Kita minta syurga
Namun pahala amalan tak seberapa
Ibarat kalau perlu 100%, mampunya 80% sahaja
Lalu...
Allah datangkan ujian
Sgt berat terasa
Dan...tak mampu buat apa2
Lantas
Sabar dan redalah
Mana tahu, berkat sabar dg ujian itulah
Allah melimpahkan kita rahmat-Nya
Mencukupkan 20% itu
Seterusnya
Penyebab kita layak ke syurga-Nya....
SURAT DARI ALLAH
SEMASA Tuan Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan.
Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dgn jkkk dan ketua2 kampung turun.
TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus, "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran blajar sungguh². Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca, tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca. Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..."
Menangis ketua kampung dan jkkk yg mendengar kata-kata TGNA itu.
Inilah cara tok guru mendidik rakyat kelantan semasa beliau memerintah Kelantan. Takbir !!
*Di mana letaknya Al-Quran di hati kita?
Atas dunia orang seluk poket
Cari duit
Di akhirat orang seluk poket
Cari pahala
tg nik abd aziz
Ya Allah…
Aku takut….
Aku khuatir …
tentang masa depanku…
Aku tidak kuat azab-Mu
Bila kelak hari perhitungan itu datang
Saat Engkau menegakkan keadilan-Mu
Bagaimana aku menghadap-Mu ?
Bahu ini tidak akan sanggup memikul dosa-dosa
Akibat kezalimanku
Yaa Rabb…
Andai waktu masih ada
Di sisa usia ini ….
Aku bertaubat pada-Mu
Agar ringan kaki melangkah Menghadap-Mu
Aku ingin Engkau tersenyum Menyambutku…
Merangkulku dengan kasih-Mu …
Membelaiku dengan Cinta-Mu
Merindukanku seperti saat ini aku merindukan-Mu
Senyuman dari Sang Maha Pengasih…
Ya Rabb Hamba kembali….
Hamba kembali ke jalan-Mu
Ya Allah… YA Tuhanku,
Sungguh dosa-dosaku hari ini
dan hari yang telah lalu berlimpah.
Hamba tidak kuasa menghitung dan menjumlahkannya
Hamba tidaklah kuat untuk menerima azab neraka
Juga tidak mampu bersabar dan tidak pula tabah atasnya.
Maka lihatlah wahai TUHANKU pada kelemahan hamba dan kehinaan hamba
Jangan biarkan hamba merasakan panasnya neraka pada esok hari (kiamat)“
Ya Tuhanku ,
Tak layak bagiku menghuni surga Firdaus-Mu,
namun aku tak kuat bila menempati neraka Jahim-Mu.
Maafkanlah semua kesalahanku
dan ampunilah semua dosaku
Kerana hanya Engkaulah
yang mengampuni dosa-dosa yang besar dan yang kecil.
Ya Allah
Seandainya ini adalah hari terakhir hidup-ku
maka terimalah taubat-ku ini kerana begitu banyak dosa yang telah kulakukan
9 Wanita Idaman Lelaki
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
Bersopan satun
Sentiasa memansikan wajah
Sentiasa senyum
Menutup aurat
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Menghormati orang lain.
Ok, tu lah dia 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat pada Anda dan menjadi pengukur dalam peribadi Anda dan pasangan.
Satu lagi tips..sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan!
ALAM IBARAT BUKU
Antara anugerah yang hebat dari Allah ialah alam ini. Ia ibarat sebuah buku. Ia terkandung bab-bab yang menjadi kandungan pada buku. Setiap bab ini mempunyai maklumat, kisah dan cerita tentang sesuatu. Dari bab ke bab apabila dibaca ia memberikan pembaca ilmu, maklumat, data dan fakta tentang sesuatu.
Ibarat sebuah buku tentu ada penulis dan penggubah bab-bab yang berkaitan. Tidak mungkin sebuah buku lahir tanpa penulis atau penggubah. Kalau begitu siapa yang menggubah alam ini. Apakah ia terjadi dengan sendiri atau terjadi secara kebetulan.
Allah s.w.t. mencipta manusia dan makhluk dengan bekalan ilmu, maklumat, fakta dan data. Wahyu diturunkan kepada manusia menerusi Nabi dan Rasul Pilihan. Nabi Muhammad menerima wahyu selama 23 tahun dan dihimpunkan menjadi al-Quran. Ia terkandung sumber ilmu, maklumat, data dan fakta untuk menjadi pertunjuk dan pedoman kepada manusia mengenal dirinya, alam ini dan akhirnya mengenal Allah iaitu pencipta dan penggubah alam ini.
Oleh itu membaca alam adalah pancaran membaca ayat-ayat Allah. Penggubah alam adalah Allah. Al-Quran adalah kalam-Nya untuk remaja tahu tentang ciptaan-Nya, rahsia tentang sesuatu dan tanda-tanda kebesaran-Nya.
Maka bacalah alam ini, kerana didalam surah al-Alaq ayat pertama al-Quran menyebutkan: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." Makna baca disini bukanlah dalam pengertian yang terbatas. Baca di sini membawa makna yang amat luas.
Tidak saja kita dituntut membaca apa yang tersurat tetapi membaca apa yang tersirat. Membaca yang tersirat memberikan kita makna dan hakikat yang sebenar akan sesuatu.
Oleh: Dr. Sidek Baba
NASIHAT PERINGATAN DAN CARA MENGHADAPI RAMADHAN
Kelebihan Ramadan
Segala puji bagi Allah Tuhan yang Berfirman didalam Al Quran: "Bulan Ramadhan ,bulan yang diturunkan didalam Al Quran sebagai Petunjuk bagi manusia dan penjelasan² daripada petunjuk dan Al Furqan "
Dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad yang bersabda :
" Wahai sekalian manusia! Telah menaungi kalian satu bulan yang agung! Bulan yang padanya ada Lailatul Qadar yg lebih baik drpd 1000 malam. Dan siapa yang mendekatkan diri kepada Allah didalam Ramadhan dgn satu jenis kebaikan (yg sunat) adalah seperti melakukan satu amalan Fardhu pada selain bulan Ramadhan. Dan siapa yang menunaikan padanya sesuatu Amalan Fardhu , maka baginya seperti ia melakukan 70 amalan Fardhu diselain Ramadhan. Dan ia adalah Bulan Kesabaran dan bulan yang mana ditambah didalamnya rezeki bagi orang² yg beriman. Dan siapa yang memberi orang yg berpuasa makanan untuk berbuka baginya pahala seperti pahala org yg membebaskan hamba dan keampunan bagi dosa²nya ." Lalu sahabat berkata " Ya Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم bukan semua drpd kami yang mampu berbuat demikian, diantara kami ada yg kaya dan ada yang miskin, kami tak mempunyai apapun . " kemudian Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم bersabda : " Allah memberi ganjaran pahala itu kepada siapa yg memberi org yg berpuasa makanan walaupun setitik susu, atau seteguk air atau sebiji kurma . Dan siapa yang membuat org yg berpuasa berasa kenyang maka Allah akan memberinya keampunan bagi dosa²nya dan Allah memberi ia minum air daripada TelagaNya , yg mana siapa yg meminumnya tidak akan merasa dahaga selamanya."
Ganjaran bg org yg memberi makan dan ganjaran bgi org yg membuatkan org yg berpuasa merasa kenyang itu berbeza dan berlainan . Allah memberikan pahala² itu kepada orang yang memberi makanan ini tanpa mengurangkan sikit pun pahala drpd org yg berpuasa.
Sebahagian daripada Salafus Soleh, pendahulu kita drpd kalangan org² yg soleh dahulu mereka setiap kali berbuka saling bertukar tukar kurma dan makanan kerana masing² nak mendapatkan ganjaran pahala ini.
*Ini Hadis yang agung diriwayatkan daripada Sayyidina Salman Al Farisi didalamnya ada isyarah yang besar kebaikannya bagi Mukminin bahawa Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم bersabda : " Bulan yang mana awalnya adalah Rahmah dan Pertengahannya Pengampunan dan akhirnya Pembebasan daripada api neraka, Allah Swt membebaskan didalam bulan Ramadhan setiap malamya sejuta nyawa daripada neraka dengan Kemuliaan daripadaNya. "
(Maka sepanjang bulan daripada awal hingga ke akhirnya, Allah membebaskan 30juta nyawa daripada neraka.)
Kemudian para Sahabat berkata : "Ya Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم adakah ia malam Lailatul Qadar ? "
Baginda bersabda : "tidak, akan tetapi diberikan hak seseorang itu berupa pahala ketika telah sempurna amalannya"
--------------------
*Amalan Zikir Terbaik Didalam Ramadan*
--------------------
Dan Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم memberi kepada kita wasiat pada Bulan Ramadhan , baginda bersabda :
" hendaklah kalian memperbanyakkan daripada 4 perkara.
2 perkara membuatkan Allah redha kepada kalian,:
Iaitu kamu mengucapkan kalimah syahadah dan kamu beristighfar .
Dan 2 perkara yang kalian tidak akan boleh lepas dari keduanya :
Kamu meminta daripada Allah Syurga dan memohon dijauhkan daripada neraka .
Maka Sayyidah Aishah berkata kepada Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم jika aku bahawa ini adalah malam lailatul Qodr maka apa yg perlu aku lakukan?
Kemudian Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم menjawab :
"Katakanlah wahai aisyah
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني"
--------------------
Maka seafdhal afdhal zikir pada bulan Ramadhan selain membaca Al Quran adalah kalian mengucapkan :
اشهد ان لا اله إلا الله استغفر الله اسالك الجنة واعوذ بك من النار
Diulang 3 atau 4 atau 5kali
Kemudian ucapkan lah:
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني.
Kemudian diulang ulang lagi dari awal... perbanyakkanlah daripada kalimat² ini .
Jika dirumah atau di masjid, kamu beriktikaf maka penuhi masamu dgn bacaan Al Quran , tetapi selain dari itu maka penuhilah masamu dgn zikir yg diatas ini . Maka ini adalah amal yg paling utama dlm Ramadhan.
------------------
*Apakah Persiapan Kita Menghadapi Ramadan*
--------------------
Kita telah menyebutkan Hadis tadi dari awal sehingga habis tntg kelebihan² Ramadhan.
Maka apa yang perlu kita lakukan untuk menyambut Ramadhan?
-Hendaklah kita menyambutnya dan menantikan kedatangannya dgn rasa gembira dan rasa rindu untuk bertemunya.
Kita seronok dgn kedatangannya lebih daripada kita diberikan kekayaan dunia dan seisinya.
Dahulu Salaf Soleh mereka menyambut kedatangan Ramadhan 6 bulan sehingga mereka masuk ke dlm bulan Ramadhan.
Dan apabila berlalu Ramadhan mereka sedih dan mereka mengharapkan agar Ramadhan tak pergi daripada mereka dgn segera.
Seperti didalam Hadis Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم mengatakan jikalau umat ini tahu akan kelebihan yg ada pada Ramadhan nescaya mereka akan mengidamkan sepanjang tahun itu adalah Ramadhan. Dan apabila berlalu Ramadhan, mereka menangis dan sedih dgn kepergian Ramadhan dan menyebutkan wadak(selamat tinggal) wadak ya Ramadhan selama 6 bulan maka .jadilah sepanjang tahun mereka , mereka menyambut dan mengucapkan selamat tinggal Ramadhan.
--------------------
*Amaran Supaya Tidak Termasuk dalam Golongan2 Yang terhalang daripada pengampunan*
--------------------
Mereka memuliakan dan mengangungkan Ramadhan kerana mereka mengetahui rahsia² disebalik Ramadhan, daripada anugerah anugerah Allah dan kelebihan² yg Allah beri pada Bulan Ramadhan.
Dan
- Hendaklah kita bersedia menghadapi Ramadhan dgn menanggalkan segala dosa yg kita lakukan. Semua kita tahu akan hal diri kita. Kita dapat menyembunyikan dosa drpd org lain tapi tak dapat sembunyi dari Allah, maka mohonlah drpd Allah moga Allah terima taubat kita dan menjadikan kita bersih dari segala dosa.
Dan jika kamu melakukan kezoliman kepada semasa manusia hendaklah kamu mengambilkan haknnya.
Mintalah maaf daripadanya , moga kamu tidak diharamkan drpd mendapat ganjaran RAMADHAN.
- Dan perkara ketiga adalah kita mesti berhati² daripada tergolong drpd 4 golongan yg diharamkan oleh Allah daripada keampunan Allah pada bulan Ramadhan.
Jika sesiapa yg termasuk dlm golongan ini, maka ia masuk Ramadhan dan keluar drpd Ramadhan , Allah mengampunkan seluruh mukminin sedangkan dia diharamkan daripada mendapat sebarang pahala dan diharamkan daripada mendapat pengampunan.
1- Berhati² daripada kamu menderhaka kepada ibubapamu. Kerana derhaka membuatkan kamu diharamkan drpd segala kebaikan yg ada pada Ramadhan. Maka hendaklah kita memohon keampunan daripada kedua org tua kita moga kita x termasuk dlm golongan ini.
2- Jangan kamu termasuk drpd golongan yg memutuskan silaturrahim.
Kerana mereka ini dilaknat oleh Allah dgn Nas Al Quran . Dan diharamkan drpd ganjaran pahala bahkan keburukan atau kesialan daripada pemutus silaturrahim ini boleh merebak kepada kaumnya.
Jika ada terdapat seorang yg seperti ini didalam sesuatu kaum atau perkumpulan maka seluruh kaum itu akan diharamkan daripada mendapat Rahmat Allah.
Jika kamu termasuk golongan ini, maka hendaklah kamu berjumpa dgn org yg kamu putuskan hubungan dgn nya sama ada drpd saudara kandungmu atau sepupu atau atau bapa atau ibu saudara , jumpalah mereka dan mohon maaf darpada mereka.. mudahan kamu tidak diharamkan drpd mendapat Rahmat Allah dan pengampunan di dalam Ramadhan.
3- Janganlah kamu jadi golongan yang bertelingkah sesama saudara muslim... sama ada kerana dunia atau apa apa urusan sekalipun.
Ketahuilah bahawa ketika diturunkan Rahmat Allah dan dibahagi bahagikan sesama makhluk , maka tidak akan dibahagikan kepada org yg saling bertelingkah hingga mereka saling berbaik semula.
Ia membiarkan masalah kecil menjadi penghalang untuk dia mendapat rahmat Allah hanya kerana dia enggan mengalah untuk pergi minta maaf dan berbaik dgn saudaranya sesama islam ini.
Maka jika kita ada pertelingkah sesama saudara, pergilah berjumpanya dan minta maaf drpdnya dan berikanlah ia hadiah... moga kita tak terhalang drpd Rahmat Allah.
4- Ini adalah golongan peminum arak.
Jika seseorang itu meminum arak maka dia akan diharamkan drpd mendapat keampunan Allah. Jika ada org yg masih minum arak maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah dgn sebenar² taubat.
5- Ini golongan wanita...
Yang nusyuz , tidak taat kepada suaminya.
Kerana perempuan yg nusyuz kepada suaminya adalah terhalang drpd segala kebaikan dan keampunan drpd Allah.
Siapa yg melakukan nusyuz, maka bertaubat kepada Allah dan mohonlah maaf drpd suaminya agar tidak ia masuk dlm golongan ini dan dihalang drpd keampunan Ramadhan.
6- Ini sesuatu yg penting, berhati hatilah drpd nya wahai saudara²ku.
Dan imam Al Ghazali telah menyebutkan tentang perkara ini didalam Al Ihya.
Tapi Syaitan berusaha sungguh untuk menghilangkan rahsia , cahaya dan keberkatan puasa kita .
--------------------
*Nasihat apabila sudah memasuki Ramadan*
--------------------
Bulan Ramadhan adalah bulan yg disediakan untuk merasa lapar.
Dan apabila dtgnya Ramadhan . Berbukalah dgn sekadar apa yg boleh menyambung kehidupan kita saja . Jika kita bercanggah dgn perkara ini, kita makan banyak ketika berbuka dan bersahur maka akan hilanglah drpd kita cahaya rahsia dan keberkatan puasa.
Salafus soleh dahulu mereka ketika Ramadhan, hanya makan tamar dan minum air sahaja supaya tidak hilang drpd mereka rahsia dan keberkatan puasa.
Kerana perut apabila lapar maka ia akan kuat untuk beribadah kepada Allah dan apabila penuh perut maka Ia akan lemah dan malas untuk beribadah kepada Allah. Mungkin puasanya hanya tidur saja.
Tapi itu salaf soleh, adapun pada zaman ini berbeza. Makaanan yg x pernah kita makan pada selain Ramadhan kita akan dapatinya didalam Ramadhan. Isteri² pula menyediakan pelbagai menu untuk berbuka hanya pada Ramadan. Maka apbila azan maghrib para solehin hanya minum beberapa teguk air dan beberapa biji kurma menangis dan berdoa bermunajat ketika berbuka sedangkan kita, didepan kita ada satu hamparan hidangan makanan yg pelbagai.
Maka kita akan merasa berat untuk solat terawih, dan kalaupun Allah memberikan kita taufiq untuk solat terawih maka kita akan solat dlm keadaan bersendawa sepanjang berdiri menunaikan solat terawih.
Para solehin menangis sedangkan kita bersendawa.
Pernah suatu kita Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم melihat seorang sahabat banyak bersendawa lalu Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم berkata " wahai fulan, ringankanlah drpd sendawamu kerana sesungguhnya org yg paling bnyk kenyang didunia adalah org yg paling bnyk merasa lapar di akhirat. "
Dan jika masuk malam pertama drpd bulan Ramadhan, yakni apabila azannya maghrib hari terakhir syaaban dan telah masuk Ramadhan.
Maka bacalah doa yg diajarkan oleh Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم ini :
اللهم سلِّمْنا لرمضان
Ya Allah selamatkanlah kami untuk bulan suci Ramadhan
وسلم رمضان لنا
Dan selamatkan Ramadhan untuk kami
وتسلمه منا متقبلا
Dan selamatkanlah Ramadhan drpd kami daripada amalan amalan kami didalamnya dan terimalah.
Amalkan doa ini pada malam pertama Ramadhan!
Dan katakanlah :
نويت صوم رمضان كله
Sahaja aku berpuasa Ramadhan sepenuhnya.
Dgn ini kamu akan dpt dua faedah:
Pertama: Didalam mazhab Asy Syafie diwajibkan untuk kita berniat sebelum fajar . Dan apabila kamu lalai atau lupa untuk niat dan terbitnya fajar sodiq maka kamu wajib qoda pada hari yg kamu lalai itu.
Maka jika kamu niat seperti niat diatas , kamu akan ditanggung oleh Qaul dlm Mazhab Imam Malik yg mengatakan memadai niat pada malam pertama untuk kamu berpuasa penuh sepanjang Ramadhan.
Dan kedua: Seseorang kalau ditakdirkan mati pada awal atau pertengahan Ramadhan, maka dgn niatnya tadi Allah akan berikan pahala puasa penuh sebulan berdasarkan niatnya.
Ketiga: Adalah kamu solat 2 atau 4 rakaat pada malam pertama Ramadhan.
Dan dibaca padanya surah Al Fath dibahagikan surah Al fath dlm 2 rakaat atau 4 rakaat itu. Dengan niat Pembukaan dan taufiq drpd Allah untuk kamu beramal soleh dlm Bulan suci Ramadhan.
Ini faedah yg agung yg mana guru² sering memesannya kepada kami.
keempat: Adalah kamu menjaga solat Terawih drpd awal Ramadhan hingga akhirnya.
Jangan kurang drpd 10 atau lapan atau berapa yg kamu mampu yg penting jangan tinggal walaupun satu malam . Terutamanya pada awal² Ramadhan kerana padanya para malaikat turun kebumi dan solat bersama org² beriman , maka siapa yg melihat para malaikat ini maka ia akan mendapatkan pandangan Allah, dan siapa yg mendapat pandangan Allah akan mengecapi kebahagian yg tidak akan menemukan sengsara lagi selamanya.
Kelima : Setiap kamu mengimpikan Lailatul Qodr, maka peliharalah solat Isya dan Subuh berjemaah. Kerana kata Ulama: siapa yg solat Isya dan Subuh berjemaah pada malam lailatul qodr maka ia telah mendapatkan bahagian drpd anugerah Lailatul Qodr.
Nasihat terakhir: hendaklah kita menambah tingkatkan ibadah kita setiap hari terutamanya pada 10malam terakhir.
Adalah Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم ketika masuk 10malam terakhir maka baginda akan menguatkan ikatan pada pinggang Baginda dan membangunkan ahli keluarga Baginda untuk tekun bangun beribadah..
Namun ramai manusia hari ini hanya semangat pada awal Ramadhan, tetapi kemudian makin lemah semangat ibadahnya .Hingga malam malam terakhir, sepatutnya lebih kuat ibadah namun mereka memenuhi Malam malam akhir Ramadhan di Pasaraya dan Mall untuk shopping. Di waktu org solehin mendapatkan anugerah dan kurnia kurnia daripada Allah mereka ini sibuk pula membeli belah di pasar² Raya . Sayang sekali mereka yg berada pada hal demikian itu.
Kalaupun nak beli pakaian baru untuk hari raya, beli lah awal awal , sebelum Ramadhan.. inilah orang yang bijak. Kerana mereka tahu nilai waktu didalam bulan Ramadhan.
Kalaupun kamu tak pakai baju baru kerana menjaga waktu ibadah didalam Ramadhan itu lebih baik drpd kamu terlepas drpd kurniaan Ramadhan hanya kerana nak beli pakaian .
Dan begitu juga ketahuilah Rasulullahصلى-الله-عليه-وسلم bersabda tempat yg paling dibenci Allah adalah pasar pasar dan tempat yg paling dicintai Allah adalah masjid masjidnya.
Penutup kata, Dengan Izin Allah, jika kita amalkan apa yg diperkatakan ini semua ... maka Allah akan memuliakan kita dengan kemurahanNya dan kita akan keluar drpd Ramadhan dan mendapat pengampunan Allah.
Dan janganlah ketika didalam Ramadhn kamu menanti nanti habis berlalunya Ramadhan ... kerana ini tanda org org yg celaka.
Dan tanda amalan diterima oleh Allah adalah:
Kamu keluar drpd Ramadhan dan keadaan kamu dgn Allah lebih baik drpd sebelum Ramadhan , begitulah sebaliknya bgi org yg tertolak amalannya.
Moga Allah memberkati kita pada bulan Syaaban dan Menyampaikan kita pada bulan Ramadhan
اللهم يا مَنْ وَفَّقَ أهلَ الخَيرِ لِلْخَيرِ وأعانَهُم عَليهِ وَفِّقْنا للخير واَعِنَّا عليه
Ya Allah Wahai Yang memberi taufiq kepada ahli kebaikan untuk melakukan kebaikan dan membantu mereka atas kebaikan, Berilah kami Taufiq untuk melakukan kebaikan dan bantulah kami ke atas melakukannya...
(Doa Sayyidina Imam Syeikhul Islam Al Habib Abdullah bin Umar Asy Syathiri)
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
والحمد لله رب العالمين
REDHALAH ATAS SEGALANYA
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Manisnya rasa iman hanya bisa dicicipi oleh orang yang rddha menerima Allah sebagai Rabb," (HR Muslim)
Allah SWT berfirman, "Allah meredhai mereka dan mereka pun meredhai Allah."(QS Al-Maidah (5): 119)
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menjelaskan bahawa Allah SWT memang sengaja menyembunyikan apa-apa yang maslahat dari para hamba-Nya ketika Dia membebani mereka untuk menjalankan perintah dan menjauh larangan-Nya sebagai wujud penghambaan kepada-Nya.
Dia hanya memerintahkan untuk menerima takdir, redha menghadapi qadha secara total, baik pada hal yang positif atau negatif baginya. Allah sengaja menyimpan sendiri pengetahuan tentang maslahat dan nasib akhir seseorang agar sang hamba senantiasa taat kepada-Nya dan redha menerima apa yang Dia bagikan kepadanya tanpa mengeluh ataupun menyalahkan-Nya.
Ketahuilah bahawa kelalaian setiap orang terpulang pada kadar penolakannya terhadap takdir, pilihannya untuk menuruti hawa nafsunya, dan keengganan untuk bersikap redha menerima qadha.
Orang yang redha menerima ketetapan Allah akan hidup dengan tenang, sedangkan orang yang tidak redha akan hidup berlarut-larut dalam kemalangan dan kelelahan, padahal ia tidak memperolehi material duniawi kecuali apa yang memang telah ditentukan sebagai rezekinya.
Selama seseorang menuruti hawa nafsunya dan dikendalikan olehnya, ia tak akan mampu bersikap redha terhada qadha, sebab tabiat hawa nafsu memang menentang Al-Haqq, sehingga kelalaiannya pun kian bertambah. Kerana itu, jika ingin hidup tenang, lawanlah hawa nafsu!
--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Al-Ghunyah Lithalibi Thariq Al-Haqq
KISAH YANG MERUNTUN JIWA PADA ZAMAN SAIDINA UMAR RA
(HARGA SEBUAH KEMAAFAN)
Suatu hari Umar sedang duduk di bawah pohon kurma dekat Masjid Nabawi. Di sekelilingnya para sahabat sedang asyik berbincang sesuatu. Di kejauhan datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang seorang pemuda lusuh yang diapit oleh mereka.
Ketika sudah berhadapan dengan Umar, kedua-dua pemuda yang ternyata adik-beradik itu berkata,
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"
"Qisaslah pembunuh ayah kami sebagai had atas kejahatan pemuda ini!".
Umar segera bangkit dan berkata, "Bertakwalah kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka wahai anak muda?"
Pemuda lusuh itu tunduk sesal dan berkata, "Benar, wahai Amirul Mukminin."
"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya," tegas Umar.
Pemuda itu mula bercerita, "Aku datang dari pedalaman yang jauh, kaumku mengamanahkan aku untuk suatu urusan untukku selesaikan di kota ini. Sesampainya aku, kuikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkannya. Apabila kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun milik laki-laki tua itu. Sungguh, aku sangat marah lalu segeraku cabut pedangku dan kubunuh dia. Ternyata ia adalah ayah kepada kedua pemuda ini."
"Wahai, Amirul Mukminin, kau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu," sambung pemuda yang ayahnya terbunuh itu. "Tegakkanlah had Allah atasnya!" tegas pemuda tersebut.
Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda lusuh.
"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah pemuda soleh lagi baik budinya. Dia membunuh ayah kalian kerana khilaf kemarahan sesaat," ujarnya.
"Izinkan aku, meminta kalian berdua memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat atas kematian ayahmu," lanjut Umar.
"Maaf Amirul Mukminin," sergah kedua-dua pemuda yang masih dengan mata marah menyala. "Kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika jiwa belum dibalas dengan jiwa."
Umar semakin bimbang, di hatinya telah tumbuh simpati kepada si pemuda lusuh yang dinilainya amanah, jujur dan bertanggungjawab.
Tiba-tiba si pemuda lusuh berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah qisas ke atas ku. Aku redha dengan ketentuan Allah," ujarnya dengan tegas.
"Namun, izinkan aku menyelesaikan dulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh 3 hari. Aku akan kembali untuk diqisas."
"Mana boleh begitu!" ujar kedua-dua pemuda.
"Adakah kamu tidak mempunyai keluarga atau kerabat dan
kenalan untuk menguruskan urusanmu?" tanya Umar.
"Sayangnya tidak ada, Amirul Mukminin. Bagaimana pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?" pemuda lusuh bertanya kembali.
"Baik, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada yang mahu menjaminmu, agar kamu kembali untuk menepati janji," kata Umar.
"Aku tidak memiliki seorang kerabat pun di sini. Hanya Allah, hanya Allahlah penjaminku wahai orang-orang beriman," tegasnya.
Tiba-tiba dari belakang hadirin terdengar suara lantang, "Jadikan aku penjaminnya wahai Amirul Mukminin." Ternyata Salman Al-Farisi yang berkata.
"Salman!" herdik Umar marah. "Kau belum mengenali pemuda ini. Demi Allah, jangan main-main dengan urusan ini."
"Perkenalanku dengannya sama dengan perkenalanmu dengannya, ya Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya," jawab Salman tenang.
Akhirnya dengan berat hati Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin si pemuda lusuh. Pemuda itu pun pergi menguruskan urusannya.
Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda lusuh. Begitu juga hari kedua. Orang ramai mula tertanya-tanya apakah si pemuda akan kembali. Kerana mudah saja jika si pemuda itu mahu menghilangkan diri ke negeri yang jauh.
Hari ketiga pun tiba. Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda, dan mereka mulai mengkhuatirkan nasib Salman, salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang paling utama. Matahari hampir terbenam, siang mula berakhir, orang ramai berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menunjukkan kegelisahannya. Kedua-dua pemuda yang menjadi pengadu kecewa kerana keingkaran janji si pemuda lusuh.
Akhirnya tiba waktunya dijalankan hukuman, Salman dengan tenang dan penuh tawakal berjalan menuju ke tempat hukuman dijalankan. Hadirin mulai teresak-esak, orang hebat seperti Salman akan dikorbankan.
Tiba-tiba di kejauhan ada satu sosok bayangan berlari terhuyung-hayang, jatuh, bangkit, kembali jatuh, lalu bangkit kembali.
"Itu dia!" teriak Umar. "Dia datang menepati janjinya!"
Dengan tubuh bersimbah peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu berpaut pada Umar. "Maafkan.. aku.." ujarnya dengan susah payah, "Tak ku sangka.. urusan kaumku.. mengambil.. banyak.. waktu... Ku pacu.. tungganganku.. tanpa henti, hingga.. ia keletihan di gurun.. terpaksa.. kutinggalkan.. lalu aku berlari dari sana.."
"Demi Allah," ujar Umar menenangkannya dan memberinya minum, "Mengapa kau susah payah kembali? Padahal kau boleh saja menghilang?"
"Agar.. jangan sampai ada yang mengatakan.. di kalangan muslimin.. tidak ada lagi pahlawan.. tepati janji," jawab si pemuda lusuh sambil tersenyum.
Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan haru, lalu ia bertanya, "Lalu kau Salman, mengapa sanggup kau menjamin orang yang baru saja kau kenal?"
"Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan muslimin, tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya," Salman menjawab dengan mantap.
Hadirin menahan air mata terharu dengan kejadian itu.
"Allahu Akbar!" tiba-tiba kedua-dua pemuda penggugat berteriak, "Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu."
Semua orang tersentak.
"Kalian.." ujar Umar, "Apa maksudnya ini? Mengapa kalian..?" Umar semakin terharu.
"Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya," ujar kedua pemuda tersebut.
"Allahu Akbar!" teriak hadirin.
Pecahlah tangis bahagia, haru dan bangga oleh semua orang.
(Petikan buku HARGA SEBUAH KEMAAFAN)
ANGIN KENCANG VS ANGIN LEMBUT
Angin Kencang bertemu dengan Angin Sepoi-Sepoi dan bercakap-cakap… Angin Kencang berkata bahwa dialah yang paling hebat dan kuat. Angin sepoi-sepoi menasihatinya agar jangan berlaku sombong. Namun Angin Kencang tidak mau menerima nasihat Angin Sepoi-Sepoi bahkan menentangnya saling mempertunjukkan kebolehannya masing-masing.
Akhirnya angin kencang mencabar Angin Sepoi-Sepoi untuk membuktikan kehebatannya dengan cara menjatuhkan seekor kera yang sedang bergayutan di dahan sebuah pohon.
Ketika Angin Kencang beraksi meniupkan anginnya yang kencang, seketika itu juga si Kera memeluk dahan pohon dengan sangat kuat dan erat. Semakin Angin Kencang menerpa dirinya, pegangan si kera pada pohon semakin kuat. Demikian seterusnya sampai akhirnya si Angin Kencang menyerah, ia tak mampu menjatuhkan si kera dari atas pohon.
Kini giliran Angin Sepoi-Sepoi berhembus lembut menerpa Si kera, mula-mula si kera berpegang pada pohon itu, tetapi kerana hembusan Angin Sepoi-Sepoi dirasakannya menyegarkan dan lembut. Akhirnya membuat si kera menjadi mengantuk. Maka lama-kelamaan seiring dengan hembusan Angin Sepoi-Sepoi yang semakin lembut dengan tanpa kekerasan sama sekali, si kera terjatuh ke tanah kerana ia terlena yang menyebabkan pegangannya terlepas dari dahan pohon itu.
Akhirnya dengan kelembutan si kera terjatuh tapi dengan kekerasan si kera dapat bertahan -
Pengajaran dari kisah tamsilan ini ialah perkataan yang lembut kepada manusia akan dapat menundukkan hati dan akal mereka, akan tetapi perkataan yang kasar atau dakwah yang keras akan menyebabkan manusia semakin degil berpaling dari kebenaran.
Firman Allah didalam Al-Qur’an apabila Allah menyuruh Nabi Musa berdakwah kepada Firaun
"Pergilah engkau kepada Firaun kerana dia telah menderhaka.. Maka katakanlah kepadanya dengan perkataan yang lembut moga dia mengambil pengajaran dan takut(kepada Ku) "(Surah Taha:43-44)
LATIH DIRI UNTUK SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH
Syeikh Malik adalah seorang ulama dan juga seorang da’i. Ia telah banyak meng-Islam-kan orang-orang. Ia selalu saja berusaha untuk mengenalkan agama Allah kepada orang-orang… Tapi pada suatu hari ia terkena penyakit kulit yang makin lama makin membesar dan mengganggu.
Maka ia pun berubat kepada doktor. Tapi sudah banyak doktor yang ia datangi tapi tak membuahkan hasil sama sekali. Penyakit kulitnya tak kunjung sembuh. Tapi kerana Syekh Malik adalah orang yang faham agama maka beliau selalu saja berprasangka baik kepada Allah…
“Pasti ada kebaikan dalam penyakit ini,” katanya.
Hingga suatu hari seorang muridnya membawa berita bahwa ada seorang pertapa yang mempunyai kelebihan dalam mengubati berbagai macam penyakit… Tapi hal ini mendapat tentangan dari orang-orang. Mereka berpendapat, “Mana mungkin seorang Ulama besar berobat kepada seorang pertapa yang merupakan adalah seorang Ateis(tidak percaya kewujudan Tuhan).”
Tapi Syeikh Malik berpendapat lain, “Saya akan kesana dengan tujuan cuba mengajaknya untuk memeluk Islam, kerana dia adalah seorang yang tersesat,” katanya. “Kelebihan apa yang dimiliki oleh pertapa itu sehingga Allah memberinya kemampuan untuk mengobati orang-orang?” fikir Syeikh Malik.
Maka Syeikh Malik pun mendatangi Pertapa itu… Tapi sang pertapa tidak mengetahui tentang Syeikh Malik. Rupanya tempat tinggal pertapa ini jauh di dalam hutan, di tengah kesunyian hutan. Keadaan pertapa itu sangat sederhana.
Maka mulailah Syekh Malik membicarakan tentang penyakitnya dan pertapa itu meneliti penjelasan Syeikh Malik dengan sangat saksama. Pertapa itu kemudian memberikan beberapa ramuan-ramuan yang terdiri dari daun-daunan pepohonan, kerana telah menjelaskan tentang penyakitnya dan mendapatkan pengubatannya maka mulailah Syeikh Malik mencari tahu tentang pertapa ini dengan tujuan adanya kemungkinan untuk mengajaknya kepada agama Allah.
“Apa yang kamu lakukan di tempat sunyi ini dan kenapa kamu tidak tinggal di kota saja?” tanya Syeikh Malik.
“Saya sangat selesa di sini… suasananya sangat tenang. Sehingga jiwa ini juga jadi tenang,” jawab si Pertapa. “Saya tak ingin merosak hati ini dengan noda-noda kehidupan,” lanjutnya. “Di sini kita hidup dengan santai tanpa harus terburu-buru… semuanya disediakan oleh Alam dan sangat murni,” ceritanya lagi.
“Tapi bukankah kamu dapat menjadi kaya kalau kamu tinggal di kawasan kota… kamu dapat menjadi Tabib?” tanya Syekh Malik lagi.
“Tapi saya tak inginkan itu, saya hanya ingin tenang,” jawab Sang Pertapa.
Setelah bercakap-cakap akhirnya Syeikh Malik balik pulang dengan membawa resepi ubat dari Sang pertapa. Ajaib dengan memakai resepi dari Sang pertapa penyakit kulit Syeikh Malik beransur-ansur Allah sembuhkan.
Dengan kejadian ini maka Syeikh Malik berfikir di dalam hati, “Aneh… Telah banyak para doktor yang kutemui tapi penyakit ini tak kunjung sembuh.” “Tapi mengapa dengan resepi ubat dari pertapa ini Allah telah sembuhkan penyakit ini? Pasti ada sesuatu yang Allah simpan dalam peristiwa ini dan pasti itu baik,” fikir syeikh Malik dalam renungannya
Maka Syekh Malik bertekad untuk menemui pertapa itu kembali.
“Wahai Tuan, resep Anda sangat manjur… Penyakit saya telah sembuh,” kata syeikh Malik ketika menemui Pertapa itu.
“Itu kerana Alam,” katanya.
Maka Syekh Malik mulai terlibat percakapan panjang lebar dengan Pertapa itu sambil mencoba mencari-cari cara untuk mengajak pertapa itu menyembah Allah.
Hingga akhirnya Syeikh Malik betanya, “Apa amalan Anda sehingga Anda mendapatkan berkah ini, pandai mengubati segala macam penyakit?”
Sejenak Pertapa itu terdiam, lalu berkata, “Segala sesuatu yang ditolak oleh hatiku, maka pasti akan kulaksanakan.”
Mendengar hal itu Syeikh Malik terkejut, “Betulkah perkataanmu itu. wahai Tuan?”
“Ya, betul. Apa yang ditolak oleh hatiku maka pasti akan kulakukan.”
Sejenak Syekh Malik terdiam sambil berfikir, “Amalan inilah yang menyebabkan Allah memberinya kemampuan ini.” “Mungkinkah kalau aku menawarinya menjadi seorang muslim hatinya pasti menolak?” fikir Syekh Malik lagi
Spontan Syekh Malik bertanya… “Mahukah Anda menjadi seorang muslim?”
“Apa?” jawab Pertapa itu dengan terkejut.
“Maukah Anda menjadi seorang muslim?” tanya Syeikh Malik lagi tanpa ragu-ragu.
Sejenak pertapa itu terdiam dan menatap Syeikh Malik.... lalu berkata, “Sebentar saya tanya hati ini dulu.”
Syeikh Malik menunggu dengan perasaan harap-harap cemas
Lalu Pertapa itu berkata, “Ya, saya mahu menjadi seorang Muslim.”
“Betulkah, Wahai Tuan?” sahut Syekh Malik.
“Ya… Saya telah bertanya kepada hati ini ternyata ia menolak. Maka apabila hati ini menolak pasti saya mengikutinya,” kata pertapa itu.
“Alhamdulillah…” jawab Syeikh Malik. “Rupanya inilah keinginan Allah sehingga penyakit saya tak sembuh-sembuh dan mengirim saya ke tempat ini. Rupanya pertapa ini akan mendapat hidayah melalui penyakit kulitku,” fikir Syekh Malik dalam hati.
“Lalu di mana saya akan mempelajari Islam?” tanya Pertapa itu.
“Ikutlah denganku, Tuan… Akan kutunjukkan tempatnya.” jawab Syeikh Malik sambil terus mengucapkan Hamdalah kerana seseorang telah menjadi Muslim dan bertuhankan Allah Pemilik Langit dan Bumi…
Semua Kemauan Allah adalah Baik. Tinggal Kita Jalani Sesuai Perintah-Nya.
InshaAllah Kita Akan Dapatkan Hikmah dan Kebaikan di Dalamnya.
MULIANYA SI TUKANG SIKAT
Sebenarnya wanita situkang sikat rambut puteri Firaun yang memerintah Mesir, tidak diketahui oleh sejarah nama sebenarnya. Dia hanya digelar Masyitah kerana tugasnya menyikat rambut puteri Firaun. Masyitah (ماشطة) bermakna tukang sikat, dari kata kerja ‘masyata’, ‘yamshitu’ ( مَشَطَ، يَمْشِطُ)yang bererti menyikat.
Suatu hari ketika beliau menyikat rambut puteri Firaun tersebut, sikatnya terjatuh. Ketika dia menunduk untuk mencapai sikat tersebut tersasul dari mulutnya ,
“Bismillah” (Dengan nama Allah)
Puteri Firaun bertanya “Ayahku ke?”
Tukang sikat itu menjawab, “Bukan, tetapi tuhan aku, dan ia adalah tuhanmu dan tuhan ayahmu juga.”
Puteri Firaun lantas mengadu kepada bapanya. Lalu Firaun memanggil tukang sikat tersebut dan menyoal , “Wahai perempuan! Kamu ada tuhan lain selainku? Siapa tuhanmu?
“Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah” jawabnya.
Firaun murka lalu menyuruh orangnya memanaskan minyak dalam kuali tembaga besar dan memerintah supaya dibawa ketiga-tiga anak tukang sikat tersebut.
Firaun kemudian memerintahkan orangnya menjulang anak sulungnya untuk dilempar ke dalam kuali tersebut.
“Amaran terakhir siapa tuhanmu?” bentak Firaun
“Tuhan ku dan tuhanmu adalah Allah”
Lalu dicampakkan anak tersebut ke dalam kuali, digoreng sehingga timbul tulang temulangnya. Perempuan tersebut melihat anaknya dengan linangan air mata.
Kemudian dibawa anak kedua.
“Siapa tuhanmu?”
“Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah”
Anak keduanya juga dihumban ke dalam kuali, digoreng sehingga timbul tulang temulangnya.
Kemudian diambil pula anak bongsunya yang masih menyusu.
Kali ini wanita itu, tergamam dan timbul perasaan kasih dan sayang pada anaknya itu. Perasaan kasihan kepada anaknya itu hampir membuatkannya mengalah.
Tetapi Allah maha kuasa, anak kecil itu tiba-tiba berkata,
“Jangan takut ibuku, azab dunia lebih ringan dari azab akhirat. Katakanlah tuhanku dan tuhanmu adalah Allah” kata-kata yang hanya didengari oleh ibunya sahaja.
Kali ini wanita itu bertempik “Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah”
Lalu Firaun memerintahkan anak tersebut dicampak dengan ibunya sekali.
Firaun kemudian memerintahkan agar tulang temulang mereka dikeluarkan dan dibuang di sebuah kawasan lembah.
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW dibawa oleh Jibril AS melalui kawasan lembah tersebut. Di situ Rasulullah tercium bau yang sangat wangi seperti bau kasturi dan ‘Ambar’.
“Alangkah wanginya. Bau apakah ini wahai Jibril?” Rasulullah bertanya
“Itulah bau situkang sikat (ماشطة) dan anak-anaknya.”
(Mafhum hadis riwayat Ad-Darimi, Imam Ahmad dan ibnu Hibban dengan sanad dari Ibnu Abbas)
* Ujian yang Allah beri kepada kita sangat kecil. Ujian yang kecil, markahnya kecil juga. Ujian yang besar sudah tentulah syurga imbalannya. Ya Allah ya tuhanku janganlah Kau uji aku kecuali dengan ujian yang aku mampu hadapinya. Amin.
C&P
MEMBUANG KEAKUAN MU (ANANIYAH) KUNCI ILMU LADUNNI
Imam Ghazali seorang Ulama besar dalam sejarah Islam, hujjatul islam yang banyak hafal hadist Nabi SAW. Beliau dikenal pula sebagai ahli dalam filsafat dan tasawuf yang banyak mengarang kitab-kitab.
Suatu ketika Imam Al Ghazali menjadi imam disebuah masjid . Tetapi saudaranya yang bernama Ahmad tidak mahu berjamaah bersama Imam Al Ghazali lalu berkata kepadanya ibunya :
“Wahai ibu, perintahkan saudaraku Ahmad agar solat mengikutiku, supaya orang-orang tidak menuduhku selalu bersikap buruk terhadapnya“.
Ibu Al Ghazali lalu memerintahkan puteranya Ahmad agar solat makmum kepada saudaranya Al Ghazali. Ahmad pun melaksanakan perintah sang ibu, solat bermakmum kepada Al Ghazali.Namun ditengah-tengah shalat, Ahmad melihat darah membasahi belakang Imam. Tentu saja Ahmad memisahkan diri.
Setelah solat Imam Al Ghazali bertanya kepada Ahmad, saudaranya itu : “Mengapa engkau memisahkan diri (mufaraqah) dalam solat yang saya imami ? “. Saudaranya menjawab : “Aku memisahkan diri, kerana aku melihat belakangmu berlumuran darah “.
Mendengar jawapan saudaranya itu, Imam Ali Ghazali mengakui, hal itu mungkin kerana dia ketika solat hatinya sedang tergikir-fikir masalah fiqih yang berhubungan haid seorang wanita yang mutahayyirah.
Al Ghazali lalu bertanya kepada saudara : “Dari manakah engkau belajar ilmu pengetahuan seperti itu ?” Saudaranya menjawab, “Aku belajar Ilmu dari Syeikh Al Utaqy AL-Khurazy yaitu seorang tukang jahit sepatu-sepatu bekas (tukang sepatu) . ” Al Ghazali lalu pergi kepadanya.
Setelah berjumpa, Ia berkata kepada Syeikh Al Khurazy : “Saya ingin belajar kepada Tuan “. Syeikh itu berkata : Mungkin saja engkau tidak kuat menuruti perintah-perintahku “.
Al Ghazali menjawab : “Insya Allah, saya kuat “.
Syeikh Al Khurazy berkata : “Bersihkanlah lantai ini “.
Al Ghazali kemudian hendak melakukannya dengan penyapu. Tetapi Syeikh itu berkata : “Sapulah (bersihkanlah) dengan tanganmu“. Al Ghazali menyapunya lantai dengan tangannya, kemudian dia melihat kotoran yang banyak dan bermaksud menghindari kotoran itu.
Namun Syeikh berkata : “Bersihkan pula kotoran itu dengan tanganmu“.
Al Ghazali lalu bersiap membersihkan dengan menyisingkan pakaiannya. Melihat keadaan yang demikian itu Syekh berkata : “Nah bersìhkan kotoran itu dengan pakaian seperti itu”.
Al Ghazali menuruti perintah Syeikh Al Khurazy dengan redha dan tulus.
Namun ketika Al Ghazali hendak akan mulai melaksanakan perintah Syeikh tersebut, Syeikh langsung mencegahnya dan memerintahkan agar pulang.
Al Ghazali pulang dan setibanya di rumah beliau merasakan mendapat ilmu pengetahuan luar biasa. Dan Allah telah memberikan Ilmu Ladunni atau ilmu Kasyaf yang diperoleh dari tasawuf atau kebersihan qalbu kepadanya.
Imam Ghazali telah menanggalkan pakaian kebesarannya lalu memakai pakaian orang kebanyakan, lalu diambilnya penyapu untuk membersihkan kawasan gurunya berbulan lamanya.. bila ditanya pada gurunya bila dia nak ajar saya 'ilmu'?, gurunya pesan..sudahlah, kamu sudah tamat pengajian (iaitu ilmu merendah diri dan membuang sifat sombong dari hati) Lalu beliau didoakan oleh gurunya (Aulia yang mustajab doanya) agar dikurniakan ilmu-ilmu tersembunyi buat Imam Al Ghazali).
Setelah hari itu, Imam Ghazali merasa pelik pada saat setiap kali beliau ingin mengarang kitab, "Bilakah masanya aku belajar ilmu ini?" Rupanya barulah dia sedar bahawa ilmu yang dipelajarinya dari gurunya itu bukanlah ilmu lisan dan ilmu tulisan, tetapi ia ilmu buah hasil dari sifat 'ikhlas' yang dicampakkan Allah ke dalam hatinya - laduni ...
Beliau mengikhlaskan dirinya pada saat beliau menuntut ilmu serta melaksanakan amanah amanah Allah yang 'tertinggi' iaitu merendah diri untuk menjadi 'hamba' Allah yang sebenar benarnya di sisi-Nya.
Buangkanlah pakaian keakuanmu... khidmatlah kpd keAKUan Allah dgn memandang kpd setiap martabat wujud pada dirimu dan sekelilingmu adalah hak2 Allah dan berakhlak dengan Akhlak Allah yang Allah tunjukkan melalui Shuroh(rupa) , Siroh(perjalanan hidup) dan Sariroh(suasana hati) Rasulullah saw. Selagi ada dirimu... tiada Allah dihatimu. Tinggalkan keakuanmu.. baru engkau akan bertauhid!
No comments:
Post a Comment