Tazkirah pendek Tapi sangat menyentuh di dalam hati dan membuat kita berfikir sejenak...(Saya doa kan pada saudara2 Muslimin Dan Muslimat bila dah berfikir sejenak tu, bertaubat lah Dan kembali ke jalan Allah.. InsyaAllah Aminn)
Teringat di Kota Madinah..ada sekali tu saya pergi ke kedai kurma warga Malaysia, orang kita. Dah masuk kedai mesti lah beli kan, tiba2 tuan kedai kurma beri tazkirah targhib pada saya ( lepas bayar kurma) ...
Tuan tu berkata ....
"Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan..tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana..Bila kita kumpul dunia banyak2, hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia.. sebab cinta dunia dah kuat. Tmbh2 plak Bila nampak yg kita dah kumpul tu menimbum..tu yg takut nk mati...
Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak2, tak sabar plak nk balik akhirat sbb harta dah hantar banyak kat sana.. tu yg mati trsenyum gembira.
Macam saya ni kerja di saudi tapi wang di hantar ke Malaysia..rasa tak sabar nak pulang ke Malaysia kerana wang telah di hantar ke sana dan telah di bina rumah dibeli Tanah Dan harta di sana..Begitulah Akhirat..kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana..Mahligai pun telah tersedia..rasa tak sabar nak balik Akhirat...
tak sabar nak balik Akhirat...
tak sabar nak balik Akhirat...
tak sabar nak balik Akhirat...
Kuat sgt aku fikir Dunia Dan lalai sgt dgn dunia sampai lalai dgn tujuan sebenar knpa Allah hantar aku di dunia dan mngkin aku lupa perjanjian antara aku dgn Allah semasa di luhf mahfuz (sebelum kita semua di hantar di dunia,,jgn lupa yg kita ada perjanjian dgn Allah dahulu)
Alhamdulillah... Allah hantar Dan ketemukan seorang hamba Allah tuan kedai kurma untuk aku Dan semua saudara2 sedar Dan muhasabah diri. Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...
Bermula lah dari sekarang.. mengumpul sebanyak mana amalan dan beramal Ibadat..
Jika ajal dah menjemput,, pasti akan menjemput.
Allah bagi arahan pada malaikat utk cabut nyawa kita,, masa tu jgk malaikat akn cabut.
Tak kan nak minta malaikat tangguh 2-3 jam dulu utk kita berlari prgi kumpul amalan dan beramal Ibadat ??
Maaf itu hanya mimpi.... Dan masa tu tak guna lagi utk menyesal... Jadi tunggu saja penantian azab kubur, masyar Dan akhirat yg berat. Tak takut ke ???
Buka lah mata wahai semua saudara2 ku.
Bermula lah dari sekarang.. mengumpul sebanyak mana amalan dan beramal Ibadat.
Jom share supaya lebih ramai yg menyiapkan bekal Akhirat Dan rasa tak sabar nak balik Akhirat insyaallah..
Secermat apa pun kita menjaganya, tetap akan sampai juga ketikanya di mana hati kita pasti akan terluka.
Sehebat mana pun usaha kita cuba menyembuhkannya, tetap juga kita harus bersedia kalau-kalau ia akan terluka lagi.. lagi dan lagi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Berat lidah mahu meluah rasa, berat lagi jiwa yang sengsara menanggung pedihnya.
Demikian hidup ini, kawan!
Tuhan sentiasa punya caranya yang tersendiri untuk menguji kesabaran kita.
Saluran ujiannya pelbagai. Dari orang yang langsung kita tak kenal. Dari orang yang paling kita kenal. Kesemua mereka boleh menjadi madu dan racun kita pada bila-bila masa!
Sungguh hidup ini melelahkan. Pada saat kita berusaha untuk menjadi orang baik, Allah temukan seribu satu cara untuk kita menjadi jahat.
Pada saat kita berusaha untuk mengawal lisan sendiri, Allah temukan kita dengan seribu satu kata yang menyakiti hati.
Jangan mengalah!
Bertahanlah wahai jiwa yang sedang letih bertarung dan lelah mengharung! Berpaut terus pada azam dan tekadmu untuk meraih syurga itu!
Biar sebesar mana pun ruang yang kau punya untuk membalas dendam, pilihlah untuk diam.
Biar seburuk apa pun bicara persangkaan mereka, pilihlah untuk memaafkan sahaja.
Tidak mengapa kalau kau kelihatan gagal di mata manusia. Tidak mengapa kalau kau tampak hina di pandangan mereka. Tidak mengapa.
Kerana nanti pada akhirnya, semua hasil itu tiada harga. Berjaya atau gagal, semua itu tiada ertinya di sisi Tuhan.
Yang Dia pandang adalah nilai sebuah mujahadah dan kesungguhan dalam mengendalikan hati dan perasaan.
Hati - di situlah letaknya iman.
Jangan kita bangga dengan kelebihan yang kita ada. Mungkin kita sampai sesuatu martabat itu adalah hasil dari doa orang sekeliling kita.
[Baba Abdul Rahman]
Selagi pintu taubat belum tertutup,.
Selagi roh belum keluar dari jasad,.
Teruskanlah bertaubat kerana allah sentiasa menerima taubat hambanya selagi hambanya mengharapkan kepadanya,.
Kerana setiap hari kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa.😔
*Perbanyakkan Istighfar*
Sesungguhnya para ahli kubur itu jika diberi kesempatan untuk bangkit kini, nescaya mereka tidak akan mensia-siakan walaupun sedetik waktu di bulan ramadhan.. Kita yg masih diberi nikmat hidup dan kesihatan ini, manfaatkanlah ia... Ya Allah, berkati kami di bulan Ramadhan...
Ya Allah...*
*Di pagi yang mulia ini...*
*Kau ampuni dosa-dosa kami, Dosa pasangan kami,*
*Dosa kedua ibu bapa kami, Dosa anak-anak kami,*
*Dosa saudara-saudara kami, Dosa jiran tetangga kami, Dosa sahabat-sahabat kami,*
*Dosa guru-guru kami,*
*Ya Allah...*
*jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..*
*Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..*
*Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. InshaAllah...*
Aamin ya Allah
Lahaulawalaquataillahbillah aliilyilazim 🌺🍃
>> Dari Ibnu Umar Radiallahu anhu Sabda Rasulullah Shallallahu álaihi Wasallam,
🥀
_maksudnya:_
*"Tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak beramanah, tidak dianggap bersembahyang bagi sesiapa yang tidak berwhudu', tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak mengerjakan sembahyang. sesungguhnya sembahyang dalam agama seumpama kepala pada tubuh badan."*
_(Diriwayatkan oleh Imam at-Thabarani)_
salam tahjud slmt brsahur buat insan2 yg trplh....
Kita tidak boleh menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku terhadap diri sendiri.Mungkin kita tertipu,lalu menyalahkan orang lain yang menipu kita.Tetapi,individu yang bertanggungjawab akan mengkoreksi dirinya,kenapa boleh tertipu?Ini yang dikatakan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Kalau gagal,kita tidak perlu mencari sebab untuk menyalahkan orang lain atau keadaan dan lain-lain faktor luaran,sebaliknya kita melihat di mana ruang untuk memperbaiki diri sendiri.Jangan bersikap menyalahkan orang lain,bak kata pepatah Melayu :
'Tak tahu menari,dikatakan lantai tinggi rendah.'
Berat mana pun beban yang ditanggung,
besar mana pun masalah yang dihadapi,
sedih mana pun sekeping hati,
jauh mana pun kau tenggelam dalam emosi sendiri,
pilihlah untuk AKHIRNYA tersenyum dan CUBA untuk happy.
PAKSA diri untuk happy.
Kerana pada sebuah senyuman,
ada harapan-harapan yang berdatangan...
Tidak DIA menguji untuk mengejami,
melainkan menzahir KASIH yang unik dan tersendiri.
Bukankah DIA Maha berhak sesuka hati?
Yakini DIA selalu...
Semoga kita semua dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT, dilanjutkan usia dlm ketaatan, diberikan kesihatan yg dimanfaatkan, diluaskan rezeki yg halal lagi berkat dan dikurniakan kebahagiaan di dunia juga di akhirat...Selamat menunaikan ibadah puasa
TENANG DALAM DAKAPAN RAHMAT-NYA
Ingatlah, syaitan tidak suka akan jiwa cinta dan kasih sayang. Ia akan meleraikan tali itu dan menghubungmu dengan tali kebencian.
Maka apabila hati telah disihir olehnya, kesilapan yang kecil dilihat besar, kebaikan tertutup bahkan keaiban yang terbuka, ditiup bara kemarahan sehingga menjadi api yang marak menyala. Akhirnya ia menjadi dendam kesumat yang berpanjangan.
Jangan engkau larut dalam permusuhan. Jika engkau bersalah, pohonlah keampunan kepada mereka dan tiada perkara yang mulia melainkan merendah diri mengakui kesilapan. Jika engkau benar, hadapilah fitnah itu dengan sabar dan redha.
Jangan engkau menyalakan api kemarahan dengan kemarahan, kebencian dengan kebencian, cercaan dengan cercaan. Tenggelamkan dirimu dalam dakapan ar-Rahman Tuhanmu.
Hadapilah api dengan air, kemarahan dengan kesabaran, kebencian dengan kasih sayang, kekerasan dengan lemah lembut.
Engkau akan selamat jika engkau bersama dengan Allah, engkau akan menang jika engkau bergantung padaNya dan berakhlak batin yang mulia.
Segala fitnah, cercaan dan kebencian akan padam. Yakinlah bahawa Allah akan membantumu.
Kamu tidak binasa dan hancur walaupun seluruh manusia berhimpun menfitnah kamu.
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ
“.. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun…” (Ali-‘Imran: 120)
Bersihkan dirimu, banyak berzikir dan berdoa dengan doa yang bersungguh-sungguh.
Jangan berharap kepada sesiapa, munajatkan sungguh-sungguh hajatmu dengan suara yang mendayu-dayu agar dikembali akan kasih sayang dan terangkatnya segala khianat dan fitnah.
Tawakal kepadaNya dengan sepenuh hati. Buangkan fikiran yang merencana untuk membalas dengan jalan yang buruk.
Usah dilayan gerak hati yang liar. Insya Allah akan datang bantuan dariNya dari jalan yang tiada kamu sangka-sangka. Engkau akan melihat bagaimana kehancuran itu berlaku.
Sesungguhnya jika jalan penyelesaian ini yang engkau pilih, engkau mendapat dua keuntungan, iaitu pertama memperolehi pahala dan kemenangan di akhirat kerana kesabaranmu.
Kedua, kemenangan di dunia dimana kebencian akan tersungkur di pintu kasih sayang.
Namun jika ditakdirkan semua mereka terus memusuhimu, redhalah… Setiap yang berlaku dalam takdirNya dan setiap takdirNya memiliki ribuan hikmah.
Biarkan dirimu berseorangan, ubatilah dirimu dengan mendampingi diriNya, berkhidmatlah kepada agamaNya dengan ikhlas.
Maafkan segala kesalahan mereka, nescaya kekosongan akan terisi, kekecewaan akan terubat. Allah akan mengganti kepadamu dengan teman atau pembantu yang lebih baik.
Percayalah, jangan diragui lagi, bahawa Dialah sebaik-baik tempat kamu mengadu dan memohon perlindungan.
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا
“… dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong.” (An-Nisaa’: 45)
Sumber : walidalmalik. com
BANGKITLAH DUHAI ROHANI!
Seorang yang tidur tidak akan menyedari siapa pun yang ada disisinya. Begitu jua apabila rohani “tidur”, dia tidak akan menyedari الله ada disisinya; melihat, mendengar dan menjaganya.
Justeru itu kesedaran rohani perlu dibangkitkan dengan memperbanyakkan Taubat, Selawat dan Zikir Ismu Dzat (menyebut kalimah “Allah”) yang tiada putus-putus dalam qalbi serta memelihara diri dari hal yang menggelapkan mata hati hingga rohani dapat kembali merasai dan memandang الله (Ihsan @ Makrifat).
Firman Allah SWT:
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (al-‘Araf: 205)
Fitrah rohani dicipta untuk mengingati الله, ia akan merasa sedih dan kesal apabila lupa padanya. Apabila rohani banyak lalai dan tiada merasa sedih dengan kelalaian tersebut, ia menunjukkan rohaninya tidak berada dalam fitrah ia diciptakan, sama ada ia berada dalam ketiduran atau kematian…
Takutlah akan ketiduran hati apa lagi kematiannya, ia akan membawa dirimu buta untuk memandang اللهً dan Akhirat (Hari Kebenaran).
Maka kekallah dirimu dengan fokus akan belenggu masalah-masalah dunia yang kecil hingga kamu abaikan permasalahan besar yang sedang menunggu di alam Barzakh dan hari Akhirat nanti.
وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran.” (al-‘Asr: 1-3)
Sumber:.. walidalmalik. com
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
ORANG YANG TAK TERSENTUH API NERAKA
Rasulullah saw bersabda :
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ
"Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?" Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulallah!" Beliau menjawab:
"(yang Haram tersentuh api neraka adalah) orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl."
(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).
1. Hayyin
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin.
Tidak mudah memaki, melaknat serta teduh jiwanya..
2. Layyin
Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak semahunya bersendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia
3. Qarib
Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.
4. Sahl
Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada penyelesaian bagi setiap permasalahan.
Sabda Rasulullah SAW "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"
ADAB BERSAHUR DAN BERBUKA
Makan Sahur
Orang yg berpuasa sangat dianjurkan utk makan sahur. Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Amru bin Al-‘Ash
bahwa Rasululla bersabda:
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحُوْرِ
“Perbezaan antara puasa kami dgn puasa ahli kitab(Yahudi dan nasrani) adalah makan sahur.”
Dari SalmanRasulullah bersabda:
الْبَرَكَةُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: الْجَمَاعَةِ وَالثَّرِيْدِ وَالسَّحُوْرِ
“Berkah ada pada 3 hal: berjamaah tsarid(roti yg ducampur kedalam bubur) dan makan sahur.”
Disukai utk mengakhirkan makan sahur berdasarkan hadits Anas dari Zaid bin Tsabit
Beliau berkata:
Kami makan sahur bersama Rasulullah saw
kemudian beliau bangkit menuju solat. Aku bertanya: “Berapa jarak antara adzan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kadar 50 ayat.”
Namun apa yan diistilahkan oleh ulama muslimin dengan istilah imsak yaitu menahan beberapa minit sebelum adzan Shubuh adalah perbuatan sunnah yang bersandar kepada hadis diatas bhwa Rasulullah berhenti sahur pada kadar pembacaan 50 ayat Quran.
Ini adalah sebagai suatu kewaspadaan supaya tidak termakan atau terminum didalam waktu fajar.
Hukum makan sahur adalah sunnah muakkadah. Berkata Ibnul Mundzir: “Umat ini telah bersepakat bahwa makan sahur hukum sunnah dan tdk ada dosa bagi yang tdk melakukan berdasarkan hadits Anas bin Malik
bahwa Rasulullah saw bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً
“Makan sahurlah kerana sesungguh pada makan sahur itu ada barakahnya.”
Dianjurkan makan sahur dgn buah kurma jika ada dan boleh dgn yang lain berdasarkan hadits Abu Hurairah
bahwa Rasulullah saw bersabda:
نِعْمَ السَّحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
“Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah buah kurma.”
Adab Berbuka Puasa
Orang yg berpuasa dianjurkan utk mempercepat berbuka jika memang telah masuk waktu berbuka. Tidak boleh menunda meski ia merasa masih kuat utk berpuasa. ‘Amr bin Maimun Al-Audi meriwayatkan:
كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطًارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُوْرًا
“Para sahabat Muhammad saw adalah orang yg paling cepat berbuka dan paling lambat sahurnya.”
Mempercepat buka puasa adalah mengikuti Sunnah Rasulullah saw
. Sahl bin Sa’ad meriwayatkan Rasulullah saw bersabda:
لاَ تَزَالُ أُمَّتِيْ عَلَى سُنَّتِيْ مَا لَمْ تَنْتَظِرْ بِفِطْرِهَا النُّجُوْمَ
“Senantiasa umatku berada di atas Sunnahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika hendak berbuka.”
Mempercepat berbuka puasa akan mendatangkan kebaikan bagi pelakunya. Seperti yg diriwayatkan Sahl bin Sa’ad bahwa Rasulullah saw bersabda:
لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِّطْرَ
“Senantiasa manusia berada dlm kebaikan selama mereka mempercepat buka puasa.”
Mempercepat berbuka puasa adl perbuatan menyelisihi Yahudi dan Nashara. Abu Hurairah berkata Rasulullah saw bersabda:
لاَ يَزَالُ هَذَا الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ
“Senantiasa agama ini nampak jelas terzahir selama manusia mempercepat buka puasa kerana Yahudi dan Nashara mengakhirkannya.”
Selain itu mempercepat buka puasa termasuk akhlak kenabian. Sebagaimana dikatakan ‘Aisyah ra:
ثَلاَثٌ مِنْ أَخْلاَقِ النُّبُوَّةِ: تَعْجِيْلُ اْلإِفْطَارِ وَالتَّأْخِيْرُ السُّحُوْرِ وَوَضْعُ الْيَمِيْنِ عَلَى الشِّمَالِ فِي الصَّلاَةِ
“Tiga hal dari akhlak kenabian: mempercepat berbuka mengakhirkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dlm solat.”
Orang harus berbuka puasa lbh dahulu sebelum shalat Maghrib berdasarkan hadits Anas ra bahwa Rasulullah saw berbuka puasa sebelum solat dan makanan yg paling dianjurkan utk berbuka puasa adl kurma. Anas bin Malik ra berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٍ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٍ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
“Adalah Nabi saw berbuka dgn kurma rutob sebelum shalat bila tdk ada kurma rutob dgn tamar kering bila tdk ada maka dgn beberapa teguk air.”
Doa berbuka puasa adalah seperti berikut:
اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Ertinya :
Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Jangan juga lupa berdoa sebelum berbuka puasa dgn doa:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى
“Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala insya Allah .”
Terdapat juga riwayat yang mengajarkan doa berbuka seperti berikut:
ﻳَﺎ ﻭَاﺳِﻊَ اﻟﻔَﻀٌﻞِ اِﻏٌﻔِﺮٌ ﻟِﻲ
Ertinya : Wahai Zat Yang Luas Kurniaan, ampunilah daku.
Orang yg menjalankan ibadah puasa diharuskan menjauhkan perkataan dusta sebagaimana yg terdapat dlm hadits Abu Hurairah bhwa bersabda Rasulullah saw:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Siapa yg tdk meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkan maka tdk ada keinginan Allah pada puasanya”
PANDUAN IMAM GHAZALI UNTUK MENDAPAT PUASA KHUSUS YANG HEBAT
Imam Al-Ghazzali (505H) menyebutkan bahawa puasa itu ada 3 tingkat iaitu (a) Puasa Umum, (b) Puasa Khusus dan (c) Puasa Khusus dari yang Khusus.
(a) Puasa Umum (Shawm al-‘Umum): Mencegah perut dan kemaluan daripada memenuhi syahwat keinginannya. Inilah puasa orang awam.
(b) Puasa Khusus (Shawm al-Khushush): Mencegah pendengaran, penglihatan, lidah, kaki, tangan dan seluruh anggota tubuh lain daripada dosa. Inilah puasa orang-orang soleh.
(c) Puasa Khusus dari yang Khusus (Shawm Khushush al-Khushush):: Puasa hati daripada segala cita-cita yang hina dan segala fikiran duniawi, menahan hati dari pelbagai penyakit hati seperti takabbur, riya, ujub dll serta mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah secara keseluruhan. Inilah puasa para Nabi, shiddiqin dan muqarrabin.
Untuk mencapai tingkat Puasa Khusus, berusahalah untuk menyempurnakan 6 perkara:
#1 Jaga PandanganTundukkan pandanganTidak melihat sesuatu yang haram/ makruhTidak melihat sesuatu yang melalaikan hati daripada ingat kepada AllahMafhum hadith: Melihat yang haram seperti anak panah beracun. (Riwayat Al-Hakim, sahih isnadnya)Melihat dengan nafsu membatalkan pahala puasa. (Hadith dari Anas)
#2 Jaga LidahTidak bercakap perkara lagha (sia-sia)Tidak bercakap bohongTidak mengumpatTidak mengadu dombaTidak berkata kotorTidak berkata sesuatu yang membuatkan hubungan menjadi renggangTidak berkata sesuatu yang membawa kepada permusuhanTidak berkata sesuatu yang mengandungi riya’ (menunjuk-nunjuk). o Selalu berdiam diri (tidak banyak bercakap kecuali apabila perlu)Basahkan lidah dengan zikrullah dan membaca Al-QuranMafhum kata-kata Mujahid (104H) dan Sufyan ath-Thauri (161H): Mengumpat merosakkan pahala puasa.Mafhum hadith: Puasa benteng (dari nafsu jahat dan syaitan). Oleh itu, ketika berpuasa, janganlah berkata yang haram dan jahil. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kisah dari hadith: Zaman Nabi, 2 perempuan berpuasa. Terasa terlalu lapar dan dahaga. Keduanya menghantar seseorang kepada Rasulullah , memohon keizinan berbuka. Rasulullah izinkan dan kirimkan sebuah bekas, minta keduanya muntah ke dalam bekas ini.
Perempuan pertama muntah, keluar darah dan daging mentah, penuhi separuh bekas. Perempuan kedua muntah, keluar seperti itu juga, bekas jadi penuh. Orang ramai hairan.
Rasulullah memberitahu bahawa kedua-duanya telah berpuasa daripada apa yang dihalalkan untuk kedua-duanya (makan minum halal, tetapi tidak boleh makan dan minum kerana berpuasa), tetapi berbuka dengan apa yang diharamkan oleh Allah kepada kedua-duanya. Kedua-duanya mengumpat. (Riwayat Ahmad)
#3 Jaga PendengaranTidak mendengar sesuatu yang haram dan makruhSesuatu yang haram diucapkan, haram juga mendengarnyaMafhum Al-Qur’an: Dosa orang yang mendengar (yang haram) sama dengan memakan sesuatu haram. (Surah Al-Ma’idah: 42)Mafhum hadith: Orang yang mengumpat dan yang mendengar umpatan sama-sama berdosa. (Riwayat Ath-Thobari)
#4 Jaga Seluruh Anggota Badan Dari Segala DosaTangan dan kaki, jangan melakukan perkara yang makruhPerut tidak makan makanan syubhah (tidak jelas halal haramnya) ketika iftar (buka puasa)Perumpamaan: Berpuasa (tidak makan) dari yang makanan yang halal tetapi berbuka dengan makanan yang haram seperti seseorang yang membangun sebuah istana, tetapi meruntuhkan sebuah kota (sedangkan istana itu ada dalam kota).Mudharat makanan yang halal kerana terlalu banyak memakannya, bukan jenisnya. Tujuan puasa ialah untuk menyedikitkan makan.
Perumpamaan: Seseorang yang tidak makan ubat yang banyak kerana takut mudharat, tetapi kemudian makan racun adalah orang yang dungu.Mafhum hadith: Ramai yang berpuasa, tidak mendapat pahala, tetapi hanya merasa lapar dan dahaga. (Riwayat An-Nasa’i, Ibn Majah)Contoh berbuka dengan yang haram ialah mengumpat ketika sedang berpuasa kerana dosa mengumpat seperti makan daging saudaranya yang telah meninggal dunia.
Sumber : Ihya
BERPUASALAH SEPERTI ULAT, JANGAN SEPERTI PUASA ULAR
Kewajiban puasa sesungguhnya tidak hanya diwajibkan kepada manusia saja. Beberapa jenis makhluk hidup melakukan puasa sebelum mendapatkan kualiti dan biologi hidupnya. Contohnya puasa induk ayam yang mengeram sehingga berubah telur menjadi makhluk baru yang berbeza bentuk yang disebut anak ayam.
Di antara puasa haiwan yang dapat kita ambil pelajaran agar puasa kita mencapai darjat taqwa, ialah puasa ULAR dan puasa ULAT.
A. PUASA ULAR 🐍
Agar ular mampu menjaga kelangsungan hidup, salah satu yang mesti dilakukan adalah menggantikan kulitnya secara berkala.
Ular tidak dapat menanggalkan kulit lama serta merta. Ia mesti BERPUASA tanpa makan dalam tempoh waktu tertentu. Setelah PUASANYA TUNAI, kulit luar terlepas dan muncullah kulit baru.
Hikmahnya:
1. WAJAH ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
2. NAMA ular sebelum dan sesudah puasa tetap sama yakni ULAR.
3. MAKANAN ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
4. CARA BERGERAK sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
5. TABIAT dan SIFAT sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
B. PUASA ULAT 🐛
Ulat termasuk serangga paling rakus kerana hampir sepanjang waktu hidupnya dihabiskan untuk makan. Tapi bila sudah bosan makan, ia lakukan perubahan dengan cara berpuasa. Puasa yang benar-benar dipersiapkan untuk mengubah kehidupannya. Untuk itu ia mengasingkan diri, badannya dibungkus rapat dan tertutup dalam kepompong sehingga tak dapat lagi melampiaskan hawa nafsu makannya.
Setelah berminggu-minggu puasa, maka keluarlah dari kepompong seekor makhluk baru yang sangat indah bernama RAMA-RAMA.
Hikmahnya:
1. WAJAH ulat sesudah puasa berubah INDAH MEMPESONA
2. NAMA ulat sesudah puasa berubah menjadi RAMA-RAMA.
3. MAKANAN ulat sesudah puasa berubah MENGHISAP MADU
4. CARA BERGERAK ketika masih jadi ulat menjalar, setelah puasa berubah TERBANG di udara.
5. TABIAT dan SIFAT berubah secara total. Ketika masih jadi ulat menjadi perosak alam pemakan daun. Selepas menjadi kupu-kupu menghidupkan dan membantu kelangsungan kehidupan tumbuhan dengan cara membantu PENDEBUNGAAN.
__________________
Beza dari susut Kiasan makna
'ULAR' - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa di bulan Ramadhan, sikap dan amalannya SAMA shj buat keburukan dan kekejian dan tiada perubahan ke arah kebaikan maka tiada beza ia dengan sifat seperti Ular semua keadaan sama sahaja seperti seolah-olah tiada apa manfaat melainkan penat menahan lapar dan dahaga sahaja.
ULAT - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa Ramadhan ia menjurus ke arah semakin baik dan cantik amalannya maka ia seperti Ulat yang Sebelum dan Selepasnya berubah ke arah yang lebih baik dan semakin cantik keadaannya.
_______________
Ibrah pengajarannya
Semoga ibadah puasa kita mampu menghijrahkan diri kita agar semakin taqwa dan mampu "khairunnas anfa'uhum linnas" (sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberikan manfaat bagi manusia lainnya). Puasa kita tidak mengubah fizikal secara ketara seperti ulat, tetapi mampu mengubah secara ketara pada Rohani kita. Semoga puasa kita diterima Allah SWT... Aamiin Allahumma Aamiinnn
PUASA SYARIAT DAN PUASA HAKIKAT
Menurut Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, “Puasa syariat adalah menahan diri dari makan, minum, dan bersetubuh di siang hari. Sedangkan puasa tarekat adalah menahan seluruh anggota tubuh—secara lahir maupun batin, siang maupun malam—dari segala perbuatan yang diharamkan, yang dilarang dan sifat-sifat tercela, seperti ‘ujub, sombong, bakhil dan sebagainya.
Semua itu dapat membatalkan puasa syariat. Puasa syariat terbatas waktu, sedang puasa tarekat selama hidup.
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلَّا الْجُوْعُ وَالْعَطْشُ (رواه ابن ماجه)
Rasulullah SAW bersabda, “Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya selain hanya lapar dan dahaga.” (HR. Ibnu Majah).
Oleh kerana itu ada pula ungkapan, “Banyak yang berpuasa, tetapi berbuka. Banyak yang berbuka, tetapi berpuasa.” Ertinya, orang yang perutnya tidak berpuasa, tetapi ia menjaga anggota tubuhnya dari perbuatan terlarang dan menyakiti orang lain.
كَمَا قَالَ اللهُ تَعَالَى فِيْ الْحَدِيْثِ الْقُدْسِيِّ إِنَّ الصَّوْمَ لِيْ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ (رواه مسلم) وَقَالَ اللهُ تَعَالَى فِيْ الْحَدِيْثِ الْقُدْسِيِّ يَصِيْرُ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ الْإِفْطَارِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ رُؤْيَةِ جَمَالِيْ
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi, “Puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (HR. Muslim).
Allah juga berfirman dalam Hadis Qudsi, “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan. Pertama, iaitu ketika berbuka. Kedua, ketika melihat Allah.”
Menurut ahli syariat ialah yang dimaksud dengan berbuka adalah makan pada saat matahari tenggelam. Sedangkan, ru’yah yang mereka maksud adalah melihat hilal(anak bulan) untuk menentukan jatuhnya hari raya Idul Fitri.
Adapun pengertian menurut ahli tarekat, berbuka (al-ifthâr) ialah kebahagiaan saat masuk syurga, saat menikmati semua kenikmatan syurga. Semoga Allah SWT memberikannya kepada kita.
Kedua, yang dimaksud dengan ru’yah (menurut ahli tarekat) ialah melihat Allah SWT secara nyata pada Hari Kiamat dengan pandangan sirri. Semoga dengan kemuliaan dan keutaman Allah SWT, Dia menganugerahkan kepada kita semua untuk bisa melihat-Nya.
Adapun puasa hakikat ialah menjaga hati dari mencintai selain Allah SWT dan menjaga rasa (sirri) agar tidak mencintai musyâhadah pada selain Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi, “Manusia adalah rahsia-Ku dan Aku rahasianya.”
اَلْإِنْسَانُ سِرِّيْ وَأَنَا سِرُّهُ
Sirr itu berasal dari cahaya Allah, sehingga tidak mungkin condong kepada selain Allah SWT. Baginya, di dunia ini maupun di akhirat, tidak ada yang dicintai, diingini, dan dicari selain Allah.
Jika hati dan sirri terjatuh untuk mencintai selain Allah, maka batallah puasa hakikatnya dan ia harus melakukan qadha dengan kembali mencintai Allah SWT dan menemui-Nya. Pahala dari puasa hakikat ini adalah bertemu dengan Allah SWT. Sesuai firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi,“Puasa itu bagi-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.” (HR. At-Tirmidzi)
اَلصَّوْمُ لِيْ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ (رواه الترمذي)
--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Sirrul Asrar
WASIAT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR & ZIKIR
"Jika engkau telah berusia empat puluh tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh siang mahupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah 'Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi.
Maka, beramallah sesuai kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari dzikir. Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. zikir adalah ibadah yang paling mudah.
Rasulullah saw bersabda :
وليكن لسانك رطبا بذكر اللّه
"Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt."
Bacalah secara berkesinambungan doa' dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikanNya. Ia akan mengurniamu dari ingatanNya menjadi ingatmu kepada-Nya…
"Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, seyogianya sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Engkau telah menyia-nyiakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu.
Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt.!!!!!
"Seseorang yang telah mendekati ajalnya ( berusia lanjut ) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca zikir yang ringkas tetapi berpahala besar. zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang, seperti zikir yang berbunyi :
سبحان اللّه العظيم وبحمده عدد خلقه ورضانفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, ( kalimat ini kuucapkan ) sebanyak jumlah ciptaan-Nya, sesuai dengan yang ia sukai, seberat timbangan Arsy-Nya dan setara dengan jumlah kata-kata-Nya.
Jika sebelumnya kau sedikit melakukan solat dan puasa sunat, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak bershalawat kepada Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt berselawat kepadamu sekali saja, maka satu selawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu.
Sebab, engkau berselawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt berselawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya. Ini jika Allah swt berselawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap shalawatmu dengan sepuluh selawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih, "Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berzikir kepada-Nya dan berselawat kepada Rasulullah saw."
Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment