Monday, May 08, 2017

KPT 018

Semua perbuatan kita
seharusnya mengambarkan
Kita ini hamba Allah

Jadikanlah hati kita baik..iaitu sentiasa buat baik dan sebar kebaikan..


Kita jgn syok nak bagi nasihat..tapi hidup dgn keburukan..selaraskan hidupmu..


Ulama sufi kata
Allah bersama org yg remuk hati dgn makhluk..


Rupa2 yg kuat diujian
ialah org yg rapat dgn Allah


Redha nikmat ialah syukur
redha ujian ialah sabar


Bila dapat nikmat redha
maka kalau diuji pun kena redha juga
baru aci/adil


Kejarlah nikmat batin
iaitu
Ketenangan
Kasih sayang
keyakinan/iman


Carilah rezeki yg halal walaupun sedikit
manusia yg makan baik akan jadi baik


Ada mula ada akhir
ada akhir yang indah
Ada akhir yg sedih
apa2 pun
Terus jadi hamba yg taat


Jadilah kita manusia yg paling baik perkataannya
Iaitu menyeru kpd Allah


Kesabaran yg ada dalam hati itu adalah suatu yg diuji
Untuk menilai sejauhmana kuatnya sabar itu



Apabila Allah ingin menyempurnakan nurnya
maka nampaklah kebenarannya


- Jika hati bersulam kelembutan
*hiasilah ia dengan ketaqwaan*
-Jika hati berselimut kekerasan
*singkaplah ia dengan keinsafan*
-Jika hati bermahkotakan kasih sayang
*kuatkan ia dengan keikhlasan*
-Jika hati bertabur cinta
*hiaskan sinarnya dengan keimanan*
*Semoga kita dikurniakan keindahan hati sehingga indah pula dalam sikap,tutur kata dan perbuatan*
*Aamiin*


..Apa khabar hati...??
🍃🌸~Masihkah ia seperti padi yang semakin merunduk makin bertambah isinya
Tawadhu di hujung tangkainya?
✍🏻..Apa khabar iman...??
🍃🌸~Masihkah ia bercahaya laksana bintang yang menerangi malam?
Atau jangan-jangan mulai redup perlahan?
✍🏻..Apa khabar lisan...??
🍃🌸~Masihkah ia basah oleh zikrullah dan dakwah,
Ataukah telah terganti oleh kata-kata tak bermakna?
😊🍃🌸~Wahai sahabat Syurga ku dimanapun engkau berada.
😊🍃🌸~Semoga ALLAH senantiasa menjaga..
Hatimu, imanmu dan juga lisanmu..
Aamiin..Ya Rabbal'alamin.



Hidup kita sebenarnya tak lama.
Sebab itu Islam ajar kita hargai seolah kita akan kehilangannya.
Hargai keluarga seolah kita akan berpisah..
Hargai usia seolah ini hari terakhir..
Hargai ramadan yg bakal tiba seolah ini peluang terakhir..
Ingatlah tentang sementaranya kita, kita akan lakukan hanya benda penting bagi kita.
NH17


Dalam hidup ini, tak semua orang akan suka dan sayang kita. Akan ada orang yang benci dan geram dengan kita.
Sampai satu tahap, ada orang yang benci kita TANPA SEBAB.
So apa kena buat adalah, senyum dan teruskan kehidupan macam biasa.
Sebab itulah kehidupan. Kita bukan di Syurga untuk sentiasa dapat yang sempurna. :)
#motivasidakwah


Puncak KESABARAN itu diam,walaupun dalam hati terus bicara"
"Manakala puncak KEKUATAN itu tersenyum walaupun terus menitiskan titisan air mata."
Allah.. senyum dalam sakit tu benda yang aku tak boleh buat.. 😔....renungan bersama


Minda Ceria
Ya Allah bukakanlah pintu hati kami sehingga kami dapat melihat segala sesuatu yang tersurat itu perkara2 yang tersirat.
Kerana hanya dengan memahami sesuatu yang tersirat sahajalah hati2 kami akan menjadi redha dgn segala ketentuanMu.
Dan bersyukur dengan segala kurniaanMu dari dulu sehingga sekarang.
NH17


Jadilah seperti AIR,
~selalu mengalah tapi tak pernah kalah...
~merapuhkan besi, mematikan api...
~jika dlm keadaan terdesak dia akan menguap untuk kemudian kembali mengembun...
~jika berhadapan dengan karang ia akan memilih jalan memutar untuk kemudian meneruskan perjalananya kembali menuju lautan...
~selalu bisa menyesuaikan diri dalam keadaan apa sekali pun...
~selalu tenang kerana ia sedar tidak ada yg bisa menghalanginya & ~selalu berhasil di akhir perjuangannya....😌


Pertama kita diberi pelbagai nikmat
nikmat paling besar ialah Islam
dan dapat sujud pada Allah
kedua, itulah tanda Allah cinta pada kita.
Apabila cinta Allah penuhi hati
Hasilnya ialah tawaduk
Melihat diri kita tiada apa2
org lain lebih baik drp kita
sumber
ringkas dari khutbah
Sheikh said ramadhan al buthi.


No comments: