Wednesday, November 28, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 088

Musim2 kenduri, eloklah kita ambil iktibar. Baca kelohan caterer kenduri kawin. 👇🏻
Saya minta maaf betul-betul maaf. 
Saya perlu berterus-terang. Terpaksa.
Bila hadir di suatu majlis . Deretan makanannya banyak. Ambil satu persatu. 
Makan dulu main course. Lepas tu bangun ambil pula makanan lain. Ambil pula buah dan sebagainya. 
Bila tuan-puan ambil semua jenis makanan serentak, tiba-tiba kenyang, makanan lebihan tadi ditinggalkan.
Kesian tuan rumah. Dia bayar makanan itu. Tapi dibazirkan oleh tetamu. Hormatilah rezeki. 
Kita tidak perlu ditayangkan dengan video Palestin takda makanan atau Somalia kurus kering baru rasa insaf.
Ambil kuih sepinggan. Takhabis. Dia ambil tisu, buang atas kuih tadi. Padahal kuih itu masih elok lagi.
Ikutkan saya meniaga. Saya suka. Bila makanan tak cukup. Ada tambahan sales. Tapi saya kesian kepada tuan rumah yang risau makanan tak cukup. Berubahlah. Berubah. Kalau kita buat macam tu kat orang. Time majlis kita nanti orang buat macam tu... kita pun sedih.
Siang malam kita mintak doa murah rezeki.
Rezeki sampai kita pun buang.
Kenapa kita macam tu? Kenapa?
Tolonglah share. Dah lama menahan.


Allah uji
Allah beri nikmat
Terlalu kerdil utk memahaminya


ni semua adalah kehendak yang diinginkan ALLAH."
Didiklah hati untuk meredhai setiap aturanNya.


Beruntunglah orang yang berselawat
Dan rugilah orang yang tidak berselawat.

SIAPA KALAH KENA BELANJA
Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang KALAH perlu belanja makan. ?
Saya jawab hukumnya adalah JUDI kerana wujud elemen 'zero sum game'. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan KOS makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya.
Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-
لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر
Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)
Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.
Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Rujuk kitab Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 ) 
Wallahu 'alam.
Adj Prof. Dr Zaharuddin Ab Rahman
Presiden MURSHID

Ujian kerana kejayaan lebih berbisa dari kegagalan. Sangat berpotensi membawa hati keras, tinggi diri & sukar menerima nasihat. Adakalanya dirasa doa tidak lagi diperlukan, hanya ‘kehebatan minda & usahanya‘ diperlukan, maka tersungkurlah ia.
Kegagalan pula berpotensi lunakkan hati, rendah diri, menambah fikir tapi berbisa di dalam, hingga adakalanya boleh membawa putus asa & bersangka buruk terhdp Allah. Awasilah kedua ujian itu wahai diri.
-Muhasabah Buat Diri & Yang Sudi-
#DrZaharuddinAbdRahman

Jangan sampaikan andaian. Tidak perlu sentimen. 
Selidiki dulu. Cari buktinya. 
Itulah Islam.

Majikan yang menceritakan keburukan pekerjanya seperti ayah yangmenceritakan keburukan anaknya. Majikan itu majikan yang bankrap walaupun seorang jutawan!

Daripada sahabat saya Ahmad Fairoz:
Ketika Isterimu Marah
Ustaz Salim A Fillah menyebut, "Marahnya seorang isteri adalah marah kerana CINTA. Jika ia marah kerana cemburu. Maka cemburunya kerana Cinta."
Lalu apa yang diajarkan Rasulullah Shalallahu alahi wasallam ketika menghadapi isteri yang sedang marah? Satu akhlak yang mulia dicontohkan nabi.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, pada hari itu Rasulullah saw didatangi tetamu yang terdiri daripada sahabat Rasulullah saw.
Tiba-tiba Rasulullah saw terdengar bunyi pinggan pecah di dapur. Pinggan atau bekas makanan yang pecah itu datangnya daripada pinggan atau bekas yang dibawa oleh pembantu Zainab, isteri Rasulullah saw.
Ia pecah apabila dipukul atau ditepis oleh Aisyah ra gara-gara cemburu kerana pembantu Zainab menghantar makanan untuk Rasulullah saw sedangkan masa itu adalah giliran Rasulullah di rumah Aisyah radialahuanha. 
Hal ini menimbulkan rasa cemburu di hati Aisyah ra.
Tindakan Rasulullah saw apabila menyaksikan Aisyah ra memecahkan pinggan atau bekas makanan itu, Rasullulah hanya tenang sambil memungut makanan (kurma) yang jatuh itu. Kurma yang jatuh itu dibersihkan lalu dihidangkan kepada para tetamu (sahabat) yang hadir. Lalu Rasulullah saw bersabda:"Maaf . Isteriku cemburu".
Nasihat ustaz lagi apabila isteri itu marah2 ia bukan lagi suatu fakta atau kenyataan namun hanya sekadar pandangannya atas perasaan yang bila2 masa boleh berubah. Maka tindakan terbaik sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam adalah diam selama mana ia tidak melampaui batas.
Di pihak isteri pula sejauh mana kemarahan pada seorang suami haruslah diingat, jangan sampai melupakan segala kebaikan2 suami sepanjang pernikahan.
Andai marah itu datangnya dari cinta. Maka utamakanlah cinta sementara redakanlah api kemarahan yang tidak tentu hala itu agar perkahwinan itu terus dihiasi dengan yang indah2.
Suami dan isteri harus saling berperanan demi mencuba sebaiknya contohi nabi dalam mengharungi Asam Garam Rumahtangga.
Agar damai dan tenteram menghiasi seisi kehidupan mereka meski ada ketika ditimpa gelora sekali sekala.
Bawa bertenang.


Jangan hanya 'mendengar' hatimu tetapi bercakaplah kepadanya. Katakan kepadanya yang baik-baik...


Tiada jawapan lain, semua yang terjadi ini kerana Allah sayang kita. Apalah sangat ujian yang kita lalui ini jika dibandingkan dengan ujian yang Nabi SAW lalui.

Kebencian tidak akan mampu memdidik manusia.. 
Kebencian tidak akan mampu menjaga tanah air.. 
Kebencian tidak akan mampu mengangkat darjat suatu bangsa.. 
Kebencian tidak akan mampu menciptakan suatu kebahagian..

Tapi Cinta dapat mewujudkan semua itu." (Habib Ali Al-Jufri).

TELITI AIBMU SENDIRI
Imam Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata:
Engkau tidak akan memperoleh hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu, baru kemudian engkau perbaiki orang lain. Setiap kali kamu perbaiki satu aibmu, maka akan nampak aib lain yang harus kamu perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya hamba yang paling dicintai Allah adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, tidak ada hari seperti hari kiamat, hari dimana aib terbuka dan mata menangis.

Tuesday, November 06, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 087

Hadapi lah semua ketentuan Allah. Pasti ada banyak kebaikan
14 AMALAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK PERGI..
Apakah amalan2 yg perlu dilakukan... yang amat diinginkan oleh ahli kubur?
1. Perbanyak membaca al Quran.
2. Melazimi membaca surah al Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.
3. Perbanyak selawat ke atas Nabi SAW.
4. Melazimi membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah sebelum tidur setiap malam.
5. Melazimi membaca Ayatul Kursi selepas solat fardhu.
6. Perbanyak membaca Sayyidul Istighfar.
7. Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada Allah Taala.
8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.
9. Melazimi membaca doa Nabi Yunus a.s 40x ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.
10. Mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari yang dihapuskan dosa2 terdahulu.
11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud.
12. Menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju syurga, beroleh ganjaran pahala.
13. Menziarah kubur dan duduk disisinya sambil mendoakan si mati.
14. Amalkan doa 3x sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W:
"Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Disaat hati merinduiNya
Disebut-sebut namaMu.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH
Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun banyak rintangan...teruskan perjalanan!
Membina mengambil masa. Meruntuh sekelip mata. Mungkin kerana itu politik kita berjaya melahirkan pembangkang yang baik tetapi belum kerajaan yang baik!
Orang kaya yang tidak merasai kemiskinan tidak akan mampu memikirkan nasib orang miskin.
Rezeki bukan soal banyak atau sedikit, tetapi berkat atau tidak. Jemputlah berkat pada rezeki dengan niat mencarinya kerana Allah.
KAU beri aku kesukaran supaya aku terus menghitung kesyukuran.
Allah usik HATI kita dengan UJIAN, sebenarnya DIA rindu dengan kita, DIA rindu dengar suara kita menyebut zikir nama-Nya "YA ALLAH.."
TIP MENGHAFAZ AL-QURAN
Menghafaz Al-Quran bunyinya macam senang tetapi sebenarnya amat sukar untuk dilakukan. Dan lebih sukar lagi apabila menjaga hafazan agar tidak lupa atau hilang. Tidak hairanlah terdapat banyak keistimewaan yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. kepada mereka yang menghafaz Al-Quran.
Diturunkan beberapa tip menghafaz Al-Quran berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman:
1. Sebaik-baiknya menghafaz Al-Quran bermula pada waktu pagi sesudah solat subuh dengan suasana hening dan sunyi. Suasana begini memudahkan penumpuan kita kepada ayat-ayat Al-Quran yang mahu dihafaz.
2. Mulakan dengan sedikit doa penerang hati, selawat ke atas Nabi dan membaca surah Al-Fatihah. Kemudian baca apa yang mahu dihafaz. (tetapkan jumlah ayat yang ingin dihafaz atau muka surat misalnya).
3. Baca berulang kali sehingga pasti tiada berlaku kesalahan pada bacaan, sama ada dari segi panjang, pendek, baris atau sebagainya.
4. Baca satu ayat berulang kali (15 kali atau lebih) dengan melihat Al-Quran. Cuba bayangkan kedudukan ayat. Seterusnya baca tanpa melihat Al-Quran (jika terlupa lihat dan ulang kembali) sehingga lancar.
5. Beralih dari satu ayat ke satu ayat yang lain setelah benar-benar ingat ayat yang sebelumnya.
6. Setelah menghafaz ayat yang kedua, ulang semula ayat yang pertama dan kedua sebelum beralih ke ayat yang ketiga. Begitulah seterusnya sehingga selesai satu muka Al-Quran. Ulang semula dari ayat pertama sehingga tamat (untuk muka surat berkenaan).
MENJAGA HAFAZAN AGAR TIDAK LUPA
Selain menghafaz, apa yang penting ialah mempertahankan hafazan agar tidak lupa. Di sinilah terletaknya kesukaran sebenar bagi penghafaz Al-Quran. Mempertahankan hafazan akan menjadi lebih senang jika tips-tips yang diberikan di amalkan:
~ Sesudah solat Asar, baca kembali apa yang telah dihafaz. Contohnya, kita telah menghafaz 3 juzu’ Al-Quran, sebaliknya setelah solat Asar kita baca 1 juzu’ tanpa melihat Al-Quran dan jika lupa, lihat dan ulang membaca sebanyak 7 kali bahagian yang kita lupa itu.
~ Jika hafazan kita 3 juzu’ sehari, kita ulang baca 1 juzu’. Itu sudah memadai jika diamalkan secara berterusan.
~ Berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan banyakkan solat malam. Banyakkan juga melakukan perkara-perkara sunat.
~ Minta bantuan daripada Allah dengan sering berdoa agar hafazan tidak lupa.
PETUA
Menghafaz Al-Quran terdapat banyak petua, antaranya ialah:
~ Menjaga kebersihan diri
~ Gosok gigi sebelum membaca Al-Quran
~ Makan buah kismis 7 biji sehari
~ Makan habatus sauda
~ Amalkan membaca surah Al-Insyirah
~ Banyakkan selawat ke atas Nabi
~ Hindari maksiat
~ Banyakkan bertaubat
FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT LUPA
Penyakit lupa sememangnya sering dialami oleh semua orang tidak kira faktor usia. Namun punca terjadinya penyakit lupa ini adalah kerana:
11 MAKANAN PENYEBAB LUPA
- Banyak makan epal yang sudah masam
- Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
- Banyak makan bawang besar.
- Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
- Memakan kepala ikan.
- Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
- Makan sehingga terlalu kenyang.
- Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
- Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
- Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
- Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
~ Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
~ Sedikit mengambil makanan masam dan pedas
~ Kurangkan makan hidupan laut
~ Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kima yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
~ Makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
~ Minum air antara suapan makan. Maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
~ Elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan atau berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil “dopamine” akan berkurangan di dalam sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan lemah dan otot-otot kurang bermaya.
KEISTIMEWA PENGHAFAZ AL-QURAN
SYAFAAT 10 ANGGOTA KELUARGA KE SYURGA
Daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Barang siapa membaca Al-Quran dan menghafaznya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).
BERADA DALAM RAHMAT ALLAH
Daripada Abu Hurairah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Al-Quran, kecuali mereka akan dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah dikalangan para malaikat (yang di langit). “ (Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah & Abu Daud).
DIBERI GANJARAN PAHALA MENGIKUT SETIAP HURUF YANG DIBACANYA
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi dan ad-Darimi).
AL-QURAN SENDIRI AKAN MEMBERI SYAFAAT KEPADA PEMBACA DAN PENGGEMARNYA DI HARI KIAMAT
Daripada Abu Umamah al-Bahili R.A. katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
DIPAKAIKAN MAHKOTA PADA HARI KIAMAT
Daripada Mu’az bin Anas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua-dua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang membaca sendiri?” (Hadis Riwayat Abu Daud)
DOSA JUALBELI WAKTU SOLAT JUMAAT.
Ramai lelaki yang biasanya sibuk makan tengahari pada hari Jumaat, awasi waktu haram bertransaksi. Jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Orang mengumpat bila ditegur berkata "eh bukan mengumpat tapi cakap benar aja", orang yang menyibuk bertanya hal orang yang tak berkaitan dengan dirinya bila ditegur berkata " eh bukan nak menyibuk cuma suka nak tahu je, nanti boleh tolong jawab".
Hakikatnya pendosa ini sedang cuba menjustifikasikan dosa dan meminimakan rasa berdosa. Ini sifat bahaya pencetus sifat nifaq. Berhati-hatilah.
Mengata yang benar itulah mengumpat, mankala yang tidak benar itu buhtan atau pendustaan terhadap orang lain..resepi muflis di akhirat.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya tentang ghibah, beliau menjawab:
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال لما سئل عن الغيبة قال : ذكرك أخاك بما يكره . قيل : أفرأيت إن كان في أخي ما أقول ؟ قال : إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته ، وإن لم يكن فيه فقد بهته .
ertinya: , beliau mengatakan: [ghibah] itu adalah kamu menyeritakan tentang saudaramu dengan apa-apa yang saudaramu sendiri tidak suka diceritakan, maka ia bertanya; bagaimana pandanganmu jika memang benar kenyataan yang ada pada saudaraku itu berkenaan apa yang aku ceritakan,?
maka baginda menjawab: "maka itulah ghibah [mengumpat], dan apabila tidak ada kenyataan pada saudaramu apa yang kamu ceritakan, maka berarti kamu membuat kedustaan [fitnah] kepadanya." [ hadis sahih - Riwayat Muslim ]
Orang di sekelilingmu yang sekadar berdiam diri mungkin LEBIH mengasihimu dan kuat menyokong berbanding mereka yang banyak berkata & memujimu di hadapanmu.
SOLAT TAUBAT
• Solat taubat Kena buat selalu.
• Sampai hati tu rasa lapang.
• Rasa bersih.
• Rajin nak beribadat.
• Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.
• Tak nak lagi buat dosa-dosa lama.
InsyaAllah, itu tanda taubat kita ALLAH dah terima.
Solat ni elok dibuat pada waktu malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Amek wudhu. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu. Isitghfar pendek je. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang. Pastu baru niat.
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala"
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.
"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
"AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa. Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
"Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar"
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
• bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
• hilang kemanisan beribadah
• hati tak makan nasihat
Tatkala hati sebak menahan kesedihan
Tatkala akal buntu mencari jalan
Tatkala tubuh gementar menerima dugaan
Tatkala air mata laju berguguran
ﻭَﻗَﺎﻟُﻮﺍ "ﺣَﺴْﺒُﻨَﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﻧِﻌْﻢَ ﺍﻟْﻮَﻛِﻴﻞُ"
Kpd Allah kita letakkan sandaran
Kpd Dia kita mohon kekuatan
Segalanya dtg dr Dia dan kpd Dia juga segalanya kita kembalikan. InshaAllah
~Ummi S.Fatimah♡
Sungguh, apa yg telah diatur oleh Allah swt di dlm kehidupan kita sgt indah dan yg terbaik sekali. Kita merasa keluh kesah krn kelemahan diri sendiri yg tdk dpt menilai dan mencari rahsia dan hikmah di sebalik ketetapan Ilahi. Yg perlu kita lakukan hanyalah tarbiyah hati utk redha dan bersyukur spy nikmat kehidupan ini akan jd sempurna dan lbh bererti.
dipermudahkan Ilahi.
Masa yg berlalu tidak akan kembali. Wlaupun byk kenangan yg terpahat di hati, walaupun byk peristiwa lalu yg mencalar emosi, wlaupun hati kita pernah disakiti sehingga mengukir rasa benci... namun biarkan masa lalu terus melangkah pergi.
Belajarlah untuk melepaskan masa lalu agar ia tidak menjadi belenggu. Byk pengajaran di masa lalu yg blh kita jadikan sandaran untuk kita meneruskan langkah pd masa hadapan. Sesungguhnya, dgn berbekalkan keyakinan dgn rahmat Allah, kita masih punya harapan utk menikmati kebahagiaan.....
#
Sekalipun tinggi ilmu, tinggi kedudukan, namun tanpa akhlak yg baik ia tetap rendah martabatnya.
Umpama pinggan yg sumbing, sekalipun pun mahal dan cantik namun tetap cacat pd pandangan mata.
Selamat pg buat smua rakan2 dan sahabat2 serta saudara mara yg ummi kasihi. Moga kita smua dilimpahi rahmat Ilahi, dipermudahkan langkah kaki utk meneruskan perjalanan hidup ini dan dianugerahkan kesihatan yg baik agar mudah utk kita mencari rezeki. Aaamiin...
"Lidah utk kita merasa... tp lidah juga mampu membuat org lain terasa"
Jgn krn lidah kita melangkah ke neraka...
~*~20 PETUA MURAH REZEKI~*~
~~Menyempatkan diri dalam beribadah
~~Banyak beristighfar
~~Tinggalkan perbuatan dosa
~~Sentiasa mengingati Allah
~~Berbakti & mendoakan ibu bapa
~~Berbuat baik & menolong orang yg lemah
~~Tunaikan hajat org lain
~~Banyak berselawat
~~Banyak membuat kebajikan
~~Berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian setelah Subuh)
~~Menjalin silaturrahim
~~Sentiasa dalam keadaan berwuduk
~~Bersedekah
~~Memperbanyakkan solat sunat Tahajjud
~~Biasakan diri dgn solat sunat Dhuha
~~Bersyukur kpd Allah
~~Amalkan zikrullah & membaca ayat2 Quran tertentu
~~Berdoa
~~Ikhtiar sehabisnya
~~Bertawakkal

Thursday, November 01, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 086

sangat sentap! 😢
“Orang yang tak baca Al-Quran hari-hari bukan sebab dia tak nak mengaji, tapi sebab Allah tak nak dengar suara dia.”
-Syeikh Syed Muhaimin Ulama' Qiraat-
Mengabaikan perintah Allah akan mengundang celaka dan kerosakan
Bahaya dosa dalam hati sama seperti bahaya racun dalam tubuh
*Kita*
*harus bersabar* *dengan semua orang kerana* *kita kita percaya bahawa tidak ada orang yang datang kepada kita tanpa kehendak Allah Oleh sebab itu, tidak ada permusuhan di dalam Islam dan kita telah diperintahkan untuk melakukan kebaikan, Setiap orang dapat membalas kebaikan dengan kebaikan, tetapi hanya sedikit orang yang hanya dapat membalas keburukan dengan kebaikan*
#dakwahsantai
Ketika kau bersedih, jangan malu untuk menangis di tikar sejadahmu. Berceritalah kepada Tuhanmu dalam sendu lara itu walau kau harus menangis seperti seorang bayi.
Tuhan suka jika kau bercerita kepada-Nya. DIA tidak akan pernah merasa jemu, berbeza dengan manusia. Mudah merasa jemu ketika hilang rasa sayangnya.
Jika engkau sedang bersama dengan manusia, jadilah engkau orang yang banyak senyum dan ramah. Akan tetapi jika engkau sedang sendirian, jadilah engkau orang yang banyak menangis dan bersedih (mengenangkan dosa lalu bertaubat).
"Cinta Nya Sejati"
Barangsiapa yang dianugerahi Allah dengan banyak melakukan zikirullah, berterusan (istiqamah) dalam amalan tariqat membersihkan hati dan jwa menjadi darah daging...
Zikirullah itu, sehingga dikurniakan Allah
Zikir nafas atau zikir ruh.
_*Terkadang seseorang itu hadir dalam hidup kita tanpa diminta, mengisi ruang hidup kita tanpa disangka Akhir nya pergi meninggalkan kita tanpa di duga*_
*Terima kasih*
#dakwahminda
Ustaz pesan..😊
Jika kita nak Allah pandang kita dengan BAIK...maka pandanglah orang lain dengan BAIK.
bila kita tua, rebut setiap peluang utk bersama rakan2 lama, kwn sekolah & rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yg mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dgn kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kdg2 menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dpt dilupakan kerana sahabat yg baik sentiasa ada dlm hati & dlm kenangan.”*
Jika hari ini mata bertemu di dunia, moga esok tangan berjabat di Syurga.
.
Sahabat, jika aku leka dengan keindahan dunia, ingatkan aku bahwa Syurga itu jauh lebih indah jika dibandingkan dengan dunia yang tidak kekal lama ini.
.
Ingin genggam tangan seorang sahabat mungkin senang. Tapi ingin menadah tangan berdoa untuk seorang sahabat tak semua mampu buat.
.
Dalam berjuta kawan,
Mungkin ada satu yang tak pernah jemu mendoakan,
.
Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka demi menyelamatkan kamu yang terjatuh ke dalamnya.
.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berusaha membawamu ke pintu Syurga dan bersungguh-sungguh menjauhkanmu dari pintu Neraka.
.
Berpisah di dunia, berkumpul kembali di Syurga. Sahabatku, Semoga ridho Allah mengiringimu selalu.
Inspirasi Muslimah
*Duhai Kaki, Janganlah engkau melangkah kecuali engkau melangkah menuju kebaikan*
*Semoga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayah-NYA agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi kepada ALLAH..*
Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
#dakwahsantai
#HIJRAHPENDOSA
"Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari"
[Ahli Hikmah]
#Dakwah_deep
Senyum itu satu sedekah
KAU beri aku kesukaran supaya aku terus menghitung kesyukuran.
Dia bagaikan tahu saat kematiannya. Pecutan ibadah hablumminallah dan hablumminannasnya begitu laju sejak enam bulan sebelum tarikh kematiannya.
Ibu kepada sembilan orang anak itu begitu komited dengan majlis ilmu, qiamullail, membaca Al Quran dan berinfaq di jalan Allah.
Dia akan menangis apabila membaca Al Quran dan bertadabbur akan maknanya. Tabung bantuan untuk Palestin sentiasa dibawanya ke mana-mana.
Singgah dari masjid ke masjid untuk menimba ilmu. Dan kiranya dia dapati ada ibu-ibu yang tidak lancar membaca Al Quran, dia akan meluangkan masa untuk mengajarkannya.
"Wang yang saya berikan untuk keperluannya begitu cepat disedekahkan. Begitu laju dia menghabiskannya untuk fisabilillah," kata suaminya. Sebelum suaminya bermusafir ke luar negara, sudah dibayangkannya bahawa dia akan pergi untuk selamanya.
Ketika suaminya bertanya, apakah ada barang yang mahu dipesankan sebagai ole-oleh dari luar negara? Sebaliknya dia berpesan agar suaminya menjaga syariat dan mempamerkan akhlak yang baik agar Islam dipandang tinggi di bumi Barat.
Di sudut itulah di dalam rumahnya (gambar bawah) dia menghabiskan masa untuk solat, zikir dan bermunajat. Sungguh, dia seorang mujahidah yang istiqamah dengan kebaikan sejak zaman mudanya.
Kematian dalam kemalangan jalanraya tiga hari yang lalu itu pun semasa dia menumpangkan seorang pelajar yang ditemuinya di tepi jalan.
Dalam perjalanan menuju rumah pelajar itulah dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia di situ juga.
Semoga Allah mengampuni dan mengasihani almarhumah Hajah Zaleha binti Zakaria isteri kepada Prof Dr Jamel Othman yang telah pulang ke rahmatullah. Perginya meninggalkan kita satu pengajaran untuk istiqamah melakukan kebaikan.
Ya, cara hidup seseorang akan menentukan cara matinya. Dan cara mati seseorang akan menentukan bagaimana dia dibangkitkan kembali satu hari nanti.
Katakan pada hati...mati tidak kenal istilah nanti!
Dalam pergaulan tidak boleh ada rasa benci. Cuma ada masanya, timbul rasa tidak serasi. Tidak serasi bukan ertinya benci. Jika berpisah kerana ada benci - kedua belah pihak akan menemui kehancuran. Justeru, Allah tidak suka pada kebencian.
Namun jika berpisah kerana tidak ada keserasian, InsyaAllah kedua-dua belah pihak akan mendapat lebih banyak kebaikan setelah mengambil keputusan untuk berpisah. Kebencian itu mazmumah, sedangkan ketidakserasian itu fitrah.
Perhatikan baik-baik hakikat ini. Ia boleh terjadi di kalangan suami isteri, rakan sekerja dan apa juga bentuk hubungan sesama manusia. Relakan ketidak serasian...namun jangan sedikit pun ada kebencian.
Inilah dunia. Dunia bukan syurga!
Taksub menutup mata hati daripada melihat kebaikan orang lain dan keburukan diri sendiri.