Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Sunday, June 04, 2017
KTP 026
Solat Witir Dan Ramadhan
- Dinamakan solat witir sebab bilangan rakaatnya ganjil kerana witir itu maknanya ganjil.
- Hukum solat witir adalah sunat muakkad artinya yang sangat kuat tuntutan melakukannya dan siapa yang meninggalkannya tidak berdosa tetapi luput baginya pahala yang sangat banyak.
- Contoh niat solat witir ialah : Sahaja aku solat sunat witir kerana Allah Taala
- Syarat sah solat witir sama dengan syarat sah solat yang lain dan wajib padanya tumakninah.
- Solat witir sunat ke atas umat dan wajib ke atas Rasulullah saw sebagaimana sabdanya yang bermkasud : Tiga perkara diwajibkan ke atasku tidak diwajibkan ke atas kamu iaitu solat dhuha, berkorban haiwan dan solat witir. ( Hadith Al-Hakim & Ahmad daripada Ibn Abbas )
-Waktu solat witir ialah waktu solat isyak dan disyaratkan mestilah selepas mengerjakan solat isyak.
- Harus melakukan solat witir pada awal malam dan sebelum tidur tetapi melakukannya pada akhir malam atau setelah bangun dari tidur ditengah malam paling afdhal kerana hadith menyebut jika dikerjakan di akhir malam akan dihadiri olih para malaikat.
- Jika selepas solat terawih, imam melakukan solat witir berjemaah maka afdhal makmum ikut sama melakukannya kerana kelebihan berjemaah yang sememangnya lebih baik.
- Jika berada dimasjid untuk solat terawih maka harus dilakukan pula solat witir dimasjid yang sama dan harus pula jika dia ingin pulang melaukannya di rumah.
- Bagi para wanita yang tidak ke masjid, bolih lakukan solat witir dirumah.
- Jika seorang itu mahu melakukan banyak jenis solat pada waktu malam maka afdhal dibuat solat witir yang terakhir sekali kerana hadith :
اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ مِنَ اللَّيْلِ وِتْرًا
artinya : jadikanlah solat witir sebagai yang terkahir solat kamu ( Hadith Syeikhan )
- Solat witir bolih dilakukan dengan hanya 1 rakaat atau 3 atau 5 atau 7 atau 9 rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat.
- Sah dilakukan solat witir dengan 3 rakaat dan satu salam seperti solat maghrib tetapi afdhal dilakukan 3 rakaat dengan 2 kali salam.
- Jika hendak dilakukan solat witir sebanyak 5 rakaat, afdhal dengan 3 kali solat yaitu 2 rakaat dan salam kemudian 2 rakaat dan salam dan akhirnya satu rakaat dan salam. Begitu juga dikerjakan kalau lebih dari 5 rakat.
- Harus juga dilakukan solat witir sebanyak 11 rakaat dengan cara dikerjakan 10 rakaat 1 salam kemudian rakaat terakhir dengan satu salam.
- Sekurang2 afdhal ialah dikerjakan solat witir dengan 3 rakaat.
- Jika sudah dikerjakan solat witir pada awal malam, tidak bolih lagi dikerjakan witir pada akhir malam pada malam yang sama kerana hadith :
لا وتران في ليلة
Artinya : Tidak ada dua kali witir dalam satu malam.
Tetapi dia bolih kerjakan solat2 yang lain seperti solat tahajjud dan seumpamanya.
- Siapa yang tertidur atau terlupa solat witir pada malamnya, bolih diqadhanya selepas solat subuh atau pada waktu siangnya.
- Afdhal dibaca doa qunut dalam solat witir selepas separuh dari bulan Ramadhan dan harus jika dibacakan setiap kali solat witir kerana ada riwayat yang membenarkannya.
- Sunat diangkat tangan ketika membaca doa qunut dalam solat witir sebagaimana dalam solat subuh.
- Tempat membaca doa qunut dalam solat witir ialah selepas rukuk dan sebelum sujud rakaat yang terkahir.
- Antara doa qunut yang dibacakan dalam solat witir ialah :
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ، وَنَسْتَهْدِيكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنَتُوبُ إِلَيْكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَتَوَكَّل عَلَيْكَ، وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ كُلَّهُ، نَشْكُرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ، اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ الْجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ، اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لاَ يَذِل مَنْ وَالَيْتَ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِعَفْوِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَبِكَ مِنْكَ، لاَ نُحْصَى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
artinya “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami solat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang, kami sangat mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu bersangatan ke atas mereka yang kufur.
Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk. Selamatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau telah pelihara. Uruslah kami di antara orang-orang yang telah Engkau uruskan. Berkatilah kami dalam segala sesuatu yang telah Engkau berikan.
Jauhkanlah kami dari segala bahaya yang Engkau telah tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan. Sesungguhnya tidak akan jadi hina orang yang telah Engkau lindungi. Engkau wahai Rabb kami adalah Maha Mulia dan Maha Tinggi.”
wallahua’lam
Haid dan Ibadah Puasa
- Telah sepakat ulama bahawa puasa wajib atau pun sunat haram dikerjakan olih wanita yang sedang haidh. Jika dia tetap berpuasa maka puasanya tidak sah.
- Ulama juga sepakat atas wajibnya wanita haid menqadha puasa Ramadhan yang ditinggalkannya karena haidnya.
- Wanita yang suci disiang hari Ramadhan juga dilarang mengerjakan puasa. Maka harus ia makan minum dengan syarat menjauhi dari orang2 yang sedang berpuasa.
- Wanita yang suci pada waktu siang yakni selepas masuk waktu subuh hari Ramadhan wajib mengqadha puasanya yang ditinggalkan pada hari itu. Dan jika ia berpuasa juga, puasanya tidak sah kerana telah berada dalam haidh sekejap selepas waktu subuh.
- Jika darah haidh kering sebelum masuk waktu subuh, sah puasa wanita tersebut dengan syarat ia berniat pada malamnya sekalipun ia melambatkan mandi sampai siang hari Ramadhan.
- Sunat ia segerakan mandi sebelum masuk waktu subuh kerana keluar dari khilaf pendapat yang mewajibkannya.
- Jika datang haidh sekejap sebelum masuk waktu maghrib maka batal puasanya.
-Jika datang haidh selepas sekejap waktu maghrib maka sah puasanya.
- Jika datang haidh bersamaan dengan waktu maghrib maka puasa yang ia telah kerjakan tidak batal.
- Bagi wanita yang batal puasanya sebab datang haidh di siang hari Ramadhan, pahala puasanya itu tidak batal kerana dia telah berniat mengerjakan ibadah.
- Wanita yang memakan ubat supaya tertahan haidhnya kerana mahu berpuasa penuh maka hukumnya adalah makruh jika menggunakan ubat2 yang tidak membahayakan kesihatannya.
Jika menggunakan ubat2 yang membahayakan kasihatannya maka hukumnya adalah haram.
- Wanita yang sedang haidh yang meninggalkan ibadah solat dan puasa kerana larangan Allah akan mendapat pahala kerana taat perintah agama.
- Wanita2 yang sedang haidh tidak dilarang berzikir, bersitighfar dan berselawat dan berdoa dan elok dibanyakkan ketika bulan Ramadhan.
Wallahua’lam
Hukum Zikir & Selawat Antara Rakaat Solat Terawih.
- Tidak wajib berselawat antara rakaat2 terawih dalam bulan Ramadhan.
- Siapa yang berselawat maka tidak pula menjadi kesalahan dan dapat baginya ganjaran yang amat besar.
- Siapa yang tidak berselawat dengan hanya mengerjakan solat terawih sahaja maka tidak menjadi apa2 kesalalahan dan dia sudah mendapat ganjaran qiam Ramadhan.
- Harus pula jika berzikir atau berdoa atau bertasbih atau membaca Quran antara rakaat2 terawih tersebut.
-Hukum bertazkirah antara rakaat2 terawih adalah harus dan termasuk amalan yang memberi menafaat.
- Orang2 yang mengatakan mesti berselawat antara rakaat2 terawih adalah salah dan begitu juga orang2 yang melarang berselawat atau berzikir pada masa itu juga adalah salah.
- Jika larangan itu kerana kejahilan maka perbuatan melarang tersebut adalah haram dan dosa. Begitu juga jika menetapkan kewajipan berselawat hanya kerana kejahilan maka ia adalah satu dosa kerana memandai2 mengeluarkan hukum tanpa ilmu.
- Melarang atau mengharamkan selawat pada rakaat2 terawih dengan alasan Nabi tidak menyuruh adalah tanda kebodohan yang amat sangat.
- Jika larangan itu kerana tidak suka kepada Rasulullah saw maka ditakuti jatuh ia kepada kufur.
- Bagi yang berselawat pula atau berzikir atau umpamanya maka sebutlah dengan lafaz yang betul. Setengah2 orang awam yang berselawat dengan lazfaz yang salah dan perbuatan ini adalah dilarang.
Antara lafaz selawat yang betul ialah :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ
wallahua'lam
Niat Puasa
Wajib niat berpuasa setiap malam dan tidak sah puasa jika tidak berniat.
Masa niat ialah setelah masuk waktu maghrib dan habis masanya dengan masuk waktu subuh.
Harus niat sebulan pada malam pertama puasa contohnya :
Aku berniat puasa esok hari sekelian bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Walaupun telah berniat sebulan, wajib juga berniat setiap malam contohnya :
Aku berniat puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Pada malam yg seorang itu lupa berniat maka sah puasanya jika dia telah berniat sebulan pada awalnya.
Bangun sahur tidak dikira niat selagi tidak menghadirkan niat didalam hati.
Tidak wajib melafazkan niat pada lidah tetapi sunat sahaja atau harus hukumnya.
Sah niat serentak dengan waktu berbuka puasa, ketika sedang berbuka puasa, ketika berzikir, ketika berjalan, ketika sedang berjual beli atau seumpamanya asalkan pada waktu malam.
Wallahua'lam
WASIAT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR & ZIKIR
"Jika engkau telah berusia empat puluh tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh siang mahupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah 'Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi.
Maka, beramallah sesuai kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari dzikir. Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. zikir adalah ibadah yang paling mudah.
Rasulullah saw bersabda :
وليكن لسانك رطبا بذكر اللّه
"Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt."
Bacalah secara berkesinambungan doa' dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikanNya. Ia akan mengurniamu dari ingatanNya menjadi ingatmu kepada-Nya…
"Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, seyogianya sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Engkau telah menyia-nyiakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu.
Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt.!!!!!
"Seseorang yang telah mendekati ajalnya ( berusia lanjut ) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca zikir yang ringkas tetapi berpahala besar. zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang, seperti zikir yang berbunyi :
سبحان اللّه العظيم وبحمده عدد خلقه ورضانفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, ( kalimat ini kuucapkan ) sebanyak jumlah ciptaan-Nya, sesuai dengan yang ia sukai, seberat timbangan Arsy-Nya dan setara dengan jumlah kata-kata-Nya.
Jika sebelumnya kau sedikit melakukan solat dan puasa sunat, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak bershalawat kepada Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt berselawat kepadamu sekali saja, maka satu selawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu.
Sebab, engkau berselawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt berselawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya. Ini jika Allah swt berselawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap shalawatmu dengan sepuluh selawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih, "Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berzikir kepada-Nya dan berselawat kepada Rasulullah saw."
Semoga bermanfaat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment