Wednesday, November 27, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 115




Nasihat


Ustazah Asma' Harun


Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku atau kata² manusia sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita. Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
➡Kesat air mata tu,
➡Tarik nafas,
➡Zikir, Ya Qawiyy (terpulang jumlahnya), Ya Allah Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan jiwa untuk menghadapi Ujian ini.
➡Zikir, Ya Fattah (terpulang jumlahnya), 'Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kebimbangan, kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
➡ Lepas tu cepat²lah buat kerja, atau apa² aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat betul², yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja. Kita semua ada banyak kerja nak dibuat.
Jatuh Itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh Itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah keranaNya. Allah sentiasa inginkan kebaikan untuk kita, Dialah Allah ya Barr Yang Maha Baik, Dialah yang paling Dekat dengan kita !
Silakan Share.
Asma Binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Seindah² pemandangan didunia ini, tiada tandingan dengan indahnya wajah Ibu dan Ayah.

Senyuman mereka sungguh sempurna. Rindu!

Lihatlah sesuatu dgn pandangan mata hati, kita akan banyak bersangka baik & mendoakan.

Tidak semua yang kita fikir itu benar.

Bahagia itu sangat mahal, tapi boleh dapat dengan percuma.

Syukur, sangka baik pada Allah, taat perintahNya & amal sunnah Nabi.


Nasihat
 PAHROL MOHAMAD JUOI
Jika kau lari dari manusia tetapi tidak pergi kepada Allah hidup bukan sahaja kian sunyi tetapi akan semakin hilang erti.

Jangan tunggu berharta dan berkuasa untuk berjasa. Itulah punca Haman dan Qarun terpedaya!

Yang sempurna pada manusia hanyalah harapannya untuk menikmati kesempurnaan...dan itu bukan di dunia. Itu hanya di syurga.
Rindukanlah syurga. Itulah jawapan pada pemburuan kita untuk mendapat kesempurnaan. Dan itu jualah jawapan kepada soalan hati kita, "mengapa di sini banyak penderitaan?"
Doa untuk saudara seiman kita di Gaza.

Pejuang adakalanya tidak sempat melihat kemenangan. Dia 'berperang' bukan untuk menang tapi untuk benar!

"Kau tengok ustaz tu, macam tak ikhlas je bagi ceramah.."
"Kau tengok trainer tu, macam tak ikhlas je buat seminar.."
"Eh, aku rasa cikgu aku tak ikhlas mengajar. Ajar pun ala kadar je.."
"Kau tengok semua orang tak ikhlas, aku je yang ikhlas...."
----
Sejak bila Rasulullah mengajar kita untuk check hati seseorang itu ikhlas atau tidak?
Yang Rasulullah ajar supaya CHECK DIRI SENDIRI, sama ada kita ikhlas atau tidak dengan Allah.
Rasulullah tidak diturunkan untuk mengorek hati manusia dan melihat apa yang ada di dalamnya.



Teman..
Kalau ada yang terbangun pada waktu 2/3 malam seperti ini, segeralah ambil wuduk dan bertahajud. Kita tak tahu, boleh jadi dengan tahajjud 2 rakaat kita malam ini, menjadi asbab kita masuk Syurga tanpa hisab.
Kita tak tahu.
Tapi usahalah. Moga Allah berikan kita kekuatan untuk bangun tahajjud setiap malam. Ameen.
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
(Surah Al Isra' : 79)

Jagalah solat 5 waktu. Jangan kerana dunia yang sementara, kita sanggup tinggalkan akhirat yang kekal abadi.
Moga Allah beri kita taufiq dan hidayah untuk menjaga solat 5 waktu

Murid Imam Ahmad membacakan puisi kepadanya,
إذا ما قال لي ربي
أما استحييت تعصيني
وتخفى الذنب من خلقي
وبالعصيان تأتيني
"Apabila Tuhanku berkata kepadaku,
Tidakkah kau malu bermaksiat kepadaKu sedangkan kau sembunyikan dosa dari makhlukKu tapi dengan penuh dosa kau datang kepadaku."
Imam Ahmad minta supaya mengulangi kembali puisi tersebut. Dia mendengarnya lalu bangun masuk ke rumahnya dan menangis.
Allah...
Muhasabah untuk kita petang ini.


Imam Al-Ghazali memberikan sebuah nasihat,
“Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya.
Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya.”

No comments: