Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Friday, February 21, 2020
Koleksi Tazkirah Pilihan 119
Antara kepenatan yang mengandungi banyak pahala,
penat mencari REZEKI yang HALAL dan menguruskan KELUARGA.
Terus Kuat ya
Berkata baik itu percuma, ganjarannya PAHALA (SYURGA).
Berkata keji juga percuma, catatannya DOSA.
Pilihan ada di hati
TANDA-TANDA LALAI
Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan.
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
Ada juga ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran.
Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.
KESAN LALAI :
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2. ‘Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.
5. Hati resah gelisah, tiada ketenangan, sentiasa keluh kesah dan hidup kelam kabut.
SEBAB-SEBAB LALAI :
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan mahram, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )
CARA-CARA ATASI :
1. Cari sahabat yang baik.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam dan solat.
4. Banyakkan zikir.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik dengan org lain.
Credit : MAJLIS ILMU
Jika pedih belum hilang kepedihannya, hati belum selesai menerima didikanNya.
TIGA TANDA
HATI YANG SAKIT.
TIDAK KYUSUK
DALAM SHALAT.
TIDAK TAHAN
BERLAMA-LAMA
DENGAN
AL-QUR'AN. SERING
BERPRASANGKA
BURUK TERHADAP
ORANG LAIN
Solat lah walaupun kita belum baik,
Solat lah walaupun kita masih suka berbuat dosa,
Solat lah walaupun kita masih suka bercinta,
Solat lah walaupun kita masih suka korupsi,
Solat lah walaupun kita masih suka berzina,
Solat lah walaupun kita belum tutup aurat,
Solat lah walaupun kita suka berbohong,
Sholat lah walaupun kita masih suka mengumpat,
Solat lah walaupun kita masih suka bertengkar,
Solat lah walaupun kita masih suka mabuk,
Solat lah walaupun kita masih suka berjudi,
Solat lah walaupun kita sudah berlumuran dosa.
Kerana dengan solatlah hal-hal yg buruk yg sering kita lakukan akan berkurang secara bertahap...
Yg belum solatlah, marilah solatlah
Yg sudah solatlah, perbaiki sikit2 solatnya,
Yg sudah solatlah dan sudah memperbaiki solat?, ayuh fahami bacaannya dengan serius,
Jangan terburu2 ketika Takbir,
Jangan terburu2 ketika ruku,
Jangan terburu2 ketika sujud.
Kerana banyak juga yg
"Solat tapi tidak faham dan tidak mengerti apa yg dibaca"
Tapi tetaplah terus berupaya untuk dekat dengan Allah melalui Solatmu 😊
Semoga kita meninggal dalam keadaan husnul khotimah
🤲🏻😇 Aamiin Ya Allah
#PesanPadaHatiKu
ANDAI AJAL DALAM TIDUR
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah:
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...
Aamiin ya Allah..
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
...
Boleh Share Pada SAHABAT2 😃
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)
Semoga KITA Semua dijauhkan dari segala penyakit, diberi sehat wal'afiat, rezekinya melimpah ruah, dan keluarganya bahagia Dan bisa masuk Surga melalui pintu mana saja. Aamiin ya Rabbal'alamiin..
ak boleh tangguh dah daripada beramal soleh dan bertaubat pada setiap hari..
Dekatkan diri anda dengan Rumah Allah / Masjid
Sama2 kita muhasabah..
Seandainya kau berjumpa seorang kawan..
Yang sanggup bersusah demi persahabatan
Yang memikirkan dirimu, hidup & sakit peningmu
Menegurmu atas kerana sayang seorang kawan
Menjaga kebajikanmu walaupun kau sudah tiada
Ketahuilah dia bukan kawan biasa biasa, dia ibarat saudara kandung & sahabat sejati yang sukar di cari ganti.
Jangan cari susah, nanti kau buntu. Tapi cari orang susah, kau bantu!
Ketika aku bertanya kepadanya, mengapa kau tidak merasa tertekan, kecewa, jemu dan frustasi?
Dia menjawab, "buatlah kerana Allah, bukan kerana manusia!"
Aku termenung. Rupanya, ini maksud Allah yang menentukan kau duduk di hadapan ku ketika sarapan pagi ini.
Ikhlaslah wahai diri. InsyaAllah kau tidak akan mudah dikecewakan!
"Boleh jadi kita pernah mengguris hati ibu bapa tanpa kita sedar, meninggikan suara, mengutamakan sahabat atau pasangan melebihi mereka, atau sudah lama tidak berhubung dengan mereka, jadi gunakan kesempatan yang masih ada untuk bertanya khabar dan meminta maaf kepada mereka." 😢
.
"Berapa ramai orang yang sudah kematian ibu bapa BERHARAP AGAR MEREKA DIBERI KESEMPATAN walau sesaat untuk bertemu semula ibu bapa mereka? Namun, segalanya sudah terlambat, hanya doa yang mampu dipanjatkan."
.
"Jadi, SEMENTARA MASIH ADA PELUANG, pastikan anda tidak mensia²kan ibu bapa anda, sebelum mereka pergi buat selama²nya."
Tak Solat 5 Waktu sebab Tak Khusyuk"
Isu Lepat, isu mudah sahaja.
Manusia yang nak tinggal solat akan memakai pelbagai jenis ilmu wasilah dan hujah:
1. Ilmu nafsu: tak nak solat, malas, tak penting, solat masa hujung nak mati je lah dll.
2. Pakai Ilmu moden: solat tiada bukti saintifik memberi manfaat, yang manfaat hanya sujud etc, jadi tak perlu solat, hanya perlu bersenam, Allah pun tidak dapat dibuktikan kewujudan etc.
3. Pakai ilmu syarak: Solat ni khilaf bagaimana nak buat.
4. Pakai Ilmu new-age: solat tak penting, yang penting meditasi, itulah "hakikat universal".
5. Pakai ilmu batini: "Aku tahu hakikat, solat daim, aku faham surah ni lain, aku faham itu ini, hanya boleh difahami wali, kamu bla-bla makrifat itu ini, tak yah pakai syariat mereka tak faham makrifat dan hakikat bla bla"
5. Pakai ilmu kalam: "Solat dicela kalau tak khusyuk, maka aku tak solat kalau tak khusyuk"
Jadi salahnya dimana?
Tak belajar dengan adil, tiada metodologi keilmuan yang tepat, taksub membabi-buta, dan ikut nafsu membuta tuli.
Ilmu Syarak tidak salah, Ilmu kalam tidak salah, yang salah dan sama disemua diatas kerana tidak adil dan membuta tuli sesuatu perkara tanpa 'usul' yang kuat. Tu bukan ilmu kalam, tu ilmu ikut nafsu!!
Dan mereka semua bersatu dalam satu aliran yang sama "menolak Quran dan Sunnah, dan memilih Hawa Nafsu sebagai jalan kehidupan" tidak kiralah serban sebesar mana, kalau tak solat, serban tidak mampu menolak azab api neraka. Sedih merosakkan imej ulama yang adil.
Mujur tak jumpa ulama yang berambut deadlock.
- Ustaz Suhail Sufian -
Subscribe to:
Posts (Atom)