Tuesday, May 08, 2018

Bicara Ramadhan 1

3 Rahsia Keajaiban Ramadan

 June 27, 2016 Ahmad Nazri Yusof Ahmad Nazri Mohd Yusof, Berita Harian, BH, pesona d'zahra
BULAN Rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka datang lagi. Syukur  tidak terhingga kita  kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui,  bulan Ramadan. Adalah lebih baik kita memulakan bulan Ramadan dengan memohon maaf kepada ibubapa, suami kepada isteri, isteri kepada suami, jiran-jiran, kaum keluarga, sahabat dan musuh kita. Ustaz Muhamad Abdullah al Amin dalam rancangan Pesona D’Zahra yang bersiaran di IKIMfm pada Isnin minggu lalu jam 10.15 pagi berkata bulan Ramadan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Imam Muslim).  Bulan Ramadan terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 hari pertama adalah fasa rahmat, 10 hari kedua sebagai fasa keampunan, manakala 10 hari terakhir adalah fasa kemerdekaan (terlepas) dari api neraka.

Allah SWT  berfirman maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah,  ayat 183). Bulan Ramadan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta mempunyai banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah SWT sepanjang Ramadan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni  segala dosanya yang telah lalu. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya (HR Bukhari).

Bulan Ramadan adalah bulan kerahmatan, bulan Allah menunjukkan sifat pengasihnya sehingga dihentikan seksa kubur ke atas umat Islam dan ditutup pintu-pintu neraka dalam bulan ini. Rahmat Allah, yang Allah turunkan ke dunia ini hanyalah satu per seratus sahaja, dengan 1 bahagian yang diturunkan inilah menjadikan makhluknya bersifat kasih mengasihi antara satu sama lain. Rahmat Allah SWT juga diperlukan utk melepaskan kita  daripada  azab-azab  kubur. Ketika berada di padang Mahsyar, kita hanya akan mendapat perlindungan dengan   rahmat daripada  Allah SWT (Arash Allah) malah dengan  rahmat –Nya  juga, urusan timbangan di Mizan akan dipermudahkan . Oleh itu,  dalam bulan Ramadhan,  umat Islam diseru agar memburu kasih    sayang (Rahmat) Allah SWT dengan memohon  supaya diberikan kesudahan (mati) yg baik (zahir dan rohani).

Bulan Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah SWT menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, mendirikan sembahyang solat sunat tarawih,  menghidupkan malam Lailatul Qadar dan bertadarrus. Jangan putus asa dari rahmat Allah, kerana rahmat Allah itu lebih besar dari langit dan bumi. Malah, menerusi perbincangan bertajuk ‘Tiga Rahsia Ramadan’, Ustaz Muhammad turut menyatakan  bahawa bagi meraih pengampunan daripada  Allah SWT,  amalan istighfar amat digalakkan serta  melakukan amalan-amalan lain sepeti berwuduk dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Akhir sekali, rahsia di sebalik bulan  Ramadan  adalah pelepasan daripada api neraka. Bagi mengekalkan rahmat dan pengampunan dari  Illahi , kita perlulah berusaha memastikan segala urusan yang berkaitan rukun Islam dan Iman telah kita laksanakan sebaik mungkin . Misalnya, tidak mensyirikkan Allah SWT, menunaikan zakat, bersolat , berpuasa dan lain-lain. Dalam mengejar  barakah dan pengampunan  Allah SWT, kita  juga dituntut untuk  menjauhi diri daripada perbuatan haram, melunaskan hutang dengan  individu atau pihak-pihak  berkaitan serta menyucikan dosa yang dilakukan dengan  amalan taubat.

Puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu. Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Mudah-mudahan  Ramadan yang disifatkan sebagai bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan daripada  api neraka akan menjadi realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang tidak dapat diketahui bahagiannya untuk kita.Pada masa yang sama,  marilah  kita memanjatkan doa agar  Allah SWT  terus memberi hidayah kepada golongan   yang masih lagi enggan menerima  kedatangan bulan Ramadan dengan hati yang terbuka serta melaksanakan ibadah berpuasa.

Ramadan : Rumah Penuh Rahmah
 June 24, 2016 Norhayati Paradi Berita Harian, BH, Norhayati Paradi, Usrah Nurani
RASULULLAH SAW bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakan kalian pada para malaikat-Nya. Maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari kalian. Karena orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.” (Riwayat At-Thabrani).

Ramadan itu adalah bulan perubahan. Umpama bertemu lombong emas. Maka individu yang bijak akan berhenti, melombong dan seterusnya meneruskan perjalanan mengembangkan hasil emas kepada sesuatu yang lebih bermanfaat dan berpanjangan sifatnya. Berbeza pada individu yang kurang bijak, waimah bertemu tapak perlombongan yang lumayan tidak akan diendahkan dan hanya meneruskan perjalanan dengan bekalan yang hanya cukup-cukup makan. Tetapi ada pula individu yang berhenti tetapi hanya sekadar melihat dan perjalanannya terhenti di situ sekadar pemerhati dan tidak berganjak meneruskan perjalanan.

Usrah Nurani Jumaat lepas bersama naqib Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree menerangkan bahawa saat tibanya Ramadan, suburkan semangat ‘stop and go’. Ada perkara perlu di kurangkan malah ada yang perlu di hentikan. Namun pada masa yang sama ada perkara yang di galak untuk dilakukan malah di perbanyakkan. Usrah lebih bermakna apabila di tambah dengan kehadiran pasangan suami isteri Saudara Redza Shah Azmeer dan Irma Hasmie sebagai rakan usrah dengan meluaskan lagi makna Ramadan buat pendengar IKIMfm untuk memanfaatkan Ramadan dengan memberi makna Ramadan buat keluarga.

Tanpa disedari, Ramadan sudah memasuki fasa kedua. Telah menjadi tanggungjawab sebagai umat Islam untuk meneruskan ibadah dalam bulan mulia ini apatah lagi belum pasti akan bertemu Ramadan pada tahun hadapan. Justeru, peluang dimanfaatkan semua sebaik mungkin bukan secara individu tetapi cuba di raih bersama keluarga.

Sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadith ini sepatutnya dihayati dengan penuh rasa insaf bahawa amalan pada bulan Ramadhan ini haruslah ditunjangi dengan amalan penuh keimanan, kesedaran dan penuh pengharapan dalam usaha meraih reda Allah SWT seterusnya mencapai objektif puasa agar menjadi insan yang bertaqwa.

Namun, amat sayang jika amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini hanya dilakukan berseorangan dan melupakan ahli keluarga . Sepatutnya, keluarga harus dipupuk dengan sifat mencintai masjid, budaya membaca al-Quran, apatah lagi bulan yang penuh dengan “tawaran istimewa” kepada hamba-hambaNya dalam usaha memburu syurga Allah.

Allah juga telah mengingatkan agar hambaNya menjaga dan mengingatkan ahli keluarga supaya membuat apa yang disyariatkan oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarang olehNya sebagaimana firman Allah SWT mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mengingkari (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dengan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (Surah At Tahrim, ayat 6).

Adalah menjadi tanggungjawab ketua keluarga, ataupun sebagai ahli keluarga agar saling mengingatkan antara satu sama lain dari sebarang perkara yang boleh mengjerumuskan diri ke dalam api neraka. Budaya menghidupkan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah harus ditekankan khususnya pada “madrasah” Ramadan ini. Selaku Umat Baginda nabi seharusnya Baginda menjadi suri teladan dalam hal ini yang mendidik ahli keluarganya ketika di bulan Ramadan, sebagaimana hadis yang bermaksud:“Adalah Rasulullah SAW apabila tiba 10 malam terakhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat kainnya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini membuktikan bahawa Rasulullah terlebih dahulu menjadikan ahli keluarga sebagai keutamaan malah berkongsi sesama ahlinya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan. Ini adalah satu contoh tauladan yang baik dari Rasulullah yang mungkin jarang dilakukan oleh masyarakat kita. Mereka menyangka cukup bagi suami dan isteri, ayah dan ibu sahaja untuk melakukan ibadah sedangkan anak-anak mereka dibiarkan membuang masa menonton televisyen, meluang masa yang sia-sia bersama rakan-rakan di kedai kopi, di kota raya, lebih teruk lagi malam-malam mereka diisi dengan keseronokan seolah-olah tiada beza malam-malam yang punya Lailatul Qadr ini dengan malam-malam di bulan yang lain.

Maka, kehadiran Ramadan ini semoga menjadi titik tolak pembentukan keluarga yang benar-benar sakinah, mawardah dan Rahmah.

Ramadan, Syaitan Dirantai, Kenapa Maksiat Masih Ada?
 June 20, 2016 Ahmad Nazri Yusof Ahmad Nazri Mohd Yusof, Berita Harian, BH, pesona d'zahra
APABILA masuk bulan Ramadan, dibuka semua pintu langit, ditutup semua pintu neraka dan dirantaikan segala syaitan. Namun suasana maksiat masih wujud pada  bulan Ramadan. Ustaz Muhamad Abdullah al Amin dalam rancangan Pesona D’Zahra yang bersiaran di IKIMfm pada Isnin minggu lalu jam 10.15 pagi berkata umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan pada  bulan mulia  ini. Nabi Muhammad SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan. Selain itu, terdapat juga ulama yang menyatakan  bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadan’ (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghapuskan dosa. Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan dibelenggu. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan Ramadan. Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat pada bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan.

Jin pertama dicipta ialah “Jaan”, sebagaimana manusia pertama dicipta ialah Adam. Dari keturunan Jaan ini kemudiannya lahir satu Jin bernama “Azazil”. Azazil ini kemudiannya menderhaka kepada Allah lalu dikenali sebagai “Iblis”. Keturunan atau suku sakat Iblis ini dipanggil Syaitan. Sementara jin boleh jadi Islam dan Kafir, namun Syaitan selamanya adalah dari bangsa jin yang kufur dan menderhaka kepada Allah. Mereka akan terus melakukan kerosakan dan hasutan sepanjang hayat mereka. Jadi yang dirantai sepanjang bulan Ramadan ini hanyalah para syaitan, sedangkan para Jin masih bebas menjalankan tugas  seperti biasa. Manusia atau Jin yang mempunyai sifat-sifat buruk tertentu dikenali sebagai syaitan. “Minal jinnati wan naas” dalam Surah An-Naas menyatakan bahawa para penghasut yang timbul tenggelam (yang ditafsirkan oleh para ulama sebagai ‘syaitan’) itu terdiri daripada bangsa Jin dan bangsa manusia. Maka istilah ‘syaitan’ itu bukanlah merujuk kepada Jin, tetapi kepada manusia dan Jin yang mempunyai sifat-sifat tertentu. Mengapa digunakan istilah ‘dirantai atau dibelenggu’? Hal itu  bagi  menyatakan ‘ketidakbebasan’. Sifat-sifat kesyaitanan pada diri manusia dan Jin sepanjang bulan Ramadan ini tidak bebas sepertimana dalam bulan-bulan selain Ramadan. Misalnya,  sifat syaitan pada diri kita sendiri. Antara sifat kesyaitanan yang kita  lalukan  pada bulan-bulan selain Ramadan ialah seperti makan secara berlebihan, mengumpat,  berfikiran jahat dan sebagainya. Tetapi apabila tibanya  bulan Ramadan dan kita sebagai umat Islam berpuasa, sedikit-sebanyak kita berusaha mengekang sifat-sifat ini pada siang hari agar puasa kita menjadi puasa yang berkualiti, dan pada malam hari pula kesempatan kita untuk keluar dari rumah tidak begitu banyak. Hasilnya, sifat-sifat kesyaitanan ini seolah-olah terbelenggu, terantai dan tidak bebas seperti dalam bulan-bulan yang lain. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘syaitan-syaitan dirantai’.

Mengikut hadis, syaitan akan dirantai sepanjang masa.. Tetapi kenapa masih ramai manusia yang melakukan maksiat dalam bulan ini? Suatu persoalan yang sering kedengaran dalam masyarakat. Antara jawapan yang boleh diberikan ialah walaupun syaitan telah dirantai tetapi masih ada satu lagi perkara yang sering mendorong manusia ke arah maksiat iaitu nafsu. Walaupun nafsu ada baik dan buruknya tetapi nafsu manusia umumnya adalah lebih cenderung untuk melakukan maksiat. Nafsu lebih senang atau mesra dengan perkara-perkara yang jelek dan jijik. Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ianya berlaku disebabkan manusia telah biasa dengan maksiat itu sebelum datangnya bulan Ramadan. Ada ulama yang menggambarkan keadaan itu seperti air di dalam gelas dan sudu. Sudu digunakan untuk memusingkan air tersebut. Setelah lama sudu itu memusingkan air, maka air menjadi biasa dengan pusingan itu.

Adakah air itu akan terus berhenti berpusing atau terus berpusing walaupun sudu telah tiada. Tentu sekali air itu akan terus berpusing walaupun sudu telah tiada. Begitu jugalah dengan manusia pada  bulan Ramadan. Mereka akan terus melakukan dosa yang telah biasa dilakukan oleh  mereka walaupun syaitan telah dirantai.

Kesimpulannya, hanya Allah SWT  yang tahu maksud tepat akan pernyataan “syaitan-syaitan dirantai”. Namun begitu, sekurang-kurangnya kita sebagai umat Islam mestilah meyakini bahawa memang benar “para syaitan dirantai”. Dan tidak menjadi kesalahan pula jika umat Islam berusaha untuk mengkaji maksud “para syaitan dirantai” itu, sebagaimana yang sudah dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Hikmah Dibalik Kefardhuan Puasa
 May 27, 2016 Norhayati Paradi Berita Harian, BH, Norhayati Paradi, Usrah Nurani
“Ya Allah berkati hidup kami di bulan Rajab ini, dan juga di bulan Syaaban, serta panjangkan umur kami hingga bulan Ramadan”. Tiada sesuatu yang lebih diinginkan dalam kehidupan selain kebarkatan terutama saat bulan Ramadan yang di rindui mula menggamit.

Memasuki bulan Syaaban, pastinya debarannya kian terasa. Jika di semak di dalam kamus kehidupan bangsa Arab dahulu,  ketika tibanya Bulan Syaaban maka akan berpecah-pecah bertebaran bangsa arab ini dengan membawa timba dan bekas-bekas untuk mencari sumber air. Sinario ini berulang saban tahun tika hadirnya bulan Syaaban ini. Situasi tersebut berlaku atas kesedaran bahawa selepas daripada bulan ini akan dating satu keadaan yang sangat panas. Justeru, bersama kehadiran suhu yang panas terlampau itu akan mengakibatkan mata-mata air mengering dan anak-anak sungai akan kontang yang akan mematikan sumber air mereka. Oleh itu, walau apa juga keadaan diri saat itu, mereka akan sehabis usaha mendapatkan bekalan air yang cukup bagi menampung keperluan merekan kala tibanya saat kering kontang itu. Lantas, mereka menamakan bulan itu sebagai Syaaban yang bermaksud berpecah-pecah atau berserakkan mencari dan menggumul sumber air sebagai persediaan menempuh satu bulan yang bersangatan panasnya.

Dengan semangat itu, Usrah Nurani Jumaat lalu mengetengahan kisah dan di kaitkan isu persediaan tersebut dengan keadaan hidup manusia masakini. Naqib; Ustaz Zul Ramli M. Razali telah mengajak seluruh rakan usra termasuk yang berada di konti IKIMfm iaitu Saudara Nasri Nasir dan artis Farrah Asikin untuk menyemak bersama kebersediaan diri mental dan fizikal dalam usaha menempuh bulan yang panas bukan sekadar yang terasa pada zahir namun penyumbang bahang panas buat nafsu masing-masing. Oleh itu, ia mengundang persediaan rapi dari sudut fizikal , mental dan spiritual untuk memastikan matlamat mengecap redha dan pengampunan Allah SWT di raih selepas Ramadhan di tinggalkan nanti. Maka, amalan persediaan bangsa Arab yang dahulu itu boleh di adaptasi dalam situasi hari ini dengan mencari dan menggumpul sebanyak mungkin sumber keberkatan itu sepanjang syaaban ini sebagai langkah persediaan menyambut Ramadan nanti bagi memastikan matlamat yang di letak tercapai.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW : “Dinamakan Syaaban (berserak-serak) kerana padanya terdapat amat banyak kebajikan yang berserak-serak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa  bulan Syaaban.”

Sebagaimana resam keterujaan orang-orang soleh, mereka sudah mula mempersiap diri sedari masuknya Rabiulawal iaitu 6 bulan sebelum tibanya Ramadan. Persiapan dan persediaan tersebut pastinya membawa kepada menghayatan yang benar-benar khusyuk saat berada di dalam Ramadan nantinya. Sehinggakan, ketika Syawal bertandang mereka masih mengenang-genang Ramadan dengan penuh rasa nostalgik sehingga terus terbawa-bawa doa memburu lailatulqadar walau ia telah berlalu pergi. Ia berlanjutan selama 6 bulan berikutnya. Begitu besar Ramadan bagi mereka yang memahaminya.

Ramadan tidak hanya hadir dalam bentuk teknikal berpuasa semata. Ramadan hadir penuh dengan hikmah bagi manusia yang benar-benar faham tetak duduk tuhan dalam hidup mereka. Sesungguhnya erti pada sesuatu terletak pada pemahaman yang jitu tentang sesuatu itu. Apakah puasa dan apakah hikmah di balik hukum wajib berpuasa?

Allah Taala berfirman mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan kepada kalian puasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian, mudah-mudahan kalian bertakwa” (Surah Al-Baqarah, ayat 183). Hukum berpuasa telah ditetapkan oleh Allah SWT. Justeru, walau puasa itu wajib namun ia bukanlah ibadah yang sewajarnya di laksanakan dengan penuh keterpaksaan. Perlu kepada penghayatan kerana di balik setiap perintah pasti ada sumber kekuatan yang Allah ingin berikan kepada diri individu yang melaksanakannya. Sumber kekuatan ini bukan dari sudut fizikal malah meliputi spiritual, emosi dan rohani.

Dengan berpuasa bukan sekadar menyalur sumber kesihatan tubuh atas kerehatan dan penambahbaikan system tubuh malah jauh daripada itu ia memberikan rasa lazat pada iman dan ketenangan diri. Justeru, selagi masih di dalam bulan Syaaban ini maka carilah ilmu sebanyak mungkin untuk mengenal Ramadan agar tibanya bersambut dengan syukur dan pengakhirannya menatijahkan diri yang lebih akur.

Puasa Menjaga Deria
 June 22, 2015 Hajah Mazlina Ismail Berita Harian, BH, mazlina ismail, pesona d'zahra
ALLAH SWT mencipta manusia dengan sempurna. Allah menyempurnakan kejadian manusia itu lengkap dengan deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah, tangan dan anggota lain sebagai rahmat untuk hambaNya.

Allah yang Maha Pengasih menciptakan anggota badan untuk kemudahan dan kesenangan kita melaksanakan segala urusan di dunia ini. Kita diberikan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk berbicara, tangan untuk memegang, kaki untuk melangkah dan banyak lagi.

Mereka yang dikurniakan kesempurnaan tubuh badan dan anugerah-anugerah deria ini sering terlupa untuk menghargainya sehinggalah adakalanya nikmat itu ditarik dari mereka, barulah dapat kita menilai betapa besarnya nikmat deria yang diberikan oleh Allah SWT. Merenungi kehebatan segala deria yang dikurniakan kepada kita iaitu mata, telinga, lidah, dan hidung akan membuatkan kita menjadi hamba yang bersyukur.

Dalam surah Fussilat (41: 20) Allah SWT berfirman; “sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran, penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”

Dalam ayat di atas, Allah SWT menegaskan bagaimana anggota badan manusia sendiri seperti lidah, tangan, kaki, mata, telinga dan kulit akan menjadi saksi di atas perbuatan tuannya sewaktu hidup di dunia.

Menghadapi bulan Ramadan dimana umat Islam menjalani ibadah puasa, kita perlu sentiasa peka bahawasanya puasa tidak hanya menahan diri dari makan, minum dan hubungan suami-isteri tetapi ibadah puasa sewajarnya menjadikan kita berhati-hati dalam menggunakan deria yang dikurniakan Allah kepada hambaNya.

Dari Abu Hurairah RA, katanya, Rasululluh SAW telah bersabda:

” Allah azzawajjalla berfirman :”Setiap amal anak adam adalah untuknya kecuali puasa, puasa itu adalah untukKu dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan mencela, dan menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah “aku puasa “. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya ” (Sahih Muslim)

Bagi membawakan perkongsian ilmu minggu ini , Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin membuka bicara rancangan Pesona D’ Zahra dengan mengajak para pendengar IKIMfm untuk melihat satu persatu deria-deria tersebut dan seterusnya memahami akan cara yang betul memeliharanya dari mengurangkan atau membatalkan ganjaran ibadah puasa.

Deria Mata. Pada bila-bila masa, dan terutamanya pada bulan ramadhan ini, umat Islam disuruh untuk menjaga pandangan mata. Kita dilarang memandang benda haram atau benda-benda makruh atau najis. Sebaliknya kita disuruh untuk  memandang benda-benda yang luas contohnya: langit, bintang-bintang, lautan, alam yang kehijauan, dan juga selain itu melihat wajah ibu dan memandang wajah pasangan dengan pandangan kasih sayang maka Allah akan pula memandang mereka berdua dengan pandangan rahmat.

Turut menjadi penyejuk mata adalah dengan memandang perkara yang membawa ingatan kepada kekuasaan Allah SWT seperti Kaabah dan Al Quraan,

Deria Telinga. Selain menjaga pandangan, umat Islam juga diarah untuk sentiasa menjaga pendengaran. Kita disuruh untuk mendengar benda-benda yang baik contohnya ilmu yang disampaikan dalam majlis-majlis ilmu atau tazkirah, ini amat bermanfaat dan diberi ganjaran yang besar iaitu sebanyak 70 ribu malaikat mendoakan keampunan untuk mereka yang mendatangi majlis ilmu. Juga mendengar bacaan-bacaan Al Quraan adalah antara perkara yang terbaik untuk selalu kita dengari kerana ia akan menyuburkan jiwa menjadi pemilik jiwa  yang tenang.

Kemudian beliau menjelaskan berlawanan dengan perkara yang baik didengari, perkara yang perlu dielakkan dan dilarang mendengarnya ialah kisah-kisah yang tidak berfaedah, perkataan yang melibatkan umpatan, perkara yang mengaibkan orang lain, fitnah serta benda yang melalaikan kerana ia boleh mengeraskan hati

Deria Hidung. Adalah tidak kurang pentingnya penjagaan yang baik bagi deria ini. Umat Islam disaran untuk menghiaskan diri, rumah, masjid dengan wangi-wangian. Ketika menjalani ibadah berpuasa, Ustaz Muhamad mengingatkan kita adalah Makruh hukumnya untuk memberus membasuh mulut selepas Zohor kerana tidak selesa dengan bau mulut, sedangkan bagi Allah ia adalah wangi di sisi-NYA kerana keikhlasan berpuasa kita.

Deria Rasa (Mulut)

Ada dua perkara yang perlu dipelihara ketika berpuasa mahupun ketika hari-hari biasa seorang Muslim dalam penjagaan deria rasa dan mulut ini. Pertama adalah menahan diri dari kebiasaannya untuk menjamah makanan pada siang hari. Dengan terhentinya makan melalui ibadah berpuasa ini, ia memberikan kegembiraan menikmati makanan ketika berbuka puasa. Inilah yang dikatakan tentang dua kegembiraan atau dua kenikmatan sepertimana hadis diatas  iaitu kegembiraan ketika waktu berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah membawa amalannya nanti.

Turut diingatkan adalah deria merasa sentuhan iaitu apa yang boleh dipegang oleh seseorang. Pastikan kita tidak mengambil atau membuat sesuatu yang dimurkai oleh Allah baik yang jelas haram hukumnya mahupun makruh dan syubhah bagi mendidik diri sentiasa bersikap jujur pada setiap masa.

Memahami salah satu matlamat difardukan puasa Ramadan adalah untuk menjana akhlak yang terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketakwaan yang sebenar kepada Allah Taala.
Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

Dan didalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati”. (Bukhari dan Muslim)

Pentingnya menjaga deria-deria diatas adalah kerana ianya membawa kita kepada matlamat puasa iaitu ketakwaan yang sebenar-benarnya. Melalui ketakwaan kita akan sentiasa mempunyai rasa diperhatikan Allah dalam setiap perbuatan. Maka dengan terpeliharanya anggota badan, yang menjadikan seseorang hamba itu seorang yang tenang hatinya, rasional fikirannya serta berhikmah dalam perlakuannya. Ini adalah pati bagi kejayaan untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Semua ini adalah nikmat Allah yang perlu dipelihara dan dijaga daripada terlibat dengan kemungkaran dan maksiat kepada Allah s.w.t. Seandainya anggota ini disalahgunakan untuk melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., kita sebenarnya telah gagal untuk bersyukur.

Koleksi Tazkirah Pilihan 073

Ya ALLAH..
Bantulah diriku, masyarakat & negaraku berada di bawah kepimpinan yang bertaqwa. Aamiin.

Barangsiapa sombong kepada manusia maka ramailah musuhnya.

Untuk menjadikan dirimu lebih baik, penghijrahan diri perlu dilakukan.

Mendapatkan ilmu perlu kesungguhan dan berpendirian teguh agar tidak mudah goyah disebabkan situasi, keadaan dan masalah.


Berjuang untuk hidup taat kepada ALLAH.

Jom bantu kempen. 😊
MANIFESTO RAMADAN
💚 Pintu SYURGA dibuka, ditutup pula pintu NERAKA
💚 DIJAUHKAN dari api NERAKA
💚 Beroleh 2 KEGEMBIRAAN iaitu sewaktu berbuka dan semasa berjumpa Tuhannya
💚 Doa sangat MUSTAJAB
💚 DIAMPUN segala dosa yang lalu
💚 Segala AMALAN pahalanya berganda-ganda
💚 PERISAI dari api NERAKA
💚 BAU mulut orang berpuasa lebih wangi dari KASTURI
💚 Masuk ke dalam syurga melalui pintu khusus (AR-RAYYAN)
💚 Ada SOLAT TERAWIH pada malamnya
💚 Ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (LAILATUL QADAR)
MANIFESTO RAMADAN ini offer dari Allah setahun sekali je. Semoga kita ada ruang masa baca sebentar dan fikir sejenak sebagai persediaan menuju Ramadan meraih keredhaan Allah s.w.t. 😍

Hasad dengki adalah penyakit hati yang akan membuatkan manusia membenci sesama sendiri, dan syaitan bertepuk bersorak gembira.


Kalau harta itu baik, ia pasti akan mendekatkan kita kepada Allah.
Kalau kerja kita baik, ia pasti akan mendekatkan kita kepada Allah.
Kalau kawan kita baik, dia pasti akan membuatkan kita ingat pada Allah.
Segala kebaikan akan kembali kepada sumber kebaikan yaitu Allah.
Apa benda yang membuatkan kita jauh daripada Allah, maka waspadalah. Lebih baik hilang sesuatu kerana Allah daripada kehilangan Allah kerana sesuatu.

Dunia ini begitu murah sekali. Boleh dimiliki oleh si kaya atau si miskin. Mampu dimiliki si raja mahupun rakyat jelata.
Syurga itu begitu mahal. Syurga tidak mampu dimiliki sesiapa kecuali oleh mereka yang beriman lagi beramal soleh.

Seorang kaya yang sombong secara tak sengaja terlanggar seorang miskin.
Dengan penuh emosi dia berkata, "Dasar pengemis bodoh, buta kayu, tak tengok jalan ke sampai langgar orang. Kamu tahu tak siapa aku?"
"Maaf Tuan, saya benar-benar tidak sengaja, tapi... sebenarnya Tuan ini siapa?" Kata si pengemis ketakutan.
Dengan sombong orang kaya menjawab, "Aku orang paling KAYA di kota ini!"
Dengan polos pengemis itu berkata, "Maaf Tuan, tapi setahu saya orang yang paling KAYA di kota ini adalah si tukang kayu yang tinggal di hujung jalan. Dia sering kali mengundang para pengemis seperti saya ini untuk MAKAN di rumahnya."
Mendengar itu, orang kaya TERTUNDUK MALU.
Dia tahu kerja sebagai tukang kayu pun serba KEKURANGAN. Pun begitu dia masih mampu berkongsi rezeki.
Dunia ini memuja harta.
KAYA MISKIN semata-mata diukur atas dasar harta, padahal banyaknya harta tidaklah membuat seseorang menjadi KAYA.
Kekurangan harta tidak membuatkan seseorang menjadi MISKIN.
KEKAYAAN tidak berbicara tentang berapa banyak yang seseorang MILIKI, melainkan tentang berapa banyak yang dia KONGSIKAN.
Ketika seseorang mahu berkongsi dengan sesamanya sekalipun tidak memiliki harta yang banyak, Ketahuilah dia adalah seorang yang KAYA!
Sebaliknya, seseorang yang tidak pernah berkongsi dengan orang lain sekalipun memiliki nikmat harta yg melimpah, dia adalah seorang yang MISKIN.
"Bukan seberapa BANYAK yang kita DAPATKAN, tapi seberapa BANYAK yang dapat kita kongsikan"


Hebatnya air
Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..
Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.
Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.
Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.
Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..
Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.
Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...
Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...
Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...
Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Hentikanlah menghitung keburukan orang lain dan mula bertanya apa kebaikan mereka.
Hentikanlah menghitung kebaikan diri dan mula bertanya apa yang perlu diperbaiki lagi.
Hentikanlah menyoal manfaat orang lain pada kita tetapi mula memanfaatkan diri buat orang lain.
Hentikanlah ukur kegemukan dosa orang lain tetapi mohonlah keampunan atas kegemukan dosa sendiri.
Hentikanlah mencaci ujian diri tetapi tambahkanlah kesyukuran kepadaNya atas segala nikmatNya yang sentiasa ada buat kita.
Belajarlah menutup aib orang lain sebagaimana kita mahu Allah swt masih mahu menutup aib diri kita.
INGATLAH.. KEMATIAN PASTI DATANG...

Sesuatu yang kita sendiri bencikannya, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, yang tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian. Demikian inti ajaran Baginda yang mudah ditazkirahkan namun tidak mudah diamalkan. Dunia tempat ujian..

Ada orang yang kita TIDAK PERNAH kenal atau bercerita tentangnya, NAMUN dia membenci kita & memutuskan dirinya dari kita; HANYA KERANA mulut-mulut orang yang menabur kisah rekaan & label yang jahat untuk kita.
Ada pula mereka yang sayangi kita, juga HANYA kerana cerita manusia, tanpa menyelidik kesohihan cerita baik itu.
Itulah lumrah ketika hidup ini malah juga dibawa selepas kematian mungkin. JUSTERU, yang lebih UTAMA, waktu hidup, bersabarlah dari dukacita atau gembira kerana kedua hal itu kerana itu semua ujian buat kita. Menguji siapa yang meletakkan benci dan kasih Allah sebagai 'makanan' rohaninya bagi mengharungi jalan di dunia.
#DrZaharuddinAbdRahman

KEBAIKAN AKAN MENDAPAT KEBAIKAN.
.
Berbuat lah baik walau di mana kita berada pada apa-apa dan bila-bila masa saja pun.
.
Islam adalah agama dunia dan akhirat, orang yang berbuat baik balasannya bukan sahaja di akhirat tetapi di dunia lagi Allah akan berikan balasan kebaikan.
.
Cuma kadang-kadang kebaikan yang Allah beri tidak seperti yang kita Hasrat kan.
.
Itu yang membuat kita tak perasan kita sedang dilimpahi kebaikan. Sebab itu banyak ayat al-Quran, Allah suruh kita merenung dan bersyukurlah.
.
Nanti kita akan nampak kebaikan-kebaikan yang di anugerahkan kepada kita.


APABILA SAKSI-SAKSI DI MINTA MEMBUAT PENYAKSIAN DI AKHIRAT...
.
Allah mengadili kita di akhirat dengan seadil-adilnya.
.
Ada lima saksi di akhirat nanti di atas segala perbuatan baik dan buruk kita.
.
Lima saksi ini menjadikan kita tidak akan dapat lari daripada segala perbuatan salah jika kita tidak bertaubat.
.
Lima saksi itu juga yang akan menyaksikan perbuatan baik kita walaupun kadang-kadang tidak diketahui oleh orang lain.

UJIAN ITU MEMBERATKAN HATI.
.
Setiap manusia akan diuji oleh Allah, perbezaannya adalah bentuk dan kesamaannya ia menyempitkan dan memberatkan hati.
.
Bagi meringankan ujian, jangan merasa berat untuk berdoa dan memohon kepada Allah jalan keluar bagi segala permasalahan kita.
.
Sesungguhnya setiap sesuatu mesti mempunyai jalan keluar. Jangan berputus asa dan jangan menyerah kalah.
.

ALAM ADALAH SEBUAH UNIVERSITI
.
Orang yang banyak belajar dari alam akan mengalami proses peng”alam”an.
.
Setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita, suka atau duka semuanya merupakan kursus dan diakhiri dengan ujian.
.
Lulus atau tidak ujian kita akan diketahui di akhirat nanti.
.
Belajarlah dari alam dan lalulah proses peng”alam”an.
.
Sesungguhnya, ia adalah “Universiti Kehidupan”.

BERTIMBANG RASA ADALAH SYARAT BERSIFAT IHSAN.
.
Ketika melihat orang melakukan kesalahan, kita kena memahami ada empat jenis orang yang membuat kesalahan.
.
Memahami kenapa mereka membuat kesalahan menjadikan kita akan lebih adil di dalam bertindak.
.
Keadilan itu lebih hampir dengan ketakwaan.

ILMU ADALAH ANUGERAH ILAHI.
.
Jika kita belajar ilmu kita akan menjadi orang yang pandai.
.
Jika kita melalui pengalaman dengan suluhan ilmu kita akan menjadi orang yang cerdik.
.
Gabungan pandai dan cerdik akan menjadikan kita orang yang bijaksana.
.
Setinggi-tinggi bijaksana apabila ia dibantu dengan ilham dan firasat dari kurniaan Allah.
.
Jangan sombong dengan ilmu, kerana di samping orang yang alim banyak lagi orang yang lebih alim.

Sahabatku,
Pertolongan Allah hanya akan bersama orang yang bertakwa dan memberati sunnah dalam setiap tindakannya-ebitlew

Sahabatku,dunia sekejap ini kita tak sanggup susah.Inikan pula akhirat kehidupan selamanya.Jagalah Iman dan Akhlak kita-ebitlew

Sahabatku,kita disayangi Allah bila kita menyayangi ahli keluarga,sayang orang miskin dan anak yatim-ebitlew


Sahabatku,bangunlah Tahajud 2 rakaat doa ya Allah terima kaseh beri kami nikmat sujud padaMu ya Allah-ebitlew

Tadi tinggal duit sikit atas meja. Sayang ni duit khas belanja sayang untuk pergi spa dan pergi urut. Ini pula duit untuk bayar yuran sekolah anak. I love you bidadari sayang. Jaga diri baik-baik yer. Allah sayang. I love u sayang.
Sebak semalam bila balik rumah anak-anak berlari. Anak datang mengaji cek hafalan sikit-sikit. Ayah dia pun tak hafal surah tu. Ada yang kata ayah. Umi kata ayah dulu susah. Duit nak makan pun takde. Pernah setiap hari cuma makan roti canai jer share 2 orang..ayah kerja kuat nak beri yang terbaik untuk keluarga dan bantu agama Allah. Nak buat dakwah yer...
Yer anak ayah. Tahu tak sebab apa ayah dapat semua ni. Ini semua kasih sayang Allah. Allah beri 'atuk nenek' ayah yang baik. Dan umi. Umi segala-galanya buat ayah. Dia berkorban siang malam dari dulu sampai hari. Ayah terlalu sayang dan cintakan umi kerana Allah. Tahu tak sebab apa. Umi anugerah Allah buat ayah..umi baik sangat. Menenangkan. Penyejuk mata dan hati ayah.
Sebab tu kakak, dan semua anak ayah kena jaga umi baik-baik. Dulu,ayah miskin susah duit takde. Umi tak pernah minta apa-apa. Umi berkorban segala-galanya. Kerana doa umi. Allah beri kita rezeki sedikit supaya kita tolong orang lain. Terima kaseh Allah.
Semoga niat ayah nak bantu semua remaja bermasalah di Malaysia dan semua keluarga yang diuji. Setiap remaja dapat diselamatkan. Yang jauh dari Allah dekat pada Allah..Gelandangan yang tiada tempat tidur dan susah nak makan. Moga ada tempat dihati kita untuk mereka supaya Allah sayang kita. terima kaseh Allah..terima kaseh bidadariku. Terima kaseh bidadariku tercinta sayang. I love u sayang.
Doakan saya 2 hari program di Langkawi. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew


Sahabatku,solat istikharah doa "ya Allah jika pemimpin ini baik untuk agama,dunia dan akhirat kami takdirkanlah buat kami-ebitlew


Wednesday, May 02, 2018

KOleksi Tazkirah Pilihan 072

Jangan buka aib org
Bimbang aib kita akan terbuka
Disaat kita cuba menutupnya

Org yg dalam dirinya selalu mngingati Allah.walaupun dia hilang segala galanya,mak ,ayah,anak ,isteri.
hakikatnya dia tak pernah hilang
segala-galanya.
sebab dalam hatinya ada Allah.
tapi klau dalam dirinya tk da tmpat
untuk Allah maka.
walaupun dia ada segala-galanya.
hakikatnya dia dah hilang segala-galanya.

Ya Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran-Mu..
Kami memohon agar berlindung dari segala fitnah, perselisihan faham antara kami, sikap merendah-rendahkan orang lain, mengaibkan orang lain, berprasangka buruk..dan sifat mazmumah yang lain..
Ya Allah, jadikan kami hamba-Mu yang sentiasa menjaga adab, pertuturan, kelakuan dan jadikan kami diantara barisan hadapan yang sentiasa menjaga kemuliaan Islam..
Amin ya Rabb !

PESAN PADA DIRI*
Jika kau bertahan dan bersabar atas kesedihanmu,Allah akan gantikan semuanya dengan lebih baik.
Allah akan mengampuni dosa-dosa orang-orang yang sabar menerima segala dugaan yang datang.
Allah akan bagi pahala yang besar sebagai pengganti kepada semua yang kau hadapi.
Setiap titis air matamu yang jatuh kerana ditimpa musibah dan kesedihan akan berubah menjadi pahala buatmu.
Bersabarlah tiap waktu dan kuatkanlah imanmu.Allah akan gantikan setiap airmata kesedihanmu menjadi permata.


Jangan ajar diri membenci orang lain..sbb diri kita ini pun tak semua org suka

Untuk menjadikan dirimu lebih baik, penghijrahan diri perlu dilakukan.

Mendapatkan ilmu perlu kesungguhan dan berpendirian teguh agar tidak mudah goyah disebabkan situasi, keadaan dan masalah.

Barangsiapa sombong kepada manusia maka ramailah musuhnya.

Berjuang untuk hidup taat kepada ALLAH.

Apa jua takdirNya. Jadikan ianya pemangkin pada jalan muhajadah menuju redha ALLAH SWT.
In Shaa ALLAH.

Merendah diri dan memohon hajat kepada ALLAH itu lebih baik dari kita menyalahkan takdirNya.

Pandanglah dari pelbagai sudut bahawa yang datang itu bukanlah sesuatu yang sia-sia.
#Perbaharui iman.

Berdoalah..
ALLAH mendengarmu. Bersabarlah, kerana ALLAH akan menjawab doamu pada waktu yang tepat.
In Shaa ALLAH.

Memang sukar untuk bersabar tapi mensia-siakan pahala sabar adalah kerugian yang besar.

Sesungguhnya ALLAH berkehendak kita bersabar dalam menjalani kehidupan ini.
Alhamdulilah.

Tanda ALLAH sayang & cinta pada kita dipilihNya kita dengan menguji iman kita.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman & bertaqwa. Aamiin.

ALLAH tidaklah menjadikanmu sebagai pengawas orang lain dan menghitung hitung aib-aib mereka.
#Perbaharui iman mu yang lemah.

TERSINGKAPNYA TABIR HAKIKAT
Suatu ketika seorang sufi Abu Bashir sedang berdiri dekat Ka’bah seraya menjuruskan pandangannya kepada orang ramai yang sedang bertawaf, dia tertegun karena begitu banyaknya orang yang mengerjakan tawaf sehingga kedengaran suara gemuruh takbir, tahmid, tasbih serta do’a, lalu terlintas dalam benaknya tentulah mereka itu mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.
Sejurus kemudian datanglah Imam Ja’far Shaddiq seorang imam besar keturunan Rasulullah s.a.w dan dia mengetahui apa yang terlintas di dalam benak anak muridnya itu lantas berkata kepada Abu Bashir;
"Pejamkanlah matamu wahai Abu Bashir...!"
Dengan rasa kebingungan yang mendalam akhirnya Abu Bashir menuruti dan patuh keatas apa yang diperintahkan oleh gurunya itu.
Kemudian Imam Ja’far Shaddiq mengusap wajah Abu Bashir dan berkata;
Sekarang bukalah matamu wahai Abu Bashir dan lihat kembali kepada orang ramai yang sedang bertawaf itu...
Setelah Abu Bashir membuka matanya, alangkah terperanjat dia tiada terkira karena sekarang apa yang dilihatnya hanyalah sekumpulan orang-orang yang berkepala binatang sedang melakukan tawaf, diantara mereka ada yang menyalak, mengaum, mengembik dan mengerang.
Sambil diliputi rasa heran, kebingungan dan gerun ketakutan dia kemudian bertanya kepada gurunya;
Apa yang sebenarnya yang terjadi ini wahai guru...?
Maka Imam Ja’far Shaddiq menjelaskan;
Pada kali pertama yang engkau lihat itu adalah sifat wujud jasadniyah luaran mereka sahaja yang sedang bertawaf, dan pada kali kedua yang engkau lihat adalah sifat batin dalaman wujud rohaniyah mereka.
Lalu Abu Bashir bertanya lagi;
Kenapa boleh terjadi hal yang demikian wahai guru? Pada hal mereka sedang berhaji, dan kelihatan mereka itu sedang bertakbir, bertahmid dan bertasbih mengagungkan Allah s.w.t
Dan dijawab oleh Imam Ja’far Shaddiq;
Apa yang mereka ucapkan tidak sungguh-sungguh keluar dari lisan mereka karena tidak bersesuaian dengan apa yang terlintas di dalam hati mereka. Apa yang mereka usahakan tidak pernah ditujukan kepada Allah s.w.t tapi keduniaan yang mereka tuju. Mereka masih lagi mengingati yang lain selain Allah sw.t karena kenyataannya mereka masih lagi mengagungkan jawatan kedudukannya, ilmu-keilmuannya dan harta kekayaannya padahal Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terlintas didalam diri kita baik zahir maupun batin.
Oleh sebab itu luruskan ikhlas niatmu karena Allah dan Rasul-Nya dan pasrah berserah dirimu untuk diaturkan oleh Allah sw.t dengan segala ketentuan-Nya, karena itu adalah awal serta akhir dari segala perjalanan ibadah seseorang hamba.
Dan sesuatu yang dilihat itu belum tentu benarnya jika dilihat hanya pada luaran kezahirannya sahaja.....
Dari: Hamba Allah


PENYAKIT HATI LEBIH BERBAHAYA DARI PADA PENYAKIT TUBUH
- Imam Abdullah Al-Haddad Ra -
Penyakit hati lebih berbahaya dan lebih buruk dari pada penyakit tubuh dari berbagai segi.
Yang lebih buruk lagi penyakit hati dapat merusak agama seorang hamba yang merupakan modal utama untuk kebahagiaannya di dunia dan akhirat.
Merusak akhiratnya, yang merupakan tempat terkekal selama-lamanya.
Adapun penyakit tubuh hanya membahayakan seseorang di dunia yg fana yang akan hancur dalam waktu dekat ini juga membahayakan tubuh seseorang yang rentan terkena cobaan dan hancur dalam waktu dekat.
Meskipun demikian, penyakit tubuh masih bisa memberi manfaat yang banyak bagi keimanan seseorang dan akhiratnya
Karena Allah ta’ala sudah menyediakan pahala yang besar baginya, juga masih banyak manfaatnya untuk saat ini maupun kelak di akhirat.❝
‎‏‎📎 Sumber : Al-Fushul Al-'ilmiyah , Imam Haddad

Tak kira apa jawatan yang kita ada, di sini pengakhiran tempat kita, tak kira dari pemimpin sampai ke rakyat marhaen di sini (kubur)tempat kekal abadi, jawatan yang ada sekadar hiasan di dunia yang tidak kekal abadi buat selama lamanya.


CARA UNTUK BERSANGKA BAIK
Allah s.w.t mengurniakan kita dua mata, satu untuk memandang kebaikkan orang lain,Dan satu lagi untuk melihat kekurangan dan Aib yang ada pada diri sendiri untuk diperbetulkan
Perlunya bersangka baik itu kerana kebaikkan atau keburukkan tersebut akan kembali menurut apa yang disangkakan itu.

Jangan berhenti menjadi orang baik, kerana orang yang baik itu selalu ada tempat di hati setiap orang.

Ya Allah, di antara kami ada yang sakit zahir atau batin maka sembuhkanlah mereka.
Ada yang sedang diuji maka permudahkanlah mereka..
Amin..

Pakaian warna hitam, bila kena kotoran tak nampak sangat.
Macam tu juga hati, bila sudah hitam buat dosa pun tak rasa bersalah.
Astaghfirullah 😔

Siapa yang lebih buruk?
"Yang manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia?"
"Subhanallah, kedua-duanya baik", ujar si alim sambil tersenyum.
"Mengapa boleh begitu?"
"Kerana orang yang tekun beribadah itu nanti mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia disebabkan ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."
"Jadi siapa yang lebih buruk?" desak si pemuda.
"Kita, anakku", ujar beliau.
"Kitalah yang selayak disebut buruk kerana gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."
Sambungnya lagi, "Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada Allah dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain."
Kredit : Aji Yusop
#bahagiandakwahjaki

"Jika seseorang datang membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita selalu kesempitan wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar tentang berjimat-cermat.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap"
- us Pahrol-
P/S: Siapa yang kena marah, tengah kesempitan wang, rasa kecewa, maka jangan bersangka buruk dengan Allah..


Adakala...kita perlu diam...kerana dengan diam itu...boleh meredakan situasi yang tegang...
Adakala...kita perlu bersuara..kerana jika diam...hanya menyebabkan orang lain tidak tahu situasi yang sebenarnya...
Seperti kita difitnah..lebih baik jelaskan keadaan sebenarnya...jika diam.. fitnah itu akan semakin merebak...
Jika sedang marah...lebih baik diam... jika kita berkata-kata...ada ayat-ayat kesat/silap yg keluar adalah dari perasaan marah yang datangnya daripada syaitan.


Kita kena tahu
Manusia bukan selamanya peduli akan kita.
Ada baiknya
Kita menangis pada Allah.
Kita mencari perhatian Dia.
Kita meluah pada Dia.
Kita ingat dosa2 kita.
Allah akan sentiasa pedulikan kita. Selamanya.
Manusia itu sikapnya sementara.
Yang baik didepan kita, yang belakang berkata-kata.
Manusia bukan semuanya sukakan kita.


MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM DAN BOLEH MENYELEWENGKAN AQIDAH
Mesej berantai haram disebarkan kerana menganggap makhluk yang menentukan manfaat dan mudarat yang telah ditetapkan Allah SWT .
Contoh mesej :
"Siapa tak hantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .
"Siapa yang hantar mesej ini, dalam masa dua jam orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".
"Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".
"Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".
"Hantar mesej ini minima 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam".
Senang cerita, ia berkait dengan perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan sendiri.
Manusia tak layak menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab tertentu ...
Teguran untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini dikhuatiri menyelewengkan aqidah !!! WA'IYAZUBILLAHI MIN ZALIK.


Kita buat baik bukan sebab orang, kita buat baik sebab Allah perintah kita buat baik.


Kadang-kadang kita sibuk siang dan malam mengumpul pelbagai keperluan untuk memuaskan hati, dengan rasa kita telah berusaha untuk memperolehi bahagia namun segalanya semakin jauh kerana kita terlalu sibuk mencari bahagia melalui kebendaan hingga terlupa kepada yang Menciptakan benda.
Milikilah walau apa pun jika hati kita tiada sang Pencipta, segala benda yang dimiliki menjadi kosong malah terkadang mendatangkan bencana dalam kehidupan.
Pisau yang berada dalam tangan orang yang hatinya ada Allah SWT akan mendatangkan manfaat namun jika pisau itu berada di tangan orang yang tiada Allah dalam hati pisau itu mungkin akan mendatangkan bencana dalam kehidupan.


Kita asyik fikir apa yang kita nak, sampai kita lupa apa yang Allah nak.