Tuesday, May 16, 2017

KTP 22

ELAN HADHAMKAN
AJAIB nya Sejalur SENYUMAN
Dapat menghilangkan KESEDIHAN dan KEPEDIHAN
Jika kita menginginkan KECERIAAN maka kita membina KEHARMONIAN
Orang yang menginginkan PERTOLONGAN
Maka ALLAH akan memberinya KESABARAN
Orang yang inginkan KETENANGAN
Maka ALLAH akan berikan rasa KEHAMPIRAN
Orang yang menampakkan KEGEMBIRAAN
Maka ALLAH akan menghilangkan segala KESEDIHAN
Lihatlah contoh Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai ikutan
Walaupun banyak menanggung PENDERITAAN kerana Dakwah yang Baginda lakukan
Tetapi Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم kaya dengan SENYUMAN
Walaupun hidup banyak COBAAN
Lafaz SYUKUR puji - pujian
Hadapi dengan SABAR SENYUMAN
Tanda kita orang BERIMAN
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

سبحن الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر...
ولا حول ولا قوه الا بالله العلى العظيم
الحمدلله على نعمه العلم وارزقنا ببركة العمل...
تقبل الله منكم.



Banyak manusia lupa pada kematiannya. Seolah-olah dia boleh menjamin dirinya masih boleh ketawa pada esok hari.
-kalam min Habib 'Ali Al-Jufri-


Manusia mampu berubah.. jangan mudah mencemuh..
Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.
Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada ALLAH SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.
Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang ALLAH SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat...


Ingat sungguh-sungguh!!!
Amalan yang pertama kali di hisab di yaumil hisab (hari perhitungan) adalah solat.
Jika solatnya baik (khusyuk dan ikhlas) maka dianggap baiklah amalan-amalan yang lainnya,
Jika solatnya rosak (lalai dan riak) maka dianggap buruklah amalan-amalan yang lainnya.
Yang tinggal solat.. Dimana kesudahannya?
Fikir-fikirkan..


Oh Manusia...Ada manusia yang lidahnya fasih berbicara (berilmu), tetapi hati mereka cenderung kepada dunia.
Dengan itu, Jangan sesekali mudah percaya dengan sesiapa pun.
Sesungguhnya manusia mudah terpedaya dengan dunia termasuk diri ini.
Peringatan bersama. In Shaa ALLAH.
#IngatMati


ALLAH hadirkan masalah dalam hidup kita ialah untuk kita membantu orang lain menghadapi masalah mereka.
Setiap hari banyak ilmu yang DIA ingin sampaikan pada kita. Belajarlah. In Shaa ALLAH.

No comments: