Kenapalah kita harus berbalah dgn perangai orang..adakah perangai kita terbaik..usah peduli perangai orang doakan mereka..
Hati-hati
Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah akan menutupiaibnya di dunia maupun di akhirat, dan barang siapa yang membuka aib saudaranya, maka Allah akan membuka aibnya di dunia dan di akhirat” (Hadist Riwayat Muslim).
Jaga hati
hindari menaruh rasa benci kepada orang lain. Untuk melakukan hal ini, kita perlu untuk senantiasa berpikir positif terhadap orang lain. Perasaan benci adalah bibit yang bisa tumbuh subur dan menjadi penyakit hati yang lain apabila tidak segera dimusnahkan. Dengan senantiasa berpikir positif terhadap sikap orang lain terhadap kita, maka kita akan terhindar dari rasa benci ini. Dengan kata lain, apabila orang berbuat jahat terhadap kita, maka jalan terbaik yang bisa kita tempuh adalah menanggapinya dengan sikap yang baik,bukan membalasnya dengan kebencian.
Imam Syafi’i berkata, bahwa ilmu adalah cahaya. Cahaya (nur) tidak mungkin diberikan oleh Allah kepada seorang hamba yang bermaksiat kepada-Nya. Dengan demikian, kebodohan adalah kegelapan bagi hati. Apabila hati telah gelap, jauh dari cahaya ilmu, penerang iman, maka manusia tidak akan dapat lagi membedakan mana yang benar dan salah.
Hati akan terawat dengan baik, jika bergaul dengan orang-orang baik. Karena, orang-orang baik akan mengajak kepada kebaikan, mengingatkan kepada kesalahan, dan merupakan cerminan kepribadian.
Allah SWT mengingatkan, dalam firman-Nya: “Hai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkumpullah bersama-sama orang yang benar.” (QS at-Taubah : 119).
Ada 17 cara untuk menjaga dan merawat hati.
yang perlu dilakukan supaya hati kita dapat dirawat
dan terhindar dari pada penyakit hati adalah seperti berikut :
Perbanyak zikir kepada Allah SWT.
Perbanyak memohon ampun kepada Allah SWT.
Lakukan Amal kebaikan dengan ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keridhaan-Nya.
Melakukan ibadah berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
Berusaha dengan akidah yang benar dan Sentiasa melakukan muhasabah diri.
Selalu luangkan waktu untuk Allah SWT dengan mempelajari ilmu-ilmu agama.
Memperbanyak qiyamullail.
Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
Pastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
Sering-sering mengingati mati.
Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
Suka membantu anak-anak yatim.
Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunnah Khusyuk dalam sholat.
Tujuan mempelajari ilmu ialah untuk semakin mengetahui keagungan Allah Azza wa Jalla
Kita dipandang baik kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik, tapi kerana Allah menutup aib yang ada pada diri kita. Barangkali kalau aib kita dibuka dan didedahkan, tidak ada satu kebaikan apa pun pada diri kita di mata manusia.
UJIAN & MUSIBAH ITU PENEBUS DOSA
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [Surah at-Taghabun 11]
#Seluruh musibah yang menimpa seseorang di antara umat manusia, baik yang terkait dengan dirinya, hartanya atau yang lainnya hanya terjadi dengan sebab takdir dari Allah swt. Sedangkan ketetapan takdir Allah itu pasti terlaksana tidak dapat dielakkan. Sebagai yang beriman, Allah akan memberinya petunjuk untuk redha dan tenang atas ketetapan Allah ini.
#Berkata Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah: "Datangnya musibah-musibah itu adalah nikmat, kerana ia menjadi sebab dihapuskannya dosa-dosa. Ia juga menuntut kesabaran sehingga orang yang ditimpa musibah diberi pahala. Musibah itulah yang melahirkan sikap kembali taat dan merendahkan diri di hadapan Allah swt serta memalingkan kebergantungan hati dari sesama makhluk. Musibah itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai sebab penghapus dosa dan kesalahan. Bahkan ini termasuk nikmat yang paling agung"
#Rasulullah saw bersabda:
واعلم أن النصر مع الصبر ، وأن الفرج مع الكرب ، وأن مع العسر يسرا
“Dan ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu beriringan dengan kesabaran. Jalan keluar beriringan dengan kesukaran. Dan sesudah kesulitan itu akan datang kemudahan” (HR Abdu bin Humaid di dalam Musnadnya)
♡Redha terhadap musibah melahirkan hidayah dan ketenangan. Semoga Allah menjadikan kita di kalangan orang yang sabar atas segala musibah dan ujian daripadaNya♡
"Setiap kerdipan MATA...
Setiap helaian NAFAS...
Setiap gerakan JASAD...
Moga dalam ingatan pada ILAHI yang dicintai".
Biar diri & Hati seiring dalam berbicara..
Mengharapkan yang terbaik, meskipun tak sempurna....
Terkadang lupa dan terkadang salah...
Itulah sifat manusia..
Walau siapa pun kita,..hiasi diri dengan sifat hamba yang sering mengharap keampunan dan keredhaan Allah SWT.
Hubungan dengan Allah hadir dalam pelbagai cara.
Boleh sahaja dia hadir dalam bentuk nikmat.
Boleh sahaja dia hadir dalam bentuk ujian.
Walau bagaimanapun cara Allah berhubung dengan kita sama ada melalui nikmat ataupun ujian, tetap lah teguh bahawa Allah sebaik baik pemberi nikmat...
Zuhor~
Untuk kamu wahai wanita ..
.. Wanita solehah. Siapakah mereka?Ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kamu?
1- Wanita solehah .. dirinya susah nak dikenali malah ada yang tak dikenali.
2- Wanita solehah .. susah dicari kerana dia tidak menonjolkan diri.
3- Wanita solehah .. auratnya dan kehormatan dirinya terpelihara kerana dia tahu diri dia hanyalah untuk suaminya.
4- Wanita solehah .. jalannya diam, tak berbunyi. Datang dan pergi seperti angin yang bertiup.
5- Wanita solehah .. akhlaknya mulia, kerana dia sentiasa mendahulukan agamanya.
6- Wanita solehah .. ibarat permata di celah-celah kaca. Hanya orang-orang tertentu yang dapat memetiknya.
7- Malunya berbalut takwa, sejuknya menenteramkan jiwa, terbingkai pada dirinya seorang solehah.
8- Sebelum dirinya berjumpa yang selayaknya, cintanya hanyalah untuk Yang Maha Esa. Itulah wanita solehah.
9- Wanita solehah .. sentiasa menjaga setiap tutur kata, setiap perbuatannya kerana dia tahu, wanita itu fitnah dunia.
.
10- Wanita solehah .. penemannya Allah, tempat luahannya Allah, buah hatinya Allah, segala-galanya ada Allah dalam dirinya.
11- Wanita solehah .. tak semestinya yang berniqab / berpurdah. Kerana keimanan seseorang bukan dinilai dari pemakaiannya.
12- Wanita solehah .. dirinya tidak menjadi rebutan para lelaki biasa. Kerana dirinya hanya untuk lelaki yang luar biasa.
13- Dirinya seperti pokok semalu. Bila dengan ajnabi dirinya akan menguncup malu. Durinya sebagai pertahanan. Itulah wanita solehah.
14- Jalannya tunduk, jalannya tak mendahului lelaki ajnabi, kakinya tak dihentak dengan kuat bila berjalan. Itulah cara wanita solehah berjalan.
15- Wanita solehah .. tak banyak mengeluh, tak banyak bicara.
16- Wanita .. kamu digelar penyeri dunia. Jadilah kamu penyeri pada suamimu, bukannya penyeri kepada lelaki selain suamimu.
17- Wanita solehah .. tak akan mengaku dirinya solehah.
18- Ingatlah wanita .. kelembutan fizikalmu bukan tandanya itu kelemahanmu. Bukan juga penghinaan dari Tuhan, tapi ia sebagai hiasan kecantikanmu.
19- Wanita hiasan dunia. Dan seindah hiasan itu adalah WANITA SOLEHAH.
20- Isteri yang solehah? Isteri solehah ibarat tongkat bagi si buta. Yang melengkapkan hidup suaminya.
Layakkah aku?? ..
Niat masa baca Al Quran.
Kuliah: Ustazah Norhafizah Musa
Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri". Untuk dapat kehebatan amal, niat mesti hebat. Sebelum baca Quran halusi niat dan mohon mendapatkan apa yang kita niatkan. Ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atas ganjaran dari Allah S.W.T.
1. Mohon untuk mendapat syafa'at al-Quran (al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dan membantu kita di hari yang kita susah nanti, insyaAllah).
“Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.” (HR. Muslim)
2. Mohon ditambah kebaikan. Dapat dirasai selagi kita baca al-Quran, ibaratnya terasa bertambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita tidak terasa untuk berhenti dan kita akan membacanya dalam kudrat kemampuan kita.
“Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).
3. Mohon selamat dari api neraka.
"Kalau adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api neraka"
4. Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan", menghidupkan hati dari menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang merbahaya.
“Sesungguhnya barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan al quran maka ia seperti halnya rumah yang usang”
5. Mohon untuk diamalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaiknya dengan elok2, tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dengan kedudukan ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca di dunia ini.Contohnya jika ayat terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah pembacanya kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.
Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat2 syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (HR. Ahmad).
6. Jadikan al- Quran sebagai syifa/ubat/ kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan tubuh badan kita.
"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ....." (Al Isra' 17:82)
7. Mohon ia menenangkan hati yang gundah gulanah bila membaca al-Quran dengan tartil. Nafsu dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali kepada al-Quran dan membacanya dengan tartil. Bacalah sehingga tenang.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah". Ketahuilah dgn "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd 13:28)
8. Mohon supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik.
9. Mohon menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna."Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (Al Baqarah 2:2)
10. Mohon hidup tidak terlerai dari al-Quran dan kita dibangkitkan kelak dengan syafa'at al-Quran.
Kerana perempuan adalah
pasangannya kepada lelaki,
maka Allah s.w.t telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)
30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
(Surah An Nur : Ayat 30)
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur : Ayat 31)
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)
59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah AL Ahzab : Ayat 59)
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)
26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah AL A'raaf : Ayat 26)
Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.
Wallahua'lam
DOA MELANGSAIKAN HUTANG WALAUPUN SEBESAR BUKIT TSABIR.
Bukit Tsabir terletak di Mina, menghadap ke Mekah, di sebelah kanan kita adalah Bukit yang dinamakan sebagai Tsabir. Bukit ini sangat besar. Memanjang sehingga ke hujung Mina.
Suatu hari, seorang hamba mukatab (yang boleh menebus dirinya jika dia membayar sejumlah wang kepada tuannya) bertemu dengan Ali radhiyallahu ‘anhu.
Hamba ini berkata kepada Ali: Sesungguhnya aku tidak mampu untuk membayar tebusan kepada tuan aku.
Ali radhiyallahu’ anhu berkata: Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar bukit TSABIR maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu.
Katakanlah:
، اللهم اكفني بحلالك عن حرامك، وأغنني بفضلك عمن سواك
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]
Banyakkanlah berdoa agar Allah memberi kita kelapangan rezeki dan keluasan rezeki tanpa kita perlu bergantung kepada makluk (berhutang). Kerana jika kita berhutang kita diwajibkan membayar hutang kerana ianya urusan kita dan manusia lain. Wallahua'lam.
Kalau ada orang tanya...
"Kenapa ada sesetengah perempuan suka terperap duduk kat rumah ehh? Tengok dia mcm takde life kan?...
Hahhhh mehh sini kte nak bagitahu jawapan utk soalan awak ;
"Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah Taala, adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki"
Kita akan rasa lebih bersyukur selepas kita di landa ujian,
Kerana ujian itu membuatkan kita lebih matang dan kita akan lebih bersedia untuk menghadapinya dengan bijak.
Dan ia juga dapat menjadi pengajaran untuk masa akan datang, mengingatkan kembali ujian yang pernah kita alami.
Hadapilah ujian dengan sabar dan solat.
Inshaallah allah akan permudahkan.
No comments:
Post a Comment