Wednesday, March 27, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 098

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya

Andai jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri dengan segala mehnah dan tribulasi. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Kalau umur itu bertambah.
Maka janganlah dosa turut bertambah

Jagalah lidah kita.
Jangan mudah mencaci.
Menfitnah.
Sbb itulah jalan mudah syaitan..mengoda kita

Kita semakin sibuk.
Org tua semakin bertambah usia.
Maka hubungilah mereka

Rumah terakhir kita sangat sempit..walaupun rumah sekarang sangat besar

Jangan sakitkan hati orang sebagaimana.
Kita tak ingin org sakiti kita


Jgn jadi batu api.
Takut lepas ini.
Jadi batu api neraka

Satu benda yang kita belajar dalam hidup kita ialah jangan pernah mengharap dan berharap.
Cubalah berdiri dengan kaki sendiri kerana jika kau mengharap pada manusia kau akan hampa tetapi jika kau berharap pada Allah SWT pasti kau akan menemui kejayaan, yang penting kau tekad/usaha/doa itu yang utama.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim*
*Ampunilah dosa² kami, dosa² pasangan kami, dosa² kedua ibu bapa kami, dosa anak² kami, dosa saudara² kami, dosa sahabat² kami dan dosa guru² kami.*
*Ya Allah, cukupkanlah rezeki kami dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat..*

Jangan keterlaluan menyangka dan menjangka. Katakan pada hati, yang penting niat dan tindakan aku yang mesti tulus dan lurus. InsyaAllah, yang baik-baik bakal terjadi. Amin.

Dosa dan kejahilan masa lampau adalah penghapus rasa takbur masa kini. Taubatlah berterusan... di situlah letaknya keselamatan.


















Sebak bila setiap kali berbual-bual dengan anggota PDRM. Betapa susah dan pengorbanan mereka. Ya Allah. Bertugas tak kira dimana sahaja, bila-bila masa,apa sahaja demi agama,bangsa dan negara. Masa berbual dengan Tan Sri dan Boss yang lain mereka kagum dengan kerja dakwah yang dilakukan dan sangat khusuk masa dengar ceramah saya masa tu. Allahuakbar.
Pengorbanan isteri,pasangan dan anak-anak mereka. Selalu ayah atau suami mereka sayang tiada dirumah. Di mana bahaya atau masalah negara mereka pertaruhkan nyawa mereka kesana. Mereka tidak akan cakap tidak. Terima kaseh yer semua abang polis dan kakak polis yang berjuang demi agama, bangsa dan negara. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Berapa banyak yang syahid,meninggal dunia,kemalangan asbab tugas mereka. Semoga Allah terima semuanya dan balasi dengan sebesar-besar ganjaran.
Ayah mertua saya seorang polis. Pakcik saya polis. Saya lihat diwajahnya kepenatan letih tapi sentiasa ingin kebaikan buat orang lain. Mereka pejuang yang menjaga keselamatan negara. Selamat hari polis buat semua.
Ya Allah rahmatilah semua anggota polis Malaysia selama ini. Rahmatilah keluarga mereka. Jagakan mereka pejuang kami dan ahli keluarga mereka semuanya. Beri rahmat dan hidayah buat semuanya-ebitlew
#selamatHariPolis212

Sebak mengalir air mata tanpa sedar bila dengar jacindaardern perdana menteri New Zealand ini berucap dengan berselawat pada Nabi saw dan menerangkan Islam yang sebenarnya walau dia bukan Islam. Sebak tengok orang bukan Islam solat Jumaat bersama orang Islam dengar khutbah. Negara bukan Islam beri siaran solat jumaat pada semua stesen tv. Semua orang bukan Islam datang jaga masjid. Polis, masyarakat dan kumpulan motor gengster besar-besar. Jangan takut pergi masjid katanya. Ya Allah.
Artis bukan Islam dan wanita bukan Islam ramai-ramai pakai tudung memperjuangkan hak wanita Islam. Kata mereka selama ini orang Islam berhijab minoriti susah dan apa rasa mereka mengamalkan perintah Allah ini di tengah orang bukan Islam. Mereka mula faham kerana wanita memakai kerana paksaan tapi rasa cinta pada Allah. Terima kaseh Allah atas nikmat ini dalam hidup kami.
.
Ya Allah beri hidayah pada @jacindaardern dan seluruh new zealand. Berkat selawat dan memuliakan Nabi saw dalam perkataannya. Kasih sayang yang mereka tunjukkan. Semoga Allah hadiahkan negaranya Islam. Ramai-ramai mendapat Islam. Allah beri hidayah pada ketua negara dan seluruh rakyatnya. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar
.
Semoga setiap darah yang mengalir menjadi sebab syahid. Tangisan,kesabaran,dan akhlak ahli keluarga yang syahid menjadi asbab hidayah buat semua manusia dalam dunia. Allah terima anak muda yang hebat dari Malaysia syahid menjadi asbab hidayah buat seluruh alam. Kesabaran dan ketabahan didengar diseluruh dunia sehingga menyentuh hati orang bukan Islam. Allahuakbar. Allah Maha Kuasa. InsyaAllah tak lama dah hari kemenangan dan Fatah hidayah seluruh alam-ebitlew


Sebak berkat doa di NewZealand. Siapa tahu disini Allah beri hidayah Islam. Sebaik habis ceramah tadi 2 amoi cina cantik dan juga seorang pemuda hensem India ingin berjumpa saya.. Ada bukan Islam tadi dengar ceramah. Semasa ceramah saya kata siapa pelajar ingin tanya atau nak masuk Islam jumpa saya selepas ini. Saya sayang awak semua.
Tiba datang 3 orang masa saya makan. Ya Allah berdebar dan bahagia hati saya. Kami berbual sampai 1 pagi. Syukur dapat berkongsi Islam dengan mereka. 2 orang ucap syahadah. Seorang lagi percaya tapi ingin masa untuk belajar lagi. Walau hatinya sebenarnya sudah percaya dan sebenarnya dah Islam. Dia rasa cinta dan jatuh hati dengan Islam dari tingkatan 6. Cantik keduanya tak nak sesiapa tahu mereka datang dengar ceramah pakai tudung. Takde sesiapa tahu hati mereka ingin peluk Islam di universiti ini. Ya Allah sebaknya rasa. Bahagia sangat-sangat.
Saya doakan adik bertiga berjaya dalam hidup terus menjadi Islam yang baik dan menjaga mak ayah dengan baik. Menjadi contoh buat ahli keluarga yang lain. Semoga diberi kekuatan dan dibuka hati ibubapa untuk faham insyaAllah dan satu hari diberi hidayah pada semua ahli keluarga. Adik bertiga doa itu sangat ajaib. Allah Maha Kuasa
DoakanSabtu KeluargaSunnah di MatradekL dan Ahad Prokids di Penang-ebitlew

Terjumpa dekat airport dengan alif satar. Bergambar sekali. Baik sangat orangnya lemah lembut. Katanya selalu tengok dakwah ustaz. Kami berpelukan kerana Allah.
Semoga semua artis jadi asbab hidayah. Sebarkan Islam di mana sahaja.
Masa penerbangan balik, sebelah sit saya kosong. Bergilir-gilir orang duduk sebelah saya. Bergambar dan minta nasihat. Sebak sangat bila beberapa Pramugari juga beberapa orang bergilir duduk sebelah minta nasihat. Mereka rindu nak pakai tudung menutup aurat. Saya pesan cara solat atas kapal terbang. Jangan tinggal solat walau kemanapun. Ramai pramugari yang solat. Syukur pada Allah dapat berdakwah sepanjang atas flight.
Ada beberapa peramugari yang muda lagi mereka tak solat katanya. Mereka menangis bila dinasihati rindu nak solat. Terkesan bila ustaz bagi dakwah depan club ustaz kata Allah sayang. Ustaz suap budak-budak dijalanan makan dan beri nasihat. Selalu doa dapat jumpa ustaz. Syukur dapar jumpa ustaz.Katanya ini pun pilot kata nak jumpa ustaz. Tapi ustaz ada ceramah yer nak cepat yer..lain kalilah yer..
Baik-baik semuanya. Saya doakan kita semua walau dimana pun sentiasa jaga solat dan jaga Islam perintah Allah. Allah sayang kita semua
Pohon doa malam ni di UUM Sintok, Sabtu ini di Matrade kl keluargasunnah dan Ahad Prokids Remaja di USM Penang.Tak sabar nak jumpa semua. Jemput datang yer. Buat nak daftar keluargasunnah boleh wasap 0173666848 atau www.keluargasunnah.com -ebitlew




UJIAN YANG SEMAMPUMU

Ujian Berlandaskan Keistimewaan Kamu
Allah sentiasa memberi jalan keluar,
Walau sesulit mana keadaan kita,

Akan ada tangan-tangan yang membantu,
Akan ada manusia-manusia yang menguatkan.

Walau kita merasa jauh daripadaNya,
Tetaplah meminta pertolongan daripadaNya,
Walau kita sentiasamelupakanNya,
Tetaplah merayu kepadaNya.

Kerana Dia Yang Maha Baik,
Tidak akan pernah menolak,
Permintaan hambaNya yang meminta
Dengan khusyuk dan merendah diri.

Kita meminta diberi kekuatan,
Allah memberi lewat ujian,
Kerana hanya mereka yang kuat,
Mampu bertahan ujianNya.

Ujian Allah hanya untuk menguji,
Keimanan dan kesabaran kita,
Sampai masa yang ditetapkan,
Allah jua yang memberi jalannya.

 Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa batas.” (Al-imran: 26-27)

Allah adalah penjamin kehidupan kita. Justeru, jangan pernah merasa risau dan bimbang akan perihal rezeki kerana ia adalah urusan mutlak Allah.

Setiap urusan rezeki kita Allah telah tetapkan di luh mahfuz. Rezeki kita tidak pernah salah alamat dan tidak pernah tertukar. Minta dan terus meminta kepadaNya. Pasti Dia akan menolong hambanya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

AZAN – HENTI – SOLAT

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah SWT dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah SWT, serta ingatlah akan Allah SWT banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jum’ah Ayat 9)

Pengajaran ayat 9,

Surah Al-Jumu’ah menceritakan tentang istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat yang lain.. Selain menjadi wadah pertemuan mingguan untuk umat Islam berkumpul mengeratkan silaturrahim, ianya menjadi wadah ilmu kerana adanya khutbah.

Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulama termasuk mazhab imam syafie r.a, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.

Namun sangat mendukacitakan kerana realitinya pada khutbah berkumandang ramai jamaah yang sibuk berjual beli, berkumpul di perkarangan masjid berbual kosong dan bermain dengan telefon pintar daripada menghayati khutbah yang mempunyai banyak peringatan dan pengajaran yang diambil. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah SWT.

Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah.

Kesimpulannya, sama ada penjual, pembeli dan para Jemaah muslimin perlu mengambil berat tentang kesedaran ini kerana ia melibatkan kesempurnaan solat jumaat seseorang..


Wahai Saudaraku,

Di saat dirimu diuji, pasti air matamu menjadi teman sepertiga malammu. Kehilangan tempat kau bersandar sehingga merasa lemahnya jiwa yang sedang menanggung ujian.

Bahkan dirimu tidak lagi mampu menebarkan sayap senyumanmu yang indah kerana galaunya hatimu menanggung derita RANGKAIAN UJIAN.

Namun, ketahuilah bahawa sebenarnya RANGKAIAN UJIAN itu bukanlah dicipta untuk melemahkan dan menjatuhkanmu.

Tetapi ia dirangka untuk mendidik hati dan jiwamu agar sentiasa KEMBALI TUNDUK DAN PATUH PADA YANG MAHA MENCIPTA. Insha ALLAH.

Kerana di dalam setiap ujian yang ALLAH hantarkan kepadamu ada pengajaran indah yang tidak mampu disingkap oleh hambaNya yang lain melainkan hanya dirimu. Insha ALLAH.

Ibarat kata pepatah, hanya yang minum akan merasa manisnya air dan hanya yang makan akan merasa lazatnya makanan.

Namun bagaimana mungkin mampu dicicipi sedap dan lazatnya sesuatu perkara andai tidak dirimu berjalan dan merasainya terlebih dahulu.

Maka setiap perkara harus kau lalui dan rasai agar kau mampu merasai keindahan menikmati nikmat yang telah ALLAH PINJAMKAN untukmu selama mana denyut nafasmu itu bersuara. Insha ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Jalanmu untuk MENUJU ALLAH itu bukanlah jalan yang di hiasi dengan senyuman manis. Bukanlah jua di hiasi dengan taburan bunga mawar yang mekar nan indah.

Namun JALAN MENUJU ALLAH itu adalah jalan yang tidak semua insan mampu atau sanggup melaluinya melainkan mereka yang berjiwa hebat seperti DIRIMU. Insha ALLAH.

Maka bangunlah dan berjalanlah kamu menuju kepada ALLAH. Kerana pintu CINTA ALLAH harus kau ketuk sebelum kau mampu melanglah masuk. Insha ALLAH.

Untuk memiliki sesuatu hal yang MAHAL DAN TERHAD maka dirimu harus sanggup bekorban. Dan pengorbananmu itulah merupakan RANGKAIAN UJIAN dari yang MAHA AGUNG buat hambaNya yang lemah.

Kerana tidak akan bertemu dua muara di dalam satu sungai. Kata pepatah, tidak akan ada dua RAJA di dalam satu NEGARA dan tidak akan bersatu dua CINTA di dalam satu HATI.

Maka untuk memiliki CINTA ALLAH DAN RASULULLAH ﷺ, Haruslah dirimu dihancurkan selumatnya, jiwamu di toreh setajam dan sedalamnya, dan hatimu dihancurkan sehancurnya.

Agar menunduk jasadmu merendah diri di hadapan SANG MAHA PENCIPTA lalu sedarlah bahawa ENGKAU HANYA HAMBA YANG LEMAH dan hanya ALLAH YANG MAHA BERKUASA KE ATAS DIRIMU. Insha ALLAH.

Maka bilamana kamu di dalam RANGKAIAN UJIAN, maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH. Kerana ALLAH sedang memandang dan mencurahkan KASIHNYA untukmu.





ALHAMDULILLAH YA ALLAH ATAS SEGALA UJIANMU KE ATAS DIRI KAMI. SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG MENZALIMI DIRI KAMI SENDIRI..

Wahai Saudaraku,

Kesatlah airmatamu dan tersenyumlah di dalam RANGKAIAN UJIAN yang dikirimkan ALLAH untukmu.

Di dalam setiap denai ujianmu, maka pandanglah ALLAH yang mentakdirkan semuanya untukmu. Pandanglah RASULULLAH ﷺ sebagai ikutanmu. Separah mana pun jua hatimu, maka tersenyumlah bibirmu.

Wahai Saudaraku,

Untuk merasai lazatnya CINTA ALLAH dan RASULULLAH ﷺ, maka harus dihapuskan selain cinta ALLAH dan RASULULLAH ﷺ di dalam hatimu.

Agar ISTANA HATIMU dimiliki hanya oleh RAJA yang berhak iaitu SANG MAHA RAJA YANG AGUNG, IAITU ALLAH.

Maka untuk mematahkan hatimu pada selain daripada ALLAH, diciptakan ujian buatmu agar terhimpun banyaknya kekecewaan mu kepada selain ALLAH.

Lalu akan tunduk dan kembalilah kamu kepada ALLAH, yang MAHA MENCIPTA dirimu. Insha ALLAH.

Lihatlah saudaraku, begitu kasihnya ALLAH kepadamu. Dititipkan ujian bukanlah kerana marah atau murkanya tetapi hanyalah kerana SIFATNYA YANG BERSIFAT DENGAN AR RAHMAN DAN AR RAHIM.

Sebesar mana pun maksiat dan dosamu kepadaNya, masih jua ALLAH mencipta JALAN KEMBALI untukmu. Insha ALLAH.

REDHALAH KAMU ATAS LAKUAN ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MEREDHAI KAMU SEBAGAI HAMBANYA. INSHA ALLAH.

Tersenyumlah dengan penuh keindahan, agar hatimu dibalut dengan bunga-bunga cinta yang kekal abadi. Sebagai hadiah istimewa dari KEKASIH (ALLAH) untuk KEKASIH (HAMBA). Insha ALLAH.

Hati yang tenang dan hati yang tenteram itu adalah HATI YANG DI DALAM ADA CINTA ALLAH DAN RASULULLAH ﷺ.

Wahai Saudaraku,

Maka aku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.

Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. Insha ALLAH.

ﻭَٱللّٰهُ أَﻋْﻠَﻢُ بِٱﻟﺼَّﻮَٱﺏِ



Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Al Faqirah Qoba Qausain Au Adna.

No comments: