Saturday, October 17, 2020

nota kuliah: kitab penawar bg hati(loba berkata-kata)

 Dusta.

1. perniaga kerap berdusta. Utk laris barang. Ada kata harga modal. Ambo tak ada untung.


2. Kisah imam abu hanifah- jual baju-ada nak beli baju- tempat dia mahal- imam tiada- pembantu jual-imam balik- royat ko tentang cacat kain-imam cari semula.


3,. jangan ajar anak berdusta. Kisah nujum pak belalag. Bapa cakap dia tiada.


4. tipu ayam. Masa nak tangkap.


5. menarik cara rasulullah. Susu terlalu masin.


Mengumpat.

1. Adab bertanya-guna bagi pihak-jangan buka aib- kisah syd Ali bertanya pada nabi.


Termasuk mengumpat.

1. buat memek muka-buat gaya. Kisah saidinatina aisyah buat gaya. Pendek.


2. sudahlah amalan tak banyak. Nak bagi kpd orang pula.

3. kitab imam ghazali. Mengumpat tidak hanya pada lisan. Tetapi tingkahlaku. Isyarat. Tiru gaya.

4. kisah aisyah. Perempuan masuk. Aisyah buat isyarat. Pendek.nabi pesan. Kamu telah mengumpat.

5. maharaja lawak. Termasuk tiru gaya orang lain. Sja2. tiru suara. Tiru cara berjalan.

6. mengumpat dengan tulisan. Dalam fb/whatapps.

7. mudarat dosa kecil kita lebih besar dari dosa besar orang lain. Tengok org lupa pada dosa kita. Syaitan lah ni.

8. kena latih diri utk tinggal dosa. Bukan mudah.


9. kata ulama. Ubat akhir zaman. Kena duduk bersama org soleh. 

- tapi ada org maki ulama.

- menyalahkan ulama.

- rasa diri hebat.


Sunday, August 16, 2020

teks point pengerusi sadana 27hb7 2020

 sadana 27hb.


1. ucapan aluan.

- ucap jutaan terima kasih kpd dato dr..sudi bersama

- bukan mudah utk bersama dgn rektor kuis./kesibukan.

-kita belajar murabbi dari dato.

- murabbi ada ciri utama ikhlas dan ingin membantu.

- nak tengok org lain berjaya.

- kita belajar dari dato..mulianya orang berilmu bila dia tawaduk dgn ilmunya.


Pengenalan sadana.

(kelab sarjana darulnaim)

- hasil cetusan idea dr azizi.

- dilontar idea kpd saya..saya pun sambutlan..benda molek kena sambut. Kalau tidak rugi.


Ahli terdiri.

Guru yik.

Pensyarah kias.

Guru jpn.

(2 org akan hadir pukul 9)


Objektif sadana:

1. meningkatkan jumlah lulusan MA/phd di kelantan.

2. membantu pelajar menyiapkan kajian/tesis mereka.

3. membantu masyarakat dan kerajaan kelantan dalam kajian kajian ilmiah.


Ini ada pertemuaan yg ke-3.

pertama di ilpk.

Kedua di darul anuar.


Kita cadang akan buat pertemuan sebulan sekali.


Keahlian ..siapa hadir pertemuaan secara automatik jadi ahli..buat mudah2..dato buat mudah tak kan kita tak leh buat mudah.



2. perjalanan perjumpaan.


i- kata-kata semagat daripada dato.(30m)

- buat phd ni kadang..semangat tu jadi turun naik

- cadangan je..dato boleh kecek 1jam..pun tak kisah.


ii. Takruf ringkas ahli sadana.

(30m) 2 minit seorang

- nama.

- universiti.

- tajuk kajian.

- tahap kajian.


iii. Pembentangan.(30m )

5 orang (5 minit seorang)


Iv. Sesi pertanyaan ahli.(30m)


Iiv . Dato akan buat kesimpulan.


Akhir nanti kalau sempat kita bergambar dgn dato





Saturday, August 15, 2020

teks ucapan utk JU

 Ucapan utk ju. 12 hb 8 2020


1A bersyukur.

- nikmat kesihatan.

- saya tahu tuan2 sihat hari ini.

Sbb suhu sudah diambil tadi.

- hari hari kita tahu suhu.

- kadang 4 hingga 5 kali kita tahu suhu kita

- covid 19 memberi pengajaran.

- pesakit bantuan pernafasan.

- sakit masuk wad..nak melawat tak boleh.

- ada bekas pegawai masuk wad.

- ada pkp masuk wad.

- hari ini Allah beri sihat.

- kisah orang banyak ibadat. Timbang mata.

- Allah nak kita bersyukur.

- ucap Alhamdulillah.

- bertaqwa padaNya.


Perbualan dengan Dato dr halim tamuri.

- hikmah covid19.. dalam pendidikan

- mengurankan oreatasi peperiksaan.



1.

kita berada disini bukan sbb kita hebat.

Kita berada di sini bukan kita pakar.

Kita berada disini bukan sebab kita lebih berilmu.


Tapi kita berada disini sebab.

Allah telah pilih untuk berada disini.

Perjalanan hidup kita diatur oleh Allah.


Kalau kita rasa ada ilmu.

Kalau kita rasa ada kepakaran.

Maka itu hanya pinjaman.

Mana ada milik kita.

Dunia pun pinjaman

Itu hanya ujian.

Nak uji sejauh mana kita.

Bersyukur.

Nak ujia adakah kita sombong.

Dengan pemberian Allah.





2. bila dilantik sebagai JU.

Ada yg rasa tak layak.

Orang lain lebih layak.


Layak atau tak layak.

Punca 2 keadaan.

Pertama.

Kita ukur diri sendiri dan banding dgn orang lain.

Kedua.

Orang lain ukur kita.


Berkerjalah nascaya Allah, malaikat dan orang beriman akan melihatnya.


Saya sewaktu saya dilantik sebagai pk hem.

Apa lebihnya saya.

Maka pengetua yg cadang saya masa itu. Berkata.


Layak atau tak layak.

Kita letak ditepi.


Allah memilih seorang itu untuk menerima anugerahNya. Contoh; kalau tuan2 boleh solat tahajud sebenar Allah telah memilih tuan2, dia tak pilih jiran kita walaupun kita nampak jiran kita lebih baik.

- pilihan Allah adalah ekelusif.

- kalau kita boleh menderma dan bersedekah maka itulah anugerah Allah. Padahal ada orang kaya raya..tapi tak derma pun.


Yang kita kena fikir.

Kita kena tolong yik.

Yik ini bukan hanya organisasi.

Kalau lah kita tak suka pada pegawai.

Contoh tak suka pada saya sebagai pegawai kurikulum.

Yik ini bukan hak saya.

Yik ini bukan hak pengarah.

Yik bukan hak exco.


Tapi yik ini satu badan satu organisasi yg memartabatkan pendidikan Islam.

Untuk melihat pendidikan islam maju.


3. ada yg berkata JU pun tak ada kerja apa2.


Saya sedar tidak banyak yg dapat digerakkan dari Ju.

Bukan tak ada ..tapi tak banyak.


Maka dipertemuan ini..saya berharap lebih banyak kerja yg dapat digerakan oleh Ju.


4. Stardard kita.

- kisah buat buku teks.

- masa yg tak cukup.

- pengetua/pkp pun jadi JU.

(latih pengganti spt dprk)

- ada JU tidak tetap. Gaji mati. Minta persidangan cadangkan kpd yik..beri keutamaan kpd JU.

- kemarin pun ada ju bahasa melayu menarik diri sbb dia sudah ajar bi.

- jadi saya tukar kpd yg baru. Saya berseloroh mari jah..tak mari saya gi cari di sekolah.

- ada seorg guru yik tanya saya kenapa yik tiada guru pakar.(akademik).

Sbb: kita mengajar banyak subjek



Penutup.


1. mari sama-sama kita berdoa.

- semoga Allah menilai amal kerja buat kita ini sebagai ibadat dan di beri ganjaran pahala.

Kerana kita tahu duit banyak manapun tak boleh dibawa ke ahirat.

DG besar manapun tidak ditanya di ahkirat

- kita berdoa semoga Allah jadikan kita terus istiqamah dan kerja pendidikan Islam ini.

- kita berdoa agar Allah terus jaga keikhlasan dalam hati kita kerana keikhlasan inilah yg menghidupkan amalan kita.

- kita berdoa agar YIK yg kita cintai ini akan terus maju dan berjaya pada masa yg akan datang





Tuesday, March 17, 2020

Nota dari Kuliah (01) : Mengotori Hati

Nota dari Kuliah
Mengotori hati
aa gym


1. kita selalu jaga pakaian kita agar tidak kotor
- namun adakah kita jaga hati daripada kotor.
- orang yang mensuci hati akan bahagia
- orang yang mengotor hati akan derita

2. ramai yang pilih untuk kotor hati. sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah hati perlu pada qalbun salim.

3. jika kita masih kurang yakin dengan Allah, maka itu tandanya hati masih kotor.

4. Dua faktor yang sering mengotori hati ialah cinta dunia adan nafsu
- kita sering anggap kejayaan itu datang dari harta, pangkat, nama,
- padahal dalam quran dinyatakan tiada kejayaan kecuali hanya satu ukuran sahaja itu ketaqwaan.
- kalau kereta yang mahal hanyalah besi yang bergerak.
- orang yang jahat pun keretanya mahal-mahal.
- kemuliaan itu bukan datang dari kereta yang mahal.

5. kereta yang mahal tidak akan mengotori hati.
- tapi kalu kereta itu menyebabkan riak dan sombong
- maka itulah hati jadi kotor
- lebihkan kereta daripada sedekah
- sepatutnya kereta itu tujuannya agar sampai dengan baik dan selamat.
- sebab banyak yang tiada kenderaan sampai di masjid
- dan banyak yang ada kenderaan tidak sampai ke masjid.

6. tanda hati nak kotor
- kalau kita lihat kereta mahal sudah rasa bangga. maka hati-hati
- padahal kereta itu mungkin bukan hak kita. cuma kereta pejabat. tapi hati sudah bangga.

7. Bangga, ujub, sombong dengan benda dunia. maka itu adalah tanda cinta pada dunia.

8. lihat rumah cantik. tak perlu iri. itu adalah rezeki masing- masing.
- kalau iri maka kita akan stress.
- jangan iri
- jangan terpesona. anggap biasa sahaja
- permata itu cuma batu. tapi mahal. mahal pun tetap batu.
- yang mahal itu ialah orangnya. yang mahal itu imannya.

9. ada batu permata yang mahal lagi indah. tapi iman tiada maka tiada gunanya. itu sampah.

10. kalau nak kaya boleh. tapi jangan rasa mulia dengan kekayaan.
- tapi apa ertinya kaya kalau tidak bayar zakat.
- maka sama saja lah dengan orang tak kaya

11. membeli itu lebih baik kepada yang perlu. tak payah berlebih lebihan.

12. Mudahkan urusan hidup ini.


Wednesday, March 11, 2020

Nota Kuliah : Kitab Penawar Hati Bab Faraj (Bhg 1)



1. Ketahui olehmu jadi Sheikh memberi perhatian kepada kita
2. jadi peliknya apabila anggota ini dikaitkan dengan faedah bagi akhirat
3. dalilnya ialah mendapat anak melaluinya
4. jadi Malaysia pada hari ini Dia ingin berkahwin tetapi tidak ingin anak pelbagai usaha dilakukan untuk Tidak beranak
 

5. sedangkan nabi sallallahu-alaihi-wasallam berbangga memiliki anak yang ramai
6.  Nabi Sallallahu Salam berharapkan satu per dua penduduk syurga itu adalah daripada umatnya
7. ada hadis lain yang menyebut Kahwin itu adalah daripada sunnah ku dan sesiapa yang tidak ingin kepada sunnahku maka dia bukan dari kalangan umatku
8. ada orang bila ditanya Kenapa tidak kahwin dia menjawab kahwin dan tidak kahwin itu sama sahaja jadi orang ini tidak mengikuti sunnah nabi sallallahu alaihi wasallam
9. tetapi jika tidak kahwin kerana sebab lain sebab-sebab tertentu Maka itu Tidaklah dianggap tidak mengikut sunnah nabi sallallahu alaihi wasallam
10. tidak seperti agama Kristian padri padri nya tidak dapat kahwin tetapi dalam laporan laporan berlaku perbuatan yang salah dikalangan paderi-paderi
11. jadi dia sebagai manusia dia bukan malaikat dia juga ada nafsu yang mana tidak boleh Terhalang daripadanya
12.  jadi setelah dapat anak Apakah tujuan untuk mendapat anak pula sebagaimana hadis nabi apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara


12. Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalan dia titik kita tengok tok nenek moyang kita sudah tidak boleh beramal lagi bila dia sudah masuk kubur titik Aceh kita bercakap makan makan ketika boleh makan ni makan ketika dah tak boleh makan tak boleh nak makan begitulah juga dengan amalan kita buat amalan ketika kita boleh buat amalan ketika kita tidak boleh buat amalan Maka kita tidak berpuluh lagi
13. wakaf yang berterusan ialah wakaf itu hidup kita buat untuk masjid berterusan mendapat pahala
14. yang kedua ialah ilmu yang bermanfaat Apa maksud ilmu yang bermanfaat iaitu ilmu yang kita ajar kepada orang maka orang itu dapat mengamalkan ilmu tersebut contohnya ajar orang solat maka orang itu solat sepanjang dia bersolat Maka kita mendapat pahala daripada amal perbuatannya itu
15. Begitu juga nanti nabi memberitahu sebaik-baik manusia ialah Orang yang belajar Quran dan mengajar Quran jadi orang yang membaca Quran dapat pahala dan pahala itu akan mengalir kepada orang yang mengajar al-quran
16. nabi kata melainkan daripada tiga perkara
17. Mengikut baba eil sepanjang tiga perkara ni dia tidak berkata jua.. Maknanya ada lagi perkara-perkara yang lain yang boleh menjadi amalan
18.  pertama sedekah jariah. jariah ni asal kata ialah air yang deras
jadi sedekah jariah ini dikenali sebagai sedekah yang berpanjangan
19. jadi sedekah ni ada hok panjang ada hok pendek kita Duk ingat sediakah bila bagi habis setakat tu saja
20. itu Sebabnya ada ulamak tak suka sedekah yang panjang ini ialah wakaf kita bagi wakaf tanah kita kita bagi wakaf rumah kita kita bagi wakaf harta kita buat masjid dan sebagainya
21. Sebab tulah Wakaf ni tidak boleh dijual sebab dia tu adalah sedekah yang panjang Kalau dua orang panggil sedekah pendek lah tukar semulajadi sedekah pendek
22. yang kedua pula ialah ilmu yang diambil manfaat daripadanya . hak ni  Kalau tuan dia mati dah Dia masih lagi boleh dapat pahala daripada amalan ini
23. Umpama kalau kita simpan dalam bank kalau kita mati harta tu orang buat bagi Tapi adakah duit kita simpan dalam bank akhirat bila kita mati Kita boleh Guna dividen mari sokmo
24. sebab itu kalau nak wakaf-wakaf masa hidup dan mati kita suruh orang wakaf belum tentu dia akan Warkaf harta kita
25.  jadi ilmu yang bermanfaat Inilah lebihnya alim-ulama orang yang pandang dia sudah mati tetapi ilmu dia masih mengalir dia tetap boleh pala sokmo-sokmo
26. contoh pengarang kitab ni dia mati lama dah Tapi kita masih lagi baca kita dia kita masih lagi Ambil ilmu dia tinggalkan
27.  yang ketiga ialah anak yang soleh anak yang solehah soleh ni bermakna anak yang baik anak mukmin yang baik sebab Mukmin ada mukmin yang baik orang beriman yang baik dan ada mukmin yang tidak baik orang beriman tidak baik jadi soleh ini ialah orang beriman yang baik orang beriman yang baik Inilah yang boleh mendoakan kepada kita
28. tapi ada juga ulama kata Tinggal anak Mukmin juga boleh dikira sebab ada juga anak bila Mukmin dia ada masa juga dia berdoa walaupun tidak semua
29. dan ada juga ulama yang menyebut kalau anak itu buat amalan maka amalan itu akan sampai juga kepada ibu bapa dia tambah-tambah lagi sekiranya dia berdoa
30. Jadi kalau kita tidak ada anak maka peluang kita untuk mendapat doa daripada anak yang soleh tidak ada Inilah kelebihan Dari sudut faraj dan zakar tersebut
31. Sebab tulah Baba Ismail Sepanjang sebut kita kena simpan molek pisau Badik tu dia jadi molek yang jadi kalah panjang letak kongsi kisah bagi
32. simpang molek dalam sarung..sarung kena betul..jangan berkarat
33. sebabnya lah anak ini sebagai satu amanah kita kena beri penekanan kepada dia kita kena jaga akhlak dia kena beri pendidikan akhlak  Biar dia jadi anak soleh yang mana amalan dia tu boleh membantu kita setelah kita mati
34.  ada ulama kata tidak ditulis benda yang tidak boleh dilakukan oleh anak kita setelah kita mati
35. contoh kalau kita mati tinggal harta anak kita pun ambil hantar tu dia pergi joli, gi judi atau guna harta itu untuk maksiat maka keburukan yang dibuat oleh anak kita itu tidak akan kena kepada kita setelah kita mati berbanding kebaikan yang dilaku kita dapat pahala



36.  manakala kegunaan untuk akhir keduniaan pula manakala kegunaan untuk ke dunia pula ialah  iaitu bersedap-sedap dengan jimak suami isteri
37.  orang hok kahwin boleh tahulah awak tak kahwin tak boleh nak tahu
38.  sebab tulah ada cerita-cerita kampung dia tak nikah tiba-tiba dia ni kepada diri atas tangga orang lalu Tanya bab po dok sedih atas tangga ,dia kata bakpo tak royat awal-awal kahwin ni lagu ni
39. Itu sebab kita kena bersyukur. Indahnya ciptaan Allah. Seronok-seronok dapat anak, dapat pahala lagi. Tapi kalau seronok seronok zina dapat dosa dan masuk neraka.
40.  jadi anak itu ialah sebesar-besar perhiasan dunia sebesar-besar anugerah dunia ada orang duit juta-juta tapi bila tidak ada anak Tak adalah perhiasan bagi dunia dia

Tuesday, March 10, 2020

Koleksi Tazkirah Pilihan 120




Teruskan berusaha, setiap usaha pasti Allah lihat walaupun kecil.

Mungkin hasilnya tidak seperti yang kita mahu, tapi ia pasti apa yang kita perlu.

Walaupun hatimu patah, kakimu teruskanlah melangkah.
Carilah pertolongan Allah, pasti dan sungguh pasti, kamu takkan rebah.
Terima kasih Ustazah Asma Harun





Marilah kita saling membantu membendung penularan wabak COVID-19.
Tolong jangan sinis kepada mereka yang ambil langkah pencegahan, itulah cara Islam.

Mintalah selalu dengan Allah samada di awal atau di hujung pekerjaan / amalan 3 perkara, moga Allah terima dan redha apa kita buat, moga Allah jauhkan daripada panyakit hati yang boleh menggugurkan pahala, moga Allah lindungi kita daripada kejahatan Makhluk dan Nafsu sendiri.
Kita akan rasa dipandu oleh Allah, akan rasa tenang dan lapang walaupun dalam sukar. Namun jangan lupa setiap hari mulakan dengan alQURAN dan ZIKIR walaupun sedikit. InsyaAllah urusan kita mudah dan lancar.
#UAHSahabatDuniaAkhira


Di depan manusia, kuatkan diri untuk tabah.

Di depan Allah, itulah masanya untuk kita rebah.


Cuba buat beberapa perkara dibawah hari ini, dan lihat apa yang berlaku selepasnya ;
1. Jumpa, telefon atau msg kepada Ibu, ayah, atau pasangan (jika ada), kemudian minta 3 perkara, minta maaf, minta redha dan minta doa. InsyaAllah hati akan tenang dan lapang.
2. Berikan 3 perkara kepada sesiapa sahaja (ikut syariat) ucapan salam, senyuman manis dan terima kasih. InsyaAllah hidup rasa ringan dan ceria.
3. Nak hidup dimudahkan Allah, mudahkan urusan siapa sahaja dan cuba abaikan perkara yang kecil, jangan dibesarkan. Biasakan guna perkataan, it's ok, saya ok, takde masalah, lupakan ya, boleh², silakan, jangan risau, saya boleh, dll 😊. Lagi cantik biasakan diselangi dengan kalimah Alhamdulillah, SubhanAllah, MasyaAllah, AllahuAkbar..😀
Ujian memang silih berganti, tolong uruskan dengan hati yang kuat, tiada orang lain yang boleh ubah diri dan hidup kita melainkan kita sendiri. Buatlah rutin kecil tapi positif dan barakah, insyaAllah perubahan besar akan berlaku. Saya doakan sahabat semua 🤲
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Teruskan berusaha, setiap usaha pasti Allah lihat walaupun kecil.

Mungkin hasilnya tidak seperti yang kita mahu, tapi ia pasti apa yang kita perlu.

Jika sakit, itu penghapusan dosa. Jika manis, itu peningkatan derjat. Itulah derjat diri bila diuji!

Jika kau lihat diri mu terlalu sempurna, percayalah, itu kerana kau belum benar-benar mengenali diri!

Benarlah seperti yang dikatakan, seorang nampak tenang bukan kerana tidak mempunyai masalah yang berat tetapi kerana dia pandai menyembunyikan kesusahannya. Dipendam kepahitan dengan senyuman. Dipadam kerunsingan dengan gurauan.
Minggu lepas, minggu yang penuh peristiwa. Aku bertemu pelbagai ragam manusia. Daripada sahabat rapat, saudara terdekat dan kenalan dikalangan pembaca tulisan-tulisan ku. Mereka meluahkan masalah, kesusahan dan derita yang mereka sedang hadapi, tanpa mereka sedari bahawa aku juga sedang dan pernah melalui kesukaran yang sama.
Ada di antara mereka, yang sejak dulu ku kagumi ketenangannya. Namun, bila didekati mereka juga rupa-rupanya sedang menghadapi ujian yang tidak kurang getirnya. Ujian sakit, karenah isteri, sikap negatif anak-anak, dipulau rakan sekerja, tanggapan negatif ssnsk-saudara serta macam-macam ujian lagi.
Aku tersenyum pahit. Pelangi selalu kelihatan di atas kepala orang lain. Maksudnya, kesenangan dan keindahan kita rasakan hanya dimiliki oleh orang lain. Tanpa kita sedari mereka juga hakikatnya punya 'perang' tersendiri. Seperti kita, mereka juga sebenarnya sedang berhempas pulas mendepaninya.
Akhirnya, aku mendapat satu kesimpulan bahawa: Bukan soal masalah itu ada atau tidak, masalah itu berat atau ringan, tetapi sejauh mana iman di dalam diri untuk menanggungnya. Semua orang ada masalah, dan itu bukan masalahnya, tetapi yang penting ialah bagaimana pergantungan hati seseorang kepada Allah.
Ya, Allah lebih besar daripada masalah kita. Jika Allah besar di hati, segala masalah menjadi kecil dan mudah dihadapi. Tetapi jika Allah kecil di hati, masalah yang kecil pun menjadi besar untuk ditangani.
Justeru, jika kau melihat insan lain tersenyum, jangan kau cemburui senyumannya, tetapi cemburuilah iman yang ada di hatinya. Sehingga dengan itu mereka masih mampu tersenyum walaupun ada perang di dalam hatinya.
Ya, mungkin sahaja perang yang mereka hadapi lebih besar daripada perang yang kau hadapinya... tetapi iman mereka lebih besar daripada iman mu ketika menanggung dan menghadapinya!



tak lama kita hidup di sini..jadi harap sabar
dan jangan mudah benci
jangan mudah marah


betapa fikiran dan hati manusia boleh berubah ubah

sebab itu kita perlu berdoa meminta ketetapan iman.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut: “Tugas wanita juga adalah menguruskan rumah tangga dengan membahagiakan suami. Selain itu, membentuk sebuah keluarga bahagia yang berasaskan ketenangan, kemesraan dan kasih sayang. Dicatatkan, wanita yang menjadi pendamping yang baik kepada suaminya dikira satu jihad pada jalan Allah SWT.” (Lihat Fatawa Mu’asirah (terjemahan), 2/204)



Jika anda seorang yang sukakan alam, pasti anda dapat melihat bagaimana hidup dan berkembangnya sebatang pohon dengan baik sehingga daunnya ada yang menjalar atau tumbuh dengan lebat.

Ada pohon yang membesar dengan gah dan besarnya, ada juga yang hanya renek namun mampu menghasilkan buah yang banyak dan cukup untuk dijadikan rezeki manusia malah ada juga yang daunnya kering-kontang tetapi masih mampu berdiri teguh kerana akarnya yang kuat.

Namun, apa yang dapat kita lihat melalui pokok ialah, ia mempunyai tiga rumpun utama, iaitu dahan, akar dan juga buah.

Kita ambil sebatang pokok yang mungkin sedang bermain di minda anda sekarang yang sedang membaca entri kali ini.

#1 – Dahan

Ia mempunyai dahan yang cukup kuat dan banyak sehingga padanya terhasil daun-daun yang cukup sesuai untuk dijadikan tempat berteduh jika anda sedang berkelah. Dahan tersebut pada awalnya tumbuh sedikit demi sedikit, tidak terlalu tergesa-gesa dan apabila sampai masanya, ia tumbuh menjadi banyak sehingga membentuk dedaun.

Sama juga dengan kehidupan kita sebagai manusia. Kita akan melalui proses bermula dari bawah sehingga akhirnya kita akan mencapai satu tahap yang penting dalam hidup. Sebelum mencapai kepada tahap tersebut, kita akan melalui pelbagai proses kecil lain untuk membentuk siapa diri kita pada hari ini atau masa depan anda.

Segalanya tidak terjadi dalam sekelip mata, namun berperingkat. Oleh itu, dalam hidup ini, kita perlu bersabar untuk melalui proses pembesaran. Jika umur kita masih muda, maka gunakanlah masa muda tersebut dengan baik seperti untuk belajar dan mencari erti hidup. Apabila sudah sampai masanya, jika sudah bersedia untuk melaksanakan perkahwinan, maka lakukanlah ia.

Hal ini kerana, Allah meletakkan setiap sesuatu ke atas diri kita berdasarkan tahap kemampuan dan kesediaan yang ada dalam diri kita sendiri.

#2 – Akar

Seterusnya kita melihat akar sebagai salah satu tunjang utama dalam pertumbuhan pohon. Jika baik dan sihat akar tersebut, maka ia akan tumbuh dengan elok dan memberikan hasil dan manfaat kepada semua.

Tanpa akar yang sihat, maka pohon tersebut akan terbantut pertumbuhannya atau ia akan menjadi mati.

Begitu juga dengan manusia. Akar dan asas dalam diri kita ialah akidah dan kepercayaan yang datangnya dari hati. Jika elok akidah yang ditanam, maka ia menunjukkan hati yang baik dengan perbuatan dan adab yang elok.

Jika kepercayaannya kepada Allah itu kuat dan yakin, maka tiada apa yang dapat menggugat keimanannya malah ia akan mampu menjadi seperti salah satu pohon yang membantu mengekalkan keseimbangan bumi.

#3 – Buah

Tidak semua pohon mempunyai buah. Namun, kita tahu bahawa bagi pohon yang berbuah, ia akan jatuh dari pohon apabila bergoyang ditiup angin atau apabila ada yang mengacaunya seperti melemparkan batu dan sebagainya.

Walaupun ia dilemparkan dengan batu atau dijolok dengan galah, namun yang akan dijatuhkan ialah buah.

Begitulah perumpamaan yang perlu dijadikan iktibar oleh manusia. Walau menerima pelbagai tohmahan atau sikap negatif, namun kita harus bersabar dan cuba untuk melemparkan buah keimananan dalam diri kita, sama ada dengan senyuman atau perbuatan baik yang lain.

Seperti kata-kata yang sering kita dengar – Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat pun dibalas baik.

Hal ini kerana, yang layak membalas setiap perbuatan dalam dunia ini hanyalah Allah, tuhan Sekalian Alam sebagaimana pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang berbunyi:

“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat akan kebaikan orang dan lupakan kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang lain.”

Friday, February 21, 2020

Koleksi Tazkirah Pilihan 119




Antara kepenatan yang mengandungi banyak pahala,
penat mencari REZEKI yang HALAL dan menguruskan KELUARGA.

Terus Kuat ya


Berkata baik itu percuma, ganjarannya PAHALA (SYURGA).
Berkata keji juga percuma, catatannya DOSA.

Pilihan ada di hati

TANDA-TANDA LALAI
Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan.
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
Ada juga ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran.
Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.
KESAN LALAI :
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2. ‘Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.
5. Hati resah gelisah, tiada ketenangan, sentiasa keluh kesah dan hidup kelam kabut.
SEBAB-SEBAB LALAI :
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan mahram, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )
CARA-CARA ATASI :
1. Cari sahabat yang baik.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam dan solat.
4. Banyakkan zikir.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik dengan org lain.
Credit : MAJLIS ILMU

Jika pedih belum hilang kepedihannya, hati belum selesai menerima didikanNya.

TIGA TANDA
HATI YANG SAKIT.
TIDAK KYUSUK
DALAM SHALAT.
TIDAK TAHAN
BERLAMA-LAMA
DENGAN
AL-QUR'AN. SERING
BERPRASANGKA
BURUK TERHADAP
ORANG LAIN


Solat lah walaupun kita belum baik,
Solat lah walaupun kita masih suka berbuat dosa,
Solat lah walaupun kita masih suka bercinta,
Solat lah walaupun kita masih suka korupsi,
Solat lah walaupun kita masih suka berzina,
Solat lah walaupun kita belum tutup aurat,
Solat lah walaupun kita suka berbohong,
Sholat lah walaupun kita masih suka mengumpat,
Solat lah walaupun kita masih suka bertengkar,
Solat lah walaupun kita masih suka mabuk,
Solat lah walaupun kita masih suka berjudi,
Solat lah walaupun kita sudah berlumuran dosa.
Kerana dengan solatlah hal-hal yg buruk yg sering kita lakukan akan berkurang secara bertahap...
Yg belum solatlah, marilah solatlah
Yg sudah solatlah, perbaiki sikit2 solatnya,
Yg sudah solatlah dan sudah memperbaiki solat?, ayuh fahami bacaannya dengan serius,
Jangan terburu2 ketika Takbir,
Jangan terburu2 ketika ruku,
Jangan terburu2 ketika sujud.
Kerana banyak juga yg
"Solat tapi tidak faham dan tidak mengerti apa yg dibaca"
Tapi tetaplah terus berupaya untuk dekat dengan Allah melalui Solatmu 😊
Semoga kita meninggal dalam keadaan husnul khotimah
🤲🏻😇 Aamiin Ya Allah
#PesanPadaHatiKu


ANDAI AJAL DALAM TIDUR
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah:
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...
Aamiin ya Allah..
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
...
Boleh Share Pada SAHABAT2 😃
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)
Semoga KITA Semua dijauhkan dari segala penyakit, diberi sehat wal'afiat, rezekinya melimpah ruah, dan keluarganya bahagia Dan bisa masuk Surga melalui pintu mana saja. Aamiin ya Rabbal'alamiin..


ak boleh tangguh dah daripada beramal soleh dan bertaubat pada setiap hari..
Dekatkan diri anda dengan Rumah Allah / Masjid
Sama2 kita muhasabah..

Seandainya kau berjumpa seorang kawan..
Yang sanggup bersusah demi persahabatan
Yang memikirkan dirimu, hidup & sakit peningmu
Menegurmu atas kerana sayang seorang kawan
Menjaga kebajikanmu walaupun kau sudah tiada
Ketahuilah dia bukan kawan biasa biasa, dia ibarat saudara kandung & sahabat sejati yang sukar di cari ganti.


Jangan cari susah, nanti kau buntu. Tapi cari orang susah, kau bantu!



Ketika aku bertanya kepadanya, mengapa kau tidak merasa tertekan, kecewa, jemu dan frustasi?
Dia menjawab, "buatlah kerana Allah, bukan kerana manusia!"
Aku termenung. Rupanya, ini maksud Allah yang menentukan kau duduk di hadapan ku ketika sarapan pagi ini.
Ikhlaslah wahai diri. InsyaAllah kau tidak akan mudah dikecewakan!



"Boleh jadi kita pernah mengguris hati ibu bapa tanpa kita sedar, meninggikan suara, mengutamakan sahabat atau pasangan melebihi mereka, atau sudah lama tidak berhubung dengan mereka, jadi gunakan kesempatan yang masih ada untuk bertanya khabar dan meminta maaf kepada mereka." 😢
.
"Berapa ramai orang yang sudah kematian ibu bapa BERHARAP AGAR MEREKA DIBERI KESEMPATAN walau sesaat untuk bertemu semula ibu bapa mereka? Namun, segalanya sudah terlambat, hanya doa yang mampu dipanjatkan."
.
"Jadi, SEMENTARA MASIH ADA PELUANG, pastikan anda tidak mensia²kan ibu bapa anda, sebelum mereka pergi buat selama²nya."

Tak Solat 5 Waktu sebab Tak Khusyuk"
Isu Lepat, isu mudah sahaja.
Manusia yang nak tinggal solat akan memakai pelbagai jenis ilmu wasilah dan hujah:
1. Ilmu nafsu: tak nak solat, malas, tak penting, solat masa hujung nak mati je lah dll.
2. Pakai Ilmu moden: solat tiada bukti saintifik memberi manfaat, yang manfaat hanya sujud etc, jadi tak perlu solat, hanya perlu bersenam, Allah pun tidak dapat dibuktikan kewujudan etc.
3. Pakai ilmu syarak: Solat ni khilaf bagaimana nak buat.
4. Pakai Ilmu new-age: solat tak penting, yang penting meditasi, itulah "hakikat universal".
5. Pakai ilmu batini: "Aku tahu hakikat, solat daim, aku faham surah ni lain, aku faham itu ini, hanya boleh difahami wali, kamu bla-bla makrifat itu ini, tak yah pakai syariat mereka tak faham makrifat dan hakikat bla bla"
5. Pakai ilmu kalam: "Solat dicela kalau tak khusyuk, maka aku tak solat kalau tak khusyuk"
Jadi salahnya dimana?
Tak belajar dengan adil, tiada metodologi keilmuan yang tepat, taksub membabi-buta, dan ikut nafsu membuta tuli.
Ilmu Syarak tidak salah, Ilmu kalam tidak salah, yang salah dan sama disemua diatas kerana tidak adil dan membuta tuli sesuatu perkara tanpa 'usul' yang kuat. Tu bukan ilmu kalam, tu ilmu ikut nafsu!!
Dan mereka semua bersatu dalam satu aliran yang sama "menolak Quran dan Sunnah, dan memilih Hawa Nafsu sebagai jalan kehidupan" tidak kiralah serban sebesar mana, kalau tak solat, serban tidak mampu menolak azab api neraka. Sedih merosakkan imej ulama yang adil.
Mujur tak jumpa ulama yang berambut deadlock.
- Ustaz Suhail Sufian -