sangat sentap! 😢
“Orang yang tak baca Al-Quran hari-hari bukan sebab dia tak nak mengaji, tapi sebab Allah tak nak dengar suara dia.”
-Syeikh Syed Muhaimin Ulama' Qiraat-
Mengabaikan perintah Allah akan mengundang celaka dan kerosakan
Bahaya dosa dalam hati sama seperti bahaya racun dalam tubuh
*Kita*
*harus bersabar* *dengan semua orang kerana* *kita kita percaya bahawa tidak ada orang yang datang kepada kita tanpa kehendak Allah Oleh sebab itu, tidak ada permusuhan di dalam Islam dan kita telah diperintahkan untuk melakukan kebaikan, Setiap orang dapat membalas kebaikan dengan kebaikan, tetapi hanya sedikit orang yang hanya dapat membalas keburukan dengan kebaikan*
#dakwahsantai
Ketika kau bersedih, jangan malu untuk menangis di tikar sejadahmu. Berceritalah kepada Tuhanmu dalam sendu lara itu walau kau harus menangis seperti seorang bayi.
Tuhan suka jika kau bercerita kepada-Nya. DIA tidak akan pernah merasa jemu, berbeza dengan manusia. Mudah merasa jemu ketika hilang rasa sayangnya.
Jika engkau sedang bersama dengan manusia, jadilah engkau orang yang banyak senyum dan ramah. Akan tetapi jika engkau sedang sendirian, jadilah engkau orang yang banyak menangis dan bersedih (mengenangkan dosa lalu bertaubat).
"Cinta Nya Sejati"
Barangsiapa yang dianugerahi Allah dengan banyak melakukan zikirullah, berterusan (istiqamah) dalam amalan tariqat membersihkan hati dan jwa menjadi darah daging...
Zikirullah itu, sehingga dikurniakan Allah
Zikir nafas atau zikir ruh.
_*Terkadang seseorang itu hadir dalam hidup kita tanpa diminta, mengisi ruang hidup kita tanpa disangka Akhir nya pergi meninggalkan kita tanpa di duga*_
*Terima kasih*
#dakwahminda
Ustaz pesan..😊
Jika kita nak Allah pandang kita dengan BAIK...maka pandanglah orang lain dengan BAIK.
bila kita tua, rebut setiap peluang utk bersama rakan2 lama, kwn sekolah & rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yg mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dgn kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kdg2 menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dpt dilupakan kerana sahabat yg baik sentiasa ada dlm hati & dlm kenangan.”*
Jika hari ini mata bertemu di dunia, moga esok tangan berjabat di Syurga.
.
Sahabat, jika aku leka dengan keindahan dunia, ingatkan aku bahwa Syurga itu jauh lebih indah jika dibandingkan dengan dunia yang tidak kekal lama ini.
.
Ingin genggam tangan seorang sahabat mungkin senang. Tapi ingin menadah tangan berdoa untuk seorang sahabat tak semua mampu buat.
.
Dalam berjuta kawan,
Mungkin ada satu yang tak pernah jemu mendoakan,
.
Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka demi menyelamatkan kamu yang terjatuh ke dalamnya.
.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berusaha membawamu ke pintu Syurga dan bersungguh-sungguh menjauhkanmu dari pintu Neraka.
.
Berpisah di dunia, berkumpul kembali di Syurga. Sahabatku, Semoga ridho Allah mengiringimu selalu.
Inspirasi Muslimah
*Duhai Kaki, Janganlah engkau melangkah kecuali engkau melangkah menuju kebaikan*
*Semoga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayah-NYA agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi kepada ALLAH..*
Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
#dakwahsantai
#HIJRAHPENDOSA
"Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari"
[Ahli Hikmah]
#Dakwah_deep
Senyum itu satu sedekah
KAU beri aku kesukaran supaya aku terus menghitung kesyukuran.
Dia bagaikan tahu saat kematiannya. Pecutan ibadah hablumminallah dan hablumminannasnya begitu laju sejak enam bulan sebelum tarikh kematiannya.
Ibu kepada sembilan orang anak itu begitu komited dengan majlis ilmu, qiamullail, membaca Al Quran dan berinfaq di jalan Allah.
Dia akan menangis apabila membaca Al Quran dan bertadabbur akan maknanya. Tabung bantuan untuk Palestin sentiasa dibawanya ke mana-mana.
Singgah dari masjid ke masjid untuk menimba ilmu. Dan kiranya dia dapati ada ibu-ibu yang tidak lancar membaca Al Quran, dia akan meluangkan masa untuk mengajarkannya.
"Wang yang saya berikan untuk keperluannya begitu cepat disedekahkan. Begitu laju dia menghabiskannya untuk fisabilillah," kata suaminya. Sebelum suaminya bermusafir ke luar negara, sudah dibayangkannya bahawa dia akan pergi untuk selamanya.
Ketika suaminya bertanya, apakah ada barang yang mahu dipesankan sebagai ole-oleh dari luar negara? Sebaliknya dia berpesan agar suaminya menjaga syariat dan mempamerkan akhlak yang baik agar Islam dipandang tinggi di bumi Barat.
Di sudut itulah di dalam rumahnya (gambar bawah) dia menghabiskan masa untuk solat, zikir dan bermunajat. Sungguh, dia seorang mujahidah yang istiqamah dengan kebaikan sejak zaman mudanya.
Kematian dalam kemalangan jalanraya tiga hari yang lalu itu pun semasa dia menumpangkan seorang pelajar yang ditemuinya di tepi jalan.
Dalam perjalanan menuju rumah pelajar itulah dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia di situ juga.
Semoga Allah mengampuni dan mengasihani almarhumah Hajah Zaleha binti Zakaria isteri kepada Prof Dr Jamel Othman yang telah pulang ke rahmatullah. Perginya meninggalkan kita satu pengajaran untuk istiqamah melakukan kebaikan.
Ya, cara hidup seseorang akan menentukan cara matinya. Dan cara mati seseorang akan menentukan bagaimana dia dibangkitkan kembali satu hari nanti.
Katakan pada hati...mati tidak kenal istilah nanti!
Dalam pergaulan tidak boleh ada rasa benci. Cuma ada masanya, timbul rasa tidak serasi. Tidak serasi bukan ertinya benci. Jika berpisah kerana ada benci - kedua belah pihak akan menemui kehancuran. Justeru, Allah tidak suka pada kebencian.
Namun jika berpisah kerana tidak ada keserasian, InsyaAllah kedua-dua belah pihak akan mendapat lebih banyak kebaikan setelah mengambil keputusan untuk berpisah. Kebencian itu mazmumah, sedangkan ketidakserasian itu fitrah.
Perhatikan baik-baik hakikat ini. Ia boleh terjadi di kalangan suami isteri, rakan sekerja dan apa juga bentuk hubungan sesama manusia. Relakan ketidak serasian...namun jangan sedikit pun ada kebencian.
Inilah dunia. Dunia bukan syurga!
Taksub menutup mata hati daripada melihat kebaikan orang lain dan keburukan diri sendiri.
1 comment:
Assalamualaikum. Boleh bertanya, sumber dari qalamnya syaikh syed muhaimin bisa ditemukan dimana kak?
Post a Comment