Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Tuesday, April 25, 2017
KTP 016
Ilmu kena tambah selalu
Makan 3 kali sehari
Makanan rohani pun biar bertambah
PERASAAN HATI
1. Jika terpikat kepada seseorang, itu namanya JATUH HATI
2. Jika terlalu baik, itu namanya BAIK HATI
3. Jika terguris pada seseorang, itu namanya KECIL HATI
4. Jika terlalu pemurah, itu dipanggil MURAH HATI
5. Jika dengki kepada seseorang, itu dipanggil BUSUK HATI
6. Orang yang sangat disayangi, itulah BUAH HATI
7. Jika bertindak tanpa berfikir, itu namanya IKUT HATI
8. Jika terlalu marah, itu dipanggil SAKIT HATI
9. Jika tergamak menganiaya atau menyakiti seseorang, itu namanya SAMPAI HATI
10. Jika tidak tahu marah, itu namanya LEMBUT HATI
"Sabar itu bukan duduk diam, tahan hati.
Tidak.
Sabar itu lapangkan dada dengan duduk berzikir, baca Al-Quran, solat dan yang paling penting sekali taubat.
Sabar bukan menahan diri semata², tapi hidupkan hati tu.
Sabar ialah dekati Allah, jangan jauhi.
Masalah sebesar dunia sekalipun, ingat Allah Maha Besar. Rasakan betul² dalam hati. Barulah masalah besar itu terasa kecil, terasa nipis tidak tebal.
Meski susah, pergi kepada Allah. Bicara dengan-Nya. Ada soalan, tanya Allah. Ada tangisan, alirkan air mata depan Allah.
Hidup ini sementara untuk terus bersedih."
Renung2..tenung2
Apabila kita dilukai, dihina, difitnah atau berhadapan dengan
ketidakadilan, kita mempunyai dua pilihan utk berhadapan dgn
perasaan tersebut, iaitu memaafkan dan melupakannya atau
membenci dan berdendam. Kedua2 keputusan ini amat sukar
dilakukan. Implikasi atas keduanya benar2 bertentangan.
Menahan diri drpd marah dan boleh memberi maaf merupakan
suatu sifat yg terpuji dan mulia. Walaupun orang yang
melakukan kesalahan tidak meminta maaf drpd kita, alangkah
eloknya jika kita memaafkannya terlebih dahulu.
Ramai org berfikir jika memberi maaf kpd seseorang bererti
kita menerima dan bersetuju dgn perlakuan tidak adil yang
dilakukannya terhadap diri kita. Sebenarnya tindakan
memberi kemaafan bukan tanda kelemahan hati kita, tetapi
sudah cukup utk menggambarkan betapa kentalnya I man
dan taqwa.
Manakala orang yg berani meminta maaf bererti memiliki
jiwa yg besar, percaya kpd diri sendiri dan sekaligus
merupakan keutamaan dan kelembutan hati yg dicintai
ALLAH dan disukai para hambaNYA.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: " Dalam pada itu
(Ingatlah), orang yg bersabar dan memaafkan, sesungguhnya
yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."
(Surah al-Syura 42:43)
Bangunlah utk tahajjud
Selepas solat tahajjud, bacalah al Quran sebagai peguambela di akhirat nanti. Selain itu membaca al Quran boleh membawa kpd ketenangan jiwa.
Al-'Isrā':79 - Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Cari salah diri
Pegang cermin selalu untuk lihat kesalahan diri sendiri.
Bukan pegang kanta pembesar untuk melihat kesalahan orang lain.
Selamat Pagi kawan2 dan Selamat Berhujung Minggu
Apa yg sedang kamu cari tuu
Sedang mencari keredhaan Allah
Ooo..baguslah...
Dalam kepala kita ada otak jahat
Hati2 jgn biarkan dia
bebas menghasut...
Sifat pemarah dapat mendorong seseorang bersikap bongkak, selalu mendengki, mudah mencetus api perpecahan dan persengketaa, serta mudah melancarkan tindakan tanpa perhitungan.
Sifat sabar akan membantu seseorang lebih tahan banting, maupun menahan amarah, tidak merugikan orang lain, bersikap lemah-lembut, santun, dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu.
Ali bin Abi Thalib berkata, “Dunia berjalan ke belakang, dan akhirat berjalan ke depan. Keduanya memiliki pengikut. Jadilah pengikut akhirat dan jangan menjadi pengikut dunia. Sebab, hari ini adalah amal dan bukan hisab, sedangkan besok adalah hisab dan tidak ada amal.”
MUHASABAH DIRI*
Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua.. 👇🏼
Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.
Ada yang masih single.
Ada kawin 20 ribu belanja tapi sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.
Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.
Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.
Zon masa kita semua tak sama. Jadi tak perlu merasa kita *'tertinggal'* hanya kerana nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza. Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.
Ada yang *'depan'* dari kita.
Tapi ada juga yang *'belakang'* kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak pada zon masa mereka dan kita pun bergerak pada zon masa sendiri.
You are not late.
You are not early.
You are just on time.
Jangan stress.
Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah ditulis olehNya.
Wallaahu A'lam
"Hebat macam mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita maka sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit."_
_"Kita akan mencari perlindungan ke hulu dan ke hilir. hebat tidak lagi kelihatan hebat. Bumi yang sangat luas sudah terasa sempit. Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana dibelenggu oleh kegelisahan."_
_"Benarlah kata ulamak, bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati."_
Hargailah Sahabat
Maaf Apabila Salah
Fahami Apabila Keliru
Nasihat Apabila Leka
Tegur Apabila Salah
Ingat Apabila Sunyi
Doa Apa bila Rindu
Ya Allah.. ampunilah hambaMu ini.... aku tak berdaya tanpaMu...
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
ikhlas kan seluruh hidup ini untuk Allah.. berbuatlah baik kepada semua manusia.. bersihkan hati, jauhi maksiat.. fokus! Fokus dalam mencintai Allah
Berpikir positif
Pesan pada hati..
Jangan sakiti orang
Jangan aniaya hidup orang
Jangan iri hati pada orang
Jangan ada niat jahat pada orang
Kerana
semuanya akan berbalik pada kita
Balasan nya tetap ada
Walau bukan didunia , tetapi di akhirat nanti
Asalamualaikum Salam Subuh &Selamat Pagi 🌹🍃🌹Ya Allah Jadi kan Mata ku Mata yang selalu melihat Akan kebaikan Jadikanlah Hati ku yang selalu Memaafkan🌹🍃🌹Jadikan fkkiranku Fikiran yang mudah untuk 🌹🍃🌹Melupakan Kesedihan dan jadi jiwa ku .Jiwa Penuh KEIMANAN
Allah tak janji orang yg kerja siang malam tu berjaya .
Allah tak janji orang yang belajar siang malam tu bejaya .
Allah tak janji orang yang kerja keras tu bejaya .
Tapi Allah janji siapa solat dia berjaya :')
Jadi pada sahabat semua jaga solat kita .
Percaya janji Allah itu pasti .
Kejar Akhirat dunia mendekat .
ingat tu ...
Motivasi Diri
Jangan bercita-cita jadi manusia hebat
Jadilah manusia bermanfaat
Hebat kalau melarat
Takut-takut jadi keparat
Tak boleh terima nasihat
Dikatanya kita dengki khianat
Padahal berpesan sesama umat
Supaya nanti tidak tersesat
Kerana syaitan membisik kuat
Tinggalkan iman tinggalkan syariat
Kejar dunia yang tak beralamat
Suruhan Allah langsung tak ingat
Pesan pesan sebelum terlambat
Ingat mengingat sebelum jadi mayat
Tegur kebaikan moga manfaat.
Memaafkan itu mudah..
melupakan itu sukar..
Pernah dengar ayat ni?
tapi..kita harus berusaha untuk lupakan kesalahan orang pada kita.. sebab apa? Itu salah satu magnet positif untuk diri kita jugak.. sedangkan kesalahan kita dengan manusia kadang2 tanpa kita sendiri sedar..
Jadi, ingat.. lupakan kesalahan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita
Ingatlah walau secebis kebaikan yang diberi pada kita, cukuplah ALLAH sentiasa bersama.. nak puaskan hati manusia adalah perkara paling mustahil dalam dunia.. jadi, sebarkan kebaikan walau diri kita tidak cukup baik dan jangan pula merasa diri kita lebih baik
Maafkan semua salah silap agar tenteram jiwa dan raga, itu semua dunia..
Jadilah seorang yang pemaaf, maafkanlah walau ianya sukar untuk di lupakan..
umpama panah yg tetap menuju sesaran-
Daun.
Kalau dimakan ulat, menjadi sutera.
Kalau dimakan lembu, menjadi daging.
Nasihat.
Kalau jatuhnya di atas hati yang putih, menjadi penawar yang berguna.
Kalau jatuhnya di atas hati yang hitam, menjadi racun yang berbisa.
Musibah.
Kalau menimpa hati yang bersih, menjadi asbab muhasabah.
Kalau menimpa hati yang kotor,
menjadi asbab resah gelisah.
Begitulah.
Benda yang sama.
Sumber yang sama.
Hasilnya menjadi lain-lain.
Tak perlu tengok orang lain.
Tengok diri kita.
Bila diberi nasihat, apa khabar hati dan jiwa?
Tunduk mengangguk taat atau benci meronta-ronta?
Bila ditimpa musibah, kita bagaimana?
Mengamuk dan resah gelisah atau redha terima takdir-Nya?
Sungguh semuanya berbalik pada titik yang sama;
Hati.
Kalau Allah ada di hati kita,
Apa pun yang diterima, indah belaka.
*Hati*..inilah yg sentiasa perlu dijaga..
Letakkan *Allah* didalamnya, bukan dunia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment