyum melihat tujuh warna pelangi yang cantik iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Aku ingin bahagia dan membahagiakan orang lain.

Pelangi muncul setelah hujan. Maka, janganlah dicari sang pelangi ini jika si hujan belum membasahi bumi. Aku pasti tidak akan muncul!

Begitulah rutin kehidupan manusia. Allah SWT akan memberikan hadiah berupa ujian kepada hamba-Nya.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-‘Ankabut: ayat 2-3)





Ujian itu dalam pelbagai bentuk. Kehilangan orang tersayang, kemiskinan, kesakitan dan sebagainya.

Saat diuji terasa malapnya hati ini umpama guruh berdentum, kilat sabung-menyabung. Hujan yang turun pula umpama aliran air mata yang membasahi pipi.

Namun begitu, saat sang mentari muncul lagi, terukir senyuman di bibir melihat sang pelangi muncul.

Sang pelangi muncul menandakan berakhirnya keperitan yang dialami. Cukup indah setiap takdir yang berlaku dalam kehidupan hamba-Nya.

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya nanti.

Percayalah dengan janji Allah!

Setiap kepahitan yang kita lalui akan ada kemanisannya nanti. Apa yang penting, bersabarlah kerana syurga itu bukan percuma!



Ketika Allah rindukan hambaNya, maka Dia hadirkan hadiah berupa ujian. Saat itu, bersabarlah dan bersyukurlah. Ujian itu hadir tidak semestinya dalam bentuk musibah. Kita sering lupa bahawa nikmat juga satu ujian.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Al-Ankabut:2-3)

Kadangkala kita diuji dengan sesuatu yang tak pernah kita duga. Kita memberontak, kita persoalkan kenapa kita diuji. Tanpa kita sedar, di sebalik ujian Allah itu terselit seribu satu hikmah yang sarat dengan kasih sayangNya.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Ujian itu akan selalu menimpa seorang hamba sampai Allâh membiarkannya berjalan di atas bumi dengan tidak memiliki dosa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)



Wahai Tuhan, kami tidak sanggup ke nerakaMu.
Kami pernah terdengar, hadis yang menyatakan seksaan paling ringan di Neraka.
Pabila bara api di bawah kedua telapak kaki,
sedang otaknya mendidih!

Berdegup jantung kami, untuk meniti titian ke seberang.
Ramai telah kecundang jatuh jurang yang dalam,
sedang tebing nerakaMu menunggu kami.
Dalam meniti titian Sirat ke SyurgaMu



~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR..
Kunci kebahagiaan dunia dan akhirat
1. Cari ilmu
2. Bersangka baik
3. Redha dgn ujian
4. Banyak memberi drpd menerima
5. Istiqomah dlm ibadat
6. Istighfar dan minta maaf
7. Amanah dan bertanggungjawab
8. Bersyukur dan berterima kasih
9. Ingat mati selalu
"Aku kagum dengan orang Mu'min, sesungguhnya Allah tidak memutuskan sesuatu, melainkan ia menjadi kebaikan untuknya" [HR Ahmad]

Wahai Tuhan, kami tidak sanggup ke nerakaMu.
Kami pernah terdengar, hadis yang menyatakan seksaan paling ringan di Neraka.
Pabila bara api di bawah kedua telapak kaki,
sedang otaknya mendidih!
Berdegup jantung kami, untuk meniti titian ke seberang.
Ramai telah kecundang jatuh jurang yang dalam,
sedang tebing nerakaMu menunggu kami.
Dalam meniti titian Sirat ke SyurgaMu

Tanda Allah ingat akan kita, Allah turunkan ujianNya untuk mendekatkan diri kita kepadaNya. Setiap ujian yang diberi adalah sesuai dengan kesanggupan hambaNya.
Sabar dan bersyukurlah kepadaNya. Andai dalam kesusahan, hadapilah dengan tabah kerana pasti terdapat seribu hikmah yang akan hadir selepas sabar menempuh segala kesusahan.
Hebatnya kasih sayang Allah kepada kita sebagai hambaNya. Saat kita lemah, ada yang akan menguatkan walaupun hanya dengan kata-kata bersabarlah, kerana orang yang sabar akan dicukupkan pahala buat mereka, itu janji Allah.
Dia tidak pernah membiarkan kita sendirian. Biar apa pun yang dialami, kekalkan Allah di hati kerana Allah sentiasa ada di sisi. Bersyukurlah dengan segala kurniaan Allah kepada diri kerana itu tanda kita mencintaiNya.
Bahagia ada dalam hati yang dipenuhi dengan iman. Husnuzonlah dengan aturanNya.

Setiap yang ada itu semuanya pinjaman daripada Allah. Sampai masanya, perlu dipulangkan.
Ya Allah, andai dengan ujian-ujian yang Engkau hadiahkan kepada kami ini dapat mengembalikan kami kepada cintaMu yang sebenar, Engkau ujilah kami, kerana denganMu di sisi, kami punya segala-galanya.
Tika air mata mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi. Tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali.
Apabila suatu saat diri rasa ingin rebah, maka duduklah. Tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali, setiap perancangan Allah adalah yang terbaik.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud, ‘Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.'” (Riwayat Bukhari)
petikan dari
iluvislam.com

Kita akan mati.
Kita akan jumpa Allah.
Kita akan bawa semua dosa kita ini.
Sanggupkah kita.

Iya,☝✔terkadang diamnya seseorang itu boleh menjadi buruk dan ada juga yang baik.
Seperti diamnya orang berilmu, atau sebut saja orang yang bijak.
Diamnya orang bijak adalah karena ia selalu berpikir bagaimana caranya agar apa yang akan ia ucapkan atau lakukan nantinya dapat bernilai positif, bukan menjadi hal yang sia-sia apalagi sampai menyakiti hati orang lain.
Jadi, kita harus berhati-hati dalam berbicara ataupun berbuat sesuatu.
Apalagi di dunia yang serba digital saat ini.
Ketika menggunakan sosial media di smartphone ataupun komputer jangan pernah sesekali membuat argumen atau status yang dapat merugikan orang lain.
Jika kita tidak tahu yang sebenarnya lebih baik diam. Jangan suka bersangka sangka, kerana semua itu di nilai oleh Allah..
Bila berhadapan dengan orang yang sedang marah, jikalau tak mampu menenangkan, lebih baik diam.
Terkadang, diam itu lebih baik , daripada bicara tapi tak dihargai, tak dianggap ada.biarpun, kita kemukakan hadis /quran bagai, tetapi tidak di ambil peduli, diam adalah lebih baik
Jika tidak tahu, lebih baik diam. Tapi memilih diam, bukan berarti tidak tahu.
Diam bukan tanda tak tahu, Bukan juga definisi bodoh. Tetapi makna kita lebih matang dalam menilai situasi, lebih bijak berpikir mana yang lebih baik untuk dirimu dan orang lain.
Jika sekiranya DIAM itu bijak, lakukanlah! Tapi ketika bijak itu diinjak BICARALAH agar mereka diam.
Terkadang lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasa, karena menyakitkan ketika mereka hanya bisa mendengar tapi tak bisa mengerti.
Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata,
”Seseorang mati karena tersandung lidahnya
Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya
Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya
Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.”
Laahaulaa walaaquw-wata il-laabillahil ‘aliy-yil ‘adziim.
”Tiada daya upaya dan kekuatan selain atas izin/pertolongan Allah”
Astaghfirullahal A'zim Allazi Lailaa Hailla Hual hayyul qayyum wa atubuu Ilaih..
Saling sama kita berbahagi dalam menata hati, selebihnya...ku menegur hati sendiri..
keep zikir☝✔