8 C PUNCA SUAMI TIDAK SUKA PADA ISTERI
1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata…
2. CABUL Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua…8C Buat Suami Benci Isteri 3. CELUPAR Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. COMOT Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini sama ada melibatkan wajah wanita itu, seperti penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang comel-comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
5. CEMBURU Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja di tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.
6. CEREWET Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class-class aje. Restoran nak ada air-cond aje.
7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
8. CUAI Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8 C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yang mudah lupa dan lalai… ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C tersebut.
Jangan putus asa jika Allah SWT menunda apa-apa yang kamu sukai.... Jangan bersedih hati.... Tapi bersabarlah dan tersenyumlah....
Kerana DIA berfirman dengan penuh kasih sayang....
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(al-Insyirah:6)
Bersedih lah atas sesuatu yang kita rasa patut kita sedih...tapi jangan berpanjangan.... hadapilah ia dengan tenang dan sabar... La tahzan.. Allah ada...smoga Allah pmudh kn
*BERAPA UMURMU? SUDAH 50 TAHUN!*
Firman Allah SWT: *"Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat bagi sesiapa yang mahu beringat."* *(Fathir 37)
Dapat difahamkan maksud ayat ini "...Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat..." dari sabda Nabi SAW: *"Allah tidak lagi memberi keuzuran kepada sesiapa yang dipanjangkan ajal sehingga umur 50 tahun."* *(Bukhari)*
Ibn Abbas menafsirkan ayat yang tersebut yang bertepatan dengan hadis ini: *"Umur yang Allah tidak lagi menerima alasan bagi anak Adam dalam firmanNya ini ialah 50 tahun."*
Al-Khattabi berkata: *"Maknanya orang yang Allah panjangkan umur sehingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran (alasan). Hal ini kerana umur 50 tahun merupakan umur yang dekat dengan kematian, umur kembali bertaubat, khusyuk dan bersiap2 bertemu Allah."* *(Tafsir al-Qurthubi)*
Bagaimana manusia berumur 50 tahun masih lalai? Nabi SAW mengkhabarkan: *"Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan2."* *(Bukhari)*
Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya: *"Bermakna sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Buat yang terbaik dalam usia berbaki, lalu akan diampunkan dosa umur yang lalu. Tetapi jika buat tidak elok pada umur yang berbaki, kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yang berbaki sekali gus!"*
Maka para ahli ilmu menasihati bagaimana menjalani umur yang sudah mencecah 50 tahun:
*🌿Jangan banyak bergurau dan terjebak dalam perkara yang tidak ada manfaat untuk akhirat*
*🌿Jangan melampau dalam berhias, bersolek dan berpakaian*
*🌿Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal*
*🌿Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat*
*🌿Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian*
*🌿Banyakkan berdoa mengharapkan keredhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su'ul khatimah*
*🌿Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada waktu pagi dan petang*
*🌿Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya*
*🌿Siapkan wasiat dan rancang pembahagian harta*
*🌿Kerapkan menghubung silaturahim dan menggantikan kerenggangan sebelum ini*
*🌿Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi*
*🌿Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yang boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati*
*🌿Maafkan kesalahan orang kepada diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*
*🌿Bereskan segala hutang yang sedia ada dn jangan buat hutang yang baru walaupun untuk menolong orang lain*
Semoga manfaat untuk semua walaupun anda belum lagi 50 tahun.
Renungan bersama
KERANA BERASA DIRI LEBIH BAIK
Sungguh. Saya pernah mengalaminya. Pada satu ketika, saya melihat seseorang melakukan satu dosa.. lalu saya tertanya-tanya
'Kenapalah dia boleh tergamak buat macam tu?'
Subhanallah. Barangkali persoalan itu diiringi dengan rasa diri lebih baik daripadanya.. maka Allah menghukum saya.. Saya turut melakukan kesilapan yang sama!
Allah ya Allah..
Sungguh.. dari perkara ini sahaja, paling tidak saya belajar tiga perkara:
1) Jangan pernah berasa lebih baik dari sesiapa. Sikap itulah yang menjadi punca syaitan menjadi makhluk derhaka lalu terkutuk selama-lamanya.
2) Manusia memang dicipta dengan fitrah cenderung melakukan dosa. Mempertikaikan seseorang melakukan dosa, samalah seperti kita mempertikaikan mengapa Nabi Adam boleh terkeluar dari syurga.
3) Yang pelik tentang manusia bukan saat dia tersilap. Tapi saat dia biadap. Saat dia tahu dia melakukan kesilapan, tapi enggan merayu keampunan. Saat itu, hatinya sekeras syaitan. Akur Nabi Adam membawanya ke syurga. Takbur syaitan berakhir dengan neraka.
InsyaAllah, sama-samalah kita berlindung dengan Allah dari kejahatan diri kita sendiri...
اللهم ألهمني رشدي، وأعذني من شر نفسي
“Allahumma alhimni rushdi, wa a’idhni min sharri nafsi"
Ya Allah, tunjukilah kami dan lindungilah kami dari kejahatan yang ada dalam diri kami sendiri.
(Hadis Riwayat Tirmidhi )
UJIAN DARI KELUARGA
Antara ujian yang berat bagi insan, adalah ujian dari keluarga dan kaum sendiri.
Nabi Adam diuji dengan anak yang bermusuhan sesama sendiri.
Nabi Nuh diuji dengan anak yang menolak ajakannya.
Nabi Ibrahim diuji dengan ayah yang menyembah berhala malah menghalaunya. Kemudian diuji terpisah dari anak dan isteri.
Nabi Yusuf diuji dengan adik-beradik yang berdendam memusuhi. Kemudian diuji terpisah dari ayah dan adiknya.
Nabi Lut diuji dengan isteri yang engkar tidak mempercayai suaminya.
Asiah diuji dengan suami yang sejahat-jahat (Fir'aun) di atas muka bumi.
Musa, Muhammad dan ramai Nabi lain diuji dengan dipermainkan dan ditentang oleh kaum mereka sendiri.
Adakah kita menyangka kita telah menerima seburuk-buruk ujian yang tiada orang lain merasakan ujian yang lebih buruk berbanding kita?
Dan ketahuilah, tiada bekalan terhebat menghadapi ujian-ujian ini selain SABAR.
JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN.
4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.
4.30 PAGI
1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6.Baca dan tadabburlah al- Quran.
7.Berzikir.
5.15 PAGI
1.Makan sahur
2.Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.
5.30 PAGI
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2.Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran.
10.00 PAGI
1.Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.
12.45 tengahari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3.Solat Zohor berjemaah.
4.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.
4.00 PETANG
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3.Solat Asar berjemaah.
4.Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.
5.30 PETANG
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2.Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 PETANG
1.Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.
8.00 MALAM
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.
11.00 MALAM
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.“Berniatlah untuk puasa esok hari .
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur.
5.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.
Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALlah sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu KEAMPUNAN DOSA dan BEBAS DARI NERAKA
م
JALAN PULANG
Kadang-kadang dalam sebuah kehidupan.
Kita harus melupakan apa yang telah hilang.
Kita harus menghargai apa yang masih bertahan.
Dan kita mesti mempersiapkan diri untuk apa yang akan datang.
Janganlah berfikir terlalu keras mengenai masa yang telah meninggalkan kita.
Hal itu hanya akan membawa kepada AIRMATA.
Janganlah pula terlalu resah gelisah memikirkan masa depan kita.
Hal itu hanya akan membawa kepada DUKACITA.
Sewajarnya hiduplah saat ini dengan REDHA.
Maka hal itu akan membawa kepada BAHAGIA.
Jadikan AL-QURAN sebagai JALAN.
Jadikan SUNNAH sebagai KENDERAAN.
Jadikan TAQWA sebagai BEKALAN.
Jadikan SABAR sebagai KEKUATAN.
Kita melangkah menuju AR - RAHMAN
Jalan pulang terbentang di HADAPAN
IN SHAA ALLAH.
Tazkirah Malam Ini...
Semua orang tahu bahawa Islam adalah Agama yang benar & Nabi s.a.w adalah Rasulullah, TAPI sayangnya mereka hanya sekadar tahu tetapi tidak memahaminya, lalu menyebabkan mereka tidak merasai keindahan Islam serta kenikmatan di dalam ibadah akibat dari menjauhkan dirinya.
Islam adalah agama ilmu yang berdasarkan fakta yang bersumber dari Quran & Hadis dan ia bukan berdasarkan mengikut perasaan hati atau kata2 orang yang berdasarkan pemikiran (logik akal).
Maka untuk memahami Islam, kita mestilah BERILMU kerana tanpa ilmu kita tidak mampu menyuluh perkara ghaib dan sukar untuk menghadirkan keyakinan di dalam diri bagi mencapai TAQWA. Kerana ini kebanyakkan alim ulamak, mereka di kalangan orang2 yang baik2 kerana mereka faham Agama dari ilmu yang mereka cari dan pelajari.
Untuk melahirkan rasa taqwa dan meningkatkan quality keimanan, maka kita tidak boleh MALAS kerana Islam itu perlu kita dekati dan amal. Jika hanya sekadar tahu Islam maka jadilah pemikiran kita seperti orang yang kafir kerana mereka juga tahu apa itu Islam tetapi mereka tidak memahaminya.
Justeru, gunakanlah kelebihan2 sedia ada dari media massa, media elektronik dan sebagainya dan medium yang terbesar adalah Internet.
~Datangilah kesungguhan untuk mencari, menggali dan mengambil ilmu yg BENAR.
Insyaa ALLAH.
Hidup kat dunia ni kejap je...sabarlah menunggu ganjaran dari Allah...
"Bagi orang yang membuat kebaikan didunia ini mendapat(balasan)
yang baik. Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik2 tempat bagi orang bertaqwa. "
~An Nahl:30
Ya Allah berilah kami kekuatan untuk istiqamah dengan amal2 kebaikan.
📝🌸
Lirik Lagu Menanti Di Barzakh - Far East
Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata
perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya
tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
7langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernama syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku
terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yangku tinggalkan
kehidupan di sini bukan satu khayalan(2x)
tetapi ia sebenar kejadian(2x)
kembali oh kembali kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu
ajal yang datang dimuka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi
jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pangangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan(2x)
dialam barzakh jasad dikebumikan(2x)
ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata
Alhamdulillah
ya Allah terima kasih atas segala nikmat yg Kau beri kpdku.
Ajarlah daku agar dapat bersyukur padaMu.
Tanda hati kita sihat, kita akan sentiasa lapar dengan AMAL.
Amalan malam hari yang damai untuk kita lakukan adalah baca quran (bacalah walaupun semuka) dan mengakhirkan solat Isyak dengan 2 rakaat solat sunat ba'diah serta 3 rakaat solat sunat witir (secara 2 salam, maksudnya buat 2 rakaat dahulu kemudian buat lagi 1 rakaat).
2 amalan ini tidaklah terlalu berat tetapi ganjarannya Masyaa Allah. Di tambah pula dengan bangun bertahjud pada malam hari Masyaa Allah, Masyaa Allah, Masyaa Allah.... Kemudian lihatlah cermin, akan nampak wajah orang soleh/solehah pada cermin, dia adalah kamu.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya.
Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan – merupakan doa dan harapan.
Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).
Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?
Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Mari kita rebut peluang ini!
Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
No comments:
Post a Comment