Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Wednesday, November 27, 2019
Koleksi Tazkirah Pilihan 115
Nasihat
Ustazah Asma' Harun
Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku atau kata² manusia sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita. Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
➡Kesat air mata tu,
➡Tarik nafas,
➡Zikir, Ya Qawiyy (terpulang jumlahnya), Ya Allah Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan jiwa untuk menghadapi Ujian ini.
➡Zikir, Ya Fattah (terpulang jumlahnya), 'Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kebimbangan, kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
➡ Lepas tu cepat²lah buat kerja, atau apa² aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat betul², yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja. Kita semua ada banyak kerja nak dibuat.
Jatuh Itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh Itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah keranaNya. Allah sentiasa inginkan kebaikan untuk kita, Dialah Allah ya Barr Yang Maha Baik, Dialah yang paling Dekat dengan kita !
Silakan Share.
Asma Binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Seindah² pemandangan didunia ini, tiada tandingan dengan indahnya wajah Ibu dan Ayah.
Senyuman mereka sungguh sempurna. Rindu!
Lihatlah sesuatu dgn pandangan mata hati, kita akan banyak bersangka baik & mendoakan.
Tidak semua yang kita fikir itu benar.
Bahagia itu sangat mahal, tapi boleh dapat dengan percuma.
Syukur, sangka baik pada Allah, taat perintahNya & amal sunnah Nabi.
Nasihat
PAHROL MOHAMAD JUOI
Jika kau lari dari manusia tetapi tidak pergi kepada Allah hidup bukan sahaja kian sunyi tetapi akan semakin hilang erti.
Jangan tunggu berharta dan berkuasa untuk berjasa. Itulah punca Haman dan Qarun terpedaya!
Yang sempurna pada manusia hanyalah harapannya untuk menikmati kesempurnaan...dan itu bukan di dunia. Itu hanya di syurga.
Rindukanlah syurga. Itulah jawapan pada pemburuan kita untuk mendapat kesempurnaan. Dan itu jualah jawapan kepada soalan hati kita, "mengapa di sini banyak penderitaan?"
Doa untuk saudara seiman kita di Gaza.
Pejuang adakalanya tidak sempat melihat kemenangan. Dia 'berperang' bukan untuk menang tapi untuk benar!
"Kau tengok ustaz tu, macam tak ikhlas je bagi ceramah.."
"Kau tengok trainer tu, macam tak ikhlas je buat seminar.."
"Eh, aku rasa cikgu aku tak ikhlas mengajar. Ajar pun ala kadar je.."
"Kau tengok semua orang tak ikhlas, aku je yang ikhlas...."
----
Sejak bila Rasulullah mengajar kita untuk check hati seseorang itu ikhlas atau tidak?
Yang Rasulullah ajar supaya CHECK DIRI SENDIRI, sama ada kita ikhlas atau tidak dengan Allah.
Rasulullah tidak diturunkan untuk mengorek hati manusia dan melihat apa yang ada di dalamnya.
Teman..
Kalau ada yang terbangun pada waktu 2/3 malam seperti ini, segeralah ambil wuduk dan bertahajud. Kita tak tahu, boleh jadi dengan tahajjud 2 rakaat kita malam ini, menjadi asbab kita masuk Syurga tanpa hisab.
Kita tak tahu.
Tapi usahalah. Moga Allah berikan kita kekuatan untuk bangun tahajjud setiap malam. Ameen.
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
(Surah Al Isra' : 79)
Jagalah solat 5 waktu. Jangan kerana dunia yang sementara, kita sanggup tinggalkan akhirat yang kekal abadi.
Moga Allah beri kita taufiq dan hidayah untuk menjaga solat 5 waktu
Murid Imam Ahmad membacakan puisi kepadanya,
إذا ما قال لي ربي
أما استحييت تعصيني
وتخفى الذنب من خلقي
وبالعصيان تأتيني
"Apabila Tuhanku berkata kepadaku,
Tidakkah kau malu bermaksiat kepadaKu sedangkan kau sembunyikan dosa dari makhlukKu tapi dengan penuh dosa kau datang kepadaku."
Imam Ahmad minta supaya mengulangi kembali puisi tersebut. Dia mendengarnya lalu bangun masuk ke rumahnya dan menangis.
Allah...
Muhasabah untuk kita petang ini.
Imam Al-Ghazali memberikan sebuah nasihat,
“Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya.”
Friday, November 15, 2019
Koleksi Tazkirah Pilihan 114
Biar sederhana tetapi beradab, daripada bijaksana tapi biadab.
Ketika lahir kita dibalut dan ketika mati kita dibalut. Di antara keduanya kita mengambil daripada kehidupan ini balutan ke Syurga atau ke Neraka. Balutan manakah yang sedang kita pakai?
Janganlah kalian iri hati dengan seseorang hanya kerana melihat dari segi luarannya sahaja. Kalaulah kalian mengetahui apa yang tersembunyi dari pandangan mata, nescaya kalian akan mendoakan kebaikan untuknya dan pasti hanya membiarkannya.
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Siapa yang kuat pada waktu malamnya (qiamullai), maka kuatlah sepanjang siangnya.
Tidurlah dengan niat & doa untuk bangun Qiam.
Seseorang menjadi hamba kepada yang dicintainya, menuruti & berkorban deminya,
Ya Rasulullah, hati ini ada CINTA RINDU padamu 😢
Berpisah di dunia pun dah sedih, lagikan pula berpisah di Akhirat 😢
Jaga dirimu & ahli keluargamu daripada Api Neraka.
Terkadang Allah hantar kepada kita orang-orang yang baik, sebab kita masih kurang baik. Agar kita mencontohi dan mengambil pelajaran dari mereka. Dan terkadang pula, Allah menarik kembali mereka, kerana Allah ingin lihat kita berubah menjadi baik sebab Allah atau dengan sebab manusia..
Hidup ini tidak selalunya indah. Ada waktunya Allah beri kekecewaan, kesedihan supaya kita yakin bahawa ini semua perancangan terbaik buat hamba-hambaNya.
*EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.*
Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...
Aamiin ya Allah..
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomen "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
Sayangilah Adik Beradik❤
Air dicincang takkan putus,
Seburuk-buruk adik beradik ...
Dia tetap darah daging kita.
Sehina-hina adik beradik ...
Dia tetap keluarga terdekat kita.
Sejahat-jahat adik beradik ...
Dia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama.
Jangan selalu lihat keburukan adik beradik ...
Sehingga lupa pada kebaikannya.
Kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan NASIB dalam hidupnya.
Ada yang susah ada yang senang ...
Jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain ..
Kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.
Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik ...
Kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.
Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada ..
Kerana harta dan duit takkan kekal selamanya.
Pernahkah kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak.
Pernahkah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak.
Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dikapan kelak.
Tidak.
Adik beradik kita sejahat mana pun dia ...
Dia takkan jijik menyentuh mayat kita.
Walaupun dia hina buruk dan jahat di mata kita.
Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.
Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.
Semoga kita selalu ingat siapa diri kita ...
Kita hanya hamba yang hina di sisi Allah.
Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun kepada manusia lain.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Belajarlah jangan suka menyalahkan orang lain. Apa pun berlaku mungkin kerana salah kita atau ujian dari Allah untuk kita.
9999999999999999999999999999999999999999
Khasiat Surah Al Ikhlas
1🌷Membaca surah al-Ikhlas sekali,ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab al-Quran.Kalau kita membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali,maka seolah-olah kita khatam al-Quran.Kerana ianya sama dengan membaca 30juz al-Quran.
- Membaca surah al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga meninggal dunia,maka tidak akan membusuk di dalam kubur,akan selamat dari kesempitan kubur dan para Malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
2🌷Sesiapa hendak pergi musafir.
Ketika dia hendak meninggalkan rumahnya,membaca surah al-Ikhlas 11 kali,maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
3🌷Membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas,maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi,dimudahkan di dalam gelombang sakaratul maut,dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
Pernah anda mendengar mengenai pahala yang sentiasa mengalir walaupun anda hanya melakukan amalan kebaikan itu sekali sahaja?
Sebagai contoh, anda menderma RM1 terhadap penubuhan pembinaan masjid di kawasan kampung anda. Pahala menderma itu dikatakan akan sentasa mengalir selagi mana masjid itu digunakan oleh orang awam.
Banyaknya pahala bersedekah jika ia ikhlas dilakukan kerana Allah. Namun, bagaimana pula dengan sedekah yang tidak dilihat dari mata kasar?
Sedekah ini seperti menyuruh seseorang melakukan kebaikan sedangkan anda tidak melakukannya. Adakah dikira sama pahalanya?
مَنْ سَنَّ سُنَّةَ خَيْرٍ فَاتُّبِعَ عَلَيْهَا فَلَهُ أَجْرُهُ وَمِثْلُ أُجُورِ مَنِ اتَّبَعَهُ غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ سَنَّ سُنَّةَ شَرٍّ فَاتُّبِعَ عَلَيْهَا كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهُ وَمِثْلُ أَوْزَارِ مَنِ اتَّبَعَهُ غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا
Maksud: “Sesiapa yang melakukan sebuah perbuatan yang baik lalu diikuti orang lain, maka baginya sebuah pahala dan pahala yang serupa bagi sesapa yang mengikutinya tanpa ada pengurangan sedikit pun pahala mereka. Dan barangsiapa yang melakukan perbuatan jahat lalu diikuti, maka baginya dosa dan dosa yang serupa bagi yang mengikutinya tanpa ada pengurangan sedikit pun.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2980)
Mengikut beberapa perbahasan ulama’, setiap perbuatan kebaikan yang dilakukan dan menjadi ikutan akan turut mendapat pahala yang sama dengan si pelakunya.
Sebagai contoh, anda membuang sampah ke dalam tong sampah dan perbuatan itu dilihat oleh remaja. Maka, dia kemudiannya melakukan hal yang sama. Di situ, anda sudah mendapat dua pahala kebaikan yang dilakukan.
Pahala ini akan digelar pahala berantai jika orang ketiga melihat remaja tersebut membuang sampah ke dalam tong sampah dan dia kemudian melakukan perkara yang sama. Maka, anda yang mula-mula melakukannya akan turut mendapat pahala yang sama.
Sama juga situasinya jika anda memakai pakaian yang menutup aurat – kemudian ada seorang perempuan yang terbuka hatinya untuk berubah dengan mula berhijab tatkala melihatkan perlakuan anda itu, maka anda turut mendapat pahalanya.
Begitu mudah untuk mendapat pahala. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan jika menjadi ikutan orang lain, anda juga ajan turut mendapat saham.
Sebab itu Islam menggalakkan umatnya untuk berhati-hati dalam setiap perlakuan yang dilakukan sama ada baik atau jahat kerana bimbang jika ia menjadi ikutan orang tanpa kita sedar.
Perkara Yang Akan ‘Mengikut’ Setelah Meninggal Dunia
1. Ilmu yang berguna yang diajarkan dan disebarkan kepada orang lain. Hal ini termasuklah ilmu dalam bentuk buku, catatan, artikel, video, rakaman suara dan sebagainya.
2. Anak soleh yang ditinggalkan setelah mati yang sentiasa mendoakan dan memohon ampun buatnya.
3. Al-Quran yang diwariskan atau diwaqafkan untuk kegunaan orang lain.
4. Masjid yang dibangunkan untuk kegunaan orang ramai.
5. Rumah yang dibangunkan untuk Ibnu Sabil iaitu orang yang terkandas dalam perjalanan atau tidak mempunyai sebarang bekalan.
6. Sungai yang dibina atau dialirkan untuk manfaat makhluk tidak kira manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. (Ia boleh juga difahami sebagai punca air yang diperlukan oleh semua hidupan)
7. Harta milik sendiri yang disedekahkan semasa sihat dan masih hidup seperti derma, sedekah dan juga wakaf.
Perkara ini disandarkan kepada hadis sahih daripada Nabi SAW.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau al-Quran diwariskan, atau masjid yang ia bangun, atau rumah yang ia bangun untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal”
(HR Ibnu Majah, no.238 – Status Hadis Hasan)
Subscribe to:
Posts (Atom)