Tuesday, December 11, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 089

MUHASABAH DIRI
Dalam hidup ini kita kena belajar dua benda simple iaitu
SABAR dan REDHA
SABAR dengan semua benda yang jadi dan
REDHA dngan benda yang dah terjadi...
Kita tidak mampu mengubah hati orang lain berbaik sangka dengan kita,
Tapi kita boleh mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain .
Jika tanganmu pendek untuk membalas kebaikan seseorang, maka panjangkan lisanmu untuk selalu mendoakannya.
Pesan pada hati,
Benci jangan sampai menghina.
Suka jangan sampai memuja.
Moga moga ALLAH menjaga baik baik hati dan akhlak kita semua...Aamiin.........


> Jangan BERKECIL HATI jika orang lain salah faham pada kita..kerana Allah faham akan isi hati kita. jangan gusar jika ada yang MENGHAKIMI kita kerena tiada hakim sebaik Allah..ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah BERSAMA kita..dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya AMAL yang setia bersama kita..tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini TERIKAT pada cinta kepada Allah dan Rasulnya..
Maka, TINGGALKAN KEPAYAHAN..BUANG segala penderitaan, SENYUMAN sahaja kekal untuk masa hadapan..ternyata, diri masih lagi manusia DINGIN yang punyai perasaan..
p/s : Meminta KETENANGAN yang lepas..sekecil zarah sanggup DITERIMA, asalkan ianya ketenangan yang lepas..♥♥
# Be strong..InsyaAllah..

Sentiasalah beringat.. Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dengan Allah, jangan sesekali menjauhi. Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah. Dunia ni jambatan ke akhirat, pilih lah yang betul untuk destinasi ke syurga impian. Semoga kita tidak tersasar lebih jauh..
Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup dengan iman yang ada, kita kena berusaha supaya iman dan hidayah kita ditetapkan dan hanya akan bertambah... orang2 yang kita anggap dia tak berapa bagus pun, ada kemungkinan akan lebih baik dari kita. Apa2 pun perbaiki diri, hiasi peribadi, dan jangan berhenti mencari redha Allah, mendekatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.!
~*NasihatTandaSayang*

Kalau kita masih lemah di dalam mengawal nafsu dan sering lalai dibuai keseronokkan dunia, yang pertama sekali kita perlu perbanyakkan "istighfar" kerana dengan banyak beristighfar itu ia akan membantu melembutkan hati yg keras, kemudian kita perlu perbanyakkan DOA, kita mohon kepada Allah agar hati kita dibersihkan "Allah humma tohhir Qalbi" Ya Allah bersihkan hatiku, kemudian setelah kita telah banyak2 beristighfar dan banyak2 berdoa, kita isikan sedikit ruang masa di dalam kehidupan kita untuk mencari redha Allah dengan duduk di dalam majlis ilmu, mempelajari Al Quran atau melakukan kebaikan2...
~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG

Jangan sekali kita merasakan ujian yang kita hadapi sebagai LEBIH besar dari orang lain atau ANGGAP KECIL ujian orang lain hanya kerana kuantitinya atau hatta dek kerana berat jenis ujian.
Satu ujian yang kelihatan kecil pada andaian mata kita mungkin beribu kali lebih berat pada orang tersebut. Semua bergantung kepada iman, situasi dan persediaan. Contoh : tayar pancit di tengah jalan mungkin simple pada kita, tapi tidak bagi sesetengah orang yang mungkin membawa kemurungan teruk & sudah terlewat etc.
Pengajaran : Jangan melihat ujian ke atas kitalah yang terbesar sebaliknya rasakan ujian kepada orang lain lebih besar, agar kita lebih kuat hadapi ujian kita walau sebesar manapun ia. Anggaplah ia masih kecil dan boleh diselesaikan.
#DrZaharuddinAbdRahman

Sahabatku,walau apapun terjadi ia menjadi rahmat,bila ia mendekatkan diri kita kepada Allah. Segera solat 2 rakaat-ebitlew

Sahabatku,bila dtimpa kesedihan masalah segerakan solat sunat 2 rakaat kerana Allah janji pertolongannya dalam solat-ebitlew

No comments: