Nota dari Kuliah
Mengotori hati
aa gym
1. kita selalu jaga pakaian kita agar tidak kotor
- namun adakah kita jaga hati daripada kotor.
- orang yang mensuci hati akan bahagia
- orang yang mengotor hati akan derita
2. ramai yang pilih untuk kotor hati. sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah hati perlu pada qalbun salim.
3. jika kita masih kurang yakin dengan Allah, maka itu tandanya hati masih kotor.
4. Dua faktor yang sering mengotori hati ialah cinta dunia adan nafsu
- kita sering anggap kejayaan itu datang dari harta, pangkat, nama,
- padahal dalam quran dinyatakan tiada kejayaan kecuali hanya satu ukuran sahaja itu ketaqwaan.
- kalau kereta yang mahal hanyalah besi yang bergerak.
- orang yang jahat pun keretanya mahal-mahal.
- kemuliaan itu bukan datang dari kereta yang mahal.
5. kereta yang mahal tidak akan mengotori hati.
- tapi kalu kereta itu menyebabkan riak dan sombong
- maka itulah hati jadi kotor
- lebihkan kereta daripada sedekah
- sepatutnya kereta itu tujuannya agar sampai dengan baik dan selamat.
- sebab banyak yang tiada kenderaan sampai di masjid
- dan banyak yang ada kenderaan tidak sampai ke masjid.
6. tanda hati nak kotor
- kalau kita lihat kereta mahal sudah rasa bangga. maka hati-hati
- padahal kereta itu mungkin bukan hak kita. cuma kereta pejabat. tapi hati sudah bangga.
7. Bangga, ujub, sombong dengan benda dunia. maka itu adalah tanda cinta pada dunia.
8. lihat rumah cantik. tak perlu iri. itu adalah rezeki masing- masing.
- kalau iri maka kita akan stress.
- jangan iri
- jangan terpesona. anggap biasa sahaja
- permata itu cuma batu. tapi mahal. mahal pun tetap batu.
- yang mahal itu ialah orangnya. yang mahal itu imannya.
9. ada batu permata yang mahal lagi indah. tapi iman tiada maka tiada gunanya. itu sampah.
10. kalau nak kaya boleh. tapi jangan rasa mulia dengan kekayaan.
- tapi apa ertinya kaya kalau tidak bayar zakat.
- maka sama saja lah dengan orang tak kaya
11. membeli itu lebih baik kepada yang perlu. tak payah berlebih lebihan.
12. Mudahkan urusan hidup ini.
Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Tuesday, March 17, 2020
Wednesday, March 11, 2020
Nota Kuliah : Kitab Penawar Hati Bab Faraj (Bhg 1)
1. Ketahui olehmu jadi Sheikh memberi perhatian kepada kita
2. jadi peliknya apabila anggota ini dikaitkan dengan faedah bagi akhirat
3. dalilnya ialah mendapat anak melaluinya
4. jadi Malaysia pada hari ini Dia ingin berkahwin tetapi tidak ingin anak pelbagai usaha dilakukan untuk Tidak beranak
5. sedangkan nabi sallallahu-alaihi-wasallam berbangga memiliki anak yang ramai
6. Nabi Sallallahu Salam berharapkan satu per dua penduduk syurga itu adalah daripada umatnya
7. ada hadis lain yang menyebut Kahwin itu adalah daripada sunnah ku dan sesiapa yang tidak ingin kepada sunnahku maka dia bukan dari kalangan umatku
8. ada orang bila ditanya Kenapa tidak kahwin dia menjawab kahwin dan tidak kahwin itu sama sahaja jadi orang ini tidak mengikuti sunnah nabi sallallahu alaihi wasallam
9. tetapi jika tidak kahwin kerana sebab lain sebab-sebab tertentu Maka itu Tidaklah dianggap tidak mengikut sunnah nabi sallallahu alaihi wasallam
10. tidak seperti agama Kristian padri padri nya tidak dapat kahwin tetapi dalam laporan laporan berlaku perbuatan yang salah dikalangan paderi-paderi
11. jadi dia sebagai manusia dia bukan malaikat dia juga ada nafsu yang mana tidak boleh Terhalang daripadanya
12. jadi setelah dapat anak Apakah tujuan untuk mendapat anak pula sebagaimana hadis nabi apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
12. Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalan dia titik kita tengok tok nenek moyang kita sudah tidak boleh beramal lagi bila dia sudah masuk kubur titik Aceh kita bercakap makan makan ketika boleh makan ni makan ketika dah tak boleh makan tak boleh nak makan begitulah juga dengan amalan kita buat amalan ketika kita boleh buat amalan ketika kita tidak boleh buat amalan Maka kita tidak berpuluh lagi
13. wakaf yang berterusan ialah wakaf itu hidup kita buat untuk masjid berterusan mendapat pahala
14. yang kedua ialah ilmu yang bermanfaat Apa maksud ilmu yang bermanfaat iaitu ilmu yang kita ajar kepada orang maka orang itu dapat mengamalkan ilmu tersebut contohnya ajar orang solat maka orang itu solat sepanjang dia bersolat Maka kita mendapat pahala daripada amal perbuatannya itu
15. Begitu juga nanti nabi memberitahu sebaik-baik manusia ialah Orang yang belajar Quran dan mengajar Quran jadi orang yang membaca Quran dapat pahala dan pahala itu akan mengalir kepada orang yang mengajar al-quran
16. nabi kata melainkan daripada tiga perkara
17. Mengikut baba eil sepanjang tiga perkara ni dia tidak berkata jua.. Maknanya ada lagi perkara-perkara yang lain yang boleh menjadi amalan
18. pertama sedekah jariah. jariah ni asal kata ialah air yang deras
jadi sedekah jariah ini dikenali sebagai sedekah yang berpanjangan
19. jadi sedekah ni ada hok panjang ada hok pendek kita Duk ingat sediakah bila bagi habis setakat tu saja
20. itu Sebabnya ada ulamak tak suka sedekah yang panjang ini ialah wakaf kita bagi wakaf tanah kita kita bagi wakaf rumah kita kita bagi wakaf harta kita buat masjid dan sebagainya
21. Sebab tulah Wakaf ni tidak boleh dijual sebab dia tu adalah sedekah yang panjang Kalau dua orang panggil sedekah pendek lah tukar semulajadi sedekah pendek
22. yang kedua pula ialah ilmu yang diambil manfaat daripadanya . hak ni Kalau tuan dia mati dah Dia masih lagi boleh dapat pahala daripada amalan ini
23. Umpama kalau kita simpan dalam bank kalau kita mati harta tu orang buat bagi Tapi adakah duit kita simpan dalam bank akhirat bila kita mati Kita boleh Guna dividen mari sokmo
24. sebab itu kalau nak wakaf-wakaf masa hidup dan mati kita suruh orang wakaf belum tentu dia akan Warkaf harta kita
25. jadi ilmu yang bermanfaat Inilah lebihnya alim-ulama orang yang pandang dia sudah mati tetapi ilmu dia masih mengalir dia tetap boleh pala sokmo-sokmo
26. contoh pengarang kitab ni dia mati lama dah Tapi kita masih lagi baca kita dia kita masih lagi Ambil ilmu dia tinggalkan
27. yang ketiga ialah anak yang soleh anak yang solehah soleh ni bermakna anak yang baik anak mukmin yang baik sebab Mukmin ada mukmin yang baik orang beriman yang baik dan ada mukmin yang tidak baik orang beriman tidak baik jadi soleh ini ialah orang beriman yang baik orang beriman yang baik Inilah yang boleh mendoakan kepada kita
28. tapi ada juga ulama kata Tinggal anak Mukmin juga boleh dikira sebab ada juga anak bila Mukmin dia ada masa juga dia berdoa walaupun tidak semua
29. dan ada juga ulama yang menyebut kalau anak itu buat amalan maka amalan itu akan sampai juga kepada ibu bapa dia tambah-tambah lagi sekiranya dia berdoa
30. Jadi kalau kita tidak ada anak maka peluang kita untuk mendapat doa daripada anak yang soleh tidak ada Inilah kelebihan Dari sudut faraj dan zakar tersebut
31. Sebab tulah Baba Ismail Sepanjang sebut kita kena simpan molek pisau Badik tu dia jadi molek yang jadi kalah panjang letak kongsi kisah bagi
32. simpang molek dalam sarung..sarung kena betul..jangan berkarat
33. sebabnya lah anak ini sebagai satu amanah kita kena beri penekanan kepada dia kita kena jaga akhlak dia kena beri pendidikan akhlak Biar dia jadi anak soleh yang mana amalan dia tu boleh membantu kita setelah kita mati
34. ada ulama kata tidak ditulis benda yang tidak boleh dilakukan oleh anak kita setelah kita mati
35. contoh kalau kita mati tinggal harta anak kita pun ambil hantar tu dia pergi joli, gi judi atau guna harta itu untuk maksiat maka keburukan yang dibuat oleh anak kita itu tidak akan kena kepada kita setelah kita mati berbanding kebaikan yang dilaku kita dapat pahala
36. manakala kegunaan untuk akhir keduniaan pula manakala kegunaan untuk ke dunia pula ialah iaitu bersedap-sedap dengan jimak suami isteri
37. orang hok kahwin boleh tahulah awak tak kahwin tak boleh nak tahu
38. sebab tulah ada cerita-cerita kampung dia tak nikah tiba-tiba dia ni kepada diri atas tangga orang lalu Tanya bab po dok sedih atas tangga ,dia kata bakpo tak royat awal-awal kahwin ni lagu ni
39. Itu sebab kita kena bersyukur. Indahnya ciptaan Allah. Seronok-seronok dapat anak, dapat pahala lagi. Tapi kalau seronok seronok zina dapat dosa dan masuk neraka.
40. jadi anak itu ialah sebesar-besar perhiasan dunia sebesar-besar anugerah dunia ada orang duit juta-juta tapi bila tidak ada anak Tak adalah perhiasan bagi dunia dia
Tuesday, March 10, 2020
Koleksi Tazkirah Pilihan 120
Teruskan berusaha, setiap usaha pasti Allah lihat walaupun kecil.
Mungkin hasilnya tidak seperti yang kita mahu, tapi ia pasti apa yang kita perlu.
Walaupun hatimu patah, kakimu teruskanlah melangkah.
Carilah pertolongan Allah, pasti dan sungguh pasti, kamu takkan rebah.
Terima kasih Ustazah Asma Harun
Marilah kita saling membantu membendung penularan wabak COVID-19.
Tolong jangan sinis kepada mereka yang ambil langkah pencegahan, itulah cara Islam.
Mintalah selalu dengan Allah samada di awal atau di hujung pekerjaan / amalan 3 perkara, moga Allah terima dan redha apa kita buat, moga Allah jauhkan daripada panyakit hati yang boleh menggugurkan pahala, moga Allah lindungi kita daripada kejahatan Makhluk dan Nafsu sendiri.
Kita akan rasa dipandu oleh Allah, akan rasa tenang dan lapang walaupun dalam sukar. Namun jangan lupa setiap hari mulakan dengan alQURAN dan ZIKIR walaupun sedikit. InsyaAllah urusan kita mudah dan lancar.
#UAHSahabatDuniaAkhira
Di depan manusia, kuatkan diri untuk tabah.
Di depan Allah, itulah masanya untuk kita rebah.
Cuba buat beberapa perkara dibawah hari ini, dan lihat apa yang berlaku selepasnya ;
1. Jumpa, telefon atau msg kepada Ibu, ayah, atau pasangan (jika ada), kemudian minta 3 perkara, minta maaf, minta redha dan minta doa. InsyaAllah hati akan tenang dan lapang.
2. Berikan 3 perkara kepada sesiapa sahaja (ikut syariat) ucapan salam, senyuman manis dan terima kasih. InsyaAllah hidup rasa ringan dan ceria.
3. Nak hidup dimudahkan Allah, mudahkan urusan siapa sahaja dan cuba abaikan perkara yang kecil, jangan dibesarkan. Biasakan guna perkataan, it's ok, saya ok, takde masalah, lupakan ya, boleh², silakan, jangan risau, saya boleh, dll 😊. Lagi cantik biasakan diselangi dengan kalimah Alhamdulillah, SubhanAllah, MasyaAllah, AllahuAkbar..😀
Ujian memang silih berganti, tolong uruskan dengan hati yang kuat, tiada orang lain yang boleh ubah diri dan hidup kita melainkan kita sendiri. Buatlah rutin kecil tapi positif dan barakah, insyaAllah perubahan besar akan berlaku. Saya doakan sahabat semua 🤲
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Teruskan berusaha, setiap usaha pasti Allah lihat walaupun kecil.
Mungkin hasilnya tidak seperti yang kita mahu, tapi ia pasti apa yang kita perlu.
Jika sakit, itu penghapusan dosa. Jika manis, itu peningkatan derjat. Itulah derjat diri bila diuji!
Jika kau lihat diri mu terlalu sempurna, percayalah, itu kerana kau belum benar-benar mengenali diri!
Benarlah seperti yang dikatakan, seorang nampak tenang bukan kerana tidak mempunyai masalah yang berat tetapi kerana dia pandai menyembunyikan kesusahannya. Dipendam kepahitan dengan senyuman. Dipadam kerunsingan dengan gurauan.
Minggu lepas, minggu yang penuh peristiwa. Aku bertemu pelbagai ragam manusia. Daripada sahabat rapat, saudara terdekat dan kenalan dikalangan pembaca tulisan-tulisan ku. Mereka meluahkan masalah, kesusahan dan derita yang mereka sedang hadapi, tanpa mereka sedari bahawa aku juga sedang dan pernah melalui kesukaran yang sama.
Ada di antara mereka, yang sejak dulu ku kagumi ketenangannya. Namun, bila didekati mereka juga rupa-rupanya sedang menghadapi ujian yang tidak kurang getirnya. Ujian sakit, karenah isteri, sikap negatif anak-anak, dipulau rakan sekerja, tanggapan negatif ssnsk-saudara serta macam-macam ujian lagi.
Aku tersenyum pahit. Pelangi selalu kelihatan di atas kepala orang lain. Maksudnya, kesenangan dan keindahan kita rasakan hanya dimiliki oleh orang lain. Tanpa kita sedari mereka juga hakikatnya punya 'perang' tersendiri. Seperti kita, mereka juga sebenarnya sedang berhempas pulas mendepaninya.
Akhirnya, aku mendapat satu kesimpulan bahawa: Bukan soal masalah itu ada atau tidak, masalah itu berat atau ringan, tetapi sejauh mana iman di dalam diri untuk menanggungnya. Semua orang ada masalah, dan itu bukan masalahnya, tetapi yang penting ialah bagaimana pergantungan hati seseorang kepada Allah.
Ya, Allah lebih besar daripada masalah kita. Jika Allah besar di hati, segala masalah menjadi kecil dan mudah dihadapi. Tetapi jika Allah kecil di hati, masalah yang kecil pun menjadi besar untuk ditangani.
Justeru, jika kau melihat insan lain tersenyum, jangan kau cemburui senyumannya, tetapi cemburuilah iman yang ada di hatinya. Sehingga dengan itu mereka masih mampu tersenyum walaupun ada perang di dalam hatinya.
Ya, mungkin sahaja perang yang mereka hadapi lebih besar daripada perang yang kau hadapinya... tetapi iman mereka lebih besar daripada iman mu ketika menanggung dan menghadapinya!
tak lama kita hidup di sini..jadi harap sabar
dan jangan mudah benci
jangan mudah marah
betapa fikiran dan hati manusia boleh berubah ubah
sebab itu kita perlu berdoa meminta ketetapan iman.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut: “Tugas wanita juga adalah menguruskan rumah tangga dengan membahagiakan suami. Selain itu, membentuk sebuah keluarga bahagia yang berasaskan ketenangan, kemesraan dan kasih sayang. Dicatatkan, wanita yang menjadi pendamping yang baik kepada suaminya dikira satu jihad pada jalan Allah SWT.” (Lihat Fatawa Mu’asirah (terjemahan), 2/204)
Jika anda seorang yang sukakan alam, pasti anda dapat melihat bagaimana hidup dan berkembangnya sebatang pohon dengan baik sehingga daunnya ada yang menjalar atau tumbuh dengan lebat.
Ada pohon yang membesar dengan gah dan besarnya, ada juga yang hanya renek namun mampu menghasilkan buah yang banyak dan cukup untuk dijadikan rezeki manusia malah ada juga yang daunnya kering-kontang tetapi masih mampu berdiri teguh kerana akarnya yang kuat.
Namun, apa yang dapat kita lihat melalui pokok ialah, ia mempunyai tiga rumpun utama, iaitu dahan, akar dan juga buah.
Kita ambil sebatang pokok yang mungkin sedang bermain di minda anda sekarang yang sedang membaca entri kali ini.
#1 – Dahan
Ia mempunyai dahan yang cukup kuat dan banyak sehingga padanya terhasil daun-daun yang cukup sesuai untuk dijadikan tempat berteduh jika anda sedang berkelah. Dahan tersebut pada awalnya tumbuh sedikit demi sedikit, tidak terlalu tergesa-gesa dan apabila sampai masanya, ia tumbuh menjadi banyak sehingga membentuk dedaun.
Sama juga dengan kehidupan kita sebagai manusia. Kita akan melalui proses bermula dari bawah sehingga akhirnya kita akan mencapai satu tahap yang penting dalam hidup. Sebelum mencapai kepada tahap tersebut, kita akan melalui pelbagai proses kecil lain untuk membentuk siapa diri kita pada hari ini atau masa depan anda.
Segalanya tidak terjadi dalam sekelip mata, namun berperingkat. Oleh itu, dalam hidup ini, kita perlu bersabar untuk melalui proses pembesaran. Jika umur kita masih muda, maka gunakanlah masa muda tersebut dengan baik seperti untuk belajar dan mencari erti hidup. Apabila sudah sampai masanya, jika sudah bersedia untuk melaksanakan perkahwinan, maka lakukanlah ia.
Hal ini kerana, Allah meletakkan setiap sesuatu ke atas diri kita berdasarkan tahap kemampuan dan kesediaan yang ada dalam diri kita sendiri.
#2 – Akar
Seterusnya kita melihat akar sebagai salah satu tunjang utama dalam pertumbuhan pohon. Jika baik dan sihat akar tersebut, maka ia akan tumbuh dengan elok dan memberikan hasil dan manfaat kepada semua.
Tanpa akar yang sihat, maka pohon tersebut akan terbantut pertumbuhannya atau ia akan menjadi mati.
Begitu juga dengan manusia. Akar dan asas dalam diri kita ialah akidah dan kepercayaan yang datangnya dari hati. Jika elok akidah yang ditanam, maka ia menunjukkan hati yang baik dengan perbuatan dan adab yang elok.
Jika kepercayaannya kepada Allah itu kuat dan yakin, maka tiada apa yang dapat menggugat keimanannya malah ia akan mampu menjadi seperti salah satu pohon yang membantu mengekalkan keseimbangan bumi.
#3 – Buah
Tidak semua pohon mempunyai buah. Namun, kita tahu bahawa bagi pohon yang berbuah, ia akan jatuh dari pohon apabila bergoyang ditiup angin atau apabila ada yang mengacaunya seperti melemparkan batu dan sebagainya.
Walaupun ia dilemparkan dengan batu atau dijolok dengan galah, namun yang akan dijatuhkan ialah buah.
Begitulah perumpamaan yang perlu dijadikan iktibar oleh manusia. Walau menerima pelbagai tohmahan atau sikap negatif, namun kita harus bersabar dan cuba untuk melemparkan buah keimananan dalam diri kita, sama ada dengan senyuman atau perbuatan baik yang lain.
Seperti kata-kata yang sering kita dengar – Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat pun dibalas baik.
Hal ini kerana, yang layak membalas setiap perbuatan dalam dunia ini hanyalah Allah, tuhan Sekalian Alam sebagaimana pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang berbunyi:
“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat akan kebaikan orang dan lupakan kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang lain.”
Subscribe to:
Posts (Atom)