Mencari Kecemerlangan Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) melalui sebuah pengalaman.
Saya rasa teruja dengan kecemerlangan berganda yang telah dihasilkan oleh pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Memang hebatlah. Kejayaan Nik Madihah adalah yang menarik dan terbaik kerana ia berasal dari keluarga yang susah.Atas kehebatan itu maka saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya mengajar di Maahad selama tujuh tahun 1976-2003. Saya mula mengajar sekali lah dengan cikgu Razali( papa li) dia masuk awal tahun dan saya masuk tengah tahun.
Pada tahun itu ( atau tahun sebelum, saya lupa dah) Mahaad telah mengejutkan semua dimana 3 pelajarnya dapat 10A1,peringkat Malaysia.di mana pada masa itu boleh ambil setakat 10 jah. Kemudian selang beberapa tahun Hafilah Musa pula muncul sebagai terbaik Malaysia dengan keputusan 11A1 (kalau tak silaplah).
Saya pernah juga terfikir dan berbincang dengan rakan-rakan guru yang lain. Macam mana pelajar maahad boleh jadi begitu cemerlang. Kalau nak kata gurunya terlatih dan pengalaman, rasanya tak berapa..sebab ramai yang pada masa itu tak ada diploma pendidikan, dan rata-rata cikgu yang mengajar di situ sekajap saja. Dua tiga tahun bertukar atau masuk kementerian. Guru sekolah lain berkursus setiap masa, kita pada masa itu nak jumpa kursus setahun pun payah. Rasa-rasanya mereka lebih hebat ilmu mengajar dan pengalaman kursus daripada kami.
Cuma satu perkara yang istimewa yang ada pada guru mmp pada masa itu dan saya rasa sekarang pun macam tu ialah mereka ikhlas mengajar.Mereka bertugas dan mengajar lebih daripada yang sepatutnya. Dan tak mengarapkan lebih. Kalau ada bonus Alhamdulillah kalau tak ada pun, usaha yang lebih tidak berkurang. Perbincangan tentang gaji dan habuan di bilik guru atau kantin sangat sedikit, kadang-kadang tak bincangpun.
Kalau nak kata pentadbiran cekap dan hebat, boleh lah sikit-sikit nanti apa kata pengetua pula (merujuk pada masa itu saja). Namun kalau nak bandingkan dengan sekolah MARA atau Asrama Penuh atau sekolah Bestari, jauhlah. Ada itu ini, perasarana pula tak usah ceritalah hebatnya mereka.Manakala pengetua MMP bertukar lebih kurang dua atau tiga tahun sekali. Sampai ada yang berkata di kalangan kami marilah pengetua dan guru mana-mana pun maahad akan terus cemerlang. Sebaliknya boleh dikatakan guru menjadi cemerlang sebab duduk mengajar di MMP.
Pernah seorang guru mengajar lebih kurang, tak buat persediaan. Dia diberi mengajar dikelas terkebelakang tingkatan tiga, masuk kelas relex. Akibatnya pelajar Tanya macam-macam tak terjawab dia. Rupa-rupanya kelas tu kelas pandai, Cuma disusun secara terbalik. Esoknya guru itu bertukung lumus buat persediaan mengajar takut kena soal oleh para pelajar. Pada masa itu kawan saya yang paling rapat ialah cikgu razali dan ustaz Adli dan merekalah paling mempuanyai persedian mengajar.
Saya sendiri masih (InsyaAllah) membawa kecermelangan dari MMP sehingga ke hari ini, iaitu penerbitan Buletin Tarbiah. Satu-satunya penerbitan yang berkala seminggu sekali sejak tahun 2000. Sehingga dapat dikembangkan kepada satu lagi penerbitan iaitu Risalah Tarbiah yang terbit setiap hari Jumaat.
Satu lagi alasan yang diberi ialah pelajar yang masuk MMP adalah pelajar yang pintar. Memang lah nak masuk MMP sangat payah, terpaksa bersaing..bayangkan 1000 lebih yang memohon tapi yang nak ambik setakat 300 saja ( pada masa itu), Terak-terak
Akibat nya ada yang lebih daripada 50 satu kelas. Pelajar bijak sama lah seperti sekolah hebat yang lain malah ada sekolah yang ambil semua pelajar 5A UPSR.
Lalu adalah yang berkata di kalangan kami, budaya belajar di MMP adalah budaya belajar yang cemerlang. Tengoklah bagaimana cara Siti Fatimah belajar, petang belajar lagi. Sebenarnya itulah budaya belajar MMP, bukan hanya Sita Fatimah seorang, budaya macam ni sudah wujud lama. Pondok atau wakaf ilmu yang dibina dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar.
Akhirnya ramai dikalangan kami bersetuju bahawa kecermerlangan MMP yang utama ialah KEBERKATAN BUMI MAAHAD. Kita akan rasa lain mengajar disana.Seronok dan puas hati. Begitu juga dengan pelajar seronok dan puas hati.Di situlah lahirnya ulama-ulama yang terkenal dan tempat awal orang mencari ilmu agama dalam bentuk sekolah yang tersusun. Kalau universiti ia boleh disamakan dengan UM. Kalau pelajar yang bermasalah dia tak boleh lama duduk mmp, tak selesa. Kalau pelajar kurang pandai maka dia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh supaya pandai.
Tulisan ini adalah pengalaman saya 7 tahun yang lepas, mungkin tak sesuai situasi MMP loni. Namun itulah yang dikatakan pengalaman.
InysaAllah jika diizinkan Allah saya pun nak hantar anak ke MMP untuk mereka belajar erti kecemerlangan di dunia dan akhirat
3 comments:
salam..
cikgu benarlah apa yg cikgu cerita tu..saya bukan pure mmp tapi saya sempat la blaja kat sana pada tahun 2004-2005..memang kita x sempat jumpa..tapi papa li tu saya sempat la..kenanagn blaja di mmp dengan suasana yang sgt ilmiah tu memang selalu dikenang, kerana ia susah nak dapat kat tempat lain..dan alhamdulillah dengan suasana ilmiah itu, dan berserta keberkatannya bekas pelajar mmp kebanyakan menjadi seseorang dalam hidup mereka..moga2 suasana ilmiah ini boleh juga wujud d sekolah2 lain terutamanya mmgm..kerana saya juga bekas pelajar mmgm..saya mengharap suasana di mmp juga di mmgm..moga2 km di selatan kelantan ini boleh mewujudkan mmp kedua di sini..sekaligus mampu membantu masyarakat disini hidup berlandaskan islam..
Seingat sy cikgu ngajar tahun sy masuk..1996..huhu...thanx cikgu...!
Salam...
Cikgu walau terlewat melewati blog ini namun saya gembira dengan pencerahan cikgu... Cikgu mengajar saya dari PMR ke SPM (1996 -1998). Masa tu Cikgu Nik antara cikgu yg hot kat MMP... maklumlah masa tu cikgu masih bujang dan cikgu seorang yang lembut dan suka tersenyum.
Terima kasih cikgu, atas budi mengajar dan mencurahkan ilmu kepada kami masa itu.
Post a Comment