Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Allah menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Kalau hati kita kotor, dosa yang jauh pun kita cari. Tapi kalau hati kita bersih, dosa depan mata pun kita tidak pandang. Cuci hati kita dengan zikir. Zikir sampai hati kita benci buat dosa. Bila hati kita bersih, kita tidak minat dengan dosa."
๐ธTuan Guru Haji Rifa'ee Bin Yaakob
JADUAL RAMADHAN.๐น
Bila lapar,
-banyak² kn berzikir
Bila dahaga,
-lakukan solat sunat
Bila bosan,
-cepat² baca quran
-masa terisi dengan baik dan menghilangkan rasa bosan
Bila rasa lemah,
-bersegera ambil wuduk
-usahakan utk selalu dalam keadaan berwuduk.
Bila rasa tak tenang dan yang sewaktu dengannya,
-dengarkan alunan al-quran/selawat/nasyid.
jauhi diri dari melakukan perkara lagha, agar pahala puasa tak berkurang.
Bismillah..
๐MUNAJAT RAMADHAN๐
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.๐
๐Ya Fattahu Ya 'alim…๐
Ajarkanlah kami yg lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kpdMu Ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..... Ya Allah... ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…๐
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kpd keluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Kelak Engkau kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..๐
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…๐
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.๐ท
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kpd ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…๐
Ya Allah Ya Malikal Mulk…๐ฅ
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…๐ฅ
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu.. sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.๐
Ya Allah….๐ธ
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yang tenang….๐ท
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…๐
Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang......๐
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dapat beramal di mlm al-Qadr…. Ya Allah.. terimalah amalan kami..terimalah taubat kami.. ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…๐
Aamiin3 ya rabbal'aalamiin...๐๐๐
Soalan* : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?
*JAWAPANYA*:
1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.
2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:
+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
+ Berada di masjidil haram
3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.
Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).
4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.
5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.
Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.
6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.
7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.
8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.
*Siapa baca sampai habis untung :)*
*Apa itu Qailulah ?*
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.
*Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?*
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.
Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.
Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.
Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor
***
*Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?*
1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan.
Moga bermanfaat,
Wallahualam.
TANGIS IMAM MALIK SAAT BUKA PUASA*
Dalam sebuah riwayat Sayidinal-Imam Malik ibn Anas atau nama lengkapnya: Mฤlik ibn Anas bin Malik bin 'ฤmr bin `Abd Allah al-Humyari al-Asbahi al-Madani, lahir di Madinah pada tahun 714M/93H, dan meninggal pada tahun 800M/179H, beliau adalah pakar ilmu fiqh dan hadits (pengarang kitab al-Muwatha') serta pendiri Madzhab Maliki, dalam sebuah riwayat di bulan Ramdhan pada saat berbuka puasa beliau menangis hingga bercucuran air matanya membasahi janggutnya, lalu salah satu muridnya bertanya.
Murid: ''Wahai guruku yang mulia, kenapakah engkau menangis sedemikian sedih serta menyayat hati kami?? Apakah ada di antara kami yang membuat hatimu sedih, atau hidangan ini kurang berkenan??!"
Imam Malik: ''Tidak ... tidak wahai murid-muridku. Sungguh, kalian adalah murid-murid terbaikku dan sangat khidmah padaku, bahkan hidangan ini teramat nikmat buatku."
Murid: ''Lalu kenapakah wahai guru kami yang tercinta?"
Imam Malik: ''Sungguh, aku pernah berbuka dengan guruku (Sayidinal-Imam Ja'far ash-Shadiq, cucu Baginda Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam), dalam makanan yang nikmat seperti saat ini, dan beliau (Sayidina Ja'far ash-Shadiq) berkata sambil terisak, ''Wahai ibnu Anas (Imam Malik) tahukah engkau, Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam terkadang berbuka dengan 3 buah kurma dan air, tapi beliau merasa sangat nikmat penuh syukur, bahkan seringkali Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam hanya berbuka sebutir kurma di bagi dengan Sayyidatuna Aisyah, tapi sungguh beliau merasa sangatlah nikmat, beliau (Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam) sedikit sahur dan bukanya, tapi sangatlah banyak ibadah dan syukurnya, dan beliau selalu mendoakan kita umatnya yang selalu lalai kepada Baginda!!!"
"Sedang hari ini, kita di penuhi makanan nikmat dalam berbuka, tapi kita sangatlah jauh dari ibadah dan rasa syukur??" Lanjut Imam Malik, "Dan tahukah kalian setelah berkata itu, maka guruku manusia yang mulia (Sayidinal-Imam Ja'far ash-Shadiq) pingsan karena tiada mampu terkenang akan Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam." Masya Allah Tabarakallah ...
Setelah Imam Malik ibn Anas menceritakan hal itu sambil terisak tangis kepada murid-muridnya, maka tiba-tiba ruangan tersebut menjadi haru dengan isak pilu kerinduan kepada Baginda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. (Allah ... Allah ... Ya Rasulallah).
Mari tataplah santapan sahur dan berbuka kita, lalu telaahlah amal ibadah kita. Bersyukurkah kita atau kufurkah kita ??? Wallahu A'lam.
๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ
*SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA RAMADHAN 1438 H,*
*SEMOGA KITA SEMUA MENDAPATKAN KEBERKAHAN & KEAGUNGAN RAMADHAN.*
Ramai yang mendambakan keampunan dari Tuhan, namun sukar memberikan orang lain kemaafan...
Kita lupa wasiat Allah:
ََْูููุนُْููุง ََْูููุตَْูุญُูุง ุฃَูุงَ ุชُุญِุจَُّูู ุฃَْู َูุบِْูุฑَ ุงَُّููู َُููู
ْ؟
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; Tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?" [al-Noor: 22]
Belajarlah untuk memaafkan saudara seukhuwah kita, nescaya pintu pengampunan-Nya buat kita juga lebih luas terbuka...
~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, MESTI BACA SAYYIDUL ISTIGHFAR.
Mengamalkannya,
MASYAA ALLAH...........
Jangan terlalu banyak merungut.
Kerana,,, terlalu banyak merungut dan merengus hanya akan melupakan kita pada nikmat Allah SWT yang luas tidak pernah putus.
Bersyukurlah
3 KESAN TIDUR LEPAS SAHUR
------------------------------
.
"Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata" kata Tijah.
.
"Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur" soal Tijah lagi bersungguh.
.
Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.
.
3 KESAN tidur lepas sahur:
.
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula
Berbunyi seawal jam 10 pagi.
.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
.
7 KUNCI KEBAHAGIAAN
1. Jangan membenci siapa pun meski pun ada yang menyalahi hak kamu
2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan walau pun masalah memuncak
3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekali pun serba ada
4. Berbuatlah kebaikan sekali pun banyak musibah
5. Perbanyakkan memberi sekali pun kita susah
6. Tersenyumlah walau hati kita sedang menangis
7. Jangan putus doa kepada saudara mukmin
Sebentar lagi ramadhan datang, KAWIN
K = kurangi dosa
A = awali perbuatan dengan do'a
W = waktunya tambah pahala
I = ingat hidup hanya sementara
N = niati untuk masuk surga
Jangan terlalu banyak merungut.
Kerana,,, terlalu banyak merungut dan merengus hanya akan melupakan kita pada nikmat Allah SWT yang luas tidak pernah putus.
Bersyukurlah
Kadang kala dalam sesetengah perkara, perlunya kita ' berhati kering'. Jangan peduli kata orang, pekakkan telinga, kuatkan hati. "
Mahu berubah lebih baik kan.
Tabahlah!
Syurga untuk orang yang tabah :)
Tiap kali kita diuji, cuba cari hikmah yang Allah nak didik kita.
Ada orang diuji kereta rosak tengah malam dalam hutan, boleh jadi Allah nak didik dia kebergantungan secara total kepada Allah!
Ada orang diuji dengan kesempitan hidup, boleh jadi Allah nak didik dia rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada!
Ada orang diuji dengan penyakit kronik, boleh jadi Allah didik dia erti redha dengan ketentuan!
Ada orang diuji dengan kebencian orang pada dia, boleh jadi Allah nak didik dia sifat pemaaf!
Ada orang diuji dengan kemewahan harta benda, boleh jadi Allah nak didik dia nilai pemurah!
Apa pun ujian dalam hidup kita, sandarkan hanya kepada Allah. InsyaAllah kau akan tenang dan kuat untuk tempuh ujian yang melanda!
No comments:
Post a Comment