Friday, March 22, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 097

Iya,☝✔Bila الله sembuhkan kita drp kesakitan melalui ikhtiar ubat yg kita ambil.. Kita nampak ubat..
Kita tak nampak الله.
Bila الله berjayakan kita dlm akademik melalui bijaknya kita dlm pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi kita pekerjaan yg selesa melalui cemerlangnya kita dlm bidang yg di ceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله kurniakan kita pasangan yg soleh/solehah serta keluarga yg bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*
Bila الله keluarkan kita drp masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tsbt.. Kita tak nampak الله.
Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi segala jenis nikmat yg tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .
Sungguh, mata hati kita masih buta & samar.. Dek keangkuhan seorg hamba @ kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.
Bukan senang utk didik diri & hati melihat الله dlm setiap langkah kita..
Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini..
Datang dr الله hidup utk الله & balik kpd الله...
Astaghfirullahal A'zim Allazi Lailaa Hailla Hual hayyul qayyum wa atubuu Ilaih..
Saling sama kita berbahagi dalam menata hati, selebihnya...ku menegur hati sendiri..
keep zikir☝✔
(DaisyHati)

Hidup di dunia ini tempat ujian.
Keputusannya.
Akhirat nanti

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita
.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
.
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
.
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna. Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga - Abu Hurairah.

Jika mampu jadilah orang yang bijak, tetapi jika tidak, cukuplah menjadi insan yang berakhlak.



pesan saya kepada diri sendiri dan suami isteri di luar sana..

1. Fokus Kebaikan Isteri

Isteri kita memang tak sempurna. Begitu juga dgn kita!
Kita menarik apa yang kita fokuskan. Fokus kebaikan, kita akan dapat kebaikan!

2. Perhatian Suami

Bagi isteri, hadiah yang paling didambakan adalah belaian dan perhatian suami. Bukan bag tangan, bukan emas permata.

Andai mampu, belikanlah.

Andai ada keperluan lain yang lebih utama, belaian dan kata-kata kasih kita sudah cukup membahagiakan hati seorang isteri.

3. Fokus Kebaikan Suami

Isteri juga begitu. Perlu fokus kepada kebaikan suami. Syukur masih ada suami, atau pernah bersuami.

Ada orang sangat berkeinginan, tapi tak diberikan peluang untuk memiliki cinta hati yang bernama suami.

Jadi untuk mereka yang dah ada suami, selalu doakan. Mudah-mudahan suami kita ini akan memimpin kita untuk melangkah ke Syurga yang kekal abadi!

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian (suami) adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.”
(Hadis riwayat Ahmad)












Siapa Di Hatimu?

by  iLuvislam
5 days ago
678 Views
378
SHARES
Share
Tweet

Detik berganti detik, waktu bersilih ganti. Kerap kali dia muncul dalam ingatan. “Argh, susahnya untuk aku lupakan dia!”

Dia yang kau anggap permata, rupanya cuma kaca yang bila jatuhnya, hancur berkecai tanpa boleh dicantumkan semula.

Entah kenapa dia sering berada dalam bayangan. Mulut sahaja kata move on, tapi hati?

Berkali-kali tertipu dengan janji manis manusia, tapi tetap tidak serik lagi.

Jauh di sudut hati, kau masih mengharapkan dia kembali. Sedangkan kau tahu, tiada satu pun kekal abadi, semuanya milik Ilahi.

Diri ini juga tunggu masa untuk dipanggil “kembali”.

Di mana Allah di dalam hidupmu? Di hati atau sekadar menyebut di bibir sunyi? Kau harus bersangka baik dengan setiap takdirnya walaupun hatimu ada saatnya berasa kecewa.

Tak, Allah tak pernah kejam. Dia beri dan terus beri. Cuma kita yang tak pernah sedari dan bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita dapat, apa yang kita ada. Firman Allah S.W.T ;

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah nikmat kepadamu…” (Surah Ibrahim : 7)

Sudah terang lagi bersuluh, jika kita mensyukuri apa yang kita ada, pasti Allah akan menambah lagi nikmat kepada kita.

Ujian dan musibah itu juga satu nikmat. Nikmat untuk kita lebih dekat dengan Dia.





Kita perlu menelusuri hikmah pada setiap yang berlaku. Pastinya ada sebab mengapa Allah uji kita sebegitu.

Ujian itu yang mengajar kita erti kekuatan, menjadi penyuntik semangat dalam hidup, untuk kita kembali pada Yang Satu.

Kenapa kau nak fikir lagi tentang si dia? Cuba redha dan ikhlaskan hati untuk terima takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Pastinya Allah tidak mengambil sesuatu daripada kita melainkan menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Letakkan Allah nombor satu di hati, pasti segalanya akan dipermudahkan nanti.

“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Rad : 28)

Kembalilah kepada fitrah, dekatkan diri dengan pencipta kita. InshaAllah, hidup kita pasti akan lebih tenang dan bahagia.

Tanya hati, siapa di hatimu sekarang ini?



Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Idayu Nur Illyani Binti Daud




Sumayyah Yang Dicemburui

by  iLuvislam
3 days ago
127 Views
111
SHARES
Share
Tweet

Sumayyah adalah watak terpenting yang boleh menjadikan inspirasi kepada kita semua. Kisahnya telah memberikan tamparan hebat kepada diri kita yang mempunyai kelebihan lebih hebat berbanding beliau yang menjadi seorang hamba pada satu manusia.

Untuk mencari manusia sekental Sumayyah pada hari ini agak sukar dan susah. Kerana kita telah dikaburi oleh habuan harta dan pangkat. Ditaburkan dengan pengaruh dan kuasa. Dek kerana itu, kita menjadi lemah dan longlai. Masih berkira-kira tenaga, masa dan harta untuk menyambung kerja warisan para nabi dan rasul.

Kisah Sumayyah telah mengajarkan kita erti keberanian dan berkorban yang sangat besar dan teramat bernilai harganya. Pengorbanan nyawa adalah suatu tingkatan yang paling tinggi kedudukkannya.

Sewaktu itu, keluarga Yassir, yang terdiri daripada anaknya yang bernama Ammar dan isterinya bernama Sumayyah, diheret ke tengah padang pasir, diseksa dan dipukul hanya oleh kerana mereka mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW yakni agama Islam.

Ketika itu, di saat awal penyebaran Islam di Makkah, umat Islam masih belum mempunyai kekuatan yang utuh. Hampir lebih kurang 100 orang sahaja memeluk agama Islam.

Islam sewaktu itu masih belum mempunyai bala tenteranya. Belum mempunyai kuasa pemerintahan yang kukuh. Apatah lagi mahu diberi pertolongan kerana Islam ketika itu masih dalam keadaan minoriti.

Jika dibandingkan dengan zaman kita sekarang, jauh lebih hebat dari zaman dahulu. Kini, kita sudah mempunyai umat yang ramai. Malah menjadi majoriti di dunia. Dalam majoriti tersebut, kita sudah pun memiliki negara yang mempunyai pemerintahan Islam.

Berbeza pada zaman tersebut, mereka menjadi kaum minoriti, diseksa dan dipukul dengan penuh kebencian dan kezaliman. Paling menyedihkan, seorang wanita hamil yang juga merupakan isteri kepada Yassir dan ibu kepada Ammar, ditusuk dengan perlahan, dengan menggunakan tombak yang amat tajam matanya.

Dalam keadaan tersebut, Sumayyah tetap kental dan cekal, menahan segala seksaan ke atas dirinya, lantas tetap berpegang teguh kepada Islam, dengan keras hatinya beliau tetap pertahankan pendiriannya untuk kekal berterusan mentauhidkan Allah.

Pada masa yang sama, episod kekejaman tersebut tidak terhenti setakat itu, Yassir diikat di tengah padang pasir lalu diseksa dengan sekeras-kerasnya. Bertambah lagi duka derita, anak mereka iaitu Ammar, disalai diatas api yang sangat panas.

Mereka sekeluarga diseksa dengan tidak diberi makan, mereka berlapar dan dahaga diatas padang pasir yang panas dan kering-kontang keadaannya. Akhirnya, kerana mempertahankan Islam, Sumayyah dan Yassir menyahut seruan ilahi, mati syahid dengan disaksikan oleh anak mereka iaitu Ammar yang telah terselamat dengan izin Allah.

Demikian hebatnya mereka yang dikatakan sahabat Nabi, diseksa dan diuji kerana mempertahakan Islam.





Agama Islam yang datang kepada kita hari ini, telah disebarkan dengan nilai mahar nyawa dan titisan darah mereka yang terdahulu. Kerana pengorbanan mereka, kita pada hari ini dapat menikmati islam dengan aman, sejahtera dan damai.

Hasil dari titisan darah mereka, Islam tersebar luas tanpa perlu kita mengorbankan nyawa dan segalanya. Ketahuilah bahawasanya, berdirinya kita sebagai muslim pada hari ini, adalah kerana susah payah mereka yang terdahulu, yang sanggup mengorbankan nyawa, keluarga, harta dan segalanya demi menegakkan agama Islam yang tercinta.

Berbeza jauh dengan kita pada hari ini. Di saat dan ketikanya, kita mempunyai segala kekuatan, kemudahan dan kesenangan hidup, kita masih teragak-agak untuk mengikuti kerja dakwah.

Sebahagiannya ada yang masih berkira-kira dengan masa, tenaga dan harta, sedangkan Sumayyah, hanya seorang wanita biasa, yang kerjanya siang malam untuk memenuhi keperluan tuannya sahaja, namun iman di dadanya tetap utuh dan teguh.

Meskipun di ancam dengan tombak yang tajam, diugut dengan menyiksa suami dan anak tercinta. Kerana agama, biar tercabut kasih pada dunia, asalkan tidak hilang cinta pada Nya.

Inilah sikap yang semakin hari semakin hilang dalam dada umat Islam. Masing-masing mengejar kepentingan duniawi sehingga terlupa kehidupannya di akhirat sana.

Dalam perjalanan kembara hidup ini, untuk mencari seseorang yang sekental Sumayyah, amatlah sukar dan susah. Namun tidak dinafikan, pada zaman milinea ini, ada sebilangan daripada kita, ada yang sanggup mengorbankan masa cutinya untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.

Ada juga sebilangannya yang sanggup mengorbankan wang dan hartanya bagi menampung kos perjalanannya untuk berdakwah. Tidak kurang pula, ada yang sanggup meninggalkan anak isteri dan keluarga tercintanya, demi menyahut seruan pekerjaan warisan para Nabi ini.

Barangkali kesemua pengorbanan ini kelihatan sangat kecil dan tidak bernilai dikaca mata manusia, namun percayalah, ia amat besar dan bermakna di sisi Allah. Dakwah, bukanlah urusan pak ustaz semata-mata.

Tugas mempertahankan Islam bukanlah kuasa jabatan agama sahaja, malah menjadi tanggungjawab setiap muslim yang mentauhidkan Allah.



Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Faidhi bin Azis













Hukum Dan Hikmah Berkahwin

by  iLuvislam
6 months ago
1.1k Views
150
SHARES
Share
Tweet

Pernikahan adalah ibadah serta penyatuan dua jiwa (serta dua keluarga) dan pasangan kita adalah amanah untuk kita.

Allah menjadikan institusi perkahwinan ini adalah untuk memenuhi tuntutan seksual manusia dan jalan mendapatkan zuriat.

Terdapat tiga jenis dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam; iaitu perkahwinan adalah fitrah manusia, kepentingan dalam masyarakat dan perkahwinan juga penyucian dan pemilihan hati.

Hukum asal perkahwinan adalah harus mengikut Mazhab Syafii. Namun para fuqaha menjelaskan hukum berkahwin berbeza mengikut keadaan seseorang.

Hukum berkahwin boleh jatuh kepada haram, jika berkahwin hanya dengan niat untuk menzalimi pasangannya.

Jika sudah berkemampuan pula tetapi takut buat perkara mungkar, hukum berkahwinnya sudah sampai kepada tahap wajib.

Jika seseorang berkeinginan tetapi masih terpelihara daripada perkara keji jika tidak berkahwin, maka hukum untuk dia berkahwin adalah sunat.

Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud,“”Wahai sekalian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di bawah ini saya titipkan sebahagian perkongsian tentang perkahwinan melalui Majalah Solusi dan al-Ustaz.

Apakah di sebalik makna pernikahan?

Nikah menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur.

Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Antara makna di sebalik pernikahan ini:

– Mendekatkan diri kepada Allah

Pasangan adalah cermin diri kita. Perlu saling minta dan memberi nasihat. Bertakwa dan berdoalah agar amanah dan cinta kita ini berlanjutan hingga ke akhirat.

– Melahirkan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Sakinah adalah ketenangan di antara dua jiwa. Mawaddah pula adalah kasih, maddiah (berbentuk material), bukan beerti harus mewah, namun saling menghadiahkan dan menggembirakan dengan sesuatu yang disukai dan disenangi pasangan.

Manakala rahmah pula adalah rahmat, kurnia, kasih sayang seperti kepercayaan dan perhatian yang mendalam.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum ayat 21)





Hikmah perkahwinan

– Sunnah para Nabi dan Rasul

Dalam kesungguhan beribadah dan kesibukan menguruskan umat dan negara, mereka tetap berkahwin dan dapat menjaga keluarga.

– Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram

Dengan adanya ikatan kasih dan sayang, hidup berpasangan akan menjadikan diri kita aman dan tenteram.

– Memelihara iman (penghalang maksiat)

Dengan berkahwin, dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan serta nafsu seseorang.

Perkahwinan mampu menjadi benteng kerana kita akan cuba menjauhi fitnah, mengawal nafsu diri dan menjaga hak pasangan kita.

– Mengikis rasa bimbang akan rezeki

Berkahwin tidak akan membuatkan kita miskin. Ada rezeki dan bahagian untuk pasangan dan anak-anak kita kelak.

Ini kerana wujud konsep tolong menolong dan saling berjimat di kalangan pasangan.

Perbaikilah ibadah (doa dan solat dhuha misalnya) serta usaha untuk lebih menambah rezeki.

– Mengembangkan keturunan

Untuk menambahkan lagi zuriat beriman yang akan memakmurkan bumi Allah.

– Mewujudkan displin

Perkahwinan akan mewujudkan displin dalam sesuatu rumah tangga itu. Tugas dan tanggungjawab akan diagihkan. Semuanya akan menjadi lebih teratur.

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’ ayat 1)

Cabaran pasti saja ada, namun kefahaman dan perhatian terhadap pasangan harus ditambah dengan ilmu untuk melahirkan kasih sayang yang lebih beerti.

Moga keduanya akan saling hormat dan cinta hingga ke akhir hayat serta rumah tangga yang dibina akan disemarakkan lagi dengan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah.

Insya-Allah, Ameen.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee


Sesungguhnya Hidup Ini Amat Singkat

Hidup kita ini kadang-kadang seperti sebuah mimpi, tidurnya sekejap tetapi mimpinya lama. Begitu juga hidup kita di sini yang mana kita anggap ia kehidupan yang panjang tetapi hakikatnya ia seperti hembusan angin lalu sahaja.

Dan waktu yang singkat itu amatlah rugi kita perjudikannya demi memenuhi kehendak dunia kita semata-mata bahkan kita lupa tempat kita dikembalikan.

Kelak di sana apa yang kita impikan itu tidak diperolehi malah bala menanti. Firman Allah SWT apabila menanyakan soalan kepada manusia:

“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.’ Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.’ Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Surah al-Mu’minun: 112-15)

Sangatlah malang bagi manusia apabila mereka beranggapan kehidupan di dunia ni merupakan matlamat utama walhal ada kehidupan yang lain menanti di sana.

Mereka lebih gemar untuk bersusah payah menggembleng tenaga mereka semata-mata untuk menikmati kehidupan yang sementara ini sedangkan sepatutnya kekuatan yang dikuniakan itu lebih menjadi keutamaan untuk menghadapi dan menikmati kehidupan di sana kelak.

Hakikat ini diungkapkan oleh Allah SWT dalam firmanNya di Surah al-Insan ayat 27:

“Sesungguhnya mereka menyukai kehidupan dunia yang sementara dan mereka tidak mempedulikan hari yang berat.”

Kampung Halaman Yang Indah

Tempat pulang yang terbaik adalah syurga dan ia merupakan kampung halaman yang sangat indah. Keindahan yang tidak pernah dilihat, didengar bahkan tidak boleh dibayang oleh fikiran kita.

Manakala tempat pulang yang membinasakan adalah neraka kerana keadaannya sangat menakutkan bahkan jika kita membaca keadaannya, pasti menimbulkan rasa takut untuk menjadi penghuninya apatah lagi melihat keadaan neraka itu sendiri.

Kematian kita di dunia ini menandakan permulaan bagi kehidupan yang baru.

Bermula dari alam barzakh kemudian kita semua akan dihimpunkan di padang mahsyar dan akhirnya kita akan ditentukan sama ada menjadi penghuni syurga atau neraka.

Bagi penghuni syurga, detik kenikmatan mereka bermula apabila mereka akan disambut oleh para malaikat dengan ucapan:

“… Sejahteralah ke atas kamu, beruntunglah kamu, maka masuklah syurga ini, sedangkan kamu kekal di dalamnya.” (Surah Az-Zumaar: ayat 73)

Di syurga merupakan tempat yang terdapat teman yang baik akhlaknya lagi cantik rupanya, iaitu bidadari yang hanya tinggal di tempat masing-masing.

Bidadari ini cantik berseri-seri seperti delima dan marjan. Kulit mereka putih melepak, cantik matanya, malah mata pandangan tertumpu kepada mereka semata-mata.


Rupanya, Allah telah menggerakkan hati ibu dan ayahku untuk meninggalkan beberapa pesan untuk aku buat bekalan pada masa depan.

Hati aku luluh dan berderai. Walaupun semua ini telah lama berlaku, aku sudah belajar meredhai kepergian insan yang paling aku sayang.

Oh Ibu, Oh Ayah,

Doakan anakmu agar kuat untuk melayari pengembaraan walaupun hempedu yang patut anakmu telan. Rindu yang sukar dilafazkan. Hilangnya susuk tubuhmu dari penglihatan anakmu. Secebis doa dari kalian telah hilang buat anakmu. Anakmu rindu akan segala gelak tawamu.

“Ayah dan ibu anakmu di sini berjuang sendiri,
Tiada yang membantu anakmu berdiri,
Menghadapi dunia yang kejam akan cacian,
Terselok langkahku oleh duri rumput yang tajam.”

Belaian yang selama ini menyapa tubuh anakmu. Kadang-kadang melihat anak-anak lain meminta restu dari ayah dan ibunya. Berlinang mata anakmu. Hari-hari anakmu tidak seperti dahulu lagi.

Ampunkan anakmu ibu, Ampunkan anakmu Ayah,

Salah silap ketika kita bersama dahulu. Anakmu akan sentiasa berdoa agar kita berjumpa di Syurga nanti. InshaAllah.

“Doa-doaku mengiringi kebahagianmu di sana wahai ayah ibu,
Butiran tasbih mengelilingi nikmat pertolongan,
Lantunan ayat menerangi alam kubur yang gelap,
Tiada putus sujudku untuk menghantarkan sepucuk doa rindu.”

Melakukan amal soleh dengan menjauhi
diri dari melakukan kemaksiatan.

Menjaga silaturahim dengan keluarga dan
sahabat baik kedua ibu ayah.

Anak-anak perlulah sentiasa menziarahi pusara mereka
bagi yang sudah meninggal dunia.Bagi ibu bapa yang
masih hidup, anak-anak perlulah pulang kampung untuk
menziarah dan bertanya khabar.

Selesaikan hutang-hutang ibu ayah
yang sudah meninggal dunia.

Sayangilah ibu ayah kita semasa mereka masih hidup atau sewaktu mereka sudah meninggal dunia sekalipun.

Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka sudah tiada. Allah jua yang membalasnya nanti.

Al-Fatihah.

No comments: