Terkenang semasa dulu..Tulisan cikgunik pada tahun 2000
> Date: Thursday, February 10, 2000 12:56 AM> > From: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>> > Bismillahir Rahmaanir Rahiim> Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh> > sahabat semua,> Dalam siri yang lepas kita telah belajar kenapa psikologi perlu. dalamsiri> kali ini pula kita akan belajar tentang definisi psikologi> > DEFINISI PSIKOLOGI> > Yang sebenarnya perkataan psikologi bukan berasal daripada perkataanIndia> atau Eskimo. Perkataan ini asalnya daripada dua gabungan perkataan greek> iaitu psyche(psik) yang membawa maksud jiwa, rohani, mental. Manakala> logos(logi) membawa maksud kajian. Kalau disatukan kedua-dua perkataanini> jadilah maksudnya kajian terhadap jiwa, mental dan rohani manusia.> > Ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi terhadap psikologi> (kalau anda nak bagi definisi sendiri pun boleh apa salahnya, cuma tiada> siapa yang peduli )> > Antaranya,> 1. William James,1890> * Psikologi adalah ilmu mengenai kehidupan mental, Termusklah> keadaan-keadaanya, iaitu perasaan, keinginan,berfikiran> logik,keputusan-keputusan dan sebagainya> > (perasaan- anda hari ini bagaimana.............. tentulah gembira atau> serabut perut)> (keinginan- adakah anda ingin makan satay kajang)> (Berfikiran logik- PM mengunakan fikiran logiknya bila mengatakan orang> melayu tak makan babi sebab jijik ........tapi dari sudut agama takbetul)> > > 2. Wihhen Wuldt, 1892> * Psikologi berperanan menyelidik pengalaman dalam sensasi dan perasaan> kita sendiri, fikiran dan kehendak kita yang dikaitkan dengan objek> pengalaman luar.> > (saya faham kata Wuldt, tapi payah nak jelaskan.......gini sajalah kalau> ada masa datang ke rumah saja)> > 3. John B. Watson,1919> *Psikologi merupakan bahagian ilmu yang menekakan aspek perilakumanusia...> > (Ini definisi mazhab tingkah laku (behaviourisme)..saya tak gemar sangat,> sebab ia boleh menyempitkan skop manusia. Seperti satu lesen untuk> mengenepikan unsur rohani dari diri manusia. Tapi nak belajar punya pasal> tak apalah...)> > Daripada definisi-definisi yang pelbagai ini, ijma' ahli psikologi> mendefinisikan psikologi kepada tiga bahagian :> > 1. Psikologi sebagai satu kajian saintifik> --- Maknanya dalam psikogi dilakukan kajiselidik, kajian kes,permerhatian,> ujian bermakmal dan sebagainya.> > (Itu sebabnya kita tidak boleh kata tok bomoh, sebagai ahli psikologi,> walaupun dia mengkaji atau menjelaskan sikap dan tingkah laku manusia> bertahun-tahun lamanya..... tak tahulah pula kalau tok bomoh yang "kerat> orang' boleh dianggap sebagai satu kajian atau eksperimen)> > > 2. Psikologi mengkaji tingkah laku manusia> -- Tingkah laku ialah perbuatan yang boleh dilihat, seperti> mengundi,demostrasi,lari,garu kepala (tapi rambut tiada), dan sebagainya.> > (cuma saya tak pasti sama ada terjatuh dari kuda boleh dikatogerikan> sebagai tingka laku manusia... atau tingkah laku kuda> ................(oopss tiada kaitan dengan sesiapa)> > 3. Kajian ke atas proses mental> -- proses ini lebih dikenali sebagai tingkah laku terselindung, yangtidak> dapat dilihat seperti> bayangan, mimpi, perasaan, fantasi dll.Contohnya mimpi mempunyai pengaruh> yang besar terhadap psikologi aliran psikoanalisis.> > (PM sangat cedik, kerana dia telah membuat kajian terhadap proses mental> orang Melayu, orang Melayu bersemangat hangat-hangat tahi ayam. Sekarang> ramai yang sudah tidak berminat dengan perbicaraan DSAI, yang> berbelit-belit.....akhirnya tak menang juga. Semangat ini akan hangat> semula kalau ada orang nak pukul DSAI atau isu lain......seperti TPM> dipecat lagi)> > > *****Kalau anda ingin hanya huraian ilmiah, jangan baca ayat dalam> kurungan. Ayat-ayat itu hanya untuk orang yang membaca sambil rehat> saja*******> > > Akan Datang : Matlamat Psikologi> > wassalam>
No comments:
Post a Comment