-------------------------------------------------------------
Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani..
Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir..
lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya..
Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya..
Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir..
ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya..
Syekh Abdul Qadir suka makan ayam..
dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja..
lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..
Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..
Pakcik ada anak namanya ini?
Jawab si bapa: ya ada..
Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?
Jawab si bapa: ya.
Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..
Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..
Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir..
Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..
Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama'..
Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..
Kalau begitu ambillah anakmu..
Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang..
Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang..
bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..
ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..
Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir..
Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..
tuan didik lah anak saya..
ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...
ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu..
Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir..
bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..
tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..
ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu..
disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..
maka anak yang menjadi mangsa..
Begitulah ADAB dalam menutut ilmu..
Anak,mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..
Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..
Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..
Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..
Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu..
maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..
Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita...
Aamiin.
CARILAH GURU YANG MEMBAWA DIRI KEPADA HADRAT ALLAH SWT...
Semua guru agamamu mengajar yang Allah itu ada (wujud) akan tetapi carilah guru yang dapat memimpin kita kehadrat-Nya. “Lawlaa murobbi maa 'araftu robbi” (Tanpa Guruku, aku takkan mengenal Tuhanku).
Syeikh Abul Hasan Asy-Syadzili mengatakan lagi: “Siapa yang menunjukkan dirimu kepada dunia, maka ia akan menghancurkan dirimu. Siapa yang menunjukkan dirimu pada amal, ia akan memayahkan dirimu. Dan barangsiapa menunjukkan dirimu kepada Allah Swt. maka, ia pasti menjadi penasihatmu”.
Firman Allah dalam Hadis Qudsi: “Jadikanlah dirimu berserta Allah, jika engkau belum berserta Allah maka jadikanlah dirimu berserta dengan orang yang telah berserta Allah niscaya dialah yang akan membawamu kehadrat Allah.”
-- Nasihat dari Syeikh Abul Hasan Asy-Syadzili.
Al-Imam Ahmad bin Hasan Al-Attas, semoga Allah memberi manfaat melaluinya, berkata:
"Manusia dalam sehari semalam bernafas sebanyak dua puluh empat ribu tarikan nafas. Di setiap jamnya sebanyak seribu tarikan nafas.
Jika dia berniat untuk taat kepada Allah dengan semua itu, maka semua amalnya akan menjadi amal baik.
Jika dia berniat untuk bermaksiat kepada Allah dengan semua itu, maka semua amalnya menjadi rusak."
Sedangkan anjing yang ikut duduk bersama orang yang baik dan soleh (Ashabul Kahfi) pun Allah rakamkan kisah perjuangannya menemani Ashabul Kahfi di dalam al-Quran. Sehinggakan apa yang dibuat anjing itu Allah ceritakan [ AlKahfi : 18 ]
Agaknya, kalau kita, manusia yang sebaik-baik penciptaan, duduk bersama orang soleh, adakah mungkin kita tidak dapatkan keberkatan dan rahmat dari-Nya?
Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid
"Jangan hitung orang berapa kali menyakiti dan meninggal kan kamu,tapi hitunglah berapa kali kamu menyakiti Allah,dan Allah tak pernah meninggalkan kamu".
(Alhabib Umar bin Hafidz).
Pelihara lidah dan jaga perbuatan terhadap tetangga dan sahabat, takut sia-sia amalan.
Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, “Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak solat, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap jiran tetangganya.”. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, “Sungguh ia termasuk ahli neraka”.
Kemudian lelaki itu berkata lagi, “Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit solat, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya.” Maka Rasulullah SAW berkata, “Sungguh ia termasuk ahli syurga.” (Hadis Riwayat Muslim).
Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Selamat hari wanita sedunia. Rasulullah saw setiap hari memuliakan dan menyayangi wanita. Mari kita hargai wanita kurnia Allah dalam hidup ini setiap hari dalam hidup kita.
Tadi terus call kedai bunga minta buatkan bunga paling cantik indah buat bidadari tercinta. Sampai rumah terus beri pada bidadari. I love u sayang.
Ya Allah abang. Kenapa susah-susah..i love u sayang..
Kata-kata isteri saya yang suka nak ingat dan amat saya hargai...ia membuat saya menangis dan jatuh cinta. Tiada wajah tercantik melainkan dari hati yang ikhlas. Tiada perkataan lebih indah dari ikhlasnya mencintai..
Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir..
Saat lain waktu berduka ..Abang, hidup kita bukan kerana sesiapa. Bukan kerana pergantungan pada sesiapa. Tapi bila kita tak bergantung pada sesiapa. Bila kita bergantung pada Allah. Allah yang beri segalanya. Dia boleh beri. Dia boleh ambil..
Saat terlalu penat dengan wajah senyum dan sentiasa sembunyikan kesedihan atau kesusahannya demi suami, dia kata abang, saya cintakan dan sangat sayangkan abang kerana Allah...semua penat, hilang...
Saat hening malam...Abang bangunlah tahajud Allah rahmati keluarga kita. Nanti kita naik kuda tunggang bersama dalam syurga. Jom tahajud. Allah dah baik sangat pada kita.
Saat diberi rezeki lebih. Saya tanya, awak nak apa-apa ke sayang, apa jer abang nak beri dengan izin Allah..
Saya nak simpan duit nak ziarah Nabi saw dan kita cari orang susah sama-sama kita beri duit pada mereka. Kita simpan duit untuk berdakwah ke mana-mana..
Saat merindui ibu. Menangis dan berdoa sama-sama supaya dapat bersama dalam syurga. Menenangkan hati dan melaluinya bersama.
Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada kereta, tiada rumah, tiada lesen kereta, tiada apa-apa. Mereka wanita yang yakin pada Allah dan lebih mensyukuri hidup ini....
Kecantikan yang sebenar ialah bila datang dari hati yang ikhlas dalam mencintai dan hanya semata-mata kerana Allah.
Syukur pada Allah ya Allah yang beri segalanya. Terima kaseh mak tercinta sebab mengajar kasih sayang ini. Wahai isteriku, Terima kasih sayang kerana sudi bersama lelaki ini yang tiada apa-apa. Memberi kepercayaan mengetuai rumahtangga ini. Terima kasih kerana memahami dan mendidik anak-anak. Ya Allah seperti mana kami bersama dalam dunia ini, berjauhan kerana agamaMu. Kau letakkanlah kami bersama dalam syurga indah suka tanpa perit dan duka lagi-ebit lew
Ya Allah hari ini berlari dalam airport macam jackie chan sikit lagi jadi ip man. Sebab jem tadi dari kl ke klia. Syukur sempat sampai nak ke Miri. Berpeluh-peluh takut tertinggal. Syukur akhirnya sempat. Terima kaseh Allah. Sorry beberapa orang tadi nak berbual dan bergambar tak sempat sahut. Maaf yer..polis dan imegresen terima kaseh yer bantu tadi. Allah sayang semua.
Tapikan dalam lif sempat berbual dengan lagi. Seorang kakak bawa 3 anak kecil. Berpeluh-peluh. Mana nak pegang barang. Mana nak pegang anak. Allahu. Ya Allah tuhanku. Teringat mak saya anak ramai bersusun-susun semua. Teringat bidadariku. Beliau kenal saya sempat bergambar. Sempat doakan supaya Allah rahmati dan beri bahagia kepadanya bersama suami dan anak semua jadi daie Allah soleh solehah.
Hebatkan wanita. Allah sebut wanita dalam Al-Quran. Kasih sayangnya. Benarlah kekuatan itu bermula dari cinta sayang. Hati yang mulia. Semoga Allah rahmati semua wanita dalam dunia..selamat hari wanita buat semua.
Pohon doa semua yer semoga jadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew
Sebak menangis saya dekat airport Miri bila dapat syahadah pada seorang wanita cina tenang orangnya 20an.. Dia sebak bila dapat ucap syahadah. Dia sebak bila saya kata adik dah Islam. Sebab dia ada hasrat dah beberapa bulan terfikir tentang Islam.
Tapi rasa tak tahu nak melangkah bagaimana. Dapat lihat dari wajahnya jernih dan betapa kuat semangatnya nak ucap syahadah. Allahuakbar. Dia kata saya kenal ustaz selalu viral benda baik-baik. Dia belanja saya kopi. Saya beri dia hadiah buku 11 amalan kaya dan sedikit hadiah lain. Dia gembira sangat.
Allahuakbar. Tahniah adik. Terima kaseh Allah. Perjalanan pulang dari Miri buat saya menangis. Tadi ceramah di sekolah kebangsaan Miri. Beberapa sahabat di Miri akan bantu beliau. Tahniah sahahatku sekalian dan keluarga yang suka bantu muallaf.. Terima kaseh pada sahabat baiknya yang sudi nak membimbing-ebitlew
Sebak bila pusing dekat dekat 12malam. Malam 1 Rejab di bukit bintang tengok tepi jalan ada makcik dengan anaknya ini sedang minta sedekah tepi jalan. Saya teringin nak tolong. Saya ajar kalimah doa pada ibunya dan amalan serta nasihat kata semangat. Saya ciumnya teringin nak peluk anak ini.
.
Duhai anak ini ujianMu kerana Allah sayang. Ujian saya yang melihatnya. Sedang tidur lena dalam aircond dan makan banyak ada orang tak upaya tidur terbaring tepi jalan minta bantuan. Malu rasanya di akhirat nanti. Maafkanlah diriku ya Allah. Bila anak ini terbaring tepi jalan. Hilang kata tengah malam. Semoga Allah bantu mereka. Saya beri sedikit hadiah padanya. Ya Allah tuhanku.
.
Semoga Allah beri kekuatan pada mereka dan semua ibubapa yang diuji begini. Allah sayang semua. Semoga Allah mudahkan semuanya. Semoga satu hari nanti diberi kekuatan untuk bantu semua yang dijalanan ini. Dia diuji kita juga diuji- ebitlew
Semalam rasa kurang sihat. Syukur Allah beri kekuatan dapat sampai ke PPUM jumpa dr zul hari ini. Baik orangnya tunggu dekat depan lagi. Ramai tunggu. Syukur pada Allah. Baiknya semua kakitangan PPUM membantu saya tadi.
Tadi jumpa seorang abang kena kanser. Baru lepas major operation. Mukanya ada balutan lagi. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Isterinya yang baik sedang menjaganya. Dia menangis kata ya Allah ustaz jumpa ustaz disini. Ustaz, idola saya. Hari-hari saya dengar dan baca apa ustaz tulis. Dah lama teringin nak jumpa ustaz. Allahuakbar. Oh ini salah satu hikmah sakit ini.
Abang tadi cepat sembuh yer. Ya Allah berat melihatnya. Allah sayang abang. Semoga keluarga abang tabah yer. Saya bisik padanya darjat abang sekarang sedang naik seperti Nabi -nabi. Allah sangat sayang pada abang.
Jumpa juga seorang adik telinga dah lama kurang dengar. Ayahnya nak bawa pergi umrah nak tanya dr boleh ke tidak. Allahu begitu sekali ujian anak kecil ini..Semoga semuanya cepat sembuh
Buat sahabat diluar sana yang sakit semoga cepat sihat yer. Yang dtimpa kanser, sakit jantung, lumpuh, dan semua sakit yang berat. Allah sayang bersabarlah yer semoga cepat sembuh-ebitlew
Menangis sedih bila jumpa mereka. Ramai juga lelaki perempuan. Ramai tak pernah jumpa lagi. Adik tidur mana malam ni. Tidur dekat jambatan ustaz. Ermm, dah solat ke. Belum lagi. Meh ustaz belanja tidur hotel. Ada yang dah lama tak balik rumah. Kuatnya anak ini di tepi jalan. Saya lah yang tak kuat melihatnya. Sedang duduk-duduk tidur lena makan sedap ada remaja tidur dijalanan. .
Soalan paling sedih ustaz kalau kami rindu ustaz macam mana. Ustaz lagi rindu pada kau orang. Setiap kali adik rasa rindu pada ustaz maknanya ustaz tengah doakan kau orang tau. Jaga diri baik-baik yer. Bila nak belajar ustaz sedia bayar yuran dan tolong hantarkan semua.
.
Lagi sedih bila dapat tahu ada 2 anak yang saya dah niat nak bawa masuk tahfiz. Dia dah nak. Lama pujuk. Sekali dapat tahu dah dita gkap bergaduh pukul orang dan masuk dalam ke sekolah juvana. Ya Allah sedihnya. Ustaz doakan disana kamu menjadi anak baik yer. Jadi daie besar. Mungkin itu jawapan doa ramai orang. Bukan sekolah jahat tapi sekolah supaya manusia jadi baik. Semua orang buat silap yang terbaik yang sentiasa minta ampun. Sedih lak. Nak meraung rasa. Salah saya lambat. Sebab diaorang takde phone. Kena g cari. Ya Allah tuhanku.
.
Semoga satu hari nanti Allah beri jalan pada saya untuk membantu semua remaja di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.-ebitlew
Muhasabah Pertemuan Dan Perpisahan
by iLuvislam
7 days ago
156 Views
86
SHARES
Share
Tweet
Keperluan hidup terkadang memaksa kita pergi berjauhan daripada insan-insan yang kita sayang, mendorong kita untuk melakukan pengorbanan yang tidak dapat kita paksakan untuk difahami oleh mereka yang kita tinggalkan.
Jika boleh kita tidak mahu berpisah barang sekelip mata daripada belahan-belahan jiwa yang sangat kita cinta.
Namun, perpisahan itu membawa kita memaknai erti rindu dan kasih yang lebih mendalam.
Terkadang kita tak dapat merasakan betapa besarnya nilai insan-insan di sekeliling kita, sehinggalah kita terpaksa pergi menjauh sejenak daripada mereka untuk sebuah keperluan hidup.
Lalu kita tersedar, merekalah keperluan hidup kita.
Boleh jadi juga kita memang sengaja ingin pergi berjauhan kerana tidak tahan hidup bersama insan-insan terdekat kita. Dengan harapan kita akan lebih tenang.
Namun, tidak juga kita bertemu dengan kebahagiaan.
Living with you is difficult. But living without you is more difficult. Barangkali itulah yang hati kita rasakan setelah kita mula sedar erti sebuah ikatan.
Hidup ini, begitulah. Sampai masa kita akan meninggal, atau ditinggalkan. Insan-insan yang hadir dalam kehidupan kita bukanlah sebuah kebetulan.
Ruang masa yang ada untuk kita bersama, janganlah dibiar kosong tanpa isi yang membina cinta dan kasih.
Biarlah kita berpisah sementara untuk nantinya kembali bertemu dengan pelukan yang lebih erat, tautan hati yang lebih kukuh, ungkapan yang lebih indah, dan cinta yang semakin subur.
Perit rasanya mendengar tangisan anak yang tidak ingin ditinggalkan di tadika, kerana kita pergi bekerja.
Namun, kita tetap harus terus melangkah. Keperitan itu akan terubat tatkala kita pulang disambut pelukan yang begitu erat dan senyuman yang penuh bahagia.
Suatu hari mereka juga terpaksa meninggalkan kita, dan kita pasti menanti dengan penuh setia.
Bayangkan kegembiraan ibu bapa kita tatkala kita pulang, apatah lagi jika begitu lama kita tinggalkan. Mereka juga menanti dengan penuh setia.
Semoga kita dikumpulkan dalam pertemuan indah di bawah pohon-pohon dan di samping sungai-sungai di syurga, yang tiada lagi perpisahan, selama-lamanya.
Bersama ibubapa, pasangan, anak-anak, sahabat-sahabat dan seluruh insan-insan yang tercinta.
#muhasabahcinta
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Zul Yunus
No comments:
Post a Comment